Isi Kandungan
Pinjaman Peribadi akan menjadi pilihan anda atau jalan terakhir untuk anda memohon pinjaman kecemasan bagi membayar pinjaman seperti perbelanjaan pengebumian, menampung bil perubatan atau pembaikan kereta. Pinjaman wang berlesen melayu atau pinjaman wang berlesen online menjadi pilihan anda? Setiap pinjaman kewangan juga berbeza mengikut syarikat pinjaman. Ada yang menawarkan kadar faedah tinggi tetapi pembayaran balik yang fleksibel. Ada juga syarikat menawarkan pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah dan sebaliknya.
Pinjaman ini boleh digunakan pada masa yang anda sangat perlukan kerana jika anda gagal membayarnya, skor kredit anda turut terkesan. Kami ingin ingatkan anda bahawa jangan menggunakan pinjaman peribadi untuk membeli sesuatu yang anda boleh anda jalani hidup tanpa benda itu, seperti komputer riba, telefon atau ingin memenuhi kehendak anda melainkan ia sangat penting bagi anda. Anda harus memahami yuran dan kos yang anda perlu bayar bagi mendapatkan pinjaman tersebut. Walaupun perkara ini nampak mudah, namun begitu banyak pemberi pinjaman mengikat perjanjian pinjaman mereka dengan terma dan syarat tertentu yang kelihatan mudah tetapi kesannya anda yang harus tanggung.
Selain itu, anda diingatkan supaya jangan meminjam lebih dari apa yang anda perlukan. Contohnya, anda hanya perlukan pinjaman sebanyak RM2000 tetapi meminjam RM5000. Anda harus mempertimbangkan situasi kewangan anda sebelum meminjam wang. Semakin banyak anda meminjam, maka semakin banyaklah juga masa dan wang anda habiskan untuk membayarnya semula.
Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan pinjaman kewangan, berikut merupakan senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar kpkt di Penang. Pilihan di tangan anda, buat pilihan dengan bijak.
1. Top Line Promotions Sdn. Bhd. (WL7077/07/01)
Top Line Promotions menawarkan pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan. Pinjaman wang berlesen Bayan Lepas ini bermula dari RM500 dan bayaran balik bulanan hanya RM62. Tempoh bayaran pinjaman pula dari 6 bulan sehingga 5 tahun. Syarikat pinjaman wang berlesen Bayan Lepas ini berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bayaran pinjaman akan diserahkan dalam tempoh 24jam setelah mereka mendapat dokumen berkaitan daripada pemohon. Pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai dan pemohon yang menetap di Penang, Perlis, Perak, atau Kedah boleh memohon.
Alamat: 1-2-48, Medan Kampung Relau 1, Bayan Lepas 11900 Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 10am – 5.30pm
Tel: Hai, saya nak ambil loan di area Negeri Sembilan
Pinjaman Wang Berlesen Bukit Mertajam
2. Strong Advance Sdn Bhd, Pusat Perniagaan Maju Utama
Strong Advance Sdn Bhd menerima permohonan pinjaman kewangan dari kawasan Penang, Bukit Mertajam, dan Kulim sahaja. Pemohon haruslah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. Bayaran mengikut kemampuan dan segala urusan pinjaman kewangan hanya dilakukan di pejabat sahaja tetapi jika anda mempunyai persoalan mengenai perkhidmatan mereka, anda boleh bertanyakan hal tersebut melalui whatsapp seperti tertera di bawah.
Alamat: 3187, Jalan Maju, Pusat Perniagaan Maju Utama, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–6pm, sabtu: 9.30am–3pm
3. Gin Way Enterprise, Bandar Perda
Gin Way Enterprise menawarkan pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai. Pinjaman ini tidak memerlukan penjamin dan kakitangan kerajaan, pencen, ada akaun i-Lestari, Perkeso, atau swasta boleh memohon dengan syarat gaji masuk melalui bank. Bagi pinjaman bercagar mereka menerima telefon bimbit, laptop, ipad, tab, dan emas. Syarikat Gin Way Enterprise berdekatan dengan Pusat Pakar Mata Perdana dan Neeta’s Herbal.
Alamat: Tingkat Bawah, 468, Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9am–5pm
4. Haruman Kota Sdn Bhd, Jalan Sejahtera Ria
Haruman Kota Sdn Bhd memberikan pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang rendah dan berpatutan iaitu 4.88%. Tempoh pinjaman yang fleksibel dan bersesuai dengan komitmen kewangan anda. Nombor pendaftaran syarikat Haruman Kota Sdn Bhd dengan SSM ialah 529869-T. Kelulusan permohonan pinjaman yang cepat dan mereka yang telah disenarai hitam, CCRIS, CTOS atau lain-lain boleh memohon. Wang pinjaman akan dikreditkan ke dalam akaun anda.
