Isi Kandungan
Jika anda memang seorang kaki bercuti ataupun ada geng-geng bercuti di Selangor, anda memang seharusnya mengambil pakej percutian daripada agensi-agensi perlancongan berlesen untuk memudahkan percutian anda. Pakej-pakej yang ditawarkan mereka sememangnya berbaloi. Anda tak perlu pusing-pusing kepala memikirkan aktiviti yang perlu dilakukan kerana mereka sudah sediakan untuk anda.
Agensi Pelancongan di Selangor
1. Holidaygogogo tours
Salah satu agensi pelancongan terbaik di Selangor sudah tentunya Holidaygogogo Tours yang terletak di Setia Alam, Selangor. Mereka telah beroperasi semenjak tahun 2013 lagi dan telah memberikan pengalaman percutian terbaik kepada beribu-ribu pelancong. Anda jangan risau kerana agensi pelancongan di Selangor ini berlesen. Memang tiada apa pun yang anda perlu risau. Mereka ni memang boleh dipercayai.
Pakej-pakej yang mereka sediakan memang pada harga yang terbaik. Kebanyakan pakej yang ditawarkan untuk percutian dalam Malaysia terdiri daripada pakej percutian ke pulau-pulau terbaik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Redang. Akan tetapi ada juga pakej-pakej lain seperti pakej taman tema dan pakej glamping.
Anda yang ingin bercuti ke luar negara pun boleh mendapatkan pakej bercutian melalui Holidaygogogo Tours ni. Mereka ada menawarkan pakej ke Thailand, Indonesia, dan Vietnam. Kalau nak jauh lagi mereka ada pakej ke Maldives juga. Memang sangat-sangat berbaloi jika anda menempah pakej percutian di sini. Tak lupa juga untuk yang teringin sangat nak naik kapal persiaran ataupun cruise, anda juga boleh tempah pakej mereka. Apa tunggu lagi? Hubungi lah mereka sekarang!
Alamat: 47-1, Jln Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm kecuali Sabtu & Ahad
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0102216385
2. Glocal Travel & Tours
Okay kepada anda yang mencari agensi pelancongan di Selangor yang menawarkan pakej ke Umrah dan negara-negara Arab, anda boleh hubungi Glocal Travel & Tours. Di agensi pelancongan ini, mereka menawarkan banyak pakej-pakej menarik dengan harga terbaik. Pakej-pakej di sini memang dikhaskan untuk pelancong beragama Islam tau. Disebabkan itu, mereka menawarkan pakej ke negara-negara seperti Turki, Mesir, Dubai dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan pakej mereka, anda boleh buat temu janji secara atas talian ataupun pergi sahaja ke pejabat mereka. Anda boleh berbincang dengan mereka untuk mendapatkan pakej pada harga yang paling menarik. Selain itu, mereka juga ada pakej akikah yang boleh dijalankan.
Alamat: B2-3A & B2-5 Arc @ Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm kecuali Sabtu & Ahad
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
3. Juara Travel & Tours
Juara Travel & Tours ini turut menawarkan pakej haji dan umrah kepada and yang memang dah lama pasang niat untuk menunaikan rukun Islam ke-5. Mereka memang menawarkan harga pakej haji dan umrah pada harga yang amat berpatutan. Anda yang dah lama kumpul duit tu boleh lah tempah pakej di sini. Untuk menjalani khursus haji sahaja pun ada juga. Selain dari pergi ke Mekah, anda juga boleh menempah pakej untuk ke Turki. Memang seronok kalau dapat ke Turki lagi-lagi ketika musim salji. Dapatlah main-main salji. Mesti ramai teringin kan?
Kalau dalam negara pula, mereka ada menyediakan tiket masuk tempat menarik di Malaysia seperti Zoo Negara, Taman Tema Bukit Merah dan kereta kabel Langkawi. Anda boleh sahaja tengok di laman sesawang mereka ataupun Whatsapp sahaj nombor di bawah.
Alamat: No 1-2-1, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 8.30am – 6.00pm (hari biasa), 9.00 am – 1.00 pm (Sabtu), Ahad cuti.
