57+ Tempat Menarik di Sabah Yang POPULAR Untuk Pelancong Bercuti

Isi Kandungan

Negeri Sabah memang cukup terkenal dengan tempat pelancongan yang kaya dengan tarikan alam semulajadi terutamanya di pulau-pulau, pusat penjagaan hidupan liar & kawasan taman negara yang menjanjikan keindahan hutan belantara Borneo yang sangat mengujakan. Bahkan ada sesetengah tempat menarik di Sabah yang popular sebenarnya hanya ada di sini & tiada seumpamanya di Semenanjung Malaysia.

Senarai destinasi pelancongan di Sabah di bawah ini merupakan majoriti yang paling popular dan paling berbaloi untuk diterokai sekiranya anda dari Semenanjung Malaysia & baru pertama kali ke Negeri Di Bawah Bayu ini. Negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum & etnik mempunyai pelbagai kebudayaan, kesenian & cara hidup tradisional yang berbeza. Sangat menarik untuk pelancong lebih mendalami tentang keunikan penduduk di Sabah dari pelbagai aspek. Ada beberapa destinasi yang menarik yang boleh pelancong lawati untuk melihat kebudayaan orang di Sabah tanpa perlu bersusah payah ke kawasan pedalaman yang beratus km jauhnya.

57+ Destinasi Percutian & Aktiviti Menarik di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu

Turut disediakan di dalam setiap destinasi di bawah ini, lokasi dalam peta, jarak perjalanan, hotel terdekat, waktu operasi, harga tiket & juga pautan-pautan rujukan. Info sebegini sudah tentu akan mudahkan anda untuk merancang agenda percutian di Sabah kelak. Teruskan membaca.


1. Taman Laut Tungku Abdul Rahman

pulau menarik di kota kinabalu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda pertama kali bercuti di Kota Kinabalu, melakukan aktiviti island hopping di pulau-pulau seperti Pulau Sapi, Pulau Mamutik & Pulau Manukan adalah satu kewajiban yang mesti cuba. Pulau-pulau ini merupakan sebahagian daripada kawasan pelancongan di dalam Taman Laut Tungku Abdul Rahman. Aktiviti snorkeling & santai-santai di tepi pantai di sini memang sangat menyeronokkan & perairan di sekitar pulau juga sangat jernih. Pulau-pulau ini terletak bersebelahan sahaja antara satu sama lain & tidak memerlukan masa yang lama ketika menaiki bot untuk ke semua pulau ini.

Malah kalau nak ke sini pun tidak susah kerana jeti bot, Jesselton Point terletak betul-betul di bandar Kota Kinabalu. Penginapan & hotel juga banyak di sekitar jeti ini. Terdapat juga beberapa pulau lain di sekitar Pulau Sapi dan Pulau Manukan yang boleh pelancong melakukan island hopping untuk aktiviti snorkeling, berkelah, sea walking, scuba doo dan juga parasailing.

WhatsappHotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Kota Kinabalu, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi Bot di Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu
  • Pergi: Bermula 8.30 am (Setiap 30 minit)
  • Balik: Bermula 12.00 pm – 5.00 pm (Setiap 1 jam)

Bayaran Yuran Jeti:

  • Dewasa: RM 7.65
  • Kanak-Kanak: RM 3.85

Bayaran Yuran Taman Laut Tungku Abdul Rahman:

  • Dewasa:
    • Pelancong Malaysia:RM 3.00
    • Pelancong Asing: RM 10.00
  • Kanak-Kanak:
    • Pelancong Malaysia: RM 1.00
    • Pelancong Asing: RM 6.00

*ada banyak kaunter di Jesselton Point yang boleh pelancong beli tiket untuk island hopping.

Kadar Pakej Island Hopping.

  • Dewasa:
    • 1 Pulau: RM 28.00
    • 2 Pulau: RM 33.00
    • 3 Pulau: RM 43.00
    • 4 Pulau: RM 53.00
  • Kanak-Kanak:
    • 1 Pulau: RM 18.00
    • 2 Pulau: RM 23.00
    • 3 Pulau: RM 28.00
    • 4 Pulau: RM 33.00

*Kadar tiket bergantung kepada operator & bilangan pulau yang anda nak pergi:

Kadar sewa gear snorkeling & safety jacket:
  • Jaket Snorkeling : RM 10.00 per unit
  • Google Snorkeling : RM10.00 per unit

Penginapan terbaik berdekatan Jeti Jesselton Point, semak harga sini


2. Pulau Mantanani

pulau mantanani kota belud sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi pulau pelancongan ini mungkin tidak sepopular Pulau Mabul, tetapi kecantikan air & pesisir pantainya tetap setara dengan pulau cantik lain di Sabah. Pulau Mantanani terkenal satu ketika dahulu kerana menjadi lokasi feveret untuk pelancong melihat dugong, dolphin & plankton yang berwarna biru pada waktu malam. Sayangnya sekarang, hidupan marin eksotik sebegini semakin susah untuk dilihat di sini. Walaubagaimana pun, kecantikan Pulau Mantanani memang tidak boleh dinafikan &sangat sesuai untuk mereka jadikan sebagai destinasi pelancongan di Sabah. Terdapat beberapa resort yang mengadap laut di sini yang sangat cantik untuk penginapan pelancong seperti Bambaran Beach Resort, Low Price Holiday, Mari-Mari Mantanani, Mantanani Dream & Palm Beach.

WhatsappHotel TerdekatPeta LokasiJarak

Baca lagi: 10+ Aktiviti Menarik di Pulau Mantanani

  • Pulau Mantanani Besar, Kampong Mantanani, Sabah

Bot di jeti Kota Belud

  • 8.00 am – 3.00 pm

*bergantung kepada operator & keadaan ombak laut

  • Bergantung kepada pakej ke pulau. Biasanya sudah termasuk dengan boat transfer.
  • Biasanya naik dari Kota Belud iaitu di Kuala Abai atau di Rampayan Laut.
  • Perjalanan dengan bot antara 45 minit – 1 jam bergantung kepada ombak.


3. Pulau Lankayan

tempat menarik di sabah untuk honeymoon

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi pulau percutian untuk menyelam yang sangat popular yang terletak di Laut Sulu, Sandakan. Pulau Lankayan terkenal dengan aktiviti scuba diving kerana di sini merupakan habitat untuk hidupan marin yang menarik seperti giant grouper dan leopard shark. Bagi yang ingin destinasi percutian yang terpencil & dikelilingi keindahan alam yang mempersonakan, menginap di resort Pulau Lankayan untuk beberapa hari ketika honeymoon di Sabah adalah satu idea yang menarik.

Bayangkan, pelancong yang menginap di Lankayan Island Dive Resort di sini boleh melihat penyu bertelur hanya di hadapan resort. Walaupun resort ini tidaklah terlalu besar tetapi cukup sempurna untuk dijadikan tempat berbulan madu di Sabah bersama pasangan anda. Sekitar Pulau Lankayan juga terdapat banyak destinasi untuk menyelam yang hanya beberapa minit sahaja dari kawasan pulau & sering menjadi kunjungan kaki scuba diving terutamanya di antara bulan Mac-May setiap tahun untuk melihat pelbagai hidupan marin menarik seperti whale sharks.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakFacebook

  • Pulau Lankayan, Sandakan, Sabah

  • Sepanjang tahun

*untuk scuba diving, waktu terbaik antara Mac-May.

  • Bergantung kepada pakej di resort
  • Untuk harga penginapan di Lankayan Island Dive Resort, semak harga sini.

*perjalanan naik bot dari utara Sandakan makan masa 1 jam 30 minit.


4. Gunung Kinabalu

gunung kinabalu sabah menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Siapa yang tak kenal dengan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini. Menjadi kunjungan ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi mereka yang suka mendaki gunung, menerokai ketinggian Gunung Kinabalu wajib dicuba sekali seumur hidup. Dan bagi mereka yang belum pernah mendaki gunung, dinasihatkan untuk mendapat nasihat pakar-pakar pendaki. Gunung Kinabalu ini bukannya rendah, dan sudah banyak kes orang mengalami masalah kekejangan, mabuk bukit dan sebagainya. Jadi siapkan diri dengan senaman sebelum berangkat ke Gunung Kinabalu. Segala penat lelah anda pasti akan terpadam apabila dah sampai ke kemuncak Gunung Kinabalu.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Ranau, Sabah

  • Antara Februari & April waktu terbaik kerana kebiasaanya cuaca bagus.

Bayaran Permit untuk Warganegara Malaysia

  • Dewasa: RM 53.00
  • Kanak-kanak: RM 31.80

Bayaran Permit untuk Pelancong Asing

  • Dewasa: RM 212.00
  • Kanak-kanak: RM 84.80


5. Desa Cattle Fairy Farm

tempat menarik di kundasang sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ladang lembu di kawasan berbukit ini mempunyai pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik & pasti menjanjikan satu pengalaman yang sangat bernilai untuk pelancong nikmati. Pelancong boleh melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana perusahaan sebuah ladang lembu dijalankan & antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah seperti memberi susu kepada anak lembu, melihat cara memerah susu dan belajar proses penghasilan produk tenusu. Pelancong juga boleh membeli produk-produk tenusu di sini seperti Fresh Cheese, Aged Cheese, Gelato (Soft), Natural Yogurt, aiskrim & sebagainya.

Betullah apa yang orang selalu cakap, suasana sekeliling & kedinginan di sini memang terasa seperti bercuti di New Zealand. Sebaiknya datang ke sini sebelum pukul 9.00 pagi untuk melihat pemandangan sekeliling bergunung yang berkabus & ‘view’nya pada waktu pagi juga lebih cantik kalau nak bergambar. Satu tempat menarik di Kundasang, Sabah yang mesti anda terjah bersama keluarga ataupun untuk mereka yang berbulan madu di Sabah yang nakkan aktiviti percutian yang lebih kepada bersiar-siar bersama pasangan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakFacebook

  • Desa Cattle Fairy Farm, 89308 Kundasang, Sabah

Waktu Operasi Desa Cattle Fairy Farm

  • 8.00am – 5.00 pm

Harga Tiket Desa Cattle Fairy Farm

Pelancong Malaysia

  • Dewasa: RM 3.00
  • Kanak-Kanak: RM 1.00

Pelancong Asing

  • Dewasa: RM 5.00
  • Kanak-Kanak: RM 3.00


6. Taman Negara Kinabalu

 taman kinabalu sabah menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kinabalu Park ini memang sangat terkenal kerana di sinilah salah satu tempat para pendaki memulakan pendakian mendaki Gunung Kinabalu. Samaada mendaki atau tidak, pengunjung boleh ke sini untuk bergambar dan melihat suasana sejuk berkabus dengan panorama gunung ganang menghijau yang sangat memukau. Sesuai untuk mereka yang nak tenangkan minda & bergambar di kawasan yang cantik sebagai kenangan percutian di Sabah.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-523500FacebookWebsite

  • 89300 Ranau, Sabah

Waktu Operasi Taman Kinabalu

  • 9.00 am – 4.00 pm

Waktu Operasi Taman Kinabalu

  • Dewasa:
    • Pelancong Malaysia: RM 3
    • Pelancong Asing: RM 15
  • Kanak-Kanak:
    • Pelancong Malaysia: RM 1
    • Pelancong Asing: RM 10


7. Lok Kawi Wildlife Park

lok kawi wildlife park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya memerhati haiwan & hidupan liar adalah aktiviti yang membuat anda teruja, Lok Kawi Wildlife Park di Kinabalu adalah satu destinasi yang mesti anda lawati. Lokasinya juga mudah diakses dari Kota Kinabalu sekitar 40 minit memandu. Ditubuhkan pada tahun 2007 & dibangunkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah. Lok Kawi Wildlife Park umumnya mempunyai 2 bahagian, iaitu Botanical & Zoological.

Objektif destinasi ini ditubuhkan adalah untuk dijadikan sebagai taman haiwan yang mesra keluarga di samping untuk mendidik generasi muda tentang informasi flora & fauna yang ada di Borneo. Lok Kawi Wildlife Park ini merupakan habitat untuk haiwan yang sinonim di kepulauan Borneo seperti gajah, monyet belanda ( proboscis monkey), harimau & beberapa spesis rusa. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti outdoor seperti jungle trekking di kawasan botanical trail yang sepanjang 1.5 km.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • W.D.T No.63, Jalan Penampang, 89507 Penampang, Sabah, Malaysia

Waktu Operasi Lok Kawi Wildlife Park

  • 9.30 am – 5.30 pm ( setiap hari)

Waktu Operasi Lok Kawi Wildlife Park

  • Pelancong Tempatan: RM 10.00
  • Pelancong Asing: RM 20.00


8. Kota Kinabalu Wetland Centre

tarikan pelancongan di sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat menarik di KK yang sesuai untuk pelancong yang suka akan burung dan hutan paya bakau. Di sini terdapat boardwalk yang memudahkan pelancong untuk berjalan sambil melihat keindahan hutan paya bakau dan binatang-binatang liar. Destinasi ini juga mempunyai observation deck atau menara untuk memudahkan pelancong melihat keindahan sekeliling dari lokasi yang tinggi. Pemandangannya memang sangat cantik terutamanya pada waktu pagi. Terdapat juga bahagian denai jalan kaki berlumpur yang boleh pengunjung lalui. Sekiranya tidak mahu berlumuran lumpur, cukup sekadar berjalan kaki melalui boardwalk di sini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-246955FacebookWebsite

  • Kota Kinabalu Wetland, Jalan Bukit Bendera Upper, Likas, 88400, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi Kota Kinabalu Wetland

  • 8.00 am – 6.00 pm ( Isnin tutup)

Harga Tiket Kota Kinabalu Wetland

  • Harga Normal Dewasa: RM 10.00
  • Dewasa( MyKad): RM 5.00
  • Pelajar: RM 3.00
  • Bawah 6 tahun: Percuma


9. Monsopiad Cultural Village

Monsopiad Cultural Village sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang ingin belajar dengan lebih dekat tentang budaya, adat & kesenian kaum-kaum di Sabah terutamanya kaum Kadazan, anda sangat dicadangkan untuk ke Monsopiad Cultural Village. Lengkap dengan kemudahan asas pengunjung & menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seperti menyumpit, melihat tarian kebudayaan, belajar cara hidup orang pedalaman dan sebagainya. Sebaiknya, dapatkan seorang guide di sini untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas tentang tarikan yang ada di perkampungan kebudayaan Monsopiad ini. Tempat perkampungan ini lebih untuk mereka yang sukakan aktivti yang santai dan releks. Boleh habiskan masa di sini sehingga 2 jam lamanya.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-734657FacebookWebsite

  • Kampung Kuai Kandazon, Peti Surat 740 Malaysia, Penampang, 89507 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon:

  • 6088-734657
  • 6011-14196484 / 6488

Waktu Operasi Monsopiad Cultural Village

  • 9.00 am – 5.00 pm ( setiap hari)

Persembahan Kebudayaan (perlu tempah)

  • 10.00 am
  • 12.00 pm
  • 2.00 pm
  • 4.00 pm

Waktu Lawatan Dengan Guide

  • 9.30 am
  • 11.30 am
  • 1.00 pm
  • 2.30 pm

Harga Tiket Monsopiad Cultural Village

Untuk Pelancong Tempatan

  1. Pakej Walkabout
    • Dewasa: RM 20
    • Kanak-Kanak: RM 10
  2. Pakej Optional ( Walkabout ATAU Show)
    • Dewasa: RM 35
    • Kanak-Kanak: RM 15
  3. Pakej Standard ( Walkabout DAN Show)
    • Dewasa: RM 45
    • Kanak-Kanak: RM 25

Untuk Pelancong Luar:

  1. Pakej Walkabout
    • Dewasa: RM 30
    • Kanak-Kanak: RM 15
  2. Pakej Optional ( Walkabout ATAU Show)
    • Dewasa: RM 45
    • Kanak-Kanak: RM 20
  3. Pakej Standard ( Walkabout DAN Show)
    • Dewasa: RM 55
    • Kanak-Kanak: RM 25


10. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Sepilok Orangutan Rehabilation Centre

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Berkeluasan lebih 40 km persegi, kawasan pemuliharaan ini menempatkan orang utan samaada yang masih kecil atau yang sudah dewasa. Santuari ini mengekalkan ciri-ciri habitat asli orang utan dan pengunjung berpeluang berinteraksi dengan haiwan ini dengan lebih dekat. Kemudahan jalan kaki menuju ke kawasan hutan disediakan untuk kemudahan pelancong menikmati hidupan liar lain selain orang utan. Waktu terbaik untuk ke sini adalah ketika waktu beri makan kepada orang utan iaitu dalam pukul 10 pagi & 3 petang.

Hotel TerdekatPeta Lokasi6089-531180JarakWebsite

  • Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

  • Sabtu-Khamis
    • 9.00 am – 12.00 pm & 2.00 pm – 4.00 pm
  • Jumaat
    • 9.00 am – 11.00 pm & 2.00 pm – 4.00 pm

*sesi beri makan kepada orang utan, 10 pagi & 3 petang

Harga Tiket Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Warganegara Malaysia:

  • Dewasa ( 18 tahun & keatas): RM 5.00
  • Kanak-Kanak ( <18 tahun): RM 2.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa ( 18 tahun & keatas): RM 30.00
  • Kanak-Kanak ( <18 tahun): RM 15.00

*tambang bas dari Bandar Sandakan ke Sipilok mengambil masa 45 minit ( Tambang RM 4.00 )
*terdapat juga resort di sini iaitu Sipilok Jungle Resort


11. Rainforest Discovery Centre (RDC)

 rainforest discovery centre sepilok sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan pusat pembelajaran yang sangat ideal untuk mengenali flora & fauna di Sabah. Selain melawat pusat pemuliharaan orang utan di sini, pelancong juga boleh melakukan aktiviti seperti canopy walk, memerhati burung dan melihat pokok-pokok hutan hujan tropika. Canopy walk di sini merupakan antara yang terbaik yang ada di Sabah & ada yang setinggi 30 meter, sama dengan ketinggian puncak pokok. Pengunjung boleh mendengar kicauan burung & bunyi-bunyian hutan yang pasti memberi satu pengalaman yang mengasyikkan terutamanya pada waktu pagi. Pelancong juga menikmati keindahan alam pada waktu malam di sini tetapi perlu buat tempahan awal. 1-2 jam menghabiskan masa di sini mungkin tidak cukup untuk anda terokai kesemua tarikan yang ada di RDC. Satu tempat menarik di Sabah yang paling tepat untuk para pelancong menerokai & mendekati hidupan liar di Borneo.

Hotel TerdekatPeta Lokasi6089-533780JarakFacebookWebsite

  • Sepilok, 90715 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi Rainforest Discovery Centre (RDC)

  • 8.00 am – 5.00 pm ( setiap hari termasuk cuti umum)

*Kaunter tiket, dewan pameran & Plant Discovery Centre ditutup pada pukul 5.00 pm. Trail & canopy walk ditutup pukul 8.00 pm.
*Sila beli tiket sekurang-kurangnya 1 jam sebelum kaunter tiket ditutup.

Harga Tiket Rainforest Discovery Centre (RDC)

Warganegara Malaysia:

  • Dewasa: RM 7.00
  • Kanak-kanak ( 5-17 tahun): RM 3.00
  • Kanak-kanak ( bawah 5 tahun): PERCUMA

Pelancong Asing:

  • Dewasa: RM 15.00
  • Kanak-kanak ( 5-17 tahun): RM 7.00
  • Kanak-kanak ( bawah 5 tahun): PERCUMA


12. Pulau Sipadan

pulau menarik di sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau Sipadan, boleh dilabelkan sebagai antara pulau menarik di Sabah yang paling popular untuk pelancongan & tahukah anda, destinasi ini pernah menjadi tapak penggambaran untuk Discovery Channel & National Geographic. Di kalangan kaki scuba diving, dasar laut di persekitaran Pulau Sipadan adalah syurga yang menjanjikan hidupan marin & taburan terumbu karang yang sangat menakjubkan. Fenomena alam yang sering menjadi kegilaan penyelam profesional di sini ialah untuk melihat barracuda tornado. Sekiranya anda seorang kaki scuba diving, menyelam di beberapa sites di sekitar Pulau Sipadan adalah satu kemestian yang mesti anda lakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Pulau Sipadan, Semporna, Sabah

Waktu Operasi Jeti Semporna

  • 8.00 am – 5.00 pm

*bergantung kepada operator boat / pakej pulau yang ditempah

  • Harga sewa bot di Jeti Semporna bergantung kepada saiz bot & jumlah pulau untuk pergi. Anggaran RM 500 untuk satu bot yang memuatkan 8-10 orang untuk ke 2 pulau di perairan Semporna.

