Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

27+ Tempat Menarik di Kuantan Paling POPULAR Untuk Pelancong Bercuti

Pertama kali bercuti ke ibu negeri Pahang? Pasti yang sering menjadi cadangan di telinga anda tentang tempat menarik di Kuantan adalah Teluk Cempedak, Tanjung Lumpur & juga Pantai Cherating bukan ? Sebenarnya banyak lagi destinasi menarik di Kuantan yang boleh anda terokai untuk percutian bersama keluarga. Pantai-pantai menarik di Kuantan bukan hanya ada 2 sahaja, tetapi lebih daripada 4 destinasi pantai menarik yang ideal untuk dilawati. Selain itu, Bandar Kuantan juga ada beberapa destinasi resort tepi pantai yang sangat menarik untuk anda bermalam & mungkin juga ketika anda sedang berbulan madu di Kuantan.

Majoriti penginapan popular di Kuantan juga mempunyai fasiliti yang sangat lengkap untuk anda jadikan sebagai destinasi family day, team building & seminar syarikat. Selain itu juga, Bandar Kuantan mempunyai banyak destinasi makan menarik yang pasti tidak akan mengecewakan anda untuk acara ‘jalan jalan cari makan’ di Kuantan. Jika bercuti di Kuantan hanya sehari, pasti anda gagal untuk lawati kesemua destinasi & lakukan aktiviti menarik di bawah ini.

27+ Destinasi Percutian & Aktiviti Menarik di Kuantan, Pahang

Untuk memudahkan anda bercuti di Kuantan, disertakan juga peta destinasi menarik, jarak destinasi dari lokasi anda, harga tiket, waktu operasi & juga pilihan hotel terdekat dengan destinasi. Info-info sebegini semestinya akan memudahkan anda untuk merancang percutian di Kuantan nanti bukan? Teruskan membaca untuk menerokai majoriti destinasi menarik di Kuantan yang popular & juga beberapa destinasi yang ramai pelancong jarang lawati tetapi tetap best !


1. Pantai Cherating

pantai cherating di kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Boleh dilabelkan sebagai tempat menarik yang paling popular di dalam daerah Kuantan. Terletak agak jauh dari bandar utama Kuantan kira-kira 30-40 minit memandu dan bandar yang terdekat dengan Pantai Cherating ialah Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu yang terletak kira-kira hanya 10 minit memandu. Permukaan pantai di sini sangat selamat untuk mandi manda kerana Pantai Cherating ini agak berteluk, sangat landai, sangat lapang & tidak berbatu.

Sangat ideal juga untuk dijadikan sebagai destinasi berbulan madu. Bercuti ke Pantai Cherating ibarat boleh ‘menyelam sambil minum air’ kerana bukan sahaja boleh melawat tempat menarik di Kuantan malah juga dapat melawat tempat-tempat menarik di Kemaman.

Di Pantai Cherating terdapat pelbagai jenis penginapan samaada chalet bajet ataupun resort yang mewah. Antara penginapan popular adalah Holiday Villa Beach Cherating Resort, Lagend Cherating Beach Resort, Casa Titik, Cherating Bayview Resort & sebagainya. Antara aktiviti menarik di Pantai Cherating untuk dilakukan oleh pelancong adalah melawat santuari penyu, berkayak, tengok kelip-kelip di Sungai Cherating, mandi manda di pantai & juga river cruise di Sungai Cherating

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Baca Lagi

  • Pantai Cherating, Kuantan, Pahang

  • Destinasi pantai peranginan ( Sepanjang tahun)


2. Bukit Gambang Resort City

bukit gambang resort city kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini hanya terletak dalam 35-40 km dari bandar Kuantan. Bukit Gambang Resort City ini boleh dilabelkan antara tempat percutian menarik di Kuantan yang paling popular sejak 4-5 tahun kebelakangan ini dikalangan pelancong dalam Malaysia. Bukan sahaja merupakan tempat pelancongan dan destinasi yang sesuai untuk datang bersama anak-anak, malah turut menjadi pilihan kebanyakan organisasi untuk mengadakan team building & family day bersama teman sepejabat.

Bukit Gambang Resort City ini memang agak besar dan mempunyai 3 tarikan yang utama iaitu Water Theme Park yang menempatkan tarikan air seperti Coco Beach & Wave Pool & Lagoon. Manakala Safari Park merupakan taman safari untuk melihat binatang menarik seperti di zoo seperti white lion, unta, harimau & sebagainya. Yang ke 3 adalah Active Academy Outdoor Park yang menempatkan pelbagai pilihan aktiviti outdoor mencabar yang boleh dilakukan secara berkumpulan seperti flying fox, archery, ATV fun ride, horse riding & paintball.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 609-5488000 | Facebook | Website

  • Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Gambang Water Park

  • Isnin, Rabu & Khamis
    • 11.00 am – 6.30 pm
  • Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah di Malaysia
    • 9.30 am – 6.30 pm

*Ditutup pada hari Selasa, kecuali cuti sekolah & cuti am di Malaysia

Waktu Operasi Safari Park di Gambang Resort City

  • Selasa, Rabu & Khasmi
    • 12.00 pm – 9.00 pm
  • Jumaat, Sabtu, Ahad & cuti sekolah / cuti am
    • 10.00 am – 9.00 pm
  • Ditutup setiap Isnin, kecuali cuti sekolah & cuti umum di Malaysia ( 10.00 am – 9.00 pm)

Active Academy Outdoor Park

Dibuka pada setiap hari waktu cuti sekolah

  • 9.00 am – 12.00 pm & 3.00 pm – 6.00 pm

*12.00 pm – 3.00 pm waktu rehat. Panggilan terakhir 5.00 pm

Combo Tiket Waterpark + Safari Park

  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 58
  • Dewasa ( 13-59 tahun)
    • RM 88
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM58

*termasuk dengan akses ke Gambang Waterpakr & Safari Park

Bukit Gambang Water Park Pass

  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 23
  • Dewasa ( 13-59 tahun)
    • RM 33
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 23

Bukit Gambang Safari Park Ticket

  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 43
  • Dewasa ( 13-59 tahun)
    • RM 63
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 43

Active Academy Outdoor Park

  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 18
  • Dewasa ( 13-59 tahun)
    • RM 28
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 18

*bayaran ini termasuk untuk aktiviti flying fox, archery, ATV fun ride, horse riding & paintball ( 20 pallet sahaja)

ATV Safari Adventure

  • Pemandu ( 16 tahun & keatas): RM 98
  • Penumpang ( 6-15 tahun): RM 30


3. Pantai Teluk Chempedak

pantai teluk cempedak kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Teluk Chempedak merupakan pantai yang sangat popular di Bandar Kuantan memandangkan lokasinya sangat dekat. Juga dikenali oleh orang setempat sebagai TC, pantai ini tidaklah terlalu besar seperti di Pantai Cherating & kalau anda berjalan kaki dari hujung ke hujung memakan masa hanya 20 minit sahaja. Destinasi ini bukanlah pantai untuk mandi manda kerana kawasan permukaan pantai yang berbahaya serta ombak yang deras.