Alamat: 72, Ground Floor, Jalan Sejahtera Ria, Taman Sejahtera, 14000 Bukit Mertajam, Penang
5. Easy Harvest Sdn Bhd Pinjaman Wang, Pusat Perniagaan Jalan Rozhan
6. Max Gold Resources, Bandar Perda
Max Gold Resources menawarkan tempoh bayaran balik pinjaman 1 bulan – 20 bulan mengikut kehendak pelanggan mereka. Pinjaman kewangan yang sesuai untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun (separuh kerajaan), golongan bersara, pekerja kilang, kakitangan TNB, Telekom, Pos, Hotel, dan swasta. Tanpa penjamin dan cagaran, hanya memerlukan beberapa dokumen penting untuk membuat permohonan pinjaman kewangan. Pelanggan yang telah disenarai hitam oleh bank boleh juga memohon dan maklumat anda akan dirahsiakan demi keselamatan anda. Pinjaman kewangan bermula dari RM100 sehingga RM50,000. Syarikat ini juga dapat membantu anda menyelesaikan hutang di tempat lain. Penyata KWSP, slip gaji 3 bulan terbaru, penyata bank, bil air / elektrik, dan surat confirm diperlukan untuk anda membuat perjanjian kewangan ini. Tiada bayaran untuk memproses dokumen dan dapat wang pinjaman secara terus. Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Max Gold Resources secara terus.
Alamat: 464 GF, Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pinjaman wang berlesen Seberang Jaya
7. Heap Hoe Credit Company, Bandar Seberang Jaya
Heap Hoe Credit Company menawarkan 3 jenis pinjaman kewangan berlesen iaitu pinjaman segera Penang, pinjaman peribadi Penang, dan pinjaman tunai Penang. Pinjaman wang dibenarkan bermula dari RM1,000 dan bayaran bulanan serendah RM30. Pinjaman wang berlesen Seberang Jaya ini juga tidak memerlukan anda membayar deposit atau bayaran pemprosesan. Kawasan Kedah, Penang, Perak, atau Perlis layak memohon dengan pejabat ini yang berdaftar dengan KPKT.
Alamat: No 9, Tingkat 1 Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, Seberang Jaya, 13700 Seberang Perai, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–5.30pm, sabtu: 9.30am–2.30pm
8. Century Progress Enterprise, Sunway Carnival
Century Progress Enterprise menawarkan beberapa pinjaman wang berlesen iaitu pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman cagaran, dan pemindahan baki hutang. Pemohon haruslah menerima gaji melalui bank, gaji lebih dari RM2000, dan bekerja lebih dari setahun di tempat yang sama. Pemohon yang memohon pinjaman bercagar perlu membayar balik pinjaman dengan kadar faedah 1% sebulan, manakala tidak bercagar pula kadar faedah ditetapkan sebanyak 1.5% sebulan. Kelulusan permohonan pinjaman wang dalam tempoh 24 jam. Peniaga, pekerja swasta, kakitangan kerajaan, dan termasuk individu yang telah disenarai hitam boleh memohon pinjaman wang berlesen Seberang Jaya ini.
Alamat: 13700 Seberang Jaya, Penang
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–5pm, sabtu: 9am–3pm
9. Easy High Sdn Bhd, Bandar Sunway
Easy High Sdn Bhd menawarkan pinjaman peribadi yang mudah dan cepat untuk mereka yang menetap di Seberang Jaya, Penang. Pejabat Easy High Sdn Bhd mudah ditemui oleh pengunjung kerana pejabat mereka bersebelahan dengan CIMB bank dan restoran Bonda Habibah. Pinjaman ini memerlukan penyata gaji 3 bukan terkini dan beberapa dokumen lain. Bagi mereka yang ingin mendapatkan permohonan ini, anda boleh berhubung terus dengan Easy High Sdn Bhd.
Alamat: No. 2, Jalan Todak 3, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
10. Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd, Pusat Bandar Seberang Jaya
Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd menawarkan skim pinjaman perniagaan bagi perniagaan yang dikendalikan rakyat Malaysia. Syarikat ini menawarkan 4 jenis skim pinjaman yang berbeza iaitu pinjaman konvensional, pinjaman islamik, pinjaman langsung, dan pinjaman kerajaan. Anda boleh berkunjung ke cawangan mereka atau menggunakan wizard rekomendasi skim di laman web syarikat ini untuk membuat pilihan yang sesuai dengan pinjaman kewangan yang anda inginkan.
Alamat: 1, Ground Floor, Jalan Todak 5, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang