Isi Kandungan
Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang terletak kira-kira 25 km ke selatan Kuala Lumpur & siap dibina pada tahun 1999 untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Siapa sangka, dahulu ianya merupakan sebuah kawasan yang tiada apa-apa & kini telah menjadi salah satu destinasi pelancongan popular di kalangan pelancong tempatan serta pelancong asing. Tarikan pelancongan utama di Putrajaya terletak pada landskap kawasannya & binaan bangunan-bangunannya yang cantik serta dikelilingi keindahan alam hijau yang memukau. Tidak hairanlah, Putrajaya sangat dikenali dengan jolokan nama City in the Garden, atau Bandar Dalam Taman.
Seronok sebenarnya melancong ke Putrajaya kerana mempunyai sistem pengangkutan awam yang sangat cekap & jarak tempat-tempat menarik di Putrajaya juga tidaklah terlalu jauh antara satu sama lain. Walaupun kawasan Putrajaya tidaklah sebesar Kuala Lumpur, anda jangan terkejut pula jika masa yang diperlukan untuk menerokai kesemua tarikan percutian di Putrajaya memerlukan masa lebih daripada 2 hari.
Selain itu juga, faktor lokasi Putrajaya ini sendiri sebenarnya membolehkan anda menerokai beberapa tempat menarik di Selangor yang berdekatan sempadannya. Justeru, menginap di hotel di Putrajaya juga adalah keputusan yang bijak kerana lokasinya yang sangat strategik, sekali gus memudahkan penerokaan anda ke tempat-tempat menarik di Cyberjaya, Bangi, Kajang & sebagainya. Sebagai panduan bercuti, ayuh kita terokai 23+ tempat menarik di Putrajaya & juga beberapa destinasi berdekatan sempadannya untuk percutian anda seisi keluarga. Tersedia juga, peta lokasi, waktu operasi, jarak perjalanan & juga hotel terdekat untuk memudahkan anda membuat perancangan.
23+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Putrajaya
1. Masjid Putra
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Percutian anda di Putrajaya di akan pernah sempurna jika tidak melawat Masjid Putra & masjid ini boleh dilabelkan sebagai salah satu mercu tanda di Putrajaya yang paling popular. Masjid yang dibina dengan aggaran kos RM 250 juta ini menggabungkan konsep senibina Tradisional Melayu & juga Timur Tengah. Rugi sangat jika anda tidak mencuri masa untuk berkunjung ke Masjid Putra ini untuk beribadah & juga bergambar sebagai kenangan bersama keluarga.
Lokasi Masjid Putra ini juga sangat strategik dengan bangunan-bangunan pentabiran kerajaan & sering menjadi tempat solat berjemaah untuk orang kenamaan serta pemimpin-pemimpin tertinggi negara kita, terutamanya pada hari Jumaat. Kalau nak tahu, masjid ini juga mempunyai akses bawah tanah dari beberapa lokasi di Putrajaya untuk memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan yang berkerja di sekitarnya. Laluan bawah tanah ini hanya akan dibuka pada hari Jumaat ketika Solat Jumaat.
Selain itu, lokasinya juga adalah bersebelahan dengan Tasik Putrajaya & Dataran Putra yang cantik, membuatkan sekeliling masjid ini sangat ideal untuk anda yang kaki fotografi merakam sekeping panorama landskap yang mempunyai subjek-subjek ikonik di Putrajaya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Masjid Putra, Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan.
2. Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Putrajaya memang sangat kaya dengan senibina bangunan moden yang bercirikan pelbagai elemen budaya dalam & luar negara. Selain Masjid Putra, satu lagi masjid yang sangat menarik untuk anda lawati adalah Masjid Tuanku Mizan atau juga dikenali di kalangan penduduk setempat sebagai Masjid Besi. Ini kerana, warna utama masjid ini adalah berwarna perak & kalau nak tahu, 70% binaan masjid ini adalah menggunakan besi keluli manakala selebihnya 30% adalah konkrit.
Hebat bukan ? Ianya satu-satunya masjid yang dibina sedemikian rupa di Malaysia. Masjid Tuanku Mizan mempunyai perkarangan yang sangat lapang & landskap taman yang sangat menarik untuk anda bersiar-siar & berswafoto. Lebih menarik, lokasi masjid ini hanya bersebelahan dengan Tasik Putrajaya & membolehkan anda melihat pemandangan yang sangat mengusik kalbu terutamanya pada waktu Maghrib.
Dari masjid ini juga, anda boleh melihat beberapa mercu utama Putrajaya termasuk jambatan ikonik Putrajaya iaitu Jambatan Seri Saujana yang sangat indah pemandangannya dengan limpahan lampu neon warna warni pada waktu malam.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook |Â Website
- Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan.
3. IOI City Mall Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Merupakan sebuah kompleks membeli belah yang baru di Putrajaya & sangat ideal untuk anda lawati jika pertama kali bercuti di Putrajaya. Shopping mall ini boleh dilabelkan sebagai one stop centre untuk pelancong kerana anda boleh lakukan aktiviti membeli belah, makan makanan menarik & juga bersuka ria dengan hiburan keluarga yang terdapat di dalamnya. Antara tarikan di dalam IOI City Mall Putrajaya yang boleh anda terokai bersama anak-anak adalah taman tema indoor District 21, Icescape, The Symphony Walk, Archery Zone, Wangsa Bowl, Golden Screen Cinema & sebagainya.
Lapar ? Usah risau, di dalamnya terdapat puluhan restoran & tempat makan menarik yang boleh anda cuba. Sama ada menu tempatan atau ala barat, pasti ada jawapan yang sesuai dengan selera anda. Selain itu, dengan lebih 300 buah lot kedai pelbagai kategori, pasti membuatkan masa 3 jam berlalu dengan pantas sekali ketika jalan jalan di sini.
Jika anda bercuti di Putrajaya & pada masa yang sama cuaca tidak menentu, sangat disyorkan untuk menginap di hotel berdekatan IOI City Mall Putrajaya seperti Le Meridien Putrajaya, Palm Garden Hotel atau pun Putrajaya Marriot Hotel. Sekurang-kurangnya, anda boleh habiskan masa di dalam kompleks membeli belah ini jika tidak dapat melawat tempat menarik di Putrajaya yang terbuka akibat cuaca hujan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-83288899 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi IOI City Mall Putrajaya
Dibuka setiap hari
- 10.00 am – 10.00 pm
- Destinasi membeli belah
4. Taman Botani Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Seronok bukan makan angin di Putrajaya ? Ada banyak destinasi menarik yang boleh anda terokai untuk melihat keindahan flora fauna. Salah satu destinasi yang disyorkan adalah Taman Botani Putrajaya yang terletak di Presint 1 & bersebelahan sahaja dengan roundabout terbesar di Putrajaya. Destinasi ini merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan lebih 700 spesis tumbuhan dalam dan luar negara. Taman Botani yang sangat luas ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang berlainan temanya & jika malas berjalan kaki, anda boleh sewa basikal di sini atau menaiki ‘tram’.
Pokok-pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul spesis tumbuhan. Salah satu taman di dalam Taman Botani Putrjaya yang menjadi tarikan ialah Floral Garden atau Taman Tumbuhan Berbunga yang menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelosok dunia. Malah, terdapat juga titian kanopi yang sangat ideal untuk anda melihat suasana sekeliling dari sudut yang tinggi & lebih menarik.
Jika anda suka lihat senibina bangunan unik, singgahlah di Astaka Morocco yang pasti membawa anda ke satu suasana sekeliling yang berlainan daripada konsep senibina tempatan. Ianya merupakan replika Istana Moroccan yang sangat terkenal dengan keindahan senibinanya di Marakesh. Satu tempat menarik di Putrajaya yang sangat ideal untuk anda berlatih kemahiran fotografi landskap atau pun fotografi makro kerana details dindingnya yang begitu kaya dengan ukiran & motif geometri Islamik yang sangat unik.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-88877770 |Â Facebook
- Taman Botani Putrajaya, Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000, Putrajaya.
Waktu Operasi Taman Botani Putrajaya
- Dibuka setiap hari
- 7 am – 7 pm
- Jadual perjalanan tram
- Sesi pagi
- 9.30 am
- 10.30 am
- 11.30 am
- Sesi Petang
- 3.00 pm
- 4.00 pm
- Sesi pagi
*ditutup hari raya pertama Aidilfitri / Aidiladha.
Harga Tiket Taman Botani Putrajaya
- Bayaran masuk
- percuma
- Tram pelancong
- Dewasa:
- RM 4
- Kanak-Kanak/Pelajar:
- RM 3
- Dewasa:
- Lawatan berpandu ( minimum 10 orang)
- Dewasa:
- RM 5
- Kanak-Kanak/Pelajar:
- RM 3
- Dewasa:
- Astana Morocco
- Dewasa:
- RM 3
- Kanak-Kanak/Pelajar:
- RM 1
- Dewasa:
5. G2G Animal Garden
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika anda bercuti di Putrajaya bersama anak-anak kecil, sangat disyorkan untuk menerokai tarikan yang terdapat di Goat 2 Go Animal Garden, atau ringkasnya G2G Animal Garden. Lokasinya sebenarnya berada dalam Sri Kembangan & berdekatan dengan sempadan Putrajaya. Malah, jika anda menginap di hotel sekitar IOI City Mall seperti Marriot Putrajaya, Le Meridien Putrajaya atau Palm Garden Putrajaya, jaraknya hanya 4 km sahaja.
Destinasi ini merupakan sebuah destinasi yang berkonsepkan petting zoo & menempatkan lebih 60 spesis haiwan yang menarik untuk penerokaan anda seisi keluarga. Antaranya adalah arnab, kambing, iguana, burung kakak tua, kuda padi & sebagainya. Seronok bawa anak-anak ke sini kerana mereka berpeluang berinteraksi dengan haiwan-haiwan di sini dengan lebih dekat, sekali gus dapat memberi pendedahan awal terhadap anak-anak kecil tentang dunia haiwan.
Di samping itu, anak-anak anda juga berpeluang memberi makan kepada sesetengah haiwan di sini yang pasti akan menjadi satu pengalaman baru yang menyeronokkan untuk mereka. Jika anda mencari tempat makan menarik di Putrajaya, disyorkan untuk mencuba menu-menu di sini yang sangat menyelerakan. Memandangkan destinasi ini juga merupakan kandang penternakan kambing, maka anda boleh menikmati pelbagai menu makanan yang berasaskan daging kambing yang segar-segar belaka.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6019-9256852 |Â Facebook |Â Website
- Jalan MAEPS 4/3, Seri Kembangan, 43400, Selangor
Waktu Operasi G2G Animal Garden
- Hari bekerja / Weekday
- 10.00 am – 6.00 pm
- Hujung minggu / Weekend/ Cuti Umum
- 9.30 am – 6.00 pm
- Selasa
- Ditutup
Harga Tiket G2G Animal Garden
#1 Warganegara Malaysia ( MyKad)
- Dewasa:
- RM 20
- Kanak-Kanak ( 12 tahun & kebawah);
- RM 10
- Warga Emas (60 tahuun & keatas);
- RM 10
#2 Pelancong Asing
- Dewasa:
- RM 30
- Kanak-Kanak ( 12 tahun & kebawah);
- RM 15
- Warga Emas (60 tahuun & keatas);
- RM 15
6. Distric 21
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi ini merupakan sebuah taman tema indoor yang terletak di aras 1 dalam pasaraya IOI City Mall Putrajaya. Mempunyai pelbagai tarikan suka ria yang sangat sesuai untuk kanak-kanak, remaja & bahkan untuk dewasa, dengan syarat tinggi mesti melebihi 90 cm. Taman tema ini mempunyai 10 tarikan aktiviti yang boleh dilakukan & pasti akan memberikan anda sekeluarga satu pengalaman riang ria yang baru dalam hidup anda.
Antara yang menjadi tumpuan pengunjung adalah lapangan Trampoline yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar untuk melompat. Rata-rata aktiviti di sini memerlukan pergerakan badan yang agak lasak & lebih menyihatkan. Jika anda gemarkan aktiviti mencabar, cubalah aktiviti yang lebih menguji stamina seperti Sky Trail & jika anda berkeluarga, usah risau kerana banyak aktiviti lain yang lebih mesra kanak-kanak seperti Low Ropes atau pun Yoyo Car.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-83288888 |Â Facebook
- AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City,, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi Distric 21 Putrajaya
Park Attraction
- Isnin-Jumaat
- 12:00 pm – 8:00 pm
- Sabtu/Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah
- 10:00 am – 8:00 pm
Ticketing & Customer Service Counter
- 10.00 am – 10.00 pm
Level 2 Amusement
- 10.00 am – 10.00 pm
Harga Tiket Distric 21 Putrajaya
Active Pass – akses ke semua tarikan dalam satu hari.
- Isnin-Jumaat
- RM 68.00/pax
- Sabtu/Ahad/Cuti Am/Cuti Sekolah
- RM 85.00/pax
Non-Active Pass
- Isnin-Jumaat
- RM 10.00/pax
- Â (Sabtu/Ahad/Cuti Am/Cuti Sekolah)
- RM 10.00/pax
*Kanak-kanak < 90 cm atau OKU. PERCUMA
7. Icescape IOI City Mall
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Meluncur laju di atas ais semestinya menjadi satu tarikan di Putrajaya yang membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar untuk mencubanya. Almaklumlah, sukan meluncur ais sebegini bukannya boleh didapati di setiap negeri di Malaysia. Jika ini kali pertama anda bercuti ke Putrajaya bersama keluarga, cubalah bawa anak-anak bermain permainan ini & pasti mereka akan teruja.
Kalau nak tahu, lapangan ais ini adalah bertaraf dunia & bersaiz 30m x 60m yang dibina khas supaya menepati piawaian untuk sukan Olimpik. Rugi jika anda sekeluarga tidak mencubanya. Jika bercuti di Putrajaya sangat disyorkan untuk anda mencuba aktiviti ini bersama keluarga & anak-anak kerana bukan mudah untuk menjumpai lapangan luncur ais yang sangat besar sebegini serta sesuai untuk aktiviti hujung minggu atau pada musim cuti sekolah.
Jika bercadang untuk ke sini, pastikan anda membawa stokin & glove dari rumah siap-siap kerana ianya merupakan mandatori untuk mencuba aktiviti ini. Jika tidak, anda perlu beli stokin & glove yang turut ada dijual di sini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603Â -83288880 |Â Facebook |Â Website
- Icescape Ice Rink, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi Icescape Ice Rink IOI Mall
- 10.00 am – 10.00 pm ( Isnin-Ahad)
- Ice Resurfacing Schedule: 2:30 pm, 5:00 pm & 7:30 pm
Harga Tiket Icescape Ice Rink IOI Mall
1 . Harga Bayaran Masuk:
- RM 25 (weekdays) &
- RM 30 (hujung minggu, cuti am & cuti sekolah)
* wajib pakai stokin & sarung tangan untuk setiap skater.
2. Aksesori untuk disewa:
- Sarung tangan (RM 10)
- Stokin (RM 6)
- Lockers (RM 2)
- Penguin Skating Aid (RM 30/jam, untuk yang berumur 12 tahun & kebawah)
8. Cruise Tasik Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Putrajaya juga dikenali dengan jolokan nama “City in the Garden” atau “Bandar di Dalam Taman”. Jolokan ini adalah kerana landskap indah bandar Putrajaya yang banyak dikelilingi pokok-pokok & juga tasik buatan manusia sebagai pelengkap utamanya. Jika nak lihat dengan lebih dekat kenapa jolokan nama “City in the Garden” diberikan kepada bandar Putrajaya, salah satu caranya adalah dengan menaiki bot atau cruise mengelilingi bandar ini.
Anda pasti kagum melihat keindahan bangunan-bangunan kerajaan yang mempunyai senibina yang unik & cantik serta dikelilingi kehijauan yang sungguh mengasyikkan. Lokasi jeti untuk boat cruise ini terletak di Presint 1 berdekatan dengan Dataran Putra & berhadapan Masjid Putra. Harga tiket bergantung kepada pakej bot yang anda pilih sama ada ingin menaiki bot besar berhawa dingin atau pun menaiki bot tradisional buatan tangan (gondolas) yang diimport khas dari Terengganu.
Perjalanan menaiki bot ini mengambil masa sekitar 45 minit untuk mengelilingi majoriti tempat-tempat menarik di Putrajaya seperti Masjid Putra, Istana Darul Ehsan, Monumen Millenium, bangunan kementerian, Jambatan Putra dan juga Jambatan Putrajaya. Jika anda berbulan madu di Putrajaya, apa kata bawa pasangan anda menaiki Love Boat & pengalaman hanya berdua di atas bot tradisional ini pasti akan memberikan anda satu memori terindah yang romantis.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-88885539 |Â Facebook |Â Website
- Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1, 62000, Putrajaya
Waktu Operasi Cruise Tasik Putrajaya
#1 Sightseeing Cruise
- 1.00 pm, 2.15 pm, 3.30 pm, 4.45 pm, 6.00 pm, 7.15 pm
#2 Early Bird Sight Seeing Cruise
- Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah sahaja
- 11 am, 12 pm, 10 am
#3 Perahu Dondang Sayang
- Isnin-Jumaat
- 11.00 am – 6.30 pm
- Sabtu / Ahad / Cuti Sekolah:
- 10 am – 7 pm
#4 Perahu Dondang Sayang
- Isnin-Jumaat
- 11.00 am – 6.30 pm
- Sabtu / Ahad / Cuti Sekolah:
- 10 am – 7 pm
Harga Tiket Cruise Tasik Putrajaya
#1 Sightseeing Cruise ( 1.00 pm, 2.15pm, 3.30 pm, 4.45 pm, 6.00 pm, 7.15 pm)
- Standard
- Dewasa:
- RM 50
- Kanak-Kanak:
- RM 35
- Dewasa:
- Pemegang MyKad/MyKid
- Dewasa:
- RM 30
- Kanak-Kanak:
- RM 20
- Dewasa:
#2 Early Bird Sight Seeing Cruise – 11 am, 12 pm, 10 am ( Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah sahaja)
- Standard
- Dewasa:
- RM 25
- Kanak-Kanak:
- RM 28
- Dewasa:
- Pemegang MyKad/MyKid
- Dewasa:
- RM 15
- Kanak-Kanak:
- RM 10
- Dewasa:
#3 Perahu Dondang Sayang
- Standard
- Dewasa:
- RM 40
- Kanak-Kanak:
- RM 26
- Dewasa:
- Pemegang MyKad/MyKid
- Dewasa:
- RM 20
- Kanak-Kanak:
- RM 12
- Dewasa:
#4 Lepa Lepa Boat
- Standard
- Dewasa:
- RM 40
- Kanak-Kanak:
- RM 26
- Dewasa:
- Pemegang MyKad/MyKid
- Dewasa:
- RM 20
- Kanak-Kanak:
- RM 12
- Dewasa:
#5 Love Boat
- Isnin-Khamis
- RM 250 / jam
- Jumaat-Ahad & Cuti umum
- RM 350 / jam
*pakej lain, sila semak di website rasmi destinasi ini.
9. Taman Wetland Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika anda dari kota, apa kata luangkan masa dengan anak-anak di satu tempat menarik di Putrajaya yang kaya dengan keindahan flora fauna. Taman Wetland Putrajaya mempunyai landskap sekeliling yang sangat mendamaikan & pasti akan membawa anda ke satu dimensi lain di sebalik kemodenan Bandar Putrajaya. Konsep tarikan di sini sebenarnya sama seperti Taman Botani Shah Alam yang merupakan sebuah ‘taman hijau’ yang terletak dalam Bandaraya Shah Alam.
Banyak aktiviti outdoor menarik di Taman Wetland Putrajaya yang boleh anda sekeluarga lakukan seperti berbasikal, jogging, melihat burung-burung & juga bergambar untuk dijadikan koleksi foto peribadi. Terdapat juga kemudahan tram & basikal yang boleh disewa untuk menikmati keindahan di sini dengan cara yang lebih santai. Landskap taman ini yang dihiasi kolam-kolam ikan & tasik-tasik kecil membangkitkan lagi suasana sekeliling yang mendamaikan serta pasti menjadi ‘terapi mujarab’ untuk ketenangan diri anda pada hujung minggu.
Terdapat juga pakej lawatan berpandu untuk mereka yang ingin menerokai Taman Wetland Putrajaya dengan pengisian ilmu yang lebih mendalam. Jika anda guru yang memimpin lawatan sambil belajar di Putrajaya, sangat disyorkan untuk masukkan destinasi ini ke dalam agenda perjalanan anda. Bagi yang menginap di hotel berdekatan seperti Hotel Marriot Putrajaya & Palm Garden Putrajaya, bolehlah juga jadikan destinasi ini sebagai tempat riadah waktu pagi atau petang.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-88877774
- Putrajaya Wetland Park, Presint 13, 62000 Putrajaya
Waktu Operasi Putrajaya Wetland Park
Dibuka setiap hari
- 7.00 am – 7.00 pm
Jadual Perjalanan Tram
- Sesi pagi
- 9.30 am & 11.30 am
- Sesi petang
- 3.00 pm & 4.00 pm
Harga Tiket Putrajaya Wetland Park
#1 Bayaran masuk
- Percuma
#2 Perkhidmatan Tram
- Pelancong Tempatan
- Dewasa:
- RM 5
- Kanak-Kanak/Pelajar
- RM 4
- Dewasa:
- Pelancong Asing
- Dewasa:
- RM 7
- Kanak-Kanak/Pelajar
- RM 6
- Dewasa:
#3 Sewa Basikal
Pelancong Tempatan;
- Weekday;
- Single
- RM 8 jam
- Single + Baby Carrier
- RM 9 /jam
- Single
- Weekend, Cuti Sekolah & Cuti Am;
- Single
- RM 10 jam
- Single + Baby Carrier
- RM 12 /jam
- Single
Pelancong Luar;
- Weekday;
- Single
- RM 10 jam
- Single + Baby Carrier
- RM 12 /jam
- Single
- Weekend, Cuti Sekolah & Cuti Am;
- Single
- RM 12 jam
- Single + Baby Carrier
- RM 14 /jam
- Single
#4 Lawatan Berpandu
- Dewasa:
- RM 5
- Kanak-Kanak /Pelajar;
- RM 3
10. Taman Saujana Hijau Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Taman Saujana Hijau Putrajaya merupakan sebuah kawasan landskap yang berkeluasan 40 hektar yang menempatkan 3 tarikan utama iaitu European Garden, Oriental Garden & English Garden. Konsep landaskap ‘taman hijau’ di sini memang sangat mengagumkan & pasti membuatkan anda terasa seperti sedang bercuti di luar negara. Jika anda gemar melihat panorama matahari terbenam, singgalah ke European Garden yang merupakan kawasan tertinggi di sini & menjanjikan pemandangan Bandar Putrajaya yang sangat saujana mata memandang.
Oriental Garden pula menempatkan sebuah pavilion yang berkonsepkan budaya orang Cina dan mempunyai lebih banyak tumbuhan tropika. Di English Garden pula, terdapat sebuah gazebo yang dikelilingi oleh pokok bunga yang berwarna warni & di sinilah destinasi yang membuatkan anda seperti berada di sebuah taman rekreasi awam di London. Tidak hairanlah, ramai raja sehari setempat sering memilih taman ini untuk sesi outdoor wedding photoshoot memandangkan suasana sekelilingnya yang sangat mendamaikan & cukup memukau.
Disyorkan untuk melawat ke Taman Saujana Hijau Putrajaya pada waktu petang atau pagi untuk kurang rasa bahang panas matahari. Sekiranya hari hujan & ada kilat, sangat tidak digalakkan untuk berada di kawasan berbukit di sini bagi tujuan keselamatan. Jika anda kaki kamera, berada di sini pasti akan memberi anda seribu macam idea untuk menghasilkan foto landskap memukaku yang pasti akan jadi viral di media sosial.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Taman Saujana Hijau Putrajaya, Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Tidak dikhususkan ( taman rekreasi awam)
- percuma
11. Dataran Putrajaya Presint 3
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan Dataran Merdeka, di sini pula terkenal dengan Dataran Putrajaya. Walaupun 2 destinasi ini berbeza lokasinya namun konsep tarikan untuk pelancong adalah sama, iaitu menikmati keindahan senibina bangunan & bersantai bersama keluarga di dalam suasana sekeliling yang cantik. Senibina bangunan di sini yang rata-ratanya merupakan bangunan pentadbiran kerajaan memang sangat unik & lebih moden. Kedudukan bangunan-bangunannya juga sangat bersistematik, sekali gus memudahkan pelancong menerokai keindahan sekeliling.
Selain itu, lokasi Dataran Putrajaya Presint 3 ini juga berdekatan dengan beberapa lagi tempat menarik di Putrajaya yang popular iaitu Masjid Tuanku Mizan, Kampung Beca & juga Taman Persahabatan China-Malaysia. Tidak hairanlah, pelancong yang sukakan aktiviti fotografi, pasti akan mulakan penerokaan dari Dataran Putrajaya Presint 3 untuk melempias minat masing-masing. Begitu banyak subjek simbolik & ikonik dengan Putrajaya yang ada di sini serta pasti akan memberikan anda banyak idea untuk menghasilkan foto yang memukau. Disyorkan untuk berkunjung waktu petang, pagi atau pun malam jika tidak mahu berpanas di bawah terik sinaran matahari pada waktu tengahari.
Pada bulan Ramadhan, destinasi ini sangat meriah dengan kunjungan orang setempat untuk berbuka puasa secara berkelah ramai-ramai. Bahkan, bazar Ramadhan juga sangat dekat. Jika anda inginkan aktiviti menarik di Putrajaya waktu malam yang lebih santai, bolehlah singgah untuk melihat keindahan landskap sekeliling & juga ragam manusia yang lepak di sini terutamanya pada hujung minggu.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Dataran Putrajaya Presint 3, Presint 3, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Tidak dikhususkan ( dataran awam terbuka)
- Percuma
12. Jambatan Putrajaya (Jambatan Seri Wawasan)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sebuah jambatan yang sangat unik sepanjang 430 meter ini juga merupakan salah satu mercu utama Wilayah Persekutuan Putrajaya. Jika anda perasan, sudah banyak adegan filem dari dalam & luar negara yang menjadikan Jambatan Putrajaya atau Jambatan Seri Wawasan ini sebagai lokasi salah satu penggambaran mereka. Salah satunya adalah filem Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof. Malah, Jambatan Putrajaya ini juga sering menjadi tempat pilihan untuk wedding photoshoot bagi pasangan mempelai setempat yang baru berkahwin.
Jika anda suka merakam panorama matahari terbenam, cubalah ke Jambatan Putrajaya ini pada waktu senja. Hiasan lampu neon warna warni di jambatan ini yang berlatar belakangkan panorama langit jingga di ufuk barat, pasti akan menghasilkan sekeping foto landskap yang sangat menarik bukan ? Pada waktu malam juga, anda boleh lihat jambatan ini dari jauh lagi kerana sinaran lampu neon yang menghiasi jambatan ini sangat unik coraknya & sangat harmoni dekorasinya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya
- Tidak dikhususkan ( jambatan awam terbuka)
- Percuma
13. Alamanda Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Merupakan salah satu shopping mall di Putrajaya yang sudah lama bertapak di sini. Kompleks Alamanda Putrajaya sangat sesuai untuk anda jadikan destinasi makan makan & juga membeli belah bersama keluarga kerana mempunyai begitu banyak lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan baik pakaian, buku-buku, aksesori wanita & sebagainya. Setiap hujung minggu Alamanda Putrajaya tidak pernah lekang dengan kunjungan warga setempat untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan-rakan dengan tarikan hiburan keluarga yang ada di sini seperti menonton panggung wayang, bermain bowling atau pun riang ria di mini amusement di dalamnya.
Lapar ? Usah risau kerana terdapat beberapa restoran, kafe atau pun fast food restaurant di sini yang pasti akan memberikan anda banyak idea untuk aktiviti ‘jalan jalan cari makan’ di Putrajaya. Malah, medan selera di sini juga sangat besar & menyajikan aneka menu makanan sama ada masakan tempatan mahu pun luar. Sudah makan, bolehlah pula jalan jalan & bergambar di perkarangan luar medan selera ini untuk melihat kolam air pancut warna warni atau pun berswafoto di Bamboo Walkway.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-88888882 |Â Facebook |Â Website
- Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya.
Waktu Operasi Alamanda Putrajaya
- Dibuka setiap hari
- 10 am – 10 pm
- Percuma ( destinasi membeli belah)
14. Skyrides Festivals Park
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Nikmati keindahan Bandar Putrajaya dari kaca mata seekor burung secara 360 darjah. Jika anda inginkan aktiviti menarik di Putrajaya yang unik & susah untuk didapati di tempat lain, apa kata cuba naik belon helium gergasi di sini yang akan membawa anda menuju ke langit biru setinggi 500 meter. Aktiviti sebegini pasti akan memberikan anda satu pengalaman baru dalam kembara hidup anda seisi keluarga kerana tidak ada tarikan sebegini di tempat menarik di Malaysia yang lain.
Kalau nak tahu, SkyRides Putrajaya ini termasuk di dalam Malaysian Books of Records sebagai helium balloon ride yang pertama & terbesar di dalam negara kita. Risaukan keselamatan ? Jangan bimbang, aktiviti ini diiktiraf oleh European Aviation Safety Agency (EASA), iaitu satu badan yang memantau piawaian aktiviti ini bagi memastikan keselamatan pengunjung. Jika anda ingin mencuba aktiviti menaiki belon helium yang diseliakan oleh pihak yang profesional & bertauliah, inilah destinasinya.
Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang menjadi sebahagian tarikan di sini seperti SkyWarriors, SkykidsWarrior, SkyBeca, SkyBuggy & juga SkyBike. Tidak kira sama ada anda berkunjung bersama keluarga, anak-anak atau pun rakan-rakan yang sukakan aktiviti lasak, destinasi ini ada jawapan yang ideal untuk penuhi agenda percutian anda di Putrajaya. Malah, jika anda mencari aktiviti untuk memenuhi agenda hari keluarga syarikat atau team building di Putrajaya bersama rakan sepejabat, cubalah SkyWarriors iaitu satu tarikan ala-ala Ninja Warriors yang pasti menguji tahap stamina para peserta.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-88930185 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Jalan P2m, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi SkyRides Ballon Putrajaya
- Ahad-Khamis:
- 10 am – 10 pm
- Jumaat – Sabtu:
- 10 am – 12 am
- Sila hubungi
- INFOLINE: 03-8893 0185
- Tel. 014-969 9482 (Siti)
15. Dataran Putra
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi ini lebih kepada tempat santai dengan landskap dataran roundabout yang sangat lapang & luas yang hanya berhadapan dengan Masjid Putra. Dataran ini memang tidak lekang dengan kunjungan orang setempat termasuk dengan pelancong luar untuk melihat keindahan landskap bangunan kerajaan yang berdekatan, Jambatan Putra & juga Masjid Putra.
Aktiviti di sini lebih kepada santai-santai melihat suasana sekeliling & jika anda pertama kali bercuti ke Putrajaya, bolehlah bergambar di sini pada waktu siang atau pun waktu malam untuk dijadikan sebagai kenangan bersama keluarga. Lazimnya, suasana di sini lebih meriah selepas pukul 6 petang sehinggalah ke malam. Terdapat juga warga setempat yang riadah, bermain basikal & sebagainya.
Aktiviti kekeluargaan adalah tumpuan utama untuk pengunjung yang bertandang ke Putra Square ini. Di sini juga terdapat tempat makan menarik untuk menjamu selera & juga jeti untuk anda yang ingin menerokai keindahan Tasik Putrajaya dengan menggunakan perkhidmatan bot. Satu tempat terbuka yang sangat disyorkan untuk mereka yang inginkan aktiviti santai & juga bergambar di kawasan yang cantik.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Dataran Putra, Presint 1, 62000 Putrajaya, Selangor
- Tidak dikhususkan ( dataran awam terbuka)
- Percuma
16. Taman Cabaran Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Wall Climbing merupakan satu sukan yang sangat menarik untuk dicuba & pasti ramai di kalangan kita yang teringin cuba tetapi tidak tahu di mana serta bagaimana untuk memulakannya. Usah risau, jika kebetulan anda bercuti di Putrajaya, terokai sahaja Taman Cabaran Putrajaya yang terletak di Presint 5 ini & menawarkan kemudahan indoor wall climbing yang mesra pengguna.
Tidak kira anda seorang amatur atau sudah bergelar profesional, variasi wall climbing di sini pasti membuatkan anda teruja untuk menghabiskan cabaran yang terhidang di depan mata. Jika anda tiada peralatan memanjat seperti kasut, harness atau beg kapur, usah khuatir kerana anda boleh sewa sahaja keperluan untuk aktiviti wall climbing di kaunter dengan harga yang sangat berpatutan. Menariknya, terdapat juga bahagian wall climbing di sini yang sangat mesra golongan kanak-kanak untuk mereka bermain secara percuma sahaja.
Tidak hairanlah, Taman Cabaran Putrajaya menjadi salah satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk golongan berkeluarga menghabiskan masa berkualiti pada hujung minggu. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain untuk mereka yang sukakan suka X-games seperti laluan mountain bike, lapangan roller blades & juga skate board. Sudah penat & puas riadah di sini, bolehlah pula makan-makan di restoran yang berdekatan & sangat terkenal di kalangan warga setempat.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-88877770 |Â Facebook
- Putrajaya Challenge Park, Jalan P5, Presint 5, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi Taman Cabaran Putrajaya
- Ahad-Khamis:
- 10 am – 8 pm
- Jumaat, Sabtu:
- 10 am – 10 pm
Bayaran Masuk Taman Cabaran Putrajaya
- Dewasa:
- RM 6.00
- Pelajar:
- RM 3.00
- Kanak-Kanak: Percuma
Kadar sewa kelengkapan untuk wall climbing:
- Tali :
- RM 15
- Harness:
- RM 5
- Kasut Memanjat:
- RM 7
- Beg kapur:
- RM 3
17. Astaka Morocco
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika anda sedang bersiar-siar di Taman Botani Putrajaya, jangan lupa untuk singgah di Astaka Morocco atau Moroccan Pavilion yang merupakan sebuah taman dengan landskap binaan yang sangat memukau. Seperti terukir pada namanya, motif ukiran dinding berserta ayat-ayat suci Al-Quran yang ada di sini adalah bercirikan senibina dari negara Morocco itu sendiri. Kalau nak tahu, ianya sebenarnya adalah sebuah replika istana Morocco yang sangat terkenal di Marakesh.
Tidak dinafikan, ketika berada di perkarangan Morocco Pavilion ini membuatkan anda seperti berada di sebuah rumah agam atau ‘taman larangan’ di luar negara. Senibina & geometri kesenian Islamik yang menghiasi di pintu, dinding, tiang & siling bangunan memang sungguh halus ukirannya yang pasti memakan masa yang lama untuk siapkannya. Manalah tahu, jika anda memasang impian untuk memiliki mahligai idaman satu hari nanti, bolehlah berkunjung ke sini dahulu untuk mencari inspirasi. Sangat disyorkan untuk anda berkunjung & berswafoto untuk dijadikan kenangan percutian di Putrajaya seisi keluarga.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-88877770
- Astaka Morocco, Taman Botani Putrajaya, Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000, Putrajaya.
Waktu Operasi Astaka Morocco Putrajaya
- Rabu-Isnin
- 9 am – 12 pm
- 2 pm – 5 pm
- Selasa Tutup
- Jumaat
- 9 am – 11 pm
- 3 pm – 5 pm
Harga Tiket Astaka Morocco Putrajaya
- Dewasa:
- RM 3
- Kanak-Kanak (12 tahun & kebawah) / Pelajar:
- RM 1
*perlu berurusan di kaunter untuk aktiviti fotografi / video (persendirian / komersial)
18. Taman Ekuastrian Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Teringin menunggang kuda buat pertama kali dalam hidup ? Apa kata bawa keluarga terokai Taman Ekuastrian Putrajaya di Presint 5 yang menempatkan sekitar 189 kandang kuda. Langsung tiada pengalaman ? Usah risau, terdapat pakej-pakej menunggang kuda yang ideal untuk semua latar belakang pengunjung. Menariknya, jika anda tinggal di Putrajaya, bolehlah ambil kurus intensif di sini untuk belajar menunggang kuda secara profesional.
TEP mempunyai banyak kemudahan yang bukan sahaja untuk aktiviti berkuda, malah juga mempunyai fasiliti seperti restoran, dewan serbaguna untuk perkahwinan & terdapat juga pelbagai pakej menarik lain yang sesuai untuk dijadikan lokasi mesyuarat syarikat atau pun team building di Putrajaya. Setiap tahun, buffet Ramadhan juga ada dianjurkan di TEP yang menjanjikan menu berbuka puasa yang sangat menyelerakan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-80008902 |Â Facebook |Â Website
- Taman Ekuestrian Putrajaya,, Jalan Kandang Kuda, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi Taman Ekuastrian Putrajaya
- Selasa-Ahad
- Sesi Pagi:
- 7.30 am – 11.00 am
- Sesi Petang:
- 4.00 pm-7 6.30 pm
- Sesi Pagi:
- Isnin tutup
Pakej Harga di Taman Ekuastrian Putrajaya
#1 Joy Ride
- Dewasa:
- RM 15
- Kanak-kanak:
- RM 10
#2 Stable Tour ( minimum, 10 pax per booking)
- Weekdays
- RM 20 / pax
- Weekends
- RM 25 / pax
*untuk pakej lain seperti kelas intensif menunggang kuda & sewaan kereta kuda/ kuda, sila layari website rasmi destinasi ini.
19. Taman Putra Perdana Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Masih cerita sebuah taman dengan landskap hijau yang cantik di Putrajaya. Destinasi ini terletak di tengah-tengah bulatan utama yang besar di Putrajaya & bersebelahan dengan penginapan Pulse Grande Hotel atau dahulunya merupakan Hotel Shang Ri La Putrajaya. Taman ini tidaklah terlalu besar tetapi cukup unik kerana lokasinya yang terletak di kawasan berbukit yang mana anda boleh melihat pemandangan indah & beberapa mercu utama di Putrajaya.
Di sekitar Taman Putra Perdana ini juga terletaknya sebuah mercu tanda permulaan Putrajaya yang sangat ikonik & dikenali sebagai Plaza Mercu Tanda yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1995. Di sini juga terdapat teropong umum yang boleh anda guna untuk melihat pemandangan sekitar bandar Putrajaya. Satu tempat yang menarik di Putrajaya untuk anda beriadah, jogging atau bersiar-siar waktu pagi atau petang bersama keluarga.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya
- Tidak dikhususkan ( taman rekreasi terbuka)
- percuma
20. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
PICC merupakan sebuah bangunan konvensyen yang besar dan cantik yang terletak di atas bukit di tengah-tengah bulatan besar. Pemandangan dari atas bukit ini memang menakjubkan dan dari sini anda juga boleh melihat bangunan Pejabat Perdana Menteri.
Kebanyakan acara besar di Putrajaya kebiasaanya diadakan di sini. Di sini juga ada restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan saban tahun setiap kali Bulan Ramadhan, pasti PICC tidak lekang menjadi kunjungan orang setempat untuk buka puasa Buffet Ramadhan bersama keluarga atau pun rakan sepejabat. Senibina bangunan juga menakjubkan dan berkonsepkan seni budaya dari pelbagai negeri di dalam Malaysia. Anda boleh rujuk website rasmi untuk atur cara terkini di PICC Putrajaya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 03-88876000 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- PICC, Presint 5, 62000 Putrajaya
- Tidak dikhususkan ( sila layari website)
- Tidak dikhususkan ( sila layari website)
21. Kompleks Sukan Air Putrajaya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sebuah destinasi yang sangat ideal untuk anda membawa keluarga mandi manda & bersuka ria di kawasan kolam mandi. Terdapat 2 buah kolam renang yang sangat sesuai untuk kanak-kanak & juga dewasa beriadah, malah segala kemudahan pengunjung seperti tempat bersalin, tandas & restoran turut disediakan. Jika anda boleh berenang laju, cubalah mandi manda di sini pula kerana kolam renang dewasa di sini adalah bersaiz olimpik & pernah menjadi venue untuk Sukan SEA.
Kolam mandi untuk kanak-kanak di sini tidaklah sehebat Bangi Wonderland Water Park & ianya hanyalah sebuah kolam mandi kecil yang sesuai untuk kanak-kanak bawah 10 tahun. Walaupun tiada gelongsor air kanak-kanak, kolam mandi di sini sudah memadai untuk anak-anak anda bersuka ria & berendam. Manalah tahu, jika anda menginap di homestay atau hotel bajet sekitar Putrajaya yang tidak menyediakan kolam renang, bolehlah singgah di sini untuk masa riang ria anak-anak anda.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 603-88880317 |Â Facebook |Â Website
- Kompleks Sukan Air Presint 6, Presint 6, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi Kompleks Sukan Air Putrajaya
Dibuka setiap hari;
- 9 am – 10 pm
Swimming Pool Sessions;
- 9.00 am – 11.45 am
- 12.30 pm – 3.15 pm
- 4.00 pm – 6.45 pm
- 7.30 pm – 9.45 pm
Harga Tiket Kompleks Sukan Air Putrajaya
- Dewasa:
- RM 3
- Kanak-Kanak:
- RM 2
22. Monumen Millennium
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Dari jauh, ianya kelihatan seperti sebuah roket yang bakal meluncur angkasa raya. Destinasi ini sangat menarik untuk diterokai atas 2 sebab utama. Pertama, monumen ini sendiri yang unik binaannya seperti sebatang pen & terletak di kawasan yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Kedua, pemandangan dari Monumen Millennium ini sangat memukau kerana anda boleh lihat beberapa tempat menarik di Putrajaya dari sudut pandangan yang lebih memukau seperti Masjid Tuanku Mizan, Masjid Putra, Jambatan Putrajaya, Tasik Putrajaya, SkyRides Putrajaya & sebagainya.
Memandangkan Monumen Alaf Baru atau Millenium Monument ini terletak di tepi Tasik Putrajaya, ianya membuatkan pemandangan Masjid Putra & Masjid Tuanku Mizam kelihatan seolah-olah terapung. Jika anda kaki lensa kamera, sangat disyorkan untuk merakam gambar landskap dari sini. Malah, jika datang waktu senja, latar belakang langit jingga pasti membuatkan foto anda lebih ‘WOW’ bukan ? Pendek cerita, satu tempat menarik di Putrajaya untuk photoshoot yang pasti tidak akan menghampakan kaki fotografi seperti anda.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Millenium Monument, Lebuh Ehsan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Tidak dikhususkan ( mercu tanda terbuka )
- Percuma ( mercu tanda terbuka )
23. Flyboard Malaysia
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Adakah anda seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru ? Jika ya, cubalah permainan ini yang membolehkan anda terbang di udara bagaikan adiwira Iron Man. Tidak dinafikan, tidak banyak aktiviti sukan air sebegini yang boleh anda cuba di Malaysia. Alang-alang sudah sampai di Putrajaya, sangat disyorkan untuk anda mencuba sesuatu yang baru. Destinasi Flyboard Malaysia di Putrajaya hanya terletak di Marina Putrajaya.
Walaupun aktiviti ini dilabelkan sebagai sukan ekstrem, sebenarnya tidak susah untuk mereka yang pertama kali mencubanya & bahkah ianya tidak menagih kudrat yang tinggi seperti aktiviti berkayak. Sesiapa sahaja boleh merasai pengalaman ini tanpa perlu sijil kelayakan atau pun lesen. Manalah tahu, jika kebetulan anda ke Putrajaya bersama rakan sepejabat atas urusan kerja, bolehlah ajak mereka mencuba aktiviti menarik ini yang pasti akan memberikan satu memori indah yang baru untuk anda semua.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-2871120 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Marina Putrajaya Sdn. Bhd., 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Setiap hari
- 9 am – 7 pm
*perlu buat tempahan di +6012-2871120
- Flyboard for Kids (30 minit)
- RM 150
- Flyboard for 1 person (30 minit)
- RM 370
- Flyboard for 2 person (30 minit)
- RM 690
- Flyboard for 3 person (30 minit)
- RM 750
*maklumat lanjut, sila layari website destinasi ini.
24. Dataran Gemilang
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sebuah destinasi yang sangat popular di kalangan warga setempat yang berkeluarga & lokasinya terletak di Presint 4 Putrajaya. Dataran Gemilang merupakan sebuah kawasan terbuka & mempunyai landskap taman yang tidaklah terlalu besar, tetapi sangat menarik. Lebih menarik, di sini juga terdapat kawasan kolam mandi manda untuk kanak-kanak yang sangat sesuai untuk mereka bersuka ria.
Bukan sahaja kolam mandi manda di sini cetek & bersih, malah tiada bayaran yang dikenakan untuk pengunjung. Dari sini juga anda boleh melihat kawasan sekeliling yang menampakkan bangunan-bangunan sekeliling & sesuai untuk aktiviti bergambar atau berswafoto. Kalau nak tahu, Dataran Gemilang ini terletak di dalam sebuah roundabout yang agak besar & kawasannya juga agak berbukit. Sangat sesuai untuk aktiviti santai-santai petang atau dijadikan tempat berkelah di Putrajaya ketika bercuti di sini bersama keluarga. Apa yang penting, ianya percuma sahaja.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Lingkaran Gemilang Dua, Presint 4, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Tidak dikhususkan ( dataran awam terbuka)
- Percuma
Majoriti tarikan pelancongan di Putrajaya memang tidak dinafikan sangat mesra untuk seisi keluarga. Walaupun anda menginap di sini, sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Selangor yang boleh anda terokai bersama keluarga seperti di sekitar Bangi, Sri Kembangan & juga Cyberjaya. Jika inginkan taman tema air berdekatan Putrajaya yang menarik, sangat disyorkan untuk anda ke Bangi Wonderland Water Park yang hanya 20-30 minit sahaja dari Putrajaya.
Tempat Penginapan Menarik di Putrajaya
Putrajaya merupakan bandar yang boleh dilabelkan sebagai kawasan elit & sangat membangun maka pilihan penginapan di sini kebanyakannya boleh dikatakan agak mewah. Sekiranya anda inginkan penginapan yang dekat di Putrajaya, boleh rujuk beberapa pilihan hotel / resort seperti di pautan yang disediakan di setiap destinasi di atas. Untuk pilihan penginapan yang lebih murah, anda boleh cari di kawasan sekitar Bangi atau pun Kajang.
Tempat Makan Menarik di Putrajaya
Dari segi makanan, variasi yang ada di Putrajaya mungkin agak terhad sedikit. Namun jangan risau, seperti yang telah dikatakan, anda boleh sahaja menerokai banyak restoran atau tempat menarik di Bangi yang sesuai untuk dijadikan destinasi ‘jalan jalan cari makan’ anda seisi keluarga. Akhir kata, semoga perkongsian 23+ tempat menarik di Putrajaya seperti di atas akan memberi anda inspirasi untuk bercuti di sini bersama dengan keluarga. Selamat cuti cuti Malaysia di Putrajaya. Wassalam.
Putrajaya is a wonderful place to visit..
nak g tmpat viral..tggu malam jer..nnti tido korang pergilah mana yg korang nk g
tandas awam pun kena byr zaman lani nokkk…
haah lohaiiiii masing masing cekik darohhhh
Apa nm tmpt yg skrg viral ramai org P melawat tu, msuk free…
Tandas awam