Cara-Cara ke Pulau Sipadan

  • Paling mudah, naik flight dari KL > Tawau ( masa penerbangan 3 jam). Dari Tawau > Pekan Semporna naik teksi/van/kereta sewa ( kadar sekitar RM 120-150 sehala & mengambil masa 1 -2 jam). Dari Jeti Semporna > pulau-pulau di perairan Semporna
  • Kalau dari Kota Kinabali > Menuju ke Tawau > Menuju ke jeti di Pekan Semporna > pulau-pulau di perairan Semporna
*Kota Kinabalu ke Tawau ( 8-9 jam melalui darat)
*Kota Kinabalu ke Tawau ( 45 minit kalau dengan flight)
*Tawau ke Pekan Semporna ( 1 -2 jam melalui darat)
*Jeti di Pekan Semporna ke perairan Pulau Sipadan ( 45-60 minit menaiki bot)


13. Pulau Mabul

pulau mabul sabah semporna

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Selain keindahan hidupan marin yang ada di sini, Pulau Mabul juga merupakan satu destinasi percutian di Sabah untuk berbulan madu yang sangat ideal kerana di sini terdapat resort mewah atas air atau dikenali dengan Mabul Water Bungalow. Selain itu, pilihan penginapan yang ada di Pulau Mabul juga lebih berbanyak berbanding pulau-pulau bersempadanan dengannya seperti Pulau Sipadan & Pulau Sipadan-Kapalai. Memandangkan kedalaman air laut di persekitaran Pulau Mabul yang boleh dikategorikan sebagai tidak terlalu dalam maka ianya sesuai untuk mereka yang baru bermula nak berjinak dengan aktiviti scuba diving.

WhatsappHotel TerdekatPeta LokasiJarak

Baca lagi: Top 12+ Aktiviti Yang Menarik Di Pulau Mabul Sabah

  • Pulau Mabul, Semporna, Sabah

Waktu Operasi Jeti Semporna

  • 8.00 am – 5.00 pm

*bergantung kepada operator boat / pakej pulau yang ditempah

  • Harga sewa bot di Jeti Semporna bergantung kepada saiz bot & jumlah pulau untuk pergi. Anggaran RM 500 untuk satu bot yang memuatkan 8-10 orang untuk ke 2 pulau di perairan Semporna.

Cara-Cara ke Pulau Sipadan

  • Paling mudah, naik flight dari KL > Tawau ( masa penerbangan 3 jam). Dari Tawau > Pekan Semporna naik teksi/van/kereta sewa ( kadar sekitar RM 120-150 sehala & mengambil masa 1 -2 jam). Dari Jeti Semporna > pulau-pulau di perairan Semporna
  • Kalau dari Kota Kinabali > Menuju ke Tawau > Menuju ke jeti di Pekan Semporna > pulau-pulau di perairan Semporna
*Kota Kinabalu ke Tawau ( 8-9 jam melalui darat)
*Kota Kinabalu ke Tawau ( 45 minit kalau dengan flight)
*Tawau ke Pekan Semporna ( 1 -2 jam melalui darat)
*Jeti di Pekan Semporna ke perairan Pulau Sipadan ( 45-60 minit menaiki bot)


14. Spa Ikan di Sungai Moroli

spa ikan sungai moroli sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat menarik di Sabah yang terletak di Ranau untuk pelancong merasai sendiri pengalaman unik di’urut’ oleh ikan-ikan di sini. Ikan terapi yang terdapat di sini terdiri daripada beberapa spesis dan berbeza saiz namun tidak membahayakan pengunjung. Destinasi spa ikan kelah ini juga turut dikenali dengan nama tempatannya (Khadazan Dusun) iaitu Tagal Luanti Sungai Moroli. Ikan-ikan yang ada di sini memang sangat peramah & tak takut dengan orang. Sebaik melangkahkan kaki ke dalam air, ikan-ikan ini secara pantas terus berenang mendekati kaki anda. Pelancong juga boleh membeli makanan ikan dalam paket di sini untuk diberi makan kepada ikan-ikan yang akan lakukan spa kepada kaki anda. Kalau dah bagi makan, semestinya ikan-ikan ini akan lebih menyayangi anda & berikan tumpuan yang lebih kepada anda berbanding pengunjung yang tidak membawa apa-apa makanan. Ikan pun cerdik tau.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-876988

  • Ranau Tagal Sg. Moroni, Kampung Luanti Baru, 89300 Ranau, Sabah

Waktu Operasi Tagal Sungai Moroli

  • 8.30 am – 5.00 pm (Sabtu tutup)

Harga Tiket Tagal Sungai Moroli

  • Dewasa & Pakej Rendam Kaki: RM 5.00 (30 minit)
  • Kanak-Kanak & Pakej Rendam: Kaki RM 2.00 (30 minit)
  • Pakej Mandi bersama Ikan: RM 10.00


15. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

apa menarik di sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pengalaman melihat haiwan monyet berhidung besar ini pasti akan menjadi satu kenangan yang cukup bermakna untuk pelancong. Kalau anda mencari apa yang menarik di Sabah yang susah nak jumpa di Semenanjung Malaysia, inilah salah satu destinasinya. Destinasi ini merupakan habitat semulajadi untuk monyet belanda ini ( Proboscis Monkey) & pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat telatah haiwan comel ini terutamanya ketika staff-staff di sini memberi makan. Sekiranya bernasib baik, pengunjung juga boleh melihat beberapa haiwan eksotik lain, contohnya orang utan. Lokasinya yang terletak di kawasan paya bakau di Kampung Semarang di Labuk Bay ini sangat mudah untuk diakses & hanya mengambil masa 1 jam perjalanan dari Airport Sandakan. Di sini juga terdapat kemudahan penginapan di resort yang sesuai untuk mereka yang nak menginap di kawasan terpencil yang jauh dari kesibukan bandaraya.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6089-672133FacebookWebsite

  • Mile 19, Jalan Labuk (Junction SPS 3), Sandakan, Sabah

Waktu Operasi Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Terdapat 2 platform dalam santuari ini yang berlainan waktunya ketika beri makan kepada monyet di sini. Anda boleh pilih untuk lawat kedua-dua platform atau satu sahaja sekiranya tidak cukup masa:

  • Platform A: 9.30 am & 2.30 pm ( setiap hari)
  • Platform B: 11.30 am & 4.30 pm ( setiap hari)

Bayaran Masuk ke Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Pelancong Tempatan:

  • Dewasa: RM 15.00
  • Kanak-kanak: RM 5.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa: RM 60.00
  • Kanak-kanak: RM 30.00

*bawa masuk kamera: RM 10 per camera


16. Turtle Island Park

turtle island park sandakan sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah pulau yang terletak di koridor & habitat semulajadi penyu. Selain pemandangan laut yang cantik, perkara yang paling menarik di sini sudah tentulah melihat sendiri penyu di hadapan mata anda. Siap boleh pegang-pegang penyu dan kalau bernasib baik boleh melihat penyu bertelur secara live di sekitar pulau ini. Kebanyakan penyu ini akan bertelur pada musim-musim tertentu dan kalau dapat tengok ketika bercuti di sini anda dikira sangat bertuah.

Dan yang paling best adalah ketika saat-saat ranjer ini melepas anak-anak penyu yang cukup umur ke laut. Ketika inilah, marathon antara anak-anak penyu akan berlaku dan masing-masing berlumba-lumba untuk masuk laut paling dahulu. Anda akan diiringi dan diterangkan oleh ranjer yang bertugas berkenaan apa yang berlaku di sekeliling.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakWebsite

  • Sandakan, Sabah

  • Sepanjang tahun.
  • Musim peralihan angin monsun tidak digalakkan

  • Bergantung kepada pakej oleh agensi pelancongan pilihan
  • Maklumat lanjut layari website ini


17. Pulau Layang-Layang

pulau layang layang sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau kecil ini mempunyai resort yang betul-betul mengadap laut dan di tepi pantai. Yang paling membuatkan pengunjung teruja di sini ialah mereka boleh melihat ikan-ikan berenang di hadapan balkoni resort samaada ikan kecil atau hidupan marin menarik lain seperti pari dan anak-anak ikan yu. Pulau Layang-Layang juga sangat terkenal di kalangan kaki scuba diving kerana di sini terdapat beberapa diving sites yang kaya dengan hidupan marin & taburan terumbu karang yang cantik.

Peta LokasiJarakWebsite

Pulau Layang-Layang, Sabah

  • Sepanjang tahun. Aktiviti bergantung pada cuaca & musim monsun


18. Kolam Air Panas Poring ( Poring Hot Spring)

 poring hot spring sandakan sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi percutian di Ranau yang wajib anda kunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan. Poring Hotspring menawarkan beberapa aktiviti menarik untuk pelancong lakukan. Bukan hanya sekadar mandi manda di kolam air panas sahaja, pelancong juga boleh melalui canopy walk di sini untuk menikmati keindahan flora fauna sekeliling. Selain itu, terdapat juga air terjun untuk mandi manda, tapak bunga Raflesia, taman rama-rama, bat cave, muzium serangga & denai-denai untuk aktiviti jungle trekking.

Bagi yang ingin mandi manda di kolam air panas dengan lebih privasi tanpa bercampur dengan pelancong lain, ada juga private pool yang boleh digunakan dengan bayaran tambahan yang berpatutan. Memang sangat best dapat mandi air kolam panas semulajadi yang berpunca dari gunung di sini & paling penting kemudahan untuk pengunjung juga lengkap. Terdapat juga kemudahan penginapan di sini seperti Poring Hot Springs & Nature Reserve Resort.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-878801

  • Poring Hot Spring & Nature Reserve, 89309 Ranau, Sabah

Waktu Operasi Poring Hot Spring

  • 8.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

*Poring Canopy Walk ditutup pukul 4.oo pm

Harga Tiket Poring Hot Spring

Warganegara Malaysia

  • Dewasa: RM 3.00
  • Kanak-kanak ( 18 tahun ke bawah): RM 1.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa: RM 15.00
  • Kanak-kanak: RM 10.00

Kolam air panas tertutup: RM 15-20 sejam

Di sini juga ada resort untuk pengunjung iaitu Poring Hot Springs & Nature Reserve Resort . Semak harga terkini


19. Borneo Sun Bear Conservation Centre

zoo menarik di sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Majoriti tarikan pelancongan ala-ala taman haiwan atau zoo di Sabah yang popular kebanyakannya mengetengahkan hidupan haiwan menarik yang ada di Borneo. Salah satu tempat menarik di Sabah untuk pelancong lebih mendekati salah satu haiwan yang semakin di ambang kepupusan ini ialah Borneo Sun Bear atau beruang matahari. Beruang matahari merupakan spesis beruang yang terkecil di dunia & berat seekor dewasa boleh mencecah sehingga berat orang dewasa. Kawasan pemeliharaan & pemuliharaan beruang matahari ini menempatkan lebih 40 ekor & akan dilepaskan ke kawasan habitat semulajadi selepas mencapai usia matangnya untuk berdikari. Lokasinya juga hanya bersebelahan dengan satu lagi tempat pelancongan di Sabah yang popular iaitu Sepilok Orangutan Rehabilitation Center.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6089-534491FacebookWebsite

  • BSBCC, PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi Borneo Sun Bear Convension Centre

  • 9.00 am – 3.30 pm

Harga Tiket Borneo Sun Bear Convension Centre

Warganegara Malaysia:

  • Dewasa: RM 5.00
  • Kanak-kanak: RM 2.00

Pelancong Luar:

  • Dewasa: RM 30.00
  • Kanak-kanak: RM 15.00

Antara penginapan terdekat & paling bagus ialah di Sepilok Nature Resort . Semak harga terkini


20. Pulau Bohey Dulang

bohey dulang island sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Struktur pulau berteluk yang dikelilingi dengan beberapa pulau berbukit lain serta airnya yang membiru membuatkan Pulau Bohey Dulang merupakan satu tempat pelancongan di Sabah yang sangat unik untuk diterokai. Pelancong yang melancong ke sini pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mendaki dan mengambil gambar panorama pulau dari puncak. Samaada menginap di Semporna atau di Bum Bum Island, pelancong boleh ke Bohey Dulang yang makan masa 40 minit – 1 jam perjalanan bot. Dari Bohey Dulang, pelancong wajib melakukan aktiviti pendakian ke puncak pulau untuk melihat panorama sekeliling yang pasti sangat berbaloi dengan kepenatan yang perlu ditanggung. Mendaki ke puncak setinggi 600 meter ini melalui denai-denai di sini memang agak mencabar juga & mengambil masa sekitar 40-50 minit.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Bohey Dulang Island, Semporna, Sabah

  • Setiap hari
  • Bergantung kepada temujanji dengan boat / pakej yang ditempah

  • Terdapat 2 jeti pekan Semporna:
    • Jeti Umum Semporna
      • Untuk ke pulau-pulau yang balik hari seperti Bohey Dulang & Pulau Sibuan
    • Jeti sebelah Dragon Inn Hotel
      • Untuk ke pulau-pulau ada resort seperti Pulau Mabul, Pulau Kapalai-Sipadan & Pulau Sipadan.
  • Anggaran sewa bot:
    • RM 650-700 yang boleh memuatkan 10-12 orang untuk ke pulau seperti Bohey Dulang & Pulau Sibuan.
  • Tour guide untuk hiking di Bohey Dulang:
    • Sekitar RM 50 untuk satu rombongan

Anda boleh menginap di sekitar Pekan Semporna atau mencari penginapan yang ada sediakan pakej ke Bohey Dulang:


21. Pulau Mataking

pulau mataking semporna sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau ini terletak tidak jauh dari Pulau Sipadan dan kira-kira 40 minit dari Semporna, Sabah. Kejernihan air laut dan lokasi resort yang betul-betul di tepi pantai membuatkan Pulau Mataking sering menjadi destinasi pilihan pelancong untuk honeymoon yang eksklusif. Di sekitarnya juga terdapat beberapa tapak menyelam untuk melihat terumbu karang dan hidupan marin.

Umumnya terdapat 2 buah pulau di sini iaitu Pulau Mataking Besar & Pulau Mataking Kecil. Dua pulau ini hanya dipisahkan dengan jujuran pasir pantai yang tidak berapa besar & pembentukan jujuran pasir ini memang sangat unik. Jujuran pasir pantai ini akan tenggelam apabila air laut pasang. Beberapa kawasan di pulau ini tidak terbuka kepada semua pelancong & hanya bolek diakses oleh pelancong yang menginap di Mataking Resort. Walaubagaimanapun, pengalaman snorkeling & menyelam di sekitar perairan Pulau Mataking memang sangat cantik. Mudah sahaja untuk melihat hidupan marin eksotik seperti penyu & juga ikan baracudda yang sangat besar saiznya.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6089-770022FacebookWebsite

  • Pulau Mataking, Semporna, Sabah

  • Sepanjang tahun

*untuk percutian di pulau, sila lihat perkembangan cuaca semasa di Jabatan Meteorologi Malaysia

  • Pakej bergantung kepada aktiviti
  • Untuk penginapan di Pulau Mataking, cadangan terbaik:


22. Pulau Sipadan-Kapalai

tempat percutian di sabah resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tempat percutian di Sabah yang menarik terutamanya di kawasan pulau memang banyak & salah satunya ialah di Pulau Sipadan-Kapalai. Pulau kecil ini terletak di antara Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Yang paling menarik di sini adalah terdapat sebuah perkampungan resort di atas air dan dikelilingi dengan air laut yang jernih membiru serta terumbu karang yang cantik yang boleh dilihat dasarnya hanya dari atas resort. Satu destinasi percutian berbulan madu di pulau Sabah yang sangat ideal untuk mereka yang inginkan suasana yang romantis & eksklusif di tengah laut biru yang jernih. Bagi mereka yang nak menenangkan fikiran sehari atau dua hari, destinasi resort ini memang sangat tepat untuk anda melancong.

WhatsappHotel TerdekatPeta LokasiJarak6089-765200FacebookWebsite

  • Pulau Sipadan-Kapalai, Semporna, Sabah

  • Sepanjang tahun

*sebaiknya waktu yang tiada musim monsun


23. Gaya Street Sunday Market

 pasar minggu kota kinabalu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah pasar pagi hujung minggu di Kota Kinabalu yang beroperasi pada pagi Ahad ini pasti menjanjikan pelbagai jenis barangan produk tempatan untuk dibeli samaada makanan, kraftangan, buah-buahan, cenderahati dan sebagainya. Pasar pagi hujung minggu ini memang sangat popular di kalangan pelancong untuk menerokai pelbagai produk tempatan untuk dijadikan buah tangan & cenderahati untuk dibawa pulang. Samaada anda mencari makanan kering, produk hasil laut, baju, keychain, barangan kraftangan & makanan tradisional orang Sabah untuk sarapan pagi, destinasi ini ada jawapannya. Satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang wajib pelancong lawati pada Ahad pagi & sebaiknya datang ke sini awal sekitar 6.30 pagi kalau tidak mahu bersesak-sesak dengan pelancong lain.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

  • 6.30 am – 1.00 pm ( Hari Ahad sahaja)

  • kawasan pasar


24. Pulau Tiga Park

pulau tiga park resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi percutian ini terkenal dengan keindahan khazanah darat dan lautnya. Destinasi ideal untuk mereka yang sukakan aktiviti meredah hutan, melihat burung, serangga hutan, reptilia dan tidak ketinggalan juga untuk aktiviti scuba diving. Antara aktiviti yang mungkin paling unik berbanding pulau-pulau di Sabah yang lain adalah pelancong boleh mandi lumpur sebelum terjun ke dalam laut. Mungkinkah ini satu rahsia kenapa kulit orang Sabah cantik-cantik? Pulau Tiga juga pernah menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti TV antarabangsa yang popular iaitu Survivor.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6010-947888FacebookWebsite

  • Kuala Penyu, Sabah

  • Sepanjang tahun. Aktiviti di laut bergantung pada cuaca.


25. Gua Gomantong

gomantong caves di sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terdapat dua buah gua yang boleh diterokai oleh pengunjung di sini iaitu Simud Putih (Gua Putih ) dan Simud Hitam (Gua Hitam). Gua-gua ini juga menjadi tempat pemeliharaan sarang burung layang-layang yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Terdapat dua jenis sarang burung iaitu Black Nest & White Nest. Bayangkan untuk White Nest harganya boleh mencecah antara RM7000 – RM 12,000 per kg.

Kemudahan papan jalan kaki ada disediakan di sini untuk memudahkan pengunjung menerokai gua & suasana dalam gua juga agak gelap di sesetengah tempat. Bagi yang tak tahan bau-bauan pelik seperti bau tahi kelawar & lipas, sila bawa topeng. Untuk pencahayaan yang lebih baik, sebaiknya datang waktu pagi sebelum pukul 11 pagi. Terdapat juga penginapan berdekatan untuk memudahkan pelancong untuk menerokai gua ini seperti di Chalet (Gomantong Rainforest Chalet).

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • 90000 Kinabatangan, Sabah

Waktu Operasi Gua Gomantong

  • 8.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Bayaran Masuk Ke Gua Gomantong

  • Pemegang Mykad :
    • RM5 (dewasa)
    • RM2 (18 tahun ke bawah)
  • Pelancong :
    • RM30 (dewasa)
    • RM15 (18 tahun ke bawah)


26. Weston Proboscis Monkey & Firefly River Cruise

 wetland weston park beaufort sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak kira-kira 100 km dari bandar KK, di sini pengunjung berpeluang mencuba aktiviti river safari untuk melihat binatang-binatang eksotik yang terkenal di kepulauan Borneo seperti monyet belanda ( proboscis monkey), kelip-kelip, long tail macaques dan tumbuh-tumbuhan liar di sepanjang sungai. Pengelaman mengembara & menyusuri sungai dengan menaiki bot di sini memang agak mengujakan & terasa seperti menerokai Sungai Amazon seperti yang selalu kita tonton di dokumentari & movie di kaca TV.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6012-8463321

  • 89800 Beaufort, Sabah

  • sepanjang tahun

Sila berhubung nombor berikut untuk tawaran pakej:

  • Weston Jaafar River Lodge 703229-X (KPL/LN: 4813)
    (wholly owned by WPMS Tours & Travel SDN. BHD.)

    • Phone : +6016-8850863 (Jessie)
    • Hotline : +6016-5263321


27. Maliau Basin Conservation Area

maliau basin sandakan sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi riadah yang ideal dan agak terpencil lokasinya untuk mereka yang gemarkan air terjun dan kawasan hutan. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah menerokai hutan, melihat burung liar serta mandi air terjun. Kawasan ini menempatkan 12 jenis hutan yang berbeza & pelbagai spesis pokok hutan yang jarang ditemui di tempat lain. Tidak hairanlah Maliau Basin juga dikenali dengan jolokan nama Sabah’s Lost World.

