Isi Kandungan
Adakah ini kali pertama anda bercuti di Shah Alam ? Jika ya, teruskan membaca untuk ketahui tempat menarik di Shah Alam yang sering menjadi kunjungan orang ramai. Seperti yang tersedia maklum, Shah Alam merupakan sebahagian daripada kawasan Daerah Petaling & juga merupakan ibu negeri bagi negeri Selangor. Jadi secara tidak langsung, terdapat banyak destinasi atau aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga sama ada aktiviti yang santai, lasak, aktiviti ‘jalan jalan cari makan’, taman tema, hiburan keluarga & sebagainya.
Tidak dinafikan, selain Kuala Lumpur, Shah Alam adalah antara bandaraya yang mempunyai banyak tempat makan menarik yang boleh anda terokai sama ada mencuba makanan popular orang setempat, ala barat, timur tengah mahu pun menu makanan popular negeri-negeri di Malaysia yang lain. Pilihan hotel di Shah Alam yang ideal juga tidak kurang menariknya sama ada yang bajet mahu pun yang mewah. Tidak kira apa pun tujuan anda berkunjung ke ibu negeri Selangor ini, terdapat banyak tarikan pelancongan di Shah Alam yang sesuai untuk segenap usia & latar belakang pelancong.
25+ Destinasi Percutian & Aktiviti Menarik di Shah Alam, Selangor
Untuk kemudahan anda ketika bercuti di Shah Alam, turut disediakan peta lokasi, jarak perjalanan, harga tiket, waktu operasi & pautan-pautan rujukan destinasi. Info-info sebegini sangat berguna untuk anda menjadi pelancong yang bijak dalam membuat perancangan sebelum bercuti ke Shah Alam kelak.
1. I-City Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi pelancong yang pertama kali bercuti di Shah Alam bersama keluarga, sangat disyorkan untuk anda mulakan penerokaan anda di I-City Shah Alam. Tidak dinafikan, sejak wujudnya I-City Shah Alam, destinasi ini telah menjadi tempat menarik di Shah Alam yang paling popular untuk kunjungan pelancong tempatan. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilabelkan sangat menyeronokkan untuk seisi keluarga yang terdapat di sini seperti SnoWalk, City of Digital Light, The Red Carpet Museum, Trick Art Museum, & juga Water World I-City.
Tidak kira sama ada aktiviti basah atau kering, I-City Shah Alam pasti ada jawapan yang ideal dengan minat peribadi anda. Antara yang disyorkan untuk anda lawati adalah SnoWalk iaitu merupakan sebuah kawasan bertutup & suasananya tidak ubah seperti di kutub bumi yang sangat sejuk di bawah paras beku. Kalau nak tahu, SnoWalk I-City Shah Alam ini menempatkan lebih 100 tan struktur ais yang diukir oleh 30 pengukir yang dibawakan khas dari Harbin, China. Sudah tentu pengalaman berada di tempat begini yang suhunya -5Â darjah celsius, bakal membuatkan bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut teruja. Almaklumlah,iklim di negara kita tidak ada musim sejuk & apatah lagi kalau hendak bermain salji.
Jika anda tak tahan sejuk, jangan risau, bawa sahaja anak-anak ke Red Carpet Wax Museum yang menempatkan lebih 100 patung buatan yang diperbuat daripada lilin /wax. Setiap patung ini dibentuk menyerupai selebriti terkenal & tokoh-tokoh dunia dari bidang politik, perfileman, sukan & sebagainya. Waktu malam pula, bolehlah pula ke City of Digital Light untuk melihat keindahan lampu neon warna-warni yang menghiasi landskap taman di sini & pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar untuk bergambar serta berswafoto bersama.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55218800 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ CityPark, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Taman Tema di I-City Shah Alam
Dibuka setiap hari
- 11.00 am – 12.00 am
2. Taman Botani Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Walaupun Shah Alam merupakan kawasan yang sangat pesat membangun, namun tidak bermakna hanya tarikan pelancongan yang moden sahaja yang terdapat di sini. Jika anda inginkan destinasi yang bakal membawa anda dari dimensi kesibukan metropolitan ke satu dimensi yang mendamaikan seperti di Taman Negara, cubalah berkunjung ke Taman Botani Shah Alam. Usah risau, destinasi ini tidak memerlukan anda memandu kenderaan 4×4 atau memandu jauh sehingga berjam-jam lamanya. Lokasinya hanya terletak di Seksyen 8, Shah Alam & hanya 3 km sahaja dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Taman Botani Shah Alam yang sangat luas ini mempunyai landskap taman yang sangat cantik & terjaga. Banyak tarikan yang menjadi sebahagian daripada landskap Taman Botani Shah Alam ini seperti taman bunga, tasik, taman kaktus, rumah iklim 4 musim, mini zoo & juga taman arnab. Penat berjalan kaki ? Usah khuatir, apa kata ajak anak-anak untuk sewa basikal & menerokai keindahan destinasi ini dengan cara yang lebih santai serta menyeronokkan. Jika anda kaki lensa kamera & inginkan tempat menarik di Shah Alam untuk photoshoot, cubalah terokai Taman Botani Shah Alam kerana banyak kawasan serta subjek menarik di sini yang boleh anda asah kemahiran landscape photography atau pun macro photography.
Destinasi ini juga mempunyai banyak kemudahan untuk pengunjung seperti laluan jalan kaki berturap, kemudahan penginapan, tempat berkhemah, kawasan rekreasi & sebagainya. Jika anda berhasrat menganjurkan program seperti hari keluarga atau pun team building di Shah Alam, cubalah pertimbangkan Taman Botani Shah Alam ini. Lebih menarik, ianya sangat berdekatan dengan salah satu tempat menarik di Selangor yang sangat popular di kalangan warga belia, iaitu SkyTrex Shah Alam yang menjanjikan aktiviti outdoor di hutan yang pasti memberikan ledakan adrenalin yang maksima untuk anda semua.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55107048 |Â Facebook |Â Website
- Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam
Waktu Operasi Taman Botani Shah Alam
#1 Waktu operasi bagi taman adalah seperti berikut :
- Selasa – Ahad
- 7.30 am – 5.00 pm
* Taman akan ditutup pada hari Isnin kecuali cuti sekolah atau kelepasan am
#2 Rumah Iklim Sederhana Empat Musim :
- 7.30 am – 4.30 pm
#3 Kaunter Bayaran :
- 7.30 am – 4.30 pm
#4 Bas :
- Selasa – Ahad :
- 7.30 am – 4.30 pm
- Jumaat :
- 7.30 am – 12.15 pm
Harga Tiket Taman Botani Shah Alam
#1 Cas Konservasi ( Wajib)
- Dewasa (12 -54 tahun):
- RM 3
- Kanak-Kanak (6-11 tahun):
- RM 1
- Warga Emas (55 tahun & keatas):
- RM 1
- Pelawat umur 6 tahun kebawah, anak-anak yatin & OKU: PERCUMA
#2 Cas Konservasi Rumah Iklim 4 musim
- Dewasa (12 keatas):
- Musim Salji: RM 5
- Musim lain: RM 3
- Kanak-Kanak (6-11 tahun):
- Musim Salji: RM 3
- Musim lain: RM 1
- Pelawat umur 6 tahun kebawah, anak-anak yatin & OKU: PERCUMA
#3 Cas Tempat Letak Kenderaan:
- Kereta /Van:
- RM 3
- Motosikal
- RM 1
- Bas / Lori
- RM 5
*Untuk kadar kemudahan & perkhidmtan lain, sila layari tbnsa.gov.my
3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Masjid yang sangat besar & sangat popular ini bukanlah satu destinasi yang asing di kalangan kita. Bahkan, anda semestinya sering melihat masjid ini di kaca tv terutamanya setiap kali masuk waktu solat bukan ? Alang-alang sudah sampai di Shah Alam, cubalah bawa keluarga melawat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini untuk melihat keunikannya. Paling teruja, melihat saiz kubah & ketinggian menara di Masjid Shah Alam ini yang pasti membuatkan anda terkesima. Tahukah anda, 4 menara masjid di sini adalah berketinggian 142.3 meter & ianya 32.3 meter lebih tinggi dari Menara Taming Sari di Melaka.
Ini meletakkan, menara Masjid Shah Alam ini sebagai menara masjid yang kedua paling tinggi di dunia selepas menara Masjid Hassan II di Negara Morocco. Jika nak tahu, Masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam ini juga merupakan masjid yang terbesar di Malaysia dengan kapisiti yang boleh memuatkan 24,000 jemaah pada satu-satu masa & jumlah ini adalah 9000 lebih banyak berbanding Masjid Negara di KL. Tidak hairanlah, dengan keindahan senibina & struktur bangunan masjid yang cukup mengagumkan, destinasi ini sering menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara.
Jika anda pertama kali ke sini, pasti akan terasa janggal ketika berada di tempat wudhu kerana menggunakan sistem paip air yang automatik. Dari dalamnya pula, anda boleh melihat kubah utamanya yang cukup besar & pasti membuatkan anda kagum dengan saiznya. Tidak hairanlah, kubah masjid ini juga dinobatkan sebagai kubah masjid yang terbesar di dunia dengan diameter 51.2 meter. Waktu malam, anda boleh lihat lampu di tengah-tengah kubah ini yang menerangi ruangan solat seluruh masjid. Satu masjid di Shah Alam yang semestinya perlu dimasukkan ke dalam agenda percutian anda di Shah Alam.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55238006 |Â Facebook |Â Website
- Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan.
4. WetWorld Water Park Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sebuah water park di Shah Alam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Wet World Water Park Shah Alam merupakan sebuah taman tema air yang telah menjadi salah satu tempat menarik di Shah Alam yang sangat popular sejak 21 tahun yang lalu. Jika anda bercuti di Shah Alam dengan anak-anak, bolehlah bawa mereka bersuka ria di sini kerana menempatkan pelbagai gelongsor air yang menarik. Rata-rata gelongsor air & kolam mandi di sini dibina khas untuk riadah kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun & jika anda inginkan gelongsor air yang membuatkan anda cemas, ini bukanlah taman tema air yang ideal.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa gelongsor air yang agak tinggi yang pasti membuatkan golongan remaja lebih teruja seperti Monsoon Buster & juga Super Hurricane. Kolam mandi di sini juga tidaklah terlalu dalam & kurang daripada 1 meter. Ini membuatkan anak-anak kecil boleh bergembira & bermain air dengan lebih selesa tanpa perlu rasa takut. Jika cuaca elok & orang tidak ramai, anda sebenarnya boleh habiskan mencuba segala permainan air di sini dalam setengah hari sahaja.
Lokasi Wet World Water Park Shah Alam juga sangat strategik & berdekatan dengan banyak tempat menarik di Shah Alam yang lain seperti Muzium Sultan Alam Shah, Taman Tasik Shah Alam, Kompleks Kesenian Islam Selangor & juga Laman Seni Shah Alam. Menginap di hotel berdekatan destinasi ini juga adalah satu keputusan yang bijak kerana dapat memudahkan anda menerokai tarikan pelancongan di Shah Alam & paling menarik, restoran-restoran popular untuk menjamu selera juga sangat banyak yang terletak di Seksyen 7 & Seksyen 9, Shah Alam.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55132020 |Â Facebook |Â Website
- Wet World Shah Alam, No.3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, Selangor Darul Ehsan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Wet World Water Park Shah Alam
- Dibuka setiap hari;
- 10.00 am – 6.00 pm
Ditutup pada Rabu, kecuali hari cuti umum & cuti sekolah
Harga Tiket Wet World Water Park Shah Alam
Warganegara (MyKad/MyKid)
- Dewasa (130 cm keatas):
- RM 37.00
- Kanak-Kanak ( 90 cm – 130 cm):
- RM 32.00
- Bayi;
- Percuma
Pelancong Luar
- Dewasa (130 cm keatas):
- RM 47.00
- Kanak-Kanak ( 90 cm – 130 cm):
- RM 42.00
- Bayi;
- Percuma
*kanak-kanak bawah 90 cm, PERCUMA
5. Skytrex Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika anda seorang yang berjiwa berani, apa kata cabar diri anda untuk menghabiskan laluan berhalang yang terdapat di Skytrex Shah Alam ini. Satu kepuasan pasti akan terpancar dari muka anda sebaik berjaya menawan setiap laluan berhalang di sini. Jangan dipandang enteng, cabaran laluan berhalang di sini bukannya di darat, tetapi hampir 99% adalah terletak di udara yang sangat tinggi. Memanjat, bergayut, berjalan itik & meniti titian di kawasan yang sangat tinggi ini pasti akan membuatkan sesiapa sahaja akan berdebar-debar.
Jika anda tidak yakin dengan stamina diri, usah bimbang kerana terdapat 3 laluan yang berbeza cabarannya. Untuk laluan yang paling mudah, sesiapa sahaja boleh mencubanya termasuk kanak-kanak. Jika anda inginkan kepuasan maksima, cubalah laluan Extreme Challenge yang pasti akan menagih kudrat & menguji daya tahan fizikal serta mental anda. Terkekang untuk lakukan aktiviti ini kerana isteri mengandung ? Jangan jadikan alasan, sementara anda habiskan cabaran di Skytrex Shah Alam, isteri anda & anak-anak boleh menghabiskan masa di Taman Botani Shah Alam yang sangat dekat sahaja.
