Isi Kandungan
Destinasi percutian di Kuala Lumpur & Selangor yang membuatkan anak-anak teruja memang banyak. Salah satu tempat menarik yang sesuai untuk dilawati dengan kanak-kanak sudah tentu ke taman haiwan yang paling popular tidak lain dan tidak bukan, Zoo Negara yang merupakan tempat pelancongan di Gombak yang paling popular. Sila baca selanjutnya untuk mengetahui cara nak dapatkan DISKAUN tiket Zoo Negara 10% berserta informasi-informasi penting lain yang perlu pengunjung tahu.
Semoga memudahkan perancangan anda melawat Zoo Negara kelak.
Harga Tiket Zoo Negara & Diskaun 10% tahun 2017
Harga tiket untuk setiap tempat pelancongan sentiasa berubah termasuk Zoo Negara. Kalau sebelum ini harga tiket masuk ke Zoo Negara tidak termasuk dengan lawatan ke beruang panda dijual secara berasingan. Jadi anda ada pilihan samaada nak harga tiket masuk ke Zoo Negara yang murah atau yang lebih mahal termasuk beruang panda. Tapi ini cerita sebelumnya.
Kini harga tiket ke Zoo Negara adalah termasuk dengan kesemua tarikan yang ada di sini termasuk dengan lawatan ke beruang panda.
- Warganegara Malaysia
- Dewasa: RM 44/pax
- Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 16/ pax
- Warga Emas (>64 tahun): RM 21/pax
- Pelancong negara ASEAN
- Dewasa: RM 63/pax
- Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 33/ pax
- Warga Emas (>64 tahun): RM 63/pax
- Pelancong negara lain
- Dewasa: RM 85/pax
- Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 43/ pax
- Warga Emas (>64 tahun): RM 85/pax
- Tiket Konsensi Sekolah
- Pelajar: RM 10/pax
- Guru: RM 15/pax (dengan 10 pelajar)
- Harga Tiket Zoo Negara untuk OKU
- PERCUMA (sertakan kad OKU yang sah)
Diskaun 10% untuk Harga Tiket Zoo Negara 2017: Sila bawa salah satu kad berikut ketika beli tiket di kaunter 6.
- Aeon Member / Aeon Big
- Touch n Go
- Rapid KL
- The Store Card
Harga Parking Kereta: RM 5.50 untuk 3 jam pertama & RM 1.00 sejam berikutnya
Waktu operasi Zoo Negara: Dibuka setiap hari (9 am – 5 pm)
Waktu animal show: 11 am & 3 pm di Zoo Negara Show Amphitheatre.
Kemudahan di Zoo Negara
Nak melawat Zoo Negara yang terletak bersebelah dengan MRR2 memang mudah. Akses dengan kereta atau menaiki kenderaan awam untuk ke sini memang menyenangkan melainkan kalau jem. Di Zoo Negara kemudahan untuk pengunjung memang banyak dan lengkap seperti parking, cafe, restoran, laluan jalan kaki, pondok rehat, tandas, kedai cenderahati, infografik, kedai ambil gambar dan sebagainya.
Parking di Zoo Negara memang besar dan mudah seperti di pasaraya melainkan di waktu cuti sekolah, penuh sesak jawabnya. Harga parking juga berpatutan dan apa yang penting kenderaan pengunjung selamat di dalam kawasan berpagar.
Memandangkan Zoo Negara ini memang besar & banyak lokasi sangkar haiwan, maka masa yang diperlukan untuk ke seluruh tempat ambil masa sekitar 2-3 jam. Kalau anda malas berjalan kaki boleh menaiki tram yang akan membawa anda mengelilingi zoo ini. Namun menaiki tram memang tidak puas sebab tak boleh nak melihat haiwan dengan lebih dekat dan tak boleh nak baca infografik di setiap sangkar haiwan.
Kalau datang dengan anak-anak kecil, disarankan untuk membawa stroller. Laluan-laluan jalan kaki di sini semuanya mesra untuk mereka yang berkerusi roda mahupun dengan stroller baby. Ada juga beberapa laluan yang agak curam yang mungkin memerlukan tenaga yang lebih untuk melaluinya.
