35+ Tempat Menarik di Perlis Paling POPULAR Untuk Pelancong Terokai

Kalau sebut sahaja pasal aktiviti pelancongan & tempat menarik di Perlis yang popular, destinasi bergua seperti Gua Kelam & Gua Wang Burma merupakan antara destinasi yang selalu dicadangkan. Tahukah anda, sebenarnya Banjaran Nakawan di Perlis ini terdapat banyak gua-gua menarik yang masih belum diterokai & bilangannya menjangkau sehingga puluhan buah. Tahukah anda, di perairan antara pantai di Perlis & Langkawi sebenarnya terdapat ikan lumba-lumba. Malah kalau bernasib baik, dari pesisiran Pantai Sungai Padang- Sanglang di Perlis anda sudah boleh melihat kelibat ikan lumba-lumba ini berenang & melakukan aksi headstand.

Majoriti tarikan pelancongan utama di Perlis lebih kepada kawasan alam semulajadi & aktiviti eko-pelancongan yang rata-ratanya terletak di sekitar Banjaran Nakawan. Selain itu, cuaca di Perlis juga agak unik sedikit berbanding kebanyakan negeri lain di Malaysia. Sebab itulah, tanah di Perlis adalah satu-satunya tempat di Malaysia yang boleh menghasil buah yang terkenal dengan jolokan nama ‘raja mangga’ atau lebih sinonim dipanggil Mangga Harum Manis. Kalau anda bercuti di antara bulan Mac-Julai setiap tahun, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan buah mangga ini.


35+ Destinasi Percutian Popular & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Perlis Indera Kayangan

1. Gua Wang Burma 1

gua wang burma 1

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang suka aktiviti pengembaraan, apa kata ke Gua Burma 1. Gua Wang Burma 1 ini bukannya seperti Gua Kelam yang mudah diakses dari parkir kereta & juga tidak mempunyai kemudahan sistem pencahayaan untuk kemudahan pelancong. Jadi, menerokai gua ini lebih terasa adventure. Anda perlu bayar permit & daftar di Visitor Centre yang terletak di Taman Negeri Perlis. Pengunjung yang nak ke gua ini juga perlu mengenakan safety helmet, kasut boot, headlamp & sarung tangan untuk tujuan keselamatan serta ditemani dengan jurupandu. Untuk ke Gua Wang Burma ini, pelancong perlu meredah hutan & mendaki bukit sejauh 700 m dari campsite yang terletak di Taman Negeri Perlis.

Perjalanan meredah hutan ini mengambil masa hanya kira-kira 30 minit sahaja. Terdapat 2 buah gua di sini iaitu Gua Burma 1 iaitu gua yang kering & Gua Burma 2 iaitu gua yang basah. Sepanjang menyelusuri denai hutan ke Gua Burma 1 ini, pelancong boleh melihat pelbagai flora & fauna yang menarik. Paling mengujakan di dalam gua ini adalah pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat formasi stalagtik yang sangat besar & dipercayai berusia ratusan jutaan tahun. Di sini juga ada satu stalagtik yang unik rupanya & menyerupai bentuk seekor kepala gajah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-5303503 | Website

  • Taman Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, 01000, Kangar, Perlis

  • 7.00 am – 4.00 pm

Harga Pakej

  • RM 20 untuk permit & jurupandu


2. Gua Wang Burma 2

gua menarik di perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Menerokai Gua Wang Burma 2 adalah satu kemestian sekiranya anda ke Taman Negeri Perlis. Sebaik selesai menerokai Gua Wang Burma 1, pelancong perlu merangkak & menyelusuri sungai kecil dalam gua untuk melihat fenomena tirai dinding gua (cave curtain) putih yang berkilauan seperti permata berlian & pasti membuatkan anda terkesima akan keindahannya. Tahukah anda, formasi tirai gua atau cave curtain memerlukan masa antara 60 – 100 tahun untuk hanya mencapai saiz 1 cm.

Cabaran di Gua Wang Burma 2 ini lebih menguji tahap kecekalan & kecergasan fizikal berbanding Gua Wang Burma 1. Ini kerana mahu tidak mahu, anda perlu meniarap, berjalan itik & merangkak kedalam lubang-lubang gua yang sendat serta pelbagai saiz bentuknya. Paling membuatkan hati berdebar, apabila perlu menuruni batuan besar di sini dalam keadaan yang gelap gelita seperti bermain gelongsor & di atas kepala pula apabila disuluh lampu, terdapat ratusan ekor kelawar yang bergantung & terbang. Seram memang seram tetapi perasaan gementar & berdebar itulah yang membuatkan destinasi ini satu kenangan yang pasti tidak akan dapat anda lupakan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-5303503 | Website

  • Taman Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, 01000, Kangar, Perlis

  • 7.00 am – 4.00 pm

Harga Pakej

  • RM 20 untuk permit & jurupandu


3. Masjid Terapung Al-Hussain

masjid terapung al hussain perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang sudah terlanjur ke Kuala Perlis, jangan lepaskan peluang untuk singgah solat di Masjid Terapung Al Hussain ini. Masjid ini boleh dilabelkan sebagai sebuah masjid utama yang paling ikonik di Perlis yang dibina dengan kos RM 12 juta. Lokasinya yang mengadap Selat Melaka membuatkan pemandangan dari sini terutamanya di waktu senja, memang sangat menakjubkan. Banyak photographer profesional samaada dalam dan luar negara yang datang singgah di sini di waktu senja untuk mengambil gambar masjid ini dalam suasana matahari terbenam.

Fakta paling menarik tentang Masjid Terapung Al Hussin ini, dinding masjid sebenarnya tidak dicat kerana bahan binaannya merupakan batuan jenis coral, granit, pebbles, marmar dan kuartz. Tidak hairanlan kos binaan masjid ini boleh menelan belanja sehingga RM 12 juta. Selain itu, terdapat juga beberapa batang pokok kurma yang diimport khas dari negara Arab bagi menambahkan lagi seri & sentimen Asia Barat di perkarangan masjid ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Masjid Terapung Al Hussin, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


4. Arked Niaga Padang Besar

padang besar perlis shopping

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Padang Besar iaitu sebuah pekan yang bersempadan dengan Songkla, mempunyai satu tarikan paling popular di Perlis untuk tujuan aktiviti membeli belah. Lokasinya hanya lebih kurang 30-40 minit memandu dari Bandar Kangar. Di Padang Besar terletaknya sebuah kompleks bangunan yang dipanggil Arked Niaga yang menempatkan ratusan shop lot dan gerai/bazar yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga yang berpatutan. Sudah tentulah murah harganya memandangkan ianya terletak di kawasan bebas cukai.

Antara jenis produk menarik yang boleh pelancong beli di ruangan Arked Niaga untuk dijadikan ole-ole adalah pakaian/fabrik, kraftangan, periuk belanga, bunga-bunga yang diimport dari Thailand, buah-buahan import dan sebagainya. Rata-rata peniaga di sini adalah dari Malaysia dan ada juga segelintir dari Thailand. Di luar kompleks Arked Niaga ini juga, ada menempatkan ruangan gerai yang lebih kepada bahagian untuk memburu makanan-makanan santai yang popular di Perlis seperti pulut ayam, somtam, tom yam kelapa, laksa, cendol & macam-macam lagi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Arked Niaga Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis

Waktu Operasi Arked Niaga Padang Besar

  • 8.00 am – 10.30 pm (setiap hari)

  • Destinasi membeli belah


5. Gua Kelam

 gua kelam perlis menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang inginkan aktiviti yang lebih mendekatkan diri kepada alam semulajadi, salah satu tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati ialah di Gua Kelam yang merupakan sebuah gua batu kapur dan juga merupakan sebahagian daripada pembentukan Banjaran Nakawan. Lokasinya pula hanya 30 minit dari Bandar Kangar. Di pintu masuk Gua Kelam ini anda boleh melihat tangga-tangga dan laluan (Cave Walk) yang telah dibina untuk masuk ke dalam gua dan siap dengan kemudahan lampu bagi menerangi kegelapan gua.

Memandangkan dahulunya gua ini merupakan tempat lombong timah, anda juga boleh melihat koleksi barangan bersejarah yang bersangkut paut dengan industri pelombongan bijih timah. Untuk menerokai Gua Kelam, pengunjung tidak perlu bersusah payah meredah hutan seperti ke Gua Wang Burma. Lokasinya pintu muka guanya sangat dekat dengan kawasan parkir kereta. Sesuai untuk anda datang lawati baik secara berkeluarga atau bersama rombongan pelajar sekolah untuk lebih mendekati keindahan gua batu kapur di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis

Waktu Operasi Gua Kelam

  • Isnin-Jumaat
    • 8.00 am – 5.00 pm
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
    • 8.00 am – 6.00 pm

Bayaran Masuk Gua Kelam Perlis

  • Dewasa:
    • RM 1.00
  • Kanak-kanak ( 4-12 tahun):
    • RM 0.50


6. Muzium Kota Kayang

muzium kota kayang perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kira-kira 7 km dari Kangar, terletaknya Muzium Kota Kayang yang menempatkan pelbagai koleksi artifak dan barangan sejarah berkenaan negeri Perlis Indera Kayangan. Muzium Negeri Perlis menempatkan 5 galeri utama yang mempamerkan pelbagai koleksi bahan pameran baik dari zaman pra-sejarah, pakaian Diraja lama, pakaian golongan bangsawan, peralatan senjata peperangan, kebudayaan dan sebagainya.

Tidak terlalu keterlaluan untuk dikatakan, muzium ini memang seindah namanya & merupakan muzium di Malaysia yang mempunyai landskap paling cantik yang akan pernah anda lihat. Lokasinya sangat cantik dengan berlatar belakangkan sebuah bukit hijau kecil dan di depannya pula ada tasik yang menghijau. Kalau dilihat dari sudut tertentu, muzium ini kelihatan seakan-akan terapung di atas air. Tidak hairanlah muzium ini pernah merangkul Anugerah Landskap Tercantik peringkat kebangsaan pada tahun 2006. Sangat sesuai untuk bawa anak-anak ke sini untuk memantapkan lagi ilmu sejarah mereka tentang Negeri Perlis.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9770027 | Facebook

  • Kota Kayang Museum, Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis

Waktu Operasi Muzium Kota Kayang

  • 9.00 am – 5.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Muzium Kota Kayang

  • Percuma


7. Galeri Diraja Arau Perlis

galeri diraja perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Galeri yang hanya terletak bersebelah dengan Istana Raja Perlis di Arau ini menempatkan pelbagai koleksi simpanan barangan Diraja Perlis. Lokasinya hanya terletak kira-kira 20 minit dari Bandar Kangar. Banyak koleksi menarik yang boleh pelancong lihat sendiri di sini seperti alat kebesaran diraja, bunga emas, ufit-ufti, senapang antik, tembikar-tembikar, pedang, basikal antik, duit lama dan sebagainya.

Tarikan yang paling mendapat perhatian di sini ialah kain kiswah atau lebih sinonim dengan kelambu kaabah yang telah dihadiahkan oleh pemerintah Arab Saudi kepada pemerintah negeri Perlis pada tahun 1965 ketika baginda berangkat ke Mekah. Di sini juga terdapat sebatang penyapu yang pernah digunakan untuk membersihkan perkarangan kaabah di Mekah. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, destinasi sebegini adalah satu tempat menarik di Perlis yang sangat perlu kunjungi supaya anak-anak lebih mengenali bahan bersejarah yang sering menjadi sebahagian soalan-soalan dalam pemeriksaan di sekolah dalam matapelajaran sejarah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Galeri Diraja Arau Perlis, 02600 Arau, Perlis

Waktu Operasi Galeri Diraja Arau Perlis

  • 8.00 am – 9.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Galeri Diraja Arau Perlis

  • Percuma


8. Nat Pokok Getah

nat pokok getah perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Perlis susah nak ada trafik jem. Bagi orang KL & Selangor yang selalu memandu di MRR2 & rindu nak rasa traffic jam, bolehlah ke Nat Pokok Getah. Sebagai pelancong dari luar Perlis, destinasi sebegini merupakan tempat yang sangat ideal untuk anda lawati bagi menerokai makanan popular orang setempat & selami budaya jual beli orang Perlis. Nat Pokok Getah merupakan sebuah kawasan pasar pagi dalam kebun pokok getah yang sangat lapang yang menempatkan begitu banyak khemah jualan yang menjual pelbagai produk samaada bahan mentah masakan , makanan popular orang Perlis, pakaian, buah-buahan, benih pokok, barangan antik & sebagainya.

Antara makanan popular di Perlis yang boleh anda cari di sini adalah ikan pekasam, aneka kuih muih, tapai, laksa beras, goreng-gorengan & sebagainya. Nat Pokok Getah ini sebenarnya sudah lama bertapak di Perlis sejak tahun 1998 lagi. Di Perlis ada beberapa destinasi Nat (pasar pagi) untuk anda terjah & Nat Pokok Getah adalah antara yang paling popular, paling besar, paling meriah & paling traffic jam. Sekiranya keadaan di sini terlalu sesak, destinasi nat lain yang boleh anda pergi adalah Nat Behor Lateh yang terletak kira-kira 10 km dari sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Kubang, 02600 Arau, Perlis

Waktu Operasi Nat Pokok Getah

  • Ahad
    • 7.00 am – 12.30 pm

  • Kawasan pasar pagi


9. Festival Mangga Harum Manis Perlis

pulut mangga harum manis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau di Malaysia buah durian adalah ‘Raja Buah’ & kalau nak tahu, di Perlis pula, Mangga Harum Manis adalah ‘ Raja Mangga’. Bagi mereka yang bercuti ke Perlis diantara Mac-Julai, jangan lupa untuk cari buah mangga harum manis yang hanya boleh didapati di Negeri Perlis untuk dijadikan buah tangan yang istimewa untuk keluarga di rumah. Festival jualan kebiasaannya akan berlangsung di beberapa ladang sekitar Perlis. Setiap ladang-ladang mangga harum manis di Perlis ini diusahakan oleh pengusaha yang berlainan & kebiasaannya mereka akan membuka gerai jualan berhampiran kawasan ladang masing-masing.

