Isi Kandungan
Malaysia mempunyai banyak destinasi percutian menarik yang boleh diterokai & bahkan sesetengah tempat-tempat menarik di Malaysia adalah bertaraf dunia yang sering menjadi destinasi percutian pelancong asing. Sebagai orang Malaysia kenapa perlu kita menghabiskan wang & masa ke luar negara sedangkan destinasi percutian di Malaysia pun belum habis semuanya kita terokai.
Setiap tarikan pelancongan di Malaysia ada pelbagai jenis samaada tempat menarik di kawasan pulau, pantai peranginan, hutan simpan, tasik, resort penginapan menarik & bermacam-macam lagi kategori. Terpulang kepada minat & bajet masing-masing, senarai di bawah pasti ada jawapan untuk anda mencari destinasi percutian yang ideal.
Kuala Lumpur Selangor Melaka Negeri Sembilan Pulau Pinang Johor Terengganu Kelantan Pahang Perak Kedah Perlis Sarawak Sabah
1. Tempat Percutian di Kuala Lumpur
Ibu negara bagi negara Malaysia yang menawarkan banyak destinasi pelancongan yang menarik terutamanya tempat-tempat bersejarah, hiburan keluarga, mercu-mercu tanda negara dan juga mempunyai pilihan tempat shopping yang cukup banyak. Selain itu Kuala Lumpur juga mempunyai banyak pilihan tempat makan yang menarik di samping lokasi bandar KL itu sendiri yang tidak jauh dari kawasan pelancongan dalam negeri Selangor.
Baca lagi: 53+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati
Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur
Kalau bab acara jalan jalan cari makan di KL, memang cukup banyak destinasi yang boleh anda terjah. Kuala Lumpur boleh dikatakan tempat menarik di Malaysia untuk makan yang paling top selepas beberapa destinasi lain di Shah Alam, Selangor. Bandar besar, maka semua jenis makanan popular di setiap negeri di Malaysia yang boleh anda cari di KL. Bahkan, restoran-restoran yang menyediakan menu makanan negara lain juga banyak baik masakan western, arabic, thai, Jepun, Korea & macam-macam lagi.
Baca lagi: 28+ Destinasi Tempat Makan Menarik di KL
Syurga Membeli Belah di Malaysia
Kalau datang bercuti ke Kuala Lumpur, aktiviti membeli belah adalah satu benda wajib yang mesti anda lakukan. Yalah, ibu negara Malaysia, maka memang penuh pilihan destinasi membeli belah pelbagai kategori yang boleh anda terokai samaada shopping complex, kedai borong pakaian, tempat beli gajet, pasar & pelbagai jenis kategori lain. Terokai lebih 20+ Tempat Membeli Belah di KL yang popular untuk pelancong lawati.
Baca lagi: Tempat Membeli Belah di Kuala Lumpur
Aktiviti Menarik di KL Waktu Malam
Kuala Lumpur merupakan bandaraya yang tidak pernah tidur & kalau anda mencari tempat menarik di KL pada waktu malam untuk anda terjah bersama keluarga, ada beberapa destinasi yang boleh anda lawati. Kebanyakan tempat ini adalah lebih kepada pasar-pasar malam seperti uptown/downtown yang ada di sekitar Bandar KL.
Baca lagi: Tempat Menarik di KL Pada Waktu Malam
Destinasi Percutian Putrajaya
Putrajaya merupakan salah satu wilayah persekutuan Malaysia yang mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai untuk dilawati oleh mereka yang berkeluarga. Kalau anda belum pernah ke Putrajaya, bolehlah mengambil kesempatan melihat kelainan Bandar Putrajaya yang sangat indah dengan banyak destinasi yang sangat cantik untuk aktiviti berkeluarga & juga destinasi yang lebih mesra untuk aktiviti riang ria kanak-kanak.
Baca lagi: 23+ Tempat Menarik di Putrajaya Yang Popular
2. Tempat Percutian di Selangor
Selangor merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai jenis tarikan pelancongan baik tempat membeli belah, pantai, resort-resort yang menarik, destinasi air terjun dan sebagainya. Cerita bab makan pula, memang boleh katakan apa jenis makanan negeri lain dan luar negara yang ada di sini. Macam-macam ada!
Baca lagi: 60+ Tempat Menarik di Selangor Paling Popular
Shah Alam
Sesuai untuk anda jadikan tempat percutian keluarga dengan pelbagai tarikan lebih mesra kepada mereka yang berkeluarga seperti taman tema, galeri hiburan keluarga, tempat membeli belah & destinasi makan. Antara tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak yang boleh anda lawati adalah I-City Shah Alam, SimflightKL, Asean Water Sports Village Puchong & sebagainya.
Baca lagi: 25+ Tempat Menarik di Shah Alam
Kuala Selangor
Kuala Selangor merupakan satu daerah di Selangor yang lebih popular dengan aktiviti pelancongan yang lebih kepada alam semulajadi & aktiviti agro pelancongan.Juga popular untuk mereka yang ingin mencari makanan laut yang segar & makanan eksotik seperti mentarang atau mencari menu makanan unik seperti daging rusa, pelanduk & sebagainya.
Baca lagi: Tempat Menarik di Kuala Selangor
Sepang
Sepang bukan sahaja terkenal dengan litar-litar perlumbaan antarbangsa tetapi mempunyai beberapa tarikan pantai peranginan yang sesuai untuk anda bercuti. Pilihan destinasi medan ikan bakar yang banyak & resort-resortnya yang menarik seperti di sekitar Pantai Bagan Lalang pasti memberi anda idea untuk mungkin dijadikan sebagai destinasi berbukan madu.
Baca lagi: Tempat Menarik di Sepang
Kuala Langat
Hanya bersebelahan dengan Sepang, Kuala Langat sering menjadi tumpuan pelancong yang inginkan percutian di tepi pantai. Antara yang popular adalah di Gold Coast Morib Resort yang merupakan sebuah resort tepi pantai yang juga mempunyai taman tema air yang menarik untuk aktiviti kekeluargaan.
Baca lagi: Tempat Menarik di Kuala Langat
Gombak
Gombak terkenal sebagai daerah yang mempunyai banyak tempat alam semulajadi yang sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Bagi aktiviti berkeluarga, destinasi paling popular yang sering menjadi kunjungan pelancong adalah Zoo Negara, Batu Caves ataupun di Forest Research Institute of Malaysia.
Baca lagi: Tempat Menarik di Gombak
Hulu Selangor
Seperti juga daerah Hulu Langat, lokasi Hulu Selangor lebih popular dengan tempat menarik seperti air terjun ataupun kolam air panas. Antara destinasi yang sering menjadi kunjungan warga kota pada hujung minggu adalah Air Terjun Chiling, Sungai Inki Kalumpang, Air Terjung Semangkuk atau di Air Terjun Serendah.
Baca lagi: Tempat Menarik di Hulu Selangor
3. Tempat Percutian di Melaka
Walaupun Melaka mempunyai keluasan yang tidak sebesar kebanyakan negeri lain, namun kalau bercakap dari segi populariti destinasi pelancongan, Melaka lebih terkenal berbanding negeri-negeri lain. Tempat menarik di Melaka lebih kearah kawasan tapak peninggalan bersejarah, kebudayaan dan juga muzium-muzium yang menarik untuk diterokai.
Baca lagi: 57+ Tempat Menarik di MELAKA Yang Popular
Destinasi Makan Menarik di Melaka
Pilihan makan di Melaka memang sangat banyak & terkenal seantero Malaysia seperti asam pedas Melaka & masakan Nyonya. Bahkan ada beberapa menu makan di Melaka memang tiada di tempat lain di Malaysia atau mungkin susah nak dicari.