Air Terjun Maliau yang merupakan air terjun bertingkat 7 yang menawarkan pengalaman mandi di kawasan air terjun yang berbeza dengan tempat lain. Tidak hairanlah Maliau Basin sering menjadi tempat mandi manda di Sabah yang sering dikunjungi pelancong tempatan & pelancong asing. Kawasan yang terpencil ini boleh diakses melalui darat samaada dari Tawau atau Kota Kinabalu yang memakan masa sekitar 3-4 jam memandu. Sebaiknya untuk ke sini dengan memandu 4×4 kerana laluannya yang mencabar. Pelancong perlu mendapatkan permit masuk ke kawasan ini daripada Yayasan Sabah

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-438300FacebookWebsite

  • Maliau Basin Conservation Area, Sandakan, Sabah

  • Sepanjang tahun ( bergantung kepada cuaca)

  • Bergantung kepada pakej tour guide & syarikat


28. Mari Mari Cultural Village

mari mari cultural village

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat menarik di Kota Kinabalu untuk pelancong mempelajari budaya suku-suku kaum di Sabah. Perkampungan ini menawarkan pelbagai keunikan untuk tatapan pelancong seperti persembahan tarian tradisional, pengalaman menyumpit, berjalan dengan buluh & mempelajari bagaimana kaum di Sabah menjalani kehidupan harian. Paling teruja apabila melihat pahlawan-pahlawan di sini menunjuk skill menyumpit belon-belon dari jarak yang sangat jauh.

Rumah-rumah tradisional & perkakas-perkakas rumah di dalamnya yang unik memang membuatkan kita berfikir betapa kreatifnya masyarakat orang di sini. Staff-staff di sini juga sangat mesra & sentiasa bersama dengan pelawat untuk memberi penerangan tentang setiap tarikan yang ada di sini. Sekiranya anda tiada transport untuk ke sini, mereka juga ada menyediakan pakej pelancongan termasuk dengan pengangkutan dari hotel, makan & beberapa aktiviti menarik lain.

WhatsappHotel TerdekatPeta LokasiJarakFacebookWebsite

  • Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

  • 10.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Mari Mari Cultural Village

Harga Dewasa (Warganegara Malaysia)

  • 1-4 pax: RM 155 / pax
  • 5-9 pax: RM 150/pax
  • 10 above: RM 135/pax

Harga Kanak-Kanak (Warganegara Malaysia)

  • 1-4 pax: RM 135 / pax
  • 5-9 pax: RM 130/pax
  • 10 above: RM 115/pax

Harga Dewasa (Pelancong Asing)

  • 1-4 pax: RM 175 / pax
  • 5-9 pax: RM 170/pax
  • 10 above: RM 155/pax

Harga Kanak-Kanak (Pelancong Asing)

  • 1-4 pax: RM 155 / pax
  • 5-9 pax: RM 150/pax
  • 10 above: RM 135/pax

*Terdapat 2 sesi, 10 am & 2 pm. Harga mungkin berbeza
*Juga menyediakan servis ambil dari hotel untuk ke sini


29. Hutan Simpan Bukit Gemok

hutan simpan bukit gemuk sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi tarikan flora dan fauna yang terletak kira-kira 30 minit memandu dari Bandar Tawau, Sabah. Aktiviti yang paling popular di sini ialah junggle trekking, mendaki bukit serta melalui Canopy Walk Titian Selara sepanjang 380 meter & berketinggian 130 m yang terletak dipuncak bukit. Menuju ke puncak tidaklah terlalu payah & sesuai untuk pemula yang baru nak berjinak dengan aktiviti hiking. Perjalanan ke puncak sejauh sekitar 1 km & hanya memakan masa 30-45 minit. Pemandangan dari puncak yang menampakkan pemandangan Tawau memang sangat menakjubkan untuk setiap pengunjung yang bersusah payah mendaki menuju ke puncak. Memang berbaloi.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Jalan Merotai – Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Waktu Operasi Hutan Simpan Bukit Gemok

  • 8.00 am – 5.oo pm

Bayaran Masuk ke Hutan Simpan Bukit Gemok

  • Dewasa: RM 5.00
  • Kanak-kanak( bawah 18 tahun): RM 3.00


30. Balung River Eco Resort

balung river eco resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi percutian di hutan hujan tropika yang sangat popular di Sabah dan juga sering menjadi lokasi untuk event-event korporat. Yang menariknya, chalet di sini dibina dengan menggunakan batu sungai serta daripada pokok balak tempatan. Antara aktiviti menarik untuk dicuba di sini ialah meredah hutan, mandi sungai, melihat burung, berbasikal, hiking dan juga makan buah-buahan yang segar. Bagi mereka yang sukakan aktiviti yang lebih mendekatkan diri dengan alam semulajadi & melihat burung-burung liar, Balung River Eco Resort memang sangat ideal untuk anda menginap ketika bercuti di Tawau. Sekurang-kurangnya mesti menginap di sini satu malam untuk merasai kedamaian berada di satu kawasan yang jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan.

Peta LokasiJarak6088-233499Facebook

  • Mile 33, Apas Balung, Locked Bag No.30 Tawau, Kota Kinabalu

  • setiap hari


31. Pasar Malam KK ( Pasar Malam Sinsuran)

pasar malam sinsuran kk

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti yang kita ketahui, persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu memang kaya dengan sumber makanan laut yang boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan. Salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu pada waktu malam untuk anda mencari makanan laut yang murah adalah di beberapa lokasi pasar malam, contohnya di Pasar Malam Sinsuran. Pasar Malam Sinsuran mempunyai begitu banyak gerai-gerai yang menjual makanan-makanan berasaskan seafood yang dibakar & bergoreng. Kalau anda nak mencari menu santai popular di KK seperti grilled chicken wing dan rumpai laut, di sinilah destinasi yang terbaik. Harga untuk makanan laut yang kita anggap mewah di tempat lain seperti lobster, ketam & udang juga sangat berpatutan di sini. Boleh makan puas-puas.

Suasana di pasar malam yang popular di Kota Kinabalu ini memang sangat meriah dengan telatah pengunjung & penjual dengan aktiviti jual beli & tawar menawarnya. Lokasi Pasar Malam Sinsuran juga sangat mudah diakses dari kebanyakan hotel popular sekitar Bandar Kota Kinabalu hanya dengan jalan kaki.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Sinsuran Kompleks, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu

  • 6.00 pm – 12.00 am ( setiap hari)

*bergantung juga pada cuaca semasa memandangkan kawasan pasar malam yang tebruka

  • kawasan pasar malam


32. Pasar Filipino

pasar filipina kota kinabalu sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sangat sinonim di kalangan pelancong luar sebagai destinasi untuk membeli barangan kraftangan atau cenderahati seperti mutiara, hiasan dalaman, keychain, aksesori wanita dan juga tempat untuk membeli produk laut kering seperti ikan masin atau kuih cincin. Pada waktu malam di sekitar Pasar Filipino ini terkenal dengan gerai-gerai makanan laut yang murah dan segar-segar. Bagi golongan hawa, destinasi ini mungkin boleh anda habiskan masa 2-3 jam. Hotel berdekatan dengan pasar ini juga banyak & sebaiknya cari penginapan yang berdekatan dengan pasar ini supaya mudah untuk anda shopping cara cenderahati. Yang pasti bagi golongan wanita, destinasi sebegini anda pasti akan datang banyak kali walaupun bercuti di Kota Kinabalu hanya 2-3 hari. Hari pertama survey-survey barang, hari kedua survey-survey harga & hari ketiga baru nak beli. kan?

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

  • 9.00 am – 10.00 pm

  • kawasan pasar


33. Signal Hill Observatory Platform

menara tinjau kota kinabalu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dicadangkan untuk ke sini pada waktu awal pagi atau pun lewat petang kerana cuaca lebih sejuk & pemandangan lebih menarik. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki teksi ataupun berjalan kaki sekiranya anda menginap di sekitar Jalan Gaya. Menaiki ke puncak boleh dikatakan aktiviti yang menyihatkan kerana pengunjung perlu menaiki tangga sebanyak 298 anak tangga. Dari atas platform ini pengunjung boleh menikmati keindahan panorama bandar KK dan juga pemandangan laut. Keadaan di sini agak meriah terutamanya di waktu senja kerana pemandangan sunset yang cukup menarik.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Jalan Bukit Bendera, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi Signal Hill Observatory Platform

  • 9.00 am – 11.00 pm

Bayaran ke Signal Hill Observatory Platform

  • Percuma


34. Kokol Hill

kokol hills kota kinabalu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mahu melihat pemandangan Gunung Kinabalu dan panorama sunset yang paling best? Apa kata ke Bukit Kokol yang terletak kira-kira 1 jam memandu dari bandar Kota Kinabalu. Pengunjung boleh menaiki bukit ini yang menawarkan pemandangan bandar KK dan juga keindahan pulau-pulau di seberangnya yang pasti membuatkan anda terkesima. Terdapat beberapa homestay & resort di sini sesuai untuk dijadikan penginapan anda selepas penat menerokai Bukit Kokol ini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Jalan Poring-Poring, Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah

  • kawasan terbuka

  • percuma


35. Masjid Negeri Sabah

masjid negeri sabah kk

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah satu contoh masjid yang mempunyai senibina Islamik moden dan masjid negeri ini dibuka pada tahun 1977. Masjid ini sering menjadi kunjungan orang Islam untuk beribadah & ada juga pelancong asing untuk melihat keunikan struktur binaannya. Lokasinya bersebelahan dengan Sutera Harbour Resort serta terletak di tengah Bandaraya Kota Kinabalu & sangat mudah untuk diakses oleh pengunjung. Masjid Negeri Sabah mempunyai kemudahan prasarana lengkap seperti ruang parking kereta yang luas, tandas yang bersih & landskap persekitaran yang cantik untuk bersiar-siar. Satu tempat menarik di Kota Kinabalu untuk photoshoot para pelancong Islam sambil-sambil menunaikan kewajiban bersolat.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-243337Facebook

  • Bulatan Sembulan jln Tunku Abdur Rahman, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

  • 4.00 am – 11.00 pm

  • kawasan ibadah. Pelancong asing yang ingin melawat mesti mengenakan pakaian yang sopan.


