13 Tempat Penginapan TERBAIK di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor penuh dengan keindahan pantai yang tenang dan pasir pantai yang cantik. Pulau ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan destinasi percutian anda bersama keluarga dan kawan-kawan kerana banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama. Bercuti ke pulau tidak semestinya boleh jalan-jalan di pantai sahaja. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di Pulau Pangkor ialah berkayak, menyelam, menaiki bot untuk meronda, memancing dan banyak lagi. Dah alang-alang bercuti di pulau, jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbenam di pantai. Banyak juga pakej percutian Pangkor yang boleh anda dapati agar lebih memudahkan percutian anda.

Pembangunan dan pusat pelancongan di pulau ini semakin membangun kerana telah menarik ramai pelancong tempatan dan juga luar negara. Banyak juga resort dan chalet telah dibangunkan berhampiran pantai yang dijadikan sebagai tempat penginapan para pelancong. Anda boleh menikmati pemandangan laut secara terus dari tempat penginapan anda. Nak mandi laut atau bersiar-siar tepi pantai pun dekat sahaja. Kalau bercuti pasti anda inginkan penginapan yang terbaik agar percutian anda lebih tenang dan bermakna. Jom lihat senarai penginapan di Pulau Pangkor yang kami sediakan untuk anda.

13 Penginapan di Pulau Pangkor yg Best


1. Bus On The Beach, Pulau Pangkor @ Teluk Dalam

penginapan pulau pangkor PANGKOR BUS RESORT

Pulau Pangkor semestinya tempat percutian yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Pemandangan laut dari pulau yang sangat cantik merupakan tarikan utamanya. Anda ingin bercuti di Pulau Pangkor sambil menginap di tempat penginapan yang menarik dan unik? Jika ya, anda perlu cuba menginap di Bus On The Beach, Pulau Pangkor.

Resort ini sangat unik kerana bilik tidurnya berada di dalam bas. Resort ini telah mengubahsuai bas terpakai menjadi sebuah bilik hotel. Anda pasti akan terkejut melihat rekaan dalaman kerana anda pasti tidak akan sedar bahawa anda sedang berada di dalam bas. Bilik tidurnya pula lengkap dengan katil, aircond, tv, peti sejuk mini, wifi, manakala bilik airnya pula dilengkapi dengan tab mandi. Walaupun anda menginap di dalam bas, anda masih tidak akan terlepas daripada melihat pemandangan pantai kerana resort ini berhadapan dengan pantai.

Anda juga hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sana. Selain itu, resort ini juga mempunyai sebuah swimming pool, jadi ianya boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak. Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah berbasikal dan berkaraoke. Kawasan resort ini pula memang terkenal dengan aktiviti memancing dan juga mendaki. Jadi, kepada peminat-peminat aktiviti ini, sangat sesuai untuk anda menginap disini. Jika anda ingin merasai pengalaman tidur di dalam bas yang fancy, anda wajar untuk datang menginap disini.

Alamat: Jalan Teluk Dalam, Teluk Dalam, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan


2.  Nipah Guesthouse Pangkor

penginapan pulau pangkor Nipah Guesthouse Pangkor

Nipah Guesthouse Pangkor berkonsepkan penginapan rumah kecil yang terletak di Teluk Nipah. Hanya memerlukan 5 minit berjalanan kaki untuk ke Pantai Nipah dan 10 minit ke Coral Beach. Terdapat juga rumah tamu yang lebih besar yang dapat memuatkan sehingga 6 orang pada satu masa. Penginapan di sini dilengkapi dengan kemudahan tempat makan, bancuhan air kopi atau teh, akses Wi-Fi dan lain-lain lagi. Kolam renang pun ada untuk anda mandi-manda dan berenang. Kalau ingin ke pantai pun dekat sahaja dengan lokasi penginapan.

