11 Tempat Menarik Di Lumut – POPULAR & Harus TEROKAI

Jika sebut destinasi popular atau tempat menarik di Lumut, pasti anda akan terbayang Pulau Pangkor sahaja, kan? Tetapi, tahukah anda sebenarnya dekat Lumut ada banyak lagi lokasi menarik dan hidden gem yang tak ramai yang tahu atau sedar akan kewujudannya. Bandar Lumut yang dikenali sebagai bandar tentera laut ini memang patut anda kunjungi walaupun hanya sekali seumur hidup.

Bandar Lumut kaya dengan alam semula jadi dan juga peninggalan sejarah. Ada peninggalan sejarah Belanda ketika menjajah Malaysia. Ada juga lokasi untuk anda berjogging di tepi pokok bakau. Nak tahu lokasi yang mana satu? Teruskan membaca hingga ke penghujung ya? Ada 11 tempat menarik di Lumut untuk anda terokai. Bawa keluarga dan yang tersayang. Percutian pasti akan lebih bermakna!


11 Tempat Menarik Di Lumut

1. Swiss Garden Beach Resort

CariDestinasi Swiss Garden

Mesti anda tertanya-tanya macam mana resort boleh menjadi tarikan pelancong? Anda tak percaya? Maka, anda harus datang ke Swiss Garden Beach Resort di Jalan Damai Laut untuk mengetahui jawapannya. Nama resort pun memang dah terkenal kerana ianya banyak cawangan seperti di Kuala Lumpur, Genting Highlands dan juga Kuantan.

Ramai yang jatuh cinta dengan keindahan landskapnya. Kedudukan resort menyajikan pengunjung yang hadir panorama laut yang tenang. Ditambah pula dengan air terjun buatan manusia yang memang cantik dan unik. Kolam ikan koi pun memang banyak di sekitar resort. Nak OOTD dan swafoto pun tak jadi masalah sebabnya pemandangan memang akan buat anda terpegun.

Alamat: Persiaran Swiss-Garden Jalan Damai Laut, Off, Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Lokasi | Laman Web | Agoda | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 056843333


2. Frenzy Waterpark

CariDestinasi Waterpark Frenzy

Dah sampai di Pulau Marina, anda harus berseronok di Frenzy Waterpark ini. Taman tema air yang terletak di Marina Island & Resort menyediakan permainan membasahkan badan yang memang tidak dapat anda lupakan.

Anda akan perasan pelbagai cabaran dan permainan yang persis seperti di rancangan Wipeout di saluran AXN. Pasti anda akan berasa seronok walaupun penat. Tak dapat masuk pertandingan pun tak apa, Frenzy Waterpark akan memberikan anda pengalaman yang seperti di kaca televisyen. Memang best dan berbaloi!

Alamat: KM 1, Jalan Telok Muroh, 32200 Lumut, Perak

Waktu Operasi: Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat (5 P.M – 7:30 P.M)

Sabtu & Ahad (8:30 A.M – 11 A.M, 5 P.M – 7:30 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0165595800

Whatsapp Frenzy Waterpark


3. Pulau Marina

CariDestinasi Waterpark Frenzy

Pulau Marina juga merupakan destinasi yang harus anda kunjungi. Ini kerana, Pulau Marina merupakan satu-satunya pulau buatan manusia yang terdapat di Malaysia. Hebat, bukan? Ianya terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor dan boleh diakses secara terus dari sana. Anda boleh memandu melalui jambatan yang menghubungkan kedua-dua pulau ini.

Tiba sahaja di Pulau Marina, pasti anda akan kagum dengan melihat betapa luas dan kukuhnya pulau binaan manusia ini. Ianya berkeluasan 316.9 hektar dan mampu menampung pelbagai infrastruktur. Ia juga kini menjadi tarikan pelancongan di Lumut. Nak pergi ke pulau yang lain daripada yang lain? Jadikan Pulau Marina sebagai destinasi wajib pergi anda.

Alamat: KM 1, Jalan Utama Marina Island, Teluk Muruh, Lumut, Perak, Marina Island, Pangkor, Malaysia, 32200

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


4. Teluk Batik

CariDestinasi Teluk Batik

Sekiranya anda sudah sampai ke Lumut anda memang wajib datang ke Teluk Batik. Memang percutian ke Lumut tak lengkap jika anda tak singgah disini. Panorama yang disajikan di Teluk Batik memang akan membuat anda terpukau. Pasir pantainya yang putih, air laut yang jernih menjadi perhatian pengunjung untuk datang beriadah bersama keluarga dan anak-anak. Lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu dan cuti persekolahan.

Kedai makan memang penuh disekitar pantai. Tak perlu risau jika anda lapar. Anda boleh makan di bawah pokok rhu sambil bersajikan pemandangan laut. Memang feel habis! Kalau anda nak duduk di kerusi, anda perlu membayar RM5 untuk menyewa kerusi. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah memancing, BBQ, permainan pantai dan berkelah. Jadi, jangan lupa bawa yang tersayang datang ke Teluk Batik.

Alamat: Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak, Malaysia.

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


5. Lumut Waterfront

CariDestinasi Lumut Waterfront

Hanya terletak 1KM daripada Jeti Lumut, Lumut Waterfront wajib anda kunjungi sebelum anda naik feri. Ianya memang lokasi yang sesuai untuk anda berjalan-jalan sementara menunggu jadual perjalanan anda. Semasa berjalan tu, jangan lupa pesan ais kacang yang memang terkenal dengan keenakannya. Barulah feel!

Jika anda rasa malas nak berjalan, anda boleh menyewa skuter elektrik ataupun basikal di sini. Bayaran yang dikenakan pula berpatutan. Bolehlah anda meneroka waterfront tanpa berasa letih. Ia akan menjadi pengalaman baru dan berbeza untuk anda.

Alamat:  Lot 13 and 14 Jalan Titi Panjang Bandar Pelancongan and Maritim, Lumut.

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


6. Kota Belanda

CariDestinasi British Dutch

Kota Belanda merupakan tinggalan sejarah yang wajib dilihat. Jika anda ke sini, anda akan dapat melihat sisa-sisa peninggalan struktur yang dibina oleh orang Belanda pada sekitar tahun 1670 untuk tujuan penyimpanan biji timah. Ianya pada waktu Belanda menjajah Malaysia.

Kota ini kemudiannya dimusnahkan oleh penduduk tempatan di bawah pimpinan Panglima Kulup. Walaupun Belanda membaik pulih kