30+ Tempat Menarik Di Phuket, Thailand Yang Popular & Patut Dilawati

Phuket merupakan pulau yang terbesar di Thailand dengan melebihi 30 tempat yang menarik untuk diterokai. Walaupun saiz geografi Phuket tidak sebesar berbanding dengan tempat percutian yang lain di Thailand, tapi, pilihan aktiviti-aktiviti dan tempat menarik di Phuket tidak kurang daripada bandar bandar besar yang lain seperti Bangkok, Krabi, Hatyai dan sebagainya.

Terletak di barat Thailand di Laut Andaman, suhunya berada pada 21 – 34 darjah Celsius tetapi kedudukan geografinya menyebabkan cuaca panas dan lembap pada bulan November sehingga April sementara pada bulan Mei sehingga Oktober anda akan dapat menyaksikan musim hujan monsun.

Dengan pelbagai aktiviti untuk dibuat di pulau ini dan 35,000 pelancong yang ke sini setiap hari, di bawah adalah senarai aktiviti-aktiviti yang terbaik untuk membantu anda membuat pilihan di pulau yang menjadi tarikan ini:


30+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik Di Phuket, Thailand

1. Koh Phi Phi

Pulau Phi Phi

Salah satu pulau yang amat terkenal di Phuket adalah Koh Phi Phi, salah satu tempat menarik di Phuket yang mesti dikujungi.

Pulau ini menjadi buah mulut semua pelancong yang berkunjung ke Thailand. Ada juga pelancong yang ke Phuket semata-mata untuk berkunjung ke pulau ini. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Phi Phi Don dan Phi Phi Leh. Phi Phi Don merupakan bahagian yang lebih besar dengan deretan tebing batu kapur dan juga pasir pantai yang halus. Tidak jauh dari situ juga terdapat taman batu karang dan terumbu yang menjadi lokasi sensasi untuk aktiviti menyelam dan snorkel.

Manakala Phi Phi Leh yang lebih kecil pulau tidak didiami dan terdiri daripada deretan tebing batu kapur yang terlihat timbul di atas permukaan air yang membiru. Perjalanan dari Phuket atau Krabi ke Pulau Phi Phi adalah mudah dan pakej-pakej snorkelling juga ada banyak disediakan. Atau juka anda dari Phi Phi Don, anda boleh menyewa bot dan menyertai ,tour yang disediakan untuk ke Phi Phi Leh.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Koh Phi Phi

  • Koh Phi Phi adalah sekumpulan pulau yang terletak berdekatan dengan Phuket dan Krabi.
  • Pelancong hanya boleh pergi ke Koh Phi Phi dengan menaiki bot dari Phuket dan Krabi.

Waktu operasi untuk Feri/Bot Laju ke Koh Phi Phi adalah seperti berikut:

Dari Phuket ke Koh Phi Phi

  • Bermula dari 8.30am dan bot terakhir pada jam 2.00 pm

Dari Koh Phi Phi ke Phuket

  • Bermula jam 9.00 am dan bot terakhir pada jam 2.30 pm

Dari Krabi ke Koh Phi Phi

  • Bermula dari jam 9.00 am dan bot terakhir pada jam 3.00 pm

Dari Koh Phi Phi ke Krabi

  • Bermula dari jam 9.00 am dan bot terakhir pada 3.30 pm

Harga Tiket untuk Feri/Bot Laju ke Koh Phi Phi adalah seperti berikut:

Tambang Feri dari Phuket ke Koh Phi Phi

  • dari 800 Thai Baht/seorang

Tambang Bot laju dari Phuket ke Koh Phi Phi

  • Dewasa: 1000 Thai Baht/seorang
  • Kanak-kanak: dari 700 Thai Baht/seorang

Pelawat juga boleh buat tempahan atas talian untuk pakej ke Koh Phi Phi, pakej tersebut biasanya mengandungi penghantaran dari hotel, tiket bot, tour guide, makan minum dan juga trip snorkeling, lebih senang untuk pelawat membuat aturan trip.


2. Koh Similan

Pulau Simiilan

Koh Similan terletak di Laut Andaman. Pulau yang memukau ini dikelilingi oleh air laut yang biru dan pasir pantai yang memutih. Keseluruhan pulau ini dikelilingi oleh air laut biru yang tidak terlalu dalam, membolehkan pelancong melihat terumbu karang menarik yang terletak di bawah air. Pulau ini merupakan syurga bagi aktiviti ‘island hopping’ dan selam skuba. Pulau ini juga merupakan salah satu daripada 10 tempat menarik untuk aktiviti menyelam di dunia. Selain itu, pulau ini juga menjadi destinasi kegemaran untuk kapal layar dan bot-bot pelayaran.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Koh Similan

  • Alamat untuk Koh Similan adalah di Lam Kaen, Thai Mueang District, Phang-nga, Thailand

Waktu Operasi Koh Similan

  • Waktu operasi untuk Koh Similan adalah sepanjang hari.
  • Koh Similan akan ditutup pada musim monsoon dari bulan May hingga Oktober.

