55+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati

Isi Kandungan

Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta Malaysia menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk kita terokai. Walaupun saiz geografinya tidaklah sebesar majoriti negeri-negeri lain di Malaysia, namun pilihan tempat menarik di Kuala Lumpur memang sangat banyak. Samaada tujuan percutian anda ke KL bersama keluarga, anak-anak ataupun pasangan ketika ‘honeymoon’, variasi pilihan destinasi percutian di Kuala Lumpur memang akan membuatkan anda rambang mata tak tahu nak pergi yang mana dahulu.

Di bawah ini, tersedia majoriti tarikan pelancongan di Kuala Lumpur yang paling popular & yang juga beberapa yang kurang popular tetapi tetap ada tarikannya yang tersendiri. Samaada untuk aktiviti santai-santai, shopping atau aktiviti yang lasak, KL ada semua itu. Apa yang diperlukan sekarang, tepuk dada anda & tanya selera masing-masing. Sekiranya anda bukan orang sekitar Kuala Lumpur & Selangor, pilihan penginapan yang ada di sekitar KL memang sangat banyak baik hotel bajet, hotel 5 bintang ataupun homestay-homestay yang diusahakan oleh pengusaha persendirian.

Bagi wanita, Kuala Lumpur adalah syurga kalian. Memang tidak dinafikan Kuala Lumpur adalah destinasi terbaik di Malaysia untuk aktiviti membeli belah. Terdapat puluhan shopping mall yang bersaiz mega di sekitar KL & Selangor yang boleh anda terokai. Samaada barangan berjenama, barangan borong, fesyen terkini, gejet terbaru di pasaran, KL ada jawapannya. Setiap tahun, berpusu-pusu pelancong tempatan yang datang ke KL untuk membeli belah barangan terutamanya pada cuti hujung tahun & waktu year end sale.


55+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Kuala Lumpur

1. Menara Kuala Lumpur

tempat menarik di kuala lumpur 2018

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Menara telekomunikasi tertinggi di Malaysia ini bukan sahaja berfungsi untuk tujuan perhubungan semata-mata malah merupakan antara tarikan pelancongan di Kuala Lumpur yang paling menjadi tumpuan pelancong. Di sini, terdapat revolving restaurant yang sangat unik suasananya yang boleh anda bersantapan bersama keluarga & rakan-rakan. Selain itu, anda juga berpeluang untuk ke observation deck untuk melihat panorama Bandaraya Kuala Lumpur dari sudut yang sangat menarik.

Adakah anda seorang pelancong yang berjiwa berani ? Kalau ya, apa kata mencuba satu aktiviti menggayatkan ini di KL Tower. Tarikan pelancongan sebegini memang sinonim seperti di Rainbow Skywalk Penang atau The Shore Melaka. Kalau teringin nak cuba, warga KL tak perlu travel jauh-jauh lagi, di Menara Kuala Lumpur juga ada tarikan sebegini & dikenali dengan nama SkyBox KL Tower. Bawa keluarga & anak-anak ke sini pasti memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan. Mana tidaknya, berdiri di atas kaca cermin dengan ketinggian 300 meter, pasti akan membuatkan jantung anda ‘berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang’.

SkyBox ini merupakan sebuah bilik berlantaikan & berdindingkan kaca setebal 3 inci dengan 3 lapisan. Ianya dilunjurkan keluar daripada SkyDeck di sini. Satu gambar bersama keluarga berlatarbelakangkan panorama bandar KL yang cantik di SkyBox KL ini pasti akan menjadi satu memori indah yang unik untuk diabadikan dalam memori percutian anda di Kuala Lumpur.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-20205444 | Facebook | Website

  • Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi SkyBox KL Tower:

  • 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket SkyDeck KL Tower

  • Pelancong Tempatan (MyKad)
    • Dewasa: RM 71.00
    • Kanak-Kanak ( 4 – 12 tahun) : RM 37.00
  • Pelancong Asing
    • Dewasa: RM 99.00
    • Kanak-Kanak ( 4 – 12 tahun) : RM 52.00

*bayaran tiket untuk SkyDeck sudah termasuk dengan SkyBox & Observation Deck

Tiket boleh dibeli di kaunter KL Tower atau online dengan KLOOK (selalunya lebih murah).


2. Taman Burung Kuala Lumpur

taman burung kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tarikan pelancongan di KL yang sangat sesuai untuk anda lawati bersama anak-anak untuk merasai sendiri pengalaman bermain-main dengan burung secara langsung. Taman Burung KL menempatkan lebih 2000 ekor burung yang terdiri daripada lebih 200 spesis burung. Konsep taman burung ini memang sangat unik kerana ianya merupakan sebuah taman burung yang terbuka & pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan burung-burung di sini tanpa sempadan pagar & sangkar.

Hanya beberapa spesis burung sahaja yang dikategorikan agak agresif diletakkan di dalam sangkar seperti burung hantu dan burung helang. Bayangkan dengan keluasan taman burung sehingga 30 hektar ini, memang banyak masa berkuliti yang boleh anda luangkan bersama keluarga. Taman Burung KL ini dibahagikan kepada 4 zon utama yang menempatkan spesis-spesis burung yang berlainan.

Memandangkan Taman Burung KL ini sangat luas, anda mungkin menghabiskan masa antara 1-2 jam lamanya. Kalau travel di KL dengan anak-anak kecil, pastikan anda membawa topi, payung & juga bekalan minuman. Untuk kepuasan maksimum ketika melawat KL Bird Park ini, disyorkan untuk datang waktu pagi kerana kurang panas & lebih kurang sesak. Terdapat juga beberapa persembahan menarik yang diadakan di sini untuk hiburan pengunjung.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603 -22721010 | Facebook | Website

  • KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Taman Burung Kuala Lumpur

  • 9.00 am – 6.00 pm (dibuka setiap hari)

Jadual Aktiviti Harian di Taman Burung Kuala Lumpur

Bird Show

  • 12.30 pm & 3.30 pm

Eagle Feeding

  • 2.30 pm

Lory & Ostrich Feeding

  • 10.00 am – 5.00 pm

Flamingo Kiosk

  • 9.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Parrot Kiosk

  • 9.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

*jadual aktiviti menarik harian yang lain di KL Bird Park, semak klbirdpark.com

Harga Tiket Taman Burung Kuala Lumpur

  • Pelancong Tempatan (MyKad)
    • Dewasa: RM 25.00
    • Kanak-Kanak (3 – 11 tahun) : RM 12.00
  • Pelancong Asing
    • Dewasa: RM 63.00
    • Kanak-Kanak (3 – 11 tahun) : RM 42.00


3. Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

aloft kuala lumpur sentral hotel

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hotel mewah yang bersambung dengan KL Sentral Station ini menawarkan penginapan yang ideal untuk mereka yang inginkan lokasi yang strategik dan landskap hotel yang menarik di KL. Infinity pool di rooftop hotel ini merupakan satu fasiliti yang wajib pengunjung cuba terutamanya di waktu malam atau pagi untuk melihat keindahan panorama bandaraya KL.

Seronok bukan ? Selepas seharian penat & berpeluh melawat tempat menarik di Kuala Lumpur, alangkah nyamannya apabila dapat mandi di kolam renang di sini. Tidak banyak hotel di Kuala Lumpur yang mempunyai kemudahan kolam renang di atas bumbung sebegini. Pemandangan yang menarik waktu malam dengan limpahan lampu neon kota raya pasti membuatkan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan peribadi di sini.

Memandangkan hotel ini hanya bersebelahan dengan Stesen KL Sentral, anda boleh ke mana-mana destinasi menarik di KL atau Selangor dengan mudah menggunakan train. Selain itu juga, ada banyak tempat menarik di KL yang berdekatan dengan hotel ini yang boleh anda lawati dengan hanya jalan kaki sahaja seperti Muzium Negara, Planetarium Negara, Masjid Negara & sebagainya.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 603-27231188 | Facebook | Website

  • No. 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


4. Petrosains Kuala Lumpur

tarikan penginapan best kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Petrosains Science Discovery Centre merupakan pusat penerokaan sains yang terletak pada aras 4 di Menara Berkembar Petronas. Destinasi ini sesuai untuk anak-anak anda mengasah minda dengan pelbagai tarikan interaktif yang mungkin boleh anda sekeluarga habiskan masa sekitar 1-2 jam. Kompleks seakan muzium ini memang agak besar & padat dengan informasi ilmiah yang berguna untuk pengetahuan umum khususnya dalam bidang sains petroleum & teknologi.

Sejak penubuhan Petrosains Kuala Lumpur pada 1999, destinasi ini sering menjadi lokasi lawatan untuk institusi pengajian & sekolah terutamanya pada musim cuti sekolah. Petrosains KL terbahagi kepada 11 bahagian utama pameran yang boleh pengunjung terokai dari mana-mana arah.

Antara yang paling membuatkan kanak-kanak teruja adalah Dark Ride di mana kanak-kanak akan menaiki kenderaan berbentuk titisan minyak yang melalui beberapa kawasan yang memaparkan situasi dalam hutan, di dalam air & juga di gunung. Pengembaraan futuristik sebegini pasti akan membuatkan anak-anak anda teruja & pada masa yang sama, bolehlah juga mereka belajar sesuatu dengan pendekatan yang lebih menyeronokkan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 660-323318181 | Facebook | Website

  • Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Petrosains Kuala Lumpur

  • Selasa-Jumaat
    • 9.30 am – 5.30 pm
    • Waktu masuk terakhir, 4.00 pm
  • Sabtu & Ahad
    • 9.30 am – 6.30 pm
    • Waktu masuk terakhir, 5.00 pm
  • Isnin tutup kecuali pada cuti am/cuti sekolah

Harga Tiket Petrosains Kuala Lumpur

  • Pelancong Tempatan ( MyKad/MyKid)
    • Dewasa ( 13-60 tahun):
      • RM 18.50
    • Warga Emas ( 61 tahun & keatas):
      • RM 9.00
    • Kanak-Kanak ( 3-12 tahun):
      • RM 7.50
    • Kanak-Kanak ( 2 tahun & kebawah):
      • Percuma
  • Pelancong Asing ( Tanpa MyKad/MyKid)
    • Dewasa ( 13-60 tahun):
      • RM 28.00
    • Warga Emas ( 61 tahun & keatas):
      • RM 14.00
    • Kanak-Kanak ( 3-12 tahun):
      • RM 16.50
    • Kanak-Kanak ( 2 tahun & kebawah):
      • Percuma


5. Masjid Wilayah Persekutuan

masjid wilayah persekutuan kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda pernah ke Blue Mosque yang terletak di Istabul, Turki ? Kalau belum pernah, apa kata datang ke Masjid Wilayah Persekutuan yang terletak tidak jauh dengan Kompleks Kerajaan di Jalan Duta. Masjid yang sangat besar ini siap dibina pada tahun 2000 & mempunyai ciri senibina bersumberkan konsep-konsep masjid Othmaniah di Turki & juga elemen senibina Melayu.

Memang betullah dengan temanya iaitu ‘sebuah masjid di dalam taman’, apabila berada di sini memang terasa auranya yang lain seolah-olah anda sedang melawat masjid di luar negara. Tahukah anda, masjid ini boleh menampung sehingga 17 000 jemaah pada satu-satu masa & juga dikatakan antara masjid yang termoden di Malaysia dengan dilengkapi sistem hawa dingin, sistem pemadam kebakaran, eskalator & juga kemudahan lift ke aras 4.

Dari jauh lagi, anda sudah boleh melihat cantuman kubah-kubah besar berwarna biru yang menghiasi masjid ini. Landskap dataran utamanya & bentuk kubahnya memang tidak ubah seperti Masjid Sultan Ahmed yang terletak di Turki. Keseluruhannya, terdapat 22 buah kubah besar & kecil yang terletak di atas bangunan masjid ini. Selain itu juga, di sisi Masjid Wilayah Persekutuan ini terdapat 2 menara yang tinggi & bentuknya pula mirip seperti menara yang terdapat di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi. Satu masjid menarik di Kuala Lumpur yang semestinya anda lawati untuk beribadah di samping melihat kehebatan senibina masjid ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-62018791 | Facebook | Website

  • Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur

  • Subuh-Isyak

  • Derma masuk tabung masjid digalakkan.


6. Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

 pusat sains negara kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi tempat yang menarik di KL yang boleh anda lawati bersama anak-anak untuk menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah terutamanya pada musim cuti sekolah atau hujung minggu. Pusat Sains Negara secara rasminya dibuka sejak tahun 1996 lagi & telah melalui beberapa fasa penambahbaikan, sesuai dengan peredaran & kemajuan teknologi yang senantiasa berubah setiap masa.

PSN mempunyai konsep muzium yang berteraskan ilmu sains & teknologi yang diseliakan oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi. Persembahan bahan pameran di setiap galeri juga memang sangat unik & kreatif yang boleh membuatkan orang yang tidak minat & tidak faham tentang sains, menjadi sebaliknya.

