Tempat-tempat Menarik di Taiping Perak

Beruntung mereka yang berada di Taiping, Perak kerana banyak tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati bersama keluarga. Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan tempat pelancongan di negeri Perak khususnya dan untuk entri ini saya akan fokuskan tempat-tempat menarik di Taiping pula.

Jom kita lihat 7 destinasi menarik untuk dilawati bersama keluarga di Taiping, Perak.

Jom Baca: Tempat Makan Best di Ipoh Pilihan JJCM TV3


Taman Tasik Taiping (Lake Garden)

taman tasik taiping perakLake Garden atau Taman Tasik Taiping ini merupakan sebuah taman tasik semulajadi dan dahulunya tasik ini merupakan tapak pelombongan biji timah.

Namun sekarang biji timah tiada lagi dan ditukarganti menjadi sebuah taman yang sangat cantik untuk berekreasi bersama keluarga.

Bagi mereka yang nak relaks-relaks dan berjogging, sangat disarankan untuk ke Lake Garden. Memang menyegarkan bersenam sambil menghirup oksigen yang segar dari pokok-pokok besar di sekeliling.

Selain berjogging, anda juga boleh bermain paddle bot ataupun membawa anak-anak kecil bermain di playground yang tersedia.


Zoo Taiping

zoo taiping di perakBoleh dikatakan tempat menarik di Taiping yang paling popular malah juga sangat terkenal di negeri Perak sendiri.

Di sini anda boleh melawat ke zoo pada waktu siang atau pun malam ( Night Safari). Seperti di zoo-zoo lain juga, binatang di sini memang tidak kurang banyaknya dan dikatakan mempunyai lebih 1300 ekor binatang dari 180 spesis !! Banyak tu !

Antara binatang-binatang yang pasti membuatkan anak-anak kita teruja ialah harimau belang, singa, zirafah, orang utan, badak dan maca-macam lagi binatang dari dalam dan luar negara.

Zoo Taiping dibuka setiap hari dari 8.30 am sehinggalah 6.00 pm.


Night Safari di Zoo Taiping

tempat menarik di taiping waktu malamBagi anda yang mencari tempat menarik di Taiping pada waktu malam, jangan lupa untuk masukkan aktiviti Night Safari di Zoo Taiping di dalam perancangan anda.

Konsep Night Safari ini memang sangat menarik kerana di sini anda berpeluang melihat binatang-binatang liar dan buat pada waktu malam. Maklumlah, ada sesetengah binatang di siang hari mereka tidur, di malam hari baru berjaga dan aktif.

Waktu beroperasi Night Safari di Zoo Taiping ialah

  • 8 malam – 11 malam untuk setiap Ahad sehingga Jumaat.
  • 8 malam – 12 malam untuk setiap Sabtu sahaja.

Tiket yang ditawarkan pula boleh kata agak berpatutan iaitu RM 10 untuk kanak-kanak dan RM 20 untuk dewasa. Bagi mereka yang belum pernah mempunyai pengalaman melihat binatang buas di waktu malam, sangat disarankan untuk mencuba.


Bukit Larut ( Maxwell Hill)

tarikan pelancongan di taiping perakKalau dah berada di Taiping ni, tak perlu susah-susah nak ke Cameron Highland atau Bukit Fraser kalau anda nak destinasi percutian di kawasan yang sejuk ! Kat Taiping pun ada.

Bukit Larut atau juga dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan destinasi yang sangat ideal bagi mereka yang nakkan ketenangan ataupun mungkin sebagai tempat berbulan madu. Maklumlah sejuk :)

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa nama Inggeris Bukit Larut ini ialah Maxwell Hill? kenapa tidak diletak Moist Hill ke atau Wet Hill ? hehe. Jawapannya kerana Bukit Larut ini pernah menjadi tempat tinggal orang British sekitar tahun 1880 dan nama Maxwell diambil sempena nama George Maxwell.

Antara aktiviti menarik di Bukit Larut yang boleh anda cuba ialah:

  • Melihat pemandangan cantik dari puncak terutamanya di waktu senja
  • melihat bunga-bunga liar
  • melihat unggas-unggas yang pelbagai jenis
  • jungle trekking

Muzium Perak

muzium perak taiping bestBagi yang bercuti di sini bersama anak-anak, sangat sesuai kalau singgah sebentar di Muzium Perak ni. Selain melihat artifak-artifak sejarah anak-anak juga boleh belajar dan memantapkan lagi tahap ilmu sejarah.

Seperti di kebanyakan muzium-muzium lain di seluruh Malaysia, Muzium Perak ini juga menawarkan pelbagai artifak-artifak yang mempunyai seribu cerita berkenaan dengan sejarah negeri Perak.

Untuk maklumat lanjut apa yang ada di sini anda boleh jengah ke sini.


Bandar Taiping

bandar taiping menarikBandar atau Pekan Taiping mempunyai tarikannya tersendiri yang pasti anda tidak mahu lepaskan.

Antara yang unikknya di sini, pengaruh bangunan dan rumah kedai di Bandar Taiping sangat dipengaruhi oleh budaya Inggeris. Maklumlah dulu Taiping ini merupakan tempat pengeluaran biji timah.

Selain itu di area Bandar Taiping terkenal dengan pengeluaran buah durian terutamanya di area Bukit Gantang dan Batu Kurau. Kalau datang musim buah durian memang wajib singgah di sini dan pekena isi durian yang dikatakan antara yang terbaik di Malaysia.


Kuala Sepetang

tempat makan best taiping perakKuala Sepetang boleh disimpulkan sebagai destinasi untuk anda releks-releks dan makan-makan. Maklumlah, dah nama pun KUALA maka makanan di sini sudah tentulah yang berasaskan seafood.

