Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Tempat Penginapan Tepi Pantai Best di Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah semestinya tempat percutian kegemaran rakyat Malaysia jika bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Disebabkan lokasinya yang terletak hanya beberapa jam sahaja dari Kuala Lumpur, ianya sering dijadikan tempat kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain daripada pelbagai tempat tarikan pelancong dan tempat bersejarah, Melaka juga terkenal dengan pantai-pantai yang cantik. Bukan sahaja cantik tetapi air lautnya juga bersih dan selamat untuk bermandi-manda. Kalau nak bercuti di tepi pantai di Melaka, mesti anda sedang mencari tempat-tempat penginapan tepi pantai yang menarik, bukan? Ikuti senarai tempat penginapan tepi pantai yang best di Melaka seperti dibawah.

Top 10 Chalet & Resort Tepi Pantai Best di Melaka


1. Taming Sari Beach House

TAMING SARI BEACH RESORT

Kalau anda teringin untuk menginap di rumah tradisional ala-ala kampung, anda patut cuba menginap di Taming Sari Beach House. Taming Sari Beach House yang terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka ini menyediakan dua buah rumah yang bertemakan rumah tradisional Melayu. Memang sesuai untuk anda yang ingin lari dari kesibukan kota. Di dalam rumah ini pula lengkap dengan katil yang selesa, tv dengan saluran Astro, aircond, wifi percuma dan tandas persendirian.

Kelebihan lain jika anda menginap disini ialah rumah ini berhadapan dengan pantai dan hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sana. Anda akan melihat pemandangan pantai sepanjang anda menginap disini. Pengalaman yang pasti tidak akan mengecewakan anda kerana dengan harga serendah RM220 satu malam, memang berbaloi untuk anda cuba. Di hadapan rumah pula, terdapat kerusi dan meja untuk anda bersantai bersama keluarga. Anda juga boleh menyewa tempat barbeku jika anda ingin berbarbeku bersama keluarga dan menyewa tilam tambahan dan khemah jika anda memerlukannya.

Selain itu, rumah ini berada di dalam kawasan berpagar, jadi anda tidak perlu risau dengan keselamatan anda sekeluarga. Akan tetapi, rumah tradisional ini terhad dua buah sahaja, jadi jika anda ingin menginap disini anda disarankan untuk booking lebih awal supaya anda tidak terlepas untuk merasai pengalaman yang berharga ini.

Alamat: Jalan Kampung Solok, Kampung Hilir, Kuala Sungai Baru, Malacca, Malaysia

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0123219767


2. Chalet Teluk Belanga Beach 

CHALET TELUK BELANGA BEACH

Anda sedang mencari chalet yang dekat dengan pantai dan mempunyai swimming pool dalam masa yang sama? Chalet Teluk Belanga Beach jawapannya. Chalet dua tingkat ini mempunyai sebuah swimming pool yang luas dan berhadapan dengan pantai. Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke pantai dan anda akan melihat pemandangan pantai sepanjang anda menginap disini. Pastinya chalet ini akan memberikan anda keselesaan kerana setiap bilik dilengkapi dengan 2 katil queen, aircond, kipas, tv, iron, water heater, mini fridge, electric kettle dan tandas persendirian.

Chalet ini mempunyai 9 bilik keseluruhannya, jadi jika anda melakukan family day, anda boleh menyewa keseluruhan chalet. Chalet ini mempunyai tempat makan yang luas, jadi anda tidak perlu risau jika anda ingin melakukan family day disini. Restoran pula agak jauh dari sini, jadi anda disarankan untuk masak sendiri menggunakan dapur dan peralatan-peralatan yang telah disediakan oleh pihak chalet. Selain itu, chalet ini mempunyai sebuah tempat barbeku, jadi memang sesuai untuk dijadikan aktiviti bersama keluarga.

Tambahan pula, anda juga boleh memancing dan mencari remis di pantai tersebut. Anda juga tidak perlu risau dengan tempat parking kerana semestinya chalet ini mempunyai tempat parking yang luas. Chalet ini memang sangat sesuai untuk anda yang ingin melakukan hari keluarga, jadi apa tunggu lagi? Tempah bilik anda sekarang!

Alamat: 1915, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0126248567


3. Chalet Pak Sheikh @ Pengkalan Balak 

CHALET PAK SHEIKH

Pengkalan Balak semestinya menjadi destinasi pilihan untuk mereka yang ingin bercuti di pantai Melaka. Pengkalan Balak memang terkenal dengan pantainya yang cantik dan bersih. Selain itu, kawasannya juga dipenuhi dengan kedai makan dan kedai-kedai cenderamata jadi ianya memudahkan pengunjung jika mereka menginap di situ.