Antara ladang-ladang mangga harum manis yang ada di sini yang sering menjadi kunjungan pelancong adalah Y.A Harumanis, NCA Mangga Harum Manis, KHM Harum Manis, Ladang Harum Manis Paksu & juga di Ladang Harum Manis, Sungai Batu Pahat. Lebih menarik lagi, di beberapa destinasi ini juga ada yang menjual makanan & minuman berasaskan mangga harum manis seperti jus harum manis, pulut mangga harum manis & puding sagu harum manis. Memandangkan mangga harum manis ini merupakan ‘raja mangga’, tidak hairanlah harga di pasaran boleh mencapai antara RM 35- RM 45 untuk 1 kg & harganya juga bergantung kepada gred buah. Sekiranya anda jumpa harga yang murah daripada harga pasaran, berhati-hatilah kerana ianya mungkin mangga ‘tong dam’, iaitu sejenis mangga siam yang rupanya mirip mangga harum manis & rasanya lebih masam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Perlis

  • Musim buah mangga harum manis di Perlis
    • Di antara Mac/April – Jun/Julai setiap tahun

  • Destinasi jualan

*Harga 1 kg di pasaran 2018 antara RM 35- RM 45 bergantung pada gred buah.
*Ada peniaga yang ambil kesempatan jual buah mangga ‘tong dam’, buah mempelam siam yang mirip mangga harum manis. Biasanya dijual pada harga lebih murah dari pasaran. Lihat video ini untuk kenali ciri-ciri mangga harum manis dari Perlis.


10. Taman Ular & Reptilia Perlis

taman ular & reptilia perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Boleh dikatakan sebagai zoo mini yang menempatkan agak banyak hidupan reptilia ular dan juga beberapa binatang lain. Sebaik melangkah masuk ke pintu depannya, anda boleh melihat 3-4 ekor ular sawa (sawa batik dan sawa albino) yang hidup berlingkaran di atas meja. Paling mengujakan, pengunjung boleh pegang & bermain dengan ular-ular ini sambil diperhatikan oleh pelatih di sini. Bagi yang lebih berani & kalau nak rasa betapa kuatnya belitan ular sawa ini, anda boleh cuba melilitkan ular ini di tengkuk & dipinggang.

Selain ular yang hidup, ada juga pameran spesis ular-ular yang sudah mati yang diawet dan diletakkan di dalam bekas berbingkai bagi memudahkan pengunjung melihat serta mempelajari dengan lebih lanjut tentang ular-ular ini. Jika bernasib baik & kena pada waktunya pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan aksi berani daripada pelatih di sini bersama ular. Kebiasaannya, pertunjukan lagak ngeri bersama ular ini diadakan pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti-cuti umum. Di sini juga menempatkan beberapa lagi spesis haiwan eksotik lain untuk tatapan pengunjung seperti burung unta, iguana, buaya, katak bertanduk & pelbagai lagi jenis reptilia lain

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9768511 | Facebook

  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perlis, Unit Taman Ular & Reptilia, Sungai Batu Pahat, 01000, Kangar, Perlis

Waktu Operasi Taman Ular & Reptilia Perlis

  • 9.00 am – 6.00 pm ( Setiap hari)

Bayaran Masuk ke Taman Ular & Reptilia Perlis

  • Dewasa: RM 6.00
  • Kanak-kanak ( 5-12 tahun) : RM 3.00
  • Kanak-kanak ( bawah 4 tahun): Percuma
  • Kamera : RM 1.00
  • Kamera Video: RM 2.00


11. Pintu Wang Gunung

pintu wang gunung perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang obses dengan aktiviti pengembaraan & gemar mendaki gunung, destinasi Pintu Wang Gunung adalah tempat yang wajib anda pertimbangkan untuk mencubanya. Gunung yang berketinggian hampir 500 m ini sering menjadi lokasi penggemar aktiviti kembara untuk menawan puncaknya yang mempunyai tarikannya sendiri. Dari puncak ini, anda boleh melihat pemandangan yang sangat memukau, bahkan boleh melihat majoriti negeri Perlis & juga termasuk selatan negara Thailand.

Laluan menuju ke puncak gunung ini memang agak mencabar & tidak sesuai untuk mereka yang berkeluarga serta ada anak-anak kecil untuk mencuba. Ada sesetengah laluan di sini memang agak curam & sempit serta mempunyai batu-batuan yang tajam. Untuk kemudahan pendaki berehat, di sini juga terdapat sekitar 14 pit stops . Perjalanan untuk sampai ke kemuncak boleh memakan masa pendakian antara 2 ke 3 jam. Starting point atau pintu masuk laluan terletak berdekatan dengan Kelab Golf Putra Sungai Batu Pahat & tidak jauh dari Taman Ular & Reptilia Perlis.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • R117, Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis

  • tiada masa dikhususkan

  • percuma

*perlu dapatkan jurupandu & nasihat pendaki di Perlis. Rujukan=> Perlis Hikers


12. Rimba Herba Perlis

rimba herba perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi yang tidak jauh dari Taman Reptilia Perlis dan mempunyai pelbagai spesis tumbuhan herba yang jarang-jarang kita ketemui seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Kayu Manis , Cekor, Serai, Mengkudu, Selasih dan sebagainya. Selain melihat pelbagai tumbuhan herba, pengunjung juga berpeluang untuk melihat cara proses & merasa minuman herba asli seperti teh misai kucing. Dengan bayaran yang minimal, anda juga berpeluang untuk merasai urutan & pengalaman merendamkan kaki ke dalam minyak herba.

Minyak herba ini merupakan ramuan yang terdiri daripada campuran herba yang eksotik seperti minyak kelapa dara, teja lawang, sembung & serai wangi yang dipercayai sangat bagus secara tradisional untuk mencegah penyakit seperti gout, sakit sendi tulang, kebas kaki & juga angin dalam badan. Satu tempat menarik di Perlis yang sangat sesuai untuk dijadikan destinasi rombongan sekolah untuk lebih mengenali pokok-pokok herba tempatan yang sering menjadi sebahagian daripada campuran kopi campuran 3 in 1 seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing & macam-macam lagi. Pengunjung juga boleh membeli pokok-pokok herba & produk-produk herba yang terdapat di ruangan jualan di sini yang mungkin boleh dijadikan sebagai buah tangan istimewa dari Perlis untuk atuk & nenek yang berada di kampung.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9765966

  • Taman Herba Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, 01000, Kangar, Perlis

Waktu Operasi Taman Herba Perlis

  • Selasa-Khamis
    • 8.00 am – 5.00 pm
  • Jumaat:
    • 8.00 am – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.00 pm
  • Isnin
    • Tutup

Harga Tiket Taman Herba Perlis

  • Dewasa: RM 1.00
  • Kanak-kanak: RM 0.50


13. Kuala Perlis

tempat menarik di penang laksa

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kuala Perlis merupakan satu destinasi yang selalu pelancong kunjungi kerana di sinilah terletaknya salah satu jeti untuk ke Pulau Langkawi. Sekiranya anda ingin membawa kereta ke Pulau Langkawi, hanya jeti di Kuala Perlis ada sediakan khidmat sedemikian. Destinasi Kuala Perlis yang merupakan sebuah pekan kecil, lebih kepada untuk santai-santai makan dan menikmati keindahan kawasan tepi pantai. Selain itu, Kuala Perlis juga sangat terkenal dengan keenakan menu ‘Laksa Beras Kola’ yang tidak perlu diperkenalkan lagi. laysia.