Pantai Teluk Chempedak sangat ideal untuk anda lawati sekiranya ingin bersantai petang & melihat keindahan suasana pantai. Agak mengejutkan juga, walaupun pantai ini sering menjadi tumpuan pelancong & lokasinya juga di dalam Bandar Kuantan, tetapi landskap serta keindahan pantainya sangat terjaga keasliannya. Pada waktu malam juga, sekitar pantai ini juga meriah dengan orang yang bersiar-siar bersama keluarga & ada juga seniman jalanan seperti pelukis & pembuat barangan seni yang menunjukkan bakat masing-masing seperti di Bukit Bintang.

Kesimpulannya, Pantai Teluk Cempedak merupakan salah satu tempat menarik di Kuantan waktu malam untuk anda lepak dan santai-santai sahaja. Sekitar pantai ini juga terdapat penginapan yang menarik seperti Hyatt Regency Kuantan Resort & Kuantan Tembeling Resort. Kalau anda menginap di sini, bolehlah jogging di kawasan pantai & melihat panorama matahari terbit yang sangat menenangkan jiwa yang sedang bergelora.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Teluk Cempedak, Jalan T.A. Bakar, 25050 Kuantan, Pahang

  • Destinasi pantai awam terbuka ( 24 jam)

  • Destinasi pantai awam terbuka ( percuma)


4. Air Terjun Sungai Pandan

air terjun sungai pandan kuantan waterfall

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda ingin membawa keluarga mandi manda di air terjun, destinasi yang paling popular di Kuantan sudah tentulah Air Terjun Sungai Pandan atau juga dikenali dengan Air Terjun Panching. Destinasi air terjun ini sangat mudah untuk anda lawati dari Bandar Kuantan & akan memakan masa sekitar 20 minit sahaja dengan memandu kereta. Kemudahan untuk pengunjung di sini memang sangat lengkap seperti tandas, surau, laluan jalan kaki, parkir kereta, gazebo, titian gantung & sebagainya.

Tidak hairanlah saban hujung minggu, memang ramai pengunjung yang datang ke sini untuk berkelah bersama keluarga. Untuk ke kawasan tadahan air terjun utamanya juga sangat dekat dengan kawasan parkir kereta & tidak perlu nak berjalan kaki jauh serta meredah hutan.

Air terjun di kawasan tadahan utamanya agak deras & sangat menyeronokkan apabila dihempas aliran air ke atas badan. Terasa seperti di urut-urut manja begitu. Kalau anda berkelah di Air Terjun Sungai Pandan ini waktu pagi & kalau anda bernasib baik, boleh melihat pelangi yang timbul tenggelam di sebalik percikan air terjun di sini. Pelangi di sini tidak sebesar seperti di satu lagi tempat mandi manda di Pahang yang popular iaitu Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Air Terjun Sungai Pandan, 26400 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Air Terjun Sungai Pandan

  • Isnin-Khamis
    • 9.00 am – 5.00 pm
  • Sabtu & Ahad
    • 9.00 am – 6.00 pm
  • Jumaat ditutup

Bayaran Masuk Air Terjun Sungai Pandan

Pelancong tempatan:

  • Dewasa:
    • RM 3.00
  • Kanak-kanak:
    • RM 1.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa:
    • RM 5.00
  • Kanak-kanak:
    • RM 2.00

Bayaran Parking Kereta:

  • RM 3.00


5. Mangala Resort & Spa

mangala beach resort spa kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah destinasi penginapan yang semestinya menjadi impian setiap orang untuk menginap. Mangala Resort & Spa merupakan sebuah hotel penginapan yang bertaraf 5 bintang yang terletak di Gambang, Kuantan & kira-kira 40 km dari pusat Bandar Kuantan. Destinasi yang sangat romantis ini menawarkan 4 jenis villa penginapan yang sangat indah untuk anda bermalam bersama keluarga ataupun pasangan. Tahukah anda, Mangala Resort & Spa sebenarnya terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit & dahulunya tapak resort ini merupakan bekas kawasan pelombongan yang tandus tidak berpenghuni.

Siapa sangka, kini ianya merupakan destinasi penginapan mewah yang telah mendapat banyak anugerah di peringkat antarabangsa. Persekitaran yang bertasik & dikelilingi kehijauan pokok-pokok yang mendamaikan pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terasa tenang dari keserabutan di tempat kerja & kesibukan kota. Mangala Resort & Spa juga menawarkan beberapa jenis pakej untuk para tetamu seperti pakej perkahwinan, family retreat, romantic gateway & juga executive meeting package. Sekiranya anda inginkan destinasi penginapan yang romantis & terbaik di Kuantan untuk dijadikan hadiah istimewa untuk pasangan, Mangala Resort & Spa adalah jawapan yang paling tepat untuk anda terokai.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 609-5057788 | Facebook | Instagram | Website

  • MANGALA RESORT & SPA, Lebuhraya Tun Razak, 26300, Kuantan, Pahang

  • Destinasi penginapan (sepanjang tahun)


6. Pantai Pelindung

pantai menarik di kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda malas nak ke Pantai Teluk Chempedak sebab terlalu sesak dengan kunjungan pelancong? Apa kata ke Pantai Pelindung pula yang hanya terletak 4-5 km sahaja dari Pantai Teluk Cempedak. Destinasi pantai ini ramai pelancong luar yang jarang terjah mungkin kerana tidak tahu. Sebenarnya Pantai Pelindung ini juga ada kelebihan yang tiada di Pantai Teluk Chempedak. Kawasan pantai ini lebih lapang & lebih seronok untuk anak-anak berkejaran di gigian pantai. Kawasan pesisiran pantai juga landai & tidak berbatu seperti kebanyakan pantai lain di Kuantan.