Salah satu chalet yang best di Pengkalan Balak ialah Chalet Pak Sheikh. Chalet yang mempunyai 10 buah ini sesuai untuk mereka yang ingin membuat Family Day. Bilik tidur disini dilengkapi dengan katil yang selesa, tv, aircond dan bilik air peribadi. Bilik tidurnya pula dijamin bersih dan selesa untuk digunakan. Apa yang menariknya tentang chalet ini ialah ianya menghadap pantai dan anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana. Hari-hari anda akan ditemani dengan bunyi ombak yang menenangkan.

Di hadapan kawasan chalet pula ada disediakan tempat bersantai dan anda boleh berbarbeku di situ secara percuma. Dengan harga yang berpatutan ini, memang sangat berbaloi untuk anda cuba menginap disini kerana pemandangan di pantai itu memang tidak akan mengecewakan anda. Tambahan pula, anda tidak perlu risau dengan keselamatan kereta anda kerana anda boleh memarkir kereta betul-betul di depan pintu chalet anda.

Alamat: Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, Kampung Sungai Tuang, 78200 Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0162012567


4. Bidara Beach Village Homestay & Chalet 

BIDARA BEACH VILLAGE HOMESTAY & CHALET

Mendengar namanya sahaja kita sudah mengetahui bahawa Bidara Beach Village menyediakan dua jenis tempat penginapan iaitu homestay dan chalet. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan anda. Bidara Beach Village Homestay & Chalet yang terletak di Masjid Tanah ini mempunyai 4 buah homestay dan 7 buah chalet yang memang selesa dan sesuai untuk diinap bersama keluarga. Tempat penginapan ini juga mempunyai sebuah swimming pool untuk kanak-kanak dan berhadapan dengan pantai, jadi memang sangat sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga.

Setiap chalet dilengkapi dengan 2 katil queen, tv dengan saluran Astro, dan bilik air yang bersih. Persekitaran pantainya pula memang sangat bersih dan mempunyai pemandangan yang cantik jika matahari terbenam. Selain itu, terdapat beberapa restoran berdekatan dengan tempat penginapan ini, jadi anda tidak perlu risau untuk mencari makanan. Jika anda ingin memasak pula, anda boleh memilih homestay sebagai tempat penginapan anda kerana disitu telah menyediakan peralatan memasak dan juga peti ais. Aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama keluarga ialah berbarbeku. Bidara Beach Village juga sesuai dipilih sebagai tempat percutian anda jika anda ingin datang bersama ahli keluarga yang ramai kerana homestay ini mampu memuatkan 10 orang dalam satu masa.

Alamat: Jalan Tuan Haji Baba Syawal, Kg Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka, Malacca City, Malaysia

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0136311501


5. Puteri Qashrina Chalet

PUTERI QASHRINA CHALET

Puteri Qashrina Chalet merupakan tempat penginapan yang terletak di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Tempat penginapan ini mempunyai 48 unit kesemuanya dengan 11 jenis bilik yang berlainan. Contohnya, VIP homestay, Chalet 2 bilik, Chalet Studio, Chalet Kayu, Chalet Kabin, Chalet Keluarga, Rumah Kayu Beranda, Rumah Kayu Loteng, dan Qruise. Jadi, anda sebagai pengunjung boleh memilih jenis bilik mengikut selera dan keselesaan anda. Setiap bilik mahupun chaletnya pula dilengkapi dengan aircond, kipas, wifi percuma, pemanas air dan sofa. Jadi, memang selesa untuk menginap bersama keluarga disini.

Antara kemudahan yang disediakan disini ialah bilik karaoke, surau, swimming pool, ruang BBQ, tempat parking, taman permainan, dan gazebo. Melihat kepada kemudahan yang disediakan, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan anak-anak. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah menyewa basikal. Selain itu, lokasinya yang strategik iaitu berdekatan dengan pantai menjadikannya sebagai tempat penginapan pilihan pelancong. Anda juga tidak perlu untuk mencari makanan di kawasan sekitar kerana tempat penginapan ini mempunyai sebuah cafetaria yang menyediakan pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan.

Tambahan pula, mereka juga ada menyediakan pakej-pakej kumpulan untuk 80-108 orang. Jadi, untuk anda yang mencari pakej seperti ini, anda boleh cuba berhubung dengan pihak chalet. 

