Isi Kandungan
Tawau mungkin tidak sepopular tempat pelancongan lain di Sabah seperti Pulau Sipadan ataupun Pulau Manukan di KK. Namun sekiranya anda menjejakkan kaki di sini jangan lepaskan peluang untuk melawat ke beberapa tempat menarik di Tawau yang tidak kurang hebatnya.
Kebanyakan tarikan yang ada di Tawau lebih tertumpu kepada tarikan alam semulajadi yang masih asli dan terjaga dengan baik.
Maliau Basin
Bagi pencinta alam sekitar, Meliau Basin merupakan destinasi yang sangat ideal untuk aktiviti seperti jungle trekking dan melihat burung liar.
>> Cari Hotel Terbaik di Tawau <<
Nak ke sini pun agak susah kerana lokasinya terletak di dalam hutan dan memerlukan kenderaan yang lasak untuk ke sana.
Selain melihat keindahan hutan dan hidupan liar di sini, tarikan utama lain yang ada di Meliau Basin ialah air terjun 7 tingkat yang sangat terjaga dan masih dikekalkan keaslian alam semulajadinya.
Taman Bukit Tawau
Taman Bukit Tawau merupakan tempat tadahan hujan yang dikelilingi dengan hutan dan pokok-pokok besar yang memang sangat rare untuk dijumpai. Lokasinya kira-kira setengah jam perjalanan menaiki kereta.
Di sini memang banyak tarikan alam semulajadi yang ada yang sesuai untuk aktiviti perkelahan bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Antara yang menarik di Taman Bukit Tawau ini ialah adanya Air Terjun Bukit Gelas dan Air Terjun Table. Sesudah mandi air terjun, bolehlah pula anda singgah di kolam air panas semulajadi yang ada tidak jauh dari sini.
Satu lagi tarikan di Taman Bukit Tawau yang membuatkan ramai pengkaji luar negara datang ke sini ialah, terletaknya pokok hutan tropika yang tertinggi di dunia yang lebih 80 m tingginya. Tidak jauh dari pejabat pentadbiran Taman Bukit ini, terletak sebuah kebun yang menempatkan ratusan pokok-pokok bunga orkid. Lihat video menarik di Taman Bukit Tawau.
Batu Bersusun – satu tempat menarik di Tawau yang paling unik
Bagi anda yang mencari sesuatu tarikan yang unik, anda boleh ke Sungai Balung. Di sini bukannya ada sebuah pulau atau gunung yang tinggi seperti Kota Kinabalu, tetapi mempunyai tarikan susunan bongkah batu gunung berapi yang bersegi yang dipercayai berusia lebih 26 ribu tahun.
Di sepanjang Sungai Balung ini, boleh dianggarkan ratusan bongkah batu ini dan bentuknya yang bersegi pentagon seolah-olah diukir dan disusun oleh manusia walaupun hakikatnya ianya adalah pembentukan semulajadi yang terjadi akibat penyejukan aliran magma selepas letusan gunung berapi.
Pasar Tanjung Tawau
Sekiranya anda ke Tawau, jangan lupa singgah di Pasar Tanjung Tawau yang sangat besar dan memuatkan lebih 6000 gerai di dalamnya. Bagi mereka yang mencari makanan tempatan, makanan ringan dan makanan laut kering seperti ikan masin atau rumpai laut kering, di sinilah tempatnya.
Pasar yang dibina dengan kos RM 25 juta ini menjadi tumpuan orang Tawau untuk mencari barang keperluan harian samaada sayuran, buah-buahan, daging, pakaian, kosmetik dan sebagainya. Setiap kali musim perayaan, memang sesak orang di sini untuk shopping. Satu tempat menarik di Tawau untuk shopping yang wajib pelancong singgah untuk melihat budaya orang sini.
Sungai Balung
Bagi anda yang inginkan tempat percutian yang jauh dari kesesakan bandar, salah satunya ialah ke Sungai Balung dan di sini terdapat resort yang dikelilingi dengan kebun dan alam flora yang pasti menenangkan jiwa raga.
Lokasinya kira-kira 40 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau dan di sini juga menempatkan resort, kolam renang, restoran serta banyak kemudahan yang sesuai untuk percutian bersama keluarga atau sebagai destinasi team building.
Melihat keindahan flora fauna, makan buah segar di kebun dan mandi air terjun di sini sememangnya satu kombinasi yang sangat menarik untuk pelancong.
Bukit Gemuk
Satu lagi tempat menarik di Tawau yang lebih kepada tarikan alam sekitar yang merupakan sebuah Hutan Simpan Sabah. Lokasinya terletak dalam setengah jam memandu dari bandar Tawau.
Di sini anda boleh melakukan jungle trekking ke puncak dan di sepanjang perjalanan terdapat kemudahan pondok-pondok untuk berehat. Dalam sejam pendakian melalui denai yang disediakan anda akan sampai di Canopy Walk Titian Selara.
>> Cari Hotel Terbaik di Tawau <<
Semoga senarai tempat menarik di Tawau, Sabah seperti di atas memberi anda inspirasi dan idea untuk makan angin di sini kelak. Selamat mencuba.
Tahniah n tq bagitau semua tempat terbaik ni. Org twu sendiri pun blm pegi ke semua tempat di atas.. TQVM