Isi Kandungan
Pulau Pemanggil terkenal di Malaysia sebagai salah satu tapak memancing yang terbaik, ia terletak 45 kilometer dari Mersing, iaitu lokasi perlepasan ke kebanyakan pulau-pulau di persisiran Selatan Semenanjung Malaysia. Ia terkenal di kalangan nelayan sebagai tapak yang terbaik untuk pemancingan laut dalam. Selain itu, terumbunya hampir tidak disentuh dan perairannya bebas daripada pencemaran. Pulau yang terpencil ini juga terkenal dengan kecantikannya dan kehidupan marinnya yang kaya dalam perairan yang hijau dan jernih.
Pulau Pemanggil terletak bersebelahan dengan Tioman yang memerlukan perjalanan 4.5 jam dengan bot dari Mersing
Pulau Pemanggil mempunyai jajaran pantai indah yang panjang dan perairan yang jernih bak kristal. Berbaring di atas pantai, terapung di atas air laut dan berjalan-jalan dengan santai merupakan aktiviti yang paling relaks di atas pulau ini. Di tengah-tengah pulau ini terletak sebuah batu yang dikenali sebagai Batu Buau, yang dianggap sebagai penjaga misteri pulau ini. Mereka yang mencari percutian yang sunyi atau pengembaraan laut tentunya akan menyukai Pulau Pemanggil.
5+ Tempat Menarik Di Pulau Pemanggil Mersing (Pakej Pulau Pemanggil 2020)
1. Teluk Kador
Perjalanan 20 minit akan membawa anda ke persisiran yang terpencil ini. Dekat dengan Pantai Temiang dalam perairan sedalam 20 kaki, anda akan mendapati sebuah kapal karam, yang mana kisahnya ialah dalam perjalanannya kembali dari Thailand, bot yang sarat penuh dengan jagung dan oren ini terhempas ke sebuah batu pada bulan November 1966 dan karam dengan segera, mengorbankan kelasinya. Hari ini, ia merupakan terumbu buatan. Barnakel memenuhi besinya dan ikan-ikan terumbu akan timbul dari lubang-lubangnya. Ikan hump head dan rock cod juga boleh dijumpai di sana.
2. Batu Buau
Terdapat perjalanan kaki yang menarik ke Batu Buau. Perjalanan ini bermula dari Kampung Buau. Sebuah bukaan dan jambatan akan membawa anda merentasi hutan di pulau ini dan ke batu yang berada di puncak. Ini tempat yang hebat untuk melihat burung. Terdapat myna hutan yang meniru bunyi burung yang lain, merpati imperial dan liar yang berkicau, dan burung-burung cantik yang lain.
3. Kampung Buau
Ini merupakan perkampungan utama di mana penduduknya yang terawal menetap di sini. Sebuah klinik, masjid, pondok polis dan sekolah membentuk tunjang komuniti ini. Sekolah ini hanya mempunyai 15 pelajar dari umur 5 ke 12 tahun. Salah satu daripada sebabnya ialah banyak keluarga telah berpindah untuk mendapatkan pendidikan lanjut untuk anak-anak mereka. Populasi di pulau ini telah menurun ke hanya 60 penduduk dan angka ini terus menurun kerana warga kampung yang lebih muda berhijrah ke bandar untuk peluang yang lebih cerah.
4. Kampung Pak Kaleh
Di kedua-dua hujung pantai Kampung Pak Kaleh ialah taman laut yang indah. Pelbagai terumbu lembut dan keras memegunkan pengunjung. Dengan taman yang begitu indah, sudah tentu akan ada ikan-ikan yang cantik dalam laut. Terdapat ikan kakak tua (bumphead parrotfish) yang kerap dijumpai di luar pantai. Dalam perairan cetek, jerung terumbu muncung hitam (black-tip reef shark) kerap mengelilingi, tetapi ia jarang menyerang manusia. Malah, media sekarang cuba mengubah reputasi ikan jerung sebagai pemakan manusia.
5. Lagun Pantai Lanting (Lanting Beach Lagoon)
Pantai di sini merupakan kombinasi batu dan pasir yang lembut dan dikelilingi oleh pokok kelapa. Batu-batu diliputi dengan ketam hitam bersaiz sederhana sementara pantai mempunyai banyak terumbu patah dan juga dipenuhi dengan pelbagai jenis kerang. Perairannya tenang dan bersih, dan ia hanya menjadi dalam beberapa meter dari pantai.
8+ Aktiviti-Aktiviti Yang Mesti Dibuat Di Pulau Pemanggil Johor
1. Jelajah pulau-ke-pulau (Island hopping)
Resort di sini menawarkan percutian ke pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Aur, Pulau Dayang dan Pulau Lang. Pulau-pulau ini indah dan sesuai untuk menangkap gambar juga.
2. Jelajah Memancing
Pulau ini cukup sesuai untuk memancing. Ia sebenarnya tidak dibenarkan di taman marin tetapi ada juga yang menangkap ikan di jeti. Kaedah menangkap ikan tradisional di Pulau Pemanggil cukup menarik, dan pemancingan tanpa umpan adalah satu daripadanya. Ikan popular seperti marlin dan sailfish merupakan kegemaran kaki pancing, di mana waktu yang terbaik untuk memancing ialah di antara September ke December. Dorado jarang ditemui, iaitu sekitar bulan Mei dan Jun dan Mackerel pula dalam bulan Julai dan Ogos. Bot boleh disewa untuk keselesaan memancing anda.
3. Menyelam Scuba (Scuba diving)
Jelajah dunia dasar laut yang bermisteri melalui selaman scuba di Malaysia. Anda boleh menyelam di Pulau Pemanggil dan melihat nemo dan kapal karam, yang merupakan enjin kapal China yang karam di Pulau Pemanggil. Terdapat beberapa resort yang menawarkan khidmat menyelam permukaan (snorkelling) sekitar RM30 seorang.
4. Menyelam permukaan (Snorkelling)
Menyelam permukaan merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mendekati terumbu karang yang hebat di sekitar Pulau Pemanggil dan anda akan mendapati kehidupan marin yang pelbagai dalam air.
5. Menjelajah di Batu Buau
Terdapat laluan pejalan kaki yang agak baik ke atas Batu Buau. Laluan ini bermula dari Kampung Buau. Sekiranya anda berminat untuk menjelajahi Batu Buau, anda boleh berbincang dengan kakitangan resort dan melihat sama ada mereka boleh mengaturkan khidmat ini untuk anda.
6. Melihat Burung di Batu Buau
Terdapat burung myna hutan yang meniru panggilan burung-burung yang lain, merpati imperial dan liar yang berkicauan, dan burung kakaktua yang hinggap di atas pokok.
7. Lawat perkampungan tempatan (Kampung Buau & Kampung Pak Kaleh)
Jangan ketinggalan peluang untuk mengalami kehidupan masyarakat tempatan dan mempelajari budaya mereka. Rancang percutian ke perkampungan utama di atas pulau – Kampung Buau & Kampung Pak Kaleh. Ia tentunya percutian yang berbaloi masa anda.
8. Aktiviti pantai
Anda boleh berseronok dengan aktiviti yang ditawarkan oleh resort tempatan seperti menjelajah hutan (jungle trekking), berkanu, bola tampar pantai.
Resort Pulau Pemanggil Johor:
1. Lanting Beach Resort Pulau Pemanggil
Resort pantai bercorak Melayu yang berkelengkapan ringkas, Lanting Beach Resort sesuai untuk pengunjung bajet yang menggemari penginapan yang ringkas namun serba lengkap. Ciri terbaik di Lanting Beach Resort ialah restorannya yang menyajikan makanan laut yang lazat kepada pengunjung dari siang ke malam. Aktiviti laut juga boleh disewa di sini untuk keseronokan pengunjung.
2. Pemanggil Holiday Heaven Chalet
Resort yang diusahakan oleh keluarga, ia merupakan resort chalet yang sesuai untuk kunjungan berkumpulan. Resort ini mempunyai kemudahan bot untuk disewa dan kemudahan barbeku pada malam akhir. Ramai pengunjung yang menginap di chalet ini untuk memancing.
Selain dua resort dan chalet utama ini, terdapat resort yang lebih kecil juga yang mungkin lebih sesuai untuk pengunjung yang lebih menggemari keringkasan dan bajet, contohnya:
- Family Inn Resort
- Pemanggil Indah
- Pak Kaleh Chalet