Tempat letak kereta di sini adalah percuma sahaja. Tidak perlu pening-pening fikirkan tentang parkir kereta. Bagi anda yang gemar akan aktiviti mencabar iaitu sukan air, anda boleh mengaturkan aktiviti sukan air atau lawatan pulau dengan pihak mereka. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan, kadar harga penginapan dan tempahan bilik, anda boleh lawati Facebook mereka.

Alamat: Lot 4506, Teluk Nipah, 32300 Pangkor, Perak

Semak Harga | LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan


3.  Avi Pangkor Beach Resort

penginapan pulau pangkor Avi Pangkor Beach Resort

Avi Pangkor Beach Resort ini terletak berhampiran dengan Pantai Bogak. Perjalanan dari jeti ke resort ini hanya memerlukan 10 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Resort ini mengenakan tema seperti pelayar kapal di laut yang indah serta gabungan reka bentuk moden dan kontemporari di seluruh hotel. Bilik-bilik di resort ini dilengkapi dengan balkoni, Wi-Fi, penghawa dingin dan juga ruang yang luas untuk bersantai. Anda pasti akan merasai pengalaman yang unik sepanjang penginapan di sini.

Mereka mempunyai bilik ‘Seaview‘ bagi anda yang menginginkan ketenangan luar biasa dan pemandangan yang cantik dari bilik. Fasiliti lain yang terdapat di resort ini adalah tempat makan dan bilik mesyuarat. Mereka menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa yang pasti sangat sedap dan menyelerakan. Tempah penginapan anda di Avi Pangkor Beach Resort segera melalui pautan di bawah.

Alamat: PT1130, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Perak

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan


4.  Pangkor Sandy Beach Resort

penginapan pulau pangkor Pangkor Sandy Beach Resort

Penginapan lain yang berhampiran dengan jeti adalah Pangkor Sandy Beach Resort. Resort ini terletak di Pasir Bogak yang menjanjikan percutian yang santai kepada anda. Setiap bilik mereka mempunyai akses Wi-Fi, televisyen berserta Astro, peti sejuk kecil dan banyak lagi. Kolam renang terletak di tengah-tengah resort yang dikelilingi dengan bilik-bilik. Ini bermakna setiap bilik mempunyai pemandangan kolam renang. Kolam di resort ini bersih dan luas. Untuk ke pantai, anda tidak perlu berjalan jauh, resort ini terletak betul-betul berhampiran pantai. Udara yang nyaman dan sejuk akan memberikan ketenangan untuk percutian anda.

Selain kolam renang dan pemandangan pantai, mereka juga mempunyai fasiliti bilik persidangan yang boleh memuatkan sehingga 60 orang. Anda boleh mengatur aktiviti luar dengan pihak mereka. Antara aktivitinya ialah kayak, BBQ, berkelah, banana boat dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai fasiliti atau aktiviti hotel, boleh lawati laman web dan Facebook mereka.

Alamat: Lot 30, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan


5.  Pangkor Holiday Resort

penginapan pulau pangkor Pangkor Holiday Resort

Bagi anda yang menginginkan penginapan dengan pemandangan semula jadi serta pakej sarapan yang menyelerakan, Pangkor Holiday Resort ada semua itu. Bilik resort yang luas dan kolam renang yang besar pasti akan membuatkan percutian anda dan keluarga lebih menyeronokkan dan tenang. Mereka mempunyai restoran The Sudu di dalam resort, jadi anda tidak perlu risau mengenai makanan seharian. Sambil makan boleh juga menikmati pemandangan kolam renang di resort. Aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan adalah bakar-bakar BBQ, banana boat dan jalan-jalan pantai. Nak mandi pantai pun boleh je.

Mereka ada menyediakan fasiliti seperti bilik rekreasi di mana anda boleh masuk tanpa dikenakan caj. Selain itu, ada juga bilik mesyuarat yang sangat luas dan spa dengan ahli terapi yang profesional. Pangkor Holiday Resort telah menerima banyak ulasan tentang staf yang baik dan peramah dari pelancong sebelum ini. Servis dari staf mereka tiptop dan hebat. Anda boleh membuat tempahan melalui pautan di bawah. Info terbaharu dan promosi yang dijalankan ada dikemaskini di Facebook mereka.