Memandangkan Kuala Perlis ini pekan nelayan & terletak di tepi laut maka restoran & medan ikan bakar yang menyajikan makanan laut lebih popular di sini. Sekiranya anda bercadang nak jalan jalan cari makan di Kuala Perlis, bolehlah kunjungi beberapa restoran yang popular di sini seperti Kak Su Laksa, D Adna Laksa House, Restoran Api Api (seafood/ikan bakar) & Koma Laut (seafood/ikan bakar). Setiap tahun, Kuala Perlis akan menjadi tumpuan pelancong kerana di sinilah berlangsungnya pesta air tradisional Perlis & anda bolehlah melihat dengan lebih dekat keunikan serta kemeriahan acara sukan lumba perahu tradisional di Negeri Perlis.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kuala Perlis, Perlis

  • 24 jam ( Destinasi santai & makan makan)

  • Tiada ( Destinasi santai & makan makan)


14. Taman Eko Rimba Bukit Ayer

air terjun di perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hanya terletak 12 km dari Bandar Kangar, destinasi ini merupakan salah satu air terjun di Perlis yang sering menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu untuk berkelah bersama keluarga. Air terjun di sini tidaklah terlalu besar & tinggi seperti di Taman Negara tetapi lebih daripada mencukupi untuk anak-anak bersuka ria. Akses melalui jalan raya ke sini sangat mudah dan terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung seperti chalet, kawasan letak kereta, surau, tapak perkhemahan, pusat penerangan, tandas, taman permainan kanak-kanak, bangku duduk dan kolam mandi manda.

Berdekatan Taman Eko Rimba Bukir Ayer ini juga terdapat denai redah hutan yang sering menjadi aktiviti wajib institusi pengajian yang datang berkhemah di sini. Landskap taman ini yang dikelilingi kehijauan juga sangat menarik untuk kaki photografi merakam gambar landskap yang cantik. Sekiranya anda ingin menginap berdekatan di kawasan rekreasi ini yang juga dikenali sebagai Hutan Lipur Bukit Ayer, penginapan terdekat adalah di Bukit Ayer Resort Perlis & lokasinya hanya 5 minit sahaja memandu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Anak Chelong,, R119, 01000 Kangar, Perlis

  • Taman rekreasi awam (24 jam)

  • Taman rekreasi awam (percuma)


15. Masjid Alwi

masjid menarik di perlis alwi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekali pandang akan warna masjid yang hitam putih & seni bentuk kubah utamanya, kelihatan tidak ubah seperti Masjid Kapitan Keling di Penang. Percaya atau tidak, masjid yang dibina pada tahun 1931 & siap 3 tahun kemudiannya ini sebenarnya dibina dengan menggunakan putih telur & pasir kerana pada masa itu masih belum ada simen. Mengikut sumber, kos pembinaannya pada masa itu sekitar RM 64 000 hasil kutipan derma & wang zakat. Pembinaan masjid ini siap sepenuhnya pada tahun 1933 & dirasmikan oleh Raja Perlis ketika itu.

Melihat kepada keunikan teknik pembinaan & saiz masjid ini, tak dapat nak digambarkan berapa biji telur sebenarnya yang telah digunakan untuk menyiapkan masjid yang mempunyai elemen senibina Mogul ini. Lokasi untuk ke sini juga mudah diakses serta dekat dengan Sri Garden Hotel. Wajib singgah sebentar di sini untuk menunaikan ibadah & sambil-sambil itu bolehlah bergambar untuk dijadikan kenangan percutian anda di Perlis bersama keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Pesiaran Jubli Emas, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


16. Taman Negeri Perlis Wang Kelian

taman negeri perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang sukakan aktiviti lasak berkumpulan di Perlis, apa kata ke Taman Negeri Perlis. Dengan kemudahan & fasiliti yang lengkap, destinasi ini sangat sesuai untuk mereka yang nak anjurkan aktiviti seperti family day, team building atau pun mungkin sebagai destinasi bercuti hujung minggu bersama keluarga & rakan-rakan. Terdapat kemudahan seperti dewan seminar, chalet, asrama, tapak perkhemahan, dewan terbuka & sebagainya. Di sini, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak yang menarik secara berkumpulan di beberapa lokasi berdekatan seperti junggle trekking, night walk, berkhemah, menerokai gua batu kapur, mendaki gunung & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-5303503 | Website

  • Taman Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, 01000, Kangar, Perlis

  • Untuk bermalam & bercamping, sepanjang tahun.
  • Lawatan harian:
    • 7.00 am – 4.00 pm

  • bergantung kepada pakej. sila berhubung
  • Untuk menerokai gua bersama jurupandu
    • RM 20


17. Bukit Keteri

bukit keteri perlis climbing

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi bukit batu kapur yang popular di Perlis untuk aktiviti rock climbing. Sebaik sampai di puncak, pemandangan dari atas yang menampakkan panorama pokok menghijau pasti menghilangkan rasa letih anda. Sebaiknya, lakukan aktiviti ini pada waktu petang kerana pendaki berpeluang untuk melihat panorama matahari terbenam yang sudah tentu akan menjadi sebuah ‘master piece’ untuk photo peribadi anda.

Walaubagaimanapun, destinasi rock climbing di sini bukannya sesuai untuk semua orang. Hanya mereka yang sudah mahir & ada pengalaman sahaja dicadangkan untuk melakukan aktiviti climbing di sini memandangkan tahap kesusahan permukaan dinding batuannya yang sangat mencabar. Tidak hairanlah, ramai pendaki luar negara yang berstatus world class climber, datang ke Bukit Keteri untuk mencuba & mencabar tahap kemampuan diri. Di sini juga terdapat gua batu kapur yang besar dan dikatakan saiz ruangan dalamannya boleh memuatkan sebuah jet jumbo.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-4881706 | Facebook

  • Bukit Keteri, Kangar, Perlis


18. Kolam Memancing A.B.E

kolam mancing ikan perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang kaki pancing ataupun baru terlintas di hati nak jadi pemancing tetapi mabuk laut apabila naik bot, apa kata terjah lokasi kolam ikan ini. Kolam memancing ini yang terletak di Sungai Batu Pahat memang sangat terkenal di kalangan kaki pancing setempat untuk memburu pelbagai jenis ikan air tawar seperti patin, rohu, pacu, karak & sebagainya. Terdapat beberapa kolam memancing di sini yang diusahakan secara persendirian & kawasan persekitarannya sangat bersih serta mempunyai fasiliti untuk pengunjung yang terjaga baik.

