Isi Kandungan
Masih tercari-cari van sewa di Shah Alam dengan harga berpatutan? Anda kini berada pada pautan yang tepat! Di sini, anda boleh membanding dan memperoleh informasi mengenai van sewa yang dijamin kepuasan servisnya daripada agensi-agensi Shah Alam yang menawarkan perkhidmatan ini.
Setiap pengguna mestilah menginginkan servis van sewa yang terbaik bagi memastikan aktiviti seperti percutian, perayaan dan gathering mereka berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dengan menyewa van, perjalanan anda untuk menerokai sesuatu kawasan bersama rombongan anda menjadi lebih mudah dan anda boleh bergerak ke mana sahaja mengikut rentak anda sendiri.
Manakan tidak, bandar Shah Alam merupakan bandar yang sering mengalami kesesakan lalu lintas. Jadi, anda disyorkan untuk menggunakan van sewa kerana perkhidmatan ini sentiasa menjadi alternatif terbaik bagi mereka yang bergerak secara beramai-ramai dan kurang mahir dengan jalan raya di sini.
Di dalam artikel ini, kami senaraikan 9 perkhidmatan van sewa yang sering menjadi tumpuan langganan orang ramai dari seluruh pelosok Malaysia.
9 Perkhidmatan Van Sewa di Shah Alam
1. Holidaygogogo Tours Sdn Bhd, Setia Alam
Agensi pelancongan Holidaygogogo Tours merupakan nama agensi yang tidak asing lagi dalam pasaran pelancongan. Ia sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia atau pun pelancong asing. Mereka menawarkan pelbagai produk pelancongan seperti pakej ke Pulau Redang, Pulau Perhentian, Langkawi dan juga pulau-pulau sekitar Sabah.
Terdapat 4 jenis van yang disediakan iaitu van 7 seaters, van 10 seaters, 14 seaters, dan 18 seaters. Meskipun lokasi utama mereka terletak di Shah Alam, mereka juga mampu menyediakan perkhidmatan van sewa ke seluruh negeri di Malaysia.
Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan perkhidmatan sewa kenderaan lain seperti kereta dan bas pelancongan. Di samping itu, mereka ada menyediakan servis penghantaran ke lapangan terbang untuk para pelancong yang ingin berkongsi kenderaan ke KLIA.
Apa yang lebih menarik, mereka juga membuat servis pintu ke pintu di mana mereka boleh mengambil dan membawa anda terus ke destinasi yang dipinta. Jadi, dengan memilih Holidaygogogo anda akan mendapat jaminan kualiti servis yang tinggi dan terjamin.
Alamat: 47-1, Jalan Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
2. Dayasakti Travel & Tours Sdn Bhd (Rent N Go), Kota Kemuning
Anda ingin bercuti bersama keluarga atau merancang perjalanan korporat dengan kumpulan 5 hingga 16 orang? Masih mempertimbangkan perjalanan anda dengan kenderaan berasingan atau pengangkutan awam?
Perkhidmatan sewa Rent N Go oleh Dayasakti Travel adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda! Mereka mempunyai banyak jenis van yang berbeza untuk memenuhi keperluan anda.
Tidak kiralah jika anda mahu menggunakan van-van ini untuk pemindahan ke lapangan terbang, mesyuarat syarikat atau pemindahan hotel, khidmat sewa van di sini akan sentiasa bersedia menyenangkan perjalanan anda.
Alamat (HQ): N-9-10, The Gamuda Biz Suites, Jalan Anggerik Vanilla 31/99, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
3. Empayar Van Kereta Sewa, Pinggiran Sg Buloh
Jika anda merancang untuk bercuti dan memerlukan kenderaan yang besar dan selesa untuk ke seluruh semenanjung Malaysia, anda tidak perlu runsing lagi kerana Empayar Van Kereta Sewa sedia membantu anda.
Dengan pilihan van yang sangat banyak serta lengkap dengan pakej pemandu van, anda pasti tidak akan kecewa. Antara van-van yang disediakan ialah van 12 hingga 18 seaters dan juga van mewah yang membolehkan anda menonton movie atau berkaraoke sepanjang perjalanan percutian anda. Best kan?
Bukan itu sahaja, terdapat servis lain juga yang ditawarkan iaitu servis sewaan kereta yang juga boleh digunakan oleh pelanggan. Pelbagai jenis kereta yang ditawarkan dengan harga yang sangat murah dan menjimatkan kos percutian anda.Â
Alamat: 27-G, Jalan Hasta U19/17, Pinggiran Sg Buloh, 40160, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 Jam)
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
4. Pak Pie Logistics (Van Sewa Pak Pie), Seksyen 24
Van sewa Pak Pie adalah antara perkhidmatan van sewa yang diyakini murah dan popular di Shah Alam. Perkhidmatan van sewa yang ditawarkan dapat memenuhi setiap cita rasa dan keperluan anda. Van apa yang anda inginkan? Biasa, sederhana, VIP ,VVIP dan VVIP Executive, semua dapat disediakan oleh Van Sewa Pak Pie.
Malah, harga yang ditawarkan juga sangatlah menarik! Anda jangan terkejut dan bingung pula jika anda rasa harga yang ditawarkan terlalu murah dan berpatutan! Jadi, jika anda ingin mendapatkan van dengan kadar segera, terus hubungi mereka kerana tempahan van di sini sentiasa menjadi rebutan orang ramai.
