Warung Nasi Dagang Dungun

Warung nasi dagang ini satu tempat makan pagi yang wajib anda datang kalau nak try makanan Terengganu yang sedap!! Menu yang glamour kat sini ialah nasi dagang bersama telur separuh masak berherba..dibuka seawal pukul 7 pagi sehinggalah tengahari.

Memang menjadi port setiap weekend selepas berjogging di Bukit Bauk. Makanan dan suasana kedai di sini buat saya teringat pulak kat kampung masa kecik-kecik dulu.

warung nasi dagang dungun

Inilah rupa bentuk telur separuh masak berherba yang bagus untuk kesihatan. Menu ni sebenarnya ialah telur separuh masak dan rempah ratus khas yg disediakan oleh kedai ni. Rasa dia macam pedas2, pendek cite mcm makan mahjung hancur pun ada. Untuk sbg makanan kesihatan memang baguslah makan telur separuh ni.

kedai nasi dagang best dungun

Warung makan ni tak lah besar sangat tapi ramai orang. Menu lain selain nasi dagang ialah pulut kuning, nasi lemak dan nasi minyak. Menu nasi dagang merupakan makanan yang amat terkenal di Terengganu. Kali ni kami di Dungun bersantap pagi nasi dagang di Warung ni. Kalau dari Kuala Terengganu warung ni terletak di sebelah kiri.

nasi dagang sedap dungun terengganu

Tu dia, nasi dagang dia memang terbaik. Tak lembik dan tak keras. Acar timun dia pun sedap. Aroma nasi dagang dia memang sungguh mengiurkan !

kuah nasi dagang sedap dungun

Kesedapan nasi dagang juga terletak pada kuahnya. Kuah nasi dagang ni berbeza sikit kalau nak dibandingkan nasi dagang di Kuala Terengganu. Namun tekak kami tetap mengatakan ianya sedap.. !! Kalau korang suka pedas…gigit lah lada tu..ada berani?

kafe menarik di dungun

Tu dia, walaupun tader selera sangat nak makan sebab rasa nak demam, tapi habis sepinggan juga kena penangan nasi dagang kat sini. Awesome lah nasi dagang mak cik ni..memang menepati citarasa saya sebagai orang Terengganu :)

Koordinat Warung Nasi Dagang Pok Din di Dungun, Terengganu. lat/lng: 4.746973,103.41554. Rugi kalau tak singgah cuba nasi dagang kat sini. Tak ramai yang kongsikan kedai ini,jadi saya kongsikan. Asyik-asyik kedai kat KT jer yang sedap nasi dagang. Apa ingat orang Dungun tak pandai masak nasi dangang :p Selamat mencuba dan jalan jalan cari makan di Dungun.

3.9/5 - (18 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Teluk Gadong – Menarik, Megah, Memudahkan

Kalau dah sampai Pantai Teluk Gadong, jangan terkejut pula kalau jalan sikit dah sampai Pantai Teluk Lipat. Dua-dua pantai cantik ni bersambung, jadi pengunjung...

7 Homestay di Dungun yang Sesuai untuk Keluarga!

Kuala Terengganu memang terkenal dengan pantai yang bersih, suasana damai dan udara yang segar. Tidak hairanlah ramai penduduk dari ibu kota dan negeri lain...

Pantai Teluk Lipat di Dungun, Port PALING TENANG

Orang-orang di negeri Terengganu memang lazim dengan Pantai Teluk Lipat, lagi-lagi penuntut UiTM Dungun yang banyak kali datang ke sini dengan kawan-kawan di universiti...

Pantai Rekreasi Teluk Bidara – ANGGUN dan BERSIH

Walaupun banyak pantai-pantai cantik sekitar Dungun, Terengganu, masih ramai yang singgah di Pantai Rekreasi Teluk Bidara sebab kawasannya yang jauh dari bandar dan tenang....

Air Terjun Chemerong – Destinasi Perkelahan yg BEST

Kalau anda bercuti atau mungkin sedang melawat sedara mara di sebelah selatan Terengganu seperti Dungun, Hulu Terengganu atau Marang dan teringin nak mandi manda...

10 Tempat Penginapan di Dungun Macam Dekat BALI

Sebut sahaja 'Dungun', sudah pasti ramai yang tahu ianya merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu. Penduduk di negeri ini tentunya berasa bangga dengan sejarah...

9 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nie
Nie
7 years ago

Boleh tak tanda kat google maps.. tak rei la pakai latitude2 ni…tkasih

Nur Hafeeza
Nur Hafeeza
5 years ago
Reply to  Nie

Taip je Warong telor power pak din

nor norfa
nor norfa
8 years ago

Telur power mmg power..kat tempat lain xdop tu..rempah power tu rahsianye..sy yg keje kat situ pon xdpt resepi rempah power..hehehe..smoga warung pok din power maju jaya sokmo..nasi dagang k.ros terbaik..

Ammar
10 years ago

Memang betul2 power ni. Tengok pun dah power

Hazman Fadzil
10 years ago

Ikan aya aka ikan tongkol ada lauk yang terbaik untuk nasi dagang nie

Denaihati
10 years ago

mesti ramai pengunjung ni, nampak nasi pun sampai seperiuk besar. memang powerlah…

Hubungi Kami

9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x