Isi Kandungan
Snorkeling di Koh Lipe merupakan antara aktiviti yang menarik dan ideal untuk dilakukan di sana. Koh Lipe merupakan sebuah pulau indah terkenal dengan keindahan coral reef dan kehidupan laut yang pelbagai. Airnya yang jernih dan tenang dikelilingi dengan pulau-pulau kecil yang lain menjadikannya lokasi yang sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling.
Jom kita ketahui lebih lanjut 5 tempat snorkeling yang popular di sana!
1. Koh Adang
Aktiviti snorkeling adalah antara aktiviti watersport yang best di Koh Adang kerana dapat melihat keindahan coral reef yang menakjubkan dan ikan-ikan yang berwarna-warni seperti angelfish, clownfish dan ikan barakuda. Anda hanya perlu berenang lebih kurang 20-meter untuk melihat keindahan yang menakjubkan ini. Airnya yang jernih memudahkan anda untuk bersnorkeling dan berpeluang melihat hidupan marin dalam jarak yang dekat dan jelas.
Dengan pantulan cahaya di bawah air dapat memberikan suatu pemandangan yang cukup memukau dengan warna-warni hidupan di bawah laut.
2. Pulau RawiÂ
Perairan yang tenang dan terlindung di sekitar Pulau Rawi ini sesuai untuk mereka yang pertama kali bersnorkeling. Di sini, para snorkeling berpeluang melihat coral reef yang sihat dan meriah dengan warna-warninya yang terang. Selain itu, anda juga berkesempatan untuk melihat hidupan marin di sekitarnya dengan lebih dekat. Pelancong boleh datang ke sini dengan menaiki bot dari Koh Lipe.
Untuk pengetahuan anda, di pulau ini tidak mempunyai tempat penginapan jadi, sebaiknya anda membuat persiapan yang secukupnya sebelum datang ke Pulau Rawi jika ingin luangkan masa berjam-jam di pulau ini.
3. Koh Hin Ngam
Koh Hin Ngam yang terletak berdekatan dengan Koh Adang adalah sangat sesuai untuk snorkeling kerana dapat melihat coral reef yang banyak dan hidup subur. Airnya yang jernih membuatkan keindahan warna-warni coral reef kelihatan jelas dan cantik dari permukaan air. Selain itu, para snorkeling juga berpeluang melihat batu-batu granit yang indah di bawah permukaan air serta pelbagai hidupan laut termasuk penyu laut dan clownfish atau dikenali juga sebagai Nemo.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengambil gambar-gambar menakjubkan di bawah laut ketika snorkeling.
4. Sunset BeachÂ
Sunset Beach mempunyai beberapa lokasi habitat coral reef yang indah dan sesuai untuk snorkeling namun kawasannya sedikit terhad kerana coral reef agak jauh berbanding Pattaya Beach. Walaupun perairan di sekitar pantai ini tidak terlalu dalam, aktiviti snorkeling masih boleh dilakukan. Sesuai bagi mereka yang ingin membawa anak kecil untuk bersnorkeling kerana kawasan perairannya yang cetek berbanding snorkeling sites yang lain. Bagi anda yang inginkan pengalaman snorkeling yang lebih menarik, disarankan untuk melakukan aktiviti tersebut ketika air pasang.
5. Pattaya Beach
Snorkeling di Pattaya Beach adalah antara pengalaman menakjubkan yang mesti dirasai apabila bercuti ke Koh Lipe. Terdapat coral reef yang berwarna-warni dan menawan di bawah laut serta perairannya yang jernih menjadikan keindahannya jelas kelihatan dari permukaan air. Kawasan snorkeling di Pattaya Beach adalah sangat luas dan anda boleh pergi jauh dari pesisiran pantai untuk melihat coral reef yang lebih cantik dan pelbagai hidupan laut. Ketika bersnorkeling di sekitar pantai ini, anda harus berhati-hati dengan kawasan yang banyak bot memandangkan Pattaya Beach adalah pantai utama bot-bot berlabuh dan berlepas.
Pakej Snorkeling Adang Sea DiversÂ
Adang Sea Divers menawarkan pakej trip snorkeling yang sesuai untuk golongan beginners ataupun yang sudah mahir. Anda boleh mengambil pakej snorkeling persendirian atau pakej berkumpulan sehingga 12 orang untuk satu trip bergantung pada pakej yang diambil. Pakej yang ditawarkan oleh mereka sesuai dilakukan bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Adang Sea Divers, boleh layari laman web atau melawat Facebook mereka.
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: 66900700233
Mari ketahui lebih lanjut tentang 4 Destinasi Menarik Pantai Popular Di Koh Lipe!
Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman snorkeling yang menakjubkan di tempat yang kami senaraikan ini apabila bercuti di Koh Lipe. Pakej-pakej snorkeling yang ditawarkan dari Adang Sea Divers ini sesuai untuk tahap beginners dan yang sudah berkemahiran. Apa tunggu lagi?
Jom bersnorkeling di Koh Lipe!