Paling menarik, pemandangan kolam di sini yang berlatar belakangkan kehijauan sekeliling pasti membangkit perasaan seolah-oleh memancing di tasik yang jauh ke dalam hutan. Berdekatan dengan kolam ini juga terdapat Warung D’Kolam yang boleh anda menjamu selera bersama keluarga. Bagi mereka yang nak anjurkan aktiviti memancing untuk family day secara tertutup, pemilik kolam juga ada menyediakan pakej sewaan kolam ikan ini secara menyeluruh. Sekiranya anda mencari tempat menarik di Perlis untuk family day atau mungkin untuk pertandingan antara jabatan di pejabat, bolehlah pertimbangkan destinasi ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-4514225 | Facebook

  • K1253 KAMPUNG SYED OMAR,BINTONG, Kangar

  • Selasa-Ahad
    • 8.00 pagi – 12.00 malam
  • Isnin
    • Tutup

  • 1 Jam RM 8.00


19. Canopy Walk SPF Ayer Keroh

canopy walk perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercuti ke Perlis & inginkan pengalaman seperti di Taman Negara, salah satu destinasi yang paling ideal di Perlis adalah di Canopy Walk SPF Ayer Keroh yang terletak di Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (SPF) Mata Ayer, Perlis. Canopy walk di Perlis yang sering menjadi kunjungan pelancong ini mempunyai jarak 100 meter bagi setiap titian & ketinggiannya boleh mencapai sehingga 17 meter. Pengalaman menyelusuri canopy walk ini melihat pokok-pokok hijau disekeliling memang sangat menenangkan jiwa raga yang sedang serabut.

Dari titian canopy walk ini juga, anda berpeluang menyaksikan sebatang pokok jati yang difahamkan merupakan pokok jati yang tertua di Semenanjung Malaysia. Pokok ini sebenarnya telah ditanam oleh Jabatan Perhutanan Malaysia pada tahun 1953 lagi. Selain itu, banyak lagi spesis-spesis tumbuhan & pokok hutan yang jarang-jarang anda jumpa di tempat lain boleh dilihat di sini. Satu destinasi eko-pelancongan di Perlis yang sangat ideal untuk anda lawati bersama anak-anak untuk lebih menghargai nilai-nilai tumbuhan ini kepada ekosistem perhutanan di negara kita.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (SPF) Mata Ayer, Perlis

  • 8.00 am – 5.00 pm ( Isnin-Jumaat)

  • Dewasa: RM 5.00
  • Kanak-kanak: RM 3.00


20. Tasik Timah Tasoh

tasik lasoh perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah tasik buatan manusia dan di sini mempunyai sebuah resort yang sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan yang tenang. Sekitar tasik ini juga sering menjadi tempat untuk mencerap bintang dan dikatakan lokasi yang paling strategik di Malaysia untuk mendapatkan gambar bintang-bintang & Milky Way. Perairan Tasik Timah Lasoh juga terkenal di Perlis sebagai destinasi memancing & terdapat pelbagai jenis ikan air tawar seperti Talapia, Ubi, Keli, Haruan dan Gelang Pam. Tidak jauh dari Tasik Timah Lasoh ini, terdapat tarikan lain seperti dusun buah-buahan & denai jungle trekking.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Timah Tasoh Dam, Kangar, Perlis

  • 24 jam ( kawasan terbuka)

  • percuma ( kawasan terbuka)


21. Ladang Nipah Kipli

tempat makan menarik di perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pengalaman berada di sini memang lain daripada yang lain untuk pelancong. Kalau di pantai timur, kebiasaannya pelancong akan ke pantai & mencari gerai-gerai di bawah rimbunan pokok rhu, di Perlis pula, bersantapan di bawah rimbunan pokok nipah adalah pilihan yang boleh dilakukan. Destinasi yang boleh dikatakan salah satu tempat makan menarik di Perlis ini, bukan sahaja kerana suasananya yang unik menjadikannya popular, malah menu makanan santai orang Perlis yang sedap turut menjadikan Ladang Nipah Kipli sering menjadi kunjungan pelancong dalam & luar negeri Perlis.

Di sini, terdapat pelbagai menu makanan orang Perlis yang boleh anda cuba seperti ais kacang, laksa Perlis, puding kelapa, rojak buah, mee sup, laici kang dan sebagainya. Selain itu, yang paling menjadi tumpuan di sini ialah kelazatan air nira nipah/ cuka nipah yang dijamin asli dan segar dari ladang. Cuka nipah dipercayai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan sesuai untuk anda beli sebagai buah tangan istimewa untuk orang-orang tua anda. Ladang Nipah ini menempatkan lebih 1000 batang pokok nipah yang diusahakan oleh Encik Kipli di dalam kawasan berkeluasan 1.6 hektar. Satu destinasi yang orang kata, ‘menyelam sambil minum air’. Sambil-sambil melihat keindahan ladang nipah di Perlis, sambil-sambil jalan jalan cari makan di Perlis.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Ladang Nipah Kipli, Sanglang, Perlis

Waktu Operasi Gerai di Ladang Nipah Kipli

  • 1.00 pm – 7.30 pm
    • Sabtu-Khamis
  • 2.30 pm – 7.30 pm
    • Jumaat

  • Destinasi makan
  • Untuk lihat demo proses nira nipah, ada caj tambahan.


22. Tasoh Lake Resort & Retreat

tasoh lake resort retreat perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ingin destinasi penginapan di Perlis yang mendamaikan? Sekiranya ya, pertimbangkan untuk menginap di Tasoh Lake Resort & Retreat yang merupakan sebuah resort tepi tasik yang pasti memberikan anda satu kepuasan bermalam apabila bercuti di Perlis. Pemandangan pada waktu pagi di tasik ini terutamanya waktu berkabus, memang sangat menakjubkan. Jauh dari kesesakan kota raya, Tasoh Lake Resort & Retreat sangat sesuai untuk anda menenangkan jiwa raga bersama keluarga apabila bercuti ke Perlis. Pilihan untuk melakukan aktiviti outdoor bersama kumpulan & santai-santai menikmati keindahan alam adalah lebih menarik di sini berbanding destinasi penginapan lain di Perlis. Selain itu, lokasinya juga untuk ke Bandar Utama Kangar juga tidak jauh sekitar 20 km sahaja & jarak ke Train ETS Padang Besar hanya 15 km sahaja.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 604-9387186 | Facebook