Memandangkan lokasinya sangat strategik di tengah bandar Shah Alam, sangat disyorkan untuk anda mencubanya bersama rakan-rakan pada hujung minggu. Atau, mungkin boleh dijadikan aktiviti untuk memenuhi agenda hari keluarga syarikat atau pun team building syarikat di Shah Alam. Bagaimanapun, terdapat syarat untuk berat badan & ketinggian fizikal sekiranya anda ingin mencubanya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6019-2805679 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi SkyTrex Shah Alam
Selasa-Jumaat
- Pelepasan Pertama: 9.00 am
- Pelepasan Terakhir: 2.00 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
- Pelepasan Pertama: 8.30 am
- Pelepasan Terakhir: 3.00 pm
*Isnin tutup kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum yang terpilih
**semak perkembangan semasa waktu operasi di sosial media Skytrex.
1 . BIG THRILL
Jangka masa 1 jam 30 minit sehingga 2 jam
Slot Waktu Tempahan: 0900 – 1030 – 1200 – 1330 – 1500
Keperluan Pengunjung
- Minimum tinggi 140 cm .
- Berat Maksimum 100 kg.
- Kanak-kanak bawah 13 tahun mesti ditemani oleh penjaga/ibu bapa. 1 anak untuk 1 penjaga/ibu bapa
2 . EXTREME CHALLENGE
Jangka masa halangan untuk dihabiskan 2 jam
Slot Waktu Tempahan: 0830 – 1000 – 1130 – 1300 – 1430
Keperluan
- 16 tahun ke atas sahaja
- Peserta bawah 16 tahun wajib mendapat persetujuan ibu bapa/penjaga. Kena isi borang
- Sihat secara fizikal & kuat bahagian badan atas
- minimum 1400 cm & berat maksimum 100kg.
3 . LITTLE ADVENTURE
Jangkamasa siap halangan: 30 – 40 minit
Slot tempahan: 0900 (9am – 11am), 1130 (11.30am-1.30pm) & 1330 (1pm – 3pm).
Keperluan
- Minimum 110 cm tinggi
- Berat maksimum 100 kg. Peserta bawah 18 tahun perlu persetujuan ibubapa/penjaga. Kena isi borang
- Kanak-kanak bawah 8 tahun perlu kehadiran penjaga/ibu bapa. Maksimum 2 kanak-kanak untuk 1 ibu bapa/penjaga
- Penonton yang hanya lihat dari kawasan tanah tiada cas dikenakan
Harga Tiket SkyTrex Shah Alam
Little Adventure ( Beginner);
- Harga Biasa:
- RM 50
- Harga Atas Talian:
- RM 45
Big Trill ( Intermediate);
- Harga Biasa:
- RM 60
- Harga Atas Talian:
- RM 55
Extreme Challenge ( Advanced);
- Harga Biasa:
- RM 70
- Harga Atas Talian:
- RM 65
Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman rasmi.
6. Mudtrekkerz Paintball Park
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Seperti terungkap pada namanya, destinasi merupakan sebuah lapangan paintball yang sangat terkenal di Shah Alam. Jika anda bercuti di Shah Alam secara berkumpulan, cubalah ajak rakan-rakan bersuka ria di sini. Menariknya, Mudtrekkers Paintball Park mempunyai 5 konsep medan peperangan & susun atur landskap yang pasti memberikan anda cabaran serta keseronokan yang berbeza. Justeru, ini membuatkan suasana sekelilingnya lebih ‘hidup’ seperti di sebuah medan peperangan yang sebenar.
Tidak hairanlah, ramai organisasi yang menganjurkan program hari keluarga atau team building syarikat di Shah Alam akan memilih destinasi ini untuk mengisi agenda seharian. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti restoran, tempat bersalin pakaian & mempunyai ruangan parkir kereta yang mampu menampung 200 buah kenderaan pada satu-satu masa.
Walaupun suasana sekelilingnya seperti di kawasan pedalaman, anda jangan risau kerana ianya sangat mudah untuk diakses dengan kenderaan. Jaraknya hanya 9 km sahaja dari Airport Sultan Abdul Aziz Shah & walaupun tidak banyak pilihan penginapan yang berada berdekatan Mudtrekkerz Paintball Park, namun percayalah destinasi inilah tempat menarik di Shah Alam yang paling ideal untuk aktiviti paintball bersama rakan-rakan. Jika berhasrat anjurkan program di sini, pastikan anda buat tempahan awal-awal terutamanya pada waktu puncak seperti cuti sekolah kerana jadualnya sentiasa penuh.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6016-3231144 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Mudtrekkerz Paintball Park, Jalan Hijau Serindit U9/68, Syksyen U9,, Cahaya SPK, Shah Alam, 40150, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi Mudtrekkerz Paintball Park Selangor
- Selasa:
- Tutup
- Weekdays:
- 9 pm – 5 pm
- Weekends / Public Holidays:
- 9 am – 5 pm
Kadar Bayaran Mudtrekkerz Paintball Park Selangor
- Base Package ( 100 pellets)
- RM 85 per pax
- Scavenger Package
- RM 95 per pax
- Geronimo Package
- RM 135 per pax
- Gatling Gun Package
- RM 195Â per pax
Kesemua pakej didatangkan dengan marker, safety goggles & chest protector
Tambahan Paintball Pellets RM 280 per box of 2000, RM 80 per bag of 500
Kadar sewa Marker, Mask & Chest Protector (no pellets) RM65.00 per set
Untuk aktiviti berkumpulan, sila berhubung dengan staf.
Khas untuk pelajar- dapatkan harga istimewa (perlukan kad pelajar)
7. Kilang Roti Gardenia
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bercadang untuk adakan lawatan sambil belajar di Shah Alam ? Jika ya, apa kata pertimbangkan Kilang Roti Gardenia yang terletak di Seksyen 26 ini untuk dijadikan destinasi lawatan anda. Walaupun destinasi ini merupakan sebuah kilang, ianya dibuka untuk lawatan umum untuk melihat sendiri bagaimana suasana kilang & proses pembuatan roti jenama nombor 1 di Malaysia, iaitu Gardenia. Bayaran ? Usah risau, destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik di Shah Alam yang percuma untuk dilawati & malah, pengunjung juga berpeluang mendapat ole-ole berupa roti & produk Gardenia yang lain. Menarik bukan ?
Selain melihat fasiliti canggih di kilang ini, anda juga berpeluang belajar tentang sejarah & ilmu-ilmu pembuatan roti yang mungkin berguna untuk pengetahuan am individu atau pelajar. Antaranya, terdapat ruangan yang mempamerkan informasi berkenaan teknologi lama & teknologi baru dalam dunia pembuatan roti serta cara-cara pemilihan tepung gandum yang ideal untuk membuat roti yang berkualiti.
Jika anda seorang suri rumah yang mungkin bercita-cita memiliki bisnes bakery satu hari nanti, sangat disyorkan untuk mencari inspirasi anda di sini. Pengalaman masuk ke kilang ini & melihat production line yang menghasilkan roti pasti akan menjadi satu aktiviti yang bermanfaat untuk pelajar-pelajar & anak-anak anda. Jika anda seorang guru & berhasrat ke sini dalam kumpulan yang besar, hanya perlu buat temujanji sahaja dengan pihak pengurusan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-51916130 |Â Facebook |Â Website
- 35, Persiaran Sabak Bernam, Hicom Industrial Estate, 40400 Shah Alam, Selangor
Slot Masa Lawatan Kilang Roti Gardenia Shah Alam
- Isnin hingga Jumaat;
- 9:00 pagi, 11:00 pagi, 2:00 petang dan 3:00 petang
- Sabtu;
- 9:00 pagi & 10:00 pagi
*Tempoh Lawatan di Kilang : Anggaran 1 ½ jam
Harga Tiket Kilang Roti Gardenia Shah Alam
- PERCUMA namun perlu buat tempahan slot
- Untuk tempahan sila hubungi
- 03-5191 6130
- sambungan 128, 130 atau 131
8. City Karting Enterprise
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Adakah anda seorang berjiwa racer sejati ? Jika kelajuan di atas jalanraya merupakan ‘makanan kegemaran’ anda, apa kata cabar diri anda untuk membawa go-kart di sini pula & berlumba bersama rakan-rakan dengan penuh gaya seperti di televisyen. City Karting Enterprise merupakan destinasi menarik di Shah Alam yang paling ideal sekiranya anda ingin mencuba sukan permotoran go-kart. Litar berturap yang mempunyai 15 selekoh menarik ini pasti akan membuatkan pelancong berjiwa racer seperti anda tersenyum gembira ketika ‘layan lap’.
Tidak ada pengalaman ? Usah dirisaukan. Benda boleh setel. Destinasi ini menawarkan pelbagai pakej menarik sama ada untuk pengunjung yang amatur mahu pun yang sudah profesional. Malah, terdapat juga jentera go-kart di sini yang mempunyai 2 tempat duduk yang boleh anda bawa anak-anak berusia 4-12 tahun merasai pengalaman hebat di sini. Jika anda anda ingin anjurkan perlumbaan hujung minggu bersama rakan-rakan, perlu minimum 10 orang perserta. Berlumba dengan atur cara profesional & penyampaian hadiah di podium penuh gaya, pasti akan mengisi hari hujung minggu anda bersama rakan-rakan dengan satu pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan.
Lokasi litar go-kart ini hanyalah terletak bersebelahan sahaja dengan Stadium Shah Alam, di Seksyen 13. Lokasinya mudah diakses, ruangan parkir kereta pun luas & jentera go-kart untuk disewa juga terdiri daripada pelbagai spesifikasi menarik. Satu aktiviti menarik di Shah Alam yang sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang pengalaman & jumlah peserta yang ingin mencubanya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55125868 |Â Facebook |Â Website
- City Karting (Shah Alam) Sdn Bhd, Litar Go-kart Shah Alam, Car Park Western 5, Shah Alam Stadium, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Litar Go-Kart Shah Alam
- Isnin-Jumaat: 10 am – 7 pm
- Sabtu-Ahad: 9.30 am – 7.00 pm
Harga Sukan Go-Kart di Litar Go-Kart Shah Alam
- Double Seater Kart
- RM 50 / kart /session (10 minit)
- Cadet Kart
- RM 40 / kart /session (10 minit)
- Regular Kart
- RM 40 / kart /session (10 minit)
- Pro Kart
- RM 80 / kart /session (10 minit)
- 125cc Kart
- RM 120 / kart /session (10 minit)
9. Muzium Sultan Alam Shah
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika ingin menerokai sejarah & warisan kesenian sesebuah negeri, destinasi sebegini adalah tempat yang paling ideal untuk diterokai. Muzium Negeri Selangor yang turut dikenali sebagai Muzium Sultan Alam Shah ini terletak di Seksyen 14 & juga berdekatan dengan beberapa tarikan pelancongan di Shah Alam yang lain seperti Wet World Water Park Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin & sebagainya. Alang-alang makan angin di Shah Alam, sangat disyorkan untuk anda bawa anak-anak berkunjung ke muzium ini, sekali gus dapat memperkasakan ilmu sejarah di dalam dada mereka yang sangat penting untuk pelajaran di sekolah.
Jika nak tahu, Muzium Negeri Selangor atau Muzium Sultan Alam Shah ini dinamakan sempena nama Sultan Selangor yang ke 7, iaitu Sultan Hisamuddin Alam Shah. Di sini anda boleh melihat lebih 4000 koleksi artifak bersejarah yang menjadi khazanah warisan negeri Selangor & ditempatkan di beberapa zon berbeza seperti Balai Kebudayaan, Balai Sejarah, Balai Warisan Alam Semulajadi, Balai Sukan & juga Balai Islam.
Memandangkan muzium ini sangat besar maka banyak masa yang boleh dihabiskan ketika melihat kesemua bahan pameran di sini. Tidak hairanlah, setiap kali cuti sekolah, muzium ini sering dijadikan tempat lawatan pertama oleh institusi sekolah sebelum menerokai tempat menarik di Selangor yang lain kerana dapat memberi pendedahan awal secara menyeluruh berkenaan Negeri Selangor dari sudut sejarah kebudayaan, kesenian, bahasa, agama, undang-undang & sebagainya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55190050 |Â Website
- Muzium Shah Alam, Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Muzium Sultan Alam Shah
- Dibuka setiap hari
- 10.00 am – 5.30 pm
Harga Tiket Muzium Sultan Alam Shah
- Percuma
10. Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Terletak di Kolej Restu, Seksyen 10 & merupakan sebuah kompleks yang memaparkan pelbagai bahan pameran visual berkaitan sejarah & kesenian berkonsepkan Islamik. Jika anda pencinta kesenian & tulisan khat, destinasi ini pasti membuatkan masa 2 jam berlalu begitu pantas. Banyak bahan pameran yang sangat indah seninya yang pasti membuatkan setiap pengunjung kagum.
Lebih menarik, di sini juga terdapat ruangan pameran yang berkongsi sejarah, sirah atau pun kronologi perkembangan dakwah oleh Nabi Muhammad S.A.W. Banyak pengisian ilmu yang setiap pengunjung boleh pelajari di sini dalam mendekatkan diri dengan Agama Islam dari perspektif yang berbeza. Selain itu, konsep bahan pameran kesenian Islamik di sini juga sangat bervariasi pendekatannya. Ada yang berbentuk lukisan 3D, seni ukiran, tulisan khat & juga motif hiasan yang pasti akan memberikan anda banyak ilmu baru berkenaan asal usul & salasilahnya.
Tarikan interaktif yang ada di sini juga sangat kreatif. Contohnya, pameran diorama mini yang berkisahkan peristiwa penting dalam sejarah Islam seperti Perang Badar pasti akan membuatkan anak-anak lebih berminat untuk pelajari. Bagi umat Islam, melihat pameran di sini seperti mushaf Al-Quran tulisan tangan & saiz maqam sebenar Nabi Ibrahim, pasti akan memberi kesan yang sangat mendalam dalam jiwa setiap insan yang ber’roh’kan muslim sejati. Jika anda pernah ke Mekah tetapi tidak berpeluang berkunjung ke Gua Hira’, usah risau, boleh ‘ambil feel’ di replika Gua Hira’ yang terdapat di sini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55119001 |Â Facebook |Â Website
- 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa
- Selasa-Ahad
- 9.30 am – 5.00 pm
- Isnin
- Tutup
Harga Tiket Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa
- Dewasa:
- RM 25
- Kanak-Kanak:
- RM 15
11. Perpustakaan Raja Tun Uda
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sebuah perpustakaan awam 6 tingkat yang sangat terkenal di Shah Alam atas beberapa faktor. Pertama, kerana pilihan bahan bacaan yang sangat banyak sehingga ratusan ribu bilangannya. Kedua kerana fasilitinya yang sangat moden & terkini. Ketiga, kerana suasana sekelilingnya yang sangat mendamaikan yang terletak berhadapan tasik yang sangat saujana mata memandang. Malah, jika anda mencari tempat untuk adakan diskusi tertutup bersama rakan sepejabat, di sini juga ada sediakan sewaan bilik mesyuarat yang lengkap dengan segala kemudahan.
Puas membaca buku & rasa ‘lemau’ satu badan ? Apa kata anda bersenam pula di gym yang terdapat di sini atau pun makan-makan di kafe berdekatan. Jika anda ulat buku, destinasi ini pasti memberikan anda satu pengalaman yang luar biasa berbanding perpustakaan lain di Malaysia. Tidak hairanlah, setiap hujung minggu pasti ramai warga Shah Alam yang datang berkunjung ke sini bersama rakan-rakan & juga anak-anak untuk mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah atau pun untuk tujuan ulang kaji pelajaran.
Jika anda bercuti di Shah Alam, bawalah anak-anak ke sini untuk melazimi mereka supaya selalu berkunjung ke perpustakaan. Di samping melihat keindahan landskap taman sekeliling & juga bersiar-siar di tasik berdekatan, dapatlah juga anda sebagai ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi generasi yang suka membaca. Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnnya. Akses ke Perpustakaan Raja Tun Uda juga mudah, tetapi agak jauh untuk berjalan kaki dari kawasan parkir kereta. Namun, jangan bimbang. Jika malas jalan kaki, terdapat servis tram pengunjung dengan bayaran yang sangat minimal.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55197667 |Â Facebook |Â Website
- Perpustakaan Raja Tun Uda , Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Perpustakaan Raja Tun Uda
- Isnin
- 10 am – 7 pm
- Selasa-Jumaat
- 9.30 am – 7.00 pm
- Sabtu-Ahad
- 9.30 am – 10.00 pm
*ditutup pada cuti am & cuti khas
- Masuk percuma
- Untuk sewaan bilik seminar & dewan, sila layari website destinasi ini.
12. Uptown Shah Alam Seksyen 24
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Juga dikenali sebagai Pasar Muhibbah tetapi lebih popular dipanggil Uptown Shah Alam Seksyen 24. Jika anda mencari tempat menarik di Shah Alam waktu malam untuk aktiviti makan-makan, membeli belah & lepak-lepak, sangat disyorkan untuk berkunjung ke destinasi ini. Menempatkan lebih 400 buah kedai atau bazar yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk aktiviti beli belah.
Terdapat pelbagai kategori barangan yang dijual oleh peniaga sama ada barangan harian, pakaian, aksesori wanita, jam & sebagainya. Jika lapar, terokai sahaja medan selera di sini yang menempatkan puluhan peniaga yang menjual aneka menu makanan baik citarasa tempatan atau pun western food. Pendek cerita, destinasi berkonsepkan uptown atau pasar malam sebegini pasti membolehkan anda menghabiskan masa pada waktu malam dengan banyak aktiviti menarik.
Cabaran ke sini hanyalah satu, iaitu parkir kereta. Ruangan parkir kereta di Uptown Shah Alam ini sangat terhad terutamanya pada waktu puncak yang kadang-kadang boleh buat ‘potong mood’. Bagaimanapun, jika anda mencari pasar malam di Shah Alam yang menarik & beroperasi sehingga 3 pagi, ini adalah destinasi yang disyorkan. Kesimpulannnya, 1 destinasi dengan 3 aktiviti sekali gus iaitu aktiviti ‘jalan jalan cari makan’, membeli belah & ‘cuci mata’.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Uptown Shah Alam PKNS, Komplex Muhibbah, Persiaran Sultan, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Uptown Shah AlamÂ
- Dibuka setiap hari
- 8.30 pm – 3.00 am
- Percuma ( destinasi pasar malam)
13. WaterWorld I-City
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Merupakan sebahagian daripada tarikan yang terdapat di I-City Shah Alam. Taman tema air ini sangat ideal untuk anda seisi keluarga berkunjung untuk masa riang ria anak-anak kerana terdapat kolam mandi manda & gelongsor air yang menarik seperti Ultimate Tornado Slide. Gelongsor air ini merupakan tarikan utama di Water Park I-City Shah Alam kerana ianya berketinggian 7 tingkat bangunan & mempunyai kawasan berpusaran vortex yang pasti memberikan kepuasan tidak terhingga kepada anak-anak anda.
Bagi yang takut mencubanya, jangan khuatir kerana terdapat gelongsor-gelongsor air lain yang lebih santai & tidaklah terlalu curam. Di bahagian wave pool juga tidak kurang menariknya untuk anda sekeluarga bermain air & ombak buatan yang pasti membuatkan anak-anak penat bagaikan mandi manda di pantai. Memandangkan taman tema air ini baru beroperasi beberapa tahun yang lepas, maka segala fasiliti di sini juga masih dalam keadaan terjaga & lebih baru berbanding water park di Shah Alam yang lain.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6017-2075987 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- WaterWorld I-City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi WaterWorld I-City Shah Alam
- Isnin, Rabu-Jumaat
- 11 am – 7 pm
- Sabtu, Ahad & Cuti Umum
- 10 am – 7 pm
- Cuti Sekolah (Isnin-Ahad)
- 10 am – 7 pm
* Selasa tutup kecuali cuti umum & cuti sekolah.
Harga Tiket WaterWorld I-City Shah Alam
#1 Pelancong tempatan (Mykad/MyKid)
- Dewasa:
- RM 30
- Kanak-Kanak:
- RM 25
#1 Pelancong asing
- Dewasa:
- RM 40
- Kanak-Kanak:
- RM 35
14. Pusat Akuatik Darul Ehsan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Kolam renang ini bukan sahaja menjadi venue untuk acara pertandingan sukan profesional pelbagai peringkat, malah turut dibuka awam untuk dijadikan sebagai destinasi riadah dengan aktiviti berenang. Pusat Akuatik Darul Ehsan menempatkan 2 kolam tertutup yang bersaiz olimpik & juga terdapat kolam renang untuk kanak-kanak. Jika hari hujan ketika melancong ke Selangor & membataskan niat asal untuk mandi manda di water park lain yang terbuka, bolehlah jadikan destinasi ini sebagai alternatif pilihan.
Dengan bayaran masuk yang sangat murah berbanding water park lain, Pusat Akuatik Darul Ehsan sangat ideal untuk dijadikan destinasi mandi manda seisi keluarga. Segala kemudahan tersedia untuk pengunjung seperti tempat bersalin, locker, ruangan makan, surau, tempat mandi berlainan jantina & sebagainya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55198133 |Â Facebook |Â Website
- Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
- ​9.00 pagi – 11.15 pagi
- ​12.00 pagi – 2.15 petang
- 3.00 petang – 5.15 petang
- ​6.00 peta​ng​ – 8.15​ malam
Selasa-Jumaat
- Kolam Terbuka
- Dewasa: RM 3.20
- Kana-Kanak: RM 2.10
- Kolam Tertutup
- Dewasa: RM 4.20
- Kana-Kanak: RM 3.20
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
- Kolam Terbuka
- Dewasa: RM 3.70
- Kana-Kanak: RM 2.60
- Kolam Tertutup
- Dewasa: RM 4.70
- Kana-Kanak: RM 3.70
15. Taman Sukan Lasak Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Anda penggemar sukan lasak ? Apa kata beriadah di Taman Sukan Lasak Shah Alam atau juga dikenali sebagai Shah Alam Extreme Park. Destinasi ini merupakan tempat yang dibuka umum untuk memudahkan belia remaja melakukan aktiviti seperti bermain paintball, wall climbing, skateboard, BMX ride, roller blade & sebagainya. Lapangan & cerun konkrit yang dibina untuk skateboarding atau BMX riding juga agak mencabar & sangat ideal untuk anda uji kemahiran diri.
Jika anda ada anak-anak yang mempunyai hobi sukan lasak sebegini, bolehlah bawa mereka ke sini waktu petang untuk mengisi masa lapang. Selain itu, terdapat juga gelanggang futsal tertutup yang boleh disewa oleh sesiapa sahaja. Jika anda hadiri seminar syarikat bersama rakan-rakan di hotel sekitar Shah Alam, bolehlah datang ke sini untuk bersuka ria dengan aktiviti yang menyihatkan pada waktu petang atau malam. Sudah penat bermain, bolehlah makan-makan di fast food restaurant seperti KFC, Burger King & Pizaa Hut yang terletak bersebelahan sahaja dengan Extreme Park Shah Alam ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-2878787 |Â Facebook |Â Website
- Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Extreme Park Shah Alam
- 9 am – 7 pm
Waktu Operasi Extreme Park Shah Alam
- Percuma
- Untuk kadar sewa gelanggang futsal, semak di website destinasi ini.
16. Denai Alam Riding & Recreational Club ( DARC )
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika anda bercuti di Shah Alam dalam tempoh yang agak lama, apa kata ambil peluang untuk belajar sukan menunggang kuda. Tidak banyak destinasi di Malaysia yang menawarkan sukan menunggang kuda secara komprehensif & ianya sangat sesuai untuk sesiapa sahaja mencubanya walaupun tiada pengalaman. DARC merupakan sebuah kelab menunggang kuda yang mempunyai kemudahan yang lengkap untuk mereka yang ingin merasai pengalaman menunggang kuda seperti lapangan berpagar, trek berhalangan, arena untuk kuda melompat & sebagainya.
Pendek cerita, sama ada anda ingin belajar kuda untuk kemahiran asas sahaja atau menjadi seorang penunggang kuda profesional, destinasi ini boleh realisasikan impian anda. Setiap sesi latihan juga akan diajar oleh tenaga pengajar profesional & harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi jika dilihat dari segi kualiti kemudahan serta baka kuda yang bakal anda menunggang. Jika anda mempunyai anak-anak yang ingin merasai pengalaman mendekati atau menunggang kuda, bolehlah bawa mereka ke sini pada cuti sekolah atau hujung minggu.
Di sini juga terdapat kemudahan sukan lain seperti track motorcross, gym, lapangan memanah dan juga kolam renang. Manalah tahu, jika anda menganjurkan team building di Shah Alam, bolehlah pertimbangkan untuk penuhi agenda program anda dengan aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di sini. Selain itu, terdapat juga ladang arnab yang sesuai untuk anda bawa anak-anak kecil mengenali haiwan jinak ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6010-2402606 |Â Facebook |Â Website
- No 1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16, Denai Alam, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
- Selasa-Ahad
- 8 am – 5 pm
- Isnin tutup
Horse Riding Package;
- RM 210 untuk 6 sesi pada weekday
- RM 240 untuk 6 sesi pada weekend
17. Laman Seni 7 Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi ini menempatkan kesenian jalanan yang konsepnya seperti Penang Street Art di Pulau Pinang. Jika anda suka melihat keunikan & kreativiti hasil seni seperti mural, ilustrasi 3D atau pun motif abstrak, cubalah berkunjung ke Laman Seni 7 yang terletak di Seksyen 7 , Shah Alam & berdekatan sahaja dengan I-City Shah Alam. Terdapat banyak koleksi mural-mural kreatif di dinding bangunan di lorong-lorong ini yang dihasilkan oleh artis-artis terkenal tanahair.
Setiap mural atau hasil seni di sini mempunyai maknanya yang tersendiri & anda boleh lihat pada informasi yang dipaparkan di sini berkenaan temanya serta nama pelukisnya. Kisah-kisah muralnya di sini kebanyakannya berkaitan dengan alam semulajadi, kesenian tempatan, flora & juga peristiwa bersejarah yang simbolik dengan Malaysia seperti kehilangan MH370. Jika anda seorang kaki lensa kamera, sangat disyorkan untuk bergambar & berswafoto di Laman Seni 7 ini untuk dijadikan sebagai kenangan percutian di Shah Alam seisi keluarga.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Laman Seni 7 Shah Alam
- Tidak dikhususkan ( destinasi terbuka)
Waktu Operasi Laman Seni 7 Shah Alam
- Percuma ( destinasi terbuka)
18. Dataran Kemerdekaan Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Dataran yang sering menjadi lokasi sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun di Shah Alam. Terletak berdekatan dengan landmark seperti Wisma MBSA dan Pusat Informasi Pelancong. Kawasan ini sering menjadi tempat santai-santai warga setempat terutamanya pada hujung minggu. Di sekitar dataran ini juga terdapat beberapa kompleks membeli belah, kedai-kedai makan, bistro, tasik & taman-taman rekreasi yang cantik.
Jika anda suka berfoto, di sini juga mempunyai beberapa replika ikonik seperti I Love Shah Alam yang boleh anda bergambar & berswafoto untuk dijadikan kenangan percutian peribadi anda di sini. Memandangkan kawasan ini merupakan padang yang besar & terdapat laluan jalan kaki berbata, setiap pagi atau petang terutamanya pada hujung minggu, ramai warga setempat yang datang riadah bersama keluarga, jogging & tidak kurang juga sekadar bersiar-siar untuk merakam gambar landskap.
Pada setiap bulan Ramadhan, sekitar dataran ini juga menjadi lokasi untuk warga setempat berbuka puasa secara berkelah ramai-ramai. Jika berkebetulan anda bercuti di Shah Alam pada bulan puasa, bolehlah membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan berdekatan & datang ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini untuk berbuka puasa secara berpiknik. Sesudah berbuka puasa, bolehlah pula solat Maghrib & Terawih secara berjemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang hanya 300 meter sahaja dari dataran ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
- Tidak dikhususkan ( dataran awam terbuka)
- Percuma ( dataran awam terbuka)
19. Galeri Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi yang sangat popular di kalangan peminat seni tempatan yang ingin melihat hasil karya seni sama ada dari dalam negara atau luar negara. Galeri yang terletak bersebelahan sahaja dengan Taman Tasik Shah Alam ini sangat ideal untuk anda berkunjung & melihat pelbagai pameran yang rata-ratanya mengetengahkan lukisan menarik yang pelbagai temanya. Ada yang berbentuk tradisional, abstrak & terdapat juga persembahan yang lebih moden seperti kesenian digital.
Selain itu, Galeri Shah Alam sering menjadi destinasi ideal untuk pelukis/artis dalam atau luar negara mempamer hasil karya masing-masing yang berlangsung pada waktu-waktu tertentu sahaja. Jika anda berhasrat ke sini, sila semak website rasmi Galeri Shah Alam untuk mengetahui pameran-pameran menarik yang terkini, termasuk dengan harga lawatannya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55105344 |Â Website
- Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Galeri Shah Alam
- Isnin – Ahad
- 9 am – 6 pm
- Cuti Umum (Tutup)
Harga Tiket Galeri Shah Alam
- Masuk percuma
- Semak website untuk pameran khas terkini & bayarannya.
20. Taman Tasik Shah Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Taman Tasik Shah Alam ini yang terletak di sepanjang Jalan Dato Menteri & Jalan Persiaran Masjid boleh dilabelkan sebagai taman rekreasi awam di Shah Alam yang paling popular. Destinasi ini sering menjadi kunjungan warga setempat & pelancong untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang sinonim dengan ‘taman bertasik’ seperti jogging, riadah, bergambar & sebagainya. Landskap Taman Tasik Shah Alam ini yang mempunyai tasik yang luas & kemudahan pengunjung yang bagus sangat disyorkan untuk anda lawati.
Jika anda mencari tempat menarik di Shah Alam untuk photography landskap, cubalah datang ke sini pada waktu petang untuk merakam gambar ketika langit barat dilimpahi cahaya jingga mentari, pasti akan menghasilkan foto menarik & memukau. Subjek-subjek menarik di sini seperti pokok-pokok besar, bunga-bunga, tasik hijau, bangunan ikonik & Masjid Shah Alam, pasti akan memberi anda banyak idea untuk manipulasi gambar anda mengikut kreativiti masing-masing.
Bagi yang berkeluarga pula, usah risau, terdapat playground yang agak besar serta sesuai untuk anak-anak anda bersuka ria. Jika sukakan aktiviti di air, cubalah berkayak bersama pasangan untuk menikmati suasana sekeliling yang indah dari perspektif yang berbeza. Taman Tasik Shah Alam juga sering menjadi lokasi untuk acara tahunan seperti Pameran Orkid Selangor & Pertunjukan Bot Antarabangsa.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi Taman Tasik Shah Alam
- Tidak dikhususkan ( taman rekreasi awam terbuka)
- Percuma ( taman rekreasi awam terbuka)
21. Taman Lembah Bukit S.U.K
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sebuah taman rekreasi yang juga tidak kurang popularnya di kalangan warga Shah Alam untuk melakukan aktiviti riadah dan jogging pada waktu pagi mahu pun petang. Terdapat kemudahan seperti laluan jalan kaki berbata, tandas awam dan lokasi bbq. Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam ini tidaklah sebesar Taman Tasik Shah Alam tetapi suasananya sangat mendamaikan. Di sini juga terdapat kolam kecil yang mempunyai taburan pokok-pokok bunga teratai yang sangat cantik untuk anda bergambar atau berswafoto.
Suasana di Taman Lembah Bukit SUK ini terasa lebih ‘pedalaman’ berbanding Taman Tasik Shah Alam kerana suasana sekelilingnya yang lebih banyak rimbunan pokok-pokok besar yang hijau. Tidak hairanlah, ramai raja sehari setempat yang memilih destinasi ini sebagai lokasi wedding photoshoot & foto yang dihasilkan di sini pasti akan membuatkan orang sangkakan yang ianya dihasilkan di sebuah kawasan perkampungan yang jauh dari hiruk pikuk kota. Jika anda inginkan taman rekreasi di Shah Alam yang lebih senyap & lebih terasa ‘pedalaman’, cubalah ke sini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
- Tidak dikhususkan ( taman rekreasi awam terbuka)
- Percuma ( taman rekreasi awam terbuka)
22. Setia Alam Community Trail Head
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika meredah hutan & mendaki bukit adalah aktiviti feveret anda, apa kata kali ini mencuba denai laluan di Setia Alam Community Taril Head pula. Siapa sangka, di sebalik kemodenan Setia Alam yang gah dengan taman perumahan yang terancang, masih ada destinasi menarik yang boleh anda lakukan aktiviti pendakian di kawasan yang kaya dengan alam semulajadi sebegini. Lokasinya mungkin agak jauh sedikit dari Pusat Bandaraya Shah Alam sekitar 18-20 km, namun akses ke lokasi permulaan pendakian adalah sangat mudah melalui jalan raya.