Baca lagi: 30+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA
Destinasi Bersejarah Melaka
Melaka terkenal dengan jolokan nama bandar bersejarah. Tidak hairanlah di Melaka sahaja terdapat puluhan muzium & tempat bersejarah terkenal di Malaysia seperti Kota A Famosa, Muzium Istana Sultan Melayu Melaka, Muzium Samudera, Muzium Kapal Selam & banyak lagi.
Baca lagi: Tempat Bersejarah, Muzium & Mercu Tanda di Melaka
Medan Ikan Bakar Melaka
Kalau bercuti di Melaka beberapa hari, wajib mencuba menu ikan bakar di sekitar Melaka yang sering sesak menjadi kunjungan pelancong. Makan malam bermenu ikan bakar berkicap & nasi lemak, itu bukannya benda pelik kalau anda terjah di makan-makan medan ikan popular di negeri Melaka.
Baca lagi: Ikan Bakar Melaka Terbaik!
4. Tempat Percutian di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat perpatih dan pengaruh masyarakat Bugis dalam budaya orang tempatan tidak ketinggalan menawarkan beberapa destinasi pelancongan menarik untuk dilawati seperti di Port Dickson dan juga Seremban. Destinasi-destinasi ini juga sering menjadi pilihan warga kota KL atau Selangor kerana lokasinya yang tidak jauh.
Baca lagi: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR
Tempat Makan Menarik Di Port Dickson
Destinasi percutian tepi pantai yang mempunyai banyak tempat makan menarik untuk anda terjah kalau bercuti di PD. Ikuti lebih 10 cadangan destinasi tempat makan sekitar Port Dickson yang menarik yang boleh anda lawati termasuk beberapa tempat yang pernah menjadi terjahan rancangan TV seperti JJCM TV3.
Baca lagi: 21+ Tempat Makan BEST di Port Dickson Untuk Pelancong Terjah
Destinasi Percutian Menarik di Port Dickson
Kalau di Negeri Sembilan, destinasi Port Dickson adalah pantai peranginan yang paling popular di kalangan orang luar. Terdapat banyak lokasi pantai menarik di sekitar PD yang boleh anda lawati untuk pelbagai aktiviti sukan air atau mungkin sekadar cuci cuci mata melihat pemandangan Selat Melaka.
Baca lagi: 24+ Tempat Menarik di Port Dickson
Destinasi Makan Popular di Seremban
Bercuti ke mana-mana tempat menarik di Malaysia kalau tidak mencuba makanan tempatan popular memang tidak lengkap aktiviti percutian anda. Negeri Sembilan terkenal dengan beberapa menu makanan popular terutamanya masak lemak cili api atau masakan minang. Kalau di bercuti di Seremban, boleh cuba destinasi ini.
Baca lagi: 25+ Tempat Makan Best di Seremban Paling POPULAR untuk Pelancong
5. Tempat Percutian di Pulau Pinang
Terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara, destinasi pelancongan di Penang memang sangat sinonim dengan banyak tempat makan menarik untuk dicuba seperti nasi kandar, laksa penang dan sebagainya. Tarikan pelancongan di Pulau Pinang juga boleh dikatakan cukup lengkap baik kawasan pantai peranginan, tarikan hiburan keluarga, tempat bersejarah dan sebagainya.
Baca lagi: 57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular
Destinasi Makan Menarik di Penang
Pulau Pinang kaya dengan menu makanan popular seperti nasi kandar, char kuew teaw, mee sotong, pasembur, laksa penang & macam-macam lagi. Rugi sangat kalau dah sampai di Penang tapi tak cari tempat makan best yang boleh anda cuba sendiri keaslian rasanya.
Baca lagi: 38+ Destinasi Makan Menarik di Penang
6. Tempat Percutian di Johor
Negeri Johor Darul Takzim merupakan negeri yang agak luas dan mempunyai pelbagai tarikan yang sangat popular di kalangan pelancong dalam mahupun luar negara seperti pulau-pulau peranginan, resort bersama taman tema, air terjun dan sebagainya. Di Johor juga terdapat banyak pilihan makanan yang sedap-sedap seperti laksa Johor, Mee Bandung Muar, Beriyani Gam dan sebagainya.