36. Pantai Tanjung Aru

pantai tanjung aru kota kinabalu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lokasinya hanya terletak kira-kira 6 km dari bandar Kota Kinabalu. Destinasi santai tepi pantai ini sesuai untuk anda berehat sambil-sambil melihat keindahan sunset pada waktu senja dan juga melihat kapal terbang mendarat di lapangan terbang. Terdapat juga beberapa pilihan penginapan dan hotel tepi pantai yang sering menjadi destinasi menginap untuk pelancong yang bercuti di Kota Kinabalu seperti Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa, Seapark Condotel & sebagainya. Destinasi Pantai Tanjung Aru lebih kepada aktiviti santai tepi pantai seperti bersiar-siar, BBQ, berkelah dengan keluarga & sebagainya. Tiada aktiviti air di sini seperti mandi laut, main jet ski, banana bot & sebagainya, hanya santai-santai.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

  • 24 jam

  • kawasan pantai


37. Sabah Indoor Climbing Centre

aktiviti outdoor menarik sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang sukakan aktiviti yang agak lasak, bolehlah mencuba memanjat dinding atau abseiling di sini. Sesuai untuk mereka yang masih beginner dan memang seronok menghabiskan masa berkualiti di sini bersama rakan-rakan & adik beradik yang mempunyai minat yang sama. Walaupun baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti panjat memanjat ini, pengunjung tidak perlu risau kerana terdapat staff & instructor yang akan memberi tunjuk ajar secara profesional.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6019-8837341Facebook

  • Likas Sports Complex KK, Kota Kinabalu

Waktu Operasi Sabah Indoor Climbing Centre

  • Selasa- Jumaat: 3.00 pm – 9.00 pm
  • Sabtu, Ahad & Hari Cuti: 12.00 pm – 9.00 pm
  • Isnin tutup

Harga Bayaran di Sabah Indoor Climbing Centre

DAY WALK-IN FEES ( One day pass fee)

  • Dewasa: RM 22.00
  • Kanak-Kanak ( 17 tahun & kebawah): RM 20.00

*peralatan memanjat disediakan untuk disewa

CLASSES
  • Junior Champs Club (Junior age 7-14 years old) – Every Saturday @12pm-6pm for
    • RM 85 for 3 sessions
  • Introduction to climbing course ( Above 15 years old Male or Female) – Every Tuesday to Friday @3pm-6pm
    • RM 16 per visit.
  • Ladies Master Class (Adult Female only) – Every Wednesday @7pm-9pm for
    • RM 100 for 4 sessions.

* minimum 2 orang & maksimum 10 orang untuk satu sesi kelas. Perlu tempahan. Sila berhubung di fanpage atau email ([email protected])


38. North Borneo Railway by Sutera Harbour Resort

tempat menarik di papar sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi steam seperti zaman dahulu kala, bolehlah singgah di sini. Tarikan pelancongan popular di Sabah ini diuruskan oleh Sutera Harbour Resort. Sekiranya anda menginap di sini bolehlah bawa anak-anak mencuba pengalaman menaiki keretapi klasik ini yang bergerak dari Tanjung Aru di Kota Kinabalu menuju ke pekan kecil di Papar. Jarak perjalanannya lebih kurang 38 km & akan berhenti beberapa kali di beberapa kawasan perkampungan & juga bertujuan untuk recharge / menaikkan kembali tekanan steam keretapi sebelum bergerak ke perhentian seterusnya. Pengalaman menaiki keretapi klasik sambil melihat suasana hutan dan perkampungan di sepanjang perjalanan memang satu tarikan pelancongan di Sabah yang sangat unik yang tiada di tempat menarik di Malaysia yang lain.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-308500FacebookInstagramWebsite

  • Tanjung Aru Railway Station, Jalan Kepayan, 88999 Kota Kinabalu

Waktu Operasi North Borneo Railway

Terdapat 2 slot sahaja dalam seminggu iaitu Rabu & Sabtu sahaja.

  • Naik keretapi di Tanjung Aru Station pada pukul 9.30 pagi & bertolak pukul 10.00 pagi
  • Keretapi ini kembali pada pukul 1.40 petang

Perlu buat tempahan awal sekurang-kurangnya sehari sebelum berlepas:

  • Waktu pejabat:
    • Isnin-Jumaat: 10.00 am – 6.00 pm
    • Sabtu: 9.00 pm – 5.00 pm

Harga Tiket North Borneo Railway

  • Dewasa & Kanak-kanak ( 4 tahun keatas): RM 345
  • Kanak-kanak (3 tahun kebawah): Percuma


39. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

aktiviti pelancongan di sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah satu masjid utama di Kota Kinabalu yang terkenal dengan jolokan masjid terapung. Senibinanya yang cantik dan kelihatan terapung terutamanya ketika air pasang memang sangat ideal untuk photoshoot di sini. Sering menjadi kunjungan pelancong luar untuk melihat keunikan binaan bangunannya & memandangkan lokasinya dekat dengan sungai, pemandangan yang ada di sini memang sangat menakjubkan terutamanya pada waktu senja. Selain santai-santai ambil gambar, berdekatan masjid juga terdapat gerai-gerai & tempat makan yang menjual makanan orang setempat. Bagi pelancong bukan beragama Islam, perlu membayar RM 5 untuk masuk ke dalam masjid & perlu memakai pakaian yang sopan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-435 891FacebookWebsite

  • Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

  • Subuh-Isyak

Bagi non-muslim,

  • 8.00 am – 5.00 pm
  • Hari Jumaat tutup

  • RM5.00 untuk non-muslim


40. Muzium Negeri Sabah

tempat menarik di kota kinabalu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda baru pertama kali bercuti di Sabah, destinasi ini mungkin satu destinasi yang pertama anda perlu lawati untuk lebih mengenali tentang sejarah negeri Sabah & pelbagai kebudayaan suku kaum di Sabah. Bangunan muzium yang sangat besar ini menempatkan banyak artifak & bahan bersejarah yang dipersembahkan dalam cara yang interaktif. Mungkin boleh habiskan masa 1-2 jam lamanya untuk melihat kesemua tarikan di sini.

Lokasi Muzium Negeri Sabah yang terletak di kawasan berbukit yang dikelilingi pokok-pokok besar menghijau memang sangat mendamaikan. Terdapat juga kedai yang menjual cenderahati yang mungkin boleh anda jadikan buah tangan untuk rakan-rakan di pejabat. Lokasinya dalam bandar & anda mungkin boleh ke muzium ini pada waktu tengahari yang panas memandangkan Muzium Negeri Sabah ini sejuk & ada aircond. Satu tempat menarik di Sabah yang sangat ideal untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar oleh institusi pendidikan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088–225033Website

  • Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi Muzium Negeri Sabah

  • 9.00 am – 5.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Muzium Negeri Sabah

  • Warganegara Malaysia – RM 2.00
  • Pelancong Asing – RM 15.00

Hanya untuk Warganegara Malaysia:

  • Pelajar Beruniform – Percuma
  • OKU – Percuma
  • Warga Emas – Percuma
  • Pemandu Teksi – Percuma


41. Kundasang War Memorial

kundasang war memorial park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terbina pada tahun 1962, destinasi ini merupakan satu memorial bersejarah bagi memperingati jasa-jasa askar British dan Australia yang mempertahankan Kundasang daripada penjajahan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua. Kawasan memorial ini dikelilingi dengan 4 taman yang indah iaitu the Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden and the Contemplation Garden and Pool. Sesuai untuk anda berphoto dengan keluarga untuk dijadikan sebagai kenangan bersama ketika bercuti di Sabah. Satu tempat bersejarah di Sabah yang cantik suasananya & sesuai untuk aktiviti bersiar-siar sambil menyelami sejarah tempatan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah

Waktu Operasi Kundasang War Memorial

  • 8..30 am – 5.30 pm (setiap hari)

Harga Tiket Kundasang War Memorial

  • Warganegara Malaysia: RM 2.00
  • Pelancong Asing: RM 10.00
  • Kanak-kanak (< 12 tahun) & pelajar beruniform: RM 1.00


42. Ladang Teh Sabah

ladang teh sabah kundasang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda bercuti di Ranau, jangan lepaskan peluang untuk tenangkan fikiran di Ladang Tea Sabah yang menjanjikan pemandangan hijau yang menyejukkan mata. Sesuai untuk aktiviti bergambar. Di sini pelancong juga berpeluang untuk melawat kilang pemprosesan teh & mempelajari pelbagai informasi menarik baik dari segi jenis teh, cara buat teh, pembungkusan & sebagainya. Sangat ideal untuk dijadikan destinasi lawatan sambil belajar. Lokasinya mudah diakses & terletak tidak jauh dari beberapa tempat menarik di Ranau yang lain seperti Sungai Moroli Fish Spa & Poring Hot Spring. Di sini juga terdapat beberapa tempat menarik untuk pelancong membeli cenderahati seperti keychain, baju & sudah tentu Teh Sabah yang pelbagai rasanya yang sangat ideal untuk dijadikan buah tangan istimewa untuk jiran tetangga. Antara aktiviti riadah lain yang ada di sini adalah trekking di kawasan Rekreasi Sapaon, meredah hutan ke Bukit Kamunsu ataupun meredah malam untuk melihat pelbagai jenis serangga eksotik.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-440882FacebookWebsite

  • tea garden, 89300 Ranau, Sabah

Waktu Operasi Ladang Teh Sabah

  • 8.00 am – 4.30 pm

*Cuti umum, lawatan ke kilang teh ditutup

Harga Tiket Ladang Teh Sabah

  • Melawat kawasan ladang tiada cas
  • Lawatan ke Kilang Teh: RM 14.00
  • Lawatan ke Kilang Teh & Lunch: RM 44.00

Penginapan di Sabah Tea Garden. Semak harga terkini


43. Tandem Paragliding Park Ranau

ranau paragliding sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lokasinya adalah di Lohan yang berada di antara Ranau dan Poring. Kalau memandu dari Kota Kinabalu, boleh memakan masa 2 jam lamanya. Pelancong yang nakkan satu aktiviti menarik di Sabah yang lebih mencabar boleh mencuba sukan tandem paragliding ini yang diuruskan oleh pihak yang bertauliah. Pelancong akan dibawa menaiki Paragliding ini dengan juruterbang yang berpengalaman & sebagai pelancong, anda tidak memerlukan apa-apa lesen untuk cuba aktiviti ini, namun ada syaratnya dari segi berat badan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6013-8650545Facebook

  • Jalan Kompleks Sukan Ranau, 89308 Ranau, Sabah

Waktu Operasi Paragliding Ranau

  • 10.00 am – 5.30 pm

*bergantung kepada keadaan cuaca & angin

Bayaran Paragliding Ranau

  • Warganegara Malaysia:
    • RM 190 / pax
  • Pelancong Asing:
    • RM 250 / pax
  • Triple Tandem ( 1 Dewasa + 1 Kanak-kanak) ( Warganegara Malaysia)
    • RM 310
  • Triple Tandem ( 1 Dewasa + 1 Kanak-kanak) ( Pelancong Asing)
    • RM 380

Syarat:

  • Kanak-kanak berumur 3-9 tahun
  • Kanak-kanak berat mesti kurang 25kg
  • Gabungan berat badan kanak-kanak & dewasa mesti kurang 90kg

*maklumat lebih lanjut sila layari website


44. Sandakan Memorial Park

sandakan memorial park sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Peringatan Sandakan ini merupakan kawasan yang menyaksikan lebih 2000 askar British dan Australia yang terkorban ketika era penjajahan Jepun pada Perang Dunia Kedua. Taman rekreasi ini memang diluar jangkaan kerana mempunyai landskap yang sangat redup, cantik & kemudahan untuk pengunjung yang lengkap seperti laluan jalan kaki, pondok & sebagainya. Terdapat kolam di tengahnya & dikelilingi pokok-pokok tropika yang menyejukkan lagi suasana taman. Lokasinya juga tidak jauh dari Airport Sandakan & sesuai untuk dijadikan lokasi bersiar-siar atau mungkin tempat bergambar bersama keluarga sebelum berangkat pulang menuju ke airport. Persembahan maklumat & bahan bersejarah di sini sangat interaktif & sesuai untuk menambah ilmu pengetahuan anak-anak terutamanya yang masih bersekolah.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Mile 8, Jalan Labuk Utara, Taman Rimba, 90702 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi Sandakan Memorial Park

  • 8.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Sandakan Memorial Park

  • percuma


45. Agnes Keith House

tempat bersejarah di sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Rumah seorang penulis (Agnes Newton Keith) yang hebat ketika era Perang Dunia Kedua yang kini menjadi sebuah muzium & salah satu tempat bersejarah di Sabah yang sering dikunjungi pelancong. Destinasi ini menempatkan sebuah rumah lama berserta dengan galeri yang menceritakan tentang kehidupan penulis ini satu ketika dahulu. Penulis ini banyak menghasilkan buku-buku yang popular di peringkat antarabangsa yang mana secara tidak langsung mempromosikan negeri Sabah ke peringkat dunia. Banyak bahan bersejarah menarik & perkakasan klasik yang menjadi tumpuan seperti mesin taip, buku-buku, pen, barang hiasan rumah & sebagainya. Terdapat juga gambar-gambar lama sejak tahun 30-an lagi & cerita-cerita menarik berdasarkan pengalaman Agnes terutamanya ketika zaman penjajahan Jepun.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarakFacebook

  • Agnes Keith House, Jalan Istana, 90709 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi Agnes Keith House

  • 9.00 am – 5.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket ke Agnes Keith House

  • Warganegara Malaysia: RM 5.00
  • Pelancong Asing: RM 15.00
  • Warga Malaysia Sahaja:
    • Pelajar Beruniform – Percuma
    • OKU – Percuma
    • Warga Emas- Percuma
    • Pemandu Teksi- Percuma


46. Taman Bukit Tawau

taman bukit tawau sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tawau Hills Park ini mempunyai banyak spesis pokok-pokok hutan yang besar dan sangat tinggi. Di sini juga terletaknya pokok hutan tropika yang menjangkau 80 meter tingginya dan sering menjadi kawasan kajian para peneroka. Pengunjung juga boleh berkelah di kawasan air terjun di sini seperti di Air Terjun Table dan Air Terjun Bukit Gelas. Jika anda mencari tempat mandi manda di Sabah & pada masa yang sama inginkan kawasan sekeliling yang kaya dengan tarikan alam, destinasi ini sangat tepat untuk anda lawati. Terdapat juga sebuah kebun orkid yang menempatkan pelbagai spesis jenis orkid liar. Bagi yang suka hiking, destinasi ini juga tidak kurang menariknya yang menjanjikan denai hiking yang mencabar & sesuai untuk semua peringkat umur.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Tawau Hills Park, Tawau, Sabah

Waktu Operasi Tawau Hills Park

  • 8.00 am – 4.30 pm ( setiap hari)

Yuran Konservasi Tawau Hills Park

Warga Malaysia:

  • Dewasa ( 18 taun & keatas): RM 3.00
  • Kanak-kanak: RM 1.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa ( 18 taun & keatas): RM 10.00
  • Kanak-kanak: RM 6.00


47. Klias Wetland River Cruise

klias river cruise

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di timur Beaufort dan merupakan satu lagi produk eko-pelancongan yang ada di Sabah. Klias Wetland merupakan sebuah hutan paya bakau yang menempatkan beberapa binatang Borneo yang terkenal seperti proboscis monkey dan juga orang utan. Pengunjung boleh menaiki bot di waktu petang untuk melihat binatang-binatang istimewa ini. Pada waktu malamnya pula, pelancong boleh melihat kelip-kelip di beberapa lokasi sekitar sungai ini. Tarikan kelip-kelip bergantung kepada musimnya juga & kalau waktu selepas hujan, bilangan kelip-kelip mungkin sedikit daripada biasa.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Jalan Beaufort – Menumbok, Kampong Kota Klias, 89800 Beaufort, Sabah

  • Sebaiknya malam, boleh melihat kelip-kelip

  • Pelancong yang hendak mengunjungi Sungai Klias boleh buat tempahan awal dengan agensi-agensi pelancongan.


48. Tabin Wildlife Reserve

tabin wildlife resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yangs sukakan aktiviti yang mendekatkan diri dengan flora fauna atau ingin merasai pengalaman safari di Borneo, destinasi ini merupakan tempat menarik di Sabah yang paling ideal untuk aktiviti sedemikian. Pelancong boleh melihat pelbagai hidupan liar, melihat burung-burung yang unik, melihat orang utan, badak sumbu sumatera, gajah & pelbagai hidupan liar Borneo lain. Lokasinya terletak sekitar 1 jam perjalanan dari Lahat Datu & pengunjung boleh lawati Tabin melalui darat. Di sini juga ada penginapan untuk mereka yang nak merasai pengalaman bermalam di kawasan hutan.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-267266FacebookWebsite

  • Lahad Datu, Sabah

  • sepanjang tahun.


49. Aquarium & Marine Museum di Universiti Malaysia Sabah

 tempat menarik di sabah kota kinabalu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di kampus Universiti Malaysia Sabah, destinasi ini menawarkan beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung lakukan dan lawati seperti pameran terbuka terumbu karang, melihat tengkorak ikan paus serta akuarium yang menempatkan kuda laut, tapak sulaiman, udang gergasi, penyu laut dan ikan-ikan. Variasi koleksi hidupan marin memang agak banyak untuk tatapan pengunjung. Di luarnya pula terdapat sebuah kafe yang boleh anda makan-makan & yang paling menarik, pemandangan sekeliling dari sini juga memang lawa. Lokasinya juga dekat dengan pantai, selepas melawat muzium bolehlah ke pantai berdekatan yang mempunyai pemandangan yang tidak kurang menariknya untuk santai-santai dengan anak-anak. Sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan sambil belajar sekolah atau mungkin untuk mereka yang nak buat research.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi Aquarium & Marine Museum

  • 9.00 am – 4.00 pm ( Ahad tutup)

Harga Tiket Aquarium & Marine Museum

Pelancong Malaysia

  • Dewasa: RM 10
  • Kanak-Kanak & Pelajar ( 4-17 tahun): RM 5.00
  • Warga Emas: RM 5.00

Pelancong Asing

  • Dewasa: RM 20
  • Kanak-Kanak & Pelajar ( 4-17 tahun): RM 10.00
  • Warga Emas: RM 10.00


50. Danum Valley Conservation Area

Danum valley sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi lokasi yang sangat popular bagi mereka yang nak merasai suasana hutan dan melihat flora & fauna. Lembah Danum ini memang sangat popular di kalangan orang luar kerana mempunyai banyak binatang liar dan tumbuhan yang masih kekal terjaga sejak berabad lamanya. Banyak dokumentari dari luar negara sudah dijalankan di sini. Dan di sini juga anda berpeluang melihat pelbagai jenis monyet seperti orang utan, gibbon & proboscis monkey.

Setiap pergerakan anda ke mana-mana akan diiringi oleh ranjer dan tourist guide yang bertugas. Tidur malam diiringi dengan bunyi unggas dan cengkerik malam pasti membuatkan kita rasai satu penglamana yang berbeza. Kalau mereka yang betul-betul nak merasai suasana hutan Borneo, inilah salah satu tempatnya.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-212828FacebookWebsite

  • Lahad Datu, Sabah

Waktu Operasi Danum Valley Conservation Area

  • sepanjang tahun


51. Sungai Kinabatangan

tempat mandi manda di sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sungai Kinabatangan bukanlah tempat mandi manda di Sabah yang sesuai untuk pelancong kerana sungai ini terkenal sebagai habitat buaya. Seperti di Taman Negara di Pahang, di Sungai Kinabatangan anda boleh naik bot dan melihat hidupan liar serta alam flora di sepanjang sungai. Antara binatang-binatang liar yang boleh dilihat di sini ialah gajah, monyet liar, buaya, ular air, biawak orang utan dan banyak lagi.