Pilihan haiwan eksotik yang banyak
Sebaik bayaran masuk ke Zoo Negara selesai di kaunter tiket, pengunjung akan diberi gelang tiket dan juga pamphlet yang mempunyai pelbagai informasi termasuk dengan peta serta lokasi tarikan-tarikan utama. Tanpa peta ini mungkin agak susah nak merancang perjalanan di sini.
Bilangan binatang eksotik di sini memang banyak dan pasti membuatkan anak-anak tak senang duduk melihat haiwan-haiwan di sini. Setiap sangkar disertakan juga dengan pelbagai informasi bergambar berkenaan dengan sesuatu binatang. Sangat memudahkan untuk pengunjung dan juga pelajar-pelajar untuk mengenali haiwan-haiwan di sini kerana rata-rata haiwan yang ada memang sangat rare.
Haiwan paling selesa di Zoo Negara
Beruntung betul beruang panda di sini kerana mempunyai ruangan pameran yang sangat selesa & siap ada aircond. Struktur binaan tempat beruang panda ini sekali pandang seperti di sebuah stadium mini. Namun itulah hakikatnya kalau nak menjaga beruang panda kerana haiwan ini sangat sensitif & tidak hairanlah binatang ini diancam dengan kepupusan dek kerana tamak haloba manusia durjana yang menjadi punca kerosakan habitat semulajadi panda.
Sebelum melihat panda, pengunjung akan diberi taklimat ringkas supaya tidak membuat bising dan menjaga anak-anak kecil. Selain itu kalau nak ambil gambar flash wajib off. Pelantar jalan kaki menuju ke ruangan tengah habitat beruang panda memang terbaik kerana pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat haiwan ini. Memang sangat comel bila dah lihat dengan lebih dekat dan yang paling teruja semestinya kanak-kanak kerana teringat kungfu panda.
Melihat kebijakan burung kakak tua berusia 65 tahun
Kalau ke Zoo Negara tetapi tak lihat animal show yang diadakan setiap hari pada pukul 11 am & 3 pm memang sangat rugi. Memang sangat mengagumkan melihat haiwan-haiwan yang membuat persembahan boleh berinteraksi dengan baik dengan para pelatih seolah-olah masing-masing faham apa yang nak disampaikan.
Yang paling melucukan melihat gelagat Ringo iaitu seekor burung kakak tua yang berusia 65 tahun yang sangat licik dengan tipu helahnya. Dimaklumkan burung kakak tua jenis ini boleh hidup sehingga 100 tahun umurnya. Selain pertujukan burung kakak tua, terdapat juga haiwan-haiwan lain yang tidak ketinggalan untuk turut serta dalam menyerlahkan bakat masing-masing kepada penonton.
Superstar animal show
Dalam pertunjukan animal show ini yang berlangsung kurang lebih 30-40 minit, satu tarikan yang paling banyak mendapat tumpuan ialah pertunjukan aksi-aksi singa laut yang memang sangat fleksibel dalam melakukan pelbagai aksi menarik. Antaranya melihat haiwan ini bertepuk tangan, melompat tinggi, mengimbang bola dan sebagainya.
Waktu paling best bila ke Zoo Negara ini sudah tentu melihat anak-anak kecil keriangan tidak lekang dengan senyuman panjang melihat binatang-binatang di sini. Semoga memberi anda idea serba sedikit tentang apa yang menarik di Zoo Negara dan pastikan anda membawa kad seperti yang dinyatakan di atas untuk mendapat 10% diskaun untuk semua harga tiket di Zoo Negara. Wassalam.
Harga tiket bagi Warga OKU berapa ya
harga untuk masuk zoo bulan disember 2018 sekarang berapa ye??boleh bagi info tak.untuk dewasa 2owg..kanak2 4thn seorang 3tahun seorang..
semak sini sis http://www.zoonegaramalaysia.my/
Salam cnfirm ke guna kad yg dkt atas tu dpt 10% ?
Kalau beli tiket guna touch n go tu nnti dia tolak duit tiket melalui kad je la ye?
Tq for info… easy guide for me.
Good info,
dlm 11street pun ada diskaun 10% & boleh kumpul point Binfinate (kad caltex).
Menarik..cuti sekolah bulan 8 ni nak pergi sana..