Isi Kandungan
Banyak tempat menarik di Singapore yang boleh anda kunjungi dengan keluarga. Ada beberapa destinasi yang mungkin anda boleh cari di Malaysia, namun ada juga destinasi pelancongan di sini yang tiada di Malaysia dan mesti anda datang kalau ke Singapura.
Secara umumnya, walaupun Singapore ini kecil negaranya, tetapi mempunyai banyak destinasi yang sangat unik dan moden untuk dilawati. Jom kita lihat beberapa tarikan pelancongan di Singapore yang best.
Cloud Forest
Satu taman yang sangat unik dan menarik untuk dilawati. Cloud Forest ibarat sebuah taman seperti dalam filem seperti dalam movie Jurassic Park 2015 ataupun Mission Impposible 2015. Ada adegan yang mana diadakan di dalam sebuah kubah yang dipenuhi dengan tumbuhan, bunga-bunga dan air terjun.
Dengan laluan pejalan kaki yang bertingkat, anda boleh melihat keindahan keselurahan taman hutan ini dari sudut yang berbeza. Dengan kata lain, berada di sini seperti berada di dalam hutan atau taman pada masa hadapan.
Gardens by The Bay
Satu lagi tempat bagi mereka yang gemarkan suasana alam semulajadi yang cantik. Garden by The Bay merupakan sebuah taman tumbuh-tumbuhan yang diliputi satu dome atau kubah dan mempunyai 3 taman iaitu Bay South Garden, Bay East Garden dan Bay Central Garden.
Setiap taman di sini mempunyai koleksi pokok dan bunga-bunga yang banyak dan bervariasi di samping waterfall buatan manusia yang menambahkan seri lagi tempat ini. Waktu terbaik untuk datang ke sini ialah pada sebelah malam diantara pukul 7-9 malam kerana anda boleh melihat cahaya-cahaya lampu neon berwarna-warni yang melimpahi pokok dan bunga di sini.
National Orchid Garden
Sebuah taman bunga yang sangat teratur dan diurusakan dengan baik. Sekiranya anda suka dengan bunga dan tumbuhan, National Orchid Garden boleh dianggap sebagai syurga bunga untuk anda.
Kebanyakan taman bunga di sini adalah percuma dan kalau nak ke taman orchid, ada tiket yang dikena sebanyak 5 dollar sahaja. Banyak laluan menarik yang dikelilingi bunga-bunga yang sangat cantik dan pasti membuatkan anda tak duduk diam untuk mengambil gambar.
Pastikan anda membawa topi dan air kerana kalau pada waktu tengahari, suhu di sini agak panas. Satu tempat menarik di Singapore untuk keluarga yang ingin lebih dekatkan diri dengan alam serta tumbuh-tumbuhan.
Singapore Zoo
Seperti di kebanyakan zoo yang pernah anda pergi, Zoo Singapore juga mempunyai pelbagai binatang dalam dan luar negara yang sesetengahnya tiada di Malaysia. Antara binatang yang menarik ada di sini ialah beruang koala yang dibawakan khas dari Australia.
Banyak binatang lain yang turut ada seperti harimau, singa, penguin dan sebagainya. Reka bentuk zoo yang lebih menggunakan alam semulajadi sebagai pagar binatang membuatkan seolah-olah anda berada di sebuah taman botani yang ada berbinatang. Satu tempat menarik di Singapura yang pasti membuatkan anak-anak anda teruja.
Night Safari di Zoo Singapore
Bagi anda yang inginkan pengalaman melihat binatang liar pada waktu malam, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Night Safari. Di sini menempatkan lebih 2000 ekor binatang dalam satu kawasan yang luas dan mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan perjalanan Nigh Safari anda.
Mungkin bukan satu tempat yang sesuai untuk dikunjungi dengan bayi terutamanya pada waktu puncak kerana nda berkemungkinan terpaksa beratur berjam lamanya untuk menunggu giliran menaiki tram.
Marina Bay
Satu tempat di Singapore yang mempunyai landskap yang sangat cantik di tepi air. Waktu terbaik untuk datang ke sini ialah pada lewat petang dan awal malam. Ada juga pertunjukkan lampu laser beberapa kali yang menjadi salah satu tarikan di sini.  Kalau waktu puncak, memang ramai pelancong yang datang ke sini untuk bersiar-siar dan mengambil gambar di sekitarnya. Jom Baca: Tempat menarik di KL
Singapore Flayer
Bagi anda yang ingin melihat bandaraya Singapura dari lokasi yang tinggi, salah satu caranya ialah dengan menaiki Singapore Flayer. Roda gergasi ini akan membawa anda selama 30 minit untuk melihat view yang pasti membuatkan anda tercengang dengan keindahan bandarnya terutama ketika waktu matahari terbenam dan di malam hari.
Sekiranya anda bercadang nak ke sini, disarankan untuk membeli tiket secara online, atau beli tiket di waktu pagi.
Waterfront Promenade
Satu tempat bersiar-siar di tepi air yang sangat cantik pemandangannya. Kebanyakan pelancong datang ke sini untuk mengambil gambar bangunan dan mercu tanda Singapura yang ada di sini.
Samaada di waktu siang atau malam, view di sini sememangnya sangat mempersonakan. Kalau pada waktu malam, ada juga pertunjukan cahaya sekitar pukul 8 dan 9.30 malam.
Universal Studio Singapore
Merupakan taman tema yang sangat best bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk orang dewasa. Terdapat pelbagai jenis permainan di sini yang jauh lebih menarik dengan apa yang ada di Genting Highland.
Sekiranya anda nakkan ledakan hormon adrenalin yang maksimum, jangan lupa untuk mencuba roller coaster di dalam terowong gelapnya dan juga Transformers Ride. Bagi kanak-kanak pula, salah satu tarikan yang paling best ialah menonton cerita Shrek 4D. Harus ingat, kalau pada waktu puncak, memang ramai yang ke sini dan kadang-kadang anda terpaksa beratur sehingga berjam lamanya hanya untuk menaiki roller coaster. Dan sekiranya anda malas beratur panjang, boleh beli tiket ‘express pass‘.
S.E.A. Aquarium
Sebuah aquaria yang besar dan setanding dengan Aquaria KLCC di Kuala Lumpur. Menempatkan pelbagai jenis ikan laut seperti jerung, ikan lumba-lumba, obor-obor, ikan pari dan sebagainya yang pasti membuatkan anak-anak teruja.
Jurong Birdpark
Sebuah taman burung yang besar yang menempatkan ribuan jenis burung daripada pelbagai spesis dalam dan luar negara. Pertunjukan burung yang diadakan mengikut jadual tertentu pasti sesuatu yang tidak mahu anda lepaskan kalau berpeluang berkunjung ke sini. Anda juga boleh mengambil gambar dengan burung yang jinak dengan lebih dekat. Jurong Birdpark sememangnya satu tempat menarik di Singapore yang mesti anda datang dengan anak-anak.
Akhir kata, semoga artikel ini memberi anda inspirasi dan idea untuk bercuti ke tempat-tempat menarik di Singapore seperti di atas. Rancang perjalanan anda untuk mengelakkan sebarang kerumitan dan carilah hotel dan penginapan yang bersesuaian dengan bajet anda.