20+ Tempat tempat & Aktiviti Menarik di Lang Tengah

Lang Tengah di Negeri Terengganu merupakan syurga tersembunyi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Malah, Lang Tengah bermaksud helang di tengah. Pastinya ia tidak dikomersialkan seperti jiran-jirannya. Lang Tengah merupakan destinasi menakjubkan bagi pelawat-pelawat yang menggemari percutian yang sunyi dan aman.

Pantai di sebelah timur laut dan barat daya Pulau Lang Tengah dipisahkan oleh sebuah gunung yang berfungsi sebagai tunjang pulau ini. Walau bagaimanapun, adalah berkemungkinan untuk melawat pantai dan resort di sebelah yang satu lagi melalui satu laluan dalam belukar.

Menurut orang tempatan, Lang Tengah mendapat namanya daripada ‘Lang’ yang dipetik daripada helang dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Pulau Lang Tengah bermakna helang yang berehat di pulau tengah.

Pulau yang kecil ini boleh diakses dengan perjalanan bot 30 minit dari jeti Merang. Baca selanjutnya untuk tempat tempat best dan aktiviti yang menarik di Lang Tengah. Bagaimana? Pulau Lang Tengah best tak?


11+ Aktiviti Yang Wajib Dibuat Di Lang Tengah

1. Menyelam Scuba (Scuba Diving)

Pulau Lang Tengah - Scuba Diving (Menyelam)

Terdapat 12 tapak menyelam di Pulau Lang Tengah daripada kedalaman 7 – 26m dan hanya terletak 5 – 15 minit dari resort. 40 lagi tapak menyelam terletak di sekitar Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Bidong yang terletak 30 – 45 minit dengan perjalanan bot. Pari manta dan jerung paus boleh dilihat pada waktu-waktu tertentu.


2. Menyelam Permukaan (Snorkelling)

 Pulau Lang Tengah - Menyelam Permukaan (Snorkelling)

Terdapat beberapa tapak menyelam permukaan yang cantik di sekitar pulau ini di mana anda boleh melihat jerung buluh dan penyu. Anda boleh menyewa peralatan menyelam permukaan daripada hotel anda dan berenang keluar dari persisiran pantai atau menempah pakej daripada kemudahan yang ada. D’Coconut Lagoon mempunyai pakej yang keluar setiap hari pada pukul 2:30pm dan kembali kira-kira pada waktu matahari terbenam. Harganya RM40, atau percuma sekiranya anda menginap di sana sebagai sebahagian daripada pakej penginapan.


3. Berjalan-jalan di atas pantai

Pulau Lang Tengah - Berjalan-jalan di atas pantai

Berjalan-jalan di pantai dari D’Coconut Resort ke Summer Bay dan anda akan dapat melihat tempat-tempat terpencil yang indah di mana anda boleh relaks tanpa sebarang gangguan. Di hujung timur Pantai Pasir Air selepas Sari Pacifica Resort terdapat sebuah pesolot yang biasanya kosong dna airnya hampir tidak mempunyai terumbu yang berduri. Sudah tentu pemandangan Pantai Pasir Air ketika matahari terbenam amat indah. Anda juga boleh membeli bir dari Pasar Mini di Summer Bay Resort, atau minum apa sahaja di beranda Sari Pacifica.


4. Melihat Pasir Biru

 Pulau Lang Tengah - Melihat Pasir Biru

Terdapat sebuah pantai di Pulau Lang Tengah yang nampak seperti ia dipetik daripada cerita dongeng cereka sains. Ia memang cantik. Anda boleh bertanya kepada staf resort untuk membawa anda berjalan-jalan pada waktu malam di sepanjang persisiran pantai apabila adanya masa yang sesuai untuk melihat pantai biru dan tahi bintang yang berdekatan dengan resort, sekiranya anda cukup bertuah.


5. Jelajah hutan (Jungle trekking)

Pulau Lang Tengah - Jelajah hutan (Jungle trekking)

Berjalan selama 25 minit ke Batu Kuching untuk pemandangan yang indah di atas batu. Ini sebuah tempat yang baik untuk melihat matahari terbit yang memang cukup cantik di sini. Terdapat juga sebuah laluan yang lebih mecabar ke Batu Bulan yang mana anda boleh rancang dengan pekerja di lobi. Bawa peralatan menyelam permukaan kerana ini tempat yang hebat untuk melihat ikan dan penyu.


6. Berenang di kolam resort

Pulau Lang Tengah - Berenang

Anda boleh berenang merentasi air kolam renang yang biru dan pada masa yang sama berada di bawah teduhan langit yang biru. Tatkala sinaran matahari menyentuh permukaan kolam, anda akan dipegunkan dengan keindahannya. Anda boleh berenang di pantai atau kolam renang yang disediakan oleh resort.