  • Lot 3082, Jalan Kaki Bukit, Kampung Bukit Manek, 02200 Kangar, Perlis

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


23. Taman Rekreasi Tasik Melati

 taman tasik melati perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Rekreasi Tasik Melati yang terletak dalam 9 km dari Kangar lebih kepada kawasan rekreasi & mempunyai kemudahan yang lengkap untuk pengunjung seperti platform jalan kaki ke tengah tasik, pondok rehat, ruang letak kereta dan sebagainya. Destinasi ini sering menjadi kawasan tumpuan penduduk setempat untuk beriadah & bersantai dengan keluarga pada hujung minggu. Kalau anda dari Padang Besar menuju naik highway, bolehlah singgah di sini dahulu untuk rehat atau bergambar sebagai kenang-kenangan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Rekreasi Tasik Melati, Taman Melati, 02400 Kangar, Perlis

  • Destinasi rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi rekreasi awam (percuma)


24. Ladang Burung Unta Perlis

tempat menarik di Padang Besar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang menuju ke Padang Besar, Perlis bersama keluarga & anak-anak untuk aktiviti membeli belah, apa kata singgah di sini sekejap untuk melihat burung unta dengan lebih dekat. Destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik di Padang Besar yang berdekatan yang boleh anda lawati bersama anak-anak selepas penat membeli belah di Arked Niaga Padang Besar. Ladang burung unta ini bukanlah terlalu besar seperti Desaru Ostrich Farm di Johor tetapi cukup memadai untuk membuatkan anak-anak ceria melihat haiwan eksotik ini.

Bayaran ke sini pun percuma & lokasinya mudah untuk diakses dengan kereta, jadi tiada apa nak rugi. Di sini hanya terdapat 3-4 ekor sahaja burung unta & juga beberapa ekor ayam api-api. Ladang yang luas hijau terbentang ini dengan beberapa ekor burung unta, memang sangat ideal untuk anda bergambar bersama keluarga untuk dijadikan sebagai salah satu memori manis percutian berkeluarga di Perlis.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Ladang Burung Unta Perlis, Padang Besar, Perlis

Waktu Operasi Ladang Burung Unta Perlis

  • 9.00 am – 6.00 pm

Bayaran ke Ladang Burung Unta Perlis

  • Percuma


25. Taman Rekreasi Bukit Jernih

taman rekreasi pengkalan asam perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda shopping di Padang Besar & ingin pulang ke KL, apa kata singgah dahulu di Taman Rekreasi Bukit Jernih untuk berehat sebentar sambil menenangkan diri. Taman rekreasi ini mempunayi sebatang sungai kecil, yang jernih airnya & redup persekitarannya. Walaupun anak sungai ini kecil sahaja, tetapi arusnya kelihatan deras namum tidak merbahaya seperti di jeram. Untuk anak-anak kecil, sesuai untuk main-main air di sini.

Memandangkan destinasi ini bukanlah tempat pelancongan utama di Perlis, maka kuranglah pelancong yang datang. Namun, sekiranya anda dalam perjalanan dari Padang Besar ke KL & sebelum naik highway, bolehlah singgah di sini. Untuk mereka yang kaki DSLR, kawasan taman ini memang sangat ideal untuk menghasilkan karya photo yang cantik. Subjek-subjek seperti sungai, akar-akar pokok yang timbul menjalar di atas tanah & pokok-pokok merimbun tinggi, pasti akan membuatkan anda tak sabar nak datang sini untuk melepaskan gian picit-picit butang DSLR & mirrorless camera anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Sungai Bukit Jernih, Lorong Bukit, Taman Jernih, 02450 Kangar, Perlis

  • kawasan rekreasi terbuka ( 24 jam)

  • kawasan rekreasi terbuka ( percuma)


26. Taman Rekreasi Bukit Kubu

taman rekreasi bukit kubu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kawasan yang sangat cantik dikelilingi dengan bukit batu kapur, tumbuhan hijau dan juga mempunyai sebuah kolam semulajadi. Di sini juga terdapat beberapa gua iaitu Gua Harimau dan Gua Ikan. Terletak hanya 1 km dari Pekan Kuala Perlis, kawasan ini turut mempunyai kemudahan seperti tandas, parking kereta, taman permainan kanak-kanak, surau dan denai jalan kaki. Destinasi ini lebih kepada untuk bersantai atau rehat & bersiar-siar petang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Rekreasi Bukit Kubu, Kuala Perlis, Perlis

  • Taman rekreasi awam ( 24 jam)

  • Taman rekreasi awam ( percuma)


27. Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen

taman bunga kertas perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman bunga cantik ini yang bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia & di pinggir Bukit Lagi ini merupakan satu ilham Tuanku Pemangku Raja Perlis yang berkeluasan kira-kira 4 hektar. Nama tamannya yang indah ini diambil bersempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah. Walaupun taman bunga ini cantik & merupakan ilham daripada Pemangku Raja Perlis, tidak bermakna ianya sebuah taman larangan & tidak bermakna orang awam tidak boleh lawati.

Di sini, pengunjung boleh lihat pelbagai jenis pokok-pokok bunga kertas yang pelbagai warnanya & pelbagai bentuk kelopak bunganya. Pokok-pokok bunga kertas yang ada di sini merupakan spesis-spesis yang didatangkan di dalam rantau ini. Kalau anda suka tanam bunga, bolehlah datang ke sini untuk mendapatkan ilham. Paling menarik, pengunjung boleh juga menaiki tangga yang agak curam tetapi tidaklah terlalu ekstrem tingginya untuk ke kawasan berbukit & melihat pemandangan sekeliling yang sangat mengusik jiwa kalbu. Bagi mereka yang nakkan aktiviti santai & bersiar-siar di sebuah taman bunga yang nyaman, destinasi ini adalah jawapannya sekiranya anda berada di Kangar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen, 01000 Kangar, Perlis

  • taman rekreasi awam & tiada masa dikhususkan

  • taman rekreasi awam & percuma


28. Taman Awam Bukit Lagi

taman awam bukit lagi perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang bercuti ke Perlis bersama keluarga & inginkan destinasi untuk santai petang di kawasan yang menarik, salah satu tempat menarik yang terdekat dari kawasan Bandar Kangar adalah di Taman Awam Bukit Lagi. Taman awam ini merupakan taman rekreasi yang sangat popular di kalangan penduduk setempat untuk beriadah samaada waktu pagi atau petang. Kemudahan & fasiliti untuk pengguna yang ingin jogging & bersenam juga tersedia dalam keadaan yang sangat baik. Selain itu, terdapat juga playground yang tidak kurang menariknya untuk kanak-kanak bersuka ria.

Kawasan persekitaran taman ini memang cantik kerana dikelilingi pokok-pokok hijau & bukit batu kapur yang masih terjaga daripada kerakusan aktiviti manusia. Bagi yang inginkan aktiviti lebih mencabar, anda boleh menyusuri tangga-tangga menuju ke puncak Bukit Cenderawasih.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis

  • Destinasi rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi rekreasi awam ( percuma)


29. Bukit Cenderawasih /Gua Sami /Bukit Lagi

 bukit cenderawasih gua sami

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bukit Cenderawasih yang turut dikenali sebagai Gua Sami atau Bukit Lagi ini merupakan satu destinasi hiking yang memang sangat menarik untuk anda terokai. Perlu anda ingat, untuk menuju ke puncak ini, tangga-tangga yang disediakan memang agak curam & tidak sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecil. Menyusuri tangga-tangga curam & laluan berbatu di sini pasti akan menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka yang sukakan aktiviti kembara.

Terdapat pondok rehat di pertengahan perjalanan di mana pendaki boleh rehat & menikmati panorama sekeliling. Di samping itu terdapat juga gua sami pada aras 100m yang tidak kurang menariknya untuk anda bergambar. Menuju ke puncak dari bawah mengambil masa sekitar 30-40 minit sahaja & bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, destinasi ini sangat sesuai untuk anda terokai. Pemandangan dari puncak yang menampakkan keindahan Bandar Perlis & jujuran banjaran Nakawan, memang sungguh mengasyikkan & pasti anda tidak mahu lepaskan peluang untuk merakam keindahan ini dengan bergambar & ber’selfie’. Bagi yang nak lihat pemandangan matahari terbenam di lokasi terbaik di Bandar Kangar, Bukit Gua Cenderawih ini adalah jawapannya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis

  • Destinasi rekreasi awam ( tiada masa dikhususkan)

  • Destinasi rekreasi awam ( percuma)


30. Bukit Pelarit

bukit pelarit perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Perlis, ada beberapa destinasi menarik & mencabar untuk mereka yang sukakan aktiviti mendaki gunung. Salah satu tempat menarik di Perlis untuk aktiviti sebegini adalah di Bukit Pelarit yang bersempadanan dengan Thailand. Cabaran untuk ke puncak Bukit Pelarit ini memang sangat ekstrem & memerlukan daya tahan mental serta kecergasan fizikal yang optimum. Titik permulaan untuk mendaki Bukit Pelarit adalah berdekatan dengan KEM PLKN Tasik Meranti. Pendakian menuju ke puncak yang setinggi 550 m ini boleh memakan masa antara 2 jam lebih sehingga 4 jam bergantung kepada stamina, cuaca & keadaan laluannya.

Bagi mereka yang baru mula nak berjinak dengan aktiviti pendakian, destinasi ini mungkin bukan untuk anda kerana cabaran laluannya yang lebih ekstrem. Sekiranya anda mencari aktiviti mendaki yang lebih mesra cabarannya untuk pemula, Bukit Cenderawasih adalah pilihan yang lebih baik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Pelarit, Kaki Bukit, Perlis

  • Tiada masa dikhususkan. Elakkan mendaki waktu hujan kerana laluan yang licin

  • Tiada dikhususkan


31. Bukit Chabang

 bukit chabang perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi terbaik di Perlis untuk mereka yang sukakan aktiviti pendakian gunung. Destinasi ini sangat terkenal di kalangan para pendaki sebelah utara kerana lokasinya yang strategik berhampiran tasik & titik permulaan pendakian pun senang untuk sampai. Ketinggian Bukti Chabang tidaklah setinggi Bukit Pelarit tetapi cabaran laluan untuk ke puncaknya memang sangat mencabar daya tahan stamina & memerlukan skill pendakian yang tinggi. 90% laluan di sini adalah berbatu & ada juga laluan yang mempunyai batuan yang tajam. Bagi mereka yang nak melihat panorama matahari terbit dari bukit ini, perlulah mulakan pendakian seawal 3 pagi. Bagi yang beginner & baru mula nak cuba mendaki gunung, sebaiknya dapatkan seorang jurupandu yang berpengalaman untuk tujuan keselamatan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Chabang, Kangar, Perlis

  • Tiada masa dikhususkan. Elakkan mendaki waktu hujan kerana laluan yang licin

  • Tiada dikhususkan


32. Taman Rekreasi Pengkalan Asam

taman rekreasi pengkalan asam perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap di dalam Bandar Kangar & inginkan destinasi santai-santai untuk beriadah waktu pagi & petang, salah satu destinasi terdekat serta tidak kurang menariknya adalah di Taman Rekreasi Pengkalan Asam. Taman ini memang tidak pernah lekang dengan kunjungan penduduk setempat memandangkan lokasinya yang sangat dekat dengan kawasan bandar & tumpuan orang ramai. Taman ini mempunyai kemudahan yang lengkap untuk pengunjung seperti trek jalan kaki, pondok rehat & sebagainya.

Sekeliling & landskap taman ini juga sangat menenangkan di mana pengunjung boleh melihat sungai, rimbunan pokok yang menghijau & pemandangan bukit bukau yang jauh nun di sebelah sana. Paling menarik, di sini juga terdapat jambatan titian gantung seakan canopy walk yang merentasi Sungai Perlis & sangat menarik untuk sesi-sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Pengkalan Asam, Kangar, Perlis

  • 24 jam ( destinasi taman rekreasi awam)

  • percuma ( destinasi taman rekreasi awam)


33. ATV Maneq Hills Adventure

aktiviti menarik di perlis outdoor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang sukakan pengembaraan di dalam hutan dengan kenderaan bermotor, boleh mencuba menaiki ATV bersama rakan-rakan melalui denai jalan yang pasti mencabar fizikal anda. Lokasinya terletak di Bukit Manik berdekatan dengan Tasik Timah Tasoh. Menyelusuri jalan berliku & berbatu dengan kenderaan lasak sebegini memang menyeronokkan kalau bercuti di Perlis bersama rakan-rakan. Di samping itu, pengunjung juga boleh menikmati keindahan Tasik Taman Lasoh & alam rimba sekeliling yang sangat mendamaikan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-4720293 | Facebook

  • Maneq Hills AtV Adventure, 7, Kampung Tasoh, Perlis

Waktu Operasi ATV Maneq Hills Adventure

  • Isnin-Khamis:
    • 10.00 am – 6.00 pm
  • Sabtu & Ahad:
    • 9.00 am – 6.00 pm
  • Jumaat:
    • Tutup

Harga Pakej ATV Maneq Hills Adventure

Trek 1

  • 250 cc
    • 20 minit: RM 50
    • 40 minit: RM 90
    • 60 minit: RM 120
  • 125 cc
    • 15 minit: RM 20
    • 30 minit: RM 40
    • 60 minit: RM 60

Trek 2

  • 250 cc
    • 15 minit: RM 50
    • 30 minit: RM 90
    • 45 minit: RM 120
    • 60 minit: RM 150
  • 125 cc
    • 15 minit: RM 30
    • 30 minit: RM 50
    • 60 minit: RM 80

Hubungi:

  • 017-4017496 ( Min)
  • 011-37811284 ( Jat)


34. Pasar Tani FAMA di Kangar

pasar pagi kangar perlis

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang ingin mencari keunikan budaya & makanan orang tempatan, destinasi pasar adalah satu idea yang baik untuk anda terokai dalam menyelami apa yang berbeza dengan budaya di negeri kita. Pasar Tani FAMA di Kangar menempatkan banyak khemah & gerai yang menjual pelbagai barangan samaada yang hasil laut, sayur mayur & yang paling dicari-cari adalah, makanan orang setempat.