Selain itu, sejak 2017 terdapat juga tarikan yang baru diperkenalkan seperti Survive The Bunker & I-Rays. 2 pameran baru ini pasti memberi anda satu kelainan berbanding pameran lain yang ada di PSN ini. Umumnya, terdapat 3 tarikan utama di Pusat Sains Negara iaitu Galeri Pameran Indoor, Pameran Bertema & Zon Pameran Outdoor. Satu destinasi yang sangat disyorkan untuk dilawati oleh keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-20893400 | Facebook | Website

  • National Science Centre, Ministry of Science, Technology and Innovation, Persiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Waktu Operasi Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

  • Sabtu – Khamis
    • 9:00 am – 5:00 pm
  • Jumaat tutup

*kaunter tiket beroperasi sehingga 4.30 pm

Harga Tiket Pusat Sains Negara KL

  • Dewasa (Warganegara) ( 13 tahun & keatas)
    • RM 6.00
  • Dewasa (Bukan Warganegara) ( 13 tahun & keatas)
    • RM 6.00
  • Kanak-Kanak ( Warganegara)( 7-12 tahun)
    • RM 3.00
  • Kanak-Kanak ( Bukan Warganegara)( 7-12 tahun)
    • RM 3.00
  • Warga Emas ( 55 tahun keatas)
    • RM 3.00
  • Kanak-Kanak & Bayi ( 6 tahun kebawah)
    • Percuma
  • OKU
    • Percuma
  • Kumpulan Murid Sekolah Rendah (Termasuk Guru)
    • RM 2.00
  • Kumpulan Murid Sekolah Menengah (Termasuk Guru)
    • RM 3.00
  • Kumpulan Dewasa ( minimum 10 orang)
    • RM 5.00

Harga Tiket Pameran Survive The Bunker

  • Dewasa (Warganegara) ( 13 tahun & keatas)
    • RM 4.00
  • Dewasa (Bukan Warganegara) ( 13 tahun & keatas)
    • RM 8.00
  • Kanak-Kanak ( Warganegara)( 7-12 tahun)
    • RM 2.00
  • Kanak-Kanak ( Bukan Warganegara)( 7-12 tahun)
    • RM 4.00
  • Warga Emas ( 55 tahun keatas)
    • Percuma
  • OKU
    • Percuma


7. Planetarium Negara

tarikan pelancongan di Kuala Lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah tarikan pelancongan di Kuala Lumpur yang agak unik untuk anda sekeluarga terokai bersama anak-anak. Struktur bangunannya yang sinonim dengan kubah birunya & mempunyai kawasan yang agak luas sekitar 11,000 meter persegi. Tarikan paling utama di sini ialah sebuah teater yang terletak di dalam kubahnya.

Setiap tayangan bermula pukul 10.00 am – 4.00 pm menjanji jalan cerita yang menarik. Antara tayangan yang akan dipersembahkan adalah The Accidental Astronaut, Journey to A Billion Suns, Solar Storm & sebagainya. Durasi setiap tayangan sekitar 30 minit. Di dalam teater ini, pengunjung boleh menonton tayangan seperti di panggung wayang yang jalan ceritanya lebih kepada unsur dunia angkasa.

Tarikan galeria & pameran di sini juga tidak kurang hebatnya, anda boleh melihat enjin angkasa Arianne IV yang merupakan enjin yang telah digunakan ketika melancarkan MEASAT 1, iaitu satelit pertama negara Malaysia ke ruangan angkasa. Selain itu, anda juga boleh menyaksikan sendiri teleskop bersaiz 14 inci di bahagian balai cerap. Lokasi Planetarium KL juga hanya bersebelahan dengan Muzium Negara. Alang-alang, boleh terus ke muzium ini dengan berjalan kaki sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-22734301 | Facebook | Instagram | Website

  • Planetarium Negara,Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, 53, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Planetarium Kuala Lumpur

  • Selasa-Ahad
    • 9:00 am – 4:30 pm
  • Isnin tutup

*Tayangan bermula 10.00 pagi – 4.00 petang.
*Hari Jumaat, tiada tanyangan antara 1.00 pm – 2.00 pm

Harga Tiket Planetarium Kuala Lumpur

  • Pelancong Tempatan ( Mykad/MyKid)
    • Dewasa ( 13 tahun & keatas) : RM 6.00
    • Kanak-Kanak ( 2- 12 tahun) : RM 4.00
  • Pelancong Asing
    • Dewasa ( 13 tahun & keatas) : RM 12.00
    • Kanak-Kanak ( 2- 12 tahun) : RM 8.00
  • Pelajar ( 18 tahun kebawah)
    • Harga biasa: RM 8.00
    • Harga Mykad/MyKid: RM 4.00

*Bayaran Masuk ke Galeri Pameran: PERCUMA
*Tempat letak bas & kereta percuma disediakan


8. Taman Tema Indoor Berjaya Time Square

tempat menarik kuala lumpur kanak kanak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Berjaya Times Square merupakan salah satu pusat membeli belah yang terletak di tengah-tengah bandaraya KL yang menempatkan ratusan lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan & produk dalam mahupun luar negeri. Yang menjadikan destinasi shopping ini unik daripada yang lain adalah kerana di sinilah terletaknya satu-satunya taman tema indoor (Taman Tema Berjaya Time Square) yang pasti akan membuatkan anak-anak anda senyum keriangan.

Taman Tema Berjaya Times Square ini merupakan taman tema indoor yang terbesar di Malaysia & terletak pada aras 5 & 7 dalam kompleks bangunan membeli belah ini. Kalau anda seorang yang sukakan aktiviti yang membuatkan anda ingin menjerit, inilah salah satu tempat menarik di KL yang perlu anda terokai. Tarikan paling mengujakan di sini adalah Supersonic Odyssey iaitu permainan roller coaster yang mempunyai laluan berliku 360 darjah selaju 80 km/h yang pasti membuatkan sesiapa sahaja akan menjerit keriangan atau ketakutan.

Bagi yang takutkan permainan ekstrem sebegini, jangan bimbang, pilihan permainan santai lain di bahagian Fantasy Garden juga sangat banyak. Aktiviti permainan di sini tidaklah terlalu ekstrem & sangat sesuai untuk kanak-kanak. Seronok sebenarnya ke sini bersama keluarga kerana dalam kompleks bangunan yang sama, anda boleh membeli belah, boleh bersuka ria & terdapat juga penginapan yang selesa di Berjaya Time Square Hotel.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603 21173118 | Facebook | Instagram | Website

  • Level 5 & 7, Berjaya Time Square, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Berjaya Times Square Theme Park

  • Isnin-Jumaat
    • 12.00 pm – 10.00 pm
  • Sabtu / Ahad / Cuti Umum /Cuti Sekolah
    • 11.00 am – 10.00 pm

Harga Tiket Berjaya Times Square Theme Park

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas) ( Harga Normal)
    • RM 70.00
  • Kanak-Kanak ( 3-12 tahun) ( Harga Normal)
    • RM 65.00
  • Dewasa ( 13 tahun & keatas)(Harga MyKad)
    • RM 55.00
  • Kanak-Kanak ( 3-12 tahun) (Harga MyKid)
    • RM 45.00
  • Warga Emas ( 55 tahun & keatas) (Harga Normal)
    • RM 30.00
  • Warga Emas ( 55 tahun & keatas) (Harga Mykad)
    • RM 20.00
  • OKU (Harga Normal)
    • RM 30.00
  • OKU ( Harga MyKad)
    • RM 20.00
  • Bayi ( Bawah 3 tahun)
    • Percuma
  • Family Package ( Normal)
    • RM 230.00
  • Family Package ( MyKad/MyKid)
    • RM 168.00


9. Taman Rama Rama KL

taman rama rama kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman rama-rama ini merupakan antara yang terbesar di dunia dengan berkeluasan lebih 80,000 kaki persegi & menempatkan lebih 5000 ekor rama-rama yang hidup. Terdapat juga tumbuh-tumbuhan eksotik yang berfungsi sebagai habitat untuk serangga comel ini. Selain itu, terdapat juga haiwan eksotik lain untuk tatapan pengunjung seperti penyu, serangga-serangga eksotik, Japanese koi fish dan sebagainya. Konsep taman rama-rama ini yang terbuka memang lebih menyeronokkan & kalau anda bernasib baik, boleh merasai serangga comel ini hinggap di atas kepala atau tangan anda.

Di KL Butterfly Park ini juga, anda boleh melawat sebuah galeri yang menempatkan koleksi mega rama-rama dan serangga-serangga eksotik dari seluruh dunia yang telah diawetkan. Kalau sebelum ini kita selalu melihat serangga-serangga pelik sebegini di National Geographic Channel, tetapi di sini anda berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri.

Aktiviti di sini memang sangat santai & sesuai untuk habiskan masa berkualiti bersama anak-anak. Alang-alang sudah sampai ke KL Butterfly Park ini, bolehlah pula selepas itu anda lawati tempat menarik di Kuala Lumpur yang ada di sekitarnya dengan hanya berjalan kaki sahaja seperti Tama Botani, Taman Burung KL, Planetarium Negara, Memorial Tungku Abdul Razak & juga Muzium Negara.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-26934799 | Facebook | Website

  • Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, 50480 Malaysia

Waktu Operasi Taman Rama-Rama KL

  • 9.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

  • Dewasa ( 12 tahun & keatas):
    • RM 24.00
  • Kanak-Kanak ( 2-11 tahun):
    • RM 13.00
  • Dewasa ( 12 tahun & keatas)(Harga MyKad):
    • RM 11.00
  • Kanak-Kanak ( 2-11 tahun)(Harga MyKid):
    • RM 6.00
  • Family Package ( 2 dewasa + 2 Kanak-Kanak)
    • RM 34.00
  • Video Kamera:
    • RM 5.00

*tripod tidak dibenarkan dibawa masuk


10. Aquaria KLCC

aquaria klcc

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah lautan di tengah bandaraya. Itulah yang boleh digambarkan tentang Aquaria KLCC ini. Unik bukan ? Kalau anda bukannya seorang kaki scuba diving, perlu lawati Aquaria KLCC ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bersama keluarga. Aquaria KLCC menempatkan pelbagai spesis ikan di laut yang sangat menarik untuk anda lihat dengan mata kepala sendiri. Jangan main-main, Aquaria KLCC merupakan salah satu daripada 5 aquaria yang terbaik di Asia. Rugi kalau tak datang lihat sendiri.

Di sini pengunjung boleh melihat hidupan marin yang sangat eksotik melalui underwater tunnel & terdapat juga beberapa aquaria khas lain yang menempatkan spesis hidupan marin yang berbeza. Kalau anda nak lihat ikan jerung di depan mata, di sinilah destinasi terbaik di Malaysia. Melihat ikan jerung yang besar bukannya senang walaupun anda kaki scuba diving. Sekiranya anda seorang penyelam yang berlesen, bolehlah mencuba aktiviti scuba diving di dalam aqurium di sini seperti aktiviti Dive with Shark. Ada berani ?

Selain itu, terdapat banyak akuarium-akuarium yang menempatkan pelbagai spesis ikan menarik yang selalunya kita lihat di kaca TV seperti piranha, arapaima, Japanese spider crab & sebagainya. Setiap hari, feeding time untuk setiap tarikan akuarium akan berlangsung mengikut masa yang telah dijadualkan. Rancang perjalanan anda ke sini supaya dapat lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana staf di sini memberi makan hidupan marin di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603 23331888 | Facebook | Instagram | Website

  • Kuala Lumpur Convention Centre Complex, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi Aquaria KLCC

  • Dibuka setiap hari (termasuk hujung minggu & cuti umum)
    • 10.00 am – 8.00 pm

*Kemasukan terakhir pukul 7.00 pm

Daily Feeding Schedule

  • Piranha Tank:
    • 4.00 pm
  • Gene Pool:
    • 10.45 am
  • Otter Den:
    • 11.15 am & 4.30 pm
  • Aquathetre:
    • 12.00 pm & 3.00 pm & 6.30 pm
  • Living Ocean:
    • 12.30 pm & 3.30 pm
  • W&W Tank:
    • 1.00 pm
  • Freshwater Journey:
    • 5.30 pm
  • Coastal Nursery:
    • 5.45 pm

Special Feeding Schedule

  • Setiap Isnin, Rabu & Sabtu
    • Flooded Forest ( Arapaima) ( Level 2)
      • 2.30 pm
    • Aquathetre ( Shark) ( Level 2)
      • 3.00 pm
  • Setiap Isnin, Rabu, Jumaat & Ahad
    • The Deep Sea ( Japanese Spider Crab)( Level 2)
      • 11.30 am

Harga Tiket Aquaria KLCC

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas)
    • RM 65.00
  • Kanak-Kanak ( 3-12 tahun)
    • RM 56.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas)
    • RM 46.00
  • Dewasa ( 13 tahun & keatas)(MyKad)
    • RM 46.00
  • Kanak-Kanak ( 3-12 tahun) (MyKid)
    • RM 37.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas)(MyKad)
    • RM 37.00
  • Kanak-kanak (3 tahun kebawah)
    • Percuma

Tiket boleh dibeli di kaunter masuk Aquaria KLCC atau online dengan KLOOK (selalunya lebih murah).


11. Sky Bridge KLCC

skybridge klcc kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Naik ke bangunan yang tertinggi di Malaysia semestinya merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan terutamanya buat kanak-kanak. Walaupun menara ikonik kebanggaan rakyat Malaysia ini sebenarnya berfungsi sebagai pejabat utama untuk badan korporat, namun pelancong sebenarnya berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki menara KLCC ini. Untuk aktiviti ini, pengunjung yang membeli tiket boleh melawat SkyBridge & ke observation deck yang terletak di tingkat 86.

Jambatan atau SkyBridge ini terletak di tingkat 41 & 42 bangunan menara & kalau anda nak tahu, Menara Berkembar KLCC ini keseluruhannya mempunyai 88 tingkat. Di Menara Berkembar KLCC ini, pelancong berpeluang untuk naik ke atas jambatan yang menghubungkan dua menara ini dan seterusnya ke dek pemerhatian (observation deck) yang terletak pada aras 86 untuk melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur.

Tidak seperti di destinasi pelancongan lain, lawatan pelancong ke Skybridge KLCC adalah terhad & mempunyai kuota hariannya. Anda boleh membeli tiket secara online ataupun secara walk-in (bergantung slot harian). Sebaiknya anda rancang pembelian tiket awal-awal supaya tidak terlepas untuk datang melawat ke salah satu tarikan pelancongan di Kuala Lumpur yang paling ikonik ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603 23318080 | Facebook | Instagram | Website

  • Lower Ground (Concourse) Level, PETRONAS Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Sky Bridge Kuala Lumpur

  • Waktu Lawatan: 9.00 am – 9.00 pm
    (Ditutup diantara 1.00 pm – 2.30 pm setiap Jumaat)

*Kemasukan terakhir: 8.30 pm

Harga Tiket Sky Bridge Kuala Lumpur

Pelancong Tempatan ( MyKad/MyKid)

  • Dewasa ( 13 – 60 tahun)
    • RM 28.00
  • Kanak-Kanak ( 3- 12 tahun)
    • RM 14.00
  • Warga Emas ( 61 tahun & keatas)
    • RM 14.00
  • Bayi ( Bawah 2 tahun)
    • Percuma

Pelancong Asing

  • Dewasa ( 13 – 60 tahun)
    • RM 80.00
  • Kanak-Kanak ( 3- 12 tahun)
    • RM 33.00
  • Warga Emas ( 61 tahun & keatas)
    • RM 42.00
  • Bayi ( Bawah 2 tahun)
    • Percuma

*Untuk tawaran harga tiket MyKad/MyKid, buat masa ini tidak ada pembelian secara online & hanya boleh dibeli di kaunter tiket di PETRONAS Twin Tower di bahagian Concourse Level. Sila bawa MyKad/MyKid.
*Untuk lawatan pengunjung dalam masa 24 jam, tiket hanya boleh dibeli di kaunter.
*Harga diskaun semasa hanya boleh dirujuk di kaunter tiket.


12. Capri by Fraser Kuala Lumpur

hotel kolam renang menarik kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercuti di KL dengan kenderaan & inginkan destinasi penginapan yang jauh sedikit dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur, apa kata anda pertimbangkan untuk menginap di Chapri by Fraser KL yang terletak berdekatan dengan Mid Valley. Hotel yang bertaraf 4 bintang ini mempunyai lebih 240 bilik hotel & memang sesuai untuk pelancong yang mencari hotel menarik di KL yang selesa.

Seperti juga di beberapa hotel menarik di KL yang lain, di sini juga anda berpeluang untuk mandi manda di infinity pool yang terletak di aras bumbung. Panorama sekeliling dari kolam ini terutamanya pada waktu malam sungguh menakjubkan & suasana romantis sebegini sangat sesuai untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama pasangan atau anak-anak.

Terdapat juga fasiliti lain yang sesuai untuk seisi keluarga gunakan seperti gym, taman permainan kanak-kanak, sauna & sebagainya. Memandangkan lokasi hotel ini berdekatan dengan sempadan Negeri Selangor, anda boleh juga melawat beberapa tempat menarik yang berdekatan seperti Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Sunway Lagoon Theme Park, Farm in The City & sebagainya.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 603-23860888 | Facebook | Website

  • No. 5 Jalan Kerinchi, Bangsar South City, 59200 Kuala Lumpur

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan )


13. Masjid Negara

masjid negara kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masjid Negara, masjid kebanggaan rakyat Malaysia merupakan salah satu masjid yang terbesar di dunia. Ruangan solat Masjid Negara mampu menampung jemaah sehingga 15,000 orang untuk satu-satu masa. Masjid ini dibina pada tahun 1965 & mempunyai senibina yang dipengaruhi dengan motif tempatan, kesenian Andalusia, senibina timur tengah & sebagainya.

Di ruangan solat utama, iaitu di bawah kubah besar ini, anda boleh melihat 14 buah lampu-lampu besar yang mewakili setiap negeri di Malaysia. Selain itu, hiasan batuan marmar geometri berwarna-warni di mimbarnya pula sangat menarik & dipengaruhi dengan sentuhan moden serta senibina Morocco & Sepanyol. Di perkarangan masjid ini juga terdapat kolam hiasan berserta air pancut yang sangat mendamaikan untuk anda merakam gambar untuk dijadikan kenangan peribadi.

Tahukah anda, menara utama masjid yang berketinggian 73 meter ini & kelihatan seperti sebuah roket yang bakal meluncur ke angkasa raya ini dahulunya merupakan struktur binaan yang paling tinggi di Kuala Lumpur. Alang-alang sudah sampai di Masjid Negara, anda boleh lawati Makam Pahlawan yang menempatkan 7 makam utama. Masjid Negara sering menjadi kunjungan pelancong luar negara untuk melihat sendiri keunikan tempat ibadah umat Islam & destinasi masjid ini boleh dilawati oleh sesiapa tanpa mengira latarbelakang bangsa & agama.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603 – 26937784 | Facebook | Website

  • Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Lawatan Masjid Negara Untuk Muslim

  • Subuh-Isyak

Waktu Lawatan Masjid Negara Untuk Non-Muslim

  • Sabtu-Khamis
    • 9.00 am – 12.00 pm
    • 3.00 pm – 4.00 pm
    • 5.30 pm – 6.30 pm
  • Jumaat
    • 3.00 pm – 4.00 pm
    • 5.30 pm – 6.30 om

  • Percuma


14. Kuala Lumpur Upside Down House

rumah terbalik kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah satu tempat menarik di KL yang agak baru yang terletak di KL Tower iaitu Rumah Terbalik. Konsep rumah tradisional ini yang semuanya tunggang terbalik pasti memberikan anda satu pengalaman baru yang menyeronokkan untuk anda habiskan masa bersama anak-anak. Tarikan rumah terbalik memang menjadi satu tarikan yang popular di kebanyakan negeri seperti di Sabah, Penang & Melaka. Kalau anda di KL, tidak perlu drive jauh-jauh lagi untuk melihat sendiri suasana rumah terbalik.

Tahukah anda, tarikan rumah terbalik di sini adalah yang tertinggi di Malaysia kerana ianya merupakan rumah 2 tingkat. Kalau anda pernah ke rumah terbalik di tempat lain di Malaysia, pasti akan merasai kelainannya. Rumah terbalik KL ini bukannya sebuah rumah kedai yang hanya mempunyai dekorasi dalaman yang terbalik, tetapi bahagian luarnya juga terbalik. Hebat bukan ?

Tarikan rumah terbalik di sini juga lebih meriah & lebih luas untuk anda ber’selfie’ & bergambar bersama rakan-rakan. Malah lokasinya sangat mudah diakses dengan hanya berjalan kaki daripada beberapa hotel popular di KL seperti Pacific Regency Hotel Suites, Oasia Suites Kuala Lumpur & Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-55241279 | Facebook | Instagram | Website

Alamat: Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi Rumah Terbalik Kuala Lumpur

  • Waktu operasi 9.00 am – 7.00 pm
    Dibuka setiap hari dari Isnin – Ahad

Harga Tiket Rumah Terbalik Kuala Lumpur

  • Dewasa (MyKad):
    • RM 19.00
  • Kanak-Kanak (MyKad)
    • RM 14.00


15. Taman Eko Rimba / Hutan Simpan Bukit Nenas

taman eko rimba kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Juga dikenali sebagai Taman Eko Rimba KL, hutan simpan ini merupakan satu-satunya destinasi hutan semulajadi yang boleh anda kunjungi di Kuala Lumpur. Siapa sangka, sebuah bandar metropolitan yang hebat seperti KL ini mempunyai destinasi rimba sebegini. Berada di sini memang terasa seperti kawasan pedalaman kerana suasananya yang redup dipayungi pokok-pokok hijau yang rimbun meninggi. Terdapat trek jalan kaki dan juga canopy walk untuk kemudahan pengunjung bergerak sambil melihat keindahan sekeliling dari sudut yang tinggi.

Kalau anda menginap di sekitar KLCC, boleh ke sini hanya dengan jalan kaki pada hujung minggu untuk aktiviti riadah & bersenam. Di dalam Taman Eko Rimba KL ini juga terdapat tarikan lain yang boleh anda lihat seperti taman herba, taman orkid & denai-denai hutan yang tidak kurang menariknya.

Hutan ini telah diwartakan sebagai salah satu khazanah & Hutan Simpanan Kekal sejak tahun 1906 lagi. Lokasinya hanya terletak di antara Jalan Ampang & Jalan Raja Chulan. Kalau anda melawat KL Tower, boleh terus menuju ke pintu masuk Taman Eko Rimba KL yang ada berdekatan sahaja. Sekiranya pengunjung ingin berkhemah atau bermalam, perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-20706342 | Website

  • JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA, Forestry Department Peninsular Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Hutan Simpan Bukit Nenas KL

  • 7.00 am – 7.00 pm (setiap hari)

Bayaran Masuk Hutan Simpan Bukit Nenas KL

  • Percuma


16. Bangunan Sultan Abdul Samad

tarikan pelancongan di kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Struktur bangunan ikonik yang menjadi mercu tanda bagi Wilayah Persekutuan ini pada asalnya dibina sebagai bangunan pentadbiran ketika era pemerintahan British. Struktur bangunan yang berunsurkan konsep Moor ini dibina pada tahun 1897 oleh Bristish & senibinanya adalah hasil rekaan arkitek British iaitu AC Norman, yang juga turut merekabentuk Masjid Jamek.

Kini bangunan ikonik ini telah menjadi satu tarikan pelancongan di KL yang sangat terkenal di kalangan pelancong tempatan & pelancong asing. Kalau pertama kali bercuti di Kuala Lumpur, ada perlu ke sini untuk merakam gambar peribadi sebagai kenangan anda bersama keluarga. Pada waktu malam, suasana di sekeliling bangunan ini juga sangat meriah dengan limpahan lampu neon warna warni.

Di hadapan bangunan ini terletaknya Dataran Merdeka yang juga tidak kurang menariknya dari segi nilai sejarahnya. Sering menjadi tempat santai-santai malam warga muda-mudi & di sini jugalah menjadi lokasi sambutan hari bersejarah Negara Malaysia setiap 31 Ogos pada setiap tahun.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi Bangunan Abdul Samad

  • 24 Jam ( destinasi terbuka)

  • Percuma


17. Muzium Bank Negara Malaysia

muzium bank negara

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda seorang guru yang membawa rombongan lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur, destinasi ini perlu dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda. Muzium Bank Negara Malaysia adalah destinasi yang paling ideal & satu seumpamanya di dalam negara kita untuk mengenali sejarah matawang. Terdapat pelbagai informasi & pameran interaktif yang sangat sesuai untuk pengunjung pelajari baik dari segi ekonomi, perbankan Islam, perancangan kewangan & sebagainya.

Koleksi mega matawang & duit lama juga sangat mengagumkan. Walaupun anda seorang pesara yang sudah berumur lebih 60 tahun, anda mungkin belum lihat beberapa jenis wang lama di sini sepanjang hidup anda. Walaupun destinasi ini hanyalah sebuah muzium & lebih sinonim untuk pelajar sekolah, sebenarnya ianya juga membuatkan orang dewasa teruja kerana banyak ilmu baru yang akan anda pelajari di sini. Kalau anda warga Malaysia dari generasi X & Y, anda juga boleh melihat koleksi mata wang lama ketika era persekolahan dahulu kala.

Satu tempat menarik di KL yang sangat nostalgic & sesuai untuk menggamit memori silam bersama-sama keluarga. Malah di sini juga anda dapat mendidik anak-anak tentang informasi-informasi sekeliling yang sangat sistematik aturcaranya. Di sini juga terdapat Art Gallery yang mempamerkan koleksi hasil seni Bank Negara yang merangkumi barangan dalam Malaysia & juga dari Asia Tenggara sejak tahun 1962 lagi. Muzium hebat ini memang besar & mungkin anda boleh habiskan masa antara 1-2 jam lamanya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603 91792784 | Facebook | Website | Instagram

  • Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480, Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium Bank Negara Malaysia

  • Isnin-Ahad ( dibuka setiap hari)
    • 10.00 am – 6.00 pm

*Tutup 3 hari pertama pada Hari Raya Aidilfitri

Harga Tiket Muzium Bank Negara Malaysia

  • Percuma


18. Balai Seni Visual Negara

balai seni visual negara kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tahukah anda, apa takrif seni visual ? Jangan main-main, takrif kesenian visual ini sebenarnya ada aktanya sendiri. Kalau dahulu, seni visual ini hanya menjurus kepada seni lukisan sahaja tetapi kini takrifnya lebih meluas iaitu merangkumi fotografi, multimedia & apa-apa teknologi yang menarik yang boleh dikesan oleh deria visual (penglihatan).

Sekiranya anda seorang yang obses dengan kesenian & suka berlatih menggunakan otak sebelah kiri, apa kata berkunjung ke Balai Seni Visual Negara ini. Di sini terdapat pelbagai bahan pameran kesenian lama & moden yang boleh anda menghayati maksud yang tersirat di sebaliknya. Samaada tarikan kesenian berbentuk lukisan, arca, fotografi & boneka, kesemuanya ada di sini.

Ruangan pameran di sini juga sangat luas, moden, futuristik & sangat eksklusif. Jangan bimbang, walaupun bunyi destinasi ini macam ‘mahal’, sebenarnya bayaran masuk adalah percuma sahaja. Kalau bernasib baik & kena pada waktunya, pengunjung juga boleh melihat sendiri bagaimana pelukis-pelukis melukis secara langsung di depan mata anda. Lokasi Balai Seni Visual Negara juga tidak jauh daripada Taman Tasik Titiwangsa. Alang-alang sudah sampai di kawasan ini, bolehlah berjalan kaki sekitar 18 minit ke tasik ini selepas melawat galeri ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-40267000 | Facebook | Website

  • 2, Jalan Temerloh, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi Balai Seni Visual Negara KL

  • Isnin-Ahad:
    • 10.00 am – 6.00 pm
  • bulan Ramadhan sahaja
    • 9.00 am – 5.00 pm
  • Cuti Hari Raya Aidilfitri ( tutup 2 Hari )
  • Cuti Hari Raya Aidiladha (tutup 1 Hari )

Bayaran Masuk Balai Seni Visual Negara KL

  • Percuma


19. Galeri Petronas

tempat menarik di kuala lumpur percuma

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda sedang membeli belah di Suria KLCC, apa kata singgah sekejap di destinasi ini yang terletak di aras 3. Galeri Petronas ini menempatkan pelbagai bahan pameran seni visual yang sangat menarik untuk anda lihat. Jangan terkejut, walaupun bayaran masuk ke galeri ini adalah percuma, namun tarikan bahan kesenian di sini adalah bertaraf dunia. Bukan sahaja pameran kesenian yang dihasilkan oleh anak seni tempatan, malah terdapat juga bahan pameran yang dihasilkan oleh artis dari luar negara.

Sekiranya sebelum ini anda belum pernah ke mana-mana pameran seni visual, pasti anda akan sangkakan galeri pameran sebegini hanya terdapat lukisan seni semata-mata bukan ? Anda silap, visual art di sini bukan hanya mengetengahkan seni lukisan sahaja, malah apa-apa jua lukisan, foto, arca & teknologi yang menarik yang boleh dilihat, akan turut dipamerkan.

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, destinasi ini memang sangat menarik untuk sesiapa sahaja, samaada anda minat dengan seni atau tidak. Melihat daya kreativiti setiap pameran ini pasti akan membuatkan sesiapa kagum & pada satu ketika, anda akan terkesima, termenung & berfikir panjang tentang sesetengah pameran yang ada di sini. Situasi sebegini memang bagus untuk menggerakkan sel-sel otak sebelah kiri anda supaya lebih berhubung tanpa perlu minum susu. Satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang percuma tetapi tarikan di sini sangat bervariasi & futuristik seperti galeri eksklusif yang berbayar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-20517770 | Facebook | Website

Waktu Operasi Galeri Petronas

  • 10.00 am – 8.00 pm

Harga Tiket Galeri Petronas

  • Percuma


20. Kuala Lumpur City Gallery

kuala lumpur city gallery

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda pertama kali bercuti di Kuala Lumpur & masih buntu dengan selok belok laluan dalam bandaraya moden ini ? Kalau itulah situasinya, anda jangan kemurungan kerana perasaan sebegitu adalah normal di KL. Malah orang Kuala Lumpur sendiri pun belum tentu mahir dengan selok belok jalan raya di sini kalau tiada bantuan Waze atau Google Maps. Apa kata, sebelum memulakan hari percutian anda di KL ini, letakkan destinasi ini iaitu Kuala Lumpur City Gallery sebagai tempat lawatan yang pertama.

Di sini, pengunjung boleh melihat galeri-galeri yang mempunyai banyak infografik tentang sejarah pembangunan Kuala Lumpur. Paling menarik, di sini juga terdapat sebuah replika sebenar Bandaraya Kuala Lumpur pada skala yang lebih kecil. Percaya atau tidak, replika yang tampak real ini dibina dengan sangat terperinci termasuklah dengan senibina bangunan, bentuk jalanraya, landskap taman dan sebagainya. Dengan melihat replika ini, secara tidak langsung anda akan menguasai lokasi-lokasi landmark utama di dalam KL.

Melihat Bandaraya Kuala Lumpur dari sudut pemandangan seekor burung juga membolehkan anda merancang ke mana anda mahu berjalan di dalam KL ini. Galeri ini tidaklah terlalu besar & mungkin anda boleh habiskan masa sekitar 30-40 minit. Lokasinya juga sangat mudah untuk diakses & hanya berdekatan dengan Dataran Merdeka.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-26983333 | Facebook | Website

  • Dataran Merdeka, 27, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi Kuala Lumpur City Gallery

  • 9.00 am – 6.30 pm setiap Hari

Harga Tiket Kuala Lumpur City Gallery

  • RM 10.00 / seorang ( 3 tahun & keatas)


21. Kompleks Budaya Kraft

Kompleks Budaya Kraft KL

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda ingin mencari barangan kraftangan yang menarik, apa kata ke Kompleks Budaya Kraf ini. Destinasi ini menempatkan banyak pilihan barangan kraftangan berkualiti seperti pakaian, aksesori wanita, barangan perhiasan rumah ataupun barangan unik yang boleh dijadikan koleksi peribadi anda. Kalau anda bercadang untuk melangsungkan perkahwinan kelak, destinasi ini juga mempunyai banyak koleksi busana tradisional menarik yang mungkin boleh anda cari idea untuk majlis anda nanti.

Selain membeli barangan hasil kraftangan di sini, pengunjung juga boleh belajar tentang sejarah perkembangan seni kraftangan di Malaysia & juga melihat staf di sini menghasilkan barangan tradisional seperti batik, tembikar & sebagainya. Siapa sangka, di tengah bandaraya KL juga anda berpeluang untuk melihat aktiviti-aktiviti tradisional seperti menganyam songket, membuat pasu, mencanting batik dan pengukiran bot tradisional. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti DIY batik, buat pasu & sebagainya.

Kompleks bangunan ini mempunyai ciri senibina Melayu Orang Terengganu yang majoritinya menghimpunkan produk kraftangan tradisional yang kontemporari dari seluruh pelusuk negara. Umumnya ada 3 bahagian utama yang boleh anda lawati di sini iaitu Perkampungan Kraf, Perkampungan Pelukis & juga Muzium Kraf. Destinasi ini mengetengahkan suasana panorama ala-ala desa dengan landskapnya yang berkonsepkan Malaysiana yang sangat berbeza dengan tempat membeli belah moden yang lain di KL. Satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang sangat disyorkan untuk pelancong belajar tentang kesenian & kebudayaan tradisional orang Malaysia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-21627459 | Facebook | Website

  • Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Kompleks Budaya Kraft KL

  • Isnin – Ahad (setiap hari)
    • 9.00 am – 6.00 pm

Bayaran Masuk Kompleks Budaya Kraft KL

    • Percuma


22. Memorial Tungku Abdul Rahman

memorial tungku abdul rahman kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menganjurkan lawatan sambil belajar ke Muzium Matawang Kuala Lumpur, jangan lupa untuk masukkan sekali destinasi ini sebagai salah tempat lawatan anda. Memorial Tungku Abdul Rahman yang dibuka sejak tahun 1994 lagi sangat sesuai untuk dilawati oleh sesiapa sahaja terutamanya golongan pelajar untuk mempelajari & mendalami ilmu sejarah khususnya berkaitan jasa-jasa Almarhum Tungku Abdul Rahman kepada negara kita.

Terkenal dengan jolokan ‘Bapa Kemerdekaan’, memorial ini bertempat di sebuah kawasan yang merangkumi 3 bangunan yang tidaklah terlalu besar seperti Muzium Negara namun padat dengan informasi interaktif untuk tatapan pengunjung. Selain itu, terdapat juga pameran gambar-gambar lama, kenderaan beliau dari model Cadillac Fleetwood 1959 & juga ‘Kereta Merdeka’ yang digunakan oleh Almarhum Tungku Abdul Rahman untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 1957.

Memorial Perdana Menteri yang pertama Malaysia ini juga hanya bersebelahan dengan Memorial Tun Hussien Onn iaitu Perdana Menteri Malaysia yang Ketiga. Anda mungkin boleh habiskan masa sekitar 30-40 minit di sini untuk menghayati informasi & pameran yang disediakan. Satu tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang sangat disyorkan untuk setiap rakyat Malaysia lawati. Bayaran masuk pun percuma & tiada apa hendak dirugikan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-26947277

  • Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • 9 am – 5 pm ( Selasa-Ahad)
  • Isnin ditutup

  • Percuma


23. Pustaka Peringatan P.Ramlee

pustaka peringatan p ramlee kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Memorial P. Ramlee Kuala Lumpur atau Pustaka Peringatan P. Ramle ini terletak di dalam sebuah rumah bungalow 1 tingkat & kalau anda nak tahu, rumah ini sebenarnya adalah tempat tinggal Allahyarham P. Ramle bersama isterinya iaitu Saloma & anak-anak sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1973.

Bagi generasi X & Y, filem-filem seniman agung ini memang tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada memori indah ketika kanak-kanak yang banyak mempunyai teladan & pengajarannya. Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, sangat disyorkan untuk bawa mereka mendekati P. Ramlel dengan lebih dekat. Jangan anda terkejut, di zaman peranti pintar ini, adalah tidak hairan sekiranya anak-anak remaja tidak pernah menonton filem-filem karya P. Ramlee.

Memorial P. Ramlee ini dibuka sekitar tahun 1986 & diselenggarakan oleh Arkib Negara Malaysia. Di sini, pengunjung berpeluang melihat pameran-pameran menarik seperti anugerah beliau, pencapaian, alatan muzik lama, barangan peribadi, gambar lama & babak-babak filem popular P. Ramlee. Malah anda juga boleh melihat kereta lama yang pernah digunapakai oleh P. Ramlee dari jenis model Datsun Sunny 1200 ( model 1971).

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-40231131

  • 22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, 53000, Kuala Lumpur

  • Selasa-Ahad
    • 9 am – 5 pm
  • Jumaat
    • 9 am – 12 pm
    • 3 pm – 5 pm
  • Isnin ditutup kecuali pada cuti umum / cuti sekolah

  • Percuma


24. Istana Budaya KL

istana budaya kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Asyik menonton wayang di GSC atau TGV sahaja, apa kata sekali sekala anda bawa yang tersayang untuk menonton teater di sini pula. Kalau anda berbulan madu di KL, bawa pasangan ke destinasi sebegini baru orang kata ‘ada kelas gitu’ & sekurang-kurangnya ada sesuatu yang unik untuk dijadikan memori indah bersama. Tengok movie di panggung wayang, di mana-mana negeri pun boleh bukan ? Rugi kalau tak datang lihat sendiri kehebatan Istana Budaya ini. Almaklumlah, pementasan teater yang canggih & eksklusif sebegini hanya terdapat di KL & di negeri lain tiada.

Istana Budaya merupakan sebuah panggung yang pertama di dalam Asia yang mempunyai mekanisme pementasan yang paling canggih untuk pementasan teater & lokasinya hanya terletak sekitar Tasik Titiwangsa di Jln Tun Razak, KL. Sejak terbinanya bangunan ini pada 1998, ianya lebih dikenali dengan Panggung Negara & pada 1999 telah ditukarnama kepada Istana Budaya secara rasminya.

Setiap kali ada persembahan teater atau pertunjukan muzikal, Istana Budaya sering menjadi lokasi untuk aktiviti sebegini samaada dari artis tanahair atau dari luar. Anda boleh semak jadual persembahan yang akan diadakan di Istana Budaya kelak di laman web rasminya termasuk dengan harga tiket untuk setiap persembahan, jenis persembahan dan masa persembahan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-40265555 | Facebook | Website

  • Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 50694 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi Istana Budaya Kuala Lumpur

  • 9.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Istana Budaya Kuala Lumpur


25. Dewan Filharmonik Petronas

Dewan Filharmonik Petronas klcc

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda penggemar teater atau persebahan muzikal ? Kalau ya, anda mesti ke sini sekiranya berpeluang. Dewan ini bukanlah dewan serbaguna atau dewan terbuka yang biasa-biasa anda lihat di tempat lain. Dewan Filharmonik Petronas mempunyai senibina & teknologi yang sangat canggih & bertaraf dunia, malah ianya adalah satu kebanggaan untuk rakyat Malaysia kerana kos untuk membina dewan sebegini adalah mencecah jutaan ringgit.

Tahukah anda, Dewan Filharmonik Petronas ini juga adalah dewan persembahan yang pertama di Malaysia yang dibina khas untuk persembahan muzik klasikal. Tidak hairanlah, dengan kecanggihan& kelengkapan dewan ini, destinasi ini sering menjadi tempat pilihan artis popular tempatan & antarabangsa untuk mengadakan persembahan seperti orkestra, persembahan muzik klasikal & sebagainya.

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman melihat persembahan di dewan canggih ini, anda boleh semak persembahan yang akan diadakan di website rasminya. Memandangkan kebanyakan persembahan adalah yang bertaraf dunia, anda disyorkan untuk buat tempahan di atas talian lebih awal. Almaklumlah, walaupun dewan ini canggih, bilangan tempat duduk penonton adalah terhad & boleh memuatkan seramai 920 orang untuk satu-satu masa.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-23317007 | Website

  • Level 2, Tower 2, PETRONAS Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur,


26. Muzium Telekom

muzium telekom kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bangunan lama dalam kawasan Bukit Nanas ini terletak di persimpangan Jalan Gereja & Jalan Raja Chulan sejak tahun 1982 lagi. Arkib Negara Malaysia juga telah mengistiharkan yang bangunan muzium ini dikategorikan sebagai salah satu mercu bersejarah negara kita. Bangunan 3 tingkat ini menawarkan pameran muzium yang sangat menarik & sesuai untuk pelajar-pelajar menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah perkembangan teknologi telekomunikasi di Malaysia.

Kalau anda mengadakan rombongan lawatan sambil belajar untuk pelajar-pelajar sekolah, destinasi ini sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda. Muzium ini lebih tertumpu kepada sejarah telekomunikasi dari mula-mula terciptanya telefon sehinggalah berkembang kepada teknologi sekarang. Banyak koleksi telefon lama dan alat telekomunikasi klasik yang ada di sini.

