5 Tempat Menarik Untuk Bercuti & Berbulan Madu

Sudah menjadi kebiasaan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, berbulan madu ke destinasi yang romantik dan best semestinya merupakan agenda yang wajib dilakukan selepas kahwin. Jom kita lihat beberapa tempat menarik untuk bercuti dan berbulan yang menarik di dalam Malaysia.

Sebagai pasangan yang kata orang, ‘masih baru-baru lagi’, semestinya destinasi yang dipilih perlu ada ‘X factor’ untuk menjadi satu lakaran kenangan manis dalam buku perlayaran rumah tangga kita. Cewah.


1. Pantai Cherating di Pahang – destinasi bajet mahupun bukan bajet untuk berbulan madu tepi pantai

tempat-menarik-untuk-bercuti-di-malaysia

Pantai Cherating yang terletak di Pahang dan hanya beberapa KM dari Daerah Kemaman, Terengganu merupakan satu destinasi yang ideal untuk anda berbulan madu terutamanya kalau dari Semenanjung Malaysia.

Dengan hamparan pantai yang luas dan lapang memang sesuai untuk anda berlarian berkejaran di tepian pantai ataupun untuk mandi pantai. Air laut di sini tidaklah sejernih yang ada di Pulau Redang atau Tioman, namun cukup landai dan selamat untuk anda mandi manda.

Antara tarikan menarik yang boleh anda dan pasangan lakukan kalau memilih Cherating sebagai destinasi percutiaan honeymoon:

  • Mandi laut, river cruise di Sungai Cherating
  • melihat kelip-kelip
  • berkanu dan surfing
  • Melawat Santuari Penyu Cherating
  • makan sata dan otak-otak di Kg Geliga Kemaman
  • Ke Zoo Kemaman

Untuk maklumat yang lebih detail sila baca artikel 10 Aktiviti Menarik di Cherating dan Kemaman.

Antara tempat penginapan dan resort yang strategik serta menarik tepi pantai di sekitar Cherating ialah Suria Beach Resort dan Impiana Cherating Resort. Jika anda mempunyai bajet lebih dan inginkan penginapan yang lebih hebat, boleh cuba di Club Med Cherating yang pasti terbaik untuk berbulan madu anda di sini.


2. Cameron Highland di Pahang – destinasi honeymoon bagi mereka yang suka sejuk-sejuk

tempat-menarik-berbulan-madu-M

Yelah, bercuti ke pulau dan pantai kadang-kadang panas dan terpaksa duduk renggang-renggang. :) Jadi salah satu tempat menarik di Malaysia yang bersuhu sejuk semestinya adalah Cameron Highland.

Destinasi pelancongan popular yang terletak di Pahang ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda dan pasangan lakukan. Antara tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang selalu menjadi pilihan pelancong ialah melihat keindahan pemandangan ladang teh, kebun buah strawberi, taman bunga dan banyak lagi.

Rujuk di senarai penuh tempat menarik di Cameron Highland untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut. Secara ringkasnya, berikut adalah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Cameron Highland.

  • Melawat ladang teh, kebun bunga, taman rama-rama dan kebun buah strawberi
  • Jungle trekking
  • Main golf
  • Melawat Muzium Time Tunnel, perkampungan orang asli
  • Mengembara dalam hutan dan mandi air terjun
  • Singgah di pasar malam untuk menjamu makanan orang tempatan dan membeli buah serta sayur-sayur yang segar.

Penginapan menarik di Cameron Highland: Salah satu destinasi menarik untuk menginap di sini ketika honeymoon ialah di Cameron Highlands Resort. Satu destinasi penginapan yang sangat romantis, tenang dan dikelilingi dengan tumbuhan hijau.

Berada di balkoni sambil melihat keindahan Cameron Highland sememangnya ibarat anda bercuti ke luar negara. Banyak pilihan bilik yang ada di Cameron Highland Resort seperti Deluxe Room, Two-Bedroom Suite, Junior Suite, the Cameron Suite ataupun the Jim Thompson Suite.

Resort ini juga ada menawarkan pakej yang sesuai untuk pasangan honeymoon dengan servis yang pasti membuatkan kenangan berbulan madu anda manis seperti buah strawberi di Cameron Highland.


3. Batu Feringgi di Penang – destinasi honeymoon yang dekat dengan bandar

tempat-melancong-untuk-honeymoon-M

Bagi pasangan yang lebih sukakan aktiviti sukan air dan dekat dengan bandar utama, salah satu destinasi yang paling ideal untuk dilawati ialah di Batu Feringgi di Penang. Tambahan pula, berada di sini anda mempunyai akses yang dekat dan mudah untuk ke beberapa tempat makan yang best dan menarik di Penang.

Penang dan Batu Feringgi khususnya bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong tempatan, malah menjadi pilihan ramai pelancong dari luar negara. Kadang-kadang berada di sesetengah tempat menarik di Pulau Pinang seolah-olah seperti berada di luar negara, ramai sangat pelancong.

Sekiranya anda memilih Batu Feringgi sebagai tempat honeymoon, jangan lupa untuk semak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti berikut:

  • Mandi pantai dan sukan air seperti jetski, naik banana bot & paragliding
  • melawat Taman Botani Penang
  • Shopping di pasar malam Batu Feringgi
  • melawat tempat berseni dan muzium 3D
  • makan-makan di kedai best di Penang
  • pusing-pusing di bandaraya Georgetown

Anda boleh rujuk coretan tempat menarik di Pulau Pinang dengan maklumat yang lebih padu dan padat.