Alamat: Lot 41, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Pangkor Holiday Resort


6.  Joe Fisherman Inn

Joe Fisherman Inn

Joe Fisherman Inn terletak di Teluk Nipah, hanya 10 minit dari jeti. Bilik yang dibina dengan panel kayu dalam binaan konkrit ini mempunyai gabungan elemen kemewahan dan keunikan eksotik untuk para pengunjung. Sangat sesuai bagi anda yang inginkan konsep ala-ala tradisional tetapi masih mempunyai kemudahan serba moden. Bilik-bilik di sini adalah sangat luas dilengkapi dengan almari baju, penghawa dingin, cermin, meja kerja dan lain-lain lagi. Mereka mempunyai banyak pilihan bilik iaitu bilik untuk 2 orang sehingga bilik untuk 6 orang.

Yang lebih menarik di Joe Fisherman Inn, mereka ada menyediakan harga pakej seperti pakej berbulan madu, hari keluarga dan jungle trekking. Ada beberapa aktiviti yang telah termasuk dalam harga pakej tersebut. Lebih mudah untuk merancang aktiviti percutian anda bersama orang tersayang. Sebarang urusan dan tempahan boleh dilakukan di melalui pautan yang disediakan.

Alamat: Lot 4452, Pangkor, 32300 Kampung Teluk Nipah

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan


7.  Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort

Suasana di Pangkor Laut Resort penuh dengan keindahan alam semula jadi yang tenang. Mereka mempunyai lebih dari 5 pilihan penginapan yang dikelilingi suasana semula jadi. Anda boleh pilih villa dengan pemandangan pantai, dikelilingi hutan hujan yang bersih atau di puncak bukit. Tenang dan nyaman sahaja percutian anda seperti di luar negara. Walaupun dikelilingi bukit dan pokok-pokok, kemudahan akses Wi-Fi ada disediakan di setiap villa. Selain itu, kemudahan lain di villa termasuklah meja tulis, tab mandi yang besar dan juga veranda atau balkoni. Anda dapat menikmati ketenangan luar biasa secara privasi serta jauh dari kesibukan bandar.

Hidangan yang disediakan di sini menggunakan bahan-bahan tempatan yang terbaik dihidangkan oleh tukang masak antarabangsa. Kesegaran makanan adalah sangat dititikberatkan agar pengunjung dapat menikmati keenakan hidangan makanan yang luar biasa. Banyak lagi kemudahan yang menarik yang terdapat di resort ini seperti pakej spa, ruang makan persendirian, aktiviti sukan air, memancing dan macam-macam lagi. Tempahan boleh dilakukan di pautan “Semak Harga” di bawah.

Alamat: Pangkor Laut Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan


8.  Utan Teluk Nipah

Utan Teluk Nipah

Antara penginapan tepi pantai yang cantik di Pulau Pangkor adalah Utan Teluk Nipah. Di sini, anda boleh menyaksikan matahari terbenam dengan kedudukan yang sangat strategik. Sungguh cantik pemandangan dan kawasan sekitar sini sambil menyaksikan matahari terbenam. Terdapat juga kolam renang yang luas untuk anda berenang sambil menikmati keindahan alam semula jadi di sekeliling. Setiap bilik mempunyai bilik air persendirian, pengering rambut, selipar dan sebagainya bagi kemudahan penginapan anda di sini.

Sarapan pagi bertemakan makanan orang Asia ada disediakan setiap hari di sini. Hidangan yang disediakan itu tak perlu risau tentang rasa, memang sedap dan berbaloi. Kebersihan tempat mereka dan reputasi servis yang baik amat dititikberatkan oleh mereka. Bagi pasangan yang ingin berbulan madu, mereka ada menyediakan pakej istimewa untuk anda. Nak tahu lebih lanjut mengenai Utan Teluk Nipah boleh lihat di Facebook mereka.