Kalau anda menginap di The Putra Regency, lokasi nak ke pasar sangat dekat & hanya perlu jalan kaki sahaja. Sebelum berangkat pulang bercuti dari Perlis, melawat Pasar Tani FAMA ini memang satu idea yang bernas. Sambil-sambil mencari makanan popular orang setempat, sambil-sambil membeli buah tangan seperti kerepek, buah-buahan segar & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis

  • Sabtu & Ahad:
    • 7.30 am – 12.30 pm

  • Tiada. Destinasi membeli belah di pasar tani


35. Pasar Malam Bintong

tempat menarik di Perlis pada waktu malam

  • Info
  • Alamat
  • Harga Tiket

Sekiranya anda seorang food hunter & suka menerokai makanan orang setempat, salah satu tempat menarik di Perlis pada waktu malam yang boleh anda terjah adalah di Pasar Malam Bintong yang terletak hanya 3-4 km sahaja dari kawasan bandar Kangar. Pasar Malam Bintong yang beroperasi setiap hari Rabu menawarkan pelbagai jenis makanan untuk anda terokasi & cuba. Samaada menu makanan berat atau makan santai, pilihan yang ada di sini pasti membuatkan anda rambang mata. Sudah tentulah, memandangkan pasar malam ini besar, bukan sahaja makanan yang boleh anda cari, nak cari cenderahati atau buah-buahan segar pun ada di sini. Lokasinya pula hanya di tepi jalan utama & ruangan parkir juga besar. Kalau waktu cuti sekolah, memang ramai yang datang ke sini untuk mencari keunikan makanan tradisional Perlis. Kemudahan untuk seperti surau & tandas juga ada tersedia untuk pengunjung.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pasar Malam Bintong, Jalan Raja Syed Saffi, Kangar, Perlis

[/tab]

[tab title=”Waktu Operasi”]

Waktu Operasi Pasar Malam Bintong

  • Rabu
    • 5.00 pm – 10.00 pm

  • Destinasi pasar malam


36. Pasar Malam Titi Chai

 pasar malam di perlis menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi pasar malam di Kangar yang menarik yang boleh anda terjah adalah ke Pasar Malam Titi Chai yang berdekatan dengan Masjid Kampung Sentua. Seperti juga di Pasar Malam Bintong, pasar malam ini juga antara yang agak besar untuk anda menerokai makanan-makanan setempat dengan harga standard pasar malam. Kalau bercuti ke Perlis secara bajet, destinasi sebeginilah yang perlu anda terokai & harga makanan juga menepati piawaian majoriti poket rakyat Malaysia. Pasar Malam Titi Chai berlangsung setiap minggu pada hari Khamis & Ahad. Kalau hari Ahad, pilihan gerai menjual juga lebih banyak & lebih meriah berbanding hari Khamis.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pasar Malam Titi Chai, Kampung Surau, 01000 Kangar, Perlis

  • Khamis & Ahad
    • 5.00 pm – 10.00 pm

  • Destinasi pasar malam


Bagi yang ingin menyelami keunikan negeri Perlis, anda juga boleh lawati Pesta Angin Timur yang merupakan satu festival tahunan yang sangat menarik untuk pelancong luar lawati kerana pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pertandingan sukan rakyat & pameran akan diadakan.

Negeri Perlis, walaupun secara geografinya merupakan negeri terkecil di Malaysia, tetapi tetap mempunyai banyak daya tarikan pelancongan yang tersendiri. Untuk aktiviti santai-santai & meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, Negeri Perlis pasti ada jawapannya yang boleh anda terokai bersama. Untuk aktiviti shopping, Padang Besar memang satu destinasi ‘wajib singgah’ kalau bercuti di Perlis. Memang tak rugi membeli belah di sini. Sayangnya Pasar Wang Kelian kini sudah terkubur & tinggal hanya nama.

Tempat Penginapan Menarik di Perlis

Bagi yang mencari destinasi penginapan di Perlis, hanya beberapa lokasi strategik yang boleh anda cari hotel, chalet & homestay. Tidak susah nak cari penginapan yang ideal di Perlis memandangkan tempat-tempat menarik di Perlis yang sering menjadi kunjungan pelancong tidak jauh antara satu sama lain. Lainlah ceritanya kalau anda bercuti ke tempat-tempat menarik di Kedah, memang kena teliti mencari penginapan yang strategik memandangkan jarak antara satu destinasi ke destinasi yang lainnya, memang agak jauh.

Cari Hotel di Perlis

Tempat Makan Menarik di Perlis

Semoga senarai destinasi pelancongan di Perlis & beberapa aktiviti menarik untuk dilakukan seperti di atas memberi anda inspirasi untuk bercuti di Negeri Perlis kelak. Selamat cuti-cuti Malaysia di Perlis. Wassalam.

4.7/5 - (70 votes)

Anda Mungkin Berminat

15 Homestay Popular Di Perlis yg Murah & Best

Banyak tempat-tempat menarik di Negeri Perlis yang harus anda terokai. Bukan itu sahaja, Negeri Perlis kini semakin dikenali dan menjadi pilihan para pelancong. Kalau...

Top 5 Kereta Sewa Perlis yg Best

Jika anda merancang untuk melancong ke Perlis, anda boleh menyewa kereta untuk bersiar-siar. Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia dan terletak di kawasan utara...

Top 5 Tempat Penginapan yg Best di Perlis

Perlis merupakan negeri terkecil dan negeri yang mempunyai populasi paling sedikit di Malaysia. Lokasi yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand...

Tempat Makan BEST di Perlis – Pilihan Menarik JJCM TV3

Bercuti ke Perlis tanpa merasa makanan yang sedap dan unik di sini sememangnya ibarat "pergi memancing tidak bawa joran dan umpan". Jadi ayuh kita melihat...

39 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

39 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sara
sara
1 year ago

terima kasih . info yang lengkap.

syana
2 years ago

Thank you for the info.. Will try to plan a trip to Perlis

Shafiq
Shafiq
2 years ago

Thanks for that useful information.

putri hanis
putri hanis
3 years ago

so fantastiiiiiic place..wish to be there

Husaini
Husaini
3 years ago
Reply to  putri hanis

Lets go… Dah hampir boleh rentas negeri ni…

8888
5 years ago

tasik melati x femes ka,series ahh

uknown
uknown
5 years ago
Reply to  8888

femes ja

rusydi
rusydi
5 years ago

Assalamualaikum..saya cari guide nak ke bukit pelarit..kalau ada tolong response ke email..thanks..

Armando
Armando
5 years ago
Reply to  rusydi

Saya pun xtau

YayaHaryati
YayaHaryati
5 years ago

Selain wang kelian & padang besar..ada tempat lain x utk shopping brg thai?

Hubungi Kami

39
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x