Dengan perkembangan teknologi & peranti pintar yang semakin canggih, generasi muda hari mungkin tidak pernah kenal akan cara perhubungan zaman dahulu kala. Malah, perubahan teknologi dalam tempoh 10 tahun sahaja sudah sangat ketara. Bayangkan pada tahun 2000, mana mungkin anda mencari sebuah telefon yang mempunyai touch screen. Satu destinasi yang sangat berinformasi untuk pelajar sekolah dalam mengenali sejarah perkembangan teknologi telekomunikasi khususnya di dalam negara & umumnya secara global.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-9771104 | Facebook | Website

  • Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium Telekom Malaysia

  • 9.00 am – 5.00 pm

*cuti umum ditutup

Harga Tiket Muzium Telekom Malaysia

  • Pelancong Tempatan ( MyKad)
    • Dewasa: RM 6.00
    • Kanak-Kanak: RM 3.00
  • Pelancong Asing
    • Dewasa: RM 11.00
    • Kanak-Kanak: RM 5.00

*untuk program lawatan sambil belajar sekolah, sila berhubung dengan pihak pengurusan.


27. Muzium Kesenian Islam Malaysia

muzium kesenian islam kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kompleks muzium ini ada memuatkan lebih tujuh ribu bahan sejarah dan artifak yang tidak ternilai harga keseniannya dan Muzium Kesenian Islam ini juga dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara sejak tahun 1998. Bangunan ini yang berukuran lebih 30,000 meter persegi terletak hanya bersebelahan sahaja dengan Masjid Negara. Di sini juga terdapat juga sebuah perpustakaan yang menempatkan pelbagai jenis koleksi buku kesenian Agama Islam.

Tarikan pelancongan di Kuala Lumpur seperti ini memang sangat ideal & sesuai dengan status Negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kompleks muzium ini masih baru & mempunyai dekorasi yang minimalis bertemakan warna putih. Sesuai dengan konsepnya yang membawa kesenian Islam yang sangat sinonim dengan warna putih yang melambangkan kesucian. Untuk pelancong, destinasi ini adalah tempat menarik di KL yang terbaik untuk anda pelajari tentang sejarah, kesenian, tatabahasa, kaligrafi & ilmu-ilmu Islam dari dalam & luar negara.

Dengan koleksi bahan pameran yang begitu banyak, anda boleh habiskan masa di sini tidak kurang daripada sejam. Terdapat koleksi Al-Quran lama, replika masjid-masjid popular di seluruh dunia & tidak kurang juga koleksi senjata perang lama yang digunakan ketika era pemerintahan empayar Islam dahulu kala.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603 20927070 | Facebook | Website | Instagram

  • Islamic Arts Museum Malaysia, Jalan Lembah Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi Muzium Kesenian Islam Malaysia

  • Isnin-Ahad ( termasuk cuti umum & cuti sekolah)
    • 9.30 am – 6.00 pm

*Tutup hanya pada Hari Raya Aidilfitri

Harga Tiket Muzium Kesenian Islam Malaysia

  • Dewasa
    • RM 14.00
  • Kanak-Kanak:
    • RM 7.00
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 7.00
  • Kanak-Kanak (6 tahun & kebawah)
    • Percuma


28. Muzium Negara

 muzium negara kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebelum munculnya muzium-muzium baru di Kuala Lumpur yang lain, ini adalah destinasi wajib untuk pelancong menerokai sejarah & warisan budaya Malaysia. Walaupun usia muzium yang dibina sejak 1963 ini boleh dikatakan antara yang tertua di KL, tetapi masih ramai pelancong yang datang ke sini pada setiap tahun. Ini kerana, terdapat koleksi-koleksi bahan bersejarah yang berharga yang mustahil untuk anda jumpai di muzium lain. Antara yang popular adalah keris Riau-Lingga iaitu sebilah keris bersepuh emas & bertatahkan batu permata yang menjadi hadiah perkahwinan Sultan Ahmad ibni Sultan Zainal Abidin III Terengganu.

Muzium Negara yang menempatkan pelbagai jenis artifak popular di Malaysia ini sesuai untuk mereka yang ingin lebih mendalami sejarah perkembangan negara kita. Banyak artifak warisan negara dari pelbagai pelosok negeri yang dipamerkan di sini dan ada yang menjangkau beribu tahun usianya. Muzium Negara mempunyai beberapa galeri utama untuk lawatan seperti galeri tentang sejarah Melayu, kerajaan-kerajaan Melayu, era kolonial dan terdapat juga galeri tentang Malaysia pada masa kini.

Lokasi muzium ini juga sangat strategik di kawasan tumpuan pelancong. Hanya berjalan kaki sekiranya anda menginap di Le Meridien Kuala Lumpur, Hotel Hilton Kuala Lumpur ataupun The St Regis KL. Malah lokasi muzium ini juga berhampiran dengan beberapa tempat menarik di KL yang popular seperti Planetarium Negara & Tasik Perdana. Sekiranya anda menaiki train, boleh berhenti di KL Sentral & jalan kaki ke Muzium Negara sekitar 5-10 minit sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 03-2267 1111 | Facebook | Website

  • Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium Negara KL

  • Isnin-Ahad ( dibuka setiap hari)
    • 9.00 am – 6.00 pm

*Ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha
*Lawatan berpandu pelbagai bahasa, jam 10.00 am

Harga Tiket Muzium Negara KL

  • Warganegara
    • RM 2.00
  • Warga Tua & OKU
    • RM 1.00
  • Kanak-Kanak Warganegara ( 12 tahun kebawah)
    • Percuma
  • Pelajar sekolah menengah berpakaian seragam (warganegara)
    • Percuma
  • Pelajar sekolah menengah tidak berpakaian seragam (warganegara)
    • RM 2.00
  • Ahli International Council of Museums (ICOM)
    • Percuma
  • Bukan Warganegara
    • RM 5.00
  • Kanak-Kanak Bukan Warganegara ( 6-12 tahun )
    • RM 2.00
  • Kanak-Kanak Bukan Warganegara( 6 tahun kebawah)
    • Percuma


29. Somerset Ampang Kuala Lumpur

somerset ampang kuala lumpur hotel

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda ingin berbulan madu ke Kuala Lumpur ? Sekiranya anda ingin menghabiskan masa berkualiti bersama pasangan di KL, sudah tentu pilihan penginapan yang anda mahukan adalah yang terbaik & mempunyai ciri-ciri unik yang boleh membuatkan pasangan anda terjuga bukan ? Apa kata, anda cuba menginap di Hotel Somerset Ampang Kuala Lumpur yang hanya terletak di Jalan Ampang.

Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik berdekatan dengan beberapa tempat menarik sekitar KL yang boleh anda jalan kaki sahaja seperti ke Aquaria KLCC, Menara Berkembar KLCC, Menara KL, Hutan Simpang Bukit Nenas & Pavillion KL. Hotel ini merupakan penginapan yang bertaraf 4 bintang & mempunyai 9 jenis pilihan bilik tidur. Samaada datang ke sini bersama pasangan atau keluarga, hotel ini semestinya ada bilik tidur yang sesuai.

Apa yang lebih menarik di hotel ini adalah infinity pool yang berada di roof top yang pasti akan membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk berenang & juga berswafoto. Tidak hairanlah, walaupun banyak hotel lain di sekitar KL yang lebih mewah, namun ramai pelancong yang sukakan hotel ini hanya kerana terdapat kolam renang infiti dengan pemandangan Bandaraya KL yang sangat menakjubkan.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 603-27238888 | Facebook | Website

  • 187, Jalan Ampang, Taman U Thant, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


30. Muzium Etnologi Dunia Melayu

bercuti ke kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Alang-alang sudah sampai ke Muzium Negara, apa kata anda singgah sekejap di sini yang hanya terletak bersebelahan sahaja dengn Muzium Negara. Informasi dan tarikan di sini lebih kepada kesenian, kebudayaan dan cara hidup orang tempatan khususnya masyarakat Melayu. Muzium ini tidaklah terlalu besar & pengunjung boleh habiskan masa lawatan sekitar 10-15 minit sahaja.

Tarikan yang ada di sini lebih kepada koleksi barangan yang bersangkut paut dengan sosio-budaya orang Melayu seperti pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata lama, perahu, permainan tradisional & sebagainya. Selain itu, terdapat juga diorama menarik untuk pelancong mengenali kebudayaan orang Melayu seperti majlis perkahwinan, suasana perkampungan & sebagainya.

Antara galeri yang menarik untuk tatapan generasi muda adalah galeri wau yang menempatkan pelbagai koleksi wau-wau tradisional yang unik & halus seninya seperti wau bulan, wau kucing & sebagainya. Bukan senang untuk melihat kesenian yang halus sebegini di bandaraya yang besar & kebiasaannya hanya boleh didapati di muzium di negeri-negeri seperti di Pantai Timur.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-22671000 | Website

  • Muzium Etnologi Dunia Melayu, Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium Etnologi Dunia Melayu

  • Isnin-Ahad ( dibuka setiap hari)
    • 9.00 am – 6.00 pm

*Tutup pada hari raya pertama Aidilfitri & Aidiladha

Harga Tiket Muzium Etnologi Dunia Melayu

  • Warganegara
    • RM 2.00
  • Warga Tua & OKU
    • RM 1.00
  • Kanak-kanak 12 tahun ke bawah (warganegara)
    • Percuma
  • Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara)
    • Percuma
  • Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara)
    • RM 2.00
  • Bukan Warganegara
    • RM 5.00
  • Kanak-kanak (6 – 12 tahun) (bukan warganegara)
    • RM 2.00
  • Kanak-kanak bawah 6 tahun (bukan warganegara)
    • Percuma


31. Muzium Tekstil Negara

muzium tekstil kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium yang juga dikenali dengan Muzium Tekstil/Kain ini merupakan sebuah galeri yang menempat informasi dan artifak sejarah tentang industri tekstil di negara kita. Samaada ilmu perindustrian tekstil tradisional atau konvensional, anda boleh dapatkan semua maklumat di sini. Muzium ini berperanan untuk mengumpul, mendokumenkan, memulihara dan mempamerkan koleksi tekstil kebangsaan yang pelbagai, terutamanya karya tradisional masyarakat etnik Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan juga etnik-etnik dari Sabah & Sarawak.

Muzium Tekstil terletak di dalam sebuah bangunan seni bina Moghul-Islam yang elegan dan sangat bersejarah. Arkitek A.B. Hubback merancang bangunan ini sebagai ibu pejabat Keretapi Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1905. Ia juga sebelum ini telah diduduki oleh pelbagai agensi sebelum ia diperbaharui sebagai muzium pada tahun 2007. Muzium Tekstil Negara telah dibuka kepada umum sejak 9 Januari 2010.

Lawatan ke sini pasti akan membawa anda merasai pengalaman menerokai kekayaan kesenian dalam masyarakat Malaysia. Muzium ini menempatkan 4 galeri utama yang umumnya dikategorikan dalam aksesori, pakaian & jenis-jenis kain. Turut disediakan persembahan multimedia yang menunjukkan cara serta teknik penghasilan tekstil di negara kita.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-26943457 | Website | Facebook

  • Muzium Tekstil Negara, 26 Jalan Sultan Hishamuddin, 50050, Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium Tekstil Negara

  • Isnin-Ahad ( dibuka setiap hari)
    • 9.00 am – 6.00 pm

*Hari Raya Aidilfitri Tutup & Hari Raya Aidiladha Tutup

Harga Tiket Muzium Tekstil Negara

  • Percuma


32. Muzium Kesenian Asia

muzium kesenian asia um kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium ini terletak di dalam Universiti Malaya & sekiranya anda seorang yang obses dengan sejarah kesenian & kebudayaan, destinasi ini adalah salah satu tempat menarik di KL yang perlu anda terokai. Muzium ini mempunyai koleksi bahan bersejarah yang agak mengagumkan & ada sesetengahnya mencecah usia sehingga ribuan tahun. Kesemua bahan bersejarah di sini dikumpulkan dari seluruh negara Asia.

Antara koleksi bahan bersejarah menarik yang ada di sini adalah tembikar antik yang dipercayai telah wujud sejak zaman Dinasti Ming & Dinasti Ching lagi. Selain itu, anda juga boleh melihat pameran kendi-kendi lama yang sangat unik & klasikal bentuknya yang dibawakan dari pelbagai negara seperti India, Thailand, Pakistan & terdapat juga dari Malaysia.

Orientasi pameran di muzium ini memang sangat sistematik dengan koleksi bahan artifak hampir 7000 unit yang mewakili budaya dari seluruh Asia. Setiap tahun, koleksi-koleksi bahan bersejarah di sini akan ditambah & antara yang terbaru serta sangat tinggi nilai sejarahnya adalah Khmer Porcelain yang dipercayai dibuat sejak kurun ke 9 masihi lagi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603- 79673805 | Website | Facebook

  • Muzium Kesenian Asia, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium Kesenian Asia

  • Isnin-Khamis
    • 9.00 am – 1.00 pm
    • 2.00 pm – 5.00 pm
  • Jumaat
    • 9.00 am – 12.15 pm
    • 2.45 pm – 5.00 pm

Ditutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Harga Tiket Muzium Kesenian Asia

  • Percuma


33. Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM)

muzium pdrm kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium PDRM hanya terletak di antara Taman Tasik Perdana & Masjid Negara serta bersebelahan dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Lokasinya sangat strategik serta mudah untuk diakses oleh pelancong. Muzium PDRM ini menempatkan hampir 2 ribu jenis artifak & bahan bersejarah yang umumnya menceritakan zaman perkembangan & kegemilangan PDRM.