Alamat: Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling, Malacca

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0173061116


6. Sunset Villa @ Alai Crystal Bay

SUNSET VILLA

Villa yang dibina bersebelahan dengan pantai ini pastinya memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana suasananya yang selesa dan pemandangan laut yang sangat cantik. 4 buah villa ini mempunyai nama-nama yang berlainan dan setiap nama villa itu melambangkan konsep yang ingin diketengahkan. Setiap villa ini dibina dan didekorasikan dengan 4 jenis konsep yang berlainan seperti Balinese 3 Storey Semi D, Loft 2 Storey Semi D, Black & White dan Oriental. Villa-villa disini pula memuatkan mengikut kapasiti-kapasiti yang berbeza iaitu 13 orang untuk Balinese, 11 orang untuk Black & White, 9 orang untuk Loft dan 7 orang untuk Oriental. Jumlah orang yang menginap disini mestilah tidak melebihi kapasiti maksimum dan mengikut jumlah maksimum yang telah ditetapkan.

Setiap villa mempunyai jumlah bilik yang berbeza dan setiap biliknya mempunyai bilik air sendiri. Contohnya, Balinese 3 Storey Semi D yang mempunyai 5 bilik tidur dan 7 bilik air kesemuanya. 2 bilik tidurnya di tingkat bawah dan 3 bilik tidur di tingkat satu. Di tingkat 3 pula merupakan ruang hiburan iaitu terdapat set sistem karaoke professional di mana anda boleh bersantai bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Selain itu, ada juga pantry, fridge dan juga bilik air di tingkat 3. Tambahan pula, ruang tamunya pula dilengkapi dengan family karaoke, wifi & tv. Dapurnya pula dilengkapi dengan dapur induction, microware, fridge dan mesin basuh.

Anda juga boleh bersantai dan melepak bersama keluarga di luar rumah sambil berbarbeku di laman rumah. Untuk mengetahui butiran-butiran lebih lanjut mengenai villa ini, anda boleh melawati social media mereka iaitu Facebook di bawah.

Alamat: 2783-B Jalan AP 14, Taman Alai Perdana Alai, Crystal Bay, 75460 Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0122227665


7. Mesra Chalet

MESRA CHALET

Mesra Chalet semesra pemiliknya. Chalet yang terletak di Pengkalan Balak ini merupakan salah sebuah chalet yang menghadap laut dan mempunyai pemandangan pantai yang sangat cantik. Bilik-bilik yang disediakan juga sangat bersih dan dilengkapi dengan katil, tv led dengan saluran Astro, aircond, kipas siling, peti ais mini dan bilik air persendirian. Fasiliti yang disediakan juga memang sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini ialah memancing, bermain layang-layang, berkelah dan berkhemah. Selain itu, anda juga dibenarkan untuk memasak dan melakukan aktiviti BBQ bersama keluarga di pondok yang disediakan. Tiada cas yang akan dikenakan jika anda menggunakan pondok di hadapan chalet. Pondok disitu pula mempunyai sinki dan plug soket yang bakal memudahkan anda. Anda juga boleh menyewa dapur gas, toto, bantal dan juga selimut jika anda memerlukannya. Anda juga tidak perlu risau dengan tempat parking kereta kerana anda boleh memarkir kenderaan anda betul-betul di hadapan pintu chalet.

Mesra Chalet bukanlah tempat percutian yang mewah tetapi cukup mewah untuk mencipta kenangan bersama keluarga. Jadi, jika anda mencari tempat penginapan yang berbajet rendah, anda disarankan untuk menginap disini.

Alamat: Batu 22, Kampung Sungai Kertah, Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Malacca

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0126046893


8.  Adi Village 

ADI VILLAGE

Adi Village merupakan salah sebuah chalet yang terletak di Pengkalan Balak, Melaka. Chalet yang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai ini memang amat sesuai untuk dijadikan tempat penginapan apabila bercuti bersama dengan keluarga. Lokasinya memang strategik kerana anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke pantai. Selain itu, kawasan sekitarnya pula terdapat banyak deretan kedai-kedai makan. Jadi, ianya akan memudahkan anda untuk mencari makanan ketika lapar.

Adi Village mempunyai 3 bilik kesemuanya dan dilengkapi dengan 2 katil queen, aircond, kipas, tv dengan saluran njoi, mini fridge, jug elektrik dan bilik air persendirian. Jadi, memang anda akan berasa selesa sepanjang menginap disini. Kawasan di hadapan chalet pula memang luas dan sesuai untuk anda melakukan aktiviti BBQ atau aktiviti bersama keluarga. Anda juga tidak perlu risau untuk mencari tempat memarkir kereta kerana chalet ini menyediakan tempat parkir untuk mereka yang menginap disini. Chalet ini juga dikelilingi dengan pagar, jadi keselamatan anda dan keluarga akan lebih terjamin. Tambahan pula, anda juga boleh menyewa peralatan dan alatan BBQ daripada pihak chalet.