Dan antara binatang yang paling menjadi tumpuan di sini ialah proboscis monkey. Pelancong tidak perlu risau dengan hidupan-hidupan liar ini, kerana anda selamat di atas cruise yang dinaiki. Untuk kepuasan maksimum, kebiasaannya pelancong datang ke sini 2 hari atau 3 hari. Ini kerana untuk melihat binatang-binatang liar di habitatnya, perlu masa yang sesuai dengan aktiviti binatang di sini. Ada yang suka keluar cari makan malam & ada pada waktu siang.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Kinabatangan, Sabah

  • Sepanjang tahun

  • Bergantung kepada pakej dengan agensi atau di resort berdekatan.
  • Info lanjut layari website ini


52. Pasar Tanjung Tawau

pasar tanjung tawau sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau bercakap pasal destinasi membeli belah di Tawau untuk pelancong, orang setempat sudah tentu akan mencadangkan Pasar Tanjung Tawau yang menempatkan begitu banyak gerai-gerai & kawasan membeli. Umumnya yang menjadi aktiviti wajib pelancong ke sini adalah untuk mencari makanan popular setempat untuk dijadikan buah tangan seperti ikan masin, ikan bilis, rumpai laut kering, buah-buahan segar, sayuran segar, makanan santai orang tempatan & tidak kurang juga yang mencari sumber laut seperti ikan, lobster & udang yang mana harganya memang sangat-sangat murah kalau nak dibandingkan tempat lain. Paling menarik, datang ke sini sebelum 6.30 am kerana pilihan makanan laut mentah yang segar sangat banyak. Kalau menginap di homestay berdekatan pasar ini memang menarik, boleh makan makanan laut puas-puas.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Waktu Operasi Pasar Tanjung Tawau

  • 5.00 am – 5.00 pm

  • Kawasan pasar


53. Tanjung Aru Perdana Park

 tanjung aru perdana park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi taman rekreasi bertasik yang sangat popular di Bandar Kota Kinabalu. Sekiranya bercuti di Kota Kinabalu & inginkan destinasi santai petang atau malam untuk bersiar-siar sambil cari makan, bawalah keluarga & anak-anak ke sini. Yang paling mencuri tumpuan di sini ialah musical fountain show yang berlangsung antara pukul 7.00 pm – 9.00 pm setiap hari. Dengan kemudahan awam yang lengkap seperti tandas awam, playground, tempat makan & kawasan jalan kaki berbata yang baru, sangat sesuai untuk dijadikan destinasi santai petang anda di Kota Kinabalu bersama keluarga. Lokasinya juga dekat dengan Pantai Aru yang merupakan salah satu pantai di Kota Kinabalu yang tidak kurang menariknya untuk bersiar-siar petang di tepi pantai.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Jalan Melati, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi Tanjung Aru Perdana Park

  • 5.00 am – 9.00 pm

Bayaran Masuk Tanjung Aru Perdana Park

  • Masuk percuma
  • Bayaran parking kereta : RM 1.00 / per entry / per car


54. Tamu Pekan Beaufort

bercuti di sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda bercuti di Sabah di bahagian pekan Beaufort, jangan lupa untuk singgah di pasar minggu ( tamu ) dan melihat sendiri barangan keperluan harian serta pilihan cenderahati untuk dibeli. Pelbagai jenis produk makanan baik yang mentah atau yang siap dimakan ada dijual di sini. Tamu Mingguan Beaufort merupakan destinasi yang sering menjadi kunjungan pelancong dalam & luar negara untuk melihat adat jual beli & kebudayaan penduduk setempat. One stop centre di Beaufort yang cukup ideal untuk pelancong membeli belah pelbagai produk menarik orang di sini.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak

  • Pekan Beaufort, 89807 Beaufort, Sabah

  • Jumaat: 6.00 am – 6.00 pm
  • Sabtu: 6.00 am – 12.00 pm

  • kawasan pasar


55. Borneo Quad Biking

tempat menarik di tuaran

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda sukakan aktiviti yang adventure & pada yang sama boleh menerokai keindahan hutan di Borneo? Kalau ya, apa kata mencuba menunggang ATV yang diusahakan oleh Borneo Quaq Biking ini di mana pengunjung akan membawa ATV meredah hutan yang berliku & berlumpur di sekitar Kiulu Valley. Pengalaman menunggang ATV pergi balik melalui laluan khas sejauh 30 km ini memang tawaran yang sangat mengujakan untuk mereka yang sukakan akitiviti lasak. Satu tempat menarik di Tuaran, Sabah yang mesti anda terjah terutamanya belia remaja yang sukakan aktiviti pengembaraan dalam hutan yang mencabar.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088-438300FacebookWebsite

  • Kampung Mantob, 89250 Tuaran, Sabah

Waktu Tempahan di Pejabat:

  • Isnin-Jumaat: 8.00 am – 5.00 pm
  • Sabtu : 8.00pm – 12.oo pm
  • Ahad & Cuti Umum : Tutup


56. Kiulu White Water Rafting

water rafting di sabah best

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kawasan Kiulu sangat popular dengan aktiviti pengembaraan yang mencabar seperti ATV, zip line & juga water rafting di Sungai Kiulu yang dikelaskan dalam grade class 1 & 2. Cabaran deruan air di Sungai Kiulu ini tidaklah terlalu ekstrem & sesuai untuk sesiapa sahaja yang teringin nak merasai pengalaman water rafting di sungai. Aktiviti menyeronokkan di sini memang cukup untuk memenuhi satu hari percutian anda di Sabah.

WhatsappHotel TerdekatPeta LokasiJarak6011-31529677Facebook

  • 89250 Tamparuli, Sabah

  • setiap hari


57. Rumah Terbalik Tamparuli

rumah terbalik sabah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya bercuti ke Kundasang, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli. Dari luar rumahnya kelihatan bumbung di tanah dan di dalamnya pula, segala hiasan samaada perabot atau meja adalah tunggang terbalik. Yang terbaru juga terdapat muzium 3D di sini yang tidak kurang menariknya dengan pelbagai lukisan mural-mural 3D yang cantik. Tarikan di sini lebih kepada untuk bersuka ria & bukannya lebih kepada untuk menghayati nilai kebudayaan ataupun sejarah di Sabah. Namun, destinasi sebegini pasti akan membuatkan anak-anak lebih ceria & teruja dengan pelbagai kawasan menarik untuk sesi bergambar bersama. Terdapat juga tempat menjual cenderahati yang dijual di sini seperti baju, magnet peti & sebagainya. Sesuai untuk dijadikan buah tangan untuk rakan sepejabat atau jiran tetangga di rumah.

Hotel TerdekatPeta LokasiJarak6088 – 783911FacebookWebsite

  • Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah.

Waktu Operasi Rumah Terbalik Tamparuli

  • Rumah Terbalik: 7.00 am – 7.00 pm
  • 3D Wonders Museum: 7.00 am – 7.00 pm

*beroperasi setiap hari sepanjang tahun

Harga Tiket Rumah Terbalik Tamparuli

Warganegara Malaysia:

  • Rumah Terbalik: RM 12.70
  • 3D Wonder Museum: RM 24.40
  • Special combo ( Rumah Terbalik + 3D Wonder Museum) : RM 31.80

Kanak-kanak ( 4-12 tahun):

  • Rumah Terbalik: RM 5.30
  • 3D Wonder Museum: RM 15.90
  • Special combo ( Rumah Terbalik + 3D Wonder Museum) : RM 19.10

Pelancong Asing:

  • Rumah Terbalik: RM 19.10
  • 3D Wonder Museum: RM 35.00
  • Special combo ( Rumah Terbalik + 3D Wonder Museum) : RM 47.70

*kanak-kanak bawah 3 tahun percuma


Sabah memang satu negeri yang sangat besar dan mempunyai pelbagai tarikan pelancongan terutamanya yang bersumberkan alam semulajadi dan flora fauna. Majoriti destinasi pelancongan popular di Sabah adalah sama jenis tarikannya dengan kebanyakan tempat menarik di Sarawak yang popular. Ada beberapa tempat pelancongan di Sabah yang wajib anda datang kerana sesetengahnya memang tiada di Semenanjung Malaysia. Tidak hairanlah Sabah menjadi salah satu negeri pelancongan di Malaysia antara top 3 untuk pelancong luar yang ingin bercuti di kawasan hutan, di kepulauan & melihat binatang Borneo.

Tempat Penginapan Menarik di Sabah

Selain itu juga, penginapan menarik & romantis di Sabah juga lebih banyak terutamanya di kawasan kepulauan di Sandakan. Maklumlah, di Semenanjung Malaysia mana mungkin kita mencari penginapan atas air yang sangat cantik seperti di Mabul Water Bungalow yang terletak di perairan Pulau Sipadan & Pulau Mabul. Bahkan, resort-resort tepi pantai yang cantik juga lebih banyak pilihan untuk kita terokai.

Cari Hotel di Sabah

Pakej Percutian Menarik di Sabah

Akhir kata, semoga perkongsian 57+ pilihan aktiviti & tempat-tempat menarik di Sabah seperti di atas ini akan memberi anda inspirasi untuk bercuti ke negeri di Bawah Bayu ini kelak. Sekiranya anda ada pendapat yang nak dikongsikan tentang destinasi-destinasi di atas, sila komen di bawah untuk rujukan semua pembaca. Selamat cuti cuti Malaysia di Sabah. Wassalam.

Baca juga:

4.9/5 - (123 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Pulau di Sabah yang Best untuk Selam Skuba (Scuba Diving)

Selam skuba atau lebih dikenali dengan panggilan "diving" adalah aktiviti bawah air yang dilakukan oleh penyelam dengan bantuan set peralatan khusus yang lengkap untuk...

9 Pulau di Sabah Yang PALING MENARIK Untuk Bercuti

Kalau cakap pasal destinasi percutian di pulau-pulau yang menarik di Malaysia, negeri Sabah dan Terengganu semestinya dua negeri yang wajib anda terjah. Untuk kali...

9 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Rokiah
Rokiah
4 years ago

Next holiday plan insyaAllah

maspena
maspena
4 years ago

Menaiki keretapi diesel dari Beaufort ke Tenom juga adalah tarikan pelancongan yang sangat menarik di Sabah. Pemandangan alam semulajadi sepanjang sungai Padas begitu mengasyikkan dan indah mempesonakan bagi sesiapa yang memandang dan menghayatinya. Rasailah keunikan keretapi Sabah yang masih mengekalkan nilai lama yang masih ada di Malaysia dan pulau Borneo ini.

jo
jo
4 years ago

malam malam tempat menarik dimana?

Iz Homestay Tawau
Iz Homestay Tawau
5 years ago

Terbaik info dia sangat sangat padat. Thanks ya. Sangat membantu info ni.

Danial
Danial
5 years ago

Hotel Holiday Segama Kota Kinabalu
For Booking Please Contact: 088-213116

Muhammad
Muhammad
5 years ago

Sangat bermanfaat. Terbaik

Siti
Siti
5 years ago
Reply to  Muhammad

Hai, berminat untuk melancong ke Sabah boleh whatsapp saya di 0146297408. Harga berpatutan dan menarik

Muhammad
Muhammad
5 years ago

Terima kasih. Sangat bermanfaat.

Hubungi Kami

9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x