Lebih menarik juga, bersebelahan dengan Pantai Pelindung ini juga terdapat sebuah tasik rekreasi yang sering menjadi tempat riadah orang setempat iaitu Tasik Pelindung. Kalau anda menginap di hotel sekitar Bandar Kuantan ataupun di Teluk Cempedak sekalipun, anda boleh ke sini untuk jogging & riadah pagi. Pemandangan di sekitar tasik ini juga tidak kurang menariknya untuk sesi bergambar & menikmati udara segar dari pantai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Pelindung, 25000 Kuantan, Pahang

  • Destinasi pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi pantai rekreasi awam ( percuma)


7. Masjid Sultan Ahmad 1 ( Kuantan)

masjid menarik di kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masjid ini merupakan sebuah masjid yang sangat cantik & terletak di pusat Bandar Kuantan. Masjid yang sangat besar ini mempunyai 4 menara utama yang mengelilingi kawasan masjid & bentuk menaranya tidak ubah seperti 4 buah roket yang bakal berlepas ke ruangan angkasa lepas. Pertama kali masuk ke masjid ini terasa juga seperti sedang berada di Istanbul Blue Mosque yang merupakan sebuah masjid yang sangat ikonik di Istanbul, Turki. Ini kerana, hiasan dalaman di kubah & bentuk geometri kacanya mempunyai sentimen daripada Turki & Asia Tengah.

Dahulunya masjid ini dikenali di kalangan orang setempat dengan gelaran masjid tempurung kerana kubahnya dahulu, bentuknya tidak ubah seperti sebiji tempurung yang dibelah dua. Pada tahun 1992, masjid yang ada sekarang dibina bagi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah. Tahukah anda, pada sesuatu masa masjid ini boleh memuatkan sehingga 8000 orang.

Berdekatan dengan masjid ini juga terdapat satu dataran yang selalunya menjadi tapak bazar Ramadhan & terdapat juga padang bola yang sangat besar yang sering menjadi tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa secara berkelah pada bulan Ramadhan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


8. Santuari Penyu Cherating

santuari penyu cerating kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda bercuti ke Kuantan bersama anak-anak, apa kata bawa anak anda ke Santuari Penyu di Cherating. Lokasi santuari ini hanya berhadapan dengan pintu masuk ke Club Med Resort Cherating. Dari Bandar Kuantan, mungkin memakan masa sekitar 30 minit memandu. Di sini pelancong berpeluang untuk melihat pelbagai spesis penyu seperti leatherback turtle, green turtle, hawksbill turtle dan olive ridley turtle. Paling menguja apabila dapat melihat anak-anak penyu yang begitu banyak di dalam kolam yang berenang-renang tidak berhenti bagaikan berudu di dalam kolam.

Sangat berbaloi untuk anda melawat santuari ini kerana bilangan penyu yang ada untuk tatapan pengunjung juga boleh dikatakan agak banyak berbanding dengan santuari penyu lain. Santuari ini juga ada menawarkan beberapa program yang menarik untuk pengunjung seperti melawat tapak penetasan telur penyu, melihat pelepasan anak-anak penyu ke laut & program turtle watching waktu malam. Selain itu, di sini juga terdapat galeri pameran yang sangat informatif tentang dunia penyu untuk tatapan pengunjung.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5819087

  • Santuari Penyu Cherating, KM 45 Jalan Kuantan-Kemaman, 26080, Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Santuari Penyu Cherating

  • Selasa-Ahad
    • 9.00 am- 5.00 pm

*musim penyu bertelur antara bulan April hingga Ogos

Harga Tiket Santuari Penyu Cherating

  • Percuma


9. Swiss Garden Beach Resort

resort tepi pantai menarik di kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda inginkan destinasi penginapan di Kuantan yang menarik, ada kolam mandi yang besar & terletak di tepi pantai? Sekiranya ya, apa kata ke Swiss Garden Beach Resort yang terletak kira-kira 15 minit dari bandar Kuantan & hanya terletak di Jalan Berserah-Gebeng. Tarikan utama di sini bukan sahaja pilihan penginapan yang banyak malah di sini juga terdapat mini waterpark yang masih lagi baru & pasti membuatkan anak-anak tidak sabar-sabar untuk bersuka ria & bermain gelongsor air.

Lokasi Swiss Garden Beach Resort ini memang sangat strategik kerana banyak tempat menarik yang boleh anda lawati kalau bermalam di sini. Samaada anda ingin menuju ke Bandar Kuantan atau ke Bandar Chukai Kemaman, jaraknya tidaklah terlalu jauh sehingga berjam lamanya. Malah, anda juga boleh melawat banyak pantai menarik sekitar Jalan Berserah-Gebeng seperti Pantai Balok, Pantai Pelindung & juga Pantai Batu Hitam.

Selain itu, pilihan makanan & restoran yang menyediakan makanan laut juga sangat banyak di sepanjang jalan ini. Kalau nak makan malam yang lebih meriah, terjah sahaja ke Tanjung Lumpur yang terletak hanya 20 minit memandu dari Swiss Garden Beach Resort.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 609-5488288 | Facebook | Instagram | Website

  • 2656~2657, Mukim Sungai Karang, Balok Beach, 26100 Beserah, Kuantan, Pahang

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


10. Taman Gelora

taman gelora kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bandar Kuantan mempunyai banyak tarikan yang indah-indah untuk bersantai. Selain kaya dengan tarikan pantai, Bandar Kuantan juga mempunyai beberapa destinasi taman bertasik yang sesuai untuk anda riadah petang & melihat pemadangan di landskap taman yang cantik seperti di Taman Gelora. Taman Gelora merupakan satu destinasi yang perlu anda lawati kerana ianya sangat unik sekali. Bukan sahaja dihiasi dengan pokok-pokok besar yang redup merimbun tinggi malah lokasinya juga di tepi pantai & juga tidak jauh dari muara Sungai Pahang.

Suasana di sini samaada waktu pagi atau petang memang menyamankan dengan tiupan angin kencang pantai yang pasti membuatkan hati tenang tidak bergelora walaupun nama taman ini adalah Taman Gelora. Di sekitar taman ini terdapat pelbagai kemudahan untuk aktiviti seperti jogging, riadah bersama anak-anak & makan-makan di food court yang berhampiran.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Dato Abdullah, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang

  • Destinasi taman rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi taman rekreasi awam ( percuma)


11. Kuantan River Cruise

aktiviti menarik sungai kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bandar Kuantan terletak berhampiran dengan muara Sungai Kuantan & sekiranya anda ingin menikmati keindahan panorama sungai ini, apa kata anda cuba Kuantan River Cruise. Menyelusuri Sungai Kuantan dengan bot di sini bukannya seperti di Melaka kerana Sungai Kuantan ini sangat besar & berdekatan dengan hutan paya laut. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan untuk pengunjung menerokai Sungai Kuantan di sini yang mana setiap pakejnya mempunyai harga trip yang berbeza.