Di muzium ini juga anda boleh melihat bahan-bahan bukti bagi kes-kes jenayah berat yang popular satu ketika dahulu seperti aktiviti penjenayah Botak Chin serta kegiatan kongsi gelap & pencerobohan komunis. Terdapat juga pelbagai koleksi senjata-senjata yang pernah digunapakai oleh penjenayah sebelum ditumpaskan kegiatan mereka oleh PDRM. Di bahagian luar pula, terdapat kenderaan & jentera lama yang pernah digunakan oleh anggota polis untuk menjalankan tugas seperti Kereta Perisai (GMC), Sankey, Ferret Scout Car, Kapal terbang CESSNA dan juga bot marin PA4.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat himpunan pingat-pingat keberanian pegawai Polis seperti Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Pingat Gagah Berani, Service Medal dan King’s Police Medal. Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang mempunyai cita-cita untuk menjadi pegawai polis, bolehlah bawa mereka ke sini untuk menyuntik semangat supaya rajin belajar & berkerja keras.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-2725689 | Website

  • Royal Malaysian Police Museum, 5 Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi Muzium PDRM Kuala Lumpur

  • Selasa – Khamis
    • 10.00 am – 6.00 pm
  • Jumaat
    • 10.00 am – 12.30 pm
    • 2.30 pm– 6.00 pm
  • Isnin
    • Tutup

Harga Tiket Muzium PDRM Kuala Lumpur

  • Percuma


34. Museums Of Illusion

museum of illusion bukit bintang kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi menarik di Kuala Lumpur yang mesra anak-anak memang banyak & salah satunya adalah Museum of Illusion yang terletak di aras 1 & 2 Ansa Hotel, Jalan Bukit Bintang. Galeri atau muzium 3D ini merupakan salah satu tarikan yang menawarkan mural ilusi yang sangat unik & akan menghasilkan gambar yang menarik apabila dirakam dari sudut tertentu.

Seperti juga di kebanyakan muzium 3D di Kuala Lumpur atau di negeri lain, apa yang berbeza adalah mural ilusinya sahaja. Tetapi, ada sesuatu yang unik di muzium 3D ini yang tiada di muzium 3D lain iaitu Vortex Tunnel. Bahagian ini merupakan terowong yang apabila anda masuk, anda akan rasa keadaan sekeliling seolah-olah berputar 360 darjah walaupun pada hakikatnya, ianya hanyalah sebuah ilusi. Malah, kaki juga rasa sedikit gementar kerana bimbang tersilap langkah.

Memang benar, selepas masuk ke Vortex Tunnel ini, mata akan rasa sedikit berpinau & pasti membuatkan anak-anak anda terasa tertanya-tanya dengan apa yang sedang berlaku. Satu destinasi riang ria bersama keluarga & rakan-rakan yang sangat disyorkan untuk anda lawati apabila bercuti di Kuala Lumpur nanti.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-21102654 | Facebook | Instagram | Website

  • Ansa Hotel 1st & 2nd floor, 101 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Museum of Illusion

  • Isnin-Ahad
    • 10 am – 10 pm

Harga Tiket Museum of Illusion

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas)
    • Harga MyKad: RM 35
    • Harga Biasa: RM 45
  • Dewasa ( 3-12 tahun)
    • Harga MyKad: RM 25
    • Harga Biasa: RM 35
  • Pelajar ( berserta kad pelajar)
    • Harga MyKad: RM 30
    • Harga Biasa: RM 40
  • Warga Emas ( 55 tahun & keatas)
    • Harga MyKad: RM 30
    • Harga Biasa: RM 40
  • Pakej Keluarga ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak)
    • Harga MyKad: RM 90
    • Harga Biasa: RM 120


35. Muzium Diraja Negara

muzium diraja negara kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bangunan Muzium Diraja Negara ini dahulunya merupakan sebuah kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong & dibina pada tahun 1928. Selepas Istana Negara yang baru siap pada tahun 2011, maka bangunan ini diubahsuai & dijadikan sebagai sebuah muzium untuk lawatan orang awam. Bagi pelancong yang teringin melihat ruangan dalaman sebuah kediaman istana, destinasi ini adalah salah satu muzium yang disyorkan untuk anda berkunjung di KL.

Pengalaman melihat kediaman istana ini memang sangat mengujakan. Di dalam bangunannya, anda berpeluang melihat ruangan-ruangan yang pernah menjadi sebahagian daripada fungsi istana ini seperti balai rong, ruangan tetamu, bilik persidangan menteri & sebagainya. Malah pengunjung juga berpeluang untuk ke bahagian peribadi seperti bilik beradu, bilik mandi ataupun bilik bersolek.

Terdapat juga gambar-gambar & perabut menarik yang menjadi sebahagian daripada pameran di Muzium Diraja ini. Lokasi muzium ini juga berdekatan dengan beberapa tempat makan tengahari menarik yang terkenal di KL dengan menu ikan bakar yang terletak di Jalan Bellamy. Sesudah membawa keluarga melawat istana ini, bolehlah pula selepas itu menikmati ikan bakar di restoran di Jalan Bellamy.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-22721896 | Website

  • Muzium Diraja, Jalan Istana, 50460 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium Diraja Negara

  • Isnin- Ahad
    • 9.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Muzium Diraja Negara

Warganegara

  • Dewasa Tempatan
    • RM 5.00
  • Kanak-kanak 6-12 tahun
    • RM 2.00
  • Warga Emas
    • RM 3.00
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)
    • RM 3.00
  • Pelajar sekolah beruniform
    • RM 2.00
  • Pelajar sekolah tidak beruniform & 13-17 tahun
    • RM 3.00
  • Kanak-kanak tempatan 5 tahun ke bawah
    • Percuma

Bukan Warganegara

  • Dewasa
    • RM 10.00
  • Kanak-kanak pelancong
    • RM 5.00
  • Kanak-kanak pelancong 5 tahun ke bawah
    • Percuma


36. Illusion 3D Art Museum

muzium 3d kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium ilusi mural 3D ini merupakan yang pertama di dalam Kuala Lumpur & di sini terdapat 36 lukisan mural 3D yang pelbagai motif penceritaannya. Kesemua lukisan mural 3D ini ditempatkan di dalam 3 dewan utama & setiap satunya menggambarkan suasana / kebudayaan yang unik yang ada dalam kemasyarakatan rakyat Malaysia.

Uniknya, muzium 3D ini juga menempatkan video animasi yang diadaptasikan dari video seperti National Geographic & pengunjung boleh berinteraksi dengan subjek-subjek bergerak seperti dinasour, whale killer ataupun gajah untuk menghasilkan animasi yang sangat menarik. Jarang muzium 3D di Malaysia yang menawarkan tarikan futuristik sebegini.

Seperti juga muzium 3D lain di tempat lain seperti di Penang, Langkawi & Melaka, destinasi sebegini sering menjadi tumpuan pelancong yang berkeluarga atau berkumpulan untuk bergambar dengan cara menarik & dengan gaya yang tersendiri. Sekiranya anda bercuti ke Kuala Lumpur bersama anak-anak kecil pada waktu matahari terik & inginkan destinasi percutian yang lebih teduh, bolehlah ke sini untuk masa riang ria.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-20221613 | Facebook | Website

  • Lot 4.01-4.03, Second Floor, Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, 50050, Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium 3D Kuala Lumpur

  • 10 am – 9 pm (setiap hari)

Harga Tiket Muzium 3D Kuala Lumpur

Pelancong Tempatan:

  • Dewasa: RM 34.00
  • Kanak-Kanak: RM 17.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa: RM 50.00
  • Kanak-Kanak: RM 25.00

OKU:

  • RM 10

Staf Kerajaan:

  • Diskaun 20%

Pelajar berkumpulan ( minimum 10 orang)

  • RM 12 / seorang

Rombongan sekolah (minimum 10 orang)

  • Mykad: RM 12 / seorang
  • Tiada MyKad: RM 19 / seorang


37. Taman Tasik Titiwangsa

 taman tasik titiwangsa kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seharian berjalan-jalan di Kuala Lumpur yang sentiasa sesak dengan pergerakan kenderaan & orang, pasti kadang-kadang membuatkan kita serabut & jiwa kacau bukan ? Apa kata, pada waktu petang selepas penat makan angin di KL ini, anda tenangkan diri di taman bertasik ini yang tidak kurang menariknya. Malah lokasi tasik ini juga mudah untuk diakses dari pusat bandar.

Taman Tasik Titiwangsa merupakan taman yang sangat luas & besar. Sekiranya anda ingin jogging & mencari lokasi yang mempunyai trek jalan kaki yang panjang, di sinilah antara destinasi yang disyorkan. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga. Terdapat juga playgorund yang tidaklah terlalu besar tetapi memadai untuk anak-anak bersuka ria seketika.

Pada hujung minggu, memang ramai warga kota yang berkunjung ke sini untuk beriadah bersama keluarga. Ada yang menunggang kuda, ada yang berbasikal, ada yang berkelah, ada yang main paddle boat di tasik & tidak kurang juga yang bersukan dengan bermain badminton. Pemandangan pada waktu senja ketika mentari melabuhkan tirai juga sangat menarik. Memandangkan taman ini sangat lapang tanpa sempadan bangunan yang tinggi, anda boleh merakam pemandangan sunset tasik ini yang berlatar belakangkan KLCC & KL Tower. Foto yang terhasil pasti akan menarik untuk dikongsikan di media sosial anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Lorong Titiwangsa, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Setiap Hari

  • Percuma


38. Tugu Negara

tugu negara kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Setiap malam sebelum habis siaran TV 3 atau TV 1, Tugu Negara pasti akan muncul di kaca TV & diiringi dengan lagu Negaraku. Asyik tengok dalam TV sahaja, apa kata kalau sudah sampai di KL ini anda berkunjung ke sini untuk bergambar & ber’selfie’ sebagai kenangan peribadi bersama keluarga.

Lokasinya juga bukannya jauh sangat & hanya terletak berdekatan dengan Taman Rama Rama KL. Tugu Negara merupakan monumen yang sangat ikonik untuk negara kita & juga berfungsi sebagai memorial untuk pahlawan-pahlawan negara yang satu ketika dahulu bersabung nyawa demi mencapai segenggam kemerdekaan.

Bagi guru-guru, destinasi ini mesti dijadikan tempat lawatan dalam mendidik pelajar akan betapa pentingnya erti kemerdekaan & betapa sengsaranya sebuah peperangan. Dalam era globalisasi & media sosial yang pantas dihujung jari, pelbagai berita daripada anasir luar yang sering merosakkan minda anak muda & memecahbelahkan perpaduan kita rakyat Malaysia yang hidup aman harmoni berbilang bangsa & agama.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Destinasi awam ( 24 jam)

  • Percuma


39. Taman Botani Perdana

taman tasik perdana kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini merupakan taman rekreasi bertasik yang paling popular di Kuala Lumpur dan dahulunya dikenali dengan nama Taman Tasik Perdana. Kini destinasi ini lebih dikenali dengan nama Taman Botani Perdana. Landskap dan kemudahan di taman ini dibina khas untuk warga kota melakukan aktiviti santai petang samaada jogging atau bersiar-siar pada waktu petang bersama anak-anak.

Terdapat juga taman permainan kanak-kanak yang agak besar yang pasti membuatkan anak-anak anda teruja. Di tasiknya pula anda boleh bermain paddle boat atau mencuba untuk berjalan di atas air dengan permainan yang diberi nama Unexs Waterball. Tidak jauh dari sini anda boleh melihat dua jenis binatang eksotik iaitu kancil dan rusa di Taman Rusa dan Kancil yang boleh anda dikunjungi secara percuma.

Taman rekreasi ini memang luas & sangat ideal untuk anda datang bergambar. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia DLSR, Taman Botani Perdana adalah antara tempat menarik di KL untuk fotografi yang paling disyorkkan sekiranya anda ingin menghasilkan foto landskap taman atau foto makro bunga/daun yang menarik. Terdapat banyak subjek menarik di sini yang boleh anda rakamkan di dalam foto anda untuk dijadikan masterpiece yang teragung anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • 24 jam

  • Percuma


40. KLCC Park

tempat menarik di kl waktu malam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap di hotel sekitar KLCC seperti Mandarin Oriental KL, Corus Hotel KL atau Impiana KLCC, destinasi ini adalah yang terbaik & terdekat untuk berekreasi. Taman KLCC ini mempunyai landskap yang sangat cantik dengan tasik di tengahnya serta mempunyai rimbunan pokok-pokok hijau yang sangat redup. Sesuai untuk anda bersantai samaada pagi, tengahari ataupun petang.

Destinasi ini tidak pernah lekang dengan kunjungan pelancong memandangkan lokasi yang sangat-sangat strategik & berdekatan dengan beberapa tempat menarik di KL yang popular seperti Aquaria KLCC & juga Suria KLCC. Malah dari taman ini juga, anda boleh melihat pemandangan Menara Berkembar KLCC dari sudut yang lebih menarik. Sekiranya anda kaki fotografi, merakam gambar taman yang hijau berlatarbelakangkan Menara KLCC ini pasti akan menjadi lebih menarik bukan ?

