7 Tempat Menarik Di Teluk Intan – Untuk Seisi KELUARGA

Salah satu daerah di Perak yang popular dengan tarikannya adalah Hilir Perak. Bandar utama di Hilir Perak ini adalah Teluk Intan atau nama asalnya Teluk Mak Hitam. Di sinilah tempat di mana banyak orang kunjungi dan bercakap tentangnya. Teluk Intan yang dikelilingi dengan aliran sungai Perak dan Sungai Bidor ini berkembang pesat dalam sektor pelancongan. Lokasi bersejarah dan tempat menarik di sini sering menerima tetamu tanpa putus.

Berikutan itu, kami ada senaraikan beberapa tempat menarik di Teluk Intan yang anda boleh kunjungi dan merehatkan minda sekiranya anda mencari lokasi-lokasi yang cantik dan berbajet murah.

7 Tempat Menarik Di Teluk Intan


1. Menara Condong

menara condong foto 2

Sebut saja Menara Condong Teluk Intan pasti rakyat Malaysia mengetahuinya tetapi tidak semua pernah menjejakkan kaki di sini. Terima jolokan kedua selepas Menara Pisa di Itali, Menara Condong di Teluk Intan ini berperanan sebagai menara jam dan mercu tanda di sini.

Menara setinggi 26 meter yang dibuka pada tahun 1885 ini memiliki 3 tingkat kesemuanya walaupun dari luar kelihatan 8 tingkat. Menara Condong ini telahpun berusia lebih dari 130 tahun. Kejadian condong pada menara ini berlaku semasa banjir besar pada tahun 1889 dan 1895 yang menenggelamkan menara tersebut.

Apabila masuk ke dalam menara ini, di dindingnya terdapat gambar-gambar dan informasi tentang sejarah menara condong ini. Menara condong ini sememangnya lokasi pelancongan bersejarah yang mesti dilawati dan lokasi bergambar yang cantik lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 8.00 am – 5.00 pm, Sabtu – Ahad: 9.00 am – 6.00 pm

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong


2. Batu Tenggek

batu bertenggek foto

Setanding dengan Menara Condong sebagai mercu tanda, Batu Tenggek juga terkenal sebagai tarikan bagi pelancong yang datang. Batu Tenggek yang bersaiz sebuah kereta kancil ini merupakan tugu peringatan bagi pahlawan ketika perang dunia kedua. Walaupun Batu Tenggek termasuk dalam senarai lokasi tumpuan pelancongan sekitar Teluk Intan ini, tetapi kewujudan tugu peringatan ini tidak banyak maklumat yang didapati.

Tugu peringatan Batu Tenggek ini jelas menggunakan batu dianggap sebagai sebuah tugu yang unik kerana hanya satu-satunya berada di Malaysia. Diatas batu tersebut juga tiada ukiran atau tulisan. Di bawah batu itu mempunya konkrit yang terdapat puisi bertajuk “For The Fallen“, di mana puisi peringatan pengorbanan perajurit perang ketika itu.

Alamat: Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong 


3. River Front Teluk Intan

riverfront foto

River Front di Teluk Intan ini mempunyai banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Sungai ini sering dikunjungi untuk beriadah, bersantai, bermain, merehatkan minda dan memancing. Bertemankan angin yang sepoi-sepoi, River Front ini juga memberikan landskap luas yang cantik buat mereka yang datang, lebih-lebih lagi pada waktu petang.

Kanak-kanak di sini boleh bermain taman permainan di sini sambil itu boleh menunggu menjelang senja untuk menikmati pemandangan cantik matahari terbenam. Mereka yang berpenat kerja mahupun belajar sesuai menenangkan diri di sini. Peminat fotografi juga mungkin boleh jadikan River Front sebagai kawasan unutk menangkap gambar.

Alamat: 6, Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong 


4. Anson Bali Living

anson bali living foto

Menyebut Bali di namanya sudah semestinya pusat penginapan ini berkonsep seperti berada di Bali. Lokasi penginapan yang bertaraf tinggi ini bertemakan Rumah Tetamu. Di Anson Bali Living memiliki jumlah bilik yang terhad. Walaupun begitu, bilik yang disediakan disini sangat cantik dengan dihiasi dekorasi dan mempunyai pemandangan yang indah.

Melihat gambar diatas sudah menjelaskan suasana jika beada di sini. Kemudahan di sini hampir lengkap bagi mereka yang bercadang untuk short vacation. Anson Bali Living mempunyai kafe mereka sendiri, malah keadaannya sangat cantik dan sungguh romantik. Pelbagai menu yang disediakan disini dengan rasanya dan visualnya dihidangkan bak hotel mewah.

Pelanggan yang datang ke sini sesuai untuk pasangan yang ingin masa bersama, menyambut hari kelahiran, berjanji temu, berurusan kerja dan banyak lagi. Suasana di sini nyaman dan sepi akan membuatkan anda berasa bercuti di kawasan jauh dari kesibukkan.

Alamat: 1861, Jalan Manggis, 36000 Teluk Intan, Perak

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-26291861

Whatsapp Anson Bali Living


5. Rick Resort

rick resort foto

Resort ini jelas kita nampak penginapan berkonsepkan rumah di Mongolia yang dipanggil Yurt. Resort unik yang berada di Teluk Intan dan memiliki fasiliti yang hampir lengkap seperti menginap di hotel dengan kelengkapan seperti barangan elektrik, WiFi dan banyak lagi. Harga yang berbaloi ditawarkan bagi penginapan di sini dan sesuai bagi mereka yang ingin melarikan diri sebentar dari kesibukkan kota.

Di sini memiliki 27 bilik keseluruhannya dan 2 banglo. Yurt yang bukan diperbuat daripada konkrit akan menyebabkan anda boleh mendengar suasana di luar bilik.  Disediakan juga kolam renang indoor yang agak besar untuk kanak-kanak dan dewasa untuk bermandi-manda.

Mencari makan juga mudah dijumpai di kawasan ini kerana mempunyai kedai-kedai yang terdekat. Tambahan lagi lokasi resort ini berdekatan dengan banyak tarikan utama di Teluk Intan. Basikal juga boleh disewa disini jika anda ingin bersiar-siar menaikinya di waktu petang.

Alamat: Lot 31156, Jalan Woo Saik Hong, Taman Tow Yuan, 36000 Teluk Intan, Perak

Lokasi | Laman Web | Agoda | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 010-2361150

Whatsapp Rick Resort


6. Restoran Udang Galah Teluk Intan

restoran udang galah teluk intan foto

Singgah di pekan Teluk Intan ini pasti akan terus nampak papan tanda Restoran Udang Galah Teluk Intan.  Restoran yang pernah didatangi  orang-orang ternama dan pernah dipaparkan di surat khabar ini pastinya boleh menjamin kelazatan makanan dengan harga yang berbaloi yang disediakan.

Sudah tentu menu popular di sini ialah hidangan Udang Galah Tumis mereka, tetapi jangan mula bosan dulu kerana di sini ada banyak menu lain yang dihidangkan seperti masakan lemak, goreng-gorengan, masakan kicap dan banyak lagi.

Anda boleh membuat tempahan jamuan makan, tidak kisah majlis seperti berbuka puasa dan sebagainya di sini kerana mereka ada menyediakan sebuah dewan yang memuatkan sekitar 100 orang. Selain tempahan dewan makan, mereka juga menerima tempahan makanan jika ada yang ingin makan menu mereka di rumah.

Alamat: 1918, Jalan Sekolah, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Waktu Operasi: Ahad – Tutup, Isnin – Sabtu: 8.00 am – 6.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-26427712

Whatsapp Restoran Udang Galah Teluk Intan


7. Coffe Lab Cafe

coffe lab cafe foto

Bersebelahan dengan MR. DIY Teluk Intan, Coffe Lab Cafe ini bukan saja menghidangkan minuman kopi, mereka juga menghidangkan minuman lain dan makanan lain. Di sini mereka menawarkan makanan tempatan, barat, kek, makanan diet dan pencuci mulut. Menu mereka hampir lengkap kerana mempunyai menu berasakan ayam, daging, sayur, buah, roti dan banyak lagi.  Kiranya pelbagai makanan anda boleh cuba di sini.

Bukan itu sahaja, di sini mereka menyediakan menu yang berbeza pada setiap hari dan mengikut waktu makan. Di Coffe Lab Cafe sesuai sebagai tempat berbincang atau berjumpa kerana suasananya yang selesa. Tambah menarik apabila minuman dan makanan di sini boleh dipesan dengan hiasan tulisan dan gambaran seperti nama anda, ‘Happy Birthday‘ dan art plating sajian makanan juga menarik. Berbalik pada nama kedai ini Coffe Lab Cafe, kedai ini menjamin kepuasan bagi pecinta kopi dan penggemar latte art.

Alamat: 4A-G, Jalan Laman Intan, Bandar Baru, 36000 Teluk Intan, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari: 7.00 am – 12.00 am

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 05-6104117

Whatsapp Coffe Lab Cafe


Macam mana dengan lokasi yang kami senaraikan? Semuanya menarik dan kebanyakkan menjadi lokasi pelancongan rasmi pelancong datang ke Teluk Intan, Perak ini. Tempat-tempat tertera pasti akan meninggalkan memori yang susah dilupakan jika singgah di sana nanti. Selain Teluk Intak, anda juga boleh pergi ke tempat-tempat menarik di Perak yang lain.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 6 Homestay Terbaik di Teluk Intan yang Patut Anda Cuba!

Adakah anda memilih Teluk Intan sebagai destinasi pilihan untuk bercuti atau menetap di homestay? Pastinya anda telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang akan anda...

Stesen Bas Teluk Intan – Mari Kita Merantau ke Perak!

Teluk Intan ialah pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Ianya terletak di selatan negeri Perak dan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak...

10 Tempat Makan Teluk Intan Plg SEDAP

Bagi anda yang sedang bercuti di Teluk Intan dan sedang mencari tempat makan terbaik, boleh jadikan perkongsian kami ini sebagai sumber rujukan utama. Ini...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x