Lokasi nak ke jeti Kuantan River Cruise juga sangat mudah & dalam kawasan Taman Esplanade Kuantan. Anda juga boleh jalan kaki ke jeti sekiranya menginap di beberapa hotel berdekatan seperti Hotel Sentral Kuantan, The V Hotel mahupun Season View Hotel Kuantan. Pengalaman menaiki bot laju ini menuju ke hutan paya laut memang mengujakan & jarak nak ke jeti paya laut juga tidaklah terlalu jauh sehingga berjam lamanya. Sebaik sampai di kawasan paya laut, anda boleh menyelusuri platform jalan kaki yang merentasi hutan paya laut di sini untuk melihat pelbagai spesis pokok bakau yang masih terjaga tanpa gangguan manusia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6011-16471617 | Facebook | Website

  • Jalan Tanah Putih, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Kuantan River Cruise

  • Trip hanya 12 kali sehari
  • 9.00 am – 9.00 pm

Harga Pakej Kuantan River Cruise

  • Trip Muara Sungai :
    • RM 280 / trip
    • Tempoh: 60 minit
    • 1-5 orang
  • Trip Taman Bakau:
    • RM 280 / trip
    • Tempoh: 60 minit
    • 1-5 orang
  • Trip Kombo ( Trip Muara Sungai + Trip Taman Bakau):
    • RM 480 / trip
    • Tempoh: 120 minit
  • Trip Kelip-Kelip
    • RM 380 / Trip
    • Tempoh: 120 minit
    • 1-5 orang

Tempahan/Soalan:  Sila hubungi Kaunter Tiket Kuantan River Cruise di talian:

  • 011-10663202 (Bahari)
  • 019-743 1988 (Zainal)


12. Pantai Balok / Pusat Rekreasi Air Balok

pantai rekreasi balok kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak kira-kira 10-15 minit memandu dari Bandar Kuantan. Pantai Balok atau Pusat Rekreasi Air Balok bukanlah pantai peranginan seperti Pantai Cherating yang mempunyai banyak resort & chalet tepi pantai menarik. Pantai ini lebih kepada kawasan lepak-lepak petang dan bersiar-siar tepi pantai. Untuk acara makan-makan, di sini juga terdapat banyak kedai makan malam seafood, ikan bakar dan masakan ala Thai yang tidak kurang menariknya.

Memandangkan sekitar Pantai Balok & Pantai Berserah ni juga ialah perkampungan nelayan, maka sumber laut dan makanan seafood memang tidak dinafikan segar setara dengan medan ikan bakar yang popular di sekitar Tanjung Lumpur. Kalau di hujung minggu, memang ramai yang datang ke Pantai Balok samada untuk bersantai, jogging dan berkelah di tepi pantai. Kemudahan yang ada di Pantai Balok seperti tempat persalinan baju dan pondok juga ada tersedia. Pantai ini juga memang sangat lapang & mempunyai fasiliti yang lengkap untuk pengunjung seperti surau, pondok rehat, tandas awam & sebagainya.

Destinasi Pantai Balok juga sering menjadi lokasi untuk aktiviti team building memandangkan banyak kemudahan yang ada di sini seperti dewan terbuka, gelanggang petanque, gelanggang woodball & sebagainya. Sangat ideal untuk dijadikan destinasi bagi aktiviti seperti family day, majlis perkahwinan, karnival, hari sukan & sebagainya. Antara penginapan yang paling popular berdekatan Pantai Balok adalah De Rhu Beach Resortyang sering menjadi pilihan pelancong berkeluarga kerana ada kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pusat Rekreasi Air Pantai Balok, Pantai Balok, 26080 Balok, Pahang

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)
  • Untuk aktiviti berkelah / berkhemah / hari keluarga, kena dapatkan kelulusan daripada Pejabat Pusat Rekreasi Balok, Majlis Perbandaran Kuantan.


13. Pantai Batu Hitam

batu hitam beach resort kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seronok bukan bercuti di Kuantan kerana banyak sekali pilihan pantai menarik yang boleh anda terokai hanya dari kawasan pusat bandar. Satu lagi destinasi pantai popular di Kuantan adalah Pantai Batu Hitam yang juga boleh anda lawati melalui Jalan Berserah-Gebeng. Jarak dari pusat Bandar Kuantan hanya 8-9 km sahaja. Seperti juga di pantai rekreasi lain sekitar Kuantan, destinasi ini tidak kurang menariknya untuk anda beriadah pada waktu petang bersama anak-anak.

Pantai ini juga sangat lapang & sering menjadi kunjungan orang setempat untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Berhampiran dengan pantai ini juga terdapat gerai-gerai yang menjual makanan santai seperti keropok lekor, mee chalong, ikan celup tepung & sebagainya. Terdapat juga beberapa pilihan penginapan menarik sekitar Pantai Batu Hitam seperti Batu Hitam Beach Resort, Blackstone Resort & juga Mawar Villa Batu Hitam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang

  • Destinasi pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi pantai rekreasi awam ( percuma)


14. Muzium Seni Pahang

muzium menarik di kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda obses dengan dunia seni? Sekiranya ya apa kata terjah destinasi ini yang hanya terletak berdekatan dengan Masjid Sultan Ahmad Shah 1. Muzium Seni Pahang tidaklah terlalu besar & mungkin tempoh masa untuk melihat tarikan di sini sekitar 15-30 minit sahaja. Namun, kalau anda jenis yang teliti & suka membaca satu persatu setiap informasi di sini, satu jam mungkin tidak memadai.

Destinasi ini sangat berbaloi untuk anda lawati kerana lokasinya yang strategik & bayarannya juga adalah percuma. Walaupun percuma, tarikan di setiap galeri di sini tetap menarik & menawarkan keunikannya yang tersendiri. Di dalam muzium ini, terdapat satu galeri yang banyak menceritakan tentang Kaabah, bahkan terdapat juga satu replika Kaabah yang tidak terlalu besar yang juga menjadi sebahagian tarikan pelancong di sini.

