Panduan Lengkap Tips Mendaki Gunung Kinabalu untuk Pemula

Gunung Kinabalu, yang terletak di negeri Sabah, adalah antara destinasi pelancongan paling ikonik di Asia Tenggara. Dengan ketinggian 4,095 meter, gunung ini menarik perhatian pendaki dari seluruh dunia. Keindahan landskapnya serta cabaran fizikal yang ditawarkan menjadikan pengalaman mendaki gunung ini sangat berbaloi. Artikel ini menyediakan panduan lengkap tips mendaki Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Malaysia.

Fakta Menarik Tentang Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu

Ia merupakan sebahagian daripada Taman Kinabalu yang mana telah pun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pendakian ke puncaknya adalah sejauh 18 km pergi-balik dan biasanya memakan masa dua hari dan satu malam.

laluan gunung kinabalu

Dengan peningkatan ketinggian sebanyak 2,200 meter, pendaki akan melalui pelbagai zon ekologi, daripada hutan hujan tropika hingga ke kawasan berbatu granit yang menakjubkan.

Tips Mendaki Gunung Kinabalu


Hari Pertama: Trek ke Laban Rata

pintu masuk utama ke trek Gunung Kinabalu

Pendakian bermula di Timpohon Gate, pintu masuk utama ke trek Gunung Kinabalu.

periuk kera

Perjalanan sejauh 6 km membawa anda melalui hutan hujan tropika yang dipenuhi flora unik seperti periuk kera dan orkid liar.

Laban Rata Resthouse

Destinasi hari pertama pendakian anda adalah di Laban Rata Resthouse yang terletak pada ketinggian 3,272 meter.

bufet di Laban Rata Resthouse

Di sini, pendaki boleh berehat dan menikmati makanan bufet sebelum bersiap untuk pendakian ke puncak pada awal pagi keesokannya.

Hari Kedua: Pendakian ke Puncak

Hari kedua bermula seawal jam 2 pagi. Laluan menuju ke puncak melibatkan cerun berbatu dan anak tangga curam, dengan bantuan tali untuk keselamatan.

matahari terbenam di gunung kinabalu

Detik paling dinanti adalah ketika matahari terbit di puncak Low’s Peak, menawarkan pemandangan yang luar biasa.

Selepas itu, pendaki akan kembali ke Laban Rata untuk sarapan sebelum meneruskan perjalanan turun ke kaki gunung yang memerlukan masa antara 4 hingga 6 jam.


Adakah Pemandu dan Permit Diperlukan Ketika Mendaki Gunung Kinabalu?

Ya, pemandu gunung adalah wajib untuk memastikan keselamatan sepanjang pendakian.

Sekiranya ingin melakukan pendakian, anda perlu mendapatkan permit mendaki terlebih dahulu dan akan diiringi oleh pemandu gunung.

Permit hanya boleh ditempah melalui laman web rasmi Sabah Parks.

Pemandu gunung bukan sahaja membantu anda sepanjang perjalanan tetapi juga memberikan maklumat berharga tentang flora, fauna, dan budaya setempat.

Jangan risau jika anda membawa barang berat, kerana di sini perkhidmatan porter turut disediakan.

Namun, sila pastikan anda membawa wang tunai yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan porter ini.

Penginapan di Gunung Kinabalu

Penginapan di Gunung Kinabalu

Penginapan disediakan di Rumah Rehat Laban Rata.

Asrama ini dilengkapi dengan katil dua tingkat, linen asas, dan kemudahan seperti tandas serta pancuran air sejuk.

Hidangan gaya bufet disediakan, dan terdapat kedai kecil untuk membeli makanan ringan.

Lihat juga: Top 7 Homestay Kota Kinabalu – Paling MENARIK Utk Menginap


Tips Mendaki Gunung Kinabalu: Persediaan dan Apa yang Perlu Dibawa

tips pendakian

Bagi memastikan pendakian anda berjalan dengan lancar, persediaan fizikal dan mental anda adalah sangat-sangat penting.

Berikut adalah beberapa barangan yang perlu dibawa:

  • Pakaian berlapis untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suhu.
  • Jaket kalis air turut diperlukan kerana cuaca Gunung Kinabalu boleh berubah secara tiba-tiba.
  • Lampu kepala untuk pendakian awal pagi.
  • Botol air 2L dan tablet penulenan air.
  • Snek ringan untuk tenaga tambahan semasa perjalanan.

Pendakian memerlukan tahap kecergasan sederhana hingga tinggi. Laluan curam dan tangga yang panjang boleh menjadi cabaran besar, terutama pada hari kedua.

Altitud tinggi juga boleh menyebabkan gejala seperti pening, loya, dan keletihan.

Oleh itu, sila pastikan anda telah pun berbincang dengan doktor jika mempunyai masalah kesihatan sedia ada.

Masa Terbaik untuk Mendaki

waktu mendaki gunung kinabalu

Bulan Mac hingga Ogos merupakan waktu pendakian yang paling terbaik jika anda ingin mendaki Gunung Kinabalu.

Walaupun begitu, anda hendaklah berada dalam keadaan peka kerana cuaca gunung boleh berubah secara drastik.

Pastikan anda sentiasa bersedia dengan kelengkapan yang sesuai semasa melakukan pendakian.


Tips Keselamatan Ketika Mendaki Gunung Kinabalu

Tips Keselamatan Ketika Mendaki Gunung Kinabalu

  • Sentiasa patuhi arahan pemandu gunung.
  • Jangan memaksa diri jika mengalami gejala penyakit ketinggian seperti sakit kepala atau mual.
  • Dapatkan rehat yang mencukupi sebelum memulakan pendakian.
  • Bergerak dalam kumpulan dan jangan sesekali berpisah daripada kumpulan anda.
  • Tunjukkan permit anda di pusat pemeriksaan di Timpohon Gate dan Sayat-Sayat semasa mendaki dan menuruni gunung.
  • Jika terpisah daripada kumpulan, ikut tali putih yang menandakan laluan. Dalam keadaan kabus tebal atau gelap, pegang tali putih untuk keselamatan. Tali ini bermula dari kawasan Panalaban hingga sampai ke puncak. Gunakannya untuk memanjat dan mengelakkan anda daripada kemalangan semasa turun.
  • Cuaca boleh berubah dengan cepat, termasuk kabus tebal, hujan ribut, dan angin kencang hingga 120 km/j.
  • Jika hilang atau terpisah, berhenti segera di tempat anda berada. Tiup wisel untuk menarik perhatian. Jangan cuba mencari jalan sendiri kerana bantuan pasti akan tiba, dan Pegawai Taman di Sayat-Sayat Check Point akan menyedari kehilangan anda.

Website | Lokasi | Ulasan Destinasi


Gunung Kinabalu menawarkan pengalaman yang mencabar tetapi menyeronokkan, lengkap dengan pemandangan indah dan suasana yang mendamaikan.

Dengan persediaan yang betul dan panduan yang disediakan, pendakian ini pasti menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

Baca juga: Tips Melancong ke Sabah untuk Pelancong Pertama Kali

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x