12 Tempat Penginapan TERBAIK di Cherating – Cantik-Cantik Belaka

Pantai Cherating merupakan antara tempat pelancongan yang sangat popular terletak di pantai timur Malaysia. Cherating terletak di Kuantan, Pahang dan lokasinya yang berhampiran dengan Bandar Chukai, Kemaman dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung ke pusat peranginan tersebut. Seronok kalau bercuti di Cherating kerana pemandangan di pantai sangat cantik. Boleh berkelah dan bermandi-manda sambil meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan. Bonus bagi anda yang gemar mengambil gambar cantik-cantik dan muat naik ke media sosial.

Cherating bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang indah dan cantik, malah banyak lagi tempat menarik di Cherating yang boleh dilawati. Anda boleh melihat penyu di Santuari Penyu Cherating, melihat kelip-kelip di Sungai Cherating atau bermain papan luncur. Mengenai makanan pula, anda tidak perlu risau kerana pusat pelancongan terkenal seperti Cherating sudah pasti ada tempat makan yang best. Kalau bercuti di sini sehari sahaja tidak cukup jadi, mari lihat penginapan yang best di Cherating untuk percutian anda.

12 Penginapan di Cherating


1.  Royale Chulan Cherating Chalet

Royal Chulan Cherating Chalet

Penginapan yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik dan pantai ini adalah Royale Chulan Cherating Chalet. Chalet di sini adalah antara pilihan penginapan popular sama ada untuk urusan bisnes ataupun bercuti. Staf di sini memberikan perkhidmatan dan servis terbaik mereka kepada pengunjung agar penginapan anda lebih bermakna. Chalet di sini dilengkapi dengan penghawa dingin, akses Wi-Fi dan mempunyai balkoni bilik. Dalam chalet pula terdapat ruang tamu berserta sofa dan televisyen untuk pengunjung bersantai dan meluangkan masa bersama.

Menu sarapan Asia ada disajikan di sini. Mudah untuk pengunjung bersarapan kerana tidak perlu keluar jauh dari penginapan. Meja hadapan beroperasi 24 jam jadi, anda boleh hubungi mereka pada bila-bila masa sekiranya memerlukan pertolongan. Tempahan boleh dilakukan secara terus melalui pautan di bawah.

Alamat: Royale Chulan Cherating Chalets, Jalan Kampung Cherating Lama, Kampung Cherating, 26100 Balok, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-5819000


2.  Club Med Cherating

Club Med Cherating

Percutian anda akan jadi lebih menarik dan indah sekiranya menginap di Club Med Cherating kerana lokasinya yang dikelilingi alam semula jadi. Club Med Cherating terletak antara Laut Cina Selatan dan hutan tropika seluas 80 hektar. Memang jauh dari kesibukan kota. Menikmati pemandangan di pantai, pengembaraan di hutan dan bunyi deruan ombak pantai pada waktu malam adalah sesuatu ketenangan yang luar biasa. Kemudahan yang disediakan di sini ialah Wi-Fi di bilik dan kawasan umum, restoran, spa, kedai dobi, bilik persidangan, gim dan macam-macam lagi. Senang kata hampir kesemuanya tersedia untuk para pengunjung.

Mengenai servis mereka, dijamin memang tiptop dan mantap. Pelanggan sebelum ini memberikan ulasan positif dan sangat gembira akan pengalaman menginap di sini. Lawati laman web dan Facebook mereka untuk mengetahui informasi dan promosi terkini. Sebarang tempahan boleh dilakukan di laman web atau hubungi nombor yang tertera.

Alamat: 29th miles Jalan Kuantan -Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang

Pakej Percutian | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


3.  Casa Titik

Casa Titik

Casa Titik penginapan berkonsepkan villa dan dihiasi dengan elemen Spanish. Terletak berdekatan dengan pantai Cherating menjadikannya penginapan yang santai dan tenang di tepi laut. Sekiranya ingin mengadakan majlis seperti perkahwinan, festival atau majlis penyatuan, di sini terdapat fasiliti dewan yang sesuai untuk acara seperti itu. Di villa ini mempunyai 10 bilik yang besar secara keseluruhannya dan boleh memuatkan sehingga 30 orang. Sesuai kalau buat hari keluarga kerana ada banyak bilik dan boleh menikmati kolam persendirian.

