Isi Kandungan
Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling popular. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan dengan destinasi bersejarah yang mempunyai senibina unik & ada sesetengahnya pula berusia sehingga ratusan tahun lamanya. Tahukah anda, Bandaraya Melaka diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang tinggi nilainya. Hari ini, ayuh kita lihat kesemua destinasi percutian di Melaka yang popular seperti tempat bersejarah, tempat shopping, hiburan keluarga, taman tema air, pantai menarik, hotel atau muzium yang boleh anda lawati bersama keluarga kelak.
Bagi memudahkan percutian anda di Melaka kelak, turut tersedia di dalam senarai tarikan pelancong di Melaka seperti di bawah ini info-info penting untuk pelancong seperti harga tiket, waktu operasi, peta lokasi, pautan rujukan & juga hotel terdekat. Kebanyakan destinasi pelancongan di Melaka yang popular terletak di Bandar Hilir Melaka & apa yang menariknya, lokasi Bandar Hilir Melaka juga sangat dekat dengan kawasan pantai seperti Pantai Klebang & Pantai Puteri.
Tidak hairanlah, ramai pelancong tempatan yang melancong di Melaka dengan kenderaan, lebih berminat untuk mencari penginapan di hotel-hotel tepi pantai yang berdekatan. Waktu petang boleh bersantai dengan keluarga di tepi pantai & melihat keindahan panorama matahari terbenam yang melabuhkan tirai di ufuk barat Selat Melaka. Sekiranya anda masih buntu dengan apa yang menarik di Melaka, teruskan membaca supaya anda menjadi pelancong yang bijak merancang. Mudah mudahan percutian anda di Melaka bersama keluarga pada hujung minggu atau cuti sekolah nanti, bakal menjadi satu memori yang terindah.
57+ Destinasi Percutian Popular & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Melaka Bandaraya Bersejarah
1. Menara Taming Sari Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sekiranya pertama kali bercuti di Melaka destinasi ini wajib anda lawati bersama anak-anak. Satu tempat menarik di Melaka yang terletak di Bandar Hilir Melaka & sangat mudah untuk anda cari lokasinya. Pengunjung berpeluang menaiki menara ini dengan dek berkaca tertutup yang akan naik ke atas & berpusing 360 darjah secara berterusan. Jangan bimbang, putaran dek ini sangat perlahan & anda tidak akan rasa pening.
Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini anda dapat melihat majoriti tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang berdekatan seperti Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Gereja St Paul, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya. Waktu paling menarik untuk mencuba aktiviti ini adalah pada waktu petang kerana anda akan berpeluang melihat keindahan panorama matahari terbenam. Pada waktu malam pula, anda boleh melihat keindahan neon warna-warni yang menghiasi di sekitar Bandar Melaka.
Tempoh perjalanan menaiki Menara Taming Sari Melaka ini tidaklah terlalu lama sekitar 7-8 minit sahaja & dalam tempoh tersebut, anda akan berputar 360 darjah sebanyak 2-3 kali. Walaupun sekejap, tetapi pengalaman sebegini memang sangat berharga untuk anda nikmati bersama keluarga ketika bercuti di Melaka kelak. Almaklumlah, menara berpusing sebegini memang susah hendak dicari di Malaysia.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2881100 |Â Facebook |Â Website
- Menara Taming Sari Melaka, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi Menara Taming Sari Melaka
- 10 am – 11 pm (setiap hari)
* jangkamasa 7-8 minit
Harga Tiket Menara Taming Sari Melaka
Harga Tiket Biasa / Pelancong Asing
- Dewasa :Â RM 23.00
- Kanak-kanak: RM 15.00 (bawah 12 tahun)
Harga Tiket Pemegang Mykad
- Dewasa: RM 17.00
- Kanak-kanak : RM 11.00 (bawah 12 tahun)
*sediakan MyKad/MyKid ketika beli tiket
2. Muzium Kapal Selam Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Salah satu muzium di Melaka yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar untuk terokai. Kapal selam yang terletak di Pantai Klebang & bersaiz mega ini dibina pada tahun 1979. Setelah tamat beroperasi kini ianya dijadikan sebuah muzium untuk lawatan orang ramai. Sebaik sampai di kawasan parkir kereta, setiap pengunjung semestinya akan kagum dengan saiznya yang mempunyai panjang sehingga 70 meter. Kadang-kadang membuatkan tertanya-tanya, bagaimana kapal selam sebesar ini boleh menyelam sehingga 300 meter kedalamannya.
Di bawah kapal selam ini pula, terdapat ruangan yang memaparkan video & infografik berkenaan spesifikasi kapal selam ini serta sejarah pembinaanya. Anda pasti terkejut apabila melangkah masuk ke dalamnya kerana saiz laluannya sebenarnya agak sempit. Malah sebaik berada di dalam kapal selam ini, tiada ruang langsung untuk anda berselisih dengan orang hadapan. Tempoh untuk anda melihat keseluruhan bahagian dalam kapal ini mungkin sekitar 4-5 minit sahaja & itupun kalau tidak sesak dengan pengunjung.
Sekiranya tidak puas melihat bahagian dalaman kapal selam ini, anda boleh ‘tawaf’ & mulakan penerokaan dari pintu masuk. Di perkarangan Muzium Kapal Selam Melaka ini juga, terdapat 2 buah replika jet pejuang yang boleh pengunjung lihat dengan lebih dekat. Sekiranya pertama kali melancong ke Melaka, sangat disyorkan untuk anda berkunjung ke Muzium Kapal Selam ini kerana tarikan pelancong sebegini tiada di negeri lain.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Muzium Kapal Selam ( Submarine Museum) , Klebang, 75200, Melaka
Waktu Operasi Musium Kapal Selam
- Isnin – Khamis:
- 9.00 am – 5.00 pm
- Sabtu – Ahad:
- 9.00 am – 6.30 pm
- Jumaat:
- 9.00 am – 12.15 pm
- 2.45 pm – 6.3o pm
Harga Tiket Muzium Kapal Selam
- RM 5 (dewasa)
- RM 2 (kanak-kanak)
- Percuma (kanak-kanak <6 tahun)
3. Casa del Rio Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Memang tidak dinafikan, ramai pelancong yang bercuti di Melaka untuk berbulan madu kerana majoriti aktiviti di sini tidaklah terlalu ‘heavy’ seperti di pulau-pulau. Kebanyakan destinasi di Melaka hanya memerlukan anda berjalan & menghayati keindahan Bandar Melaka yang kaya dengan kesan peninggalan sejarah. Sekiranya anda inginkan tempat penginapan menarik di Melaka yang eksklusif & strategik, salah satu hotel yang sangat disyorkan adalah di Casa del Rio Melaka.
Penginapan ini merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang & terletak betul-betul di tepi Sungai Melaka. Malah, lokasi hotel ini juga berdekatan dengan majoriti tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang boleh anda terokai hanya dengan berjalan kaki sahaja seperti Muzium Maritim, Melaka River Cruise, Kota A Famosa, Jonker Street Night Market & banyak lagi. Lokasi ke tempat membeli belah yang paling popular di Bandar Hilir Melaka iaitu Dataran Pahlawan Megamall & Mahkota Parade hanya sekitar 800 meter dari hotel.
Apa yang lebih menarik, Casa del Rio Melaka mempunyai fasiliti yang sangat mewah & kolam renang infiti yang pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk berenang. Infinity pool ini terletak di kawasan aras bumbung yang membolehkan pengunjung untuk menikmati keindahan Bandar Melaka & Sungai Melaka. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain yang sesuai untuk pasangan yang sedang honeymoon di Melaka untuk lakukan seperti makan malam di restoran tepi Sungai Melaka, spa & sebagainya.
Harga Hotel |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2896888 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- 88, Jalan Laksamana, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
- Sepanjang tahun ( destinasi penginapan )
- Untuk tawaran harga penginapan terkini, semak di halaman ini.
4. Melaka River Cruise
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bandar Melaka memang tidak dinafikan mempunyai begitu banyak tempat menarik yang terletak dekat antara satu sama lain. Walaupun anda boleh berjalan kaki sahaja ke tempat-tempat menarik sekitar Bandar Hilir Melaka, tetapi kadang-kadang boleh memenatkan juga. Malah, kalau travel ke Melaka bersama anak-anak yang masih di peringkat bayi, tidak disyorkan untuk berjalan kaki di bawah terik sinaran matahari.
Jangan risau, bagi pelancong yang malas berjalan kaki atau terkekang pergerakan kerana adanya bayi, anda boleh melawati tempat-tempat menarik di Melaka dengan menaiki bot menyelusuri Sungai Melaka. Di sepanjang sungai ini, anda boleh melihat majoriti tempat-tempat menarik yang ada di Melaka seperti Dutch Fort, Muzium Samudera & sebagainya. Malah, di sepanjang sungai juga terdapat banyak mural-mural menarik yang dilukis pada dinding bangunan. Terdapat juga audio yang dimainkan di dalam bot yang memberi informasi setiap kali melewati sesuatu tempat menarik di sepanjang Sungai Melaka.
Waktu paling menarik untuk menaiki bot ialah pada waktu malam kerana kurang panas & pemandangan di sepanjang sungai juga lebih mengujakan kerana terdapat limpahan cahaya lampu neon berwarna-warni yang menerangi tebing sungai. Tempoh perjalanan juga agak lama sekitar 40-45 minit. Satu alternatif yang unik untuk menikmati keindahan Bandaraya Melaka bagi mereka yang mungkin malas berjalan kaki atau menaiki beca roda tiga.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 06-2814322 |Â Facebook |Â Website
- Jalan Laksamana, 75000 Melaka
Waktu Operasi Melaka River Cruise
- 9.00 am – 11.30 pm (Setiap hari)
Harga Tiket Melaka River Cruise:
Pelancong Tempatan;
- Dewasa: RM 25
- Kanak-Kanak: RM 15
Pelancong Asing;
- Dewasa: RM 30
- Kanak-Kanak: RM 25
*Tiket boleh dibeli di Spice Garden Jetty atau Melaka River Square Jetty
*Untuk tempahan awal, hubungi 06-281 5325
5. Masjid Selat Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Setiap negeri di Malaysia, kebanyakannya mempunyai masjid ikonik yang menjadi tumpuan para pelancong untuk melihat keunikannya terutamanya yang berkonsepkan ‘masjid terapung’. Bukan sahaja di Terengganu, Perlis, Sabah, Penang & Selangor sahaja yang mempunyai ‘masjid terapung’, di Melaka juga ada destinasi menarik untuk anda melihat masjid terapung yang terletak di Pulau Melaka.
Sekiranya anda bercuti di Bandar Hilir Melaka, bolehlah singgah solat & melihat keindahan masjid ini yang terletak di atas Selat Melaka. Masjid Selat Melaka ini tidaklah terlalu besar seperti Masjid Negara yang boleh memuatkan ribuan jemaah. Masjid ini mempunyai satu kubah utama berwarna keemasan & ruangan solat yang boleh memuatkan sekitar 500 jemaah sahaja.
Lokasinya sangat mudah diakses dari Bandar Hilir Melaka sekitar 5 minit sahaja memandu. Sekiranya anda kaki fotografi, anda boleh ke sini pada waktu senja untuk merakam gambar landskap masjid ini di dalam suasana matahari terbenam. Walaupun Masjid Selat Melaka adalah tempat ibadah umat Islam, namun ramai juga pelancong luar yang beragama lain yang datang ke sini untuk bergambar & bersiar-siar di kawasan perkarangan masjid.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Melaka
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan.
6. Taman Tema Air A’Famosa Resort
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Satu tempat menarik di Melaka yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bagi golongan berkeluarga, A’Famosa Water Theme Park adalah taman tema air yang terbaik di Melaka & bahkan juga merupakan salah satu water theme park yang terbesar di Malaysia. Tarikan permainan air di sini seperti gelongsor air atau water slide bukan hanya direka khas untuk kanak-kanak sahaja malah water slides yang memberikan ledakan adrenalin juga terdapat di sini.
Salah satu tarikan yang paling mengujakan adalah high speed water slide yang merupakan gelongsor air yang sangat tinggi & sangat curam yang pasti memberikan kepuasan yang maksima. Selain itu, terdapat juga gelongsor air berliku sepanjang 108 meter yang dikenali sebagai The Big Ice Cream & merupakan antara water slides yang terpanjang di Malaysia. Secara keseluruhannya, terdapat lebih 12 jenis tarikan water slides & permainan air yang ada di Taman Tema Air A’Famosa Resort yang sesuai untuk segenap usia.
Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik lain di sekitar A’Famosa Resort ini seperti di Safari Wonderland & juga terdapat sukan rekreasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai aktiviti team building atau family day. Tarikan untuk aktiviti berkeluarga di sini memang sangat banyak untuk diterokai & mungkin memerlukan masa lebih daripada sehari. Oleh itu, sebaiknya anda menginap sahaja di resort ini untuk memudahkan pergerakan anda sekeluarga.
Whatsapp |Â Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-5520888 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- A’Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah, 78000, Melaka.
Waktu Operasi A Famosa Resort Water Park:
- Isnin-Jumaat
- 11.00 am – 7.00 pmÂ
- Sabtu & Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Am
- 9.00 am – 7.00 pm
*Ditutup setiap Selasa kecuali pada cuti sekolah & cuti am
Harga Tiket A Famosa Resort Water Park:
Isnin-Jumaat
- Safari Wonderland
- Dewasa: RM 42
- Kanak-Kanak: RM 30
- Taman Tema Air
- Dewasa: RM 30
- Kanak-Kanak: RM 25
- COMBO Safari Wonderland + Taman Tema Air
- Dewasa: RM 68
- Kanak-Kanak: RM 52
Hujung Minggu
- Safari Wonderland
- Dewasa: RM 47
- Kanak-Kanak: RM 35
- Taman Tema Air
- Dewasa: RM 35
- Kanak-Kanak: RM 20
- COMBO Safari Wonderland + Taman Tema Air
- Dewasa: RM 76
- Kanak-Kanak: RM 60
Harga untuk Pelancong Asing
Isnin-Jumaat
- Safari Wonderland
- Dewasa: RM 123
- Kanak-Kanak: RM 111
- Taman Tema Air
- Dewasa: RM 160
- Kanak-Kanak: RM 139
Hujung Minggu
- Safari Wonderland
- Dewasa: RM 168
- Kanak-Kanak: RM 152
- Taman Tema Air
- Dewasa: RM 213
- Kanak-Kanak: RM 192
Pakej Percutian A Famosa – https://www.holidaygogogo.com/2h1m-a-famosa-pakej-tour/
7. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Selain water park di A’Famosa Resort Melaka, destinasi ini adalah satu lagi pilihan terbaik untuk pelancong yang ingin membawa anak-anak bersuka ria di taman tema air. Melaka Wonderland Theme Park & Resort ini menawarkan 11 jenis gelongsor air & tarikan air yang sesuai untuk seisi sekeluarga seperti tornado chaser, kamikaze race, adventure island & juga wave pool. Antara gelongsor air yang paling mengujakan di sini adalah kamikaze race yang pasti membuatkan anda ‘kecut perut’ ketika meluncur laju dari puncak ke bawah.
Lokasi Melaka Wonderland Theme Park di Ayer Keroh ini hanya terletak kira-kira 5 km dari Lapangan Terbang Melaka & juga bersebelahan dengan beberapa lagi tempat menarik di Melaka yang lain seperti Zoo Melaka, Taman Buaya Melaka, Taman Burung Melaka, Skytrex Melaka & sebagainya. Sekiranya anda menginap di hotel berdekatan destinasi ini, bolehlah menerokai kesemua destinasi-destinasi menarik yang dinyatakan.
Pihak pengurusan juga ada menawarkan perkhidmatan untuk menganjurkan program seperti family day, team building, company gathering ataupun lawatan sekolah. Sebagai syarat, jumlah peserta mestilah 30 orang & keatas. Walaupun taman tema air ini sangat besar namun ketika waktu puncak seperti pada cuti sekolah, kesesakan pengunjung juga boleh berlaku. Malah kadang-kadang terpaksa beratur lama menunggu giliran untuk bermain gelongsor air di sini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2313333 |Â Facebook |Â Website
- Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi Melaka Wonderland Theme Park & Resort
- Â Selasa-Jumaat;
- 11.00 am – 7.00 pm
- Sabtu-Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Am;
- 10.00 am – 7.00 pm
- Isnin ditutup kecuali pada cuti sekolah & cuti umum.
