Tarikan destinasi menarik di Subang Jaya seperti di bawah ini merupakan sebahagian daripada tempat menarik di dalam Daerah Petaling selain Shah Alam dan Petaling Jaya. Subang Jaya umumnya berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Ringkasnya, kebanyakan tempat-tempat menarik di Subang Jaya juga sama seperti di Petaling Jaya iaitu lebih kepada kawasan bandar dan tarikan taman hiburan keluarga.
Destinasi di bawah merupakan beberapa tempat tarikan yang ada di sekitar bandar utama di bawah pentadbiran MPSJ seperti Subang Jaya, Puchong, USJ, Seri Kembangan dan Serdang.
Tempat menarik di Subang Jaya paling popular
SimflightKL – Seperti juga AVIAX di Shah Alam, destinasi ini merupakan satu tarikan yang sangat unik untuk dicuba di mana pengunjung boleh mencuba membawa pesawat Airbus A320 atau Boeing 737 secara maya. Memandu pesawat menggunakan simulator ini sememangnya real seperti anda berada di dalam kokpit pesawat yang sebenar. Pengunjung juga berpeluang membawa pesawat yang sebenar dengan menggunakan Cessna 172 atau Piper PA 28 ataupun mungkin mencuba pengalaman menaiki helikopter dari jenis Robinson R44, EC120 ataupun AS350.
KLFarm in the City – Terletak di Subang Jaya, destinasi ini sangat sesuai kepada mereka yang sukakan aktiviti interaksi dengan haiwan dan melihat flora fauna. Konsepnya adalah seperti sebuah perkampungan zoo yang menempatkan seratus spesis haiwan yang menarik dan ditempatkan di dalam kandang berkaca. Ada juga haiwan yang jinak yang boleh disentuh tanpa apa-apa halangan seperti arnab, kura-kura gergasi, rakun dan juga tikus belanda. Satu tempat menarik di Subang Jaya yang sangat ideal untuk dikunjungi bersama anak-anak untuk lebih mengenali haiwan-haiwan eksotik ini.
Asean Water Sports Village Puchong – Bagi mereka yang sukakan aktiviti yang merembes hormon adrenalin pada tahap maksimum, apa kata anda ke sini. Kawasan rekriasi ini menawarkan sukan air yang sangat ektrem yang mana rata-ratanya memerlukan anda ditarik dengan bot laju. Antaranya ialah permainan GX4, Banana Boat, Aqua Fly, Graphic Deck, EvoPro 3, Fly Fish, Fifty Four dan Turbo Blast. Terdapat juga aktiviti santai lain yang sesuai untuk anak-anak seperti berkayak ataupun bermain layang-layang.
Speedway PLUS Go-Kart – Salah satu venue yang sangat popular di Selangor dan KL untuk aktiviti sukan pemotoran go-kart baik untuk pertandingan atau untuk mereka saja yang ingin mencuba. Terletak di USJ Subang Jaya litar yang sepanjang hampir 1km ini memang sangat mencabar dengan pelbagai jenis selekoh. Bagi mereka yang ingin ke sini untuk mencuba sukan ini disarankan untuk semak dahulu tarikh untuk mengelak daripada bertembung dengan apa-apa acara khas lain.
TT Sport Park – Bagi mereka yang suka berperang di lapangan paint ball, apa kata anda ke sini bersama rakan-rakan. Destinasi yang dianggap antara lapangan perang paint ball terbesar di Selangor ini mempunyai beberapa kawasan medan perang yang berlainan suasananya dan tahap cabarannya. Bagi yang inginkan pengalaman berperang seperti di dalam hutan, bolehlah datang ke TT Sport Park yang terletak berdekatan dengan Taman Subang Ria.
RC Planet – Merupakan satu tempat yang popular di kalangan mereka yang sukakan hobi pemainan yang menggunakan alat kawalan jauh (remote control). Destinasi ini mempunyai litar yang dibina khas seolah-olah menyamai litar sebenar untuk tujuan pertandingan lumba kereta kawalan jauh atau untuk latihan. Di sini juga ada menjual barangan alat ganti atau aksesori untuk kereta-kereta alat kawalan jauh samaada yang baru atau yang second hand.
Taman Subang Ria– Sebuah taman rekreasi bertasik yang sangat popular di kalangan warga setempat untuk beriadah dan melakukan aktiviti outdoor seperti berbasikal dan juga berkelah dengan keluarga di tepi tasik. Di sini jugalah terletaknya sebuah lapangan permainan paint ball yang dikenali dengan TT Sport Park yang dianggap antara yang terbesar di dalam Selangor. Sering juga menjadi kunjungan mempelai baru untuk sesi photoshoot gambar wedding.
Core Design Gallery – Sebuah galeri seni yang sangat eksklusif yang menempatkan pelbagai hasil karya yang dihasilkan oleh artis terkenal tanahair seperti Shafarin Ghani, Husin Hourmain dan juga Ali Nurazmal Yusoff. Selain tarikan hasil karya di sini, bangunan galeri ini sendiri juga sangat cantik dengan kombinasi rekabentuk berkonsepkan Bali dan elegan. Bagi penggemar seni, destinasi ini wajib anda datang untuk mencari idea projek seni anda yang seterusnya sambil-sambil melihat sendiri bagaimana sebidang hasil seni di sini boleh mencecah harga yang sangat mahal.
Clay Expression – Bagi mereka yang ingin mencuba membuat barangan seni berasaskan tanah liat, apa kata ke Clay Expression, sebuah galeri yang terletak di Subang Jaya yang mempunyai kelas, pameran dan workshop yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau anda ada anak-anak yang masih kecil sesuai untuk ke sini mengasah mindah dengan melihat seni pembuatan arca yang unik atau mungkin mencuba untuk reka arca anda sendiri.
