Utama Destinasi Menarik Thailand Destinasi Menarik di Koh Lipe 10 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Koh Lipe, Thailand

10 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Koh Lipe, Thailand

0
1544
Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe

Keindahan pantai-pantai di Koh Lipe atau gelarannya ‘Maldives of Thailand’ akan membuatkan anda berasa tenang dan santai. Untuk pengetahuan anda, ramai pelancong yang memilih pulau ini kerana tergoda dengan keindahan pemandangan air lautnya yang jernih dengan pelbagai aktiviti watersport seperti snorkeling dan diving yang sangat ideal dilakukan di sana. Jadi, mari kami kongsikan 10 tips yang dapat membantu anda membuat persediaan sebelum bercuti ke Koh Lipe!


Tips 1: Tempah Tiket Awal Sebelum ke Koh Lipe

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 1
Tempahan tiket penerbangan atau tiket feri boleh dibuat di kaunter atau online

Anda perlu membuat tempahan atau pembelian tiket penerbangan dan tiket feri lebih awal terutama sekali pada pada musim puncak (high season) untuk melancarkan perjalanan anda sepanjang percutian. Tempahan tiket penerbangan dan tiket feri boleh dilakukan secara atas talian atau di kaunter.

Selain daripada memudahkan perjalanan, anda juga dapat berjimat dengan membeli tiket awal daripada tarikh yang anda ingin pergi kerana jika anda beli tiket pada saat akhir, kemungkinan besar harga tiket tersebut akan menjadi lebih tinggi.

Jom baca Artikel Cara-Cara Pergi Ke Koh Lipe!

Hotel Terdekat


Tips 2: Pakai Beg Galas Bercuti ke Koh Lipe

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 2
Kredit gambar: istockphoto

Penggunaan beg galas (backpack) sangat disarankan untuk percutian ke Koh Lipe. Ini kerana anda akan lalu di kawasan yang berpasir sepanjang turun dari feri untuk ke tempat-tempat penginapan yang anda tuju. Beg galas ini dapat membantu anda dalam proses naik turun feri dan juga dapat memudahkan pergerakan anda sepanjang perjalanan di sana.

Namun, jika anda mahu menggunakan beg roda untuk percutian ke sini, anda perlu awasi beg roda anda agar sentiasa dalam keadaan yang baik terutama apabila melalui kawasan berpasir bagi mengelakkan roda tercabut atau rosak.

Hotel Terdekat


Tips 3: Bawa Selipar ke Koh Lipe

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 3
Penggunaan selipar di pantai lebih selesa dan memudahkan

Adalah penting untuk anda memakai pakaian dan kelengkapan yang selesa sepanjang percutian lebih-lebih lagi bila berada di Koh Lipe. Dengan pasirnya yang lembut dan halus di sepanjang persisiran pantai, anda disarankan untuk memakai selipar sewaktu melaluinya. Pemakaian selipar ini bukan sahaja menyenangkan malah dapat mudah untuk dibersihkan berbanding dengan kasut.

Selipar juga dapat menjimatkan ruang dalam beg anda supaya anda masih mempunyai ruang untuk mengisi barang-barangan lain apabila mengemas nanti.

Hotel Terdekat


Tips 4: Bawa Pakaian yang Cepat Kering

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 4
Kredit gambar: Internet

Aktiviti di Koh Lipe sangat menyeronokkan lebih lebih lagi apabila anda melakukan kegiatan seperti berenang, snorkeling, diving, stand-up paddleboarding dan aktiviti watersport yang lain. Pemakaian pakaian yang mempunyai material cepat kering amatlah digalakkan sepanjang percutian ke Koh Lipe ini.

Membawa pakaian yang mudah dikeringkan ini sangat bermanfaat kerana ia bukan sahaja ringan untuk dipakai malah ia tidak memadatkan beg anda. Jadi anda dapat mengisi lebihan ruang yang ada untuk membawa barangan lain.

Hotel Terdekat


Tips 5: Bawa Ubat-Ubatan Anda 

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 5
Kredit gambar: Astro Awani & Utusan Borneo Online

Jika anda seorang yang mabuk laut, pastikan anda tidak lupa untuk membawa ubat-ubatan yang sesuai kerana anda akan melalui perjalanan laut menaiki feri atau bot yang memakan masa agak lama antara 1 hingga 2 jam mengikut keadaan cuaca semasa.

Bagi anda yang mempunyai sejarah dalam penggunaan ubat-ubatan seperti sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain, pastikan ubat-ubatan anda mencukupi untuk dibawa sepanjang percutian agar anda dalam keadaan sedia sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.