Harga Tiket Melaka Wonderland Theme Park & Resort
#1 Water Park
- Dewasa:
- Hari Berkerja: RM 37.90
- Hujung Minggu: RM 42.65
- Kanak-Kanak:
- Hari Berkerja: RM 30.60
- Hujung Minggu: RM 35.80
- Warga Emas / OKU
- Hari Berkerja: RM 23.70
- Hujung Minggu: RM 23.70
- Pelancong Asing
- Dewasa: RM 49.55
- Kanak-Kanak: RM 42.65
- Warga Emas / OKU: RM 26.30
*warga emas berumur 55 tahun & keatas
*kanak-kanak berumur 3-12 tahun & tinggi 90 cm keatas
*kanak-kanak bawah 90 cm & bawah 3 tahun, PERCUMA
#2 Melaka Wonderland Recreational Lake
- Pedal Boat :
- RM 20.00 per boat for 30 minutes
- Tube Ride :
- RM 15.00 per tube for 30 minutes
- Fish Feeding :
- RM 5.00 per feeding
- Rabbit Feeding :
- RM 5.00 per feeding
8. Pantai Klebang Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Tidak dinafikan, destinasi pelancongan di Melaka lebih popular dengan tempat yang bersejarah & pilihan destinasi menarik tepi pantai memang agak kurang. Sekiranya anda bercuti di Bandaraya Melaka & inginkan destinasi tepi pantai yang menarik, salah satu yang terdekat adalah Pantai Klebang. Lokasinya hanya sekitar 5-6 km sahaja dari Bandar Hilir Melaka. Umumnya, Pantai Klebang adalah pantai rekreasi awam & bukanlah pantai peranginan yang panjang seperti di Pantai Port Dickson ataupun Pantai Cherating.
Pesisiran pantai di sini memang sangat luas & sesuai untuk anda lakukan aktiviti seperti bermain layang-layang, bola sepak pantai & sebagainya. Malah, tidak kurang juga yang datang ke sini hanya untuk santai-santai melihat pemandangan pantai & ‘melayan jiwa’ sendirian. Memang betullah kata orang, kalau fikiran berserabut, datanglah ke pantai untuk melihat lautan samudera yang terbentang luas. Selain itu, kawasan Pantai Klebang juga adalah berteluk & ombaknya tidaklah terlalu besar seperti di pantai timur.
Malah, ada penduduk setempat yang mandi manda & tidak kurang juga yang memancing. Waktu petang atau hujung minggu, memang ramai pengunjung berkelah di sini & tidak kurang juga kehadiran kaki fotografi yang merakam gambar landskap pantai pada waktu sunset. Pantai Klebang juga sangat dekat dengan beberapa tempat menarik di Melaka yang lain seperti Muzium Kapal Selam, Cendol Bakar & Klebang Coconut Shake. Sekitar Pantai Klebang juga terdapat beberapa hotel menarik tepi pantai yang ideal untuk anda bermalam seperti Klebang Beach Resort & juga Shah’s Beach Resort.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pantai Klebang, Melaka
- 24 jam ( destinasi pantai rekreasi awam)
- Percuma
9. Bayou Lagoon Park Resort
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Inginkan destinasi percutian hujung minggu di Melaka yang menarik untuk diterokai bersama anak-anak ? Apa kata anda mempertimbangkan untuk bermalam di Bayou Lagoon Park Resort, iaitu sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Katil Melaka & hanya 20 minit memandu ke Bandar Hilir Melaka. Destinasi penginapan ini bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan yang sesuai untuk berkeluarga malah turut mempunyai kemudahan taman tema air & juga aktiviti-aktiviti rekreasi yang sesuai untuk dijadikan program hari keluarga, team building syarikat & sebagainya.
Water park di hotel ini tidaklah sebesar Melaka Wonderland atau A’Famosa Water Park tetapi lebih daripada mencukupi untuk membuatkan anak-anak kecil anda bergembira. Gelongsor-gelongsor air di sini tidaklah terlalu tinggi & sangat mesra untuk kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun. Selain itu juga, terdapat banyak aktiviti rekreasi/sukaneka/ telematch yang ditawarkan oleh pihak hotel untuk dilakukan secara berkumpulan seperti giant slipper, ballon race, chopstick crazy & banyak lagi.
Umumnya, terdapat lebih 10 jenis pilihan permainan / telematch yang boleh dilakukan di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh beriadah dengan aktiviti outdoor lain seperti memanah ataupun lakukan aktiviti santai dengan membawa anak-anak untuk bergambar di muzium 3D yang terdapat di hotel ini. Jangan terkejut, tarikan mural 3D di sini adalah setanding dengan muzium 3D di Melaka yang lain. Bagi yang mencari tempat menarik di Melaka untuk family day, seminar syarikat & team building, Bayou Lagoon Park Resort adalah salah satu pilihan terbaik.
Harga Hotel |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2330888 |Â Facebook |Â Website
- Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, 75450, Bukit Katil, Melaka
Waktu Operasi Bayou Lagoon Water Park
- Hari berkerja/ weekday:
- 9.00 am – 7.00 pm
- Hujung minggu, cuti sekolah & umum:
- 8.00 am – 7.00 am
- Ditutup setiap hari Selasa, kecuali pada hari cuti umum Negeri Melaka, cuti sekolah & cuti umum.
- Untuk tawaran harga penginapan di sini Bayou Lagoon Park Resort, sila semak di halaman ini.
Harga Tiket Bayou Lagoon Water Park
Hari Berkerja / Weekday:
- Dewasa : RM 22.00
- Kanak-Kanak : RM 16.00
- Warga Emas:Â RM 11.00
Hujung minggu, cuti sekolah & cuti umum:
- Dewasa :RM 28.00
- Kanak-Kanak : RM 20.00
- Warga Emas :Â RM 14.00
*PERCUMA untuk kanak-kanak tinggi di bawah 3 kaki
* Warga Emas: (55 tahun & keatas)
10. Kota A’Famosa (Pintu Gerbang Santiago)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Percutian di Melaka anda boleh dikatakan belum lengkap sepenuhnya sekiranya tidak berswafoto & melawat destinasi ini. Kubu A Famosa yang berusia lebih 500 tahun ini merupakan satu mercu tanda di Melaka yang sangat ikonik sejak zaman berzaman. Malah, kebanyakan poskad Negeri Melaka pasti akan menggunakan kubu ini sebagai hiasan gambar utama. Secara tepatnya, pintu kubu ini dinamakan Porto De Santiago atau nama Melayunya, Pintu Gerbang Santiago. Tahukah anda, Pintu Gerbang Santiago ini merupakan binaan Eropah tertua yang masih kekal di Asia.
Bagi guru yang mengadakan lawatan sambil belajar di Melaka, anda perlu membawa pelajar untuk melihat dengan lebih dekat destinasi ini dalam misi memantapkan lagi ilmu sejarah di Negeri Melaka. Ringkasannya, binaan gerbang usang ini merupakan sebahagian daripada kubu pertahanan yang dibina ketika zaman penjajahan Portugis pada 1511 untuk melawan penentangan penduduk Melaka ketika itu. Terdapat juga beberapa laras meriam di sekitar kubu ini yang menghiasi landskap sekelilingnya.
Bongkah batu merah yang digunakan oleh Portugis untuk membina Kota A Famosa ini dikenali sebagai Batu Lada atau Batu Letrik. Bongkah batu yang kukuh ini dipercayai diambil di pulau-pulau sekitar Melaka, contohnya Pulau Upeh. Tidak hairanlah, walaupun binaan Kubu A Famosa tidaklah sempurna seperti asal tetapi ianya masih utuh berdiri sehingga ke hari ini. Dari sini juga, anda boleh ke beberapa tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang berdekatan dengan hanya jalan kaki sehaja seperti Gereja St Paul, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Kesenian & sebagainya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pintu Gerbang Santiago, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka
- 24 jam
- Percuma
11. Muzium Maritim / Muzium Samudera
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Kalau ajak anak-anak bercuti di destinasi muzium atau tempat bersejarah, berkemungkinan besar mereka akan ‘buat muka’ sebagai tanda protes bukan ? Apa kata anda bawa mereka ke Flora de la Mar Maritime Museum atau Muzium Samudera di Bandar Hilir Melaka. Muzium ini memang unik & pasti tidak membosankan anak-anak anda. Tidak seperti majoriti muzium lain, muzium ini bukannya terletak di dalam sebuah bangunan sebaliknya terletak di dalam sebuah replika kapal perang Portugis yang sangat besar.
Seronok sebenarnya dapat masuk ke muzium ini kerana pengalaman menaiki ke dek kapal klasik ini tidak ubah seperti berada di atas Black Pearl iaitu sebuah kapal perang milik Jack Sparrow dari movie Pirates of the Caribbean. Pameran bahan bersejarah di sini memang sangat menarik & rata-ratanya lebih tertumpu kepada sejarah aktiviti perdagangan di laut atau samudera Melaka. Setiap pameran dipaparkan dalam bentuk infografik, susuanan replika kapal kecil, susunan senjata perang lama, diorama & ada juga artifak yang berusia ratusan tahun.
Salah satu yang paling mencuri tumpuan adalah peti besi pihak penjajah Belanda yang berusia ratusan tahun. Peti besi simpanan sebegini sangat sinonim di dalam filem Hollywood seperti Pirates of the Caribbean yang sering digunakan untuk menyimpan duit syiling emas. Muzium Samudera sebenarnya merupakan sebahagian daripada Muzium Maritim. Untuk satu tiket masuk ke Muzium Maritim, anda boleh melawat ke 3 muzium utama yang berdekatan iaitu Muzium Samudera, Muzium Samudera Fasa 2 & juga Muzium TLDM. Satu tempat bersejarah di Melaka yang pasti membuatkan anak-anak anda sangat teruja untuk berkunjung.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2826526
- (Kapal Flor de La Mar) & Fasa 2 Jalan Quayside, 75000 Melaka
Waktu Operasi Muzium Samudera
- Isnin – Jumaat:
- 9.00 am – 5.00 pm
- Sabtu – Ahad:
- 9.00 am – 7.00 pm
Harga Tiket Muzium Samudera
Pelancong Tempatan
- Dewasa;
- RM 5
- Kanak-Kanak
- RM 3
Pelancong Asing
- Dewasa;
- RM 10
- Kanak-Kanak
- RM 6
12. Muzium Istana Kesultanan Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sekiranya anda ingin merasai pengalaman berada di dalam sebuah Istana Melayu lama seperti dalam filem XX Ray II, bolehlah ke muzium ini yang merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke-15. Terdapat pelbagai galeri/balai-balai/balairong yang mempamerkan ciri-ciri & adat-adat Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu. Di hadapan muzium ini juga terdapat sebuah taman bunga yang tidak kurang menariknya yang boleh anda berswafoto bersama keluarga untuk dijadikan kenang kenangan.
Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ini agak panjang & rata-rata konsep pameran di sini banyak memaparkan kisah sejarah dalam bentuk infografik, diorama & galeri. Paling menarik, anda boleh melihat replika-replika istana ikonik di seluruh Malaysia yang dibina pada skala kecil seperti Istana Jahar di Kelantan, Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, Istana Maziah di Terengganu & banyak lagi. Pendek cerita, muzium ini adalah satu tempat bersejarah di Melaka yang lengkap untuk seorang pelancong menerokai sejarah lama di Tanah Melayu baik dari sudut kebudayaan, kesenian & juga adat istiadat.
Tahukah anda, istana yang dibina pada tahun 1984 ini adalah bersendikan pasak kayu iaitu satu teknik yang mashur dalam seni pertukangan rumah tradisional Melayu di negeri Melaka. Sungguh mengagumkan, tanpa sebatang paku pun orang dulu-dulu masih boleh membina sebuah bangunan yang indah & unik sebegini. Muzium bersenibina klasik ini sangat sesuai dilawati pada bila-bila masa walaupun pada waktu tengahari & anda jangan bimbang, di dalamnya ada sistem berhawa dingin.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 06-2827464
- Istana Kesultanan Melayu Melaka, Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi Muzium Istana Kesultanan Melaka
- Selasa-Ahad:
- 9.00 pagi – 5.00 petang
- Jumaat
- 11.45 pagi – 2.45 petang ditutup sementara
- Isnin, tutup
Harga Tiket Muzium Istana Kesultanan Melaka
Pelancong Tempatan
- RM 3 (dewasa)
- RM 2 (kanak-kanak)
Pelancong Asing
- RM 5 (dewasa)
- RM 2 (kanak-kanak)
13. Zoo Melaka & Night Safari
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sekiranya anda sekeluarga menginap di hotel sekitar Ayer Keroh, jangan lepaskan peluang untuk membawa anak melihat binatang-binatang liar di Zoo Melaka. Lokasi Zoo Melaka ini juga sangat mudah diakses & bersebelahan dengan beberapa tempat menarik di Ayer Keroh, Melaka seperti Melaka Wonderland, Taman Buaya Melaka, Taman Rama Rama Melaka & juga Skytrex Melaka. Terdapat pelbagai spesis binatang liar yang menarik yang dibawa khas dari dalam & luar negara. Kandang-kandang binatang di sini juga agak berbeza sedikit dengan Zoo Negara kerana jaraknya lebih dekat untuk pengunjung lihat haiwan liar.
Untuk kepuasan maksima ketika melawat Zoo Melaka ini, pastikan anda semak jadual waktu animal feeding / animal show yang berlangsung pada setiap hari. Antara yang menjadi tumpuan di sini adalah Bird Show yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak kering gusi melihat telatah lucu burung-burung eksotik berinteraksi dengan pengunjung di sini. Selain Bird Show, terdapat juga sesi memberi makan gajah & pengunjung boleh membeli makanan yang disediakan untuk diberi makan kepada gajah.
Satu lagi aktiviti menarik di sini ialah Night Safari yang beroperasi setiap malam hujung minggu di mana pengunjung berpeluang melihat binatang-binatang liar pada waktu malam. Sekiranya anda bercadang ke Zoo Melaka pada waktu siang bersama anak-anak, pastikan sediakan payung & air minuman secukupnya kerana kawasan zoo ini memang luas yang boleh memenatkan. Anda boleh luangkan masa sekurang-kurangnya 1 jam lamanya untuk menerokai kesemua tarikan yang ada di Zoo Melaka ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 06-2324054 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Zoo Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
#1 Waktu Operasi Zoo Melaka
- 8.30 am – 5.30 pm ( dibuka setiap hari)
Bird Show
- Weekdays:
- 11.00 am & 3.30 pm
- Weekends, school & public holidays:
- 11.00 am, 2.00 pm & 4.00 pm
Keeper Talk
- Weekends, Public Holidays & School Holidays :
- Â 12.00 pm at Tiger Eye
Elephant Feeding
- Weekends, school and public holidays:
- 11.30 am & 2.30 pm
#2 Waktu Operasi Night Safari
- Sabtu/Ahad/Cuti am/cuti sekolah
- 8.00 pm – 11.30 pm
Harga Tiket Untuk Zoo Melaka & Night Safari
Pelancong Tempatan (MyKad)
- Dewasa (13-59 tahun): RM 16.90
- Kanak-Kanak (4-12 tahun): RM 6.75
- Warga Emas (60 tahun keatas): RM 6.75
Pelancong Asing
- Dewasa (13-59 tahun): RM 22.50
- Kanak-Kanak (4-12 tahun): RM 16.90
- Warga Emas (60 tahun keatas): RM 6.75
OKU
- Dewasa: RM 6.75
- Kanak-Kanak: RM 4.75
*kanak-kanak umur bawah 3 tahun PERCUMA
*sediakan MyKad/MyKid di kaunter tiket
Perkhidmatan Tram
- Dewasa: RM 6
- Kanak-Kanak: RM 4
*Tram terakhir setiap hari pukul 5.00 pm
14. Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sekiranya anda menuju pulang selepas bercuti di Bandar Melaka melalui Tol Ayer Keroh di Lebuhraya Utara-Selatan, apa kata singgah sebentar di Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka bersama keluarga. Lokasinya memang betul-betul bersebelahan sahaja dengan Tol Ayer Keroh. Destinasi ini merupakan satu tarikan pelancongan di Melaka yang sangat popular & sudah beroperasi sejak tahun 1991 lagi.
