Isi Kandungan
Bila kita bercakap tentang topik berbasikal, semestinya bunyi hobi ini seperti hobi yang mahal. Mahu tidaknya, basikal sahaja mahal, ditambah pula dengan peralatan-peralatan lain seperti helmet, lampu, bag kalis air, pakaian yang sesuai untuk mengayuh. Oh, banyak duit yang perlu kita labur ni.
Tapi, sebenarnya hobi ini tidaklah terlalu menelan belanja yang besar, kerana hari ini kita dapat lihat pelbagai jenama dan jenis basikal yang murah dan bersesuaian dengan bajet kita sendiri seperti orang kata “sesuai dengan perut sendiri”. Jadi pilihlah basikal mengikut bajet sendiri dan bukannya mengikut orang lain. Jadi, jom tengok kedai basikal yang best di sekitar Gombak dan Setapak, yang mereka ini menyediakan pelbagai jenis basikal yang anda inginkan dengan harga terbaik mengikut kocek anda.
Kedai Basikal Best di GombakÂ
1. Kedai Basikal Gek Cheng Enterprise, Jalan Gombak
Kedai basikal yang terletak di Jalan Gombak ini terkenal di kalangan penduduk di sekitar Gombak. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis basikal kanak-kanak dan remaja dengan pelbagai saiz dan warna-warna yang sangat menarik. Tambahan pula, harga basikal yang terdapat di kedai basikal ini murah dan berpatutan. Jadi, tidak rugi anda membawa anak kecil anda ke sini kerana mereka pasti akan gembira dan teruja dengan pelbagai pilihan dan jenis basikal yang terdapat di kedai basikal ini.
Alamat: 103 1/4, 4, Jalan Gombak, Batu, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Lokasi |Â Ulasan Bisnes | Phone: 012-2567689
2. Syarikat R.N Samy, Batu CavesÂ
R.N Samy Bicycle merupakan salah satu kedai basikal yang terkenal di kalangan penduduk sekitar Gombak. Terdapat pelbagai jenis basikal road bikes, mountain bikes, hybrid dan junior bikes yang berjenama dijual disini seperti Giant dan juga Folding Bikes yang sesuai untuk mereka yang suka kayuhan yang santai. Selain daripada basikal dewasa, terdapat juga basikal kanak-kanak yang sangat menarik dan juga aksesori basikal seperti paddle, seat, helmet dan juga kasut berbasikal yang berkualiti tinggi. Untuk memudahkan anda, kedai basikal ini turut menyediakan servis baiki basikal. Senang kata semua pakej lengkap terdapat di Kedai basikal R.N Samy ini. Siapkan dompet kerana semestinya anda akan rambang mata disini.
Alamat: Plaza Umno, No. 11-G, Jalan Batu Caves, Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 8.30am – 7.30pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-3539007
3. Kedai Basikal Bob, Kampung Laksamana
Kedai Basikal Bob yang terletak di Kampung Laksamana ini menyediakan pelbagai jenis basikal dewasa terutamanya folding bikes dan mountain bikes atau lebih dikenali sebagai MTB di kalangan pengayuh basikal. Kedai ini merupakan salah satu kedai yang mendapat maklum balas yang positif di Google Review. Rata-rata pelanggan yang pernah mengunjungi kedai basikal ini sangatlah berpuas hati dengan servis yang diberikan kerana pemilik basikal yang sudi berkongsi ilmu tentang basikal dan kayuhan serta harga basikal yang sangat berpatutan. Jika anda baru hendak menceburi minat berbasikal ini, maka inilah kedai yang mesti anda kunjungi.
Alamat: No 3, Gerai MPS, 3, Jalan Sungai Tua, Kampung Laksamana, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-6866954Â
4. Klinik Basikal Gombak, Taman Greenwood Indah
Klinik Basikal Gombak atau turut dikenali sebagai Nida Cyclo, adalah kedai yang menyediakan basikal dengan harga yang sangat berpatutan, disamping cas untuk servis basikal turut murah bebanding kedai lain. Disini, terdapat pelbagai jenis basikal dewasa terutamanya MTB dan Folding Bikes. Terdapat juga pelbagai jenis basikal kanak-kanak disediakan. Untuk memudahkan para pelanggan, kedai ini turut menyediakan laman web untuk anda tengok model-model basikal yang tersedia dan yang masih terdapat di kedai. Jadi tak perlu risau kepada mereka yang tidak gemar berkunjung ke kedai kerana anda hanya perlu menelefon kedai tersebut.
Alamat: 11, Jalan 2, Taman Greenwood Indah, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 11.00am – 6.30pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-61887680
Whatsapp Klinik Basikal Gombak
Kedai Basikal Best Di Seri GombakÂ
5. JTC Bike Centre, Prima Seri Gombak
Jika anda mencri basikal yang berjenama hebat dan berkualiti tinggi, maka disinilah tempat yang wajib anda kunjungi.Kedai basikal yang terletak di Prima Seri Gombak ini menyediakan basikal yang berjenama mewah, semestinya mempunyai kualiti tinggi seperti basikal berjenama seperti Look, Cervelo, Cube dan Poligon. Selain daripada basikal, JTC Bike Centre turut menyediakan alat ganti ak aksesori basikal yang semestiyna berjenama. Kepada anda yang suka membeli secara online dan tidak suka berkunjung ke kedai, ini adalah pilihan yang tepat kerana mereka menyediakan laman web untuk pembelian secara atas talian sekaligus dapat memudahkan pelanggannya.