Alamat: No 1, Jalan Kangkung, 24, 6, Seksyen 24, 40300, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 Jam)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
5. Mat Brothers Outdoor Equipment & Rental Service, Seksyen 30
Anda memerlukan perkhidmatan van sewa untuk melancong, pemindahan ke lapangan terbang, aktiviti kembara berkumpulan atau special events? Perkhidmatan van sewa oleh Mat Brothers ini sangatlah sesuai untuk anda!
Mereka menawarkan banyak pilihan van sewa mengikut keperluan anda. Antara jenis van yang disediakan ialah van 11 seaters, 15 seaters, dan 18 seaters. Yang menariknya, servis yang ditawarkan juga merangkumi pemandu kenderaan! Pemandu yang membawa van tersebut juga sangatlah peramah dan mesra pelanggan.Â
Alamat: No 24, Taman Universiti 1, Jalan Tanjung Karang, 30/179, Lorong Universiti, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Khamis – Selasa (24 Jam)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
6. Deso Trans Asia (NextGen Car), Seksyen 16
Jika anda ingin pergi atau berada di Taman Ken Rimba, Seksyen 16, silalah singgah ke NextGen Car oleh Deso Trans Asia. Anda boleh melihat sendiri van sewa berkualiti yang disediakan oleh agensi di Shah Alam ini.
Kebanyakan van yang mereka sediakan adalah keluaran yang terbaru dan sentiasa diselenggara. Urusan untuk menyewa van di sini juga teramatlah mudah. Anda tidak perlu risau akan kekurangan van sewa kerana di sini, mereka akan sentiasa mampu menyediakan van sewa mengikut keperluan anda.Â
Terdapat dua jenis van yang disediakan iaitu van 15 seaters dan 18 seaters. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi khidmat pelanggan dan staf mereka yang sangatlah mesra pelanggan dan sedia melayani anda.
Alamat: 9-2, B16/B, Jalan Lengkuas, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 10.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
7. Karysma Motorhomes, Seksyen 16
Adakah anda salah seorang peminat aktiviti camping dan ingin melakukan aktiviti yang santai untuk berehat, memasak dan mudah bergerak ke mana-mana sahaja?
Jangan risau, Karysma Motorhome menawarkan perkhidmatan sewa campervan dan motorhome untuk anda mengalami pengalaman camping dengan motorhome yang serba lengkap kelengkapan di dalamnya.
Ruang tidur di dalam campervan dan motorhome mereka sangat luas dan disertakan bersama katil, sinki, kabinet dapur dan lain-lain. Sekali pandang anda pasti terbayang keseronokan untuk pergi ke camping terutama sekali bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan mampu disewa oleh pelbagai golongan.
Alamat: C-9-G, Jalan Serai Wangi L 16/L, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan
8. NHK Transport, Seksyen 9
Anda masih bingung untuk merancang pergerakan family trip anda? Ingin bergerak ke majlis kahwin bersama rombongan ataupun merancang trip syarikat untuk urusan rasmi atau tidak rasmi?
Di sini kami cadangkan NHK Transport antara pilihan yang terbaik untuk menempah van sewa yang sesuai dengan perancangan aktiviti anda. Mereka telah ditubuhkan semenjak tahun 2017 dan sentiasa mendapat tempahan yang sangat tinggi sehingga kini.
Dan jangan risau jika penumpang yang mengikut serta adalah dalam kalangan pelancong asing. Hal ini kerana pemandu dan staf mereka cekap berbahasa Inggeris dan tidak ada halangan komunikasi antara penumpang dan pemandu.
Agensi ini terletak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor dan jika anda sukar untuk ke sini, tempahan secara atas talian juga boleh dilakukan.
Alamat: Jalan Tengku Ampuan Rahimah 9/20, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 12.00 am)
Lokasi | Laman Web | Instagram | Ulasan PelangganÂ
9. Agtran Travel Sdn Bhd, Seksyen 17
Berbekalkan 7 tahun pengalaman bertapak dalam industri penyewaan kenderaan, nama syarikat ini juga tidak asing di Shah Alam. Mereka sentiasa mendapat tempahan penduduk setempat, terutamanya untuk kegunaan berkunjung ke kenduri, pemindahan barang dan juga untuk kegunaan program-program khas.
Agensi ini juga merupakan syarikat yang sangat fleksibel dalam menawarkan pilihan sewaan kepada pelanggan mereka. Tempahan sewa boleh ditempah mengikut jam, harian, mingguan dan bulanan. Buat pengetahuan anda, minimum sewaan bagi setiap van adalah 5 jam.
Terdapat dua jenis pilihan van yang ditawarkan iaitu van 10 seaters dan 14 seaters. Menurut ulasan pelanggan-pelanggan lama mereka, van yang disediakan Agtran Travel sentiasa dalam keadaan yang terbaik dan selalu mendapat maklum balas yang memuaskan daripada pelanggan mereka.
Alamat: Bus Terminal, Jalan Jenulung 17/21, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 11.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan PelangganÂ
Diharapkan dengan adanya senarai ini, ia dapat memberikan bantuan dalam mencari perkhidmatan sewa van yang sesuai dengan keperluan anda di Shah Alam. Pastikan anda menilai kualiti van sewa berdasarkan bajet dan keperluan anda untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi untuk percutian dan perjalanan anda.
Jika anda ingin mencari kenderaan yang lebih berpatutan atau lebih kecil, anda juga boleh mencari pilihan dengan membaca artikel kami, Top 10 Kereta Sewa di Shah Alam Yang Best & Murah. Semoga membantu!
Minggu lepas ambik van dengan pemandu dari Holidaygogogo, servis terbaik, harga pun ok. Yang penting, driver memang experience, bagitau nama tempat aje mesti sampai!