Banyak lagi fasiliti lain yang disediakan di Casa Titik ini. Antaranya Wi-Fi, televisyen di setiap bilik, bilik bacaan dan banyak lagi. Ingin tahu lebih lanjut mengenai fasiliti dan tempat ini boleh lawati laman web mereka. Tempahan boleh dilakukan di laman web ataupun hubungi secara terus.

Alamat: Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-9389620


4.  Maznah Guest House

Maznah Guest House

Penginapan Maznah Guest House yang cantik ini hanya 3 minit perjalanan untuk ke pantai. Seronok dapat jalan-jalan pantai pada waktu pagi atau petang. Mereka mempunyai bilik untuk dua orang sehinggalah unit keluarga untuk ahli yang ramai. Bilik-bilik di sini mempunyai bilik air persendirian dan balkoni yang dikelilingi taman-taman. Pakej penginapan di sini termasuklah sarapan pagi, televisyen, akses Wi-Fi, air teh dan kopi, dan sebagainya. Staf mereka akan sentiasa memastikan bilik dalam keadaan bersih, memberikan layanan yang mesra dan sedia membantu.

Halaman yang luas sesuai jika ingin buat BBQ beramai-ramai. Mengenai tempat BBQ, anda tidak perlu risau kerana mereka ada sediakan tempat tersebut. Parkir kenderaan di sini juga adalah percuma dan diterangi cahaya lampu. Lawati Facebook mereka untuk mengetahui info terkini.

Alamat: Kampung Lama, Cherating, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-9785707


5.  Legend Cherating Beach Resort

Legend Cherating Beach Resort

Resort di tepi pantai yang terletak di Pantai Cherating adalah destinasi percutian yang cukup sempurna. Legend Cherating Beach Resort menawarkan pelbagai fauna eksotik dan persekitaran semula jadi yang indah. Lokasinya yang berhampiran pantai, mudah untuk anda lakukan aktiviti sukan air. Bilik-bilik di resort ini cantik dan kemas dihiasi dengan tema reka bentuk moden dengan elemen maritim yang memberikan anda ketenangan. Terdapat lebih dari 100 buah bilik dari pelbagai jenis termasuklah 1 rumah jenis penthouse. Bilik di sini dilengkapi dengan penyaman udara yang dikendalikan secara individu, televisyen dengan saluran satelit, radio, pengering rambut, dan lain-lain.

Anda boleh pilih bilik yang menghadap laut ataupun kolam renang bergantung kepada kekosongan yang ada. Di sini juga terdapat bilik bersambung dan jika memerlukan bilik seperti itu, hanya maklumkan kepada pihak mereka. Maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak mereka.

Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-5819818


6.  LaVilla by Holiday Villa Cherating

LaVilla by Holiday Villa Cherating

Lokasinya yang strategik di Kampung Baharu Cherating, LaVilla by Holiday Villa Cherating adalah tempat yang ideal untuk anda menerokai bandar Cherating. Hal ini kerana, hotel ini terletak berhampiran dengan pusat tumpuan di bandar Cherating dan juga pantai yang cantik. Sama ada penginapan untuk percutian keluarga, berbulan madu, urusan kerja atau aktiviti berpasukan, pelbagai pilihan jenis bilik yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian. Semua bilik hotel di sini mempunyai balkoni yang menghadap kolam renang atau kehijauan pokok-pokok.

Fasiliti di sini termasuklah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, gelanggang tenis, gim, restoran pantai dan lain-lain. Terdapat juga bilik mesyuarat serta beberapa pakej yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian aktiviti dan pakej perkahwinan yang menarik. Hampir semua tersedia untuk para pengunjung mereka. Jadi, segera tempah penginapan di sini untuk dapatkan servis terbaik mereka.