Antara yang menjadi kegilaan pengunjung kalau ke Kuala Sepetang ialah pekena Mee Udang. Antara kedai yang popular kalau cakap pasal Mee Udang di Kuala Sepetang ialah Mee Udang Mak Jah.

Selain aktiviti pekena makan Mee Udang, anda boleh juga melakukan aktiviti lain seperti:

  • melawat kilang pembuatan arang tradisional
  • naik bot dan memancing di kuala bersama nelayan
  • melihat kelip-kelip
  • melihat tapak sejarah station kereta api Melayu pertama di Port Weld
  • Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Matang

Tempat menarik di Taiping untuk Jalan Jalan Cari Makan?

>> Pilihan Hotel TERBAIK di Taiping, Perak <<

Kalau dah melancong ke sesuatu tempat, memang tak sah kalau tak makan makanan yang unik dan sedap di sini. Berikut merupakan 3 tempat makan menarik di Taiping untuk dicuba.

  • Mak Jah Mee Udang di Kuala Sepetang
  • Taiping Yong Taufu di Medan Selera Bomba
  • JS Muara Restoran Terapung Ketam Lembut, Kuala Gula, Perak

Jangan lupa untuk terjah-terjah ke tempat-tempat menarik di Taiping seperti di atas dan sila komen kalau anda ada cadangan yang menarik untuk para pelancong yang akan ke Taiping. Bagi yang mencari hotel di Taiping, anda boleh rujuk di sini.

4.2/5 - (46 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Tempat Makan di Kuala Sepetang Plg POPULAR

Jom jelajahi senarai tempat makan di Kuala Sepetang yang memikat hati dan memenuhi selera tekak anda yang kami kongsikan dalam perkongsian kali ini! Dari...

5 Tempat Berkelah di Taiping Yg BEST

Selain keluar berjalan-jalan, berkelah juga merupakan aktiviti keluarga yang sangat popular. Namun, untuk buat pilihan tempat berkelah yang sesuai bukanlah mudah. Oleh sebab itu,...

8 Tempat Menarik di Kuala Sepetang Plg Popular

Kuala Sepetang, yang sebelum ini dikenali sebagai Port Weld, telah ditetapkan sebagai nama rasmi oleh Kerajaan Negeri Perak. Terletak di kuala sungai yang menghadap...

6 Pilihan Terbaik Homestay di Kuala Sepetang

Mulakan perjalanan pengembaraan anda dengan peluang penginapan yang luar biasa di Kuala Sepetang! Kami ingin memperkenalkan kepada anda beberapa pilihan homestay di Kuala Sepetang...

10 Tempat Penginapan di Taiping Yg BEST & Selesa

Di Taiping, anda akan menemui pelbagai pilihan penginapan yang sesuai untuk pelancongan anda. Terdapat pelbagai tempat penginapan di Taiping yang menawarkan pelbagai kemudahan dengan...

TOP 10 Tempat Makan di Taiping Wajib Try

Taiping merupakan destinasi makanan yang semakin popular, dan terdapat banyak tempat makan yang boleh anda jadikan pilihan semasa bercuti di Taiping. Semua tempat makan...

46 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

46 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zawifatul Aziyah
2 years ago

Salam sejahtera…saya berminat untuk membuat hari keluarga di Taiping dgn kapasiti lebih kurang 30 org peserta dewasa Dan 20 org Kanak Kanak….ada tak yg boleh handle …Sila hubungi saya di email : [email protected]

Suzaiza
Suzaiza
6 years ago

Mee udang, orang Taiping p makan Kat changkat jering nu…dekat tol. Mee udang zetty kot nama dia kalau x silap.
Tempat makan, the train, raintown brothers, the greenhouse, garaqe, the gate, ada gak yg jenis hidang talam mcm kenduri Kat Matang nu…
Tempat sejarah, ada muzium perak, muzium Matang, galeri pertama
Rekreasi, ada Pusat ATV, bukit larut, kampung dew, Kuala sepetang, spritzer eco park, Burmese pool, zoo Taiping, Taman tasik
Tempat moden, ada muzium 3D, Aeon Mall, pusat bowling…
Ni baru Kat bandar Taiping…belum cerita yg kawasan pinggir n pedalaman…banyak sgt kalau nak detailkan…

Orang Tepen
Orang Tepen
6 years ago

Awat cakap bohong, bersepah tempat makan. Hang pi ceruk mana? Tandas awam kat bazaar melayu bersih kot. Tandas rumah hang bersih taraf 5 Bintang ker? Cakap cermat mulut sikit

zara
zara
6 years ago

hmmm…br rs mee udang mak jah…mmg mahal…kata special udang besar…tp xbesar pn…rs pn biasa2 je…

Kamarul Zaman b Shaari
Kamarul Zaman b Shaari
6 years ago

Ada lagi tak disebut..Trong Leisure Farm, Spritzer ecopark, Burmese pool, Kidzania diAeon Kamunting

Salma Shaarani
Salma Shaarani
6 years ago

Semua yg ditulis tu ada apa?
Trong leisure farm, spritzer ecopark,burmese pool…

Jai
Jai
6 years ago

Dah malam2 ni nak kuar jln2 kat taiping…ada cadangan?

Kamarudin
Kamarudin
6 years ago

Kami dr trg belum pernah p lg Taiping nk g Taiping 22/12 nnti .Kt mn tpt yg selesa nk menginap.

Najib
Najib
3 years ago
Reply to  Kamarudin

Boleh stay dekat Reserve the Cozytainer. Best untuk small pax

Hubungi Kami

46
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x