Harga tiket bot laju dari Phuket ke Pulau Similan adalah:

  • Bermula dari 1970 Thai baht/seorang


3. Pantai Kata Noi (Kata Noi Beach)

Kata Noi Beach

 

Pantai Kata Noi adalah teluk kecil yang terletak tidak jauh dari Pantai Kata, ia adalah pantai yang kecil tetapi mempunyai pemandangan yang menarik, sesuai untuk berehat, anda juga boleh berjalan di atas pasir yang indah atau mungkin pergi untuk berenang. Dari sini juga, anda boleh melihat pemandangan Teluk Karon, Kata dan Kata Noi. Masa terbaik untuk melawat pantai ini adalah di antara November dan April kerana berenang disini boleh menjadi berbahaya semasa musim tengkujuh.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak

Alamat Pantai Kata Noi

  • Alamat untuk Pantai Kata Noi adalah di Karon, Mueang Phuket District Phuket 83100 Thailand

Waktu operasi Pantai Kata Noi

  • Waktu yang paling sesuai untuk melawat Pantai Kata Noi adalah antara November-April

Harga tiket ke Pantai Kata Noi

  • Harga tiket untuk ke Pantai Kata Noi adalah percuma.


4. The Phuket Big Buddha

Big Buddha Phuket

 

Patung buddha yang besar ini adalah salah satu mercu tanda yang paling terkenal di Phuket dan merupakan destinasi pelancongan yang mesti dikujungi di Phuket. Ianya terletak di atas Bukit Nakkerd dan berdiri setinggi 45 meter adalah salah satu tarikan yang sukar untuk tidak dilawati. Dari bahagian atas bukit, anda akan dapat melihat pemandangan panorama pulau. Apabila anda berada di Buddha, anda akan perasan bahawa sukar untuk mendengar sebarang bunyi selain dari bunyi muzik dharma dan beberapa loceng kecil. Buddha diperbuat daripada marmar Burma putih dan bersinar dengan elegan di bawah sinaran matahari.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak Nombor Telefon

Alamat Big Buddha Phuket

  • Alamat untuk Big Buddha adalah Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

Waktu Operasi Big Buddha Phuket

  • Waktu operasi untuk Big Buddha adalah dari 8.00am-7.30pm

Harga Tiket Big Buddha Phuket

  • Harga tiket untuk masuk ke Big Buddha adalah percuma


5. Pantai Nai Harn (Nai Harn Beach)

Nai Harn Beach

Pantai Nai Harn pula terletak di belah selatan dan menerima kunjungan beribu-ribu pengunjung setiap tahun tetapi masih lagi dapat mengekalkan keasliannya. Dengan pasir yang indah dan air yang jernih, anda akan segera tahu mengapa pantai ini begitu popular. Di bawah naungan pokok besar anda akan menemui pelbagai restoran yang menjual masakan Thai yang popular serta pelbagai kedai cenderamata menjual barangan tempatan. Selain itu terdapat juga pakaian pantai dan pelampung yang dijual disitu.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Pantai Nai Harn

  • Alamat untuk Pantai Nai Harn adalah di Rawai, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

Waktu Operasi Pantai Nai Harn

  • Waktu operasi untuk Pantai Nai Harn adalah sepanjang hari


6. Karon View Point

Karon Viewpoint

Terletak di selatan Kata Noi Beach adalah Karon View Point, ia adalah tempat yang paling popular di Phuket dan biasanya penuh sesak dengan pelancong setiap hari. Lokasinya yang menghadap Laut Andaman dalam satu arah dan satu arah yang lainnya pula menghala ke tiga pantai barat lain yang ada di pulau ini. Jika anda suka melihat pantai berpasir putih dan laut biru yang indah, anda akan faham mengapa ia dipenuhi dengan pengunjung tanpa henti.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Karon Viewpoint

  • Alamat untuk Karon Viewpoint adalah di 4233 Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

Waktu Operasi Karon Viewpoint

  • Waktu operasi untuk Karon Viewpoint adalah 24jam setiap hari (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)

Harga Tiket Karon Viewpoint

  • Harga tiket masuk kesini adalah percuma


7. Promthep Cape

Promthep Cape

Promthep Cape adalah tempat yang sangat sesuai untuk mengakhiri hari anda setelah penat bersiar-siar meneroka Phuket. Anda boleh membawa makanan dan minuman dan cari ‘spot’ yang sesuai untuk melepaskan lelah sambil menunggu matahari terbenam. Oleh kerana lokasinya yang terletak di sebelah bawah pulau, tempat ini menjadi lokasi yang terkenal untuk melihat matahari terbenam di Phuket. Di sebelah atas Promthep Cape ada disediakan tempat letak kenderaan di mana bas dan skuter boleh diletakkan disini. Tempat ini boleh menjadi sibuk apabila pelancong mula datang untuk mengambil gambar dan menunggu matahari terbenam. Tetapi sebelum matahari terbit dan setelah matahari terbenam tempat ini selalunya sunyi dan tenang.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Promthep Cape

  • Alamat untuk Promthep Cape adalah di Rawai, Mueang Phuket District, Phuket, Thailand

Waktu Operasi Promthep Cape

  • Waktu operasi untuk Promthep Cape adalah sepanjang hari.