Alamat: Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080, Cherating, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-5819500


7.  Payung Getaway Campsite & RV Park

Payung Getaway Campsite & RV Park

Seronoknya kalau dapat berkhemah di tepi pantai. Bunyi deruan ombak pantai, angin pantai yang nyaman pasti dapat memberi ketenangan untuk percutian anda. Payung Getaway Campsite ada menyediakan pakej seperti yang anda inginkan. Anda boleh pilih tapak perkhemahan sendiri mengikut keinginan. Yang lebih menarik lagi, anda boleh dapatkan pakej tapak perkhemahan persendirian yang sangat luas sehingga memuatkan 10 buah khemah serta tandas persendirian. Di sini juga anda berpeluang untuk melihat matahari terbenam. Wah, pemandangan yang sangat indah!

Mereka juga ada menyediakan sewaan khemah yang terdiri daripada pelbagai saiz. Parkir kenderaan di sini adalah percuma. Kebiasaannya pengunjung selalu risau mengenai tandas awam yang disediakan, tetapi anda tidak perlu risau kerana tandas di sini dijaga rapi dan dalam keadaan bersih. Untuk tempahan, anda boleh hubungi mereka atau tempah melalui pautan di bawah.

Alamat: Jalan Kampung Cherating Lama Balok, Kampung Cherating, 26080 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 6.00pm

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01123802900


8.  Tanjung Inn

Tanjung Inn

Tanjung Inn adalah salah satu pilhan terbaik untuk penginapan para pelancong. Pilihan chalet yang banyak dan dikelilingi kehijauan yang dapat memberi ketenangan sepanjang penginapan anda. Mereka mempunyai banyak jenis pilihan chalet sama ada besar, kecil atau yang berhampiran dengan tasik buatan. Ketenangan penginapan di sini pasti memberikan anda pengalaman percutian yang bermakna. Selain chalet, mereka juga ada villa dan villa mewah sekiranya anda inginkan pengalaman yang lebih komprehensif. Anda boleh lihat banyak lagi pakej penginapan di laman web mereka.

Kebanyakan bilik di sini, mempunyai televisyen plasma, penyaman udara dan bilik bebas rokok. Kemudahan lain seperti restoran, surau, bilik bacaan, bilik rekreasi, taman dan akses Wi-Fi di lobi ada disediakan.

Alamat: Jalan Cherating Lama, Kampung Cherating Lama, 26080 Cherating, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.30am – 6.00pm

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-9494023


9.  The Kasturi Resort Cherating

The Kasturi Resort Cherating

The Kasturi Resort Cherating juga adalah salah satu penginapan yang terletak di pusat tumpuan bandar Cherating dan betul-betul berhampiran pantai. Terdapat lebih dari 5 pilihan jenis bilik termasuklah bilik yang menghadap biru laut, penthouse yang dikelilingi alam semula jadi dan studio. Bilik penginapan di sini mempunyai penghawa dingin, televisyen, akses Wi-Fi, pengering rambut dan seterika. Pakej penginapan di sini sudah termasuk sarapan pagi harian, welcome drink dan lain-lain. Bagi yang ingin bercuti untuk majlis istimewa, mereka juga ada menyediakan pakej-pakej menarik untuk anda.

Tempat makan di resort ini mengenakan tema mewah dan santai. Ada veranda yang menghadap kolam renang dan dalam restoran yang mempunyai penghawa dingin, anda pilih sahaja di mana anda ingin menjamu selera. Bilik untuk acara dan sambutan secara persendirian boleh minta daripada pihak mereka. Sebenarnya ada banyak lagi perkara menarik mengenai resort ini. Rasai pengalaman penginapan yang luar biasa di The Kasturi Resort Cherating.

Alamat: KM 32.5, Jalan Kuantan, Kemaman, 26080 Cherating, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-582 5000


10.  Villa de Fedelia

Villa de Fedelia

Villa de Fedelia Beach Resort terletak di perkampungan Cherating yang tenang dan damai dan berhampiran dengan Laut China Selatan. Landskap eko yang luas dan hijau rumput menjadikan lokasi chalet anda sedikit jauh dari tempat awam di pantai. Ini bagi menjamin kesejahteraan privasi sepanjang penginapan anda untuk berehat dan bersantai di bilik. Chalet di sini berkonsepkan gaya tradisional baru yang diperbuat daripada kayu. Pemandangan laut boleh didapati dari chalet anda dan kemudahan yang sangat selesa dapat memberikan anda rehat yang tenang.

