Isi Kandungan
Sandakan di Sabah merupakan tempat pelancongan yang sangat popular di kalangan pelancong asing yang cintakan keindahan alam semulajadi & hidupan hutan di Borneo. Tumpuan utama tempat-tempat menarik di Sandakan yang popular lebih tertumpu kepada destinasi yang berbentuk seperti pulau & juga taman haiwan yang menempatkan spesis binatang yang sinonim dengan kepulauan borneo.
Jika anda seorang pelancong yang tidak sukakan hiruk pikuk suasana bandar, sangat disyorkan untuk melancong ke Sandakan. Pengalaman bercuti di Sandakan juga sebenarnya seperti sedang bercuti di negara jiran berdekatan kerana ada campuran suasana & kebudayaan dalam masyarakat setempat.
15+ Destinasi & Aktiviti Menarik di Sandakan, Sabah
Untuk memudahkan perjalanan anda di Sandakan, turut tersedia di bawah beberapa informasi penting untuk rujukan anda seperti peta lokasi, jarak perjalanan, waktu operasi & hotel terdekat. Semoga informasi sebegini akan memudahkan anda untuk menjadi pelancong yang bijaksana dalam merancang agenda percutian di Sandakan kelak. Teruskan membaca.
1. Turtle Island Park
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Nama Pulau-Pulau Penyu ini sebenarnya terdiri daripada 3 buah pulau yang menjadi tempat pendaratan utama penyu untuk bertelur di timur selatan Asia. 3 buah pulau yang dimaksudkan adalah Pulau Gulisan, Pulau Selingan & juga Pulau Bakkungaan Kecil. Selain di Terengganu, perairan di Sabah juga memang sangat popular dengan penyu & kebiasaannya penyu-penyu ini akan mendarat di kawasan pantai sekitar 3 pulau ini pada waktu malam & ketika air laut surut. Jika teringin melihat dengan mata kepala sendiri penyu bertelur secara ‘live’, kenalah datang pada waktu ini.
Terdapat dua jenis penyu yang banyak mendarat di 3 pulau ini iaitu spesis Penyu Hijau (Green Turtle) & juga Hawksbill Turtle. Antara 3 pulau ini, Pulau Selingan lebih menjadi tumpuan penyu-penyu ini untuk bertelur kerana di sini terdapat taburan terumbu karang yang lebih luas yang menjadi kawasan kesukaan penyu berkeliaran. Jika ingin melihat penyu bertelur sebaiknya berkunjung antara bulan Julai-Oktober untuk melihat spesis Green Turtle, manakala antara Februari-April adalah untuk melihat penyu jenis Hawksbills Turtle.
Bagaimanapun, penyu-penyu ini sebenarnya sentiasa bertelur sepanjang tahun di pulau-pulau ini, namun dalam bilangan yang tidaklah sebanyak seperti waktu musim puncak. Di Pulau Selingan juga terdapat Selingan Turtle Island Chalet yang ideal untuk dijadikan tempat bermalam. Jika anda berhasrat untuk melihat keindahan kawasan terumbu karang dasar laut & gemarkan aktiviti di air seperti snorkeling, bolehlah menginap di sini.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi |Â Jarak |Â Website
- Turtle Island National Park, Sandakan, Sabah
- Sepanjang tahun.
- Musim peralihan angin monsun tidak digalakkan
- Bergantung kepada pakej oleh agensi pelancongan pilihan
- Maklumat lanjut layari website ini
- Untuk penginapan di Selingan Turtle Island Chalet, semak harga di sini.
2. Pulau Lankayan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Pulau terpencil yang mengambil masa 1 jam 30 minit perjalanan bot dari jeti di bahagian utara Sandakan merupakan sebuah pulau yang masih terpelihara keindahannya & mempunyai hidupan marin yang sangat menarik untuk pelancong yang cintakan keindahan dasar laut terokai. Sekiranya anda penyelam berlesen, di sinilah antara tempat menarik di Sandakan untuk aktiviti scuba diving & lebih menarik, jika berkunjung antara bulan Mac-May, anda berpeluang melihat kelibat Whale Shark di dasar laut.
Pulau Lankayan juga terletak di dalam koridor pendaratan penyu jadi anda juga berpeluang melihat penyu spesis Green Turtle bertelur di sekitar kawasan pantai di pulau ini. Terdapat juga sebuah penginapan terkenal di sini iaitu Lankayan Island Dive Resort yang juga sangat menarik untuk pelancong bermalam. Lokasi penginapannya juga mengadap pantai yang sangat cantik & membiru serta sungguh saujana mata memandang.
Jika anda mendambakan sebuah percutian di pulau yang jauh dari hiruk pikuk kota raya & inginkan privasi, Pulau Lankayan adalah salah satu tempat menarik di Sandakan yang paling disyorkan. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menempatkan tentera di sini bagi mengawal keselamatan pelancong & mengelak sebarang pencerobohan yang tidak diingini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Pulau Lankayan, Sandakan, Sabah
- Sepanjang tahun
*untuk scuba diving, waktu terbaik antara Mac-May.
*sila semak dengan Jabatan Meteorologi.
- Bergantung kepada pakej di resort
- Untuk harga penginapan di Lankayan Island Dive Resort, semak harga sini.
*perjalanan naik bot dari utara Sandakan makan masa 1 jam 30 minit.
3. Rainforest Discovery Centre (RDC)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Rainforest Discovery Centre (RDC) ini telah berkembang dari sebuah Pusat Pembelajaran Alam Sekitar pada tahun 1996 untuk menjadi sebuah tempat pelancongan & juga sebagai pusat pembelajaran alam sekitar yang popular di Sabah. RDC terletak di Hutan Simpan Sipilok-Kabili & ianya juga berdekatan dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang merupakan sebuah habitat terjaga untuk haiwan yang cukup sinonim dengan kepulauan Borneo, iaitu orang utan. RDC ini diselenggarakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.
Tujuan utama RDC ini diwujudkan adalah sebagai pusat pembelajaran alam sekitar untuk pelajar atau guru-guru & ianya telah dibuka kepada umum sejak Ogos 2007 lagi. RDC dibuka setiap hari di antara pukul 8 pagi sehinggalah ke 5 petang. Bersama-sama dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, RDC ini diharapkan akan meningkatkan lagi industri pelancongan di Daerah Sandakan.
Pemandangan hijau hutan dari puncak canopy walk di sini memang sangat mendamaikan & ditambah pula dengan kicauan burung-burung hutan di sepanjang pejalanan, pasti menjadi ‘terapi mujarab’ untuk para pelancong yang cintakan flora fauna. Jika anda suka melihat burung-burung yang dikatakan eksotik & juga seorang kaki kamera, bolehlah mengasah bakat anda di sini dengan melakukan telescope fotography di Rainforest Discovery Centre (RDC) ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â 6089-533780 |Â Jarak |Â Facebook |Â Website
- Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, 90715 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Rainforest Discovery Centre (RDC)
- 8.00 am – 5.00 pm ( setiap hari termasuk cuti umum)
*Kaunter tiket, dewan pameran & Plant Discovery Centre ditutup pada pukul 5.00 pm. Trail & canopy walk ditutup pukul 8.00 pm.
*Sila beli tiket sekurang-kurangnya 1 jam sebelum kaunter tiket ditutup.
Harga Tiket Rainforest Discovery Centre (RDC)
Warganegara Malaysia:
- Dewasa:
- RM 7.00
- Kanak-kanak ( 5-17 tahun):
- RM 3.00
- Kanak-kanak ( bawah 5 tahun):
- PERCUMA
Pelancong Asing:
- Dewasa:
- RM 15.00
- Kanak-kanak ( 5-17 tahun):
- RM 7.00
- Kanak-kanak ( bawah 5 tahun):
- PERCUMA
4. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Selain orang utan, Proboscis Monkey atau lebih dikenali sebagai Monyet Belanda juga merupakan spesis monyet yang sangat unik di kepulauan Borneo yang boleh anda lihat ketika bercuti di Sandakan. Salah satu tarikan pelancongan di Sandakan yang boleh anda kunjungi untuk melihat dengan lebih dekat haiwan comel ini adalah di Lubuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary yang terletak kira-kira 45 km dari bandar utama Sandakan. Jika dari lapangan terbang di Sandakan, ianya terletak lebih kurang 35 km & mengambil masa satu jam untuk sampai ke sini melalui Jalan Labuk.
Santuari ini bukanlah seperti zoo bersangkar & ianya menempatkan monyet-monyet belanda yang berkeliaran secara bebas di beberapa kawasan khas di sini. Lokasinya juga terletak di tengah hutan bakau di kawasan pantai berdekatan dengan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan. Melihat monyet-monyet ini dengan cara begini lebih menyeronokkan & pasti memberikan anda satu pengalaman baru ketika bercuti di Sandakan yang tiada di tempat lain.