Harga Tiket Promthep Cape

  • Harga tiket masuk ke Promthep Cape adalah percuma.


8. Pertunjukan Phuket FantaSea

Phuket Fantasea

Phuket Fantasea Show menawarkan hiburan berskala besar-besaran dalam kompleks sebesar 140 ekar yang dipenuhi dengan pelbagai hiburan dan aktiviti untuk semua. Terdapat restoran dengan 4000 tempat duduk yang menghidangkan pelbagai menu bufet makanan Thai dan antarabangsa, sebuah teater bercirikan Las-Vegas yang mempamerkan cerita-cerita mitos dan misteri Thailand terbaik . Terdapat juga sebuah perkampungan karnival, kompleks membeli-belah dan kraf tangan yang menarik dan anda boleh mengisi masa anda disini. Anda disarankan untuk tiba awal kerana ada banyak perkara yang boleh dilakukan dan dilihat disini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Nombor TelefonWebsite

Alamat Phuket FantaSea

  • Alamat untuk Phuket Fantasea adalah di 99 Kamala, Kathu District, Phuket 83150, Thailand

Waktu Operasi untuk Phuket FantaSea adalah seperti berikut:

  • Setiap hari kecuali Khamis dari 5.30pm-11.30pm (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)
  • Tutup pada setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah & cuti umum

Harga Tiket Phuket FantaSea:

Persembahan + Bufet

  • 2200 baht/dewasa
  • 2000 baht/kanak-kanak

Persembahan sahaja

  • 1800 baht untuk dewasa dan kanak-kanak


9. Wat Chalong

Wat Chalong

Selama lebih satu abad Wat Chalong telah dibuka kepada pengunjung. Apabila anda tiba di sana ada banyak benda untuk melihat, bermula dengan Poh Jao Wat yang menempatkan dua patung orang tua, satu daripadanya adalah Ta Khee-Lek (orang tempatan yang memenangi pelbagai loteri selepas dia melawat patung Poh Than Jao Wat) dan satu lagi dipanggil Nonsi. Kemuncak lawatan anda mungkin adalah Pagoda besar yang mengandungi cebisan-cebisan daripada tulang Tuhan Buddha. Pagoda indah ini dihiasi dengan imej dan gambar Buddha yang menggambarkan kisah hidupnya.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Wat Chalong

  • Alamat untuk ke Wat Chalong adalah di 70 Moo 6 Chaofa Rd, Chalong, Muang Phuket 83130, Thailand

Waktu Operasi Wat Chalong

  • Waktu operasi untuk Wat Chalong adalah setiap hari dari 8am-5pm (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)

Harga Tiket Wat Chalong

  • Harga tiket untuk masuk ke Wat Chalong adalah percuma


10. Pasar Malam Hujung Minggu Bandar Phuket (Phuket Night Market)

Phuket Weekend Night Market

Dikenali oleh penduduk tempatan sebagai pasar Naka dan terletak sedikit jauh dari Bandar Phuket, adalah sebuah pasar malam yang lain daripada yang lain. Terdapat pelbagai perkara untuk dibeli seperti buah-buahan, barang-barang lama, haiwan dan pakaian. Pasar yang popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong ini sesuai untuk dikunjungi pada waktu lewat petang supaya anda dapat menikmati suasana yang baik sebelum ia menjadi penuh. Anda boleh menikmati makanan tempatan seperti jagung emas sepuas-puasnya kerana harganya yang murah.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Pasar Malam Hujung Minggu Bandar Phuket

  • Alamat untuk ke Pasar Malam Hujung Minggu Bandar Phuket adalah di Tambon Wichit, Amphoe Mueang Phuket, Chang Wat Phuket 83000, Thailand

Waktu Operasi Pasar Malam Hujung Minggu Bandar Phuket

  • Waktu operasi untuk Pasar malam hujung minggu ini adalah pada setiap hari Sabtu dan Ahad dari pukul 4pm-9pm