Mereka juga mempunyai villa keluarga yang lebih besar sekiranya anda mempunyai ahli yang ramai. Pakej yang premium mempunyai veranda persendirian dengan pemandangan laut yang tenang dan berangin. Bilik untuk pakej berbulan madu pun ada di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat ini, anda boleh lawati laman web mereka.

Alamat: Kampung Budaya, Cherating Lama, 26080 Cherating, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-2493711


11.  Adena Beach Resort

Adena Beach Resort

Terletak di pesisir Pantai Balok di Kuantan, Adena Beach Resort merupakan pilihan penginapan yang bagus untuk melancong ataupun urusan kerja. Pantai berpasir putih, angin laut yang sejuk, taman-taman yang indah, dan pokok-pokok hijau yang subur adalah antara perkara yang menjadi kegemaran ramai orang di sini. Mereka mempunyai lebih dari 100 buah bilik di sini yang mengaplikasikan gabungan konsep moden dan tradisional. Lokasi resort di tepi pantai menjadikan percutian yang ideal bagi anda yang ingin bersantai dan suasana yang menyegarkan.

Banyak kemudahan yang disediakan khas untuk pengunjung mereka. Ada kolam renang, ruangan berbasikal, bola tampar dan banyak lagi. Akses Wi-Fi di setiap bilik pun ada juga. Sekiranya anda inginkan cadangan destinasi yang menarik di sekitar Cherating atau Kuantan, pergi sahaja ke meja hadapan resort untuk bertanya pada staf mereka. Tempahan penginapan boleh dilakukan melalui pautan yang disediakan.

Alamat: Lot 1260, Mukim Sg Karang 26100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-544 1111


12.  Residence Inn Cherating

Residence Inn Cherating

Residence Inn Cherating menawarkan penginapan yang selesa dan strategik. Lokasinya terletak berhampiran dengan bandar Kuantan dan juga pantai. Pilihan bilik-bilik yang menarik sama ada inginkan pemandangan kolam renang ataupun taman. Kebanyakan bilik di sini mempunyai balkoni, akses Wi-Fi, mesin kopi, penghawa dingin dan macam-macam lagi. Di sini juga terdapat bilik atau ruang khas untuk acara dan majlis istimewa seperti perkahwinan, bulan madu, mesyuarat rasmi dan lain-lain. Ruang yang disediakan adalah selesa dilengkapi dengan penghawa dingin dan Wi-Fi.

Keselamatan sepanjang penginapan anda di sini adalah terjamin dengan sistem sekuriti mereka yang efisien. Pengawal keselamatan mereka berkhidmat 24 jam dan mempunyai CCTV di banyak lokasi. Jadi tidak perlu ragu untuk menginap di sini dan segera buat tempahan untuk percutian anda.

Alamat: Lot 826, Mukim Sungai Karang, Kuantan, 26080 Cherating

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-5819333


Banyak betul penginapan tepi pantai di Cherating ni. Lokasinya juga strategik iaitu berhampiran dengan tempat-tempat menarik di Cherating. Nak jalan-jalan pantai atau nak melawat tempat menarik pun dekat saja. Penginapan yang menghadap laut pun banyak pilihan di Cherating ni. Pasti akan memberikan ketenangan yang luar biasa untuk percutian anda. Best juga kalau dapat lakukan aktiviti pantai bersama orang tersayang seperti mandi pantai, sukan air dan bola tampar pantai. Jadi, rancang percutian anda ke Cherating untuk menikmati salah satu tempat pelancongan popular di Malaysia.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

23+ Tempat Menarik di Cherating PALING POPULAR

Pantai Cherating merupakan sebuah pantai peranginan yang sangat popular di Negeri Pahang & terletak di dalam Daerah Kuantan. Seronok sebenarnya bercuti di Pantai Cherating...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x