30+ Tempat Menarik di Kemaman, Terengganu Paling Popular

Kemaman merupakan satu daerah yang agak besar yang terletak di selatan Negeri Terengganu & bandar utamanya pula adalah Bandar Chukai yang terletak berhampiran dengan Cherating, Pahang. Jarak dari Bandar Chukai ke Kuala Terengganu kira-kira 200 km & jarak ke Bandar Kuantan pula sekitar 70 km. Selain itu, Kemaman juga terkenal dengan kawasan industri-industri petroleum & ramai perantau-perantau dari luar Terengganu yang menetap di sini demi mencari sesuap nasi untuk keluarga. Jom, kami perkenalkan tempat-tempat menarik di Kemaman yang boleh anda lawati sekiranya anda baru pertama kali menjejakkan kaki di sini samaada atas urusan kerja, urusan mesyuarat ataupun memang bercadang nak bercuti di Kemaman.

Menetap di Kemaman seronok sebenarnya kerana anda tak perlu bersusah payah untuk ambil cuti sekiranya perlu menyelesaikan urusan rasmi di pejabat kerajaan. Ini kerana di Kemaman, hari Jumaat merupakan cuti hujung minggu & di Kuantan pula, hari Jumaat adalah hari bekerja. Selain itu, dari Kemaman juga anda boleh menerokai tempat-tempat menarik di Cherating, Bandar Kuantan & juga sekitar Dungun.


30+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Kemaman, Terengganu

1. Taman Rekreasi & Zoo Kemaman

mini zoo kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Zoo Kemaman merupakan tarikan utama pelancong untuk melihat pelbagai spesis mamalia, reptilia & haiwan menarik lain. Malah di Terengganu, Zoo Kemaman adalah yang paling menarik untuk anda melihat binatang liar. Lokasinya hanya sekitar 8 km dari Bandar Chukai Kemaman & terletak agak ke kawasan pedalaman. Walaubagaimanapun, masih mudah diakses dengan kenderaan. Antara haiwan-haiwan liar yang menjadi tumpuan pengunjung di sini adalah buaya, harimau, burung merak, gajah, tapir & pelbagai jenis reptilia eksotik lain.

Di sini juga terdapat mini water park yang sesuai untuk golongan kanak-kanak bersuka ria & bermain air. Terdapat juga satu gelongsong air yang berliku-liku yang semestinya membuatkan anak-anak tidak sabar-sabar untuk mencubanya. Landskap di dalam zoo ini memang sangat cantik & konsepnya lebih kepada zoo in the garden. Terdapat banyak pokok-pokok eksotik yang menjadi hiasan perkarangan zoo ini seperti pokok bonzai, bungai raya, bunga orkid, bunga kertas & sebagainya. Bagi yang nak rasai pengalaman melihat binatang dengan cara yang berbeza, anda juga boleh menyewa kereta kuda di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-8596644 | Facebook | Instagram | Website

Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman,
Majlis Perbandaran Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Waktu Operasi Zoo Kemaman

  • 9.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Zoo Kemaman

  • Dewasa:
    • RM 10.00
  • Kanak-Kanak(5-12 tahun):
    • RM 7.00
  • Berkumpulan ( 20 orang):
    • RM 5.00
  • Kanak-Kanak( 4 tahun & kebawah):
    • Percuma


2. Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah

santuari penyu di kertih kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ingin melihat pusat penetasan telur penyu & merasai pengalaman melepaskan anak-anak penyu ke pantai? Apa kata ke santuari ini yang merupakan sebuah pusat pemeliharaan & pemuliharaan penyu yang terletak di Kertih. Walaupun jalan menuju ke sini dari jalan utama tidak berturap namun masih mudah untuk diakses dengan kenderaan. Selain itu, pantai di sini juga memang sangat cantik untuk bergambar. Destinasi santuari penyu ini ramai pelancong luar tidak tahu mungkin kerana lokasinya yang jauh sedikit dari Bandar Chukai. Namun, santuari ini tetap ada tarikannya tersendiri untuk pelancong melihat dengan lebih dekat haiwan yang dikatakan pemalu & sensitif kepada bising.

Pusat konservasi penyu ini ditubuhkan sebagai langkah untuk menjaga populasi penyu di perairan pantai Terengganu. Telur-telur penyu yang berada di sepanjang pantai ini akan dikutip & dieram di kawasan khas di santuari ini. Selepas menetas, anak-anak penyu ini akan dilepaskan ke laut sambil dipantau untuk mengelak menjadi mangsa binatang lain. Satu tempat menarik di Kemaman yang mesti anda lawati untuk belajar akan kepentingan penyu dalam ekosistem marin di perairan Terengganu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah, 24300 Kerteh, Terengganu

*santuari pemuliharaan penyu ini dibuka sepanjang musim bertelur & ditutup pada luar musim penyu bertelur pada setiap tahun.
*tidak boleh berada di sini antara 8.00 malam – 8.00 pagi kerana boleh dianggap sebagai penceroboh & didakwa.
*musim penyu bertelur antara bulan April hingga Ogos

  • percuma


3. Resort World Kijal

resort world kijal kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda mencari destinasi penginapan tepi pantai yang menarik di Kemaman? Apa kata cuba bermalam di Resort World Kijal. Lokasinya pula sekitar 20 minit memandu dari Bandar Chukai & berdekatan dengan Bandar Kertih. Resort World Kijal menawarkan pilihan bilik yang sangat banyak samaada untuk yang berkeluarga besar atau yang berpasangan. Di Resort World Kijal juga terdapat kolam renang yang sangat menarik untuk anak-anak anda bersuka ria.

Selain itu, Resort World Kijal mempunyai kemudahan fasiliti yang sangat bagus untuk mereka yang nak anjurkan aktiviti seperti seminar, team building, kursus syarikat, family day & sebagainya. Bagi mereka yang suka main golf, di sini juga terdapat lapangan golf yang sangat besar & sesuailah untuk anda melempias minat bersama rakan-rakan. Lokasinya juga sangat strategik & pilihan restoran untuk makan malam di luar juga sangat banyak terutamanya sekitar Bandar Kertih.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 609-8641188 | Facebook | Website

  • Km 28, 24210, Jalan Kemaman – Dungun, Kampung Meraga Beris, 24100 Kijal, Terengganu

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


4. Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)

pantai menarik kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai ini sering menjadi destinasi santai orang setempat pada hujung minggu. Pantai ini bukanlah pantai peranginan seperti di Cherating kerana permukaan dasar pantainya yang tidak dapat dijangka. Sekiranya anda nak mandi manda, sebaiknya ke Pantai Cherating yang terletak 5 km dari Pantai Teluk Mak Nik ini.

Sekiranya anda seorang yang sukakan fotografi, Pantai Teluk Mak Nik atau juga dikenali dengan Monica Bay ini mempunyai landskap pantai yang sangat menarik. Subjek-subjek untuk gambar seperti pokok-pokok rhu yang tumbuh meninggi & tersusun teratur memang sangat menarik untuk anda menghasilkan satu foto landskap yang cantik. Selain itu, terdapat banyak wakaf & pondok rehat yang berada di bawah redupan pokok-pokok rhu di sini. Walaupun waktu tengahari, bahang mentari tidaklah terlalu dirasai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Paksu, Kampung Geliga Besar, 24000 Chukai, Terengganu

  • Destinasi pantai awam ( 24 jam)

  • Destinasi pantai awam ( Percuma)


5. Warung Otak-Otak Che Wan

satar popular kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau bercuti ke Kemaman, tak lengkap percutian anda sekiranya tidak mencuba makanan popular orang setempat iaitu sata & otak-otak. Destinasi yang sangat popular di Daerah Kemaman adalah Warung Otak-Otak Che Wan yang terletak di Kampung Geliga. Lokasinya sangat mudah diakses dari jalan utama di Bandar Chukai. Selain otak-otak & sata, terdapat banyak lagi makanan tradisional orang Kemaman yang boleh anda cuba seperti pais ikan, keropok lekor, laksa, pulut lepa (pulut panggang) & sebagainya.

Lokasi warung ini juga terletak tidak jauh dari simpang ke Pantai Monica Bay. Memandangkan warung ini sangat popular, jadi tidak hairanlah kalau kena menunggu lama & kadang-kadang tempat makan pun penuh terutamanya pada hujung minggu & musim cuti. Jadi, kalau situasinya begitu, apa kata anda bungkus sahaja & makan di tepi Pantai Teluk Mak Nik. Di pantai ini terdapat banyak pondok & wakaf yang sangat redup, sesuai untuk anda berkelah bersama keluarga sambil layan angin pantai yang bertiup kencang.

Peta Lokasi | Jarak | 6014-8035777 | Facebook

  • Kampung Geliga, Chukai, Terengganu

  • 11.00 am – 7.00 pm ( setiap hari)

  • Destinasi makan


6. Rimbun Dahan Turtle Hatchery

santuari penyu di kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi yang terletak di hujung jalan Pantai Chendor ini merupakan pusat penetasan penyu yang diusahakan secara persendirian & dahulunya diuruskan oleh Allahyarham Pak Su. Selepas beliau meninggal dunia pada 11/11/2018, pusat penetasan telur penyu ini diambil oleh keluarganya. Di sini pengunjung boleh melihat tapak penjagaan telur penyu yang diletakkan di dalam kawasan khas. Selepas menetas, anak-anak penyu ini akan dilepaskan ke pantai yang terdekat.

Seronok apabila berada di sini terutamanya ketika telur penyu sudah menetas. Bolehlah anda melihat telatah comel anak-anak penyu ini berlumba-lumba menuju ke pantai. Memandangkan penyu bertelur adalah bermusim setiap tahun, maka hanya waktu-waktu tertentu sahaja boleh anda lawati. Pada musim tengkujuh pusat penetasan telur penyu di sini kebiasaannya akan ditutup.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-9064828 | Facebook

  • jalan pantai chendor, chendor, 26080

  • Musim tengkujuh ditutup & hanya dibuka pada musim bertelur.
  • Sila berhubung dengan pemilik sebelum datang ke sini

*musim penyu bertelur antara bulan April hingga Ogos

  • Sila berhubung dengan pemilik sebelum datang ke sini


7. Warung Satar Kak Nab Kuala Kemaman

kedai sata popular kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sata merupakan makanan ikonik bagi Daerah Kemaman & warung ini juga merupakan satu lagi destinasi menarik untuk anda lawati sekiranya ingin merasai menu sata yang sedap. Tetapi, ada satu lagi menu makanan santai di sini yang tiada di warung lain yang mesti anda cuba iaitu Paun Ubi Kayu. Menu ini merupakan signature dish yang sering menjadi buruan pelancong kalau bercuti di Kemaman ataupun Cherating.

Selain itu, terdapat banyak lagi makanan tradisional Terengganu yang boleh anda cuba di sini seperti pulut panggang ( pulut lepa), otak-otak, laksam, laksa Terengganu & sebagainya. Lokasinya hanya berdekatan dengan simpang Masjid Kampung Geliga.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-9198711 | Facebook

  • Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu

  • 7.30 am – 7.00 pm

  • Destinasi makan


8. Maggi Ketam Bistro Kemaman

maggi ketam popular kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda pernah cuba makan ketam nipah ? Kalau belum, destinasi ini adalah yang sangat ideal untuk anda terjah di Kemaman. Lokasinya juga hanya berdekatan dengan Masjid Geliga. Ketam nipah di sini juga dijamin 100% segar memandangkan setiap ketam yang akan dimasak, sebenarnya masih hidup & diletakkan di dalam bekas khas. Anda hanya perlu pilih ketam nipah yang dikehendaki & harganya juga berbeza mengikut saiz.

Melihat ketam-ketam yang hidup ini, agak ‘ngeri’ juga pada mula-mulanya. Yelah, ketam nipah yang hidup warnanya agak gelap & berbeza dengan ketam laut. Namun sesudah masak bersama maggi, warnanya bertukar menjadi merah & kesedapan maggi ketam nipah ini menghilangkan rasa ‘ngeri’ di awal-awal apabila sampai di sini. Bagi yang tidak makan maggi, terdapat juga pilihan untuk masak ketam nipah ini dengan menu lain seperti masak lada & sebagainya.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-9534125

  • No. 1 Gerai Pelbagai Geliga,, Geliga, Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu

  • 4.30 pm – 1.00 pm ( setiap hari)

  • Destinasi makan


9. Muzium Kemaman

muzium kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang paling ideal & paling strategik untuk seorang pelancong mengenali sejarah Daerah Kemaman & juga untuk mengenali tokoh-tokoh terbilang yang banyak berjasa dalam sejarah khususnya di Kemaman & umumnya untuk Negeri Terengganu. Muzium yang tersergam indah di tengah pusat Bandar Chukai, Kemaman ini tidaklah terlalu besar seperti di Muzium Negeri Terengganu namun tetap ada daya tarikannya sendiri.

Kalau melawat ke muzium ini mungkin anda boleh habiskan masa di sini sekitar 20-30 minit & kalau anda jenis yang teliti serta suka membaca satu persatu, 2 jam pun belum tentu habis. Bangunan muzium ini yang mempunyai senibina Inggeri ini dibina pada tahun 1920 & pernah menjadi pejabat pengurus biji besi satu ketika dahulu. Walaupun masuk ke muzium ini adalah percuma namun, tarikan pameran yang ada di sini tetap menarik seperti muzium lain yang berbayar. Satu destinasi yang mesti anda lawati & lokasinya hanya bersebelahan dengan Vista Hotel Kemaman.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu Operasi Muzium Kemaman

  • 9.00 am – 5.00 pm
  • Jumaat tutup

Harga Tiket Muzium Kemaman

  • Percuma


10. Pantai Marina Telaga Simpul

telaga simpul marina

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda suka fotografi, apa kata singgah di Pantai Marina Telaga Simpul yang cukup menenangkan jiwa raga ini. Dari tebing di Pantai Marina Telaga Simpul ini, pemandangan muara yang menampakkan bot-bot nelayan serta kawasan seberangnya yang merupakan Bandar Chukai memang sangat mendamaikan. Di pesisiran muara ini juga terdapat mereka yang kaki pancing bertenggek santai di atas batu dengan batang pancing masing-masing. Menuju ke sini juga, anda akan melalui Kemaman Supply Base (KSB) & kalau bernasib baik anda boleh melihat pelantar minyak yang sangat besar yang boleh anda nampak dari jauh.

Yang menariknya tentang Pantai Marina Telaga Simpul ini, kawasannya sangat redup kerana pokok-pokok besar yang rendang yang ada di sini memang sangat banyak. Walaupun anda datang pada waktu tengahari, suasananya sangat redup. Tempat ini sentiasa tak pernah lekang dengan kunjungan orang setempat untuk berehat tenangkan jiwa. Pantai Marina Telaga Simpul memang sesuai kalau nak lepak-lepak sambil makan keropok dan kalau nak bawak anak-anak beriadah pun boleh kerana terdapat taman permainan kanak-kanak.

Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Pantai Batu, Marina Terrace, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam ( percuma)


11. River Cruise Sungai Yah Yah

river cruise di kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Kemaman, kaya dengan tarikan alam semulajadi & kawasan hutan paya bakau. Salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk melihat keindahan ini adalah dengan River Cruise Sungai Yah Yah yang terletak berdekatan dengan pintu masuk Zoo Kemaman. Malah, aktiviti ini sebenarnya diselenggarakan oleh Taman Rekreasi & Zoo Kemaman.

Bot yang akan dinaiki juga agak besar & sesuai untuk mereka yang datang dalam rombongan yang besar. Di sepanjang sungai ini, bolehlah melihat keindahan pelbagai spesis pokok-pokok bakau & juga binatang liar yang ada di sini. Trip perjalanan menyelusuri sungai ini dari Jeti Sungai Yah Yah menuju ke Jambatan Bukit Kuang makan masa sekitar 90 minit untuk pergi & balik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-8596644 | Facebook | Instagram | Website

Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman,
Majlis Perbandaran Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Waktu Operasi River Cruise Sungai Yah Yah

  • Dibuka setiap hari kecuali Jumaat & Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha
    • 11.00 am – 12.30 pm
    • 3.00 pm – 4.30 pm

*tempoh perjalanan bot 90 minit

Harga Tiket  River Cruise Sungai Yah Yah

  • Dewasa: RM 40.00
  • Kanak-Kanak: RM 40.00

*Bayaran termasuk dengan akses masuk ke Zoo Kemaman & kolam mandi. Boleh berurusan dengan kaunter di Taman Rekreasi & Zoo Kemaman


12. Restoran Ani Selera Kampung / Kedai Nasi Budu

tempat makan menarik kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah satu destinasi makan tengahari menarik di Kemaman ialah di Restoran Ani Selera Kampung. Restoran ini terletak betul-betul di tepi sungai Kemaman. Suasananya yang betul-betul di perkampungan & sambil melihat bot-bot nelayan di sungai juga pasti akan menambahkan lagi feel serta selera makan anda. Lauk pauk yang disediakan di sini memang banyak & kebanyakannya adalah menu popular orang pantai timur seperti singgang, gulai, ulam budu & sebagainya.

Percaya atau tidak, walaupun pilihan tray lauknya sangat banyak namun kalau datang lewat sedikit selepas pukul 2.30 petang, pasti kebanyakan lauk sudah habis. Sebaiknya datang ke sini sebelum lunch hour kalau tidak mahu bersesak dengan pekerja-pekerja sekitar yang datang makan tengahari di sini.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-9987465

  • Kuala Kemaman, Kemaman, Terengganu

  • 10.00 am – 8.00 pm

  • Destinasi makan


13. Kijalena Beach B&B

kijalena beach b&b kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi di Kijal yang sangat ideal untuk penginapan di pesisiran pantai Kemaman. Persekitarannya yang sangat menenangkan sesuai untuk anda berehat seketika dari kesibukan kota samaada secara berseorangan ataupun bersama yang tersayang. Kijal adalah sebuah perkampungan di Kemaman yang sangat terkenal dengan durian kampung, lemang yang sedap & keindahan pantai yang saujana mata memandang.

Destinasi penginapan ini mempunyai 4 bilik tidur & 3 daripadanya adalah bersaiz standard. Dengan kadar bermalam antara RM 175 – RM 295, destinasi yang cukup strategik & indah ini pasti lebih ‘mesra poket’ majoriti rakyat Malaysia. Di perkarangan villa ini juga terdapat sebuah kolam yang tidak kurang menariknya untuk masa riang ria bersama keluarga waktu petang.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 6019-3317547 | Facebook

  • Lot 316, Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


14. Kedai Keropok Lekor Cap Delima

keropok lekor sedap di kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Kemaman, terdapat banyak kedai & gerai yang menjual keropok lekor. Sekiranya anda menuju ke Kuala Lumpur atau Kuantan, bolehlah singgah di Kedai Keropok Lekor Cap Delima untuk mengetahui sendiri kenapa destinasi ini merupakan antara kedai keropok lekor sedap di Kemaman.

Sebenarnya di tepi jalan berdekatan dengan pintu gerbang sempadan Terengganu-Pahang, terdapat banyak deretan kedai yang menjual keropok lekor & aneka makanan santai orang setempat. Sesuailah untuk anda beli keropok di sini untuk dijadikan buah tangan istimewa dari pantai timur untuk jiran tetangga di rumah.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-9620823

  • 3, 24000 Chukai, Terengganu

  • 9.30 am – 5.30 pm (setiap hari)

  • Destinasi beli keropok


15. Kedai Kopi Hai Peng Kemaman

tempat sarapan pagi sedap kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi yang berpuluh tahun bertapak di Bandar Cukai ini memang sangat terkenal di kalangan pelancong termasuk dari Kuantan. Menu utama yang menjadi tumpuan pengunjung di sini sudah tentulah kopinya yang segar & bijian kopinya sebenarnya dipanggang di sini.

Selain kelazatan kopi pekatnya, terdapat juga beberapa menu sarapan pagi yang menarik untuk anda cuba seperti roti bakar sekaya, roti bakar tuna, nasi lemak & sebagainya. Satu destinasi yang sangat ideal untuk anda breakfast sebelum meneruskan perjalanan anda ke tempat-tempat menarik lain di Kemaman.

Peta Lokasi | Jarak

  • K-3753, Jalan Sulaimani,Chukai,Kemaman, 24000, Cukai, Terengganu, Kampung Gong Pauh, 24000 Chukai, Terengganu

  • 7.00 am – 6.00 pm
  • Jumaat tutup

  • Destinasi makan


16. Kemaman Sands

kemaman sands resort terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang inginkan percutian di Bandar Kemaman & inginkan sebuah penginapan tepi pantai serta ada kolam renang yang menarik, apa kata ke Kemaman Sands. Penginapan seperti villa atau homestay ini memang cukup indah & berdekatan dengan Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay). Selain itu, lokasinya juga sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah antara Bandar Chukai & juga kawasan pelancongan di Cherating.

Destinasi ini mempunyai 10 jenis pilihan bilik penginapan yang berbeza harganya & mempunyai kawasan sekeliling yang mendamaikan. Selain itu, lokasinya juga berdekatan dengan banyak tempat makan menarik di sekitarnya seperti Warung Otak-Otak Che Wan, Maggi Ketam Bistro Kemaman, Warung Azizi Satar, Warung Satar Kak Nab & sebagainya. Satu penginapan yang sangat ideal & harganya tidaklah terlalu mahal sehingga boleh ‘botal kepala’.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 609-8589908 | Facebook | Instagram | Website

  • 1403, Jalan Geliga Pantai 3, Kampung Geliga Besar, 24000 Chukai, Terengganu

  • Destinasi penginapan, sepanjang tahun


17. Kelip-Kelip Sungai Yah Yah

firefly kemaman terengganu zoo

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pelancong yang bercuti ke Kemaman boleh merasai pengalaman melihat kelip-kelip di Sungai Yah Yah yang beroperasi di antara jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Kelip-kelip di sini banyak mengerumuni pokok-pokok di sepanjang tebing sungai dan kebiasaannya akan membiak di antara bulan Julai – Oktober pada setiap tahun.

Sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman ini, anda boleh berurusan dengan Taman Rekreasi & Zoo Kemaman. Lokasi jeti Sungai Yah Yah juga hanya bersebelahan dengan Zoo Kemaman ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-8596644 | Facebook | Instagram | Website

Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman,
Majlis Perbandaran Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Waktu Operasi Kelip-Kelip Sungai Yah Yah

  • 8.00 pm – 10.00 pm

*jangkasamasa 30 minit

Harga Tiket Kelip-Kelip Sungai Yah Yah

Warganegara

  • Dewasa: RM 15.00
  • Kanak-Kanak: RM 10.00

Pelancong Luar

  • Dewasa: RM 25.00
  • Kanak-Kanak: RM 15.00

*Boleh berurusan dengan pihak Taman Rekreasi & Zoo Kemaman


18. Pantai Rekreasi Teluk Kalung

pantai teluk kalung bercuti

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Rekreasi Teluk Kalong terletak berdekatan dengan institut pendidikan TATI dan simpang nak masuk ke pantai ini dari jalan utama agak terlindung di sebalik pagar Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong. Pantai ni memang sesuai untuk aktiviti berkelah dan santai-santai bersama keluarga. Pemandangan pantai yang terbentang luas serta permukaannya yang agak berteluk memang sangat menarik untuk anda photoshoot.

Aktiviti beriadah seperti jogging, main futsal dan bersenam juga sesuai dilakukan di sini. Seperti pantai rekreasi lain juga, pantai Rekreasi Teluk Kalung turut mempunyai gerai makan yang menyediakan makanan santai orang setempat. Destinasi pantai ini juga berdekatan dengan mahligai besar bekas menteri besar Terengganu iaitu Dato’ Ahmad Said. Memang sangat cantik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Teluk Kalong, 24100 Kijal, Terengganu

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam (Percuma)


19. Pantai Rekreasi Kuala Kertih

pantai kuala kertih kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi pantai ini terletak di muara Sungai Kertih. Di sepanjang tebing Pantai Rekreasi Kuala Kertih ini, anda boleh melihat bot-bot nelayan yang keluar masuk melalui muara sungai ini. Selain itu, terdapat juga deretan gerai-gerai makan yang menyajikan makanan santai orang Terengganu seperti keropok lekor, mee sup, mee kari, jagung kisar & sebagainya. Di sini juga terdapat taman permainan kanak-kanak yang terletak di hujung jalan.

Di simpang masuk ke destinasi ini juga terdapat banyak kedai makan & medan ikan bakar yang sangat menarik untuk anda menjamu selera pada waktu malam. Sekiranya anda bermalam di hotel sekitar Kertih seperti di Resort World Kijal, bolehlah jalan-jalan ke sini pada waktu petang ataupun waktu pagi ketika matahari terbit. Panorama cahaya matahari jingga yang melimpahi permukaan muara di sini memang cukup menawan yang pasti membuatkan kaki DSLR tidak sabar untuk picit-picit kamera masing-masing.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jln Medan Ikan Bakar, 24300 Kerteh, Terengganu

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam ( percuma)


20. Pantai Penunjuk Kijal

pantai betunjuk kijal beach

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi tepi pantai yang menarik di Kemaman. Lokasinya sangat mudah untuk diakses dengan kenderaan & pemandangan dari pantai ini juga memang sangat menarik kerana ianya terletak berhampiran dengan muara sungai. Air lautnya jernih & batu-batuan besar di sini tidak kurang menariknya untuk anda mencari idea untuk merakam gambar landskap pantai. Pantainya yang berdekatan dengan muara sungai kecil kelihatan agak sama seperti landskap di Pantai Kuala Kertih.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Penunjuk, 24100, Terengganu

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam (percuma)


21. Pantai Kemasik

pantai kemasik kertih kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Kemasik terletak tidak jauh dari Ketih. Lokasinya sangat mudah diakses dari jalan besar Kertih-Chukai. Pantai ini mempunyai permukaan pantai yang tidaklah terlalu lapang seperti di Cherating tetapi tetap mempunyai tarikannya tersendiri. Paling menarik, bersebelahan dengan pantai ini terdapat laguna air seperti tasik yang sangat cantik pemandangannya pada waktu pagi.

Di sini juga terdapat deretan kedai makan yang boleh anda nampak sebaik sampai di pintu masuk ke Pantai Kemasik. Pelbagai menu makanan santai orang setempat yang ada di sini seperti lempeng nyor, keropok lekor & sebagainya. Struktur batuan besar berdekatan di pantai ini juga memang sangat unik & kalau anda kaki DSLR, subjek batuan tepi pantai sebegini pasti akan menjadikan foto landskap anda menarik bukan?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 24200, Jln Seberang Kemasik, Kampung Baru, 24210 Kemasik, Terengganu

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam ( percuma)


22. Gerai Lemang Kijal

gerai lemang kijal terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menuju ke Kertih dari Bandar Cukai, anda akan menjumpai deretan gerai menjual lemang yang terletak di Kampung Kijal. Sebaik sampai di lokasi, anda akan nampak kepulan-kepulan asap berwarna putih yang melintasi jalan raya di sini. Deretan gerai ini menempatkan beberapa penjual lemang yang masing-masingnya mempunyai peminat setianya tersendiri. Selain lemang, ada juga makanan tradisional lain yang boleh didapati di sini seperti sata, jeruk buah, serunding daging & sebagainya.

Peta Lokasi | Jarak

  • 24100 Kijal, Terengganu

  • 8.00 am – 10.00 pm

  • Destinasi makan


23. Mesra Mall

mesra mall kertih kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin membeli belah di kedai yang menjual barangan berjenama, destinasi yang paling ideal untuk anda terokai di Kemaman adalah di Mesra Mall yang terletak di Kertih & hanya 1 km dari Pantai Kemasik. Shopping Mall satu tingkat ini menempatkan lot kedai yang majoritinya lebih kepada pakaian, aksesori telefon, kedai buku & sebagainya.

Selain itu terdapat juga foodcourt di sini yang menarik untuk anda menerokai makanan popular orang setempat. Di sini juga terdapat panggung wayang yang sangat selesa & juga bowling. Memang agak pelik juga kenapa shopping mall yang boleh dikatakan agak moden ini boleh berada di Kertih & bukannya di bandar utama seperti di Chukai. Adakah mungkin kerana Bandar Kertih ini merupakan tempat ‘orang minyak’ ?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-8649000 | Facebook | Website

  • Mesra Mall, Lot 6490, Jalan Kemaman-Dungun, Daerah Kemaman, 24200 Kemasik, Terengganu

Waktu Operasi Mesra Mall Kertih

  • 10.00 am – 10.00 pm

  • Destinasi membeli belah


24. Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant

al safina beach resort kijal kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi penginapan tepi pantai yang sangat ideal untuk mereka yang inginkan keselesaan. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini mempunyai kolam mandi tertutup bersebelahan dengan bangunan villa ini. Selain itu, destinasi ini sangat terkenal dengan menu makanan timur tengah seperti chicken khabsah, nasi mandy & macam-macam lagi menu arab yang lain.

Destinasi ini sering menjadi lokasi syarkat & organisasi berdekatan untuk menganjur aktiviti seperti seminar & kursus. Penginapan yang cukup selesa & ditambah suasana landskap resort yang cantik ini pasti menjadi satu destinasi yang cukup ideal untuk mereka yang nak berbulan madu di Kemaman.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 6019-2403015 | Facebook

  • Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


25. Pasar Besar Kemaman

pasar besar kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang ingiin menerokai makanan tradisional & budaya orang setempat, apa kata ke Pasar Besar Kemaman. Destinasi pasar harian sebegini memang cukup menarik untuk anda mencari pelbagai makanan kenegerian orang di sini & membeli barang-barang keperluan harian.