Baca lagi: 53+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR
Pantai Peranginan Johor
Pantai di Johor memang unik kerana anda boleh pilihan pantai peranginan & resort untuk bercuti samaada mengadap Selat Melaka, Selat Tebrau atau Laut China Selatan. Johor juga mempunyai beberapa lokasi pulau yang mempunyai hidupan marin & terumbu karang yang cantik.
Baca lagi: Pantai di Johor untuk Bercuti dan Penginapan Menarik
Makanan Tradisional Orang Johor
Negeri Johor terkenal dengan begitu banyak menu makanan yang sedap-sedap & kalau bercuti di Johor tetapi tak cari destinasi makanan orang Johor memang rugi. Baik untuk sarapan pagi, lunch atau makan malam, pilihan makanan tradisional orang Johor memang bervariasi.
Baca lagi: Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba
JJCM di Johor Bahru
Aktiviti wajib, dah kalau menu makanan tradisional orang Johor banyak, maka memang banyaklah tempat makan best di Johor yang boleh anda terokai. Bandar JB adalah tempat percutian di Johor yang popular & paling best kalau nak mencari restoran & warung menarik.
Baca lagi: 25+ Tempat Makan Best di Johor Bahru
7. Tempat Percutian di Terengganu
Negeri pantai timur yang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti pantai peranginan, tasik buatan manusia di Kenyir dan rangkaian pulau-pulau yang tidak lekang menjadi kunjungan pelancong dalam dan luar negara. Selain mempunyai loghat bahasanya yang agak sukar untuk difahami oleh orang luar, negeri Terengganu juga mempunyai pelbagai jenis lauk pauk tradisional yang menarik serta kuih muih yang pelik nama tetapi sedap rasanya.
Baca lagi: 41+ Tempat Menarik di Terengganu YANG FEMES & BEST
Percutian di Kuala Terengganu
Walaupun bandar KT tidaklah terlalu besar, namun banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan kalau melancong ke sini. Selain pilihan menu makanan sedap, tempat menarik untuk aktiviti kekeluargaan juga sangat banyak samaada di pantai, tempat beli belah & sebagainya.
Baca lagi: TOP 39+ Tempat Menarik di Kuala Terengganu
Destinasi Makan Menarik di KT
Bandar KT merupakan tempat yang paling ideal di Terengganu kalau nak mencari makanan menarik orang di sini seperti ketupat sotong, nasi dagang, rojak katih & aneka kuih muih tradisional. Untuk aktiviti jalan jalan cari makan anda di Terengganu, terdapat beberapa tempat makan popular yang boleh anda cuba.
Baca lagi: 25+ Destinasi Makan Makan di Kuala Terengganu
Pulau Menarik di Terengganu
Destinasi pulau adalah tempat pelancongan yang paling popular di Terengganu bukan sahaja di kalangan orang Malaysia, bahkah di kalangan pelancong luar. Kalau anda inginkan satu destinasi tempat menarik di Malaysia yang ada banyak pulau bertaraf dunia, Terengganu adalah jawapannya selain di Sabah.
Baca lagi: 7 Pulau di Terengganu Yang MENARIK Untuk Bercuti
Pantai Menarik di TerengganuÂ
Selain pulau, Terengganu mempunyai banyak tempat menarik tepi pantai yang sesuai untuk aktiviti riadah & percutian. Walaupun banyak pantai, namun bukan semuanya dikomersialkan sebagai destinasi percutian popular.
Baca lagi: Senarai Pantai di Terengganu
Makanan Tradisional Terengganu
Kalau bab makan, Terengganu bukan sahaja terkenal dengan keropok lekornya, malah banyak lagi menu lauk pauk & kuih tradisional yang menarik serta pelik bunyinya. Bolehlah anda cuba kerana bukan semua makanan Terengganu ada di KL.