Hotel Terdekat


Tips 6: Sediakan Makanan dan Minuman Dari Awal Perjalanan Untuk Lebih Jimat

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 6
Sediakan makanan ringan yang mudah dibawa seperti roti dan biskut

Untuk lebih jimat, anda disarankan untuk membawa makanan dan minuman seperti air mineral dan jajan segera supaya anda kurang membelinya semasa berada di Koh Lipe. Ini kerana kebanyakan harga seperti barangan tersebut adalah dua kali ganda harganya dari bandar seperti di Bangkok dan Hat Yai.

Tetapi, sekiranya anda mempunyai bajet perbelanjaan yang lebih, maka anda tidak perlu risau dan anda dapat berbelanja mengikut keupayaan anda.

Hotel Terdekat


Tips 7: Sediakan Wang Tunai Secukupnya

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 7
Kredit gambar: Guide to Thailand & The Star

Pastikan anda membawa wang tunai (cash) secukupnya untuk berbelanja di Koh Lipe kerana kebanyakan kedai di sana lebih menggalakkan untuk menggunakan pembayaran secara tunai. Walaupun penggunaan kad debit atau kad kredit boleh juga digunakan tetapi ia tidak dipraktikkan secara menyeluruh di pulau ini.

Untuk pengetahuan anda, majoriti kedai-kedai di pulau ini lebih selesa menggunakan pembayaran secara tunai kerana lebih memudahkan.

Hotel Terdekat


Tips 8: Beli Sim Kad Untuk Akses Internet

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 8
Kredit gambar: Internet

Untuk memudahkan anda mendapat akses internet ketika bercuti, disarankan untuk beli internet sim kad dari Malaysia untuk lebih mudah. Pastikan anda memilih sim kad yang sesuai untuk kegunaan anda, seperti TrueMove Sim Kad, AIS Sim Kad, atau DATC Tourist Sim Kad. Aktifkan sim kad ini setelah melepasi sempadan Malaysia-Thailand. Sebagai info tambahan, anda juga boleh aktifkan roaming IDD anda sekiranya telco anda mempunyai akses ke luar negara seperti Celcom, Digi atau lain-lain.

Kini, terdapat Sim Kad secara virtual iaitu E-Sim Kad untuk melancong ke Thailand! Kemudahan mudah alih ini diperkenalkan sebagai langkah alternatif pelancong luar negara untuk memperoleh sim kad di Thailand dengan lebih efisien. Anda boleh mendapatkan E-Sim Kad yang boleh didapati melalui atas talian dengan mudah! Dari situ, anda boleh melihat dan membandingkan kepenggunaan akses internet sewaktu berada di sana!

Hotel Terdekat


Tips 9: Rancang Waktu Untuk Bercuti ke Koh Lipe

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 9
Kredit gambar: Bundhaya Resort & Thailand Nomads

Terdapat 2 musim untuk bercuti ke Koh Lipe ini iaitu musim kemuncak (high season) dan musim rendah (low season). Musim kemuncak adalah pada bulan November hingga Mei di mana pulau ini akan dikunjungi ramai pelancong. Dalam tempoh tersebut, banyak aktiviti watersport yang boleh dilakukan seperti island hopping, snorkeling dan diving. Tempat makan dan gerai-gerai juga banyak yang dibuka pada waktu ini.

Musim rendah (low season) pula ialah pada bulan Jun hingga Oktober di mana harga hotel menjadi lebih murah tetapi, tidak banyak aktiviti watersport yang boleh dilakukan pada waktu tersebut. Kebanyakan kedai makan juga ditutup dan hanya sebahagian sahaja yang dibuka mengikut waktu mereka tersendiri. Selain itu, National Marine Park mungkin tidak beroperasi kerana cuaca pada masa itu kurang baik. Laluan untuk masuk ke Koh Lipe dari Langkawi ditutup jadi anda hanya dapat memasuk Koh Lipe melalui Jeti Pak Bara sahaja.

Hotel Terdekat


Tips 10: Periksa Kedai Makan Di Koh Lipe Terutama Pada Waktu Musim Rendah

Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Koh Lipe Tips 10
Kredit gambar: Bidasari

Oleh kerana ketika low season tidak ramai pengunjung hadir ke pulau ini, kebanyakan kedai-kedai makan akan buka sekitar pukul 9 pagi dan ke atas untuk makan tengah hari hingga ke makan malam. Ini menjadikan pilihan untuk anda sarapan di luar tempat penginapan menjadi terhad.

Jadi, jika anda datang bercuti pada tempoh ini, disarankan untuk anda bersarapan di tempat penginapan anda sahaja.

Hotel Terdekat


Perancangan mengenai waktu dan persiapan untuk bercuti adalah penting sebelum memulakan perjalanan. Jadi, rancanglah percutian anda sebaiknya sebelum pergi bercuti dengan mengambil kira tips-tips sebelum ke Koh Lipe yang kami kongsikan ini agar perjalanan anda menjadi lebih mudah dan teratur. Dah bersedia untuk ke Koh Lipe? Jom kita ke sana!

5/5 - (2 votes)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x