Pasar Besar Kemaman merupakan pasar besar paling meriah di dalam Bandar Chukai & lokasi hanya bersebelahan dengan Sungai Kemaman. Selain pelbagai barangan basah yang segar seperti ikan, ayam, buah-buahan tempatan & sayur mayur, di sini juga ada beberapa peniaga yang menjual barangan kraf tangan. Sekiranya anda mencari barangan unik untuk dijadikan koleksi peribadi, destinasi ini mungkin destinasi ideal untuk anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Air Putih, Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu

  • 6.00 am – 2.00 pm

  • Destinasi pasar harian


26. Pantai Chendor

pantai chendor kemaman menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Kemaman, terdapat banyak pantai yang menarik untuk aktiviti riadah petang & juga bersantai melihat pemandangan laut. Salah satu destinasi yang menarik berdekatan dengan Bandar Chukai adalah di Pantai Chendor. Uniknya, lokasi pantai ini betul-betul bersempadanan dengan Negeri Pahang. Sekitar pantai ini terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan santai untuk anda makan sambil berkelah di tepi pantai.

Tahukah anda, walaupun nama Pantai Chendor ini tidak sepopular Pantai Teluk Mak Nik ( Monica Bay), tetapi pasir pantai di sini lebih putih & cantik. Mungkinkah kerana Pantai Chendor ini cantik kerana bersambungan dengan Pantai Cherating ? Sekiranya anda dari Kuantan menuju ke Kuala Terengganu melalui Bandar Chukai, bolehlah singgah di sini dahulu untuk melihat keindahan pantai ini & sambil berehat tenangkan fikiran sebelum meneruskan perjalanan anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Chendor, 24000 Chukai, Terengganu

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam ( percuma)


27. Restoran Terapung Bakau Tinggi

tempat makan malam best di kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin makan malam dengan pengalaman yang berbeza daripada biasa, apa kata ke Restoran Terapung Bakau Tinggi yang terletak berhampiran dengan Jambatan Bukit Kuang. Restoran ini sebenarnya terapung di atas Sungai Chukai & kalau berjalan di sini boleh rasa hanyut & bergoyang.

Namun sebaik duduk di tempat makan, kurang terasa hanyutnya & pemandangan yang menampakkan sungai di sini juga memang sangat menarik. Destinasi ini sangat ideal untuk anda makan malam dengan menu seperti masakan panas, ikan bakar, western food & sebagainya. Berdekatan dengan restoran ini juga terdapat jeti & platform rehat yang sangat sesuai untuk anda ambil gambar berlatarbelakangkan sungai & pokok-pokok hijau yang cantik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6014-5035585 | Facebook

  • Jalan Bakau Tinggi, Kampung Paya, 24000 Chukai, Terengganu

  • 4.45 pm – 12.30 am ( setiap hari)

  • Destinasi makan malam


28. Pasar Binjai

pasar binjai kemaman menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi pasar harian orang setempat yang boleh anda mencari aneka kuih muih orang tempatan. Pasar Binjai Lama ini hanya bersebelahan dengan pasar yang lebih baru & lebih tertumpu kepada barangan basah. Destinasi Pasar Binjai Lama ini tidaklah terlalu besar seperti Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu, namun sekiranya anda seorang foodhunter, destinasi sebegini mesti anda terjah dalam misi menerokai budaya & makanan menarik orang setempat. Bermacam jenis kuih orang Terengganu boleh anda cari di sini seperti kuih qasidah, paung, bronok, labu sira, tok aji serban, karipap inti ikan, nekbat, tepung gomok & macam-macam lagi.

Peta Lokasi | Jarak

  • Pasar Binjai, 24000 Chukai, Terengganu

  • 6.00 am – 2.00 pm

  • Destinasi pasar


29. Keladi Western Hut

western restaurant kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti yang tersedia maklum, makanan kenegerian orang Kemaman banyak yang berasaskan ikan seperti sata, otak-otak & sebagainya. Sekiranya anda alahan dengan ikan & seafood, anda boleh makan malam di destinasi ini yang terkenal dengan menu western . Pelbagai menu makanan menarik yang boleh anda cuba seperti pasta, chicken chop, lamb chop & sebagainya. Paling penting, harga makan di sini juga sangat ‘mesra poket’ rakyat & portion makanan yang dihidangkan juga pasti membuatkan anda berpuas hati.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-9274255 | Facebook

  • Keladi Western Hut, 24000 Kemaman, Terengganu

  • 5.00 pm – 12.00 am ( setiap hari)

  • Destinasi makan malam western bajet


30. Kolam Memancing Air Masin Kijal

kolam memancing menarik di kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda kaki pancing & ingin mencari destinasi terbaik untuk melempias minat anda di Kemaman? Apa kata ke Kolam Memancing Air Masin Kijal yang terletak tidak jauh dari beberapa penginapan tepi pantai menarik sekitar Pantai Kemaman seperti Kijal Beach B&B dan juga Resort World Kijal. Kolam memancing ini menawarkan pelbagai spesis ikan air masin untuk dipancing seperti siakap putih, jenahak, senangin & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-2092060 | Facebook

  • Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

  • 4.00 pm – 3.00 am ( setiap hari)

  • Yuran Sabtu – Khamis
    • 3 jam (minima): RM 45.00
    • Deposit: RM 5.00
    • Tambahan masa: RM 15/jam


31. Warung Aziz Satar

warung aziz satar di terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di sekitar jalan Kampung Geliga menuju ke Kuala Kemaman, terdapat beberapa warung yang menyediakan sata. Salah satu tempat yang tidak kurang menariknya adalah di Warung Aziz Satar. Lokasinya agak ke dalam sedikit menuju ke Kuala Kemaman. Kedai ini menyediakan pelbagai menu makanan santai yang menarik untuk pelancong cuba seperti otak-otak, pulut panggang, satay ikan & macam-macam lagi.