Jika berhasrat ke sini, sebaiknya datang pada waktu beri makan yang bermula sekitar 9 am atau pada waktu petang sekitar 3 pm. Waktu ini lebih banyak monyet-monyet belanda yang berkeliaran. Monyet-monyet di sini juga seperti tidak takutkan kehadiran pengunjung, mungkin kerana sudah biasa dengan situasi sebegini. Bagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan untuk pegang & sentuh monyet-monyet di sini. Satu tempat pelancongan yang di Sandakan yang sangat unik & menarik untuk dilawati jika anda seorang pencinta hidupan liar.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6089-672133 |Â Facebook |Â Website
- Lubuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Mile 19, Jalan Labuk (Junction SPS 3), 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Dibuka setiap hari
- 8 am – 6 pm
Terdapat 2 platform dalam santuari ini yang berlainan waktunya ketika beri makan kepada monyet di sini. Anda boleh pilih untuk lawat kedua-dua platform atau satu sahaja sekiranya tidak cukup masa:
- Platform A:
- 9.30 am & 2.30 pm ( setiap hari)
- Platform B:
- 11.30 am & 4.30 pm ( setiap hari)
Bayaran Masuk ke Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Pelancong Tempatan:
- Dewasa:
- RM 15.00
- Kanak-kanak:
- RM 5.00
Pelancong Asing:
- Dewasa:
- RM 60.00
- Kanak-kanak:
- RM 30.00
*bawa masuk kamera: RM 10 per kamera
5. Borneo Sun Bear Conservation Centre
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sun Bear atau nama saintifiknya Helarctos Malayanus merupakan spesis beruang yang paling kecil di dunia & ianya juga merupakan beruang yang paling tangkas memanjat pokok. Beruang Matahari ini juga dikenali di kalangan orang Melayu & Indonesia sebagai beruang madu. Populasi Beruang Matahari ini di Asia semakin terjejas dengan drastik sekali disebabkan aktiviti pembalakan & pemburuan haram.
Justeru, penubuhan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Bornei ini bertujuan untuk menyelamatkan populasi beruang ini daripada pupus dek kerana kerakusan manusia yang tidak berperikemanusian. Lokasinya hanya terletak beberapa minit sahaja berjalan kaki dari satu lagi tempat menarik di Sandakan yang popular, iaitu Santuari Orangutan. Destinasi ini sangat sesuai untuk anda berkunjung bersama keluarga & belajar mengenali dengan lebih dekat spesis beruang comel ini serta sangat jarang boleh dilihat di tempat lain.
Paling seronok, ketika melihat telatah beruang ini bermain-main di pokok & kebijaksanaannya membuka sebiji kelapa untuk mendapatkan isi serta airnya. Pusat pemeliharaan ini menempatkan lebih 30 ekor beruang matahari & jika nak tahu, spesis ini juga sangat sensitif dengan bunyi bising. Jadi, ketika anda bertandang ke sini, perlu mematuhi peraturan untuk tidak menggangu atau membuat bising yang keterlaluan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6089-534491 |Â Facebook |Â Website
- Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Borneo Sun Bear Convension Centre
- Dibuka setiap hari
- 9.00 am – 3.30 pm
Harga Tiket Borneo Sun Bear Convension Centre
Warganegara Malaysia:
- Dewasa:
- RM 5
- Kanak-kanak:
- RM 2
Pelancong Luar:
- Dewasa:
- RM 30
- Kanak-kanak:
- RM 15
Antara penginapan terdekat & paling ideal adalah di Sepilok Nature Resort . Semak harga terkini
6. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Orang utan yang juga dikenali dengan nama Wild Red Apes merupakan spesis monyet yang sangat mudah untuk anda jumpai di kepulauan Borneo. Salah satu tempat menarik di Sandakan yang paling ideal untuk melihat orang utan dengan lebih dekat adalah di Sipilok Orang Utan Rehabilitation Centre & lokasinya juga bersebelah dengan satu lagu tarikan pelancongan di Sandakan popular, iaitu Rainforest Dicovery Centre (RDC).
Pusat penjagaan oran utan ini merangkumi keluasan lebih 40 km persegi & ianya terletak di dalam sebuah hutan simpan, sekali gus menjadi habitat semulajadi untuk orang utan. Pusat ini juga menjadi tempat untuk melatih & mengajar anak orang utan yang terpisah dengan ibunya, cara-cara untuk berdikari serta meneruskan hidup sendiri sebelum dilepaskan di dalam hutan simpan ini.