Baca lagi: 25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR
Ikan Celup Tepung
ICT satu nama menu makanan yang popular di Terengganu & bukannya seperti di I-City Shah Alam. ICT boleh diibaratkan menu makanan santai kedua popular selepas keropok lekor & kalau ke Terengganu, bolehlah terjah mencari keunikan makanan ini.
Baca lagi: 25+ Destinasi Makan Makan di Kuala Terengganu
8. Tempat Percutian di Kelantan
Negeri Kelantan pula memang terkenal dengan makanan-makanannya yang pelbagai aneka baik jenis nasi, lauk pauk mahupun kuih muih. Kalau bercuti ke tempat-tempat menarik di Kelantan, jangan lupa untuk mencuba makanan di sini. Rata-rata destinasi di Kelantan lebih kepada tarikan alam semulajadi dan juga kawasan membeli belah yang terbuka seperti pasar pagi, pasar malam, kawasan bebas cukai dan sebagainya.
Baca lagi: 43+ Tempat Menarik di Kelantan Paling Popular
Makanan Popular Kelantan
Aktiviti yang paling mesti buat kalau ke Kelantan adalah mencari keunikan makanan di sini yang memang sangat banyak pilihan yang sangat jarang nak ditemui di negeri lain seperti taik itik, nasi tumpang, kuih raja & macam-macam lagi.
Baca lagi: 19+ Makanan Tradisional Kelantan – SEDAP & WAJIB CUBA
Destinasi Makan Best
Selain aktiviti membeli belah di Kelantan, negeri Che Siti Wan Kembang juga dikenali sebagai syurga makanan. Kalau anda bercuti di Kota Bharu, banyak tempat makan menarik yang boleh anda cari & sangat mudah untuk diakses dengan waze.
Baca lagi: Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
9. Tempat Percutian di Pahang
Kalau bercakap pasal tempat menarik di Pahang memang cukup banyak sekali. Baik tempat peranginan tanah tinggi, air terjun, taman tema mahupun pantai peranginan, negeri Pahang memang ada destinasi-destinasi sebegini. Dari segi budaya dan loghat bahasanya memang agak senang untuk difahami dan makanan yang terkenal di Pahang sudah tentulah aneka ikan-ikan air tawar yang eksotik dan menarik untuk dirasa seperti patin, karai dan baung.
Baca lagi: 53+ Tempat Menarik di Pahang Paling POPULAR
Cameron Highland
Kalau bercakap tempat berbulan madu & tempat menarik di Malaysia di tanah tinggi paling popular, Cameron Highland adalah jawapannya. Dengan suhu yang dingin, aktiviti percutian di sini lain daripada yang lain & lebih banyak kepada agro pelancongan & flora fauna.
Baca lagi: 35+ Tempat Menarik di Cameron Highland Paling Popular Untuk Diterokai
Pantai Cherating
Pantai peranginan di Pahang yang paling popular dengan banyak pilihan resort menarik untuk anda menginap. Destinasi ideal untuk mereka yang nakkan tempat bercuti tepi pantai yang menarik & boleh lakukan banyak aktiviti di pantai & di darat.
Baca lagi: 23+ Tempat Menarik di Cherating PALING POPULAR
Bandar Kuantan
Di Kuantan, bermacam-macam boleh anda lakukan samaada aktiviti lasak, aktiviti shopping, aktiviti keluarga & sebagainya. Lokasinya yang strategik membolehkan anda akses ke banyak tempat menarik di Kuantan dengan mudah tanpa banyak cabaran.
Baca lagi: 27+ Tempat Menarik di Kuantan Paling POPULAR Untuk Pelancong Bercuti
Taman Negara
Bagi yang inginkan tempat menarik untuk family day yang lebih adventure dalam hutan, Taman Negara adalah jawapan yang paling ideal untuk anda lawati. Dengan pelbagai aktiviti unik seperti melawat perkampungan orang asli, rapid shooting & lain-lain, aktiviti sebegini sesuai untuk dijadikan destinasi team building.
Baca lagi: Taman Negara Pahang- 8 Aktiviti Menarik yg KENA Cuba
Bukit Fraser
Satu lagi tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon di kawasan tanah tinggi di Pahang yang tidak kurang menariknya sekiranya anda inginkan tempat yang agak nostalgia dengan pelbagai struktur bangunan lama. Penginapan di sini juga ada beberapa pilihan sesuai untuk honeymoon atau mendekatkan diri dengan alam semulajadi.
Baca lagi: Tempat Menarik di Bukit Fraser – Destinasi Pilihan Pelancong
Pulau Tioman
Antara pulau di Malaysia yang paling cantik dan sering menjadi lawatan pelancong untuk aktiviti snorkeling ataupun scuba diving. Pulau Tioman menjanjikan keindahan hidupan marin yang menarik yang sesuai untuk anda bercuti bersama yang tersayang ketika berbulan madu.
Baca lagi: Jom! Bercuti kat Pulau Tioman!
10. Tempat Percutian di Perak
Negeri perak mempunyai beberipa destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati seperti gua-gua batu kapur, taman rekreasi yang menarik di Banding, resort taman tema seperti di Bukit Merah Laketown Resort, Lost World Tambun dan sebagainya.
Baca lagi: 57+ Tempat Menarik di Perak Paling POPULAR
Bandar Ipoh
Ipoh merupakan sebuah bandar yang mempunyai banyak kesan-kesan sejarah yang boleh anda lihat dari segi struktur bangunan popular di sini. Kalau bercuti di Ipoh, semua jenis aktiviti menarik boleh dilakukan baik taman tema, aktiviti menerokai gua, masuk hutan, air terjun & sebagainya.
Baca lagi: 45+ Tempat Menarik di Ipoh Perak – Destinasi Percutian di Ipoh PALING BEST
Pulau Pangkor
Salah satu pulau di pantai barat Semenanjung Malaysia yang popular di kalangan orang KL untuk bercuti kerana dekat & banyak aktiviti tepi pantai yang boleh dilakukan. Di sini juga mempunya banyak pilihan penginapan atau resort menarik untuk anda terokai.
Baca lagi: Tempat Menarik di Pulau Pangkor – Aktiviti yang MESTI Cuba
Taiping Perak
Daerah yang tidak kurang menariknya dengan beberapa destinasi yang sesuai untuk anda lawati bersama keluarga seperti Zoo Taiping, Bukit Larut atau mencari keunikan suasana hutan paya bakau di Kuala Sepetang.
Baca lagi: Tempat-tempat Menarik di Taiping Perak
11. Tempat Percutian di Kedah
Kedah yang terkenal dengan jelapang padinya yang menghijau cukup terkenal dengan beberapa destinasi pelancongan yang bertaraf dunia terutamanya di Pulau Langkawi. Selain di Pulau Langkawi, tempat menarik di tanah besar Kedah juga kaya dengan khazanah alam semuljadi baik hutan simpan, gunung ganang, pantai, kolam air panas dan sebagainya.
Baca lagi: 52+ Tempat Menarik di Kedah Paling Popular
Pulau Langkawi
Pulau Langkawi merupakan tempat percutian di Malaysia antara yang paling popular. Kalau sekali seumur hidup tak bercuti di Langkawi, boleh kata tak lengkap ciri-ciri sebagai orang Malaysia walaupun ada MyKad. Dari segi penginapan, aktiviti menarik tepi pantai, shopping & di hutan, Pulau Langkawi ada kesemua tempat menarik sebegini. Pulau percutian yang paling lengkap di Malaysia.
Baca lagi: 50+ Tempat Menarik di Langkawi Paling Menarik – Panduan Bercuti di Pulau Langkawi
Penginapan Bajet di Langkawi
Langkawi mempunyai banyak pilihan penginapan baik yang 5 star atau penginapan bajet. Selain itu, kalau nak cari penginapan, dicadangkan untuk mencari tempat yang senang nak diakses & dekat dengan tarikan pelancongan utama di sekitar pantai di Langkawi. Sila terjah untuk mencari beberapa penginapan ideal yang murah untuk penginapan tepi pantai di Langkawi.
