Isi Kandungan
Bertapak di negeri Perak, Parit Buntar juga tidak ketinggalan dengan keunikan dan tarikannya. Parit Buntar dikenali sebagai Rice Bowl of Perak kerana memiliki antara kawasan sawah pada yang terluas di negeri itu. Fakta menarik tentang Parit Buntar ini ialah salah satu kawasan yang terima hujan walaupun ketika bulan kemarau dan purata suhu di sini hanya 27.3°C. Pelbagai fakta menarik tetapi ada ke perkara menarik yang boleh dibuat di Parit Buntar ini?
Jadi di sini kami ada senaraikan 7 lokasi yang menarik di kawasan Parit Buntar ini yang anda boleh kunjungi sekiranya anda tertanya tempat yang best untuk pergi di kawasan ini.
6 Tempat Menarik Di Parit Buntar
1. Menara Jam Besar
Lokasinya terletak antara dua negeri iaitu bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah. Menjadi mercu tanda di Parit Buntar, Menara Jam Besar ini berjaya menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk singgah sebagai lokasi bersejarah yang menarik. Menara Jam Besar ini juga mempunyai rupa dan warna yang cantik. Pemandangan bertambah cantik lagi apabila menjelang hari malam. Bagi sesetengah pengujung, di sini juga dijadikan tempat bersantai bersama.
Pasar malam berdekatan dibuka setiap hari Jumaat dan menjual pelbagai jenis makanan menambah lagi tarikan di Menara Jam Besar ini untuk dikunjungi. Di sekeliling Menara Jam Besar ini juga adalah sebuah bandar yang lengkap dengan semua fasiliti seperti stadium, taman, klinik, kuil dan tempat penginapan. Berkunjung ke sini mungkin tidak akan menyusahkan anda lansung.
Alamat: 93, Jalan Teh Peh Kong, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
Hotel Berdekatan | Lokasi | Ulasan Pelancong
2. Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal
Salah satu tarikan yang jarang ada di kebanyakkan tempat iaitu melihat kelip-kelip. Sambil menikmati keindahan melihat haiwan ini, kita juga boleh belajar sedikit sebanyak tentang haiwan kecil itu. Jika berkunjung ke Parit Buntar, ini adalah aktiviti yang harus cuba kerana sangat unik. Bahkan si pencinta alam atau pencinta haiwan juga sesuai singgah di sini.
Menaiki bot kira-kira jam 7.45 malam sambil memakai jaket keselamatan, anda akan mulakan perjalanan mencari kelip-kelip sepanjang Sungai Kerian ini. Diiringin penjelasan daripada boat tour guide tentang kelip-kelip menambah lagi keseronokkan ketika mengembara. Bagi yang ingin lakukan sesi menangkap gambar kelip-kelip, mungkin telefon bimbit biasa sukar untuk dapatkan kualiti yang bagus.
Berdekatan dengan jeti ini juga mempunyai Cafe Jeti Kelip-Kelip yang bersebelahan dengan sungai yang dilalui untuk melihat kelip-kelip menaiki bot. Cafe inimenawarkan makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan juga. Sebelum dan selepas menaiki bot, bolehlah anda singgah sebentar untuk makan malam.
Alamat:Â 2934, Jalan Teluk Ipil, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari: 7.30 pm – 9.30 pm
Hotel Berdekatan | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 012-5554873
Whatsapp Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal
3. Ikan Kurau Homestay
Ikan Kurau Homestay adalah tempat penginapan yang sesuai bagi mereka yang ingin bercuti sambil merehatkan minda. Lokasinya yang bersebelahan dengan sungai ini mampun menggamit pelbagai pengalaman menarik. Mereka yang berkunjung ke sini juga tidak perlu susah fikirkan lokasi untuk makan kerana tuan rumah di sini baik hati mencadangkan restoran untuk anda. Ikan Kurau Homestay juga sangat sesuai bagi mereka yang ingin berkumpul tetapi berprivasi.
Di bahagian bawah rumah ini mempunyai balkoni dimana disini anda boleh melihat matahari tebenam secara langsung. Ditemani angin yang sepoi-sepoi dan bunyi ombak, anda juga berpeluang melihat bot nelayan yang lalu lalang, memancing ikan dan banyak lagi. Hiasan dalaman di sini dipenuhi dengan barangan antik yang cantik-cantik dan instagramable.