Anda juga boleh melihat banyak gambar-gambar lama yang pernah diambil sekitar Kaabah satu ketika dahulu. Selain itu, terdapat juga galeri-galeri lain yang menarik untuk anda pelajari seperti pameran seramik, pameran kebudayaan pantai timur, pameran orang asli, alat muzik tradisional Pahang & hasil tenunan Diraja Pahang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Muzium Seni Pahang

  • Isnin-Khamis
    • 9.30 am – 5.00 pm
  • Jumaat
    • 9.30 am  – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.00 pm
  • Sabtu & Ahad
    • Tutup

Harga Tiket Muzium Seni Pahang

  • Percuma


15. Mini Zoo Teruntum

mini zoo teruntum kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekitar Kuantan terdapat satu zoo mini yang sangat ideal untuk anda lawati bersama anak-anak. Lokasinya hanya bersebelahan dengan Pantai Teluk Chempedak & tidak jauh dari Hyatt Regency Hotel. Walaupun namanya ‘mini zoo’ namun tetap mempunyai beberapa spesis haiwan menarik yang pasti membuatkan anak-anak ceria seperti burung merak, burung enggang, kuda pagi, buaya, seladang, arnab, rusa & macam-macam lagi. Dahulunya bayaran Mini Zoo Teruntum ini adalah percuma namun sejak Julai 2018, mereka telah mengenakan bayaran masuk. Walaubagaimanapun, harganya sangat minimal & masih dikira sangat berbaloi untuk anda lawati destinasi ini.

Selain melihat haiwan-haiwan di sini, pengunjung juga boleh merasai pengalaman menunggang kuda padi yang ada di sini pada harga yang berpatutan. Memang seronok datang ke sini bersama anak-anak, bukan sahaja dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga malah dapatlah juga anak-anak belajar tentang haiwan-haiwan yang mungkin susah untuk dijumpai di kawasan anda. Inilah baru dinamakan lawatan sambil belajar yang juga boleh memberi manfaat kepada anak-anak terutamanya pada musim cuti sekolah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Mini Zoo Teruntum

  • 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Mini Zoo Teruntum

  • Dewasa:
    • RM 2.00
  • Kanak-kanak:
    • RM 1.00
  • menunggang kuda pagi ( kanak-kanak):
    • RM 5.00 per ride


16. Taman Esplanade Kuantan

jalan jalan makan angin kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda jenis pelancong yang sukakan aktiviti santai-santai & melihat pemandangan setempat, salah satu tempat menarik di Kuantan yang sangat ikonik adalah di Taman Esplanade Kuantan yang berdekatan dengan jeti Kuantan River Cruise. Taman ini merupakan taman santai yang terdapat di pesisiran Sungai Kuantan & jaraknya juga agak panjang sekitar 2 km. Sepanjang taman ini, anda boleh melihat pemandangan sungai & boleh juga bergambar di hadapan signboard besar KUANTAN di seberang sungai untuk dijadikan kenang-kenangan ketika bercuti di Kuantan.

Laluan jalan kaki berbata di sepanjang tebing ini sering menjadi tumpuan penduduk setempat untuk lakukan aktiviti riadah & tidak kurang juga yang datang ke sini untuk memancing. Sekitar Taman Esplanade Kuantan ini juga terdapat beberapa gerai & restoran yang boleh anda singgah untuk makan petang atau malam. Tahukah anda, mengikut sejarah di sinilah tempat penempatan awal penduduk di bandar Kuantan yang dikatakan berasal dari satu kawasan di Sumatera yang bernama Kuantan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Taman Esplanade Kuantan

  • Destinasi rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi rekreasi awam ( percuma)


17. De Rhu Beach Resort

tempat berbulan madu kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Selain Swiss Garden Beach Resort & Hyatt Regency Resort Kuantan, De Rhu Beach Resort adalah satu lagi destinasi resort tepi pantai di Kuantan yang menarik untuk anda bermalam. Di sini juga terdapat kolam mandi sesuai untuk mereka yang pandai berenang & ada juga kolam mandi yang sesuai untuk anak-anak bersuka ria. Lokasinya juga strategik berdekatan dengan Pantai Balok & sekitar 8 km sahaja dari pusat Bandar Kuantan.

Pilihan penginapan di sini juga sangat pelbagai sama seperti di hotel popular yang lain di Kuantan. Samaada anda inginkan bilik penginapan untuk hanya berdua ataupun untuk keluarga yang besar, De Rhu Beach Resort ada jawapannya. Selain itu, destinasi resort ini juga sangat popular di kalangan organisasi untuk menganjurkan acara seperti team building, seminar & hari keluarga kerana terdapat pelbagai fasiliti seperti dewan terbuka, bilik seminar & sebagainya. Menariknya, pihak resort juga ada menawarkan pakej berbulan madu yang pasti sangat sesuai untuk anda jadikan hadiah istimewa untuk pasangan anda apabila bercuti di Kuantan nanti.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5579000 | Facebook | Website

  • Pantai Balok, 26080 Balok, Pahang

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


18. Tanjung Lumpur

tempat makan menarik kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebut sahaja Tanjung Lumpur, perkara pertama yang bermain di fikiran sudah tentulah kesedapan & keenakan makanan laut yang ada di sini. Maklumlah Tanjung Lumpur ini juga merupakan kawasan nelayan maka tidak hairanlah di sini memang sangat banyak pilihan kedai makan malam menarik yang menawarkan menu makan malam seperti ikan bakar, masakan ala Thai & sebagainya.

Antara menu yang sering menjadi buruan pelancong kalau ke Tanjung Lumpur adalah ikan bakar petai yang popular di beberapa lokasi sekitarnya seperti di Restoran Ana Ikan Bakar Petai 1 yang terletak berhampiran dengan jalan utama. Selain itu, terdapat juga beberapa destinasi medan ikan bakar lain yang mana anda perlu melalui jalan kampung menuju ke Kuantan Waterfront Resort City Show Gallery  & lokasinya juga berdekatan dengan pantai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

  • Destinasi makan malam ( 5.00 pm – 1.oo am )
  • Waktu operasi bergantung kepada restoran pilihan anda

  • Destinasi makan malam ( Bergantung pada bajet )


19. Natural Batik Village

tempat membeli belah kuantan menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau sudah bercuti di tempat orang, sudah tentulah kita mencari barangan & cenderahati yang sinonim dengan tempat percutian bukan? Jadi kalau di Kuantan, ada satu destinasi menarik yang boleh anda cari produk yang cukup sinonim dengan negeri pantai timur iaitu batik. Destinasi ini merupakan sebuah tempat penghasilan batik & terdapat banyak produk batik yang boleh anda beli di sini untuk dijadikan buah tangan istimewa untuk keluarga di rumah seperti skaf batik, kain sarong, t-shirt & sebagainya.