Baca lagi: 7 Hotel Murah di Langkawi Dekat Pantai Yang Popular
Cari Makan di Langkawi
Bercuti ke Langkawi, sudah pasti bukan sehari. Maka sudah tentu anda perlukan tempat makan yang best-best di Langkawi untuk dicuba baik makanan berat atau makanan santai orang Kedah. Berikut merupakan beberapa destinasi ideal untuk anda cuba terjah kalau dah terlajak bercuti di Pulau Langkawi.
Baca lagi: Tempat Makan BEST di Langkawi yang WAJIB TRY
Makanan Popular Kedah
Kalau dah bercuti di Kedah seperti di Alor Setar, anda mesti mencari destinasi makan-makan yang menghidangkan makanan popular orang Kedah seperti laksa & sebagainya. Telah dikongsikan beberapa tempat makan yang boleh anda cuba di ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar.
Baca lagi: 25+ Tempat Makan Best di Alor Setar, Kedah Untuk Pelancong Terokai
12. Tempat Percutian di Perlis
Negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di arah paling utara Semenanjung Malaysia. Perlis menawarkan beberapa tarikan pelancongan yang sesuai untuk dilawati bersama keluarga seperti produk agrotourism dan juga tarikan alam semulajadi seperti gua dan hutan-hutan simpan.
Baca lagi: 35+ Tempat Menarik di Perlis Paling POPULAR
Destinasi Makan Menarik di Perlis
Perlis tetap mempunyai beberapa tempat makan menarik yang boleh diterjah untuk aktiviti jalan jalan cari makan anda di Perlis. Kalau bercuti sehari dua di Perlis, bolehlah tengok-tengok destinasi makan menarik di Perlis.
Baca lagi: Tempat Makan BEST di Perlis – Pilihan Menarik JJCM TV3
13. Tempat Percutian di Sarawak
Negeri yang terbesar di Malaysia ini mempunyai khazanah alam semuljadi yang cukup menakjubkan bahkan diperakui oleh dunia sebagai salah satu hutan tropika yang paling tropika di atas muka bumi ini. Selain kaya dengan flora fauna di hutan simpan, Sarawak juga terkenal dengan kebudayaan suku kaum tempatan yang pelbagai.
Kuching
Ibu negeri Sarawak yang boleh tahan besar & mempunyai banyak destinasi unik yang hanya boleh anda cari di sini. Kalau anda orang Semenanjung Malaysia, destinasi-destinasi menarik ini adalah mesti anda lawati kalau bercuti di Kuching, Sarawak.
Baca lagi: 45+ Tempat Menarik di Kuching Paling Popular
Miri
Miri merupakan satu bandar yang banyak membangun oleh kerana sektor minyak petroleum. Kalau anda inginkan destinasi yang lebih tenang tetapi tetap ada destinasi menarik mudah akses di Sarawak, Miri adalah jawapannya.
Baca lagi: 32+ Tempat Menarik di Miri, Sarawak Paling Popular Untuk Pelancong Lawati
Tempat Makan Kuching
Menu makanan di Sarawak memang pelik-pelik namanya kerana banyak dipengaruhi oleh pelbagai suku kaum. Kalau di Kuching ada beberapa tempat menarik yang boleh anda terjah untuk mencuba makanan tradisional popular orang Sarawak.
Baca lagi: Tempat Makan BEST di Kuching Sarawak
Makanan Orang Iban
Merupakan suku kaum di Sarawak yang paling besar & banyak menu makanan tradisional yang boleh anda cari di restoran-restoran atau di pasar-pasar sarawak. Makan tradisi orang Iban hanya boleh didapati di Sarawak, rugi besar kalau tak cuba.