Taman Rama-Rama & Reptilia ini bukan sahaja dibuka untuk tujuan pelancongan semata-mata malah ianya juga menjadi pusat penyelidikan untuk serangga eksotik ini. Destinasi sebegini bukan sahaja sesuai untuk dilawati bersama kanak-kanak malah sesuai juga untuk mereka yang mungkin sedang berbulan madu di Melaka. Landskap taman ini yang cantik serta dihiasi bunga berwarna-warni menghidupkan lagi suasana romantisnya & pasti sangat ideal untuk anda bersama pasangan meluangkan masa berkualiti bersama-sama.
Selain rama-rama, terdapat juga spesis-spesis reptilia lain di sini seperti ular, buaya, iguana, tarantula, kura-kura, pelbagai spesis ikan dan sebagainya. Di sini juga terdapat pemeran di dalam bekas kaca yang menempatkan rama-rama & serangga eksotik yang telah mati & diawetkan. Satu tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak atau pelajar sekolah yang padat dengan ilmu. Bolehlah kita sebagai guru atau ibu bapa menggunakan kesempatan ini untuk mendidik mereka serta memberi kesedaran tentang kepentingan serangga-serangga ini di dalam ekosistem semulajadi.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2320033 |Â Facebook |Â Website
- Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka
- Â 8.30 am – 5.30 pm (dibuka setiap hari)
Harga Tiket Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka
- Dewasa
- RM 22
- Kanak-Kanak (3-12 tahun)
- RM 16
15. The Straits Hotel & Suites
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Straits Hotel & Suites terletak di tengah-tengah Bandar Bersejarah Melaka yang juga merupakan salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO. Hotel ini menawarkan lebih 300 bilik tamu deluxe yang luas & juga suite mewah dengan ruangan tamu yang besar. Hotel ini juga mempunyai reka bentuk kontemporari untuk memenuhi gaya hidup moden pada hari ini. Setiap bilik-bilik mewah dan suite dilengkapi dengan tingkap-tingkap besar yang memberikan pencahayaan semulajadi yang mencukupi & juga pemandangan laut yang sangat menakjubkan.
Malah, setiap bilik juga akan dilengkapi dengan akses WIFI percuma. Di sini anda boleh mendapatkan apa jua kemudahan untuk sesebuah hotel mewah baik dari aspek penginapan yang luas sehinggalah kepada kemudahan untuk mesyuarat. Lokasi hotel ini yang hanya 5 minit berjalan kaki ke Mahkota Parade & Dataran Pahlawan Megamall pasti akan memberikan pelancong yang ‘kaki shopping’ satu pengalaman membeli-belah yang tiada tandingannya. Apa pun tujuan penginapan anda di sini, The Straits Hotel & Suites akan membawa anda ke tahap keselesaan yang seterusnya.
Seperti juga hotel-hotel popular di Melaka yang lain, hotel ini juga turut menawarkan kolam infiniti dari aras atas bangunan yang boleh anda berenang pada waktu pagi atau petang. Kolam renang ini sesuai untuk seisi sekeluarga beriadah pada waktu petang sambil melihat panorama matahari terbenam yang pasti akan memberikan satu pengalaman menarik ketika bercuti di Melaka.
Harga Hotel |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2898555 |Â Facebook |Â Website
- Straits Hotel & Suites, No 1-B , Jalan Melaka Raya 2 , Taman Melaka Raya, 75000, Melaka Malaysia
- Sepanjang tahun ( destinasi penginapan )
- Untuk harga penginapan terkini, semak di halaman ini.
16. Taman Buaya Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Buaya merupakan haiwan pemangsa yang cukup sinonim di Malaysia terutamanya di Sarawak & anda sebenarnya boleh melihat kelibat ‘sang bedal’ ini sekiranya pernah ke mana-mana zoo di Malaysia yang popular. Berbeza di Taman Buaya Melaka ini, anda bukan sahaja hanya boleh melihat buaya semata-mata, malah dapat menyaksikan persembahan mendebarkan buaya bersama renjer bertugas. Selain itu, anda juga boleh merasai & melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana buaya melonjak tinggi untuk menyambar ayam.
Selain buaya, terdapat juga beberapa spesis haiwan lain yang turut menjadi sebahagian penghuni di Taman Buaya Melaka ini seperti arnab, ular, burung merak, musang, rusa & sebagainya. Taman Buaya Melaka ini tidaklah terlalu besar seperti Zoo Melaka & anda boleh habiskan masa sekitar 30-40 minit. Tempoh masa lawatan mungkin akan bertambah sekiranya anda melawat pada hujung minggu atau cuti sekolah kerana terdapat beberapa persembahan menarik seperti crocodile show time, crocodile feeding demonstration, snake show, traditional dance show & sebagainya.
Selain aktiviti melihat haiwan, di sini juga terdapat beberapa tarikan lain yang boleh anda terokai bersama anak-anak seperti rumah hantu & taman tema air mini yang sesuai untuk kanak-kanak. Taman tema air mini ini tidaklah terlalu besar & terdapat beberapa gelongsor air yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria. Landskap taman hiasan di sini juga sangat menarik di mana terdapat replika-replika mercu tanda popular di Malaysia seperti Menara KL, Menara Berkembar KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Litar Sepang & banyak lagi.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2322350 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Taman Buaya Melaka, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Waktu Operasi Taman Buaya Melaka
- Â 9.00 am – 6.00 pm ( dibuka setiap hari)
Waktu Persembahan di Taman Buaya Melaka ( hanya pada hujung minggu & hari cuti sekolah)
- Snake Show
- 11.00 am & 2.30 pm
- Crocodile Show
- 11.30 am & 3.30 pm
- Crocodile Feeding Demonstration
- 12.00 pm & 4.00 pm
- Cultural Performance Dance
- 12.30 pm
- Silat Show
- 3.00 pm
Harga Tiket Taman Buaya Melaka
#1 Harga tiket masuk pada Hari berkerja / Weekday ( Isnin-Jumaat):
- Pelancong Tempatan / Pemegang MyKad
- Dewasa: RM 15
- Kanak-Kanak (5-12 tahun): RM 10
- Warga Emas (55 tahun & keatas): RM 8
- Pelancong Asing
- Dewasa: RM 30
- Kanak-Kanak (5-12 tahun): RM 25
- Warga Emas (55 tahun & keatas): RM 30
#2 Harga tiket masuk pada hujung minggu / cuti sekolah / cuti umum
- Pelancong Tempatan / Pemegang MyKad
- Dewasa: RM 18
- Kanak-Kanak (5-12 tahun): RM 13
- Warga Emas (55 tahun & keatas): RM 10
- Pelancong Asing
- Dewasa: RM 30
- Kanak-Kanak (5-12 tahun): RM 25
- Warga Emas (55 tahun & keatas): RM 30
*kanak-kanak 4 tahun & kebawah, masuk PERCUMA
*diskaun 50% untuk OKU
Harga-harga tarikan lain di Taman Buaya Melaka
- Haunted house: RM 2
- Animal food pack: RM 10
- Activity package: RM 20
- Swimming pool: FREE
17. Gereja St. Paul
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Gereja lama ini dibina pada tahun 1521 oleh tentera Portugis sebagai tempat keagamaan. Lokasinya terletak di atas sebuah bukit bersebelahan dengan Kota A Famosa atau Pintu Gerbang Santiago. Binaan bangunan yang hampir 500 tahun usianya ini masih kekal sehingga kini walaupun melalui beberapa fasa peperangan. Sebelum penjajahan Portugis, bukit ini dikenali dengan nama Bukit Melaka & ianya menjadi tempat Sultan Melaka ketika itu untuk memerhati keadaan pelabuhan di muara Sungai Melaka. Nama bangunan ini pada mulanya adalah Nora Senhora & ditukarkan kepada Gereja St Paul oleh Belanda setelah menawan Melaka pada tahun 1641.
Untuk ke sini, anda boleh menaiki tangga yang terletak di belakang Pintu Gerbang Santiago. Tempoh masa menaiki tangga hanya sekitar 4-6 minit sahaja. Di sepanjang tangga ini juga anda boleh melihat keindahan sekeliling yang dihiasi landskap taman yang tidak kurang menariknya. Perasaan lelah menaiki tangga pasti akan terubat sebaik melihat panorama sekeliling yang cukup mendamaikan. Walaupun hari panas, anda jangan risau kerana kawasan perkarangan gereja ini sangat redup dengan rimbunan pokok-pokok yang sangat besar.
Dari kawasan perkarangan gereja ini, anda boleh melihat beberapa destinasi menarik di Melaka yang popular seperti Muzium Samudera, Menara Taming Sari & bahkan, anda juga boleh melihat Selat Melaka yang terbentang luas di hadapan. Binaan gereja ini lebih besar sekiranya hendak dibandingkan dengan Pintu Gerbang Santiago & teknologi pembinaan bangunan gereja ini juga adalah sama iaitu menggunakan batuan jenis Batu Letrik atau juga dikenali Batu Lada.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Gereja St Paul, Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
- 24 jam
- Percuma
18. Muzium Kastam Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Muzium ini bertempat di sebuah bangunan yang dibina sekitar tahun 1890 an & pernah menjadi gudang simpanan barang dagangan pihak British. Lokasinya hanya bersebelahan sahaja dengan Muzium Samudera & Jeti Melaka River Cruise. Muzium ini menempatkan pelbagai infomasi yang majoritinya adalah berkaitan tentang sejarah penubuhan, pencapaian pihak kastam, tugas kastam & yang paling menjadi tumpuan adalah koleksi harta rampasan kastam yang sangat unik & boleh dikira sangat antik untuk tatapan umum
Terdapat pelbagai kategori harta rampasan kastam yang dipamerkan di sini & dikumpulkan sejak tahun 50 an lagi seperti kulit binatang, senjata antik, keris ukiran ayat Al-Quran, ukiran patung ‘pelik’ & sebagainya. Â Selain itu, anda juga boleh melihat pelbagai koleksi peralatan lama & barangan yang pernah digunapakai oleh pihak kastam dalam menjalani tugas seharian seperti kompas, alat pengukur waktu, mesin taip, basikal lama, pakaian seragam, teropong & sebagainya. Koleksi barangan klasik ini sangat mengimbau nostalgia lama & bagi generasi muda, kebanyakan barangan yang dipamerkan selalu dilihat dalam cerita lama seperti filem P. Ramlee.
Anda pernah lihat teknik penyimpanan barangan terlarang oleh penjenayah ? Kalau belum, anda mesti melawat ke satu galeri di dalam Muzium Kastam ini yang mendedahkan tempat simpanan rahsia yang pasti anda tidak akan sangka-sangka. Salah satunya adalah almari dapur yang mempunyai ruangan rahsia yang pasti anda tidak akan tahu kewujudannya kalau tidak diberitahu. Melihat tempat simpanan rahsia yang sangat licik ini membuatkan kita rasa kagum akan kecekapan pihak Kastam Malaysia dalam menghidu baragan terlarang di tempat yang tiada sesiapa menjangkanya. Satu muzium di Melaka yang menarik yang mesti anda terokai & apa yang lagi best, masuk adalah percuma.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2833924 |Â Website
- Muzium Kastam Melaka (Royal Malaysian Customs Department Museum), Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi Muzium Kastam Melaka
- Isnin – Jumaat:
- 9.30 am – 5.30 pm
- Sabtu-Ahad & Cuti Am:
- 9.00 am – 6.00 pm
Harga Tiket Muzium Kastam Melaka
- Percuma
19. Muzium Senibina Malaysia
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Seronok bukan bercuti di Melaka ? Begitu banyak tempat bersejarah & muzium menarik yang boleh anda lawati hanya dalam masa satu hari. Malah banyak juga muzium atau tempat menarik di Melaka yang percuma sahaja & salah satunya adalah Muzium Senibina Malaysia. Muzium ini ini terletak di dalam sebuah bangunan dua tingkat yang berwarna merah & dahulunya bangunan ini merupakan sebuah pusat pentadbiran pihak Belanda sekitar abad ke 18.
Bagi institusi pengajian dalam jurusan kejuruteraan awam atau arkitek, destinasi ini mesti dimasukkan ke dalam jadual percutian anda di Melaka. Terdapat banyak pameran yang sangat berkait rapat dengan sejarah pembinaan & senibina tempatan yang bukan sahaja khusus di Melaka sahaja, malah di negeri lain juga. Pada aras bawah Muzium Senibina Malaysia ini terdapat 3 galeri utama yang umumnya berkaitan dengan sejarah & juga perkembangan senibina di dalam Malaysia.
Di aras atas bangunan pula lebih menarik kerana menempatkan galeri yang mempamerkan replika bangunan-bangunan yang sangat ikonik di Malaysia seperti Masjid Kapitan Keling, Menara Condong Teluk Intan, Gereja St. Andrews, Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu & banyak lagi. Pada setiap replika-replika ini juga terdapat informasi yang mendalam tentang sejarah & senibina asalnya. Tahukah anda, banyak senibina-senibina di negara kita sebenarnya mempunyai unsur kepercayaan & mempunyai maknanya yang tersendiri. Ada yang berunsurkan mitos, keagamaan & tidak kurang juga yang berunsurkan elemen alam semulajadi.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2864763
- Muzium Senibina Malaysia Melaka, No 1, Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi Muzium Seni Bina Melaka
- 9.00 am – 5.30 pm setiap hari
*ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha.
Harga Tiket Muzium Seni Bina Melaka
- Percuma
20. Muzium Sejarah & Etnografi Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Seperti yang tersedia maklum, Negeri Melaka merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO & mempunyai banyak destinasi bersejarah yang sangat tinggi nilainya. Sekiranya ini adalah kali pertama anda bercuti di Melaka, sangat disyorkan untuk memulakan lawatan percutian di Melaka anda dengan berkunjung ke Muzium Sejarah & Etnografi Melaka. Ini kerana, muzium ini boleh dikatakan yang paling lengkap & padat memaparkan informasi bersejarah khususnya tentang Negeri Melaka.
Apa yang menarik, dengan hanya membeli satu tiket pelancong boleh melawati 5 buah muzium & 1 galeri seperti Muzium Sejarah & Etnografi Melaka, Muzium Sastera, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Yang Di Pertua Negeri Melaka & juga Galeri Laksamana Cheng Ho. Memang sangat banyak informasi & artifak menarik yang ada di sini untuk anda mengenali Negeri Melaka secara menyeluruh.
Kebanyakan pameran & galeri di sini merangkumi zaman pemerintahan Portugis, Belanda, Jepun & juga Inggeris. Bangunan 2 tingkat untuk Muzium Sejarah & Etnografi Melaka ini memang panjang & menempatkan 18 ruangan pameran yang dipecahkan mengikut kategori masing-masing seperti ruangan porselin, dondang sayang, sejata lama, rumah tradisional, pelbagai diorama dan sebagainya. Selesai di bangunan ini, anda boleh pula ke 5 muzium lain seperti yang telah dinyatakan & lokasinya hanya terletak bersebelahan sahaja.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2826526
- Muzium Sejarah & Etnografi Melaka, Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi Muzium Sejarah & Etnografi Melaka
- Isnin-Ahad:
- 9.00 pagi – 5.30 petang
Harga Tiket Muzium Sejarah & Etnografi Melaka
- Pelancong tempatan ( MyKad/ MyKid);
- Dewasa: RM 5.00
- Kanak-kanak ( 7-12 tahun): RM 2.00
- Kanak-kanak (< 7 tahun):
- Pelancong asing;
- Dewasa: RM 10.00
- Kanak-kanak ( 7-12 tahun): RM 4.00
- Kanak-kanak (< 7 tahun): Percuma
21. Air Panas Jasin Inflatable Water Park
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi pelancong berkeluarga yang ingin membawa anak-anak bermain air, apa kata ke APJ Inflatable Water Park atau juga dikenali sebagai Kolam Air Panas Jasin. Destinasi ini sangat mesra keluarga & menawarkan aktiviti mandi manda untuk kanak-kanak yang menyeronokkan. Lokasinya hanya sekitar 20 km dari Bandar Hilir Melaka & secara tepatnya berada di Kampung Air Panas Bemban, Jasin.