Alamat: Jalan Pantai, 34350 Kuala Kurau, Perak, Malaysia
Hotel Berdekatan | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan PelancongÂ
4. Brader’s Cafe
Setelah penat berpusing sekitar Parit Buntar mestilah perlu singgah ke Brader’s Cafe ini untuk makan. Kedai makan ini menawarkan kebanyakkannya menu makanan barat tetapi ada juga makanan tempatan. Pelbagai menu di sini boleh dipilih dengan harga berbaloi. Tambah berbaloi jika anda berkunjung ke Brader’s Cafe beramai-ramai kerana bukan sahaja harga murah malah makanan dihidangkan dalam big portion. Brader’s Cafe ini memiliki menu trademark iaitu chicken chop.
Brader’s Cafe sering dikunjungi ramai pelanggan ketika waktu makan malam. Mereka juga mempunyai beberapa lagi cawangan lain di sekitar Perak iaitu di Taiping, Jawi dan Bagan Serai dan salah satunya pernah juga didatangi selebriti. Pendek kata jika ada yang ingin merasai makanan bak barat tetapi harga kampung, singgah saja kesini.
Alamat:Â 55, Jalan Perwira, pusat bandar baharu, 34200 Parit Buntar, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari: 2.00 am – 10.00 pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 010-9584776
5. Pantai Ban Pecah
Lagi tempat tersembunyi yang menarik untuk dikunjungi iaitu Pantai Ban Pecah. Mereka yang berkunjungi di kawasan Tanjung Piandang dan Kuala Kurau boleh ke sini. Cabaran laluan jalan yang sempit tidak menghalang jika anda ingin menenangkan minda dek angin yang menyapa, pemandangan yang cantik dan suasana yang tenang.
Keluar awal bagi memberi peluang untuk anda melihat matahari terbit dan kawasan sekitar juga sangat sesuai bagi para pencinta fotografi. Akan tetapi, kawasan pantai ini tidak sesuai unutk aktiviti berkelah. Memancing adalah aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Mungkin anda boleh dapat udang dan ikan. Pertandingan memancing juga acap kali dilakukan di sini kerana pinggiran pantai yang mudah mendapatkan hasil pancingan. Di sini juga ada sebuah pondok pemerhati yang membolehkan kita melihat pemandangan luas laut, sebagai lokasi memancing dan berfoto.
Alamat:Â 34250 Tanjung Piandang, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
Hotel Berdekatan | Lokasi | Ulasan Pelancong
6. Taman Pinggiran Sungai Kerian
Lokasi terbaik untuk bersukan di Parit Buntar tidak kira ketika waktu pagi mahupun petang iaitu di Taman Pinggiran Sungai Kerian. Ruangan kosong yang berada di Taman Pinggiran Sungai Kerian ini membolehkan anda untuk melakukan aktiviti rekreasi bebas seperti bermain badminton, lompat tali dan banyak lagi bersama keluarga. Disebabkan taman ini bersebelahan dengan Sungai Kerian, maka pastinya akan ada aktiviti memancing bagi yang malas mencari lokasi menarik tetapi ingin lepaskan gian. Selain itu, laluan yang sederhana panjang di sini seperti kebiasaan digunakan untuk aktiviti berjogging dan berbasikal.
Pemandangan pada waktu petang di Taman Pinggiran Sungai Kerian ini sangat mendamaikan dan menambahkan mood ketika melakukan aktiviti riadah. Lebih lagi jika mereka yang datang ke sini untuk merehatkan minda, pasti akan berpuas hati dengan pemandangan di sini.
Alamat:Â 23, Jalan Sungai, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
Hotel Berdekatan | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 011-10688121
Kini anda boleh membuat perancangan awal jika ingin kunjungi lokasi-lokasi di atas ini. Pasti tiada penyesalan dan berjaya mencipta memori indah ketika berada di Parit Buntar nanti. Bagi merancang percutian pendek, lokasi di atas bakal melengkapi perjalanan anda.