Terdapat kemudahan platform jalan kaki menuju ke kawasan hutan yang disediakan untuk kemudahan pelancong menerokai kawasan sekeliling untuk melihat dengan lebih dekat kelibat-kelibat orang utan. Waktu terbaik untuk ke sini adalah waktu beri makan orang utan iaitu sekitar pukul 10 pagi & 3 petang kerana bilangan orang pada waktu ini lebih banyak.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â 6089-531180 |Â Jarak |Â Website
- Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
- Sabtu-Khamis
- 9.00 am – 12.00 pm
- 2.00 pm – 4.00 pm
- Jumaat
- 9.00 am – 11.00 pm
- 2.00 pm – 4.00 pm
Sesi beri makan kepada orang utan;
- 10 pagi
- 3 petang
Harga Tiket Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Warganegara Malaysia:
- Dewasa ( 18 tahun & keatas):
- RM 5.00
- Kanak-Kanak ( <18 tahun):
- RM 2.00
Pelancong Asing:
- Dewasa ( 18 tahun & keatas):
- RM 30.00
- Kanak-Kanak ( <18 tahun):
- RM 15.00
*tambang bas dari Bandar Sandakan ke Sipilok mengambil masa 45 minit ( Tambang RM 4.00 )
*terdapat juga resort di sini iaitu Sipilok Jungle Resort
7. Taman Buaya Sandakan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bukan sahaja di Sarawak anda boleh melihat buaya, di Sabah juga terdapat destinasi menarik untuk melihat kelibat predator ganas di sungai ini. Lokasinya yang hanya terletak bersebelahan dengan Sandakan Memorial Parks & hanya 4 km jaraknya dari Lapangan Terbang Sandakan membuatkan destinasi ini sangat mudah untuk diterokai pelancong tanpa perlu memandu jauh ke kawasan pedalaman. Taman Buaya Sandakan yang menempatkan lebih 3000 ekor reptilia sungai ini yang pasti membuatkan masa anda sekeluarga berlalu dengan pantas kerana keterujaan melihat dengan lebih dekat haiwan pemangsa ini.
Di Sabah, buaya boleh didapati dengan banyak di sekitar Sungai Kinabatangan & kewujudan Sandakan Crocodile Farm ini menjadi salah satu usaha untuk menjaga populasi buaya tempatan dek kerakusan manusia yang memburu haiwan ini untuk mendapatkan kulitnya. Aktiviti menarik di Taman Buaya Sandakan ini pada dasarnya sama sahaja di mana-mana taman buaya lain di Malaysia, di mana anda boleh lihat buaya yang pelbagai saiznya di dalam sangkar & yang paling teruja, adalah ketika melihat buaya ini melopat tinggi menyambar ayam yang digantung pada tali rentang. Terdapat juga buaya yang bersaiz gergasi yang dikenali Bujang Lapuk & dipercayai berusia hampir 60 tahun.
Selain buaya, terdapat juga beberapa spesis haiwan & reptilia lain yang turut menjadi sebahagian daripada tarikan yang terdapat di Taman Buaya Sandakan ini. Antaranya, burung merak, burung enggang, ular, rusa, arnab, burung unta, ikan arapaima & sebagainya. Jika anda bercuti di Sandakan bersama anak-anak & belum pernah bawa mereka ke mana-mana taman buaya dalam Malaysia, sangat disyorkan untuk berkunjung ke Sandakan Crocodile Farm ini. Tarikan yang terdapat di sini juga adalah setanding dengan taman-taman buaya popular di negeri lain seperti di Kuching, Miri, Langkawi atau pun di Melaka.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6089-660666
- Sandakan Crocodile Adventure Land, Mile 8, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Taman Buaya Sandakan
- Dibuka setiap hari
- 8 am – 5 pm
- Waktu beri makan buaya ( 7 kali sehari )
- Antara 8.30 am – 4.30 pm
Harga Tiket Taman Buaya Sandakan
1. Pelancong Tempatan
- Dewasa:
- RM 10
- Kanak-Kanak (4-12 tahun)
- RM 5
2. Pelancong Asing
- Dewasa:
- RM 15
- Kanak-Kanak (4-12 tahun)
- RM 10
8. Muzium Warisan Sandakan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sudah menjadi kelaziman, jika pertama kali melancong ke tempat orang, sudah tentu anda ingin menyelami kebudayaan & sejarahnya. Salah satu destinasi ideal di bandar Sandakan yang boleh diterokai adalah Muzium Warisan Sandakan yang juga merupakan sebahagian tarikan daripada Sandakan Heritage Trail. Lokasinya yang terletak di tengah bandar memudahkan sesiapa sahaja untuk berkunjung & apa yang lebih menarik, masuk ke Muzium Warisan Sandakan adalah percuma sahaja.