Tahukah anda, kolam air panas di sini sebenarnya telah berusia lebih 120 tahun sejak tahun 1884 lagi. Memang tidak dinafikan, destinasi ini sangat popular di kalangan pelancong bukan sahaja untuk bawa anak-anak mandi manda, malah untuk berendam di dalam kolam air panas semulajadi di sini. Kemudahan di sini lengkap untuk pengunjung seperti bangsal, taman tema air mini kanak-kanak & kawasan parkir kereta yang luas.
Inflatable water slides yang ada di kolam mandi di sini juga agak besar & pasti membuatkan anak-anak anda teruja. Selain menawarkan bayaran masuk yang sangat berpatutan, pengunjung yang datang ke sini juga boleh membawa makanan dari luar tanpa sebarang halangan. Selain itu, terdapat juga tempat bbq yang boleh anda sewa untuk memasak. Unik bukan ? Konsep taman tema air ini lebih seperti berkelah di air terjun. Yang paling penting kolam air panas di sini terjaga & bersih serta anda sekeluarga boleh bersuka ria sehingga waktu malam pada hujung minggu atau cuti sekolah.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6019-7196706 |Â Facebook
- Kolam Air Panas Jasin ( Jasin Hotsprings), Kg Air Panas, Bemban, Melaka
Waktu Operasi Kolam Air Panas Jasin @ APJ Inflatable Water Park
- Isnin
- 3 pm – 12 am
- Selasa/Rabu/Khamis/Ahad
- 9 am – 12 am
- Jumaat & Sabtu
- 9 am – 2 am
- Cuti umum & Cuti Sekolah:
- 9 am – 12 am
Harga Tiket Kolam Air Panas Jasin @ APJ Inflatable Water Park
- Tiket Biasa Dewasa
- RM 6.50
- Tiket Biasa Dewasa (Rebate)
- RM 5.50
- Tiket Biasa Kanak-kanak
- RM 3.50
- Tiket Biasa Kanak-kanak (Rebate)
- RM 2.50
- Tiket Biasa Warga Emas
- RM 5.50
- Tiket Biasa OKU Dewasa
- RM 5.50
- Tiket Biasa OKU Kanak-Kanak
- RM 2.50
- Tiket Kombo OKU Kanak-Kanak
- RM 3.50
22. Skytrex Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Satu destinasi yang ideal di Melaka berdekatan Melaka Wonderland Theme Park & Resort yang boleh anda kunjungi bersama keluarga & kawan-kawan yang sukakan cabaran. Tidak dinafikan, aktiviti di Skytrex Melaka memang memerlukan ketahanan fizikal & mental. Ada beberapa pilihan trek yang berbeza tahap cabarannya seperti Extreme Warrior, Pahlawan Thrill & juga Little Dino. Apa yang pasti kebanyakan aktiviti di sini memang sangat menggayatkan. Kalau anda seorang yang berani mencabar diri, sangat disyorkan untuk melakukan aktiviti ini.
Tempoh masa yang diperlukan untuk setiap trek juga berbeza. Trek yang paling mencabar iaitu Extreme Warrior boleh mengambil masa sekitar 2-3 jam. Segala kelengkapan keselamatan disediakan di sini untuk pengunjung. Walaupun aktiviti ini boleh dikatakan agak ekstrem, namun anda jangan bimbang kerana terdapat tenaga pelatih yang akan memberi tunjuk ajar dari A-Z.
Sekiranya anda berhasrat untuk mencuba aktiviti menarik ini di Skytrex Melaka, ada syarat yang ditetapkan seperti berat badan tidak boleh melebihi 100 kg & ketinggian juga mesti melebihi 140 cm. Anda juga perlu berada di sini sekurang-kurangnya 30 minit sebelum aktiviti dimulakan. Melaka Skytrex memang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi untuk aktiviti team building ataupun hari keluarga.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6018-9095679 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Taman Botani Ayer Keroh, 75450 Durian Tunggal, Melaka
Waktu Operasi SkyTrex Melaka
- 9.00 am (perlepasan terawal) – 3.00 pm (perlepasan terakhir)
*semak perkembangan semasa waktu operasi di sosial media Skytrex.
Harga Tiket SkyTrex Melaka
Little Dino ( Beginner);
- Harga Biasa: RM 60
- Harga Atas Talian: RM 45
Pahlawan Trill ( Intermediate);
- Harga Biasa: RM 70
- Harga Atas Talian: RM 55
Extreme Warrior ( Advanced);
- Harga Biasa: RM 80
- Harga Atas Talian: RM 65
Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman rasmi.
23. Rumah Terbalik Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Anda pernah bawa anak-anak kecil ke tempat menarik yang ‘pelik-pelik’ seperti rumah terbalik atau galeri muzium 3D ? Kalau belum pernah, apa kata anda bawa mereka melihat keunikan yang terdapat di Upside Down House Melaka ini yang terletak di Plaza Mahkota. Seronok sebenarnya ketika melihat telatah anak-anak kecil yang akan rasa pelik & tertanya-tanya apabila melihat suasana ‘pelik’ di dalam Upside Down House Melaka. Mana tidaknya, setiap susanan perabut, perkakasan & suasananya adalah 100% tunggang terbalik.
Aktiviti ini sebenarnya sangat bagus kerana bukan sahaja dapat bersuka ria dengan keluarga malah dapat juga merangsang sel otak anak-anak kecil untuk lebih berfikir. Rumah Terbalik Melaka ini menempatkan dekorasi ruangan tamu, dapur & beberapa bilik yang menjadi pameran untuk lawatan. Waktu cuti sekolah memang ramai pelancong yang berkunjung ke sini bersama keluarga ataupun rakan-rakan & kadang-kadang boleh membuatkan ‘potong mood’ kerana terlalu sesak.
Sekiranya waktu kunjungan anda tidak ramai pelancong lain, anda sebenarnya boleh menghabiskan masa sekitar 15-20 minit sahaja. Staf yang bertugas di sini juga akan membantu anda untuk merakam gambar dalam posisi yang betul & dari sudut yang betul. Disyorkan untuk anda datang ke destinasi indoor sebegini pada waktu tengahari untuk elakkan panas matahari. Pada waktu pagi atau petang, anda bolehlah luangkan masa untuk ke tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang terbuka.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6011-10722260 |Â Facebook |Â Website
- G12, G14 & G16, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, 7500, Bandar Hilir Melaka, Melaka
Waktu Operasi Rumah Terbalik Melaka
- Isnin-Khamis
- 10 am – 7 pm
- Jumaat-Ahad & Cuti Umum
- 10 am – 9 pm
Harga Tiket Rumah Terbalik Melaka
Warganegara Malaysia
- Dewasa: RM 18
- Kanak-Kanak: RM 12
- Warga Emas: RM 12
Pelancong Asing
- Dewasa: RM 22
- Kanak-Kanak: RM 16
- Warga Emas: RM 16
*kanak-kanak berumur bawah 12 tahun
*warga emas berumur 60 tahun keatas
*kanak-kanak bawah ketinggian 90 cm, masuk PERCUMA
24. Taman Burung Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Seronok bukan bercuti di Melaka ? Begitu banyak tempat menarik yang sesuai untuk dilawati bersama anak-anak. Salah satu destinasi yang tidak kurang popularnya di Melaka adalah Taman Burung Melaka. Taman Burung Melaka juga mempunyai konsep taman seperti Taman Burung Kuala Lumpur di mana pengunjung bukan sahaja berpeluang melihat burung-burung menarik di dalam sangkar malah dapat juga berinteraksi dengan burung tanpa sempadan pagar.
Walaubagaimanapun, saiz Taman Burung Melaka ini tidaklah sebesar Taman Burung KL. Di sini juga ada menempatkan skywalk iaitu sebuah platform jalan kaki berketinggian 12 meter yang dibina untuk memudahkan pengunjung melihat burung & suasana sekeliling dari sudut yang lebih baik.
Bagi kaki fotografi, bolehlah mengasah bakat anda di Taman Burung Melaka ini dengan merakam gambar burung berwarna-warni yang sangat unik & eksotik. Destinasi sebegini memang sangat ideal untuk anda bawa kanak-kanak & pada masa yang sama, bolehlah mendidik mereka mengenali spesis-spesis burung yang jarang-jarang kita lihat di kawasan lain.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 06-2324054 |Â Facebook
- Melaka Bird Park, Taman Botanikal, Lebuh Ayer Keroh 75450, Melaka
Waktu Operasi Taman Burung Melaka
- 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)
*semak sosial media Melaka Bird Park dari semasa ke semasa kerana ada waktu mereka akan tutup untuk tujuan penyelengaraan.
Harga Tiket Taman Burung Melaka
- RM 17.80 (dewasa)
- RM 11.85 (kanak-kanak/warga emas/oku)
25. The Shore Sky Tower Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Adakah anda seorang yang berjiwa berani & tidak takut gayat ? Kalau ya, apa kata anda datang ke destinasi ini untuk menguji ‘tahap kegayatan’ anda. Kalau nak tahu, The Shore Sky Tower Melaka ini merupakan bangunan yang tertinggi di dalam Bandar Melaka & berketinggian sekitar 163 meter. Ianya lebih tinggi daripada Menara Taming Sari yang berketinggian 110 meter sahaja. Walaupun perbezaan tingginya tidaklah terlalu ketara namun ada satu sebab kenapa destinasi ini akan membuatkan anda gayat 10 kali ganda berbanding berada di puncak Menara Taming Sari.
Di puncak bangunan ini pada aras 43, terdapat satu ruangan iaitu Sky Deck di mana lantainya adalah berkaca & anda boleh berdiri di sini untuk melihat panorama Bandar Melaka. Kalau anda berjaya berdiri di atas Sky Deck ini tanpa degupan jantung yang kencang, bermakna anda seorang yang berjiwa berani. Di bahagian Sky Deck ini juga, gambar akan diambil oleh jurugambar yang bertugas di sini & pengunjung tidak dibenarkan berswafoto dengan peranti sendiri. Selain itu, di aras tertinggi ini juga dipagari dengan panel berkaca bagi membolehkan pengunjung melihat suasana sekeliling secara 360° dengan jelas tanpa ada halangan dinding.
Kegayatan di sini sebenarnya bukan hanya terdapat di bahagian Sky Deck sahaja. Malah ketika berjalan menuju ke aras bumbung, anda perlu melalui platform jalan kaki selebar 3-4 kaki yang berdindingkan kaca. Perasaan gugup pasti sudah terasa ketika berjalan menerusi platform ini. Uniknya, anda juga boleh melihat kolam ikan di atas kepala ketika menuju ke bahagian atas. The Shore Sky Tower ini sebenarnya terletak dalam satu bangunan dengan pusat membeli belah The Shore Melaka serta bersebelahan dengan The Shore Hotel & Residence dan juga Swiss Garden Hotel Melaka.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-2059942 |Â Facebook |Â Website
- The Shore Shopping Centre, 193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan persisiran Bunga Raya, Melaka, 75100 Melaka
Waktu Operasi The Shore Sky Tower Melaka
- Ahad-Khamis
- 9.00 pagi – 11.00 malam
- Jumaat-Sabtu
- 9.00 pagi – 12.00 malam
Harga Tiket The Shore Sky Tower Melaka
- Dewasa:
- RM 25
- Kanak-Kanak (berumur 3 – 12 tahun)
- RM 18
26. Mahkota Parade
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi membeli belah ini semestinya akan anda jumpa ketika bercuti di Bandar Hilir Melaka & lokasinya hanya berdekatan dengan Menara Taming Sari serta beberapa hotel popular di Bandar Hilir Melaka seperti Mahkota Hotel Melaka, Holiday Inn Melaka dan juga The Straits Hotel & Suites. Malah, banyak sebenarnya pilihan penginapan bajet & eksklusif berdekatan dengan Mahkota Parade yang boleh anda berjalan kaki sahaja.
Seperti kebanyakan pusat membeli belah yang popular di KL, di sini juga mempunyai ratusan lot kedai yang menawarkan pelbagai jenis barangan samaada pakaian, gajet terkini, barangan kosmetik, aksesori wanita & sebagainya. Selain itu, pilihan makanan menarik di sini juga tidak kurang hebatnya. Anda boleh menjamu selera di medan selera ataupun di restoran-restoran fast food seperti KFC, McDonald’s, Kenny Rodger’s & banyak lagi. Terdapat juga restoran-restoran menarik lain yang menyediakan makanan yang ‘lebih Melayu’ seperti The Chicken Rice Shop, Mee Tarik Warisan Asli ataupun Station Kopitiam.
Untuk hiburan keluarga, Mahkota Parade mempunyai beberapa tarikan yang boleh anda lakukan bersama anak-anak. Manalah tahu, sekiranya hari hujan & membataskan pergerakan ke tempat menarik sekitar Bandar Hilir Melaka yang terbuka, anda boleh bawa anak-anak menonton wayang ataupun ke indoor playground di dalam Mahkota Parade ini seperti di Kidzoona. Terdapat juga aktiviti memanah di Star Archery yang terletak di aras dua Mahkota Parade.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2826151 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Mahkota Parade, G8, Jalan Merdeka, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka
Waktu Operasi Mahkota Parade
- 10 am – 10 pm (dibuka setiap hari)
- Destinasi membeli belah
27. A’Famosa Animal World Safari / Safari Wonderland
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi taman haiwan atau zoo di Malaysia memang banyak & rata-rata destinasi menawarkan aktiviti yang sama untuk pelancong seperti melihat binatang dalam kandang, memberi makan haiwan, night safari & juga persembahan bersama binatang. Namun, tidak di A’Famosa Animal World Safari, selain aktiviti-aktiviti sinonim di zoo yang boleh pengunjung lakukan, terdapat dua aktiviti lain yang tiada di zoo lain yang pasti menarik minat anda untuk alaminya sendiri.
2 aktiviti yang dimaksudkan adalah Safari Adventure Ride & juga Wild Wild West Show. Safari Adventure Ride merupakan satu aktiviti di mana pengunjung boleh menaiki trak berpagar & melalui ke satu zon kawasan yang dihuni oleh hidupan liar. Jangan terkejut pula, zon kawasan ini turut mempunyai ‘pak belang’. Melihat raja rimba yang ganas ini dengan lebih dekat & hanya melalui tingkap kenderaan pasti memberikan satu pengalaman yang mengujakan.
Satu tarikan lagi iaitu Wild Wild West Showmerupakan satu persembahan ala teater yang sangat mendebarkan. Aksi-aksi secara langsung yang dipersembahkan oleh para pelakon di sini memang sangat ekstrem & terdapat juga adegan-adegan menembak, menunggang kuda, letupan bom & sebagainya. Selain itu, terdapat banyak lagi aktiviti yang mendekatkan diri dengan haiwan liar yang boleh anda lakukan di sini seperti beri makan gajah, menunggang gajah, multi animal show, melawat pulau orang utan & sebagainya. Satu zoo di Melaka yang sangat menarik & pasti membuatkan anak-anak anda tersenyum keriangan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-5528333 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- A’famosa Resort, Jalan Kemus, 78000 Alor Gajah, Malacca
Waktu Operasi Safari Wonderland
- Dibuka setiap hari
- 9.00 am – 5.00 pm
#1 Multi Animal Show
- 11.20 am & 3.00 pm
#2 Elephant Encounter
- 10.15 am & 4.30 pm
#3 Color of the Birds
- 12.oo pm & 3.45 pm
#4 Wild Wild West Show
- 2.15 pm
Weekdays
- Dewasa:
- RM 64
- Kanak-Kanak:
- RM 51
Weekends
- Dewasa:
- RM 69
- Kanak-Kanak:
- RM 55
*untuk harga yang lebih murah & promosi terkini, sila beli tiket online di website rasmi
28. Pantai Tanjung Bidara
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Melaka mempunyai beberapa pantai yang sering menjadi pilihan pelancong untuk bercuti bersama keluarga. Selain Pantai Klebang atau Pantai Pengkalan Balak, Pantai Tanjung Bidara adalah satu lagi pilihan ideal untuk pelancong yang inginkan destinasi percutian tepi pantai di Melaka yang menarik. Lokasi pantai ini juga agak jauh sebenarnya dari Bandar Hilir Melaka sekitar 37 km & pekan terdekat adalah Bandar Masjid Tanah sekitar 10 km.