Selain itu, pelancong juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman mewarnai & mencanting batik di sini. Kalau anda bersama anak-anak atau menjadi penganjung untuk rombongan sekolah, terdapat juga pakej-pakej yang sesuai untuk anda bawa mereka belajar & merasai sendiri pengalaman mewarna batik. Untuk menghasilkan batik DIY anda sendiri, anda perlu datang awal ke sini waktu pagi kerana proses pengeringan memakan masa yang agak lama.

Namun, sekiranya anda menginap di hotel yang berdekatan seperti Swiss Adena Beach Resort Sungai Karang, Garden Beach Resort atau di De Rhu Beach Resort mungkin tiada masalah untuk anda datang kembali keesokannya untuk mendapatkan master piece batik DIY anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5448335 | Facebook | Website

  • Lot 4898, Batu 9 1/2, Jalan Kemaman, Kampung Chengkol Lempong, Balok, 26100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Natural Batik Village

  • 10.00 am – 7.00 pm

  • Tempahan/harga untuk menyertai aktiviti seperti mewarnai batik, melihat proses buat batik & sebagainya, sila berhubung di
    • 09-544 8335


20. Bukit Pelindung

bukit pelindung di kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda mencari destinasi riadah mendaki bukit yang mesra keluarga di Kuantan, Bukit Pelindung adalah destinasi yang paling tepat untuk anda terokai. Untuk menuju ke puncak Bukit Pelindung, anda boleh berjalan kaki atau jogging menerusi jalan tar tanpa perlu meredah hutan. Sesuai untuk sesiapa sahaja mencuba untuk menuju ke puncak Bukit Pelindung & kawasan sekeliling jalan juga sangat teduh kerana terdapat banyak pokok-pokok yang tinggi & redup. Walaupun ke sini pada waktu tengahari, bahang panas matahari tidak terlalu terasa.

Lokasinya juga sangat dekat untuk anda lawati & hanya bersebelahan dengan Pantai Teluk Chempedak. Sekiranya anda bercuti di Kuantan & menginap di Hyatt Regency Kuantan Resort ataupun di D’Embassy Service Residence Suite, bolehlah bersenam pagi atau petang di Bukit Pelindung bersama keluarga. Pemandangan dari puncak juga tidak kurang menariknya yang menampak panorama Bandar Kuantan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tengku Muhamad, 25250 Kuantan, Pahang

  • Destinasi bukit rekreasi awam ( tiada dikhususkan)

  • Destinasi bukit rekreasi awam ( tiada dikhususkan)


21. Petrosains Play Smart Kuantan

tempat menarik di kuantan kanak kanak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda seorang guru yang menganjurkan lawatan sambil belajar sekolah, salah satu tempat menarik di Kuantan untuk kanak-kanak adalah di Petrosains Play Smart Kuantan yang menawarkan pelbagai tarikan yang lebih menjurus kepada ilmu sains & inovasi. Destinasi ini sangat bagus untuk membuatkan kanak-kanak berfikir & merangsang minda kerana tarikan di sini banyak yang magikal & menggunakan ilusi. Lucu juga apabila melihat kanak-kanak di sini seolah-olah terkesima dengan apa yang sedang terjadi di sekeliling mereka.

Lokasinya juga sangat mudah untuk dilawati & hanya berdekatan dengan jeti Taman Esplanade Kuantan. Paling menarik, bayaran masuk ke sini juga adalah percuma. Walaubagaimanapun, waktu operasi di Petrosains Play Smart Kuantan ini agak terhad & hanya boleh dilawati pada waktu pejabat & ianya ditutup pada hujung minggu serta cuti umum.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5142290 | Facebook | Website

  • Petrosains Playsmart Kuantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Kemunting, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Waktu Operasi Petrosains Play Smart Kuantan

Selasa- Sabtu

  • 9.00 am – 5.00 pm
  • 1.00 pm – 2.00 pm (tutup)

Jumaat

  • 9.00 am – 5.00 pm
  • 12.00 pm – 2.30 pm (tutup)

Ahad, Isnin & Cuti Umum

  • Tutup

Harga Tiket Petrosains Play Smart Kuantan

  • Percuma


22. Gua Charas

gua yang menarik di kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda seorang yang sukakan aktiviti kembara & melihat keindahan gua, salah satu destinasi yang ideal adalah untuk ek Gua Cheras yang terletak sekitar 40 minit memandu dari Bandar Kuantan. Sebenarnya, Gua Charas ini merupakan tempat keagamaan untuk orang Buddha & Hindu serta terdapat pelbagai statu Buddha yang ada di sini. Ada juga statu yang besar & berada dalam posisi tidur mengiring. Walaubagaimanapun, tiada halangan untuk sesiapa sahaja atau yang berlainan agama untuk datang ke sini bagi melihat keunikan formasi stalagtit & stalagmit di sini.

Cabaran menerokai Gua Charas juga tidaklah terlalu susah seperti di Kompleks Kota Gua Gelangi atau di Gunung Senyum. Terdapat tangga yang menuju ke atas permukaan pintu gua & laluannya juga sering diselenggara dengan baik oleh penjaga di sini. Jadi, memandangakan Gua Charas ini sering menjadi kunjungan pengunjung untuk aktiviti keagamaan, maka tidaklah terlalu menakutkan untuk datang ke sini seperti di gua-gua lain yang sering sunyi sepi.