7. Jelajah Pulau ke Pulau (Island Hopping)

Pulau Lang Tengah - Jelajah Pulau ke Pulau (Island Hopping)

Jelajah sahaja dengan penuh santai dengan bot laju yang disediakan, dan anda akan mengharungi perjalanan yang sukar dilupakan di sepanjang persisiran pantai. Sementara menikmati pemandangan laut yang menakjubkan, anda akan dibawa ke beberapa pulau dengan keunikan berbeza yang akan mencabar semua deria anda, jadi nikmati sahaja perjalanan jelajah pulau ke pulau anda.


8. Kayak Laut (Sea Kayak)

Pulau Lang Tengah - Kayak Laut (Sea Kayak)

Aktiviti santai lain yang disediakan oleh kebanyakan resort di Pulau Lang Tengah ialah kayak laut. Tertakluk kepada ketersediaan atas permintaan. Akan dikenakan caj sewaan setiap kanu (tidak termasuk dalam pakej percutian).


9. Tempat Penetasan Penyu (Turtle Hatchery)

Pulau Lang Tengah - Tempat Penetasan Penyu (Turtle Hatchery)

Turtle Bay merupakan pantai sarang penyu dan tapak pemuliharaan dan penyelidikan marin oleh Lang Tengah Turtle Watch. Pasukan sukarelawan antarabangsa ini bergantung kebanyakannya kepada derma, lawatan sekolah dan menjual barangan untuk menyokong projek ini. Sekiranya anda menghubungi Lang Tengah Turtle Watch terlebih dahulu, anda boleh menempah lawatan dengan kanak-kanak. Terdapat sebuah jelajah dengan maklumat mengenai projek ini, penyu dan perjuangan untuk melindunginya daripada pemangsa dan pemburu. Bergantung kepada bila anda melawat, terdapat peluang untuk melihat sarang penyu, dan sekiranya anda cukup bertuah, anak penyu. Semua ini diperhatikan dengan teliti dan dilindungi oleh Lang Tengah Turtle Watch, dengan rondaan waktu petang apabila perlu. Untuk tiba ke pantai, ikuti sebuah laluan yang mudah walaupun perlu memanjat dengan tali untuk sokongan.


10. Melihat Matahari Terbenam

Pulau Lang Tengah - Melihat Matahari Terbenam

Adakah anda ingin mempunyai hari yang sukar dilupakan dan menikmati masa anda bersama di waktu petang? Bagaimana pula berjalan-jalan dengan romantik ketika matahari terbenam? Anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam yang hebat di Pulau Lang Tengah di tepi pantai. Anda boleh melantarkan sahaja diri anda di atas kerusi pantai, duduk di Sunset Bar atau kafe lobi untuk mendapatkan sudut matahari terbenam yang terbaik. Masa matahari terbenam ialah dari pukul 6.30pm.


11. Kugiran Muzik Langsung (Live Band)

Pulau Lang Tengah - Kugiran Muzik Langsung (Live Band)

Sunset Bar yang selesa di Summer Bay Resort merupakan tempat lepak terbaik untuk mereka yang menggemari kehidupan malam. Kugiran muzik yang menyeronokkan dan mempuyai vokal yang baik bakal memberi persembahan setiap hari di bar. Ia menyediakan minuman beralkohol dan tidak beralkohol.


8+ Tempat Menyelam Terbaik Di Lang Tengah

1. Karang Nibong Laut

Karang Nibong Laut

Hanya sesuai untuk penyelam yang berpengalaman, Karang Nibong merupakan sebuah tempat yang baik untuk selam drift di kalangan pelagic, seperti jack dan trevally, barracuda berkumpulan, dan lain-lain. Lihat makhluk-makhluk yang kecil juga, seperti wrasse dan damsels, nudibranch, dan lain-lain. Dengan sedikit arus dan kedalaman maksimum 31 meter, ini juga merupakan tempat yang baik untuk melihat ikan pari manta atau ikan jerung paus yang timbul sekali sekala. Lihat juga penyu dan jerung.


2. Terumbu Karang Tempatan

Terumbu Karang Tempatan

Tempat ini cantik untuk selaman waktu malam. Di kawasan berpasir, anda boleh mendapati sotong, kurita dan belut moray. Sekiranya anda menyelam permukaan, lihat jerung terumbu bermuncung hitam (black tip reef shark) di sebelah selatan pantai.


3. Batu Kuching

Batu Kuching

Tapak ini mendapat namanya daripada sebuah batu segi empat yang terletak di atas semua batu yang menyerupai seekor kucing. Permukaan batu menurun sehingga kira-kira 20 meter di mana arus laut menjadi lebih deras. Span Barrel dan terumbu keras membentuk landskap di kawasan ini. Tempat yang baik untuk melihat glass sweeper, wrasses, ikan rama-rama dan snapper.