Muzium Warisan Sandakan tidaklah terlalu besar & anda boleh habiskan masa di sini sekitar 15 minit sahaja. Terdapat banyak bahan pameran visual yang rata-ratanya mengetengahkan sejarah & kebudayaan masyarakat setempat. Almaklumlah, Sabah juga merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terdiri daripada banyak suku kaum tempatan. Jika anda seorang guru yang menganjurkan rombongan sambil belajar di Sandakan, sangat disyorkan untuk lawati muzium ini.
Di sini, anda boleh melihat rumah tradisional suku kaum, perkakasan tradisional, pakaian tradisional & terdapat juga gambar lama serta inforgrafik menarik untuk tatapan pengunjung. Pendek cerita, satu destinasi yang lengkap untuk anda mulakan penerokaan anda di Sandakan kerana mempunyai informasi berguna yang mencakupi pelbagai aspek sejarah sama ada kegamaan, zaman penjajahan, ekonomi, budaya orang setempat & sebagainya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6089-222679 |Â Website
- Sandakan Heritage Museum, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Muzium Warisan Sandakan
- Dibuka setiap hari
- 9 am – 5 pm
Harga Tiket Muzium Warisan Sandakan
- Percuma
9. Sungai Kinabatangan River Cruise
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Seperti tersedia maklum, Sungai Kinabatangan yang panjangnya 560 km ini merupakan sungai terpanjang di negeri Sabah. Jika anda seorang pelancong yang suka aktiviti kembara melihat tarikan flora fauna di sesuatu destinasi pelancongan, ada satu aktiviti menarik di Sandakan yang boleh anda cuba iaitu Sungai Kinabatangan River Cruise.
Aktiviti menyelusuri Sungai Kinabatangan dengan bot pasti menjanjikan satu pengalaman menarik untuk anda kerana di sepanjang sungai ini anda boleh melihat banyak hidupan liar seperti gajah, buaya, orang utan, monyet belanda, burung-burung eksotik & sebagaianya. Melihat haiwan liar di habitat asalnya & dengan cara menaiki bot sebegini sudah tentu terasa lebih adventurous serta menyeronokkan berbanding hanya melihat di zoo.
Aktiviti pengembaraan di Sungai Kinabatangan ini juga agak lama & jika anda ingin menikmati aktiviti ini secara menyeluruh, perlukan masa 2-3 hari kerana banyak destinasi yang akan dilawati di sepanjang sungai ini. Jika anda kesuntukan masa, boleh ambil pakej river cuise di sini untuk tempoh setengah hari sahaja.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-8612833 |Â Facebook
- Sungai Kinabatangan, Sandakan, Sabah
- Tidak dikhususkan ( sepanjang tahun)
- Untuk pakej setengah hari, sekitar RM 280- RM 300
- Pakej lain, sila berhubung dengan operator.
10. Gomantong Cave Sandakan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Terdapat dua buah kompleks gua dia Gemantong ini iaitu Simud Hitam ( Black Cave) yang mempunyai ketinggian sehingga 90 meter ! dan Simud Putih (White Cave), yang menempatkan sarang burung layang-layang yang lebih banyak dan bernilai tinggi. Simud Hitam ini hanyalah 5 minit perjanan dari pusat pendaftaran dan boardwalk (denai jalan kaki) memberikan akses yang mudah untuk ke gua-gua ini.
Antara binatang liar yang ada di dalam gua ialah kelawar, burung layang-layang manakala di luar pula anda boleh melihat burung helang dan burung raja udang. Kalau bernasib baik anda juga berpeluang melihat orang utan di sini namun tidaklah sebanyak di Satuari Orang Utan Sepilok.