Baca lagi: Makanan Tradisional Iban yang SEDAP di Sarawak
14. Tempat Percutian di Sabah
Bagi yang inginkan tempat pelancongan di pulau yang paling menarik di Malaysia, sangat dicadangkan untuk membuat survey di rangkaian pulau-pulau yang ada di Sabah seperti Pulau Sipadan, Mabul & banyak lagi. Hidupan marin di sini di memang sangat menarik dan susah nak dijumpai di tempat lain di Malaysia.
Baca lagi: 57+ Tempat Menarik di Sabah Yang POPULAR
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu yang merupakan ibu negeri Sabah mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati baik destinasi di pulau, taman haiwan, pasar malam & sebagainya. Kawasan bandar tepi pantai sebegini memang ideal untuk sekali sekala orang dari KL bercuti ke sini.
Baca lagi: 26+ Tempat Menarik di Kota Kinabalu – Panduan Bercuti di KK
Pulau di Sabah
Sabah merupakan salah satu negeri di Malaysia selain Terengganu yang mempunyai banyak tempat percutian di pulau yang menarik dengan keindahan air membiru & hidupan marin yang sangat eksotik. Sesuai sebagai destinasi hilangkan kusut kepala atau tempat berbulan madu.
Baca lagi: 9 Pulau di Sabah Yang PALING MENARIK Untuk Bercuti
Sandakan
Terkenal dengan banyak rangkaian pulau-pulau cantik bertaraf dunia, Sandakan adalah destinasi percutian tepi pantai berpulau yang paling best di Sabah. Selain aktiviti di resort berpulau, Sandakan juga mempunyai banyak destinasi lain yang lebih kepada flora & fauna di hutan.
Baca lagi: 15+ Tempat Menarik di Sandakan, Sabah Untuk Pelancong Terokai
Kundasang
Kota Kinabalu merupakan tempat menarik di Malaysia bergunung paling popular. Setiap tahun ribuan orang dari dalam & luar negara datang ke sini untuk mendaki. Di Kundasang juga terdapat banyak tempat menarik lain yang boleh anda lawati.
Baca lagi: Tempat Menarik di Kundasang Sabah – Destinasi BEST-BEST
Tawau
Kalau anda orang bandar & inginkan tempat percutian yang lebih terasa seperti berada di perkampungan yang lain dari yang lain dengan aktiviti santai, Tawau adalah jawapannya.
Baca lagi: Tempat Menarik di Tawau Sabah yg WAJIB TRY
Bagi pelancong yang bijak, sudah tentu perancangan yang rapi perlu dilakukan sebelum bercuti baik dari segi bajet, waktu lawatan, kenderaan ke destinasi & juga penginapan.
Mudahnya pada zaman hari ini, terdapat banyak servis, teknologi & platform yang boleh kita gunapakai untuk merancang percutian & mencari destinasi penginapan. Sudah tentulah, setiap orang inginkan sebuah percutian yang sempurna bersama keluarga yang tersayang & akan memberi satu memori yang terindah. Terokai 3 platform di bawah ini untuk mencari hotel, homestay, chalet & sebagainya:
Pilihlah penginapan yang sesuai dengan bajet masing-masing & jangan terlalu mengikut bajet percutian orang lain sehingga duit simpanan untuk kecemasan terpaksa digadaikan.
Percutian itu Satu Keperluan & Bukannya Sebuah Kemewahan
Akhir kata, memang banyak tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia baik di darat, hutan, laut , pulau dan sebagainya. Rancang percutian anda dan jadilah pelancong tempatan yang bijak. Apa yang penting, sokonglah industri pelancongan di dalam negara kita, kalau bukan kita yang mulakan, maka siapa lagi ? Ada cadangan destinasi percutian menarik di Malaysia yang lain ? Sila komen di bawah. Selamat cuti-cuti Malaysia. Wassalam.
Tak buat tempat-tempat menarik mengikut negeri ke ?
Cantik nya…
wow bestnyaaa :)
terbaik