Destinasi penginapan menarik di Betu Feringgi yang dicadangkan ialah di Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa. Memang sangat sesuai sebagai tempat penginapan berbulan madu anda di Batu Feringgi dengan elemen tepi pantai dan mewah yang sangat menarik. Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa memang sangat terkenal di Pulau Pinang sebagai satu hotel yang mempunyai perkhidmatan pelanggan yang bagus serta suasana dan prasarana hotel yang lengkap.

Dan yang paling best kalau menginap di sini, ianya mengadap pantai Batu Feringgi dan semestinya waktu petang merupakan saat yang paling best untuk bersama pasangan anda melihat sunset yang pasti menggamit memori indah daun pisang.


4. Pulau Redang di Terengganu – tempat menarik untuk bercuti bertemakan pantai dan laut yang indah

pulau-redang-honeymoon-M

Percutian ke pulau untuk honeymoon memang satu pilihan yang sangat popular. Bagi yang berada di Semenanjung Malaysia, Pulau Redang di Terengganu sangat dicadangkan untuk anda bercuti berbulan madu dan banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama dengan yang tersayang.

Pulau Redang memang sangat terkenal dengan pasir pantai putihnya yang gebu gila, air lautnya yang sangat jernih dan kaya dengan hidupan marin yang sangat ‘rare’. Tak perlu scuba diving di kepulauan Sabah untuk melihat penyu, di Pulau Redang dengan snorkeling sahaja pun sudah boleh jumpa penyu di dasar lautnya yang sangat jernih.

Antara aktiviti menarik lain yang boleh anda lakukan kalau bercuti ke Pulau Redang:

  • Menyelam/ scuba diving
  • Snorkeling
  • berkayak di persisiran pulau
  • bersiar-siar di pasir pantai sambil melihat matahari terbenam
  • jungle trekking ringan-ringan di tengah pulau.
  • wind surfing

Untuk penginapan pula, di sini terdapat beberapa resort dan chalet yang murah ataupun yang agak mahal. Anda boleh pilih bergantung kepada bajet masing-masing.

Namun kalau bercuti untuk honeymoon, apa salahnya memilih penginapan dan resort yang lebih selesa untuk mendapatkan ‘feel’ yang lebih romantis. Bukannya selalu. :)

Salah satu resort yang ada di sini yang dianggap memang sangat cantik dan sesuai untuk honeymoon ialah Taaras Beach & Spa Resort.

Taaras Beach & Spa Resort terletak berdekatan dengan pantai yang pasirnya putih dengan air laut yang jernih membiru. Memang best ! Memandangkan Pulau Redang di Pantai Timur, lebih elok kalau ke sini sebelum bulan Oktober dan selepas bulan Mac bagi mengelak musim tengkujuh.


5. Bandaraya Melaka – kota warisan sejarah dunia

tempat-percutian-menarik-malaysia-M

Bagi yang berada di KL dan Selangor dan inginkan tempat menarik untuk percutian singkat sambil berbulan madu, apa kata ke Melaka sahaja. Di Melaka pun mempunyai banyak tarikan yang tidak kurang hebatnya. Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan Negeri Melaka yang dianggap sebagai salah satu bandaraya warisan bersejarah Dunia dan telah disenaraikan di dalam laman web UNESCO World Heritage.

Aktiviti di Melaka tidak tertumpu kepada tarikan alam semulajadi dan lebih kepada tempat-tempat untuk bersiar-siar dan ‘cuci cuci mata’. Selain melawat banyak tempat yang mempunyai kesan sejarah, di Melaka juga terkenal dengan tempat-tempat makan yang best yang boleh anda kunjungi kelak.

Secara amnya, berikut adalah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan kalau bercuti ke Melaka.

Penginapan romantis di Melaka: Casa del Rio. Salah satu tempat yang memang romantik berkonsepkan seni Meditrenean yang terletak dalam kawasan yang sangat strategik dan dekat dengan tempat-tempat menarik di Melaka. Hanya jalan kaki dari sini kalau nak naik bot di Sungai Melaka ataupun nak ke Jonker Street.

Dan yang paling best di sini ialah untuk berenang di infinity pool yang pasti menenangkan jiwa raga selepas seharian penat berjalan di Kota Melaka.


Sekiranya anda baru berkahwin, CD ucapkan selamat pengantin baru dan semoga hari-hari berbulan madu nanti ke tempat menarik untuk bercuti anda menjadi satu kenangan manis sehingga ke hujung nyawa.

4.5/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

5 Taman Negara di Malaysia BEST & Penginapan Popular

Malaysia mempunyai banyak taman negara dan lebih 30 kesemuanya samaada di darat mahupun di laut/marin. Kebanyakan Taman Negara Malaysia yang popular seperti di bawah turut mempunyai kemudahan...

Tempat Bersejarah di Malaysia – Yang Paling Kagum

Tempat-tempat bersejarah di Malaysia memang banyak dan unik. Di sebalik setiap kewujudannya mempunyai seribu satu ceritanya tersendiri. Ada yang terbina kerana cinta dan ada...

9+ Pulau Di Malaysia Bertaraf Dunia & Menarik untuk Bercuti

Maldives, Bali dan Phuket merupakan antara destinasi pelancongan di pulau yang sangat popular di dunia. Bak kata orang, kenapa bayar lebih? Pulau di Malaysia...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Noriza Rahman
9 years ago

Memang tengah plan untuk bercuti ni..honeymoon dengan anak 2 orang…hihi

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x