Kawasan kedainya juga luas & tidaklah terlalu sesak sewaktu ramai orang. Kalau anda datang ke sini waktu tengahari, terdapat juga nasi putih & lauk pauk yang tidak kurang menariknya. Setiap kedai sata yang popular di Kemaman ini mempunyai peminat masing-masing, sekiranya anda bercuti di Kemaman atau Cherating dalam tempoh yang lama, bolehlah cuba sata & otak-otak di kedai-kedai makan yang popular di sekitar Kampung Geliga ini.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-9346673 | Facebook

  • Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu

  • 9.00 am – 7.00 pm

  • Destinasi makan


Tempat Penginapan Menarik di Kemaman

Banyak bukan destinasi menarik yang ada di Kemaman? Kalau anda mencari penginapan yang betul-betul selesa & bertaraf 5 bintang di dalam daerah Kemaman, Resort World Kijal adalah jawapannya. Sekiranya anda ingin mencari penginapan yang lebih murah, pilihan hotel bajet lebih banyak di sekitar Bandar Chukai & sekitar Pantai Cherating.

Lokasi Bandar Chukai juga lebih strategik untuk anda bergerak sekiranya anda bercuti ke sini secara backpacking. Malah dari Bandar Chukai juga, anda boleh melawati majoriti tempat menarik di Cherating. Sila terokai 25+ tempat menarik di Cherating & juga yang berdekatan di Kemaman.

Cari Hotel di Kemaman

Tempat Makan Menarik di Kemaman

Selain itu, pilihan makanan kenegerian juga mudah untuk anda terokai sekitar Bandar Chukai. Banyak juga pasar & restoran menarik untuk anda menyelami makanan menarik yang ada di sini. Semoga senarai 23+ tempat menarik di Kemaman seperti di atas akan memudahkan anda merancang percutian anda di Kemaman. Selamat cuti cuti Malaysia di Kemaman, Terengganu. Wassalam.

4.4/5 - (54 votes)

Anda Mungkin Berminat

Gerai Gerai Lemang Kijal

Deretan gerai-gerai menjual lemang. Jangan lupa singgah kalau korang melalui jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Tak kira hari raya atau tidak, gerai-gerai lemang...

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul – Tempat Santai Orang Kemaman

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul yang terletak di Kemaman ini merupakan sebuah tempat lepak santai yang selalu menjadi kunjungan orang ramai terutamanya mereka yang berkerja di...

Pantai Kemasik – Siapa Datang Ganu WAJIB Mai Sini

Pantai Kemasik yang indah, bak berada di pantai cantik luar negara masih lagi tak mendapat sambutan oleh rakyat seluruh Malaysia. Memang ramai penduduk setempat...

Pantai Paka – Medan Berkelah PALING SYOK

Pantai Paka, walaupun nama bandar dia memang ramai selalu dengar, tapi tak ramai nak pergi pantai dia yang cantik ni. Dalam banyak-banyak pantai dekat...

10 Homestay di Kemaman untuk Percutian yang Santai

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Terengganu yang merupakan antara salah satu pilihan pelancong untuk datang kerana pantainya yang cantik dan bersih. Negeri ini...

Pantai Rekreasi Kuala Kertih – Singgah Sekejap Pun BERBALOI!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih, walaupun boleh dikatakan sebuah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain dekat Terengganu, masih lagi memuaskan kalau nak dijadikan...

31 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

31 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sani
Sani
1 year ago

Ada nasi dagang best ke area kemaman?

john
john
1 year ago
Reply to  Sani

ada tok sedara daus kemaman buat

usop
usop
2 years ago

di warung mas satar

Last edited 2 years ago by usop
Ahmad hadi
Ahmad hadi
2 years ago

Ingin tahu lokasi dan hari apa pasar malam yg paling besar d sekitar bandar kemaman…..

Nuru
Nuru
2 years ago
Reply to  Ahmad hadi

Hari khamis di padang astaka

Rusni
Rusni
3 years ago

Selain warung Ani kat Geliga/Kuala Kemaman, cuba pegi ke hujung Kuala Kemaman (masuk dlm LKIM). Lunch kat kantin LKIM tu sedap dan fresh…

ASYRAF
ASYRAF
5 years ago

Masih ada yg update blog… A very interesting + useful info Admin! Keep writing! Tqvm.

Zanzuri
Zanzuri
6 years ago

Nak beli kuih muih tradisi Kemaman gi ke pasar Binjai 5 km dri Cukai…mula niaga pkul 3 ptg
Kaki pancing udang boleh sewa perahu di Bukit Mentok @ Binjai
Boleh jalan2 di lalui jalan kaki paya bakau di Bakau Tinggi
Nak tengok rumah lama Jambi boleh ke Pasir Gajah

Syed
Syed
6 years ago
Reply to  Zanzuri

Mana nak cari sotong atau ikan celup tepung

Lutfi
Lutfi
6 years ago

Masukkan tempat menarik, salah satunya keladi western

Hubungi Kami

31
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x