Menjelang waktu malam, ramai pelancong yang gemar lepak-lepak di sekitar tasik ini untuk melihat air pancut warna warni berirama. Bukan sahaja pelancong, ramai juga pekerja-pekerja di syarikat sekitarnya yang bersantai petang untuk tenangkan minda selepas seharian memerah keringat di pejabat masing-masing. Kalau anda bercuti di KL bersama anak-anak, jangan lupa untuk bawa mereka melihat suasana di sini terutamanya menjelang waktu malam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

  • 7 .00 am – 10.00 pm

  • Percuma


41. Taman Metropolitan Kepong

taman metropolitan kepong kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercuti di KL dalam tempoh masa yang lama & ingin menerokai kesemua keindahan yang ada di dalam Wilayah Persekutaan Kuala Lumpur, anda boleh masukkan destinasi ini di dalam jadual percutian anda. Lokasi taman riadah & rekreasi ini terletak ke arah utara pusat Bandaraya KL serta hampir dengan sempadan Negeri Selangor. Bunyinya macam jauh bukan ? Sebenarnya dekat sahaja mungkin sekitar 10-15 minit memandu dari KLCC.

Destinasi ini lebih kepada tempah riadah warga setempat pada waktu pagi & petang. Terdapat pelbagai kemudahan awam yang disediakan untuk pengujung seperti kawasan bersenam, trek basikal, trek jalan kaki dan juga taman permainan kanak-kanak yang agak besar. Tasik di sini juga agak luas & bersih. Malah terdapat juga menara tinjau yang tidaklah terlalu tinggi yang boleh anda lihat pemandangan sekeliling dari sudut yang lebih menarik.

Lokasi taman rekreasi ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Selangor seperti canopy walk di FRIM, kolam air panas Selayang & juga Batu Caves. Mungkin selepas seharian melawat destinasi-destinasi di atas ini atau makan-makan sekitar Kepong, anda boleh jadikan Taman Metropolitan Kepong ini sebagai destinasi lawatan terakhir pada waktu petang untuk aktiviti santai-santai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur,

  • Setiap Hari

  • Percuma


42. Taman Tasik Permaisuri

 taman tasik permaisuri kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Kuala Lumpur, ada beberapa taman rekreasi yang menarik untuk anda terokai. Selain Taman Botani Perdana & Taman Tasik Titiwangsa, destinasi adalah satu lagi taman rekreasi bertasik yang boleh anda kunjungi untuk beriadah petang. Lokasinya mungkin agak jauh sedikit dari kawasan pusat bandar, namun kalau anda menginap di hotel sekitar Cheras, destinasi ini adalah yang terdekat.

Tarikan di taman rekerasi ini juga tidak kurang menariknya untuk aktiviti riadah. Terdapat laluan trek jalan kaki yang mengelilingi tasik yang agak jauh sekitar 1.3 km. Sesuai untuk anda jogging waktu pagi atau petang. Selain itu, landskap taman ini juga tidak kurang menariknya. Terdapat pokok-pokok besar, taman bunga & kawasan redup mungkin untuk anda bersantai & berkelah bersama keluarga.

Destinasi sebegini, sudah tentu waktu hujung minggu paling meriah. Ramai warga kota meluangkan masa berkualiti bersama keluarga & anak-anak untuk aktiviti outdoor seperti berkelah & bermain-main di taman permainan kanak-kanak. Berdekatan dengan taman ini juga, terdapat Kompleks Renang Kuala Lumpur yang sangat sesuai untuk anda berkunjung kanak-kanak. Pada bulan puasa, terdapat Bazar Ramadhan berhampiran yang agak besar & ramai juga yang jadikan taman ini sebagai destinasi untuk berbuka puasa secara berkelah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Tasik Permaisuri, 56000, Kuala Lumpur

  • Setiap Hari

  • Percuma


43. Taman Orkid

taman orkid kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak tidak jauh dari Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park). Di sini menempatkan ribuan bunga orkid yang berwarna warni dan sesuai untuk dilawati bersama keluarga. Sekiranya anda kaki DSLR & ingin berlatih merakam foto makro untuk subjek seperti bunga-bunga, destinasi ini adalah antara yang terbaik untuk anda terokai di KL.

Namun begitu, bukannya sepanjang tahun anda berpeluang untuk melihat orkid ini cantik & berkembang mekar. Almaklumlah, setiap jenis pokok bunga ada musimnya untuk berbunga. Sekiranya anda datang pada masa yang tepat, dapatlah melihat keindahan pokok-pokok bunga orkid di sini yang sangat cantik berwarna warni. Kalau tidak bernasib baik, apa boleh buat mungkin tiada rezeki lagi.

Bayaran masuk ke taman ini juga percuma & tiada apa hendak dirugikan. Sekiranya anda melawat beberapa tempat menarik di KL yang berdekatan seperti KL Bird Park, KL Butterfly Park atau Muzium PDRM, bolehlah jadikan taman orkid ini sebagai destinasi lawatan tambahan sekiranya mempunyai masa terluang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Cendearawashi, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur,

  • Setiap Hari

  • Percuma


44. Central Market Kuala Lumpur

central market kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau sudah bercuti di tempat orang, sudah tentu anda ingin mencari cenderahati yang menarik untuk dijadikan ole-ole untuk keluarga mahupun jiran tetangga bukan ? Salah satu tempat paling menarik untuk aktiviti ini adalah di Central Market Kuala Lumpur yang menempatkan banyak peniaga yang menjual produk-produk yang lebih menjurus kepada kraftangan, cenderahati, aksesori wanita, hiasan rumah & sebagainya.

Boleh dikata, destinasi ini adalah one stop centre untuk anda menerokai keunikan produk kraftangan di Malaysia. Terdapat pelbagai barangan menarik dari setiap pelosok negeri yang boleh anda cari di sini. Selain itu, terdapat juga pakaian-pakaian santai yang boleh anda beli seperti t-shirt bercetak, baju kelawar, topi, skaf, sarong & sebagainya.

Selain itu, bangunan Central Market ini juga sebenarnya mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri & dibina pada tahun 1988 lagi. Sebelum menjadi destinasi tumpuan pelancong untuk membeli belah seperti hari ini, dahulunya bangunan ini pernah menjadi sebuah pasar basah yang menjadi lokasi membeli barangan harian oleh warga kota.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 61-300-22-8688 | Facebook | Instagram | Website

  • Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi Central Market KL

  • 10.00 am – 9.30 pm ( setiap hari)

  • Destinasi membeli belah


45. Dataran Merdeka

dataran merdeka kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini memang sangat popular saban tahun ketika sambutan Hari Kemerdekaan kerana menjadi tempat perarakan rasmi sambutan Hari Merdeka. Di sini jugalah tempat yang menjadi saksi pada 31 Ogos 1957 di mana bendera Union Jack diturunkan dan seterusnya bendera Federasi Malaya dinaikkan. Tiang bendera yang ada di sini merupakan tiang bendera yang tertinggi di Malaysia.

Destinasi ini lebih kepada untuk anda bersantai melihat panorama sekeliling. Destinasi ini sering manjadi lokasi tumpuan pelancong asing kerana keunikan struktur bangunan di sekelilingnya serta lokasinya yang mudah diakses dari bandar. Sebagai rakyat Malaysia & mungkin pertama kali datang bercuti ke KL, destinasi sebegini perlu anda lawati untuk melihat keunikannya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

  • 24 jam (Destinasi terbuka)

  • Percuma (Destinasi terbuka)


46. Pasar Malam Jalan Tungku Abdul Rahman

pasar malam jalan tar kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Juga dikenali dengan nama Pasar Malam Jalan TAR, destinasi ini sangat ideal untuk anda terokai dalam misi melihat kebudayaan perniagaan warga kota. Malah, sekiranya anda seorang food hunter, Pasar Malam Jalan TAR adalah destinasi yang terbaik untuk anda terokai. Banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan santai mahupun makanan berat.

Selain makanan, terdapat juga peniaga-peniaga yang menjual barangan seperti kain, baju, tudung & sebagainya. Pasar malam ini memang sangat meriah dengan kujungan orang setempat & juga pelancong asing. Lokasinya juga sangat strategik di tengah-tengah pusat tumpuan pelancong & dikelilingi dengan banyak destinasi membeli belah di lot kedai serta mudah di akses dari beberapa hotel sekitarnya seperti The Grand Campbell Hotel, K Hotel , Frenz Hotel & sebagainya.

Seperti biasalah, kalau di pasar malam, harga barangan untuk pakaian & tudung sudah tentulah lebih murah. Malah kalau anda pandai tawar menawar, boleh dapatkan harga yang jauh lebih berbaloi. Setiap bulan Ramadhan terutamanya 10 malam terakhir, destinasi ini sangat penuh dengan kunjungan warga kota untuk memborong baju raya pada harga durian runtuh. Satu tempat menarik di KL waktu malam yang sangat happening & sesuai untuk pelancong luar terokai keunikannya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi Pasar Malam Jalan TAR

  • Sabtu
    • 5.00 pm – 12.00 am

  • Destinasi pasar malam


47. Taman Rimba Bukit Kerinchi

 taman rimba kerinchi kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda seorang pencinta alam yang gemarkan aktiviti jungle trekking melihat keindahan flora & fauna ? Kalau ya, apa kata datang beriadah waktu pagi ke Taman Rimba Bukit Kerinchi yang terletak berdekatan dengan kawasan Lembah Pantai. Destinasi ini sangat popular di kalangan warga setempat yang ingin sekali sekala merasai pengalaman jungle trekking yang dikelilingi dengan pokok-pokok hijau. Trail jungle trekking yang ada di sini tidaklah terlalu mencabar & sesuai untuk seorang beginner atau mereka yang berkeluarga.

Di sini juga terdapat sebuah jambatan besi yang sangat ikonik dengan Taman Rimba Bukit Kerinchi yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk bergambar sebagai kenangan. Bagi anda yang ingin mencari destinasi riadah pagi atau petang yang lebih kepada kawasan hutan di dalam Kuala Lumpur, jangan lupa untuk cuba-cuba untuk datang ke taman rimba ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur

  • 8.00 am – 7.00 pm

  • percuma


48. Breakout

breakout nu central kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda bercuti di KL secara berkumpulan bersama rakan-rakan? Apa kata anda cuba lakukan aktiviti ini untuk mengisi jadual percutian anda di KL. Lokasinya sangat mudah untuk diakses & terletak di Avenue K, Jalan Ampang. Breakout merupakan permainan yang pasti menyeronokkan untuk anda cuba kerana memerlukan daya pemikiran & kerjasama berpasukan untuk menyelesaikan masalah. Sesuai juga untuk dijadikan aktiviti untuk team building.

Terdapat beberapa pilihan cabaran puzzle yang perlu diselesaikan oleh peserta sebelum dapat menyelamatkan diri daripada sesuatu situasi yang genting / merbahaya. Permainan yang turut dikenali dengan Escape Room ini mempunyai beberapa bilik tema yang berlainan konsep situasinya & berbeza tahap cabarannya. Sekiranya anda baru ingin mula mencuba, pilihlah cabaran bilik tema yang paling mudah dahulu.

Aktiviti yang menggunakan pancaindera & daya pemikiran sebegini lebih menyeronokkan untuk anda lakukan bersama rakan-rakan daripada melakukan aktiviti biasa seperti menonton wayang ataupun main bowling di KL. Selain di Jalan Ampang, terdapat satu lagi cawangan Breakout yang boleh anda terokai yang terletak di Nu Sentral. Satu permainan indoor di Kuala Lumpur yang sangat menarik & disyorkan untuk mereka yang bercuti di KL secara berkumpulan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-21811835 | Facebook | Instagram | Website

  • Level 2, Avenue K, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Breakout KL

  • 10.00 am – 10.00 pm

Harga Tiket Breakout KL

  • Harga bergantung kepada jumlah peserta & jenis cabaran bilik. Sila layari breakout.com.my untuk harga terkini.


49. Escape Room

escape room kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi untuk permainan indoor di Kuala Lumpur yang pasti meledakkan hormon adrenalin anda. Seperti juga di Breakout, di sini juga menempatkan tarikan permainan yang memerlukan kerjasama berpasukan dalam misi menyelamatkan diri dari sesuatu situasi yang mendebarkan. Dalam tempoh masa yang terhad sekitar 45 minit sahaja, dapatkah anda menyelamatkan diri bersama rakan-rakan anda ? Itu terpulang kepada skil & kehebatan otak sebelah kiri anda.

Permainan sebegini memang sangat bagus untuk melatih diri menjadi tenang apabila dalam situasi yang genting. Sebelum ini kita hanya melihat di wayang situasi cemas sebegini & selalu komen-komen begitu & begini, kenapa tak buat macam ini, kenapa tak buat macam itu & sebagainya. Duduk di luar situasi memang mudah nak bagi idea, apa kata anda cuba beranikan diri & cabar diri serta lihat sendiri apakah anda berjaya menyelesaikan cabaran yang ada di sini.

Terdapat 9 jenis bilik yang berlainan situasi genting & berlainan tahap cabaran yang boleh anda pilih. Setiap cabaran di bilik tema ini adalah situasi genting yang diadaptasi dari filem-filem Hollywood popular seperti Wonderland, the Haunted House, The Cage, Safari Jungle & sebagainya. Lokasi destinasi ini hanya terletak di aras 7, Berjaya Times Square Shopping Mall.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-21410653 | Facebook | Website

  • Berjaya Times Square Shopping Mall, 07-96, 7th Floor, Entertainment Podium, No. 1, Jalan Imbi, Kuala Lumpur 55100

Waktu Operasi Escape Room KL

  • 11.00 am – 10.30 pm

Bayaran Masuk Escape Room KL

  • Bermula RM 32 pada hari biasa/ weekday. Harga berubah pada hujung minggu & cuti umum.
  • Maklumat lanjut,sila layari di website, escaperoom.com.my


50. Flight Experience Kuala Lumpur

 flight experience kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang mungkin bercita-cita untuk menjadi seorang pilot, apa kata sekali sekala membawa anak-anak anda mencuba satu pengalaman yang pasti menjadi memori indah untuk mereka pada cuti sekolah. Destinasi ini menawarkan pengunjung untuk mencuba simulasi penerbangan di dalam cockpit sebuah kapal terbang yang susun aturnya seperti sebuah kapal terbang sebenar & ianya merupakan satu latihan asas yang perlu dilalui oleh bakal juruterbang sebelum bergelar seorang juruterbang yang bertauliah.