Kalau nak ke Simud Putih anda kena buat perancangan awal-awal keranan nak ke gua ini agak pedalaman sedikit. Di sini juga ada Gomantong Rainforest Chalet yang mana boleh menempatkan 30 orang pada sesuatu masa. Satu tempat pelancong di Sandakan yang menjadi tumpuan pelancong asing untuk merasai pengalaman berada di Hutan Borneo.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- 90000 Kinabatangan, Sabah
Waktu Operasi Gua Gomantong
- 8.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)
Bayaran Masuk Ke Gua Gomantong
- Pemegang Mykad :
- RM 5 (dewasa)
- RM 2 (18 tahun ke bawah)
- Pelancong :
- RM 30 (dewasa)
- RM 15 (18 tahun ke bawah)
11. Sandakan Memorial Park
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Taman Peringatan Sandakan (Sandakan Memorial Park) merupakan tempat yang menyaksikan lebih 2400 tawanan askar Australia & juga British terkorban ketika Perang Dunia Kedua dengan Jepun di antara Januari-Ogos 1945. Lokasinya terletak kira-kira 11 km dari bandar Sandakan & ianya juga merupakan sebahagian daripada landskap taman di sini iaitu Taman Rimba. Taman ini lebih terarah kepada kawasan rekreasi untuk melihat keindahan flora fauna & kesan sejarah yang terdapat di sekitarnya. Di sini juga terdapat muzium yang kecil yang dijadikan sebagai peringatan kepada orang Australian dan British yang terkorban.
Jika anda malas ke kawasan pedalaman untuk melihat keindahan flora, cubalah datang ke sini dahulu. Landskap sekeliling yang dirimbuni keindahan pokok-pokok besar, pasti membuatkan diri terasa seperti sedang berada di dalam sebuah taman negara. Selain itu, ianya juga terletak berdekatan dengan satu lagi tarikan pelancongan di Sandakan yang popular iaitu Taman Buaya Sandakan. Mungkin selepas berkunjung ke Taman Buaya Sandakan, bolehlah pula singgah ke sini untuk bergambar & santai bersama keluarga.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Sandakan Memorial Park, Mile 8, Jalan Labuk Utara, Taman Rimba, 90702 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Sandakan Memorial Park
- 8.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)
Harga Tiket Sandakan Memorial Park
- percuma
12. Pasar Umum Sandakan ( Sandakan Central Market)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Adakah anda seorang pelancong yang suka menerokai budaya orang setempat ? Jika ya, apa kata kali ini anda terokai Pasar Umum Sandakan yang merupakan sebuah pasar harian yang menempatkan peniaga-peniaga setempat yang menjual pelbagai barangan sama ada produk kering atau basah. Jika anda menginap di homestay sekitar bandar Sandakan & ingin memasak, cuba-cubalah terokai kawasan pasar basah ini yang menempatkan pilihan makanan laut yang sangat segar serta dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Pasar harian yang popular di Sandakan ini juga akan lebih menjadi tumpuan pelancong & penduduk setempat terutamanya pada musim berbuah. Jangan terkejut pula jika datang pada waktu ini, suasananya sesak bagaikan ada pesta. Kompleks pasar yang 2 tingkat ini juga mempunyai beberapa tempat yang menjual makanan sama ada untuk makan tengahari atau sarapan pagi. Jika anda mencari tempat makan menarik di Sandakan yang murah-murah, bolehlah ajak keluarga jalan jalan di sini.
Selain itu, lokasi Sandakan Central Market ini juga sebenarnya di tepi laut, jadi ketika berada di sini terutamanya pada waktu petang, terasa nyaman & sejuk dengan bayu laut yang bertiup. Jika anda kaki lensa kamera, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini untuk merakam gambar landskap terutamanya pada waktu petang atau awal pagi. Pendek cerita, sebuah tempat menarik di bandar Sandakan yang boleh anda lakukan 3 aktiviti sekaligus. Pertama, jalan jalan cari makan. Kedua, beli belah produk hasil laut kering untuk dijadikan buah tangan. Ketiga, menerokai budaya jual beli & suasana orang setempat.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pasar Umum Sandakan ( Sandakan Central Market), Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Sandakan Central Market
- Beroperasi setiap hari
- 3.00 am – 7.00 pm
- percuma ( destinasi pasar harian )
13. Pasar Malam Sandakan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Dalam misi menjadi seorang pelancong yang ingin menikmati keenakan makanan orang setempat, ada satu destinasi makan malam di Sandakan yang menarik untuk anda terokai iaitu Pasar Malam Sandakan yang terletak di Jalan Leila. Jika anda peminat tegar makanan laut atau seafood, Pasar Malam Sandakan ini bagaikan syurga yang membuatkan anda tidak mahu pulang awal ke hotel. Terdapat banyak gerai-gerai penjual yang menyajikan masakan makanan laut yang pelbagai sama ada yang bergoreng, bakar atau pun bersup.