Harga Tiket Pasar Malam Hujung Minggu Bandar Phuket

  • Harga tiket untuk masuk ke pasar malam hujung minggu adalah percuma


11. Tiger Kingdom

Tiger Kingdom

Jika anda mempunyai keinginan untuk berada dekat dengan harimau ini adalah tempat yang sesuai untuk melakukannya. Di Phuket Tiger Kingdom harimau ‘Indochinese’ dibesarkan di dalam kurungan dari saat kelahiran sehingga hari terakhir mereka. Harimau biasanya diberi makan sekitar jam 19:00 tetapi ia juga berbaloi untuk dilawati sebaik sahaja tempat ini dibuka untuk mengelakkan orang ramai. Disini mempunyai dua restoran jika anda lapar, salah satu daripadanya membenarkan anda untuk melihat harimau sambil menikmati makanan. Terdapat banyak khabar angin tentang tempat ini, salah satunya adalah khabar angin yang mengatakan mereka memberi bahan terlarang kepada haiwan-haiwan disini (tapi kelihatannya khabar angin ini TIDAK BENAR). Berikut adalah artikel menarik ditulis oleh Vicky yang pernah menjadi sukarelawan di Tiger Kindom: Tiger Kingdom of Truth.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Website

Alamat Tiger Kingdom

  • Alamat untuk ke Tiger Kingdom adalah di 118/88 Moo 7, Kathu, Phuket, Thailand

Waktu Operasi Tiger Kingdom

  • Waktu operasi untuk Tiger kingdom adalah setiap hari dari 9am-5.30pm (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)li>

Harga Tiket Tiger Kingdom

  • Harga tiket untuk masuk ke Tiger kingdom bermula dari 900 baht ke 2,500 baht/orang


12. Kelas Masakan Thai (Thai Cooking Class)

Kelas Memasak

Phuket mempunyai begitu banyak lokasi berbeza yang menawarkan kelas memasak yang pastinya berbaloi untuk disertai semasa anda berada di sana. Anda akan melihat bahawa banyak makanan tempatan yang anda makan di Thailand adalah berbeza dengan makanan Thai yang anda boleh dapati di negara asal anda, terdapat kelainan yang boleh dirasai. Dengan menyertai kelas ini anda akan belajar tentang bahan yang betul serta kemahiran yang berguna untuk terus memasak apabila anda pulang ke rumah. Banyak tempat menawarkan kelas pada waktu pagi, petang atau sepanjang hari dan anda sentiasa dapat makan apa yang anda telah masak setelah kelas tamat.

Hotel Terdekat

  • Alamat untuk kelas memasak di Phuket adalah bergantung kepada kelas yang anda sertai

  • Waktu operasi untuk kelas memasak di Phuket bergantung kepada kelas yang anda sertai (pagi, petang atau sepanjang hari)

  • Harga untuk kelas memasak bergantung kepada kelas yang anda sertai


13. Pantai Surin (Surin Beach)

Surin Beach

Biasanya dikenali sebagai ' Millionaires Row ' Pantai Surin dikelilingi oleh rumah orang-orang kaya dan terkenal dan juga resort yang terkenal serta mewah. Setelah melihat pantai ini anda akan tahu mengapa tempat ini begitu popular dikalangan orang-orang Thai dan pelancong asing. Makan di bahagian pulau ini adalah mahal dan kebanyakan restoran menghadap ke pantai dan menghidangkan makanan-makanan yang mewah.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Pantai Surin

  • Alamat untuk ke Pantai Surin adalah di Choeng Thale, Thalang District, Phuket 83110, Thailand

Waktu Operasi Pantai Surin

  • Waktu operasi untuk Pantai Surin adalah dibuka sepanjang hari

Harga Tiket Pantai Surin

  • Harga tiket untuk masuk ke Pantai Surin adalah percuma


14. Tempat Perlindungan Gajah Phuket (Elephant Sanctuary Phuket)

Elephant Sanctuary

Anda mempertimbangkan untuk menunggang gajah? Sebelum itu apa kata anda melawat tempat perlindungan gajah ini dan anda akan belajar mengapa anda tidak perlu menunggang gajah. Anda akan dapat melihat gajah, belajar semua tentang mereka dan menyokong pelancongan gajah yang beretika.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Tempat Perlindungan Gajah Phuket

  • Alamat untuk ke Tempat perlindungan gajah adalah di 100, Moo 2, Paklok, Thalang, 83110, Thailand

Waktu Operasi Tempat Perlindungan Gajah

  • Waktu operasi untuk tempat perlindungan gajah adalah setiap hari dari 9.30am-1.00pm dan 1.30pm-5.00pm (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)

Harga Tiket Tempat Perlindungan Gajah Phuket

  • 2,500 baht/orang
  • 1,300 baht/kanak-kanak berumur 4-12 tahun
  • Percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun


15. Monkey Hill

Monkeyt Hill

Juga dikenali sebagai Bukit Toh Sae, Monkey Hill adalah bukit tertinggi di Bandar Phuket. Terdapat kira-kira 400 kera yang tinggal di atas bukit dan mereka tinggal di dalam kumpulan kecil di seluruh bukit. Monyet disini tidak akan menyerang manusia tetapi anda perlu memerhatikan barangan peribadi anda daripada diambil. Di bahagian bawah bukit pula menempatkan sebuah kuil yang popular di kalangan orang Thai kerana kebanyakan daripada mereka datang ke sini untuk meminta nombor loteri yang bertuah. Makam ini terkenal dengan tiga roh suci yang berbeza iaitu Toh Sae Dang, Toh Sae Dam dan Toh Sae Kaow.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Monkey Hill Phuket

  • Alamat untuk Monkey Hill adalah di Ratsada, Mueang Phuket District, Phuket 83000, Thailand

Waktu Operasi Monkey Hill Phuket

  • Waktu operasi untuk Monkey Hill adalah setiap hari selama 24 jam. (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)

Harga Tiket Monkey Hill Phuket

  • Harga tiket masuk ke Monkey Hill adalah percuma


16. Phang Nga Bay

Pha Nga Bay

Ketika melawat semua tempat di Phuket jangan lupa untuk memasukkan Phang Nga Bay dalam senarai anda. Teluk ini mempunyai kira-kira 40 pulau kecil yang terletak di atas laut. Kawasan ini penuh dengan lagun, gua dan pokok-pokok bakau dan memerlukan masa yang agak banyak untuk melihat kesemuanya. Teluk ini dilindungi dari banyak cuaca buruk pada musim tengkujuh kerana lokasinya yang terlindung secara semula jadi. Berkunjung ke Phang Nga Bay dengan bantuan pemandu pelancong adalah cara terbaik untuk memastikan anda tidak terlepas apa-apa.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Pha Nga Bay

  • Alamat untuk Phang Nga Bay adalah di Pha Nga Bay, Thailand.

Waktu Operasi Pha Nga Bay

  • Waktu operasi untuk Pha Nga Bay adalah sepanjang hari

Harga Tiket ke Pha Nga Bay:

  • Bermula dari 3950 Thai bhat/seorang


17. Muzium ‘Trickeye’ Phuket

Phuket Trickeye Museum

Muzium ‘Trickeye’ Phuket adalah yang pertama seumpamanya di Selatan Thailand. Muzium ini adalah sebuah muzium interaktif yang ditubuhkan dengan tujuan untuk merangsang imaginasi dan kreativiti anda. Muzium ini direka supaya pengunjung boleh melibatkan diri dengan seni dan menjadi sebahagian daripadanya. Terdapat banyak seni 3D untuk dilihat dan dikagumi, sama ada dalam seni yang dipasang secara kekal atau sementara.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Website

Alamat Phuket Trickeye Museum

  • Alamat untuk Phuket Trickeye Museum adalah di 130/1 Phangnga Rd, Talat Yai, Mueang Phuket District, Phuket 83000, Thailand

Waktu Operasi Phuket Trickeye Museum

  • Waktu operasi untuk Phuket Trickeye Museum adalah setiap hari dari 10am-7pm. (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)

Harga tiket masuk untuk Phuket Trickeye Museum adalah:

  • 450 baht/dewasa
  • 270 baht/kanak-kanak bawah 130cm


18. Khao Rang Viewpoint

Khao Rang Viewpoinnt

Terletak di barat daya pusat bandar, Khao Rang menawarkan peluang yang sangat baik untuk melihat pemandangan seluruh bandar, pulau-pulau berdekatan dan bukit-bukau yang menjadi 'tulang belakang' pulau (di mana terletaknya Phuket Big Buddha.) Terdapat tiga restoran dan bar di sudut yang indah dan teres dengan panorama di mana semua pandangan yang dinyatakan boleh dilihat. Bagi mereka yang suka aktiviti yang memerlukan tenaga, terdapat juga sebuah taman beriadah untuk anda terokai.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Khao Rang Viewpoint

  • Alamat untuk Khao Rang Viewpoint adalah di 145/5 Thanon Patiphat, Tambon Wichit, Mueang Phuket District, Phuket 83000, Thailand

Waktu Operasi Khao Rang Viewpoint

  • Waktu operasi untuk Khao Rang Viewpoint adalah setiap hari 24 jam. (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)

Harga Tiket Khao Rang Viewpoint

  • Harga tiket masuk untuk Khao Rang Viewpoint adalah percuma


19. Makam Jui Tui (Jui Tui Shrine)

Makam Jui Tui

Setelah mengalami beberapa siri pengubahsuaian, Jui Tui Kuil menempatkan tiga patung besar. Setiap patung mewakili setiap Tuhan Cina yang berbeza dan yang paling menonjol adalah Tean Hu Huan Soya, Tuhan persembahan seni dan menari. Di sebelah patung beliau adalah anjing dan ayam kerana haiwan ini dikatakan adalah haiwan peliharaan kesukaannya semasa kecil. Makam itu sendiri lokasi asalnya tidak sama dengan sekarang tetapi telah dipindahkan berikutan kebakaran yang berlaku bertahun-tahun lalu hampir memusnahkan makam ini. Di sebelah kiri makam adalah sebuah rumah mercun di mana anda akan dapat melihat orang membaling mercun semasa musim perayaan.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Nombor Telefon Website

Alamat Makam Jui Tui

  • Alamat untuk Makam Jui Tui adalah di 283 Soi Phutorn, Tambon Talat Nuea, Mueang Phuket District, Phuket 83000, Thailand

Waktu Operasi Makam Jui Tui

  • Waktu operasi untuk Makam Jui Tui adalah setiap hari dari 8am-8.30pm

Harga Tiket Makam Jui Tui

  • Harga tiket masuk ke makam Jui Tui adalah percuma


20. Bandar Lama Phuket (Phuket Old Town)

Phuket Old Town


Bandar Lama Phuket adalah ibu negeri di Bandar Phuket, ia adalah sebuah tempat yang kaya dengan sejarah di mana anda akan melihat banyak Kuil (Cina dan Buddha), rumah-rumah kedai yang indah, kedai percetakan kecil dan ‘red light district’ yang kuno. Bandar lama telah dicipta bertahun-tahun yang lalu semasa logam adalah komoditi yang berharga. Bandar itu sendiri tidak begitu besar jadi anda boleh berjalan mengelilinginya dengan mudah tanpa menggunakan apa-apa pengangkutan dan juga mempunyai pilihan restoran yang banyak untuk anda pilih.

Hotel Terdekat Peta Lokasi

Alamat Bandar Lama Phuket

  • Alamat untuk Bandar lama Phuket adalah di Mueang Phuket District, Phuket 83000 Thailand

Waktu Operasi Bandar Lama Phuket

  • Waktu operasi untuk Bandar Lama Phuket adalah sepanjang hari

  • Tidak ada sebarang bayaran masuk untuk Bandar Lama Phuket.

21. Kuil Cahaya (Shrine of Serene Light)

Shrine of Serene Light

Dibina oleh keluarga tempatan hampir 150 tahun yang lalu dan tersembunyi di hujung jalan adalah sebuah makam yang tenang. Dengan ciri-ciri Taoisme yang terukir meliputi dinding dan siling berkubah, pastinya banyak yang boleh dilihat disini. Baru sahaja diubahsuai, ruang luar kuil ini telah dicat baru sepenuhnya tetapi ruangan dalam masih mengekalkan keasliannya. Anda akan selalu dapat melihat kemenyan yang dibakar dan bunga segar yang diletakkan oleh penjaga tempat ini untuk memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan yang sama.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Kuil Cahaya

  • Alamat untuk Kuil Cahaya adalah di 72/1 Yaowarat Rd, Tambon Talat Yai, Mueang Phuket District, Phuket 83000, Thailand

Waktu Operasi Kuil Cahaya

  • Waktu operasi untuk Kuil Cahaya adalah Setiap hari dari 8.30 am- 5.30 pm

Harga Tiket Kuil Cahaya

  • Harga tiket masuk ke Kuil Cahaya adalah percuma


22. Mom Tri’s Kitchen

Mom Tri's Kitchen

Terletak di kawasan yang secara rasminya dimiliki oleh keluarga diraja Thai adalah Mom Tri’s Kitchen. Tempat ini adalah syurga untuk pasangan yang ingin menikmati hidangan romantis. Restoran ini terletak tepat di tepi perairan yang menghadap ke Laut Andaman dan pasir putih di pantai Kata Noi. Dengan lebih daripada 700 wain dalam botol dan 18 wain dalam gelas untuk dipilih, anda pasti akan dapat menemukan minuman yang memenuhi cita rasa anda. Harga makanan disini agak mahal tetapi boleh dikatakan normal jika dilihat kepada lokasinya. Tetapi tempat ini sangat sesuai untuk sebarang keraian.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Mom's Tri Kitchen

  • Alamat untuk Mom’s Tri Kitchen adalah di Karon, Mueang, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

Waktu Operasi Mom's Tri Kitchen

  • Waktu operasi untuk Mom Tri's Kitchen adalah setiap hari dari 6.30am-10.30am dan 11.00am-11.00pm (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)

Harga Tiket Mom's Tri Kitchen

  • Harga tiket untuk masuk ke Mom Tri's Kitchen adalah percuma tetapi harga makanan bergantung kepada menu pilihan anda


23. Pantai Patong (Patong Beach)

Patong Beach

Pantai Patong dikenali sebagai ‘jantung’ Phuket. Pantai ini menerima kunjungan beribu-ribu pelancong dan mencari tempat letak kereta adalah sesuatu yang hampir mustahil tetapi berbaloi untuk dikunjungi semasa berada di Phuket. Terdapat dua sebab mengapa pelancong datang ke Patong, pantai dan kehidupan malamnya. Panjang pantai ini kira-kira 2 kilometer dan anda boleh mencuba aktiviti ‘parasailing’, jet ski atau hanya menyewa ‘sunbed’ untuk berehat selama beberapa jam.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Pantai Patong

  • Alamat untuk Pantai Patong adalah di Pa Tong, Kathu District, Phuket 83150, Thailand

Waktu Operasi Pantai Patong

  • Waktu operasi untuk Pantai Patong adalah sepanjang hari

Harga sewa untuk aktiviti di Pantai Patong adalah:

  • Jet ski – sekitar 800 baht-1500 baht untuk 30 minit
  • Parasailing – sekitar 1000 baht untuk satu sesi


24. Projek Pemulihan Ungka (The Gibbon Rehab Project)

Projek Pemulihan Ungka

Lebih 3,000 Ungka terbunuh setiap tahun di Thailand di tangan pemburu dan angka ini semakin meningkat. Projek pemulihan Ungka telah ditubuhkan untuk membantu menjaga haiwan yang sakit dan tidak sihat dengan niat untuk menempatkan mereka kembali ke dalam hutan pada masa akan datang. Projek ini sentiasa memerlukan sukarelawan untuk bekerja bersama mereka dalam pelbagai tugas, seperti bekerja di kedai cenderamata, membaik pulih pagar yang pecah, memberi makan Ungka atau menjalankan penyelidikan. Jika anda menjangka untuk melihat keadaan zoo yang biasa, anda mungkin kecewa kerana projek ini lebih menumpukan perhatian kepada membantu Ungka supaya mereka boleh dikembalikan kepada habitat asal mereka.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Nombor Telefon Website

Alamat The Gibbon Rehab Project Phuket

  • Alamat untuk ke Pusat Pemulihan Ungka adalah di 104/3 Moo 3, Paklock, Talang, Phuket 83100, Thailand

Waktu Operasi The Gibbon Rehab Project Phuket

  • Waktu operasi untuk Pusat Pemulihan Ungka adalah setiap hari dari 9am-4.30pm kecuali Sabtu dari 9am-3pm. (kecuali Chulalongkorn Memorial Day)

Harga Tiket The Gibbon Rehab Project Phuket

  • Harga tiket untuk masuk ke Pusat Pemulihan Ungka adalah percuma tetapi anda perlu membayar tiket masuk ke Taman Hidupan Liar sebanyak 200 baht


25. Koh Racha

Koh Racha

 

Koh Racha juga merupakan salah satu pulau yang cantik seperti Pulau Phi Phi. Namun pulau ini menerima kunjungan pelancong yang agak kurang berbanding Pulau Phi Phi. Pulau ini dipenuhi dengan teluk-teluk yang tersembunyi, pantai pasir putih dan juga banyak aktiviti-aktiviti air yang boleh dilakukan disini. Jadi jika anda kesini, anda boleh memilih sama ada ingin bersantai di atas pasir ataupun pergi ke laut untuk mencuba aktiviti ‘parasailing’ atau ‘diving’. Di Pulau Racha juga terdapat pelbagai pilihan makanan di restoran yang jadi anda boleh menikmati makanan yang enak dan lengkap.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Koh Racha

  • Alamat untuk Koh Racha adalah di Rawai Mueang Phuket District, Phuket, Thailand

Waktu Operasi Koh Racha

  • Waktu operasi untuk Koh Racha adalah sepanjang hari.

Harga tiket bot laju dari Phuket ke Koh Racha adalah:

  • bermula dari 1900 Thai baht/seorang


26. Koh Yao Noi

Koh Yao Noi

Pulau ini merupakan sebuah pulau nelayan yang kecil. Anda boleh sampai ke sini dengan menaiki bot dan menghabiskan masa menaiki skuter atau basikal mengelilingi pulau ini dan menikmati makanan-makanan yang sedap sebelum pulang ke bandar Phuket yang sibuk. Ramai pelancong yang ke sini untuk melarikan diri seketika dari hiruk-pikuk kota Phuket dan menghayati ketenangan yang ditawarkan.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Koh Yao Naoi

  • Alamat untuk Koh Yao Naoi adalah di Ko Yao Noi, Ko Yao District, Phang-nga 82160, Thailand

Waktu Operasi Koh Yao Naoi

  • Waktu operasi untuk Koh Yao Naoi adalah sepanjang hari.

Harga tiket bot laju dari Phuket ke Koh Yao Naoi adalah:

  • bermula dari 660 Thai baht/seorang

 


27. Pantai Rawai (Rawai Beach)

Rawai Beach

Pantai Rawai adalah lain daripada pusat tarikan pelancongan yang lain di Phuket. Di sini, anda akan dapat melihat kehidupan harian nelayan-nelayan Thai yang tidak mengambil keuntungan daripada sebarang aktiviti pelancongan. Sebaliknya, masyarakat di sini bekerja dan mencari hasil daripada sumber-sumber tradisional. Jika anda ingin ke Pantai Rawai anda akan dapat merasakan kelainan tempat ini daripada tempat-tempat lain yang anda lawati di Phuket. Habiskan masa anda disini menjalani hidup seperti masyarakat tempatan dan bersembang dengan nelayan-nelayan. Anda dapat memerhatikan kehidupan masyarakat tempatan yang masih tidak terkesan dengan aktiviti-aktiviti pelancongan.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Pantai Rawai

  • Alamat untuk ke Rawai Beach adalah di Rawai Beach, Phuket, Thailand

Waktu Operasi Pantai Rawai

  • Waktu operasi untuk Pantai Rawai adalah sepanjang hari.

Harga tiket bot laju dari Phuket ke Rawai Beach adalah:

  • bermula dari 450 Thai baht/seorang


28. Koh Panyi

Koh Panyi

Koh Panyi merupakan perkampungan terapung masyarakat Muslim di mana penduduknya masih lagi mencari rezeki dengan memancing. Terdapat beberapa kedai-kedai untuk pelancong dan restoran tetapi jika anda tiba awal disini, anda boleh menghabiskan masa berbual dengan penduduk tempatan tentang kehidupan seharian mereka. Selain itu, disini juga ada sebuah padang bola terapung yang dibina oleh penduduk tempatan untuk membolehkan mereka bermain bola sepak.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat Koh Panyi

  • Alamat untuk Koh Panyi adalah di Ko Panyi, Mueang Phang-nga District, Phang-nga, Thailand

Waktu Operasi Koh Panyi

  • Waktu operasi untuk Koh Panyi adalah sepanjang hari.

Harga tiket untuk bot laju dari Phuket ke Koh Panyi adalah:

  • bermula dari 968 Thai baht/seorang


29. Perlawanan Muay Thai (Muay Thai)

Muay Boxing Thai

Thailand sememangnya terkenal dengan sukan Muay Thai yang menggabungkan sukan dan budaya. Jadi jika anda ke Phuket pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat Muay Thai atau perlawanan ‘boxing’ Thai secara ‘live’. Ianya pasti menjadi pengalaman yang menarik untuk anda kerana anda boleh melihat teknik yang digunakan.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Website

Alamat Patong Stadium

  • Alamat untuk ke Patong Stadium adalah 2 59 Sainamyen Rd, Pa Tong, Kathu District, Phuket 83150, Thailand

Waktu operasi untuk Patong Stadium adalah:

  • Isnin, Khamis dan Sabtu dibuka dari 9am-11.30pm
  • Selasa, Rabu dan Jumaat dibuka dari 9am-5pm
  • Tutup pada hari Ahad

Harga Tiket Masuk untuk ke Muay Thai Boxing Patong Boxing Stadium

  • Bermula dari 1150 Thai baht/seorang


30. Menaiki Helikopter Merentasi Pulau

Helicopter Ride

Menaiki helikopter adalah salah satu cara untuk anda melihat pemandangan keseluruhan pulau dari atas. Phuket yang sememangnya terkenal dengan pemandangan pulau menarik pasti akan menjadi lebih berbaloi untuk dilihat dari helikopter. Bergantung kepada berapa lama anda berada di udara, anda akan dapat melihat tarikan-tarikan di Phuket seperti perkampungan orang Muslim terapung, Big Buddha dan Wat Chalong. Sambil itu, juruterbang juga akan membantu anda menerangkan tentang tempat-tempat yang dilawati jadi anda akan mempelajari benda baru.

Hotel Terdekat

  • Alamat untuk tempat menaiki helilopter adalah bergantung kepada pakej yang anda pilih

  • Waktu operasi untuk setiap servis helikopter adalah bergantung kepada pakej yang disediakan

Harga tiket untuk menaiki helikopter di Phuket adalah:

  • bermula dari 4700 Thai baht/seorang.


Tempat Penginapan Menarik di Phuket

Selain daripada pelbagai jenis aktiviti dan tempat menarik di Phuket yang sering memikul hati pelancong, destinasi pelancongan di Thailand ini tidak kurangnya pilihan untuk tempat penginapan yang menarik. Pilihan dari budget hotel, homestay ke resort 5 bintang dan private villa yang unik, anda tidak perlu risau tentang penginapan di Phuket, mesti ada satu yang sesuai untuk anda.

Cari Hotel di Phuket

Semoga senarai aktiviti dan tempat menarik di Phuket ini dapat memberi 1001 idea untuk anda masa membuat aturan percutian ke Phuket. Wassalam.

4.3/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Jelajah Pulau Ke Pulau (Island Hopping) di Phuket

Terdapat begitu banyak pulau yang besar dan kecil di sekitar Phuket, ia akan mengambil masa selamanya untuk melawatnya semua. Kebanyakannya tidak jauh, dan pengunjung...

Aktiviti Keluarga Menarik Untuk Dilakukan Di Phuket

Terdapat begitu banyak perkara yang boleh dilakukan di Phuket dengan kanak-kanak dan seisi keluarga. Sudah tentu, para pengunjung boleh meluangkan seluruh percutian mereka di...

9 Best Pasar Malam Phuket yg Mesti Dikunjungi

Pasar malam di Phuket sentiasa menyeronokkan, daripada Pasar Chillva yang baharu sehingga ke Pasar Hujung Minggu Naka yang gergasi atau Pasar Berjalan Ahad di...

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
yusof
yusof
4 years ago

terbaikk..tapi kedai makan cekik darahh..

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x