Pantai Tanjung Bidara mempunyai permukaan pantai yang landai & kemudahan awam yang lengkap. Destinasi ini juga sebenarnya dikelilingi dengan perkampungan nelayan & sering menjadi tumpuan penduduk untuk mendapatkan hasil laut yang segar. Tidak hairanlah medan-medan ikan bakar di Melaka sangat popular dengan kesedapannya dan juga kesegaran makanan lautnya. Di sekitar Pantai Tanjung Bidara juga mempunyai resort, chalet & homestay menarik untuk mereka yang ingin bermalam di tepi pantai di Melaka.
Pilihan hotel di Pantai Tanjung Bidara tidaklah terlalu banyak & yang paling popular di sini adalah Tanjung Bidara Beach Resort yang merupakan sebuah resort bertaraf 3 bintang. Destinasi resort ini sangat ideal untuk anda yang berkeluarga kerana terdapat kolam renang yang tidak kurang menariknya & terletak berhadapan dengan kawasan Pantai Tanjung Bidara. Bagi yang bercadang mengadakan family day atau team building syarikat, bolehlah pertimbangkan untuk menginap di resort ini. Malah pada cuti sekolah, resort & pantai ini tidaklah terlalu sesak seperti pantai popular di Melaka yang lain seperti di Pantai Klebang atau di Pantai Puteri.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, 78300 Melaka.
- 24 jam ( destinasi pantai awam)
- Untuk harga penginapan sekitar Pantai Tanjung Bidara, sila semak di halaman ini.
29. Hutan Rekreasi Sungai Udang
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Tarikan alam semulajadi & hutan belantara di Melaka mungkin tidak sebanyak di negeri lain seperti Pahang, Johor atau Perak. Namun, sekiranya anda teringin menghirup udara segar & melihat keindahan flora fauna seperti di hutan simpan, Hutan Rekreasi Sungai Udang adalah jawapannya. Hutan Rekreasi Sungai Udang terletak kira-kira 28 km dari Bandar Hilir Melaka & hanya 5-7 km dari Pantai Tanjung Bidara atau Pantai Pengkalan Balak. Sekiranya anda menginap di hotel-hotel sekitar Pantai Tanjung Bidara atau Pantai Pengkalan Balak, bolehlah datang beriadah di sini.
Hutan rekreasi ini sangat popular di kalangan pelancong kerana lokasinya mudah diakses dengan kenderaan tanpa perlu memandu jauh melalui kawasan pedalaman. Malah, lokasinya hanya di tepi Jalan Sungai Udang & anda juga boleh jadikan destinasi ini sebagai R&R sekiranya menuju ke Linggi melalui jalan Tanjung Kling-Masjid Tanah-Linggi. Terdapat kemudahan & fasiliti yang cukup untuk pengunjung di sini seperti trek jogging, denai redah hutan, tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, surau & sebagainya.
Laluan jungle trekking sejauh 1.5 km di sini tidaklah dalam kategori sukar & ianya mesra untuk sesiapa sahaja. Sekiranya anda kaki fotografi, terdapat banyak pokok-pokok besar & pokok herba hutan menarik yang boleh anda rakam gambar. Malah, kalau bernasib baik, anda juga boleh melihat banyak burung-burung hutan di sini. Sekiranya anda menganjurkan program di Melaka seperti kem motivasi atau team building, bolehlah singgah di Hutan Rekreasi Sungai Udang untuk penuhkan aktiviti waktu pagi / petang dengan aktiviti rekreasi.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2316095 |Â Website
- Hutan Rekreasi Sungai Udang, 76300 Sungai Udang, Melaka
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung di
- Pejabat Hutan Daerah Melaka,
75459 Air Keroh, Melaka. - Tel : 06-2316095
- 7 am – 6 pm
- Percuma
30. Pasar Malam Jonker Street
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Destinasi ini sangat popular di kalangan pelancong asing untuk menerokai keunikan suasana pasar malam seperti di mana-mana pasar malam di Malaysia. Cuma yang berbeza, majoriti penjual jalanan di sini adalah berbangsa Cina & memang betul, kalau anda berjalan di sekitar pasar malam Jonker Street seolah-olah berada di sebuah pasar malam di negara lain. Pilihan makanan yang halal di sini juga agak terhad & sekiranya anda ingin mencari tempat menarik di Melaka waktu malam yang meriah suasananya, Jonker Street adalah salah satu destinasi yang disyorkan.
Lokasi pasar malam Jonker Street sangat mudah untuk pelancong terokai di Bandar Hilir Melaka & yang hanya menjadi cabaran adalah untuk mencari parkir kereta serta kalau anda bersama anak-anak kecil mungkin destinasi ini tidak sesuai untuk mereka kerana suasananya yang sangat sesak pada waktu puncak. Di pasar malam ini juga terdapat penjual yang menjual barangan seperti cenderahati, pakaian, aksesori & sebagainya. Sekiranya anda ingin ‘cuci cuci mata’, bolehlah datang ke sini.
Waktu operasi untuk pasar malam di sini hanya pada hujung minggu & kebiasaannya mula meriah dari petang sehinggalah ke lewat malam. Bagi muslim, mencari makanan halal di sekitarnya memang agak sukar sedikit kerana majoriti restoran atau penjaja adalah berbangsa Cina. Bagi kaki fotografi, suasana yang meriah di sini adalah sangat sesuai untuk anda merakam gambar reaksi & telatah orang sekeliling yang boleh dijadikan masterpiece untuk koleksi gambar peribadi anda.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jonker Street Night Market, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu Operasi Pasar Malam Jonker Street
- Jumaat, Sabtu & Ahad
- 6.00 pm – 12.00 am
31. Freeport A’Famosa Outlet
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Percutian di Negeri Melaka memang tidak lengkap kalau tidak mencari destinasi menarik untuk aktiviti membeli belah. Sekiranya anda kaki ‘shopping’ & ingin mencari tempat shopping di Melaka yang terbaik, salah satu yang disyorkan adalah di Freeport A’Famosa Outlet yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Lokasinya hanya bersebelahan dengan beberapa destinasi pelancongan popular di Alor Gajah seperti A’Famosa Resort, Safari Wonderland & A’Famosa Animal Safari.
Pusat membeli belah ini menempatkan lebih 70 lot kedai yang menawarkan pilihan barangan & produk berjenama seperti Levi’s, Nike, G2000, Kickers, Clarks dan sebagainya. Ramai yang membandingkan destinasi shopping mall ini dengan beberapa tempat membeli belah popular di Malaysia seperti JPO di Johor. Kalau bercakap dari segi saiz & pilihan lot kedai, JPO memang tidak dinafikan lagi besar & banyak pilihan fesyen yang terkini. Namun, harga yang ditawarkan di sini rata-ratanya setanding dengan JPO malah waktu year end sale, memang ramai orang yang datang ke sini untuk mendapatkan barangan berjenama pada harga termurah.
Ada sesuatu yang sangat mencuri tumpuan pelancong yang datang berkunjung ke Freeport A’Famosa Outlet iaitu senibina & landskap sekelilingnya yang membuatkan diri terasa seperti berada di shopping mall luar negara. Ciri senibinanya lebih terarah kepada konsep senibina orang Belanda & terdapat juga menara kincir angin yang menjadi mercu tanda destinasi ini. Pilihan makanan di fast food & food court di dalamnya agak banyak variasi & bolehlah anda jalan jalan cari makan sekiranya menginap di A’Famosa Resort atau hotel sekitar Alor Gajah, Melaka.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-5528961 |Â Facebook |Â Website
- Freeport A’Famosa Outlet, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Jumaat – Ahad
- Â 10 am – 10 pm
Isnin-Khamis
- 10 am – 9 pm
- Destinasi membeli belah.
32. Illusion 3D Art Museum Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Kalau bercuti di Bandar Hilir Melaka dengan anak-anak & hanya melawat tempat bersejarah sahaja, mungkin akan membosankan mereka bukan? Apa kata, anda bawa anak-anak untuk mencuba satu aktiviti yang lain daripada yang lain. Destinasi ini merupakan sebuah muzium 3D yang mempunyai banyak ilustrasi 3 dimensi yang kelihatan seakan-akan ‘hidup’. Malah, apa yang membuatkan destinasi ini berbeza dengan kebanyakan muzium 3D di Melaka yang lain adalah terdapatnya Augmented Reality (AR) Video Hall di mana anda boleh menghasilkan satu video dengan watak-watak animasi 3D yang sangat menarik.
Antara watak-watak 3D di dalam video animasi ini adalah dinasour, angkasawan, hidupan liar & sebagainya. Untuk mendapatkan video ini, terdapat bayaran tambahan dikenakan. Mural 3D yang ada di sini juga pelbagai temanya & anda boleh ambil gambar dengan kamera sendiri sebanyak mana yang anda mahukan. Setiap mural 3D ini mempunyai kisah ceritanya sendiri yang pasti membuatkan anak-anak anda tertanya-tanya. Selain bersuka ria dengan bergambar, bolehlah anda menceritakan kepada anak-anak situasi setiap mural 3D yang ada di sini untuk menambah ilmu am mereka.
Illusion 3D Art Museum Melaka ini terletak di Dataran Pahlawan Megamall & dibuka pada setiap hari. Muzium 3D ini merupakan cawangan muzium 3D yang kedua selepas muzium 3D yang pertamanya yang terletak di Central Market, Kuala Lumpur. Disyorkan untuk anda melawat tempat menarik indoor sebegini pada waktu tengahari untuk elakkan panas. Waktu petang & apabila cuaca redup sedikit, bolehlah ke tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang terbuka seperti Kota A’Famosa, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Gereja St Paul & sebagaianya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2213002 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- F2-29, Aras 2, Jalan Merdeka, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, 75000, Melaka
- 10 am – 10 pm ( dibuka setiap hari)
Warganegara Malaysia
- Dewasa: RM 34
- Kanak-Kanak: RM 17
- Warga Emas: RM 17
- Pelajar: RM 17
Pelancong Asing
- Dewasa: RM 50
- Kanak-Kanak: RM 25
- Warga Emas: RM 25
- Pelajar: RM 25
*OKU RM 10 / pax
*Staf kerajaan, diskaun 20%
*Kumpulan pelajar lebih 12 orang, RM 12 / pax
33. Holiday Inn Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Anda merancang untuk mencari penginapan yang mempunyai pemandangan yang cantik & lokasi yang strategik di Bandar Hilir Melaka ? Kalau ya, apa kata anda lihat tawaran yang terdapat di Holiday Inn Melaka. Hotel bertaraf 4 bintang yang terletak dalam bangunan yang tinggi ini hanya 100 meter dari Mahkota Parade di Bandar Hilir Melaka & mempunyai pilihan bilik hotel yang mempunyai view yang sungguh saujana mata memandang.
Selain bersebelahan dengan pusat membeli belah Mahkota Parade, Holiday Inn Melaka juga sangat dekat dengan beberapa tarikan pelancongan popular di Bandar Melaka seperti Upside Down House Gallery, Menara Taming Sari, Kota A’Famosa, Muzium Kesultanan Melaka & macam-macam lagi. Sekiranya anda malas nak memandu kereta untuk menerokai tempat-tempat menarik di Bandar Melaka, sangat disyorkan untuk menginap di Holiday Inn Melaka.
Malah, apa yang akan membuatkan anak-anak anda seronok apabila bermalam di Holiday Inn Melaka adalah terdapat sebuah kolam renang infiniti yang terletak di aras 4 bangunan hotel ini. Kolam renang terbuka di sini tidaklah sehebat waterpark yang popular di Melaka tetapi apa yang unik, pemandangan sekeliling dari kolam renang ini memang sangat menakjubkan. Anda boleh nampak hamparan laut Selat Melaka yang terbentang luas & panorama matahari terbenam pada waktu senja. Satu hotel yang sangat ideal yang menjanjikan para pelancong satu pengalaman bercuti di Melaka yang menyeronokkan.
Harga Hotel |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2859000 |Â Facebook |Â Website
- Holiday Inn Melaka, Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka
- Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)
- Untuk harga penginapan terkini, semak di halaman ini.
34. Kem Lambaian Danau
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi institusi pengajian atau syarikat korporat yang mungkin berhasrat untuk menganjurkan kem bina semangat, hari keluarga atau team building di Melaka, salah satu destinasi yang ideal untuk merealisasikan program tersebut adalah di Kem Lambaian Danau yang terletak di Jasin, Melaka. Kem ini memang cukup popular & indah kerana ianya dikelilingi tasik semulajadi seluas 105 ekar. Percaya atau tidak, sejak ditubuhkan pada 1998 kem ini telah menerima lebih 180 ribu peserta dari seluruh pelusuk tanahair.
Selain itu juga, modul latihan & suasana persekitaran yang mendamaikan tidak dinafikan memainkan peranan penting untuk menjayakan program seperti kem bina semangat. Jadi, anda tidak perlu risau, destinasi ini lengkap & berpengalaman dalam menguruskan program sebegini. Selain mempunyai kawasan perkhemahan yang menarik, Kem Lambaian Danau turut dilengkapi dengan kabin penginapan berserta dengan kemudahan seperti sistem hawa dingin, elektrik & bilik mandi peribadi.
Pelbagai modul program & aktiviti outdoor menarik yang boleh anda lakukan di sini secara berkumpulan seperti berakit di tasik, meredah hutan, water confidence, explorace & macam-macam lagi. Samaada aktiviti di tasik atau di darat, Kem Lambaian Danau ada jawapan yang ideal & sesuai dengan objektif program anda.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6019-3682498 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Kem Lambaian Danau, Tapak Perkhemahan dan Pusat Latihan Bina Semangat, Kampung Chinchin, 77000, Jasin, Melaka
- Sepanjang tahun ( destinasi kem )
[/tab]
#1 PAKEJ SEKOLAH RENDAH ( +- RM 125 / pax)
- Pakej Termasuk:
- Penginapan 3 Hari 2 Malam (khemah)
- Aktiviti & Peralatan Aktiviti
- Modul & Latihan dari Pihak Kem
- Fasiliti Dewan, Dataran, dll
- Makan 3 kali sehari
- Fasilitator
- Sijil Penyertaan
- FREE Chalet (Urusetia)*
- FREE Wifi (Urusetia)**
#2 PAKEJ SEKOLAH MENENGAH ( +- RM 125 / pax)
- Pakej Termasuk:
- Penginapan 3 Hari 2 Malam (khemah)
- Aktiviti & Peralatan Aktiviti
- Modul & Latihan dari Pihak Kem
- Fasiliti Dewan, Dataran, dll
- Makan 3 kali sehari
- Fasilitator
- Sijil Penyertaan
- FREE Chalet (Urusetia)*
- FREE Wifi (Urusetia)**
#3 PAKEJ KOLEJ/UNIVERSITI ( +- RM 145 / pax)
- Pakej Termasuk:
- Penginapan 3 Hari 2 Malam (khemah)
- Aktiviti & Peralatan Aktiviti
- Modul & Latihan dari Pihak Kem
- Fasiliti Dewan, Dataran, dll
- Makan 3 kali sehari
- Fasilitator
- Sijil Penyertaan
- FREE Chalet (Urusetia)*
- FREE Wifi (Urusetia)**
#4 PAKEJ KORPORAT ( +- RM 300 / pax)
- Pakej Termasuk:
- Penginapan 3 Hari 2 Malam (cabin, 4 orang sebilik)
- Aktiviti & Peralatan Aktiviti
- Modul & Latihan dari Pihak Kem
- Fasiliti Dewan, Dataran, dll
- Makan 5 kali sehari
- Fasilitator
- Sijil Penyertaan
- FREE Chalet (Urusetia)*
- FREE Wifi (Urusetia)**
#5 PAKEJ HARI KELUARGA
- Pakej Termasuk:
- Penginapan 3 Hari 2 Malam (cabin, 4 orang sebilik)
- Aktiviti & Peralatan Aktiviti
- Modul & Latihan dari Pihak Kem
- Makan 5 kali sehari (boleh tambah)
- Fasilitator
- Sijil Penyertaan
- FREE Chalet (Urusetia)*
- FREE Wifi (Urusetia)**
Maklumat lanjut sila layari website atau hubungi 019 – 3682498
35. Serama Adventure Park Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Serama Adventure Park Melaka merupakan salah satu destinasi yang sangat ideal untuk anda yang berhasrat menganjurkan kem motivasi, team building atau family day di Melaka. Destinasi yang terletak hanya 5 minit dari Tol Ayer Keroh ini pasti memberikan satu pengalaman yang menarik untuk anda bersama keluarga atau rakan sepejabat kerana terdapat banyak aktiviti mencabar yang boleh dilakukan secara berkumpulan.