Lokasi | Laman Web |Â Ulasan Bisnes
4. Shahmie Travel & Tours
Mari melancong bersama Shahmie Travel & Tours ke tempat-tempat yang anda idamkan. Di sini, mereka ada menyediakan pakej-pakej pelancongan untuk ke luar negara yang sememangnya akan menjadi kenangan terindah buat anda. Memang banyak sangat tempat yang anda boleh pilih untuk melancong. Terdapat negara-negara Arab seperti Jordan dan Turki, terdapat juga negara-negara Asia seperti Jepun dan Korea dan terdapat juga negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan New Zealand. Memang menarik sangat tempat-tempat pelanconga yang ada sebagai pakej di sini.
Bukan setakat itu, mereka turut menawarkan pakej untuk menunaikan umrah juga. Dah kumpul duit banyak-banyak tu bolehlah selit dulu untuk menunaikan ibadah ini. Jangan risau kerana mereka ni agensi pelancongan yang berlesen dan harga untuk pakej-pakej yang ditawarkan juga memang berbaloi sangat-sangat.
Alamat: Pusat Komersial Tsb, 47000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm (hari biasa), 9.00 am – 2.00 pm (Sabtu), Ahad cuti.
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
5. Al-Mukmin Travel & Tours
Nak pergi bercuti dalam negara? Nak pergi bercuti luar negara? Nak pergi umrah? Haa memang semuanya ada di sini. Sesuai untuk anda yang memang dah simpan banyak duit untuk melancong tu lagi-lagi mereka yang dah pencen. Apa kata anda tempah pakej-pakej percutian menarik di Al-Mukmin Travel & Tours. Kalau untuk pakej dalam negara mereka ada untuk ke Kuching, Cameron Highland, Langkawi, Kundasang dan banyak lagi. Pakej-pakej sudah tentunya termasuk makan, tempat tinggal, aktiviti dan penerbangan (jika perlu). Anda memang takkan rugi apa-apa jika menggunakan servis mereka.
Bagi pakej luar negara pula, mereka ada pakej untuk ke umrah, pakej ke Uzbekistan dan ke Korea Selatan. Pakej-pakej ni memang semuanya yang mesra Muslim. Anda yang beragama Islam tu memang tak perlu ragu-ragu sama ada pakej ini sesuai untuk anda sebagai seorang Muslim. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang mereka serta anda boleh sahaja hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Alamat: No 21-B, Tingkat 2,, 23/B, Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8.30am – 5.45pm (hari biasa), 8.30 am – 1.00 pm (Sabtu), Ahad cuti.
Lokasi | Laman Web | Facebook |Â Ulasan Bisnes
6. Tripfez Travel
Tripfez Travel merupakan salah satu agensi pelancongan di Selangor yang menyediakan sangat banyak pilihan pakej percutian yang menarik dan terbaik. Mereka ada pakej percutian dalam negara, luar negara serta pakej untuk pergi umrah. Pakej-pakej mereka pula memang mesra Muslim. Jadi, anda yang beragama Islam pasti akan senang dengan aturan yang mereka buat.
Harga-harga pakej percutian yang disediakan mereka memang sangat berpatutan. Pelanggan-pelanggan mereka juga sangat berpuas hati dengan pengalaman percutian yang diberikan. Anda yang nak melancong ke Australia ke, Thailand ke, mahupun Pulau Tioman, anda boleh sahaja hubungi mereka ataupun lihat sahaja pakej yang ditawarkan di laman sesawang mereka.
Alamat: A11-02B, Empire Office Tower Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10.00am – 5.00pm kecuali Sabtu & Ahad
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
7. YSL Travel & Tours
Anda yang bercuti mesti menginginkan sebuah percutian yang berjalan lancar tanpa masalah kan? Oleh itu, anda patut ambil pakej pelancongan dari pada YSL Travel & Tours ni. Mereka ni ada menyediakan pakej untuk ke dalam serta luar negara. Banyak tau tempat pelancongan dalam negara yang mereka tawarkan seperti ke Cherating, Lost World of Tambun dan banyak lagi. Untuk yang Islam, mereka juga ada tawarkan pakej percutian ke luar negara yang mesra Muslim.
Anda kalau berminat boleh sahaja hubungi mereka untuk berbincang lebih lanjut. Kalau anda nak tahu, pakej-pakej yang mereka sediakan memang agak berbaloi dengan pengalaman yang anda akan dapat.
Alamat: Lorong Sungai Puloh 13a, Taman Klang Utama, 42100 Klang, Selangor
Waktu Operasi: 9.30am – 5.30pm (hari biasa), 10.00 am – 2.00 pm (Sabtu), Ahad cuti.
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Bisnes
8. AMI Travel & Tours
Agensi pelancongan di Selangor yang diberi nama AMI Travel & Tours ada mnyediakan pakej-pakej menarik yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata. Pakej-pakej terdiri daripada percutian ke dalam negara serta luar negara. Pakej untuk ke umrah juga disediakan untuk anda pilih. Antara negara yang boleh anda pergi ialah Thailand dan Indonesia. Tak cukup jauh? Mereka juga ada pakej untuk anda menjelajah beberapa negara di Eropah. mesti seronok dapat pergi beramai-ramai dengan geng-geng bercuti mengelilingi Eropah.
Kalau jenis yang suka berada di atas laut tu, anda boleh ambil pakej kapal persiaran mewah yang pastinya akan memberikan pengalaman baru kepada anda. Kapal persiaran ini juga melintasi beberapa negara sekaligus. Bagi pakej umrah pula, ada banyak juga pakej yang disediakan dan jenis penerbangan yang berbeza-beza. Anda boleh melihat laman sesawang mereka untuk memilih pakej yang mereka sediakan.
Alamat: 1-2F Lot 90 Kajang Waterfront, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm kecuali Sabtu & Ahad
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
9. Sunway Travel
Bagi anda yang mencari kepelbagaian dalam pakej percutian dalam negara, anda boleh jenguk Sunway Travel ni. Di sini, memang kebanyakkan pakej yang disediakan adalah untuk pakej percutian dalam negara. Anda boleh pergi ke Kundasang, Pulau Rawa, Pulau Redang dan banyak lagi. Percutian anda jika mengambil pakej di sini pasti sangat berbaloi. Harga juga berpatutan dengan pengalaman yang disediakan. Nak pakej ke luar negara pun ada juga. Mereka ada pakej ke negara-negara timur tengah serta Australia dan New Zealand.
Menariknya lagi, mereka turut menyediakan promosi untuk tiker penerbangan. Kepada anda yang nak tempat tiket penerbangan pergi balik Sabah dan Sarawak boleh cuba tengok harga di sini. Kalau nak ke luar negara pun boleh juga.
Alamat: Unit 1.7, Level 1, West Lobby, Menara Sunway Annexe, Jalan Lagoon Timur (9/1), Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm kecuali Sabtu & Ahad
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
10. V-REKA Travel & Tours
V-Reka Travel & Tours menawarkan pakej-pakej percutian yang pelbagai. Ini kerana, mereka ada menawarkan pakej untuk ke negara-negara yang memang jauh daripada Malaysia. Antara negara yang anda boleh lawati menggunakan pakej yang ditawarkan agensi pelancongan ini ialah Perancis, Venezuela dan Italy. Memang ramai teringin nak menjejakkan kaki ke negara-negara ini terutama sekali Paris, Perancis. Memang tidak dapat disangkal lagi yang agensi pelancongan di Selangor ini menawarkan pakej terbaik untuk para pelancong. Kalau teringin nak pergi safari di Arika pun mereka ada tawarkan untuk anda.
Apa kata anda hubungi mereka cepat untuk mendapatkan tawaran terbaik. Anda jangan lupa untuk ke laman sesawang mereka juga melihat apa lagi tawaran yang mereka ada.
Alamat: B2-3A & B2-5 Arc @ Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm kecuali Sabtu & Ahad
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes