10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Pahang

Dewasa kini, generasi muda seharusnya berfikir dengan lebih matang dan menghindari diri daripada meminjam wang daripada ceti haram atau lebih dikenali sebagai Along. Along juga sering menyasarkan mereka yang terdesak dan miskin. Mereka akan membuatkan anda merasa aman dengan sikap ramah dan membantu anda. Namun begitu, ada risiko yang akan membuatkan hidup anda menjadi buruk. Sekali anda terlibat dengan pinjaman Along, mereka tidak akan berhenti memburu anda sehingga anda selesaikan segala hutang tersebut. Banyak kesan buruknya jika anda tersilap pinjam dengan syarikat yang tidak diiktiraf di Malaysia. Anda juga akan mengalami gangguan fizikal dan keganasan kerana mereka mendesak anda untuk segera selesaikan hutang.

Akhbar Berita Harian juga pernah melaporkan berita mengenai seorang guru wanita trauma selepas diganggu dan diugut individu yang bergelar Along. Gambar mangsa turut diletakkan tanda ringgit dan perkataan yang tidak elok, pada tiang stesen bas dan pondok telefon di luar kawasan sekolah. Mangsa memberitahu dia menandatangani dokumen perjanjian kosong dan menerima wang sebanyak RM8,600 sahaja. Namun begitu, disebabkan mangsa tidak dapat melunaskan hutang, mangsa terus dalam ketakutan akibat terlibat dengan pinjaman yang tidak berlesen ini. Kejadian ini berlaku di Kuantan pada Julai tahun lalu. Ibarat peribahasa Melayu yang berbunyi “Sudah terhantuk, baru terngadah “. Oleh sebab itu, anda haruslah berhati-hati dalam memilih dan membuat pinjaman wang. Kami mencadangkan syarikat di bawah untuk meringankan beban anda dalam mencari pinjaman wang berlesen yang selamat.

Berikut adalah senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar kpkt dan pinjaman wang berlesen online yang anda boleh temui di Pahang. Pinjaman kewangan yang diberikan oleh syarikat pinjaman juga berbeza. Pinjaman juga terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk pinjaman bercagar, tidak bercagar, komersial, perniagaan, dan peribadi. Secara ringkasnya, carilah syarikat yang berdaftar secara sah dan diperakui orang ramai.

Pinjaman wang berlesen Jerantut


1. Eco Purpose Mart Sdn. Bhd. (WL7258/06/01)

 

Lokasi syarikat Eco Purpose Mart yang strategik kerana berdekatan bandar Jerantut. Selain beberapa cawangan di Johor, Eco Purpose Mart juga memiliki beberapa cawangan lain iaitu di Selangor dan Negeri Sembilan. Proses pinjaman wang sangat cepat dengan hanya memerlukan beberapa dokumen seperti slip gaji, bil elektrik, dan penyata KWSP terkini. Isteri tentera serta peniaga juga boleh memohon. Terdapat sebarang kemusykilan, anda boleh hubungi mereka.

Alamat:E- 47 Tingkat Atas, Bandar Baru 27000 Jerantut, Pahang.

Waktu Operasi: 10am – 5.30pm

Tel: 017-9865440

Whatsapp Eco Purpose Mart

 

Pinjaman wang berlesen Kuantan


2. Warisan Kapital Trading Sdn Bhd (1091884-W), Jalan Bukit Ubi

pinjaman yang terbuka kepada semua

Lokasi syarikat pinjaman wang berlesen Kuantan yang mudah dicari kerana berhadapan Pejabat Pos Laju dan berdekatan Pusat Pakar Dialisis. Warisan Kapital Trading menawarkan faedah yang paling terendah iaitu 1.5% sebulan dan pembayaran balik pinjaman haruslah dibuat dalam tempoh 5 tahun. Kelulusan permohonan yang cepat, tanpa penjamin, dan senarai hitam boleh juga memohon pinjaman wang berlesen Kuantan ini. Permohonan pinjaman yang terbuka kepada semua termasuklah pemohon i-Citra, Grab Food Rider, Foodpanda, Halo Delivery, dan sebagainya. Untuk info penuh, anda boleh berhubung terus dengan mereka.