Tawaran aktiviti outdoor di Serama Adventure Park Melaka ternyata sangat bervariasi kerana mempunyai pilihan aktiviti di kawasan yang tinggi, kawasan berair mahupun aktiviti kering di darat. Bergantung kepada misi & visi program anda, anda boleh pilih tahap cabaran aktiviti yang ingin dilakukan di Serama Adventure Park. Antara akitiviti-aktiviti yang sering menjadi program peserta di sini adalah berkayak, water confidence, memanah, meredah hutan, flying fox, sky trex & banyak lagi.
Dengan pilihan aktiviti menarik yang banyak & lokasinya yang mudah diakses dari jalan besar, tidak hairanlah Serama Adventure Park Melaka sering menjadi pilihan organisasi untuk mengadakan event-event yang boleh mengeratkan silaturahim & memupuk semangat kerjasama berpasukan. Anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti di sini hanya dalam masa sehari sekiranya tidak mahu bermalam. Tidak kira samaada anda datang ke sini bersama keluarga, rakan-rakan ataupun rakan sepejabat, destinasi ini sesuai & terbuka untuk sesiapa sahaja.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6013-3937997 |Â Facebook
- Lot 2727 & 2729, Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal, 76100 Alor Gajah, Melaka
- 9 am – 6 pm
- Isnin tutup
- Untuk maklumat lanjut, sila berhubung di
- +606-5531812 (Pejabat) atau
- +6013-3377997 (Hotline)
36. Taman Botanikal Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Taman Botanikal Melaka merupakan sebuah tempat rekreasi yang berkeluasan 359 hektar yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Taman ini telah beroperasi sejak April 1984 dan sebelum ini dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Taman ini sangat ideal untuk anda yang ingin sekali sekala berada dalam suasana hutan rimba. Kebiasaannya pengunjung akan ke sini untuk melakukan aktiviti riadah & rekreasi bersama keluarga seperti berjogging di denai yang mempunyai keindahan hutan hijau.
Pemandangan pokok-pokok besar di sini cukup menakjubkan & bau ‘aroma hutan belantara’ memang sangat terasa ketika berjalan di sini seolah-seolah sedang mengembara di dalam Taman Negara. Destinasi ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Ayer Keroh yang lain yang boleh anda lawati dengan hanya berjalan kaki sahaja seperti Tasik Ayer Keroh, Taman Prasejarah, Malacca Bee Gallery, Muzium Orang Asli dan juga Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park.
Di kawasan datarannya juga terdapat kemudahan basikal, buggy & motosikal elektrik yang boleh disewa untuk bersiar-siar. Waktu hujung minggu, destinasi ini memang meriah dengan kehadiran warga setempat untuk jogging & tidak kurang juga yang ber’zumba’. Sekiranya anda menginap di hotel sekitar Ayer Keroh & ingin menghirup udara yang segar waktu pagi atau petang, sangat disyorkan untuk berkunjung ke sini. Walaupun destinasi ini mesra keluarga namun perlu juga berhati-hati kerana terdapat monyet-monyet liar yang berkeliaran yang suka ‘menyeluk saku’ untuk mendapatkan makanan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
- 24 jam ( kawasan rekreasi awam)
- Percuma
37. Magic Art 3D Museum Bukit Katil
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sekiranya anda bermalam di hotel sekitar Ayer Keroh atau Bukit Katil, tidak perlu susahkan diri untuk memandu jauh ke Bandar Hilir Melaka semata-mata untuk melawat muzium 3D. Terdapat satu muzium 3D di sini yang tidak kurang menariknya yang hanya terletak di Bukit Katil. Secara tepatnya ia terletak di Bayou Lagoon Park Resort & dari Tol Ayer Keroh, perjalanan ke sini hanya makan masa sekitar 10 minit sahaja. Muzium 3D ini menawarkan sekitar 15 ilustrasi 3 dimensi yang boleh anda sekeluarga berswafoto untuk dijadikan kenang-kenangan.
Walaupun bilangan ilustrasi 3D di sini tidak sebanyak di muzium 3D yang lain seperti di Langkawi, tetapi dengan bayaran tiket & kualiti mural yang ada di sini, memang cukup berbaloi. Seperti juga di mana-mana muzium 3D yang lain, staf bertugas akan membantu anda untuk merakam gambar dari sudut yang betul supaya gambar yang dihasil akan menjadi ‘hidup’. Memang lumrah di mana-mana lokasi muzium 3d, setiap kali musim cuti & hujung minggu, mesti ramai yang datang ke sini & kadang-kadang membuatkan anda perlu menunggu lama untuk menunggu giliran bergambar.
Sebaiknya, anda datanglah pada hari berkerja bersama anak-anak untuk kepuasan maksima tanpa perlu menunggu lama giliran. Untuk idea yang lebih bernas, anda boleh menginap sahaja di Bayou Lagoon Park Resort & boleh ke muzium 3D ini pada waktu orang tidak ramai pada bila-bila masa. Malah, lokasi Bayou Lagoon Park Resort juga sangat strategik di tengah-tengah antara Bandar Hilir Melaka & Ayer Keroh Melaka, yang merupakan 2 tempat pelancongan di Melaka yang sangat popular.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2311604 |Â Facebook |Â Website
- G13, G15 & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama,, 75450 Bukit Katil, Melaka
Waktu Operasi Magic Art 3D Museum Bukit Katil
- Isnin-Jumaat
- 10 am – 7 pm
- Hujung minggu, cuti sekolah & cuti umum
- 9 am – 9 pm
Harga Tiket Magic Art 3D Museum Bukit Katil
- Dewasa: RM 28
- Kanak-Kanak: RM 22
- Warga Emas: RM 22
38. Muzium Hang Tuah
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Siapa yang tidak kenal dengan Hang Tuah. Seorang pahlawan legenda Melayu yang sangat hebat & sangat setia kepada Sultan Melaka. Mungkin perjalanan cerita hebatnya sudah kita tonton di dalam filem atau pernah baca di dalam buku-buku sejarah. Memang banyak jasanya & memang hebat ilmu silatnya. Namun, ada yang pertikaikan, adakah benar Hang Tuah memang wujud ataupun ianya sekadar cerita dongeng sebagai penyedap halwa telinga sahaja. Adakah benar Hang Tuah pernah berkata ? “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” atau, sekadar kata sakti sebagai penyedap cerita sahaja.
Bagi anda yang tertanya-tanya, apa kata bawa keluarga berkunjung ke Muzium Hang Tuah atau Hang Tuah Centre ini. Lokasinya terletak di Kampung Duyong & kira-kira 20-30 minit memandu dari Bandar Hilir Melaka. Muzium yang tersergam indah dengan senibina Melayu ini pasti akan membuatkan anda kagum dengan kecantikannya. Malah, landskap taman yang mengelilingi muzium ini juga sangat menarik & sangat sesuai untuk anda bergambar seperti raja sehari.
Sesuai dengan namanya, muzium ini banyak memaparkan sejarah berkenaan Hang Tuah & sahabat-sahabatnya seperti Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu & Hang Kasturi. Kisah-kisah mereka bukan sahaja diceritakan dalam bentuk infografik, pameran atau diorama sahaja, malah terdapat juga video animasi pendek yang berkaitan dengan sejarah popular 5 pendekar ini. Berdekatan dengan muzium ini, terdapat Perigi Hang Tuah yang dipercayai digali sendiri olehnya. Sehingga ke hari ini, perigi ini masih mengeluarkan air & tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2930028 |Â Facebook
- Hang Tuah Centre, Kampung Jambatan Duyong, Ayer Molek, 75460 Malacca
Waktu Operasi Muzium Hang Tuah
- 9.00 am – 5.00 pm ( Dibuka setiap hari)
*Jumaat ditutup sementara antara pukul 12.45 pm -2.45 pm untuk Solat Jumaat
Harga Tiket Muzium Hang Tuah
- Dewasa
- Harga Biasa: RM 10
- Harga MyKad: RM 5
- Kanak-Kanak ( 7-12 tahun)
- Harga Biasa: RM 5
- Harga MyKid: RM 3
- Kanak-kanak berumur 6 tahun & kebawah, masuk PERCUMA
39. Kompleks Falak Al-Khawarizmi
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Ada tak anak-anak anda yang bercita-cita nak jadi ahli astronomi atau angkasawan ? Kalau ada, apa kata anda bawa mereka ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi berdekatan Pantai Tanjung Bidara yang pasti akan membuatkan mereka teruja. Pada masa yang sama dapatlah juga menyemai minat dalam jiwa mereka tentang dunia angkasaraya. Destinasi ini terletak agak jauh dari Bandar Hilir Melaka sekitar 38 km & mungkin anda boleh singgah di sini sekiranya menuju pulang ke KL melalui Tanjung Kling-Masjid Tanah.
Destinasi yang ala planetarium ini memang padat dengan informasi & tarikan interaktif yang pasti tidak akan membosankan. Terdapat banyak hiasan bulan bintang yang secara tidak langsung membangkitkan lagi suasana ‘alam semesta’ apabila berkunjung ke sini. Kompleks ini mempunyai beberapa zon pameran seperti zon sistem suria, zon penerokaan angkasa, zon langit malam & banyak lagi. Apa yang paling mengujakan adalah terdapatnya bahagian pelantar & kubah cerapan di mana anda boleh menggunakan teropong gergasi untuk melihat angkasa raya secara langsung.
Selain itu, terdapat juga tayangan 3D & tayangan planetarium yang memaparkan video animasi yang sangat berinformasi berkenaan dengan bulan & bintang. Selain lawatan secara kecilan, destinasi ini juga ada menawarkan pakej-pakej untuk mereka yang berhasrat untuk datang secara berkumpulan. Satu destinasi yang mesti dimasukkan ke dalam perancangan bercuti di Melaka setiap pelancong khususnya mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-3852671 |Â Facebook |Â Website
- Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Alor Gajah, Melaka
Waktu Operasi Kompleks Falak Al-Khawarizmi
- 9.00 am – 5.00 pm (Isnin-Sabtu)
- Ahad tutup
Harga Tiket Kompleks Falak Al-Khawarizmi
40. Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Haiwan marin eksotik seperti penyu yang sinonim dengan pantai timur ini memang sukar untuk dilihat & bahkan di zoo sekali pun belum tentu ada pameran yang mempelihatkan haiwan comel ini. Bagi yang ingin membawa anak-anak melihat penyu dengan lebih dekat, anda boleh berkunjung ke Pusat Informasi Penyu Melaka yang terletak di Masjid Tanah & tidak jauh dari Pantai Tanjung Bidara. Pusat konservasi yang diselia oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka ini ditubuhkan untuk memulihara & memelihara spesis penyu di perairan Negeri Melaka serta untuk menjalankan penyelidikan.
Konsep destinasi ini adalah sama seperti mana-masa pusat konservasi yang ada di Malaysia seperti di Cherating, Kemaman ataupun di Segari. Terdapat kawasan kolam konkrit yang menempatkan penyu, kawasan eraman telur penyu & juga pameran-pameran yang memaparkan informasi interaktif tentang penyu. Bilangan penyu di sini tidaklah terlalu banyak seperti di tempat lain namun, sekiranya objektif anda ingin melihat penyu, destinasi ini adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang boleh diterokai.
Sambil berseronok di pusat konservasi ini dengan melihat penyu bersama anak-anak ataupun pelajar, jangan lupa untuk menerangkan kepada mereka kepentingan hidupan marin ini di dalam ekosistem laut. Secara tidak langsung, kita dapat membina rasa tanggungjawab & kesedaran dalam diri anak-anak untuk lebih menghargai haiwan ini serta cakna dengan kebersihan laut yang setiap orang perlu mainkan peranan. Kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-3846754 |Â Facebook |Â Website
- Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, Melaka
- Selasa-Ahad
- 10.00 am – 12.30 pm
- 2.00 – 5.30 pm ( 2.45 pm – 5.00 pm pada Jumaat sahaja)
- Isnin tutup
- Percuma
41. Pantai Pengkalan Balak Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sekiranya anda ingin bercuti di pantai menarik di Melaka yang air lautnya saujana mata memandang, Pantai Pangkalan Balak adalah jawapan yang paling tepat. Dari segi lokasi, Pantai Pengkalan Balak bukanlah yang paling ideal untuk anda menginap sekiranya ingin menerokai tempat-tempat menarik di Melaka yang popular kerana kebanyakannya berada di sekitar Bandar Hilir Melaka. Untuk lokasi pantai yang lebih dekat dengan Bandar Hilir Melaka, sebaiknya pilihlah hotel-hotel sekitar Pantai Klebang atau Pantai Puteri.
Namun, kalau bercakap dari segi kecantikan pantai, tidak dinafikan Pantai Pengkalan Balak lebih menyerlah. Air lautnya lebih jernih membiru & pemandangan pada waktu senja di sini memang cukup menakjubkan. Malah, dari pesisiran Pantai Pengkalan Balak juga, anda boleh melihat kapal-kapal kargo besar yang sedang berlayar jauh nun di tengah lautan samudera. Panorama sebegini terutamanya di kala matahari melabuhkan tirainya, semestinya akan membuatkan kaki fotografi tidak sabar-sabar untuk merakam gambar landskap untuk dijadikan koleksi peribadi.
Tidak hairanlah, di sepanjang Pantai Pengkalan Balak terdapat banyak hotel, resort & homestay yang mengadap laut yang pasti akan memberikan satu pengalaman percutian di Melaka yang sempurna untuk anda seisi keluarga. Antara penginapan popular di Pantai Pengkalan Balak adalah Comel Beach Resort, Seraya Pantai Chalet, Sayang Beach Resort & sebagainya. Destinasi ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat percutian hujung minggu kerana lokasinya juga lebih dekat sedikit dari KL & juga tidak terlalu sibuk seperti pantai di Bandar Melaka.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka
- 24 jam ( destinasi pantai )
- Untuk harga penginapan terdekat, semak di halaman ini.
42. Muzium Al-Quran Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Satu muzium di Melaka yang mesti setiap jiwa yang beragama Islam datang melihat bahan-bahan pameran yang sangat tinggi nilainya. Muzium ini terbuka kepada sesiapa tanpa mengira latar belakang agama & menjanjikan pameran menarik yang berkaitan dengan kitab suci Islam iaitu Al-Quran. Muzium yang terletak di dalam sebuah bangunan yang indah & moden ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Melaka & Yayasan Restu untuk memakmurkan syiar Islam di Melaka.
Koleksi Al-Quran yang dipamerkan di sini bukan sahaja tertumpu kepada mushaf-mushaf Al-Quran yang baru malah turut mempamerkan mushaf Al-Quran yang berusia ratusan tahun lamanya. Salah satunya adalah senaskah Al-Quran dari Tanah Jawa yang dipercayai berasal dari awal abad ke 19. Uniknya, setiap lembaran Al-Quran ini diperbuat daripada deluwang iaitu sejenis daun kayu. Secara logik akal, daun kayu yang bersifat organik pasti akan mereput ditelan usia. Namun, apa yang ajaibnya walaupun Al-Quran ini kelihatan usang sedikit tetapi masih elok & bacaannya juga masih jelas.
Kagum dengan kehebatan orang dulu-dulu yang bijak menghasilkan Al-Quran yang tahan lama sebegini. Malah, penulisan tangan bacaan Al-Quran juga sangat cantik serta kelihatan seragam seperti dicetak dengan mesin. Terdapat juga senaskah Al-Quran yang diperbuat daripada kulit kambing yang berasal dari Yaman & dikatakan berusia sekitar 860 tahun. Tidak dinafikan, Muzium Al-Quran Melaka merupakan satu muzium menarik di Melaka yang sangat ideal untuk dijadikan destinasi lawatan sambil belajar oleh institusi pendidikan dalam mendedahkan ilmu sejarah Agama Islam kepada generasi muda.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2830926
- Muzium Al-Quran Melaka, Jalan Solok Balik Bukit, Kampung Bukit Palah, 75400, Negeri Melaka
Waktu Operasi Muzium Al-Quran
- 9.00 am – 5.30 pm
- Isnin ditutup
*Jumaat, muzium ditutup antara 12.15 pm – 2.45 pm untuk Solat Jumaat.
Harga Tiket Muzium Al-Quran
- Dewasa: RM 2
- Kanak-Kanak: RM 1
43. Taman Ekstrem Tasik ChinChin
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Menjadi satu kemestian, setiap kali cuti sekolah semestinya ramai ahli keluarga di perantauan yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung & berkumpul ramai-ramai untuk mengeratkan silaturahim. Daripada hanya berkumpul di rumah, apa kata sekali sekala anda bawa keluarga & saudara mara mengadakan aktiviti outdoor atau sukaneka di Taman Ekstrem Tasik ChinChin. Destinasi ini berdekatan dengan sempadan Negeri Johor & sangat sesuai untuk kaum keluarga atau sahabat handai datang bersuka ria di sini.
Taman ini sangat mesra kanak-kanak & mempunyai kemudahan untuk merealisasikan program hari keluarga atau family gathering anda. Terdapat taman tema air mini & gelongsor air berliku yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak mahu balik apabila mandi manda di sini. Bagi yang remaja & dewasa pula, boleh melakukan aktiviti rekreasi yang ditawarkan di Taman Ekstrem ChinChin seperti flying fox, memanah, water rafting, berkayak di tasik, combat obstacle & macam-macam lagi.
Malah, di sini juga terdapat chalet yang selesa yang boleh anda sewa untuk bermalam sehari dua. Destinasi ini bukanlah tempat menarik di Melaka yang baru & sudah banyak organisasi samaada dari sekolah, badan kerajaan atau badan korporat yang datang ke sini untuk menganjurkan aktiviti seperti family day, team building & sebagainya. Lokasinya yang mendamaikan dikelilingi keindahan alam semulajadi pasti akan memberi satu memori yang terindah untuk peserta yang berkunjung ke Taman Ekstrem Tasik ChinChin ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-5246080 |Â Facebook
- Lot 17573 Kampung Chinchin Chin Chin, Melaka
- 9.00 am – 6.00 pm
- untuk pakej family day & penginapan, sila berhubung di fanpage
44. Masjid Kampung Hulu
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi pencinta senibina & sejarah, apa kata anda melawat Masjid Kampung Hulu yang terletak berdekatan dengan Bandar Hilir Melaka. Masjid ini bukanlah masjid yang tertua di Malaysia & juga bukan masjid tertua di Melaka seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Mengikut rekod masjid tertua di Malaysia adalah Masjid Kampung Laut di Kelantan & seterusnya adalah Masjid Peringgit di Melaka yang dikatakan dibina sekitar 1726. Maka, secara tidak langsung meletakkan Masjid Kampung Hulu sebagai masjid ke-3 tertua di Malaysia yang dibina sekitar abad ke-17 ketika penjajahan Belanda.
Dari jauh anda sudah boleh melihat masjid ini yang mempunyai rekaan bumbung 3 lapis & kelihatan seakan bentuk piramid. Di anak tangga hadapan masjid ini juga, anda boleh melihat 2 laras meriam kecil yang menjadi sebahagian daripada hiasan landskap masjid. Uniknya, menara masjid ini kalau dilihat dari jauh ianya tidak ubah seperti sebuah rumah api. Malah, warnanya yang putih sepenuhnya & sangat berkontra dengan warna bumbung masjid yang berwarna jingga menjadikannya lebih terserlah.
Di pintu gerbang masuk juga anda boleh masih melihat gendang atau beduk yang masih dalam keadaan baik & dipercayai berusia lebih 280 tahun. Tiang utama di dalam masjid juga masih menggunakan kayu & kelihatan kukuh seperti tidak dimamah usia. Masjid Pengkalan Hulu mempunyai banyak cerita sejarahnya & ada juga cerita yang bersifat khurafat. Entah dari mana kepercayaannya, bangsa asing dahulunya sering ke masjid ini untuk mengambil air dalam kolah kerana dipercayai dapat menyembuhkan penyakit.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Masjid Kampung Hulu, Jalan Kampung Hulu, Kampung Dua, 75200 Melaka
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan.
45. Masjid Tengkera
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Tahukah anda, Melaka dahulunya pernah digelar ‘serambi Mekah’ kerana penyebaran Agama Islam di Tanah Melayu dipercayai bermula dari Melaka yang ketika itu terkenal sebagai pusat perdagangan utama di Nusantara. Mungkin anda sudah melawat banyak tempat bersejarah di Melaka yang terkenal yang menjadi bukti kewujudan & kedatangan penjajah. Bagaimana pula dengan bukti kedatangan Islam di Melaka ?
Mengikut sumber, Masjid Tengkera merupakan antara masjid yang tertua di Melaka yang dibina pada 1728 & ini adalah salah satu bukti kewujudan Islam yang sudah lama bertapak di Melaka sejak ratusan tahun dahulu. Masjid ini juga pernah menjadi masjid rasmi negeri Melaka sewaktu Melaka belum ada Masjid Al A’zim yang kini menjadi Masjid Negeri Melaka. Dari segi senibina, tidak dinafikan Masjid Tengkera adalah antara yang tercantik & paling unik kerana dipengaruhi oleh unsur seni tempatan & luaran.
Anda boleh lihat pada senibina bumbung masjidnya yang mempunyai 3 lapisan & bentuknya persis sebuah piramid atau rumah limas. Selain itu, menara masjid ini juga antara yang paling unik anda pernah nampak kerana bentuknya ada sedikit persaman dengan bangunan Pagoda yang seakan sama seperti Menara Condong di Teluk Intan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Masjid Tengkera, Jalan Tengkera, Bandar Hilir Melaka, 75200 Melaka
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan.
46. Masjid Al-Azim / Masjid Negeri Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Masjid Al-Azim merupakan Masjid Negeri Melaka & dibuka secara rasmi pada tahun 1990. Masjid ini memang luas & boleh menampung jemaah sehingga 10,000 orang untuk satu-satu masa. Berbeza dengan kebanyakan masjid bersejarah di Melaka yang lain, binaan & konsep senibinanya juga lebih moden sesuai dengan peredaran zaman. Namun, masih ada persamaan yang boleh anda lihat dari segi unsur senibina terutamanya di bahagian kubah masjid.
Seperti juga Masjid Negeri Melaka yang sebelumnya iaitu Masjid Tengkera, masjid ini jelas mempunyai rekaan bentuk bumbung berlapis yang berbentuk seakan rumah limas. Bentuk binaan bangunannya juga 4 segi yang turut sama dengan Masjid Tengkera, namun dalam skala yang lebih besar. Dari dalam masjid ini, anda boleh melihat ukiran ayat Al-Quran yang sangat cantik & besar yang terletak di 4 sisi panel yang mengelilingi kubah utama masjid ini.
Kemudahan di masjid ini memang lengkap baik dari sudut parkir kereta, tandas, ruangan solat & sebagainya. Selain itu, perkarangan masjid ini juga mempunyai landskap taman yang menghijau & sangat cantik, sesuai dengan warna utama atap masjid ini yang juga berwarna hjau. Masjid Al-Azim memang sangat selesa untuk anda datang ke sini beribadah atau berehat seketika sebelum meneruskan jadual percutian anda di Melaka. Lokasinya juga sangat mudah diakses dari jalan besar & hanya bersebelahan dengan Hospital Besar Melaka serta Muzium Al-Quran Melaka.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2841142 |Â Facebook
- Masjid Al-Azim, Kampung Bukit Palah, 75150 Melaka
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan
47. Muzium Islam Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Menyingkap kedatangan Islam di Melaka bukan sahaja boleh anda lihat di tempat-tempat yang masih ada kesan sejarahnya seperti di masjid-masjid lama sekitar Melaka, malah anda boleh juga datang ke Muzium Islam Melaka ini untuk mendapatkan informasi yang lebih menyeluruh. Sekiranya anda pertama kali bercuti di Melaka & ingin menyelami sejarah penyebaran Agama Islam di Melaka, sangat disyorkan untuk memulakan pengembaraan anda dengan melawat Muzium Islam Melaka yang terletak di Jalan Kota & berdekatan dengan Kota A Famosa.
Selain kaya dengan informasi & bahan bersejarah, muzium ini sebenarnya terletak di dalam sebuah bangunan lama yang mempunyai ceritanya sendiri. Bangunan lama berwarna merah ini ada yang mengatakan dibina pada lewat abad 18-an ketika pemerintahan Inggeris. Ada juga yang berpendapat, bangunan ini dibina sejak penjajahan Belanda lagi sebelum pihak Inggeris membuat penambahan binaan di bahagian aras dua.
Pameran yang ada di bangunan ini agak banyak & merangkumi pelbagai aspek sejarah Islam di Melaka baik dari sudut perundangan, budaya, senibina & sebagainya. Di muzium ini juga anda boleh melihat keunikan replika-replika masjid popular di Melaka seperti Masjid Tengkera, Masjid Kampung Hulu, Masjid Al-Azim & sebagainya. Malah terdapat juga pameran yang menunjukkan kitab-kitab lama Islam seperti kamus kuno bertulisan jawi yang menghuraikan huruf-huruf Al-Quran secara panjang lebar.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Muzium Islam Melaka, Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi Muzium Islam Melaka
- 9.00 am – 5.00 pm ( Selasa-Ahad)
- Isnin ditutup
*12.15 pm -2.45 pm pada hari Jumaat ditutup
Harga Tiket Muzium Islam Melaka
- Dewasa:
- RM 3.00
- Kanak-Kanak( 12 tahun kebawah)/Pelajar:
- RM 2.00
48. Air Terjun Asahan Gunung Ledang
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Ramai yang keliru, di mana sebenarnya Air Terjun Gunung Ledang bukan ? Ada yang cakap di Johor & ada yang cakap di Melaka. Dari segi geografinya, Gunung Ledang ini terletak di sempadan 3 negeri iaitu Melaka, Johor & Negeri Sembilan. Namun, majoriti kawasan Gunung Ledang terletak di dalam Negeri Johor & hanya ‘sipi-sipi’ sahaja yang terletak dalam Negeri Melaka & Negeri Sembilan.
Memandangkan Gunung Ledang ini besar, maka banyaklah sungai-sungai & air terjun yang mengalir dari puncak. Ada yang mengalir ke sebelah Johor & ada juga yang mengalir ke sebelah Melaka. Kalau di sebelah Johor, Air Terjun Gunung Ledang yang dimaksudkan terletak berdekatan dengan Gunung Ledang Resort. Kalau di sebelah Melaka, Air Terjun Gunung Ledang atau Air Terjun Asahan ini terletak berdekatan dengan taman tema air di Laman 3 Budaya.
Air terjun ini memang sangat popular di kalangan orang Jasin. Air terjunnya jernih & ramai pelancong luar tidak tahu lokasinya. Sekiranya anda ingin menerokai Air Terjun Asahan atau Air Terjun Gunung Ledang di Jasin ini, anda hanya perlu menuju ke water park Laman 3 Budaya. Sebaik sampai di water park tersebut yang terletak di sebelah kiri, anda akan nampak simpang ke kanan yang menuju ke Air Terjun Asahan. Satu tempat mandi manda di Melaka yang sangat menyeronokkan, air sungainya tidak terlalu dalam & masih terjaga keasliannya kerana ramai yang tidak tahu kewujudannya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Air Terjun Asahan, Jasin, Melaka.
*Sila menuju ke Laman 3 Budaya water park & masuk simpang ke kanan.
- Tidak dikhususkan
- Percuma
49. The Shore Oceanarium
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Kalau dahulu, apa yang menarik di Melaka lebih terarah kepada destinasi bersejarah sahaja, kini destinasi yang lebih moden seperti Aquria KLCC juga boleh anda lawati di Melaka. Bagi yang belum pernah ke mana-mana aquaria seperti di KLCC atau Langkawi, sangat disyorkan untuk anda bawa anak-anak melihat keindahan hidupan marin yang hanya boleh didapati di lautan dalam.
Melihat ikan-ikan menarik di dalam aquarium yang terletak di dinding sebelah kanan, kiri & atas kepala semestinya satu pengalaman yang anak-anak anda tidak akan dapat lupakan. The Shore Oceanarium ini menempatkan antara 200-300 spesis hidupan marin seperti jerung, penyu, tapak sulaiman, obor-obor, kuda laut & pelbagai lagi hidupan laut yang dikategorikan eksotik. Selain melihat hidupan laut ini dengan lebih dekat, pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan kepada beberapa spesis ikan di sini.
Apa yang lebih menarik, The Shore Oceanarium juga menawarkan pengembaraan melihat hidupan laut dengan kesan khas 3D. Dengan hanya memakai kaca mata khas 3D, anda boleh alami sendiri pengembaraan hidupan laut yang sebenar dalam pelbagai tema yang berbeza. Satu aktiviti yang unik & ini adalah yang pertama di Malaysia. Destinasi aquaria ini hanya terletak di aras 2 di pusat membeli belah The Shore Melaka & sangat mudah untuk anda lawati di Bandar Hilir Melaka.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2829966 |Â Facebook |Â Website
- 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
Waktu Operasi The Shore Oceanarium
- 10.30 am – 9.00 pm ( dibuka setiap hari)
*kaunter tiket ditutup 8 pm
Harga Tiket The Shore Oceanarium
- Dewasa
- RM 40
- Kanak-Kanak ( 3-12 tahun)
- RM 30
- Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
- RM 30
Pilihan Tambahan:
- Pakej Interaktif 3D: RM 10
- Pakej Makanan Ikan: RM 10
50. Masjid Cina Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sekiranya tiada sesiapa yang beritahu anda yang ianya sebuah masjid, anda pasti menjangkakan yang ianya sebuah rumah agam orang Cina ataupun replika istana tradisional dari Negara China. Masjid Cina Al-Muttaqin atau lebih popular dikenali sebagai Masjid Cina Melaka, merupakan salah satu masjid di bawah kerajaan negeri & siap dibina pada tahun 2014. Sejak beroperasi, ramai orang yang datang berkunjung ke sini untuk melihat keunikan masjid ini yang sangat berbeza dengan masjid menarik di Melaka yang lain.
Di perkarangan masjid ini, mempunyai 2 buah menara masjid yang berbentuk bangunan pagoda & ianya kelihatan hampir serupa dengan bentuk Menara Condong di Teluk Intan. Tujuan 2 menara ini dibina adalah untuk membezakan masjid ini dengan rumah ibadat agama lain. Masjid berkonsepkan ‘Masjid Cina’ ini bukanlah masjid yang pertama seumpamanya & anda juga sebenarnya boleh melihat keunikan masjid sebegini di Ipoh, Perak & juga di Rantau Panjang, Kelantan.
Tujuan pembinaan masjid bersenibinakan orang Cina ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat yang berlainan agama bahawa senibina & budaya nenek moyang masih boleh diamalkan selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak Islam. Bagi saudara baru kaum Cina yang masuk Islam, rata-rata akan memilih masjid ini untuk melafazkan 2 kalimah shahadah yang kebiasaannya diadakan waktu petang pada hujung minggu. Satu masjid yang unik di Melaka yang boleh anda terokai & lokasinya hanya terletak di Batu Berendam, Melaka.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Masjid Cina Al-Muttaqin, Batu Berendam, 76450 Melaka
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan.
51. Windmill Dutch Square Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi ini yang turut dikenali sebagai Dataran Stadthuys memang sangat ikonik & mempunyai banyak tarikan bersebelahan yang boleh anda berswafoto bersama keluarga. Ianya terletak berdekatan dengan sebuah roundabout kecil yang sering menjadi tempat beca-beca berhias berkumpul untuk mencari pelancong. Antara tarikan yang ada berdekatan dengan Dataran Stadthuys & roundabout ini adalah kincir angin, Menara Jam Melaka, Bangunan Stadthuys, Kubu Belanda, Sungai Melaka, kincir air & juga tulisan I Love Melaka yang sering menjadi lokasi wajib untuk pelancong berswafoto ketika pertama kali bercuti di Melaka.
Selepas melakukan aktiviti percuma dengan bergambar & berswafoto di mercu tanda yang dinyatakan, anda boleh meneruskan percutian anda dengan melawat majoriti tempat menarik di Melaka yang boleh anda jalan kaki dari sini seperti Muzium Sejarah & Etnografi, Muzium Sastera, Muzium Pendidikan & sebagainya.
Dari dataran ini juga, anda boleh berjalan kaki 3 minit menuju ke Jalan Kota yang menempatkan muzium-muzium, Kota A’ Famosa, Gereja St Paul, Muzium Kesultanan Melayu Melaka & sebagainya. Kalau sudah penat & kepanasan, bolehlah singgah di Dataran Pahlawan Megamall untuk makan-makan & membeli belah. Seronok bukan bercuti di Bandar Hilir Melaka ? Tempat menarik pun dekat-dekat & tidak perlu memandu kereta jauh-jauh.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- 24 jam
- Percuma
52. Masjid Kampung Kling
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Selain Masjid Kampung Hulu, Masjid Kampung Kling yang terletak di Jalan Tukang Emas & berdekatan Jonker Street ini merupakan satu lagi masjid di Bandar Melaka yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk melihat keunikannya. Masjid Kampung Kling dibina pada tahun 1748 dengan menggunakan kayu sebelum dibaikpulih menggunakan konkrit sekitar 1872. Walaubagaimanapun, struktur utama & senibina masjid masih mengekalkan yang asal.
Uniknya, dalam jarak kurang 100 meter di Jalan Tukang Emas ini, masjid ini sebenarnya berdekatan dengan kuil Hindu & tokong Buddha. Ini membuktikan masyarakat setempat boleh hidup aman harmoni tanpa mengira latar belakang agama & bangsa. Masjid Kampung Kling juga mempunyai menara masjid yang unik & sedikit berlainan daripada menara di Masjid Kampung Hulu.
Perasaan berada di masjid ini memang cukup menggamit perasaan & terasa seperti kembali kepada zaman silam. Kadang-kadang terasa juga seperti sedang bercuti di Sumatera kerana senibina masjid ini turut mempunyai elemen kesenian dari sana. Bagi pencinta sejarah & kaki fotografi yang mencari subjek yang klasik di Melaka, sangat disyorkan untuk singgah di Masjid Kampung Kling ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Masjid Kampung Kling, Jalan Tukang Emas, Bandar Hilir Melaka, 75200 Melaka
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan.
53. Asahan Water Theme Park
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Asahan Water Theme Park atau juga dikenali Laman 3 Budaya Water Park merupakan satu tempat mandi manda di Melaka yang tidak kurang popularnya di kalangan pelancong. Lokasinya terletak di Jasin & apa yang menarik dengan destinasi ini adalah lokasinya terletak berdekatan dengan sempadan 3 negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan & Melaka. Malah terdapat juga satu mercu tanda 3 warna yang dibina pada titik pertemuan 3 sempadan negeri ini.
Taman tema air di sini memang sangat ideal untuk anak-anak anda bersuka ria. Kolam mandi yang besar & terdapat juga beberapa gelongsor air berliku yang pasti membuatkan anak-anak teruja untuk meluncur ke dalam air. Kolam mandi di sini dibina khas untuk kanak-kanak sahaja & bagi orang dewasa atau muda mudi yang mengharapkan gelongsor tinggi yang mendebarkan, destinasi ini bukanlah jawapannya.
Selain itu, destinasi ini turut menawarkan pakej-pakej menarik untuk organisasi menganjurkan aktiviti yang berbentuk family day, team building ataupun camping. Destinasi ini juga sebenarnya berdekatan dengan Air Terjun Asahan yang terletak di kaki Gunung Ledang. Lokasi simpang masuk ke air terjun ini hanya terletak di simpang berdekatan dengan taman tema air ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6014-7310005 |Â Facebook |Â Instagram
- Kompleks Laman Tiga Budaya Jasin, Melaka
Waktu Operasi Asahan Water Theme Park
- Rabu-Ahad ( Dibuka)
- 9.00 am – 6.00 pm
- Isnin & Selasa ( Ditutup )
- Cuti Umum ( Dibuka)
- 9.00 am – 6.00 pm
Harga Tiket Asahan Water Theme Park
- Dewasa(13-60tahun)
- RM 10
- Kanak-Kanak (3-12 tahun):
- RM 5
- Warga Emas ( 60 tahun keatas):
- RM 5
- OKU:
- RM 5
54. Philea Resort & Spa Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sekiranya anda berbulan madu di Melaka & ingin menerokai tempat-tempat menarik di Ayer Keroh, apa kata pertimbangkan untuk menginap di resort ini. Penginapan ini sangat strategik & berdekatan dengan majoriti tarikan pelancongan di Ayer Keroh seperti Zoo Melaka, Skytrex Melaka, Melaka Wonderland Theme Park, Taman Rama-Rama Melaka & sebagainya. Malah, lokasinya hanya 3 minit dari susur keluar Tol Ayer Keroh & hanya 5 km dari Lapangan Terbang Melaka.
Philea Resort & Spa yang merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang pasti akan menjadi satu memori yang indah untuk hari percutian anda di Melaka. Hotel ini mempunyai lebih 200 bilik penginapan dalam 3 kategori yang berbeza seperti Pavillion Room, Philea Suites & Royal Villa. Apa yang menariknya, dekorasi & konsep penginapan ini lebih kepada suasana kawasan desa tetapi mewah.
Selain itu, hotel ini juga mempunyai kolam renang terbuka yang sangat menarik untuk tetamu yang menginap. Landskap kolam mandi ini yang berhadapan dengan air terjun buatan manusia pasti akan memberikan anda satu terapi mujarab untuk tenangkan fikiran. Sementara anda berenang di kolam ini, anda boleh letakkan anak anda di Phili Kids iaitu playground tertutup yang pasti akan membuatkan mereka tersenyum riang.
Harga Hotel |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2893399 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, Ayer Keroh, 75450 Melaka
- Sepanjang tahun ( destinasi penginapan )
- Untuk harga penginapan, sila semak di halaman ini.
55. Melaka Thousand Tales of Adventures
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Satu tempat menarik indoor di Melaka yang sangat ideal untuk aktiviti ala-ala treasure hunt atau escape room. Destinasi ini sangat sesuai untuk seisi sekeluarga meluangkan masa bersama dalam menghabiskan misi yang telah ditugaskan. Aktiviti pengembaraan sebegini sangat bagus untuk anda & anak-anak memupuk semangat kerjasama berpasukan di samping berhibur dengan cara yang lebih ‘futuristic’.
Dalam menyelesaikan misi di sini, anda perlu melalui 7 zon yang mempunyai halangan & cabaran minda yang berbeza. Jalan penceritaannya bertemakan animasi Sinbad & pengembaraannya mirip seperti filem Jumanji yang pasti menjanjikan satu situasi yang mendebarkan. Antara zon yang paling mengujakan di sini adalah The Final Combat di mana anda akan dibekalkan dengan laser gun untuk berperang dengan musuh.
Aktiviti di zon The Final Combat ini yang menggunakan interactive 7D cinema technology pasti akan membuatkan bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga teruja. Almaklumlah, teknologi permainan seperti ini hanya boleh anda dapatkan di sini sahaja & tiada seumpamanya di tempat lain. Lokasi destinasi ini hanya terletak di Plaza Mahkota & berdekatan dengan Mahkota Parade Shopping Mall.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6016-2322070 |Â Facebook |Â Website
- No. G-30, 1-30, 2-30, 3-30, Jalan PM 9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka
- Isnin-Khamis
- 10 am – 7 pm ( kemasukan terakhir pukul 6.30 pm)
- Jumaat-Ahad
- 10 am – 9.30 pm ( kemasukan terakhir pukul 9 pm)
- Dewasa: RM 28
- Kanak-Kanak: RM 23
56. Samudera Square
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Melancong ke tempat negeri orang sudah tentu anda mencari tempat menarik di Melaka untuk membeli cenderahati bukan ? Sekiranya anda menginap di sekitar Bandar Hilir Melaka, salah satu tempat paling banyak pilihan adalah di Samudera Square yang terletak hanya berhadapan dengan Muzium Samudera. Bangunan 2 tingkat ini menempatkan peniaga yang menjual pelbagai barangan cenderahati seperti bajut-t, rantai kekunci, magnet peti & sebagainya.
Selain itu juga, terdapat barangan produk makanan yang sinonim dengan negeri Melaka seperti cencalok, gula melaka & aneka kerepek. Malah pilihan makanan kering sebegini juga agak bervariasi & sesuai untuk anda beli mungkin untuk penuhkan stok barangan dapur di rumah atau hadiahkan untuk jiran tetangga. Lokasinya yang strategi membuatkan ramai pelancong yang datang ke sini bukan sahaja untuk shopping, malah untuk menjamu selera juga.
Di aras atas menempatkan medan selera yang kebanyakan mula meriah pada waktu tengahari kerana terdapat banyak pilihan kedai & lauk pauk Melayu yang sangat menyelerakan. Tempat makan sebegini sudah tentulah menjadi pilihan pelancong yang bercuti secara bajet di Melaka kerana bukan sahaja harga makanannya ‘mesra poket’ rakyat Malaysia, malah sedap pun sedap !
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Samudera Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
- 7.30 am – 7.00 pm
- Destinasi membeli belah.
57. Baba & Nyonya Heritage Museum
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Walaupun Negeri Melaka tidaklah sebesar negeri di Sarawak tetapi tetap mempunyai variasi budaya setempat yang pelbagai. Salah satu yang terkenal di Melaka adalah budaya masyarakat Peranakan. Ada sesetengahnya juga memanggil baba & nyonya. Sekiranya anda ingin menerokai kebudayaan baba & nyonya di Melaka, destinasi ini adalah jawapan yang paling tepat.
Muzium ini merupakan rumah agam yang terletak di 3 lot bangunan teres & dimiliki oleh keluarga Chan sejak tahun 1861. Selepas 4 generasi keluarga tinggal di rumah ini, akhirnya pada 1985 mereka memutuskan untuk menjadikan rumah ini sebagai sebuah muzium dalam misi mengetengahkan sejarah & kebudayaan masyarakat Peranakan di Melaka. Sehingga ke hari ini, muzium ini masih diuruskan oleh keluarganya & telah menerima ramai pengunjung dari dalam serta luar negara.
Muzium ini mempunyai banyak tarikan & dekorasi dalaman menarik yang mencerminkan kebudayaan Peranakan. Anda boleh lihat dari suduh ukiran perabut, barangan peribadi, kostum pakaian, perabut rumah, perhiasan rumah & banyak lagi. Selain itu, terdapat juga staf bertugas yang akan menerangkan kepada pengunjung cerita di sebalik tarikan yang terdapat di sini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2821273 |Â Facebook |Â Website
- 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
Isnin-Khamis ( kemasukan terakhir 4.15 pm)
- 10 am – 1 pm & 2 pm – 5 pm
Jumaat-Ahad ( kemasukan terakhir 5.15 pm)
- 10 am – 1 pm & 2 pm – 6 pm
- Dewasa: RM 16
- Kanak-Kanak ( 5- 11 tahun): RM 11
*untuk lawatan bersama jurupandu, tambah RM 4 untuk seorang dewasa.
58. DoubleTree by Hilton Hotel Melaka
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Dengan panorama pemandangan laut Selat Melaka yang menakjubkan dan Bandar Melaka yang indah, DoubleTree by Hilton Hotel Melaka merupakan destinasi yang sangat ideal untuk dijadikan tempat bermalam. Lokasinya juga sangat strategik & terletak di tengah-tengah Bandar Melaka serta hanya beberapa minit sahaja ke Tapak Warisan Dunia UNESCO di Bandar Hilir Melaka. Selain itu, hotel ini juga bersambung secara langsung dengan bangunan Elements Shopping Mall yang pasti membuatkan para tetamu dapat menikmati akses mudah ke tempat pelancongan, tempat makan dan destinasi membeli-belah.
Hotel ini menawarkan sebanyak 273 bilik penginapan termasuk 27 suite dan juga Suite Presidential yang sangat mewah. Bilik-bilik tetamu yang elegan ini dilengkapi dengan kerusi santai ,sofa, televisyen LED 48-inci dan juga meja kerja yang selesa. Bilik airnya pula mempunyai pancuran mandian hujan, peralatan mandian dan bilik mandi yang mewah. Suite-suite yang luas di sini mempunyai bilik tidur peribadi, ruang tamu, sofa & meja makan dengan gaya moden.
Terdapat juga beberapa bilik penginapan yang menghadap ke Selat Melaka yang sering menjadi pilihan pasangan yang inginkan panorama yang romantis. Kemudahan mesra keluarga yang disediakan juga termasuklah kelab kanak-kanak, pusat kecergasan, kolam renang infiniti, sauna dan tidak ketinggalan bilik wap. Untuk mereka yang datang dalam kumpulan atau keluarga yang besar, terdapat juga pilihan untuk menyambungkan sehingga empat bilik menjadi satu ruangan penginapan peribadi.
Harga Hotel |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 606-2223333 |Â Facebook |Â Website
- Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka
- Sepanjang tahun ( destinasi penginapan )
- Untuk tawaran harga terkini, semak di halaman ini.
Tempat Makan Menarik di Melaka
Melaka mempunyai banyak destinasi makan yang menarik untuk anda terjah bersama keluarga. Malah, lokasi antara destinasi-destinasi ini tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancongan di Melaka. Untuk makan malam pula, negeri Melaka terkenal dengan medan-medan ikar bakar yang menawarkan pelbagai pilihan makanan laut yang menarik. Banyak destinasi ikan bakar yang popular di sekitar Melaka yang boleh anda lawati untuk acara makan malam.
Satu perkara yang mencuri tumpuan tentang medan ikan bakar di Melaka adalah, nasi lemak merupakan sajian yang kebiasaannya dimakan bersama lauk pauk di sini. Memandangkan medan ikan bakar di Melaka memang  popular maka pada hujung minggu terutamanya selepas Maghrib kebanyakannya akan penuh sesak.
Tempat Penginapan Menarik di Melaka
Mencari penginapan menarik di Melaka yang menepati dengan bajet masing-masing tidak menjadi halangan besar kerana Melaka mempunyai banyak pilihan penginapan yang sesuai untuk semua orang baik hotel bajet, hotel 5 bintang, resort tepi pantai ataupun homestay. Malah, penginapan mewah bertaraf 5 bintang juga boleh anda cari dengan mudah di Bandar Hilir Melaka yang sangat ideal untuk mereka yang ingin berbulan madu di Melaka secara eksklusif.
Banyak bukan destinasi pelancongan yang unik di Melaka? Baik tempat bercuti tepi pantai, kawasan bersejarah, resort bertaman tema atau tempat makan menarik, Melaka ada semua itu. Semoga panduan tempat menarik di Melaka di atas ini memberi anda inspirasi & 1001 idea untuk bercuti ke negeri bersejarah ini kelak. Selamat cuti-cuti Malaysia di Melaka. Wassalam.
Baca lagi:
Omg thank you very much love it
awesome… mudah dan penuh info
TQ en Adi:)
Thank you! Just what I need.
boleh masuk dalam list tahunan. info pun lengkap
panduan bercuti negeri melaka terbaik…ringkas, padat & tidak kelaut… gud job sis :)
Terima kasih di atas info yang cukup berguna. Keep up good job.
– Admin
https://www.ammani.com.my
Boleh masukkan lagi mcm tempat Melaka Wonderland, Dinasour Park n Taman Rama-rama n reptilia..
Dan jika cari Homestay Melaka, boleh hubungi kami di website kami..