Kilang Coklat Beryl’s – Satu lagi tempat menarik yang sesuai untuk dilawati dengan kanak-kanak dan destinasi ini terletak di Kawasan Perindustrian Sri Kembangan di mana di sini terdapat satu ruangan pameran yang memaparkan informasi tentang cara-cara proses pembuatan Coklat Beryl’s. Di samping itu, pengunjung juga boleh melihat proses-proses pembuatan coklat dan pembungkusan di sebalik cermin kaca. Kalau ke sini jangan lupa untuk membeli aneka pilihan coklat yang ada sebagai ole-ole seperti coklat strawberi, coklat almond, coklat nangka dan sebagainya.
Destinasi Kompleks Membeli Belah di Subang Jaya
The Summit Subang USJ – Merupakan sebuah pasaraya yang dianggap paling besar yang terdapat di dalam kawasan Subang Jaya dan berhubung dengan Menara Summit dan juga The Summit Hotel Subang USJ. Destinasi ini juga lengkap dengan pelbagai jenis outlet barangan pakaian, fesyen, barangan sukan mahupun tempat hiburan keluarga seperti panggung wayang, bowling dan pusat karaoke keluarga.
Empire Shopping Gallery – Juga dikenali dengan ESG, destinasi ini merupakan sebuah tempat membeli belah yang menempatkan lebih 190 outlet yang menjual pelbagai produk gaya hidup yang berjenama tempatan mahupun luar negara seperti Crocs, Pandora, Charles & Keith, Guess dan sebagainya. Kompleks pasaraya enan tingkat ini mempunyai senibina landskap bangunan yang elegan dan ruangan landskap luar yang cantik.
One City Mall – Sebuah pusat membeli belah yang agak menarik untuk dikunjungi di USJ, Subang Jaya. Dan yang menjadi tarikan utama di sini bukanlah outlet-outlet yang ada di dalamnya tetapi sky park yang berada di aras bumbung bangunan ini. Sky Park ini merupakan satu taman di bumbung di mana lantainya diperbuat daripada kaca yang jernih yang boleh anda nampak terus ke aras pertama bangunan. Nak rasa perasaan gayat bolehlah singgah di SkyPark ini untuk aktiviti skywalk.
Subang Parade – Salah satu pasaraya yang terawal yang ada di Subang Jaya yang terletak berdekatan dengan Wisma Consplant dan Empire Subang in SS16. Destinasi ini menawarkan pelbagai outlet kedai yang menjual barangan fesyen dan pakaian baik jenama tempatan mahupun luar negara. Subang Parade juga terkenal sebagai tempat yang lengkap untuk lepak bersama kawan-kawan atau berkunjung ke hiburan keluarga yang ada di sini seperti panggung wayang dan karaoke.
First Subang Mall – Dari luar kompleks bangunan pasaraya ini memang nampak lebih cantik dan mewah dengan binaannya yang lebih kepada rekabentuk kaca dan besi. Di sini terdapat pelbagai pilihan barangan seperti produk pakaian, aksesori telefon pintar, kedai buku dan sebagainya. Bagi yang ingin membeli barangan harian, pengunjung boleh ke Giant Hypermarket yang terletak di dalamnya. Pilihan tempat makan yang menarik juga ada di sini baik restoran western mahupun makanan tempatan.
The 19 USJ City Mall – Sebuah lagi destinasi kompleks membeli belah yang popular di Subang Jaya yang juga boleh dikategorikan serba lengkap untuk aktiviti membeli belah dan makan-makan. Di sini terdapat pelbagai pilihan outlet pakaian baik pakaian kelas butik dan juga aneka pilihan kedai barangan pakaian bayi seperti Zara Kids, Pumpkin Patch,Carter’s, Baby Gap, Guess dan Levi’s. Lokasinya juga senang dicari dan kemudahan untuk pengunjung baik parking dan pilihan restoran yang best pun banyak.
Subang Avenue – Bangunan ini menempatkan apartment dan pasaraya yang mempunyai begitu banyak outlet kedai dari pelbagai kategori, serta juga mempunyai tarikan hiburan keluarga yang sesuai untuk dilawati di hujung minggu. Salah satu tarikan yang paling terkenal di sini ialah The Wheels iaitu sebuah tempat bersukaria tertutup untuk bermain roller blade dan skating. Kalau ada yang membuat servis homestay di sini, saya kira memang sangat ideal untuk penginapan anda kerana kemudahan yang sangat banyak yang sudah tersedia di bawah bangunan sahaja.
Main Place USJ – Terletak di USJ 21, Persiaran Kewajipan, destinasi ini merupakan sebuah bangunan menempatkan kediaman, tempat membeli belah, hiburan keluarga dan tempat makan-makan. Memang beruntung sesiapa yang tinggal di sini kerana tak perlu susah-susah naik kereta atau train untuk jalan jalan di hujung minggu. Main Place USJ dilengkapi dengan outlet barangan gaya hidup dan produk famili yang pelbagai jenama dan juga lengkap dengan pilihan tempat makan samaada untuk makan tengahari ataupun makan malam.
Memang banyak destinasi menarik di Subang Jaya, Selangor untuk dilawati baik bersama keluarga mahupun untuk luangkan masa dengan kawan-kawan dengan aktiviti yang berfaedah. Selamat mencuba dan Wassalam.
ternyata banyak juga tempat menarik yg saya tak tahu
thank u dah share
Banyak juga mall yang tak pernah dikunjungi lagi ni