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan untuk flight simulator ini & harganya juga bergantung kepada durasi penerbangan. Memang seronok sekiranya anda berpeluang melakukan aktiviti sebegini kerana tidak banyak destinasi yang menawarkan flight simulator yang caggih seperti ini.

Untuk setiap penerbangan, anda berpeluang membawa kapal terbang untuk berlepas, memandu di udara mengelilingi lapangan terbang & seterusnya merasai pengalaman mendebarkan ketika mendaratkan sebuah kapal terbang. Nampak & bunyi aktiviti ini macam senang tetapi pengalamam ini tetap mempunyai debarannya yang tersendiri. Satu aktiviti menarik di Kuala Lumpur yang sangat disyorkan untuk anak-anak anda cuba sekali seumur hidup supaya dapat menyuntik semangat mereka untuk belajar dengan lebih rajin sekiranya ingin bergelar seorang pilot yang berkaliber.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-21101628 | Facebook | Instagram | Website

  • Level 2, Pavilion Mall, Lot 2.02.01-2.02.03. 168 Jalan Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Flight Experience Kuala Lumpur

  • 10.00 am – 10.00 pm

Pakej Flight Experience Kuala Lumpur

  • Junior Jet Flights ( 20 minit)
    • RM 250
  • Scenic Flight ( 30 minit)
    • RM 400
  • City Circuits ( 45 minit)
    • RM 450
  • City Flyer ( 60 minit)
    • RM 600
  • Ultimate ( 90 minit)
    • RM 800
  • Multi City Flyer ( 60 minit)
    • RM 650
  • Multi Ultimate ( 90 minit)
    • RM 850


51. Classic Malay House KL

homestay unik kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong tempatan, destinasi penginapan ini bukanlah sesuatu yang jarang-jarang kita lihat, tetapi bagi pelancong antarabangsa yang ingin menyelami budaya orang setempat, Classic Malay House KL adalah satu penginapan yang pasti membuatkan mereka teruja. Penginapan yang berkonsepkan rumah tamu atau homestay ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Memang besar, apabila berada di perkarangan & di dalam rumah ini, terasa seperti sedang bermalam di kampung. Rumah tamu ini tidaklah besar & boleh memuatkan antara 3-4 orang untuk satu-satu masa. Lokasinya juga sangat strategik di Kuala Lumpur & berdekatan dengan LRT Damai berjarak sekitar 200 m sahaja.

Dengan dekorasi & senibina Melayu klasik ini, tidak hairanlah rumah tamu ini juga sering menjadi pilihan warga KL untuk mengadakan fotografi persandingan outdoor. Sekiranya anda mencari rumah tamu atau homestay di Kuala Lumpur yang unik serta lain konsepnya daripada kebanyakan hotel, Classic Malay House KL adalah salah satu pilihan yang boleh anda cuba.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-2530132 | Facebook

  • 26, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan )


52. Galeri Batik JADI

tempat menarik kuala lumpur pelajar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda teringin merasai pengalaman mencanting batik ? Tidak perlu lagi nak travel ke Terengganu kalau anda memang sudah berada di KL, kini anda boleh ke Galeri Batik JADI untuk belajar cara membuat batik tradisional dengan tangan anda sendiri & diajarkan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Setiap kelas di sini boleh menempatkan sehingga 100 orang untuk satu-satu masa. Malah, kalau pengunjung hanya mahu lihat sahaja cara penghasilan batik, tiada bayaran dikenakan. Memang sangat sesuai untuk mereka yang nakkan aktiviti secara berkumpulan yang berunsurkan kesenian tempatan di KL.

Galeri ini juga ada menjual pelbagai barangan kraftangan yang sudah tersedia siapnya seperti ukiran kayu, perhiasan logam, bakul rotan & perkakasan perak. Sekiranya anda mencari barangan kraftangan untuk dijadikan cenderahati istimewa untuk keluarga di rumah, bolehlah pertimbangkan untuk terjah destinasi ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603 – 21451133 | Facebook | Website

  • 30, Jalan Inai, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur

Waktu Operasi Galeri Batik JADI

  • 9.00 am – 5.30 pm (setiap hari)

Senarai Harga Untuk Kelas Batik:

Handkerchief (30 x 40 cm) ( 60 minit)

  • Cotton: RM 60
  • Silk: RM 80

Scarf (90 x 90 cm) ( 90 minit)

  • Cotton: RM 120
  • Silk: RM 150

Pareo (90 x 200 cm) ( 120 minit)

  • Cotton: RM 200
  • Silk: RM 250

T-Shirt ( 60 minit)

  • RM 80

Melihat penghasilan batik: Percuma


53. Rumah Penghulu Abu Seman

rumah penghulu abang seman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pertama kali mendengar nama destinasi ini, pasti anda rasa macam tidak percaya bukan ? Bagaimana rumah seorang penghulu boleh berada di dalam bandaraya besar macam KL ini ? Itulah uniknya KL. Bukan sahaja tarikan yang moden sahaja ada di KL, malah tarikan yang bertemakan unsur tradisional juga boleh anda terokai di KL.

Kali ini, destinasi yang disyorkan untuk pelancong melawat adalah Rumah Penghulu Abu Seman yang merupakan sebuah rumah tradisional dari Negeri Kedah. Tahukah anda, rumah ini sebenarnya sudah berusia hampir 100 tahun. Dahulunya rumah tradisional ini terletak di Kampung Sungai Kechil di Kedah. Rumah ini juga dahulunya merupakan rumah seorang ketua kampung di Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah.

Kini, ianya telah dialihkan oleh Badan Warisan Malaysia & ditempatkan di KL supaya mudah untuk pelancong asing melawat & melihat keunikan sebuah rumah tradisional asli di Malaysia. Memang tidak dinafikan, senibina rumah tradisional ini memang sangat halus ukirannya & menarik untuk anda bergambar sebagai kenangan. Terdapat 2 sesi guided tour setiap hari beroperasi pada pukul 11.00 pagi & juga 3.00 pm. Sebaiknya datang pada waktu ini untuk mendengar penerangan terperinci & melihat ruangan dalaman rumah ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-21449273 | Facebook | Instagram | Website

  • 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi Rumah Penghulu Abang Seman

  • Isnin-Sabtu
    • Guided Tour
      • 11.00 am & 3.00 pm
  • Ditutup hari Ahad & cuti umum.

Office Hour

  • Isnin-Sabtu
    • 9.30 am – 5.30 pm
  • Ditutup hari Ahad & cuti umum.

Harga Tiket Rumah Penghulu Abang Seman

  • Derma minima: RM 10/ seorang


54. Blastacars Malaysia (Kuala Lumpur)

blastcars malaysia

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ingin merasi pengalaman drifting seperti aksi mendebarkan di dalam babak movie Tokyo Drift ? Apa kata datang ke sini untuk mencuba sendiri dengan memandu kart yang berkuasa tinggi & mampu untuk drift pada setiap selekoh di trek yang ada di sini. Lokasinya sangat mudah untuk diakses di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak di aras 5, Sungei Wang Plaza.

Memandu drifting cart seperti ini memang sesuai untuk golongan muda mudi yang sukakan kelajuan & keterujaan menikmati ‘kehanyutan’ ketika kereta sedang drift. Walaupun tempoh drifting ini hanyalah beberapa saat, tetapi kepuasan & keterujaan beberapa saat itulah yang pasti membuatkan mereka yang berjiwa racer, tersenyum lebar bagaikan ‘dunia ini ana yang punya’.

Trek perlumbaan ini terletak di dalam satu kawasan tertutup. Jadi samaada cuaca baik atau tidak, anda tidak perlu bimbang. Sekiranya anda belum pernah merasai pengalaman sebegini, bolehlah ajak kawan-kawan untuk acah-acah menjadi drifter seperti di dalam movie Hollywood.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-8878485 | Facebook | Website

  • 5F- 001, 5th Floor Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.

  • 10.00 am – 12.00 am

  • Novice ( 10 minit)
    • RM 60
  • Advance ( 10 minit)
    • RM 90
  • Pro ( 10 minit)
    • RM 100

*tawaran pakej terkini, sila layari blastacars.my


55. Taman Tema Jurassica, The Gardens Midvalley

jurassica the gardens

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di dalam The Gardens Mall Midvalley, Jurassica merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terbaru di Kuala Lumpur. Destinasi taman tema menarik ini sangat sesuai untuk seisi keluarga terutamanya untuk kanak kanak dimana mereka dapat bertemu dan belajar segalanya tentang dinosaurs.

Taman tema Jurassica menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang membenarkan pelancong berinteraktif rapat dengan dinosaurs, reptilia hidup dan juga mengharungi zipline yang amat menyeronokkan. Selain daripada ini, Jurassica juga menyediakan aktiviti Journey Back in Time, Climbing Wall, Design-a-Dino, Jurassic Gym dan banyak lagi!

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Lot T216C, Lingkaran Syed Putra, The Gardens Mall, 3rd Floor, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

  • 11 am – 7 pm (Isnin – Khamis)
  • 10 am – 8 pm (Jumaat – Ahad)

  • Di bawah 90cm – Percuma
  • Umur 4 – 17 – RM49 – RM59
  • Umur 18 – 59 – RM18 – RM32
  • Umur 60+ atau OKU – RM19

Untuk harga tiket Jurassica terbaru dan promosi, sila semak halaman ini.


Kalau bercuti ke Kuala Lumpur, satu perkara yang mungkin menjadi cabaran adalah kesesesakan trafik terutamanya pada waktu puncak. Jadi sebaiknya kalau ingin jimatkan kos & masa, boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti train, grab car, hop-off-hop-on bus ataupun Go KL Bus.

Tempat Penginapan Menarik di Kuala Lumpur

Penginapan di Kuala Lumpur juga sangat banyak pilihannya, baik yang murah ataupun yang mewah, sila semak pautan di bawah. Bercuti di Kuala Lumpur sebenarnya sangat menyeronokkan kerana majoriti tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur yang popular terletak tidak jauh antara satu sama lain. Almaklumlah, Kuala Lumpur bukanlah sebesar Sarawak. Selain itu, dari KL juga anda boleh melawat banyak destinasi percutian lain yang ada di sekitar Selangor, Putrajaya & Negeri Sembilan.

Cari Hotel di Kuala Lumpur

Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur

Di KL, apa jenis makanan kenegerian di Malaysia anda boleh cari. Sila baca 28+ Destinasi Tempat Makan Menarik di KL sebagai panduan untuk aktiviti jalan jalan cari makan anda di KL nanti. Semoga panduan ini memberi kemudahan untuk pembaca bercuti ke tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur kelak. Sila share & berikan komentar yang berguna untuk pembaca dalam ruangan di bawah. Selamat cuti cuti Malaysia di Kuala Lumpur. Wassalam.

Baca lagi:

4.7/5 - (143 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Tarikan Alam Semulajadi di Kuala Lumpur

Walaupun Kuala Lumpur merupakan sebuah kotaraya yang pesat dengan pembangunan namun tidak bermakna di sini tiada langsung destinasi pelancongan yang bercirikan alam semulajadi samaada...

Tempat Menarik di KL Pada Waktu Malam

Kuala Lumpur memang tidak syak lagi merupakan sebuah bandaraya yang tidak pernah tidur dengan kesibukan penduduk kota. Untuk kali ini mari kita terjah beberapa...

12 Tempat Makan “Nature” di KL & Selangor

Mencari tempat-tempat best untuk lepak-lepak dan makan-makan memang mudah di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Selain mempunyai banyak tempat hiking, KL & Selangor juga...

Nasi Dagang Kelantan di Kg Baru

Baru-baru ni sambil menunggu guest datang kat KLCC, saya sempat ke Kg Baru untuk lunch dan duk usyar-usyar kedai makan best di KL ni,...

40+ Tempat Makan BEST di KL – Restoran & Warung Makan Menarik Mesti Cuba

Kuala Lumpur sememangnya dikenali sebagai syurga makanan bagi pelancong ke Malaysia. Hampir kesemua makanan popular negeri-negeri di Malaysia terhidang di sini. Bahkan, pilihan restoran...

Top 10 Kereta Sewa di KL Yang Berkualiti & Murah

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan merupakan bandar metropolitan yang padat dengan pencakar langit dan tempat-tempat menarik. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan...

17 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

17 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zairie
Zairie
5 years ago

Mohon admin update mengenai Hauntu Malaysia..

HafIzul
HafIzul
5 years ago

Ade x homesty area kl yg murah ckit..utk 1 bilk..dekt dgn bndr..sng nk brjln..sila tglkn no ye

Shaiful Azroy
Shaiful Azroy
5 years ago

Need transport to tour Kuala Lumpur Can Call or WhatsApp me. 01110017060 (Shaiful)

Nur faliza
5 years ago

Want booking driver to round kuala lumpur
Whatapp 01111205879

Nur faliza
5 years ago

need transportion to around kl or neares can whatapp 01111205879
Booking hours can

Isz
Isz
5 years ago

Muzium bank negara malaysia masuk percuma. Parking weekday RM5 and weekend free. Bag tak boleh bawa masuk galeri so kena letak dlm loker deposit RM5 (akan dipulang semula masa pulang) Masuk adalah percuma. Harap membantu. Thanks

Fika
Fika
5 years ago

Galeri bank negara masuk free dah. Sangat cantik dalam dia. Besarr dan mewah. X sia2 pergi sini.

Hubungi Kami

17
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x