Sebaiknya datang ke sini waktu tengahari ketika matahari terik di atas kepala kerana pengunjung berpeluang untuk melihat keindahan cahaya mentari yang memancar masuk menerusi lubang-lubang gua yang terletak di bahagian atas. Fenomena yang menarik ini tidak ubah seperti cahaya laser dari sebuah UFO yang memancar terang untuk mengekstrak manusia dari permukaan tanah seperti intro siri jenaka Mr Bean.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Gua Charas, 26090 Kuantan, Pahang

  • 9.00 am – 5.00 pm

  • RM 2.00/seorang
  • RM 3.00 untuk parking kereta


23. Taman Tasik Bandar Kuantan

taman tasik bandar kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi taman rekreasi yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan yang sangat sesuai untuk anda yang ingin beriadah pada waktu pagi & petang. Di sini terdapat sebuah tasik yang agak besar & dikelilingi dengan laluan trek jogging yang jaraknya sekitar 1 km. Destinasi ini memang terkenal di kalangan warga setempat untuk bersenam & bersiar-siar bersama keluarga memandangakan lokasinya strategik & mudah diakses. Sekiranya anda menginap di homestay yang berdekatan, bolehlah bersantai petang di sini.

Di sini juga terdapat taman permainan yang sesuai untuk anak-anak kecil bersuka ria & terdapat juga servis lake tour yang boleh anda cuba untuk menerokai keindahan tasik ini dengan menaiki bot. Sekiranya anda bercadang untuk berkelah & makan di sini, berhati-hati kerana terdapat monyet yang berkeliaran yang akan mencuri makanan anda sekiranya tidak dijaga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

  • taman rekreasi awam ( 24 jam)

  • taman rekreasi awam ( percuma)


24. Kuantan City Mall ( KCM)

kuantan city mall pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan tempat membeli belah di Kuantan yang terbaru yang mempunyai kompleks bangunan 7 tingkat & ruangan parkir kereta sehingga 1300 lot. Bagi anda yang gemar mencari fesyen terkini, destinasi ini adalah tempat shopping di Kuantan yang sangat ideal untuk dilawati. Lokasinya juga sangat strategik di tengah bandar & juga berdekatan dengan satu lagi destinasi shopping mall popular di Kuantan iaitu East Coast Mall. Sekiranya anda menginap di hotel berdekatan seperti The Zenit Hotel atau Grand Darul Makmur, anda boleh ke sini jalan kaki sahaja & juga boleh menerokai beberapa lagi tempat membeli belah terkenal di Kuantan seperti Berjaya Megamall & East Coast Mall.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5316776 | Facebook | Website

  • 6/1, Putra Square, 25300 Kuantan, Pahang

  • 10.00 am – 10.00 pm

  • Destinasi membeli belah


25. East Coast Mall (ECM) Kuantan

east coast shopping mall kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan pusat membeli belah di Kuantan yang masih baru berbanding pusat membeli belah lain. Memandangkan shopping mall ini masih baru, maka struktur bangunannya kelihatan lebih moden & pilihan barangan berjenama serta fesyen terkini juga lebih banyak. Destinasi ini adalah tempat yang paling ideal di Kuantan untuk anda mencari barangan seperti pakaian berjenama, gajet terkini, barangan harian & sebagainya.

Seperti juga shopping malls lain, di sini juga terdapat foodcourt, kawasan hiburan keluarga seperti panggung wayang, bowling, karaoke & sebagainya.  Selain itu, di aras bawahnya juga terdapat restoran-restoran yang menyediakan makanan-makanan yang sinonim anda jumpa di shopping mall sekitar Kuala Lumpur & Selangor seperti Ayam Penyet AP, Restoran Johnny’s, Popila, Sushi King & sebagainya. Lokasi East Coast Mall juga di tengah bandar & hanya berhadapan dengan The Zenith’s Hotel.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook | Website

  • East Coast Mall, Kuantan, Pahang

Waktu Operasi East Coast Mall Kuantan

  • 10.00 am – 10.00 pm ( setiap hari)

  • Destinasi membeli belah


26. Berjaya Megamall

tempat membeli belah menarik kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi shopping mall yang terletak di Pusat Bandar Kuantan yang bersebelahan dengan Hotel Grand Darul Makmur. Shopping mall ini merupakan tumpuan utama penduduk setempat pada hujung minggu untuk membeli belah & menonton wayang sebelum wujudnya East Coast Mall. Di sini terdapat banyak juga lot-lot kedai yang menjual pelbagai barangan pakaian, kosmetik, gadjet, aksesori komputer & sebagainya.

Pilihan yang ada di sini terutamanya fesyen terkini tidaklah sebanyak di East Coast Mall, namun kalau anda nak beli pakaian seperti baju muslimah, baju kurung, baju raya dan tudung yang murah-murah, Berjaya Megamall lebih banyak pilihan. Sekiranya anda inginkan tempat membeli belah yang kurang sesak tetapi tetap ada pilihan yang menarik, Berjaya Megamall adalah destinasi untuk anda membeli belah di Kuantan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Berjaya Megamall Kuantan, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Berjaya Megamall Kuantan

  • 10.00 am – 10.00 pm

  • Destinasi membeli belah


27. Hyatt Regency Resort Kuantan

hyatt regency resort kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah destinasi penginapan yang merupakan resort tepi pantai di Kuantan yang paling dekat dengan bandar. Lokasinya terletak di Pantai Teluk Cempedak & merupakan resort yang sudah lama bertapak di Kuantan. Sekiranya anda bercuti di Kuantan dalam tempoh yang singkat mungkin 1-2 hari sahaja & inginkan lokasi penginapan tepi pantai yang paling dekat dengan majoriti tempat menarik di Kuantan, penginapan yang ada kolam renang & penginapan yang boleh jalan kaki ke pantai, Hyatt Regency Resort Kuantan adalah jawapan yang paling tepat.

Destinasi ini juga sangat sesuai untuk anda jadikan penginapan ketika honeymoon di Kuantan & harganya juga lebih murah kalau nak dibandingkan dengan resort mewah romantis yang lain di Kuantan seperti Mangala Resort & Spa. Sekiranya anda menginap di bilik yang mengadap laut, memang menyeronokkan. Bangun pagi & minum kopi sambil melihat panorama matahari terbit di Laut China Selatan yang terbentang luas di depan mata memang orang kata satu pengalaman yang sungguh ‘syahdu’ sekali. Bak kata orang, lautnya membiru saujana mata memandang.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 609-5181234 | Facebook | Website

  • Hyatt Regency Resort Kuantan, Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


28. Muara Sungai Balok

tempat fotografi kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda suka landskap fotografi ? Sekiranya anda jenis pelancong yang suka photoshoot kawasan yang ada landskap sekeliling yang menarik untuk dijadikan ‘master piece’ anda, apa kata ke Muara Sungai Balok yang juga berdekatan dengan Pasar Nelayan Balok. Pemandangan di sini pada waktu pagi ketika matahari terbit memang sangat cantik untuk fotografi kerana terdapat banyak subjek menarik seperti bot nelayan, pasir muara, bentuk muaranya yang berselekoh & terdapat pokok-pokok rhu yang rimbun meninggi.