Memandangkan ianya dibuka setiap hari dari petang sampailah ke awal pagi, jadi anda boleh ke sini pada bila-bila masa ketika bercuti di Sandakan. Suasana di sini juga sangat ‘happening’ & mempunyai pelbagai tarikan juadah yang sesuai untuk memenuhi citarasa setiap pelancong. Sama ada ikan bakar, lobster, kepak ayam panggang atau masakan panas, semuanya ada di sini.
Lokasi pasar malam atau medan selera ini juga terletak di tepi laut, justeru waktu petang atau malam, boleh terasa hembusan bayu laut yang menyegarkan & membangkitkan lagi suasana mendamaikan ketika bersantapan di sini. Jika anda mencari salah satu tempat menarik di Sandakan waktu malam untuk memenuhi agenda percutian anda, sangat disyorkan untuk terjah destinasi ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pasar Malam, Jalan Pejabat Pos, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah
- Dibuka setiap hari
- 3 pm – 1 am
- percuma ( destinasi pasar malam / medan selera )
14. Agnes Keith House
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Rumah ini merupakan sebuah muzium yang terletak di puncak bukit di sepanjang Jalan Istana, kira-kira 10 km daripada Lapangan Terbang Sandakan dan hanya 1 km dari Bandar Sandakan. Rumah Muzium ini dibina semula pada tahun 1946 oleh kerajaan negeri. Asalnya rumah ini didiami oleh Mr Harry Keith, seorang Konservator Perhutanan bersama dengan isterinya, Agnes Newton Keith dan anaknya, George.
Sebenarnya Agnes Newton Keith ini merupakan seorang penulis yang mahir dan beliau telah menghasilkan tiga buah buku yang mencerikana keadaan dan kehidupan di Sandakan pada zaman itu. Dan tajuk-tajuk buku yang dikarangnya ialah ‘Land below the Wind’, ‘Three came home’ dan ‘White man returns’. Buku yang bertajuk “Land Below The Wind” telah meningkatkan populariti Negeri Sabah di peringkat antarabangsa.
Rumah Muzium Agnes ini dilengkapi dengan penghasilan semula perabut lama dan antik yang asli. Geleri yang terdapat di tingkat pertama menceritakan tentang kehebatan Agenes Keith ini termasuk buku-buku karangannya dan keluarganya. Anda juga boleh mengetahui salasilah keluarga Keith sejak dari tahun 1873 sehinggalah ke 2004. Artifak-artifak peninggalan peperangan dunia juga ada di pamerkan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Agnes Keith House, Jalan Istana, 90709 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Agnes Keith House
- 9.00 am – 5.00 pm ( setiap hari)
Harga Tiket ke Agnes Keith House
- Warganegara Malaysia:
- RM 5.00
- Pelancong Asing:
- RM 15.00
- Warga Malaysia Sahaja:
- Pelajar Beruniform – Percuma
- OKU – Percuma
- Warga Emas- Percuma
- Pemandu Teksi- Percuma
15. Pasar Malam Kim Fung
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jika anda bercuti di Sandakan pada hari Sabtu, jangan lepaskan peluang untuk menerokai salah satu pasar malam di Sandakan yang sangat menarik & meriah ini. Pasar Malam Kim Fung yang terletak di Jalan Kim Fung menawarkan deretan peniaga yang sangat besar & mempunyai variasi produk jualan yang sangat pelbagai. Sama ada makanan berat, makanan harian, pakaian, cenderahati, buah-buahan tempatan atau aksesori wanita, destinasi ini pasti ada jawapan yang sesuai dengan kehendak seorang pelancong luar.
Pasar malam ini beroperasi setiap malam Sabtu & dibuka seawal 4 petang sehinggalah 9 atau 10 malam. Cabaran ke Pasar Malam Kim Fung pada waktu puncak terutamanya antara 6-8 pm juga agak mencabar kerana trafik yang sesak & agak sukar untuk mendapatkan parkir kereta. Jika anda menginap di hotel berdekatan seperti Amanson Signature Hotel, Livingston Hotel atau Prima B&B Bakcpacker, boleh berjalan kaki sahaja ke sini tanpa perlu pening kepala mencari parkir kereta.