4. Terumbu Kuning (Yellow Reef)

Yellow Reef

Juga dikenali sebagai Yellow Reef, dan dengan kedalaman di antara 10 dan 20 meters, Terumbu Kuning ialah tapak yang hebat untuk semua penyelam. Sementara terdapat arus yang datang sekali sekala, tapak ini langsung tidak mencabar. Dinamakan bersempena dengan pokok terumbu hitam yang berwarna kuning yang tumbuh meliar di sebelah bawah terumbu, dan juga semua ikan rama-rama yang berwarna kuning, tapak ini hebat untuk menangkap gambar. Lihat udang hingeback yang bermisteri, udang galah, dan ikan paip sementara anda menjelajah, dan lihat juga anak-anak jerung.


5. Tanjung Telunjuk

Tanjung Telunjuk

Kekipas laut, terumbu hap, anemone biru dan hijau menghiasi tapak ini yang sememangnya indah untuk menangkap gambar dasar laut dan berlatarkan batu-batu besar. Pelbagai jenis hidupan laut boleh dilihat di sini, iaitu ikan, terumbu, udang, pari dan lain-lain lagi flora dan fauna laut yang mana sekiranya anda berada di bawah dasar laut, anda akan terpegun dengan keindahannya sehingga tidak sanggup kembali ke permukaan.


6. Goby Garden

Goby Garden

Dengan kedalaman di antara dua dan lapan belas meter, Goby Garden memaparkan formasi terumbu yang menakjubkan, dan juga terumbu lembut dan span yang berwarna-warni. Dengan makhluk yang bermisteri seperti cacing pokok Krismas, ketam penghias kecil, dan nudibranch, ia memang ideal untuk fotografi makro. Seperti nama tapak ini, ia juga merupakan tempat yang baik untuk melihat beratus-ratus gobie kecil yang bergantung di atas batu dan terumbu. Tambahan juga, lihat jerung terumbu bermuncung hitam yang timbul sekali sekala, dan perhatikan ikan batu dan sotong yang bersembunyi dalam terumbu. Lihat juga spesies yang berwarna-warni, termasuk parrotfish dan triggerfish, angelfish, dan ikan rama-rama.


7. Batu Bulan

Batu Bulan

Memaparkan latar belakang cantik yang terdiri kebanyakannya daripada terumbu meja dan beberapa batu yang besar, Batu Bulan merupakan tapak yang menakjubkan untuk penyelam mahir dan ke atas. Habitat asal kepada kumpulan batfish dan snappers, belut moray dan jerung terumbu bermuncung hitam, tapak ini mempunyai kedalaman maksimum 15 meter sahaja dan ia ideal untuk semua penyelam. Dari masa ke semasa, arus lembut membolehkan drift yang mudah.  Lihat jerung kucing yang sedang tidur dan jerung menyusu di sepanjang dasar terumbu, dan lihat juga pelbagai jenis ikan pari yang ada.


8. Karang Bahar

Karang Bahar

Indah dan berwarna-warni, dengan pelbagai span dan terumbu lembut yang mencipta latar yang terbaik untuk fotografi, Karang Bahar sesuai untuk penyelam mahir dan ke atas. Dengan kedalaman maksimum 25 meter, dan arus lembut yang menggalakkan drift yang menenangkan, batu di tapak ini mengandungi hidupan seperti ikan batu dan garupa, udang, ketam, dan jenis-jenis krustasia yang lain. Lihat juga jack dan fusilier, barracuda, dan jerung yang boleh didapati sekali sekala di sini.


Pulau Lang Tengah Resort

1. Summer Bay Lang Tengah Island Resort (Pulau Lang Tengah Summer Bay)

Summer Bay Resort menawarkan penginapan bertema resort yang serba berkelengkapan seperti penginapan berpemandangan laut, bukit dan laman berserta dengan balkoni dan ruang peribadi untuk bersantai dan berehat. Selain itu, ia juga menawarkan pakej menyelam yang berpatutan bagi mereka yang gemar menyelam. Sukan air dan aktiviti lain seperti menikmati pemandangan bintang pada waktu malam juga terdapat di Summer Bay Resort.


2. D’Coconut Lagoon Resort Lang Tengah

Resort Pulau Lang Tengah yang merupakan antara yang paling popular, D’Coconut Lagoon Resort merupakan pilihan pengunjung kerana rangkaian kemudahannya yang lengkap seperti sewaan sukan laut dan lain-lain. Bilik-biliknya juga dilengkapi mewah dengan balkoni, laman peribadi dan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti pancuran air panas di bilik mandi. Berserta dengan pemandangan laut yang tiada tandingan, D’Coconut Lagoon Resort sememangnya pilihan yang popular di kalangan pengunjung.


 

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Pakej Honeymoon di Pulau Yang Best

Anda akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan anda terfikir di mana mahu pergi honeymoon atau berbulan madu bersama pasangan anda? Biasanya untuk honeymoon...

BEST 11+ Aktiviti Yang Wajib Buat Di Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah Malaysia merupakan syurga tersembunyi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Malah, Lang Tengah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x