Alamat: B814, tingkat, 1, Jalan Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm, sabtu: 9am–3pm

Lokasi

 

3. Emerald City Trading ( MA0062987-X), Jalan Putra Square 1

pinjaman wang dengan segera

Emerald City Trading mempunyai 2 cawangan di Malaysia, satu di Temerloh dan 1 cawangan lain di Kuala Terengganu. Kakitangan swasta, kerajaan dan penerima bantuan kebajikan layak memohon dengan syarat tertentu. Segala urusan pinjaman kewangan hanya berlaku di pejabat mereka. Pinjaman berlesen ini juga dapat membantu mereka yang ingin mencari pinjaman wang dengan segera, terutama mereka yang menetap di Temerloh, Pahang. Sekiranya anda berminat, anda boleh menyemak ketersediaan janji temu untuk pinjaman kewangan di facebook Emerald City Trading.

Alamat: 20, Jalan Putra Square 1, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm, sabtu: 9am–3pm

Lokasi

 

4. YPL Capital Sdn Bhd (1080812-D), Jalan Tun Ismail

Tempoh kelulusan yang pantas

Anda memerlukan bantuan untuk menyelesaikan hutang lama anda? Jika jawapan anda ya, jangan risau penasihat kewangan dari syarikat ini mampu menolong anda. Menawarkan pinjaman bercagar dan pinjaman peribadi dengan pakej yang sesuai mengikut situasi anda. Tawaran pinjaman kewangan yang sangat berbaloi kerana kadar faedah serendah 1% sebulan dan tempoh pembayaran balik yang fleksibel. Tempoh kelulusan yang pantas apabila anda menyediakan semua dokumen keperluan dengan lengkap.

Alamat: Mezzanine Floor, N0.83, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm, sabtu: 9am–3pm

Lokasi

 

5. Silver Legacy Trading (GF), Jalan Beserah

pemberi pinjam wang berlesen

Silver Legacy Trading (GF) merupakan pemberi pinjam wang berlesen yang menawarkan pinjaman bercagar dan pinjaman peribadi. Anda juga boleh memohon pinjaman dari syarikat pinjaman wang berlesen ini melalui i-Citra. Maklumat pinjaman akan dirahsiakan dan pinjaman peribadi sehingga RM 100,000 untuk pemohon yang layak mengikut syarat.

Alamat: Ground Floor, B-1835, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–5pm, sabtu: 9am–3pm

Lokasi

 

6. Syarikat Gunong Commercial Credit ( JM0018225-P ), Taman Pandan Damai

tanpa wang pendahuluan

Anda terdesak memerlukan duit? Jika ya, anda boleh memohon pinjaman kewangan di Syarikat Gunong Commercial Credit. Tidak perlu membayar wang pendahuluan dan masalah anda akan selesai dalam beberapa hari dan hanya dokumen ringkas diperlukan untuk membuat permohonan serta syarikat ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Terbuka kepada semua sektor pekerjaan dan mempunyai lesen pendaftaran yang sah.

Alamat: B-4 tingkat, 1, Lor Pandan Damai 2/201, Taman Pandan Damai, 25150 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–5.30pm, sabtu: 9am–3pm

Lokasi

 

7. Bonus Setters (M) Sdn Bhd, Pasar Besar Kuantan

pinjaman kewangan

Bonus Setters (M) Sdn Bhd menawarkan pinjaman kewangan yang berbeza untuk setiap individu mengikut keperluan kewangan mereka. Setiap pinjaman yang diluluskan mengambil kira tahap kewangan pemohon. Antara pinjaman yang diberikan ialah pinjaman cepat, pinjaman persaraan, pinjaman peribadi, pinjaman PERKESO, dan sebagainya.  Syarikat pinjaman berlesen Malaysia yang boleh dipercayai dan beroperasi dengan cekap demi membantu pelanggan mereka. Bonus Setters (M) Sdn Bhd akan memproses dan meluluskan pinjaman anda dengan segera. Selain itu, menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada anda. Kadar bunga dikenakan serendah 12% mengikut jumlah pinjaman peribadi. Gaji serendah RM500 juga layak memohon.