Bagaimanapun, destinasi sebegini sangat disyorkan untuk pelancong yang pertama kali melancong ke Sandakan kerana anda bukan sahaja boleh mencari makanan orang setempat yang best, malah dapat juga melihat suasana & budaya jual beli orang setempat. Jika di menu makanan di pasar malam ini tiada yang menambat hati anda, usah risau kerana lokasi Pasar Malam Kim Fung ini dikelilingi dengan beberapa restoran orang setempat & juga beberapa fast food restaurant seperti KFC atau pun Pizza Hut.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pasar Malam Kim Fung, Lorong Bandar Kim Fung 3, Bandar Kim Fung, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi Pasar Malam Kim Fung
- Hari Sabtu
- 4 pm – 10 pm
- percuma ( destinasi pasar malam hujung minggu)
16. Masjid Daerah Sandakan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Alang-alang sudah makan angin di Sandakan, jangan lupa untuk singgah melihat keindahan masjid utama di bandar Sadakan iaitu Masjid Daerah Sandakan atau juga dikenali sebagai Masjid Besar Sim Sim. Masjid yang terletak di tepi laut ini dibina pada tahun 1985 & mempunyai senibina bangunan yang lebih moden berbanding masjid-masjid lain. Jika sampai ke sini waktu pagi atau petang, jangan lepaskan peluang untuk berswafoto di tepi laut berlatarbelakangkan panorama langit jingga yang pasti akan menjadi satu foto menarik untuk percutian anda di Sandakan.
Bentuk kubah utamanya juga unik kerana terletak di atas satu binaan seperti separa-piramid yang membuatkan pemandangan dari dalam masjid sangat berbeza berbanding kubah-kubah masjid lain. Hiasan geometri dalaman kubah masjid yang berwarna kayu & berwarna jingga terang juga membuatkan suasana dalam masjid lebih cerah. Ruangan solatnya juga sangat besar & memberikan pengunjung keselesaan untuk beribadah. Jika anda kaki kamera, cuba-cubalah datang ke sini pada waktu petang atau waktu Subuh untuk masa yang terbaik merakam gambar masjid ini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Masjid Daerah Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah
- Subuh-Isyak
- Derma masuk tabung masjid digalakkan.
Tarikan pelancong di Sandakan yang sering menjadi tumpuan pelancong luar negara terletak di kawasan hutan simpan & pulau. Jika pertama kali bercuti ke Sandakan, destinasi-destinasi yang mempunyai tarikan flora fauna paling disyorkan untuk anda terokai.
Memandangkan bandar Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu, justeru pilihan penginapan yang terdapat di sini juga agak banyak variasinya. Kalau nak tahu, Sandakan juga antara kawasan yang sering menjadi destinasi percutian para backpackers seluruh dunia kerana kebudayaan orang setempatnya sangat unik, sekali gus membawa ‘minda’ para pelancong ke satu dimensi yang lain & sangat berbeza berbanding kawasan pelancongan di bandar besar. Jika anda ingin sekali sekala memencilkan diri dari kesibukan kota raya, pertimbangkanlah untuk melancong ke Sandakan, Sabah.
Akhir kata, semoga kesemua destinasi menarik di Sandakan yang dikongsikan di atas akan memberi anda idea & memudahkan anda untuk merancang percutian di sini kelak. Selamat cuti cuti Malaysia di Sandakan, Sabah. Wassalam.
Tempat sewa kuda tiada bah
HI Nel, kalau ade cadangan, boleh bagitahu admin ye.
Taman Buaya memang best. Tunggu time dia makan. Buaya besar gile, memang ngeri kalau tengok. Boleh bagi ikan, merpati, rabbit makan. Dewasa rm10 kanak kanak rm5
siapa pergi sandakan…mana tempat2 yg menarik
Tamn buaya best .
Thanks for sharing
Kampung sim sim dekat mne yer
se km dari bandar utama, 1st bandar, bandar lama in sandakan..NICE PLACE 2 VISITED..
sanagat dan terbaik baik baik baik dan baik lagi baik dan sangat baik , jujur dari hati memang baik dan iloveyou baik .
Terbaik.. Bebaik..kebabom
Boleh tahu tempat pelancongan yang tidak diketahui oleh pelancong yang lain seperti Kg.Bambangan,.? Saya tahu pasti ada banyak lagi tempat menarik yang ada di sandakan ini tetapi tempat tersebut tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang ramai. Seperti kg.bambang itu.