Alamat: 81, Jalan Prima SG 3, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 11.00am – 8.30pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-5153653
Whatsapp JTC
6. Latani Bikes, Taman Sri Gombak
Latani Bikes adalah kedai basikal menyediakan basikal dari semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak hinggalah dewasa. Harga basikal yang berpatutan dan servis yang baik memberi kepuasan kepada para pelanggan yang mengunjungi kedai basikal ini. Justeru jika anda berniat membeli basikal untuk beriada bersama keluarga, ini adalah kedai yang mesti anda pergi kerana harga basikal disini sangatlah berpatutan.
Alamat: No.41, Jalan SG 1/9, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 11.00am – 6.00pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-61781087
7. Java Bikes Malaysia, Taman Sri GombakÂ
Java Bikes juga merupakan kedai yang dikenali ramai di kawasan Gombak. Kedai basikal ini menyediakan Folding Bikes, Moutainbikes dan Roadbikes berjenama Java yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah berbanding kedai basikal lain. Paling menarik, kedai ini mendapat nilaian 5 bintang dari para pelanggan yang pernah menjejak kaki ke kedai basikal ini di Facebook kerana khidmat dan servis yang diberikan kepada para pelanggannya sangat memuaskan dan baik. Maka, peminat basikal yang berjenama Java mesti luangkan sedikit masa anda berkunjung ke kedai ini kerana pasti anda tidak akan senang duduk dengan kepelbagaian basikal di sini.
Alamat: 24, Jalan SG 3/2, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 10.00am – 5.00pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-3253269
Whatsapp Java Bikes
Kedai Basikal Best Di Setapak
8. Kedai Basikal Cahaya, Pusat Bandar Rampai
Di Kedai Basikal Cahaya, terdapat pelbagai jenis pilihan basikal dewasa dari yang biasa hinggalah ke basikal berjenama seperti Raleigh dan Rover dengan harga yang sangat berpatutan.Selain dari basikal dewasa, terdapat juga pelbagai pilihan yang menarik untuk basikal kanak-kanak. Jadi alang-alang nak membeli basikla unutk anda, boleh beli untuk anak satu. Bukan sahaja terdapat pelbagai jenis basikal disini, malah mereka turut menyediakan khidmat servis basikal Mountain Bikes dan Road Bikes dengan harga yang terendah ditambah puladengan layanan yang mesra dari pekerja dan pemilik kedai ini. Maka tidak hairan kedai ini mendapat maklum balas yang sangat baik dari rata-rata yang telah datang ke kedai ini. Anda memang tak akan rugi bila berkunjung ke sini.
Alamat: Â No.14, Jalan 45a/26, Pusat Bandar Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.30am – 7.00pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-8622636
Whatsapp Kedai Basikal Cahaya
9. Kedai Basikal Melawati, Taman Melawati
Kedai basikal yang terletak di Taman Melawati ini mempunyai banyak pilihan basikal kanak-kanak yang sesuai untuk peringkat umur mereka dan mengikut saiz masing-masing. Selain dari basikal kanak-kanak terdapat juga basikal dewasa seperti Mountain Bikes, Folding Bikes dan Racing Bikes turut tersedia disini dengan kualiti yang sangat baik bermula dari harga RM200 hingga RM1500 mengikut spesifikasi basikal yang anda iniginkan. Bukan itu sahaja, kedai ini turut menjual peralatan gantian basikal dan khidmat baiki basikal dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk memudahkan semua pelanggannya, Kedai ini menyediakan laman web untuk melihat. Jadi, bagi mereka yang berdekatan Taman Melawati dan tak tahu kedai basikal mana yang best, datanglah ke sini dan nikmati basikal menarik dengan harga yang sungguh berpatutan.
Alamat: Fasa 6, Lot 5426, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: 11.00am – 6.30pm
Lokasi |Â Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 03-41077290
Whatsapp Kedai Basikal Melawati
10. Bicycle World Sdn. Bhd, Taman Melawati
Bicycle World Sdn. Bhd yang terletak di Taman Melawati ini telah mendapat maklum balas yang sangat positif dari pengguna dan penggemar basikal. Rata-rata pelanggan gembira kerana layanan yang diberikan cukup pantas dan baik. Selain dari layanan yang sangat baik, kedai basikal ini menyediakan pelbagai pilihan basikal yang akan menjadikan anda rambang mata dengan basikal Road Bikes, BMX dan Moutain Bikes yang berjenama. Kedai ini turut menyediakan alatan gantian basikal yang berkualiti tinggi dan aksesori basikal tambahan seperti Jet Black Trainer. Jadi kedai ini wajib anda kunjungi sekiranya anda inginkan basikal yang berjenama dan berkuailiti.
Alamat: 9178, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Lokasi |Â Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-41066749
Walau bagaimanapun, kayuhan yang baik tidak ditentukan oleh jenama basikal tetapi, ia ditentukan oleh kemampuan dan teknik kayuhan kita. Jadi walaupun anda cuma mampu membeli basikal biasa dan bukannya basikal berjenama, hobi kayuhan tidak harus dihentikan. Carilah basikal yang anda mampu menanggung kos servis dan alat ganti di kemudian hari supaya kayuhan anda dapat diteruskan seperti biasa dan berjalan lancar.