Destinasi ini bukanlah pantai peranginan popular seperti di Pantai Cherating atau pantai rekreasi awam seperti di Teluk Cempedak, namun kalau dah alang-alang menuju ke Pantai Balok & ingin melihat suasana perkampungan menarik di jeti nelayan yang kecil, destinasi ini adalah yang paling ideal. Akses nak ke sini juga sangat mudah hanya di tepi jalan Berserah-Gebeng. Selain itu, Pasar Nelayan Balok ini juga terkenal di kalangan penduduk setempat untuk mencari hasil laut yang segar-segar. Kalau anda menginap di homestay sekitar Pantai Balok, bolehlah ke pasar ini untuk mencari udang, ikan, lobster & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Balok, 26080 Balok, Pahang

  • Tiada dikhususkan
  • Kalau nak ambil gambar, waktu matahari naik paling menarik

  • Tempat awam ( percuma)


Tempat Makan Menarik di Kuantan

Kalau di malam hari, tempat makan malam yang sering menjadi sebutan dan cadangan orang ialah di Medan Ikan Bakar di Tanjung Lumpur.  Antara menu makanan yang menjadi pilihan orang di sini ialah sudah tentu ikan bakar petai, ketam masak pedas, lala dan kerang bakar yang fresh-fresh. Kalau di hujung minggu medan ikan bakar di Tanjung Lumpur ni memang selalu penuh dan sesak dengan orang. Jadi kena sabarlah sikit. Kalau anda malas nak bersesak-sesak di Tanjung Lumpur anda boleh terjah di sekitar Jalan Berserah berdekatan dengan Pantai Balok atau Pantai Berserah, di sini juga banyak kedai-kedai ikan bakar yang tidak kurang sedapnya.

Untuk destinasi makan menarik sekitar Kuantan, anda boleh ke beberapa destinasi yang terkenal untuk cuba makan popular orang setempat seperti di Joe Mee Chalong & Keropok Berserah, Cendol Mustafa, Akob Patin House, Lila Wadi & Nasi Minyak Eda Yasin.

Tempat Penginapan Menarik di Kuantan

Hotel bajet & penginapan mewah di Bandar Kuantan memang agak banyak pilihan untuk pelancong. Kalau bercuti ke Kuantan, sebaiknya carilah resort tepi pantai yang ada kolam renang seperti Hyatt Regency Resort Kuantan, De Rhu Beach Resort ataupun Swiss Garden Beach Resort.Bermalam tepi pantai mengadap Laut China Selatan, barulah bercuti di pantai timur namanya.

Cari Hotel di Kuantan

Banyak bukan destinasi & aktiviti menarik yang boleh dilakukan sekitar Bandar Kuantan? Sehari bercuti di sini belum pasti dapat menerokai kesemua destinasi menarik di Kuantan. Sekiranya anda mencari destinasi menarik lain selain di Kuantan, sila terokai 53+ tempat menarik di Pahang untuk mencari idea percutian yang sesuai dengan kehendak anda. Akhir kata, semoga perkongsian ini memberi anda inpirasi untuk bercuti di ibu negeri Pahang ini. Selamat cuti cuti Malaysia di Kuantan. Wassalam.

4.5/5 - (77 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Homestay Kuantan Utk BERCUTI Seisi Keluarga

Kuantan merupakan tempat pelancongan di Pahang yang digemari pengunjung. Manataknya, anda boleh pergi ke bandar serta ke pantai. Macam-macam makanan sedap juga boleh didapati...

6 Homestay di Teluk Cempedak Untuk Menikmati Keindahan Pantai

Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang, telah menjadi magnet pelancong dengan keindahan semulajadi yang menakjubkan. Bagi penggemar pantai yang ingin menjelajahi destinasi pelancongan menarik...

Top 5 Kereta Sewa di Kuantan Yang TERBEST & Murah

Pahang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang terpelihara. Untuk pengetahuan anda, hampir dua per tiga dari negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini diselebungi...

13 Penginapan Selesa Di Kuantan Yang Patut Anda Cuba

Anda mempunyai perancangan untuk bercuti di Negeri Pahang yang indah ini? Masih belum menjumpai tempat penginapan yang sesuai untuk anda sekeluarga? Jangan risau kerana...

15 Kafe Hipster Di Kuantan – Tempat CANTIK & SEDAP

Kafe yang moden memang menjadi pilihan dan tumpuan anak-anak muda. Lebih-lebih lagi, mereka mengikuti trend untuk berswafoto di kafe yang estetik. Kafe juga menjadi...

30+ Tempat Makan Best di Kuantan, Pahang Yang POPULAR untuk Pelancong Terokai

Bandar Kuantan terkenal dengan pelbagai destinasi menarik terutamanya di bahagian pantai. Kalau anda bercadang bercuti di Kuantan, apa kata terokai destinasi makan menarik di...

19 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

19 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Siti Noorani bte Haji Norali
Siti Noorani bte Haji Norali
1 year ago

Hotel/Apartment yang mana berdekatan sama International Islamic University Malaysia

Mieja
Mieja
1 year ago

Hotel sri manja..

Rin
Rin
4 years ago

tq info yg baik, disini info lebih kepada lokasi makan angin, so saya kena cari atau you kena tambah cerita untuk lokasi makan makan pulak, ok tq

Roslee Mohd Salleh
Roslee Mohd Salleh
4 years ago

Boleh add pantai sepat dan pantai cempaka utk berkelah

Ali
Ali
4 years ago

Pantai sepat kotor sampah byk…

Shelly
Shelly
5 years ago

Salam sejahtera! Saya ingin camping di pantai rekreasi balok pada bulan awal depan. Ada sebarang no contact yg blh menghubungi pihak berkenaaan? Terima kasih

BraderLuv
BraderLuv
5 years ago

Good job admin….lama tak balik Kuantan. Tentu dah banyak yg berubah

Yuhana Sabri
Yuhana Sabri
5 years ago

kuantan !! at last jumpa jugak guide terbaik di kuantan !! gud job admin !!

julia
julia
6 years ago

insyallah esok mmg plan nk ke gambang..leh la jalan2 trhs je pahang..tx info!

Hubungi Kami

19
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x