Alamat: Jalan Bukit Sekilau, Pasar Besar Kuantan, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm, sabtu: 9am–1pm

Lokasi

 

8. Multi Regional Enterprise ( 000922792-K ), Jalan Besar

menyediakan pinjaman kewangan

Multi Regional Enterprise menjalankan perniagaan kereta dan menyediakan pinjaman kewangan. Anda menghadapi masalah dan memerlukan pinjaman wang dengan segera? Jika ya, syarikat ini mungkin menjadi salah satu pilihan untuk anda membuat pinjaman wang. Kelulusan pinjaman kewangan yang cepat dan menerima barang cagaran seperti telefon bimbit, komputer notebook, dan lain-lain.

Alamat: No 136, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Sabtu & ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm

Lokasi

 

9. Wang Mesra Enterprise, Sri Dagangan 2

Pinjaman kewangan yang mudah

Pinjaman wang dari syarikat Wang Mesra Enterprise tidak memerlukan deposit dan bayaran serta faedah yang rendah. Pinjaman kewangan yang mudah, selamat dan cepat. Menawarkan pinjaman peribadi dan ansurans telefon. Pelanggan mempercayai bantuan kewangan ini dan pasukan perkhidmatan pelanggan mereka akan membantu anda membuat pilihan yang paling sesuai dengan keperluan anda. Pinjaman sehingga RM500,00 dan tanpa penjamin.

Alamat: No. A25 ,Tingkat 1 Lorong Tun Ismail 12, Sri Dagangan 2, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–5pm, sabtu: 9am–1pm

Lokasi

 

Pinjaman wang berlesen Temerloh


10. Borasmas Maju Trading ( 001377503-V ), Jalan Tengku Ismail

bersebelahan dengan Hong Leong Bank

Syarikat pinjaman peribadi yang terkenal di Temerloh, bersebelahan dengan Hong Leong Bank. Menawarkan pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang rendah. Pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai dan menawarkan pinjaman peribadi serta pinjaman bercagar. Pinjaman peribadi yang boleh mendapat kelulusan dalam tempoh sejam setelah anda menyiapkan beberapa dokumen penting untuk memohon pinjaman. Pinjaman bercagar pula bernilai tinggi apabila melibatkan rumah, tanah kosong, atau rumah kedai. Pinjaman wang berlesen Temerloh yang mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan yang telah mendapatkan pinjaman.

Alamat: F-107, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm, sabtu: 9am–3pm

Lokasi

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

4 Pinjaman Peribadi Patuh Syariah Yang Ditawarkan Oleh Public Bank

Ada di antara kita yang kini sudah membuka lembaran baru dalam hidup seperti mendapat pekerjaan selepas graduasi, berkahwin, menimang cahaya mata dan sebagainya. Seiring...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Terengganu

Segala-galanya di dunia ini sekarang seolah-olah diukur dari segi wang. Tanpa wang, dalam bentuk apa pun seperti tunai, simpanan di bank, atau kad kredit,...

11 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Perak

Anda tentunya tahu bahawa bukan semua pinjaman adalah teruk. Tidak mempunyai cukup wang untuk dibelanjakan adalah perasaan yang biasa kita ketahui dan banyak yang...

Top 7 Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Kuantan Cepat Lulus

Bagi anda yang sedang mencari syarikat pinjaman wang berlesen Kuantan, di dalam perkongsian kali ini, kami telah senaraikan kepada anda beberapa senarai syarikat pinjaman...

11 Best Agensi Kewangan utk Pinjaman Wang Segera

Adakah anda tahu maksud pinjaman? Pinjaman merujuk kepada sejumlah wang yang anda pinjam dari bank atau institusi kewangan, biasanya dalam jangka masa yang tetap...

8 Syarikat Insurans Motorsikal untuk Perlindungan Anda!

Jika anda ingin ingin memperbaharui insurans motorsikal, terdapat beberapa perkara yang harus dilihat dengan teliti bagi memastikan anda dan motosikal anda mendapat perlindungan yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x