Cabaran ke puncak bukit di sini tidaklah terlalu ekstrem & sangat sesuai untuk mereka yang masih berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian bukit. Ketinggian puncak hanya sekitar 210 m sahaja & mengambil masa antara 20-35 minit sahaja bergantung ke pada trail yang ada pilih. Mana-mana trail yang dipilih, jarak perjalanan & cabarannya tidaklah terlalu ketara perbezaannya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
- Tidak dikhususkan ( pagi-petang)
- Percuma
23. Pasar Malam Setia Alam
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika anda menginap di hotel sekitar Setia Alam seperti di Setia Inn, Newtown Star Hotel atau pun di homestay pada hujung minggu, apa kata terokai Pasar Malam Setia Alam yang merupakan antara destinasi pasar malam terpanjang di Malaysia. Jika anda seorang pelancong yang kaki makan, destinasi ini pasti membuatkan anda tersenyum gembira kerana begitu banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai street food yang sedap & murah harganya. Uniknya, rata-rata peniaga di sini juga terdiri daripada pelbagai kaum tempatan.
Selain makanan, terdapat juga pelbagai produk jualan lain seperti pakaian, aksesori lelaki & sebagainya. Pada dasarnya, produk-produk jualan di sini adalah sinonim dengan destinasi pasar malam yang pasti anda sudah tahu pilihan kategorinya. Jika pilihan makanan di Pasar Malam Setia Alam ini tidak ada yang berkenan di hati, usah risau, berdekatannya juga terdapat banyak restoran-restoran menarik untuk anda makan malam seperti di Restoran MK Fatimah, Restoran Sri Melur Jaya atau pun fast food restaurant seperti KFC, Mc’Donalds & sebagainya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
- Sabtu
- 6 pm -12 am
- Percuma ( destinasi pasar malam)
24. Taman Rekreasi Alam Megah
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sebuah kawasan rekreasi yang menjadi tempat riadah untuk warga setempat & terletak di antara One City & juga Kota Kemuning. Jika anda menginap di mana-mana hotel di salah satu dua destinasi ini, bolehlah datang ke Taman Rekreasi Alam Megah untuk menghirup udara segar, jogging dan bersiar siar di waktu pagi mahu pun petang.
Pelbagai kemudahan yang ada di sini untuk pengunjung seperti taman permainan kanak-kanak, wakaf rehat, tasik, tempat letak kereta dan juga restoran. Satu tempat yang menenangkan untuk anda rehatkan fikiran di waktu petang bersama anak-anak selepas seharian penat berjalan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor
- Tidak dikhususkan ( taman rekreasi awam)
- Percuma
25. Shah Alam Royal Theater
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Merupakan sebuah auditorium dan panggung teater yang terletak di Jalan Persidangan, Shah Alam & hanya bersebelahan dengan Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Tahukan anda, ianya dibina dengan kos sebanyak RM 43 juta & siap secara rasminya pada Julai 2008. Kompleks bangunan 6 tingkat ini direka dengan menerapkan gaya seni bina moden antara Melayu-Bugis & ianya diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.
Di dalam teater yang canggih ini menempatkan 800 tempat duduk penonton, mempunyai teknologi bunyi dan sistem pencahayaan yang berteknologi terkini. Jika anda berhasrat menonton persembahan yang berbentuk kebudayaan, konsert & tarian, bolehlah mengikuti jadual-jadual persembahan yang terdapat di destinasi ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-55105133
- Jalan Persidangan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
- Tidak dikhususkan ( lihat jadual persembahan)
- Tidak dikhususkan ( bergantung kepada persembahan)
26. Tugu Peringatan Negeri Selangor
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan Tugu Negara, di Selangor pula terkenal dengan Tugu Peringatan Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai State Memorial Monument. Konsep tarikan di sini sebenarnya sama di Tugu Negara di KL di mana terdapat binaan monumen peringatan di dalam satu landskap kawasan yang cantik, tersusun & dikelilingi dengan keindahan taman.
Tugu Peringatan Negeri Selangor ini dibina bertujuan untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan Selangor yang pernah berkorban nyawa dalam mempertahankan kebebasan, kemakmuran & juga kedaulatan Negeri Selangor. Senarai nama pejuang-pejuang turut boleh anda jumpai berdekatan dengan tugu ini. Jika berkebetulan anda sedang rekreasi petang bersama keluarga di taman rekreasi bersebelahannya iaitu Taman Lembah Bukit SUK, bolehlah singgah di sini sebentar untuk bergambar di Tugu Peringatan Negeri Selangor ini.
Tugu ini mempunyai ketinggian 120 kaki & diperbuat daripada mosaic berwarna putih. Binaan puncak tugu yang berkubahkan senibina Parsi ini sangat unik bentuknya & mempunyai 4 tiang utama yang mempunyai ukiran yang cantik. Selain itu, hiasan geometri lantai granitnya juga membangkitkan lagi suasana sekelilingnya yang tampak sangat elegan serta menarik. Terdapat juga kolam air pancut yang terletak di sekeliling tugu peringatan ini yang menjadi sebahagian landskap taman ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Tugu Peringatan Negeri Selangor, Pesiaran Sultan, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
- Tidak dikhususkan ( destinasi mercu tanda terbuka)
- Percuma
Tempat Makan Menarik di Shah Alam
Alang-alang sudah makan angin di Shah Alam ini, lengkapkan perjalanan anda dengan aktiviti ‘jalan jalan cari makan’ di restoran popular di sini. Ini 30 tempat makan menarik di Shah Alam yang popular & mungkin berguna untuk anda memilih destinasi yang menghidangkan menu makanan yang ideal dengan citarasa anda.
Tempat Penginapan Menarik di Shah Alam
Pilihan penginapan di Shah Alam mungkin tidak sebanyak di Kuala Lumpur, namun masih ada pilihan yang strategik & berdekatan dengan tempat menarik di Shah Alam seperti di atas. Anda sebenarnya boleh menginap di mana-mana hotel atau homestay sekitar kawasan Shah Alam seperti di Subang Jaya atau Petaling Jaya. Jaraknya juga tidaklah jauh sangat.
Akhir kata, semoga perkongsian 25+ destinasi percutian & aktiviti menarik di Shah Alam seperti di atas akan memberikan anda 1001 idea untuk merancang perjalanan anda ke sini. Selamat cuti cuti Malaysia di Shah Alam, Selangor. Wassalam.
Ada beberapa tempat lagi yang belum saya kunjungi di Shah Alam ni.
saya dok bukit jelutong…penah try kedai mak ngah sekali..rasa masakan dia average saja..pulut panggang dia je yang ok..
Wah… Perkongsian yang sangat menarik! Terima kasih atas info. Walaupun sudah empat tahun di Shah Alam, masih ada dua tempat di dalam senarai ni yang masih belum saya kunjungi. :-)
kalau nak berjalan2 di shah alam bersama keluarga, perlu plan budget perbelanjaan seperti makan minum, tempat tinggal (homestay/guest house/ rest house), minyak, tol dan sebagainya…
kalau macam nie..puas hati kalau melawat shah alam..target nak ke situ apabila dah ada bajet nie
banyak tempat yg best di shah alam..paling best byk tempat makan yg unik2 di sini..