Alamat: Lot 1681, Jalan Pantai Pengkalan Balak, Kampung Hailam, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0123869903


9. Munirah Homestay & Chalet

MUNIRAH HOMESTAY & CHALET

Munirah Homestay & Chalet merupakan salah satu tempat penginapan yang berada di Pengkalan Balak, Melaka. Lokasinya yang terletak dekat dengan pantai, menjadi tarikan utama. Dengan harga serendah RM 110, anda boleh mendapatkan chalet yang dekat dengan pantai. Munirah Homestay & Chalet menawarkan sebuah homestay dan beberapa jenis chalet yang lain seperti 2 unit Chalet Standard Kayu Seaview, 2 unit Chalet Kayu Non Seaview, 1 unit Chalet Superior Non Seaview, 5 unit Chalet Standard Non Seaview, 2 unit Chalet Deluxe Sea View, 2 unit Chalet Deluxe Extra Seaview dan 6 unit Chalet Standard Seaview. Macam-macam jenis ada, anda hanya perlu memilih mengikut kesesuaian keperluan dan bajet anda sahaja.

Setiap chalet dilengkapi dengan katil, aircond, kipas, tv dan bilik air persendirian manakala homestay yang boleh memuatkan maksimum 15 orang ini pula mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang dilengkapi dengan 1 katil queen dan 1 katil single setiap bilik, dapur yang lengkap dengan alatan memasak dan rumah tamu yang dilengkapi dengan tv. Munirah Homestay & Chalet memang sesuai dijadikan tempat berkumpulnya ahli keluarga kerana kawasan halamannya yang lapang dan tempat parkir kereta yang luas.

Kepada anda yang ingin melakukan aktivit BBQ bersama keluarga, anda boleh menyewa pondok wakaf dan tempat BBQ dengan hanya RM 40. Selain itu, anda juga tidak perlu risau untuk mencari makanan ketika lapar kerana terdapat banyak kedai dan restoran di kawasan sekitar Munirah Homestay & Chalet.

Alamat: 1704, Jalan Pantai Padang Kemunting, Taman Perindustrian Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0176303613


10. Pantai Suria Chalet

PANTAI SURIA CHALET

Pantai Suria Chalet memang sesuai untuk anda yang mencari tempat penginapan yang berkos rendah tetapi masih selesa. Tempat penginapan ini bukanlah tempat penginapan yang mewah tetapi cukup selesa untuk dijadikan tempat penginapan semasa bercuti bersama keluarga.

Harganya sangat berpatutan walaupun chaletnya berhadapan dengan pantai. Pantainya pula memang sangat cantik dan bersih. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga ialah mencari remis di pantai tersebut. Anda juga boleh menyewa keseluruhan Pantai Suria Chalet jika anda berhasrat untuk melakukan family day. Halaman chaletnya memang luas, jadi anda boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Tambahan pula, pihak chalet ada menyediakan gazebo untuk anda sekeluarga melepak atau bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Anda juga boleh melakukan aktiviti BBQ di gazebo yang telah disediakan. Selain itu, bilik tidurnya pula dilengkapi dengan katil, aircond dan tv. Pihak chalet juga menyediakan tempat parkir betul-betul di hadapan chalet untuk mereka yang menginap disini, jadi anda tidak perlu susah-susah mencari tempat parking.

Alamat: 201, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 78200 Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 0122223880


5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa di Melaka Yang Best & Murah

Melaka pernah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia dan juga Melaka Maju pada tahun 2010. Walaupun negeri Melaka adalah kecil, namun banyak tempat menarik dan...

Muzium Setem Melaka – Harga Tiket & Waktu Operasi Terkini

Muzium Setem Melaka yang terletak hanya beberapa meter dari Kota A Famosa ini merupakan sebuah bangunan lama yang telah dibina sejak era penjajahan Belanda....

Muzium Senibina Malaysia Melaka – Keindahan Bangunan Ikonik Malaysia bawah Satu Bumbung

Bandar Hilir Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah menarik untuk dilawati. Sekiranya anda berjalan kaki menerusi Jalan Kota dari Stadthuys Red Square menuju ke Kota...

Kota A Famosa – Ikon Pelancongan Negeri Melaka

Percutian anda ke Bandaraya Melaka tidak lengkap kalau tidak melihat dengan mata kepala sendiri ikon utama pelancongan negeri Melaka iaitu Kota A Famosa. Kalau...

7 Homestay di Alor Gajah yang Pasti Anda Suka!

Alor Gajah merupakan daerah yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang suka bercuti ke Melaka. Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda add to list...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Muhammad
1 year ago

Banyak yang menarik dari info website ini.
Semoga bermanfaat kepada pembaca.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x