Alamat: Lot 4481 Kampung, Teluk Nipah, 32300 Pangkor Island, Perak

Semak Harga | LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan


9.  Tiger Rock

Tiger Rock

Tiger Rock merupakan antara penginapan di pulau desa yang dikelilingi hutan dan bukit-bukau. Di sini terdapat 4 jenis rumah berserta 8 bilik kesemuanya. Anda boleh menempah rumah, bilik atau keseluruhan tempat. Sesuai bagi yang mempunyai keluarga yang ramai dan inginkan privasi masing-masing. Anda boleh pilih jenis rumah iaitu rumah utama, chalet, rumah bukit atau rumah tetamu dan studio. Setiap jenis tempat ini mempunyai keunikan dan ceritanya yang tersendiri.

Kemudahan lain yang terdapat di Tiger Rock ialah gelanggang tennis, perkhidmatan urut,
perpustakaan, pavilion dan lain-lain. Anda boleh belajar menoreh pokok getah, melihat spesis burung di hutan dan macam-macam lagi. Hanya maklumkan sahaja kepada staf mereka. Untuk merasai pengalaman menginap di Tiger Rock, tempahan awal hendaklah dilakukan di laman web. Info terkini dan lengkap boleh didapati di Facebook dan laman web mereka.

Alamat: WD.2 Pangkor, 32300 Pangkor Island, Perak

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


10.  Vagary Pangkor

Vagary Pangkor

Vagary Pangkor terletak di Teluk Nipah yang boleh memuatkan maximum 4 orang dalam satu chalet. Mereka mempunyai chalet untuk 4 orang, 2 orang dan chalet untuk backpackers. Setiap chalet mempunyai televisyen, penghawa dingin dan bilik air persendirian. Vagary Pangkor terletak bersebelahan dengan Coral Beach, jadi, anda boleh jalan-jalan di pantai pada bila-bila masa sahaja.

Lokasinya sangat strategik kerana berdekatan dengan kedai-kedai makan dan tempat aktiviti air. Jalan kaki sahaja pun boleh. Bilik-bilik di sini dalam keadaan yang bersih serta dekorasinya yang minimal dan kemas memberikan anda ketenangan dan keselesaan sepanjang penginapan. Segala pertanyaan, anda boleh hubungi mereka melalui pautan di bawah.

Alamat: 4464, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Semak Harga | LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan


11.  Vikri Beach Resort

Vikri Beach Resort

Percutian anda bersama keluarga atau kawan-kawan di Vikri Beach Resort pasti akan menjadi tenang dan bermakna. Suasana yang nyaman berdekatan dengan pantai dan dikelilingi kesegaran alam semula jadi dapat memberikan anda percutian yang tenang. Chalet atau villa di sini mempunyai balkoni dan patio. Ada yang menghadap pemandangan pantai atau pemandangan pokok-pokok semula jadi. Mereka ada menyediakan kemudahan untuk BBQ, ada restoran dan kedai kopi. Di bilik-bilik pula ada disediakan televisyen, pengering rambut dan akses untuk internet.

Sekiranya anda lapar lepas jalan-jalan di pantai pada waktu pagi, boleh singgah beli sarapan di restoran mereka. Sarapan pagi mereka adalah secara bufet sehingga jam 11 pagi. Di samping itu, mereka juga ada menyediakan pakej berbulan madu untuk 3 hari 2 malam. Sebarang pertanyaan mengenai servis mereka boleh tekan pautan yang tertera di bawah.

Alamat: Lot 6 & 7 Pantai Pasir Bogak, 32300 Pangkor Island

Semak Harga | LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan


12.  Palma Beach Resort

Palma Beach Resort

Salah satu resort yang terletak di tengah kawasan tumpuan Pulau Pangkor ialah Palma Beach Resort. Keadaan resort yang bersih dan terjaga membuatkan para pelancong berasa selesa menginap di sini. Biliknya juga luas dan besar. Terdapat bilik di tingkat bawah dan atas yang perlu menggunakan tangga. Ada pilihan bilik dengan pemandangan kolam renang ataupun pemandangan laut. Kemudahan yang anda akan terima ialah akses Wi-Fi, penghawa dingin di setiap bilik, gim, spa dan banyak lagi.

Anda juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran mereka. Memang sedap dan menyelerakan. Seronok betul dapat makan makanan laut segar dengan angin pantai! Memandangkan Palma Beach Resort terletak di kawasan tumpuan, mudah untuk anda mencari kedai dan restoran berhampiran luar dari hotel. Kalau pada musim cuti sekolah memang meriahlah di kawasan itu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menginap di Palma Beach Resort jika bercuti di Pulau Pangkor.

Alamat: Lot 4455, Teluk Nipah, Perak, 32300 Pulau Pangkor

Semak Harga | LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan


13.  Pangkor Inn Chalet

Pangkor Inn Chalet

Pangkor Inn Chalet menyediakan pakej penginapan dan percutian mengikut bajet anda. Sesuai bagi pelajar, percutian bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Chalet di sini dilengkapi dengan kemudahan akses Wi-Fi, penghawa dingin, televisyen, kolam renang dan lain-lain lagi. Fasiliti lain yang terdapat di sini adalah penapis air (water dispenser), tempat BBQ, buaian bayi dan sebagainya. Hal ini akan menjadikan kunjungan anda di sini lebih lancar dan mudah. Penginapan di sini adalah sangat luas sehingga boleh memuatkan sehingga 60 orang pada satu-satu masa. Selain chalet, mereka juga ada menyediakan homestay yang boleh memuatkan 12 orang dewasa dan disertakan dengan pelbagai kemudahan agar pelancong berasa selesa.

Di sekeliling lokasi penginapan juga terdapat gerai makan, kedai pakaian, cenderahati dan pasaraya kecil. Mudah untuk anda mencari barang-barang keperluan jika barang yang anda bawa ada yang tidak mencukupi. Ada lagi perkara menarik di Pangkor Inn Chalet ni, iaitu anda boleh menempah pakej penginapan mereka yang disertakan dengan sarapan pagi dan beberapa aktiviti menarik dengan satu harga. Mudah dan pantas. Segera hubungi mereka untuk membuat tempahan.

Alamat: Lot 4444 Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 9.00pm

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan


Penginapan mana yang menjadi pilihan anda? Banyak penginapan yang menarik di Pulau Pangkor sesuai mengikut bajet. Sama ada ingin mengadakan hari keluarga, percutian yang tenang dengan alam semula jadi atau penginapan yang selesa, pilih sahaja dari senarai di atas. Tempahan juga amat mudah untuk dilakukan kerana kami telah sediakan pautan secara terus untuk anda. Rancang percutian anda dan segera membuat tempahan ikut penginapan yang diinginkan.

4.7/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

20+ Tempat & Aktiviti Menarik Di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor merupakan salah satu tapak pelancongan yang paling popular di Semenanjung Malaysia. Nama asalnya ialah dalam Bahasa Thai iaitu “Pang Ko”, yang bermaksud...

7 Homestay Di Pangkor – Sebelah PANTAI

Sebuah daerah di Perak yang sarat dengan kedatangan pelancong setiap tahun malah boleh dikatan setiap bulan iaitu Pangkor. Pulau Pangkor sebenarnya salah satu lokasi...

5 Kedai Makan Sedap TERBAIK Di Pangkor

Sebuah kepulauan yang penting di negeri Perak adalah Pulau Pangkor. Dimana di sini menjadi tempat penting bagi sektor pelancongan di Malaysia. Pulau Pangkor mempunyai...

Tempat Menarik di Pulau Pangkor – Aktiviti yang MESTI Cuba

Pulau Pangkor tak lekang dek kunjungan pelancong dalam dan luar negeri samaada masa cuti sekolah dan hari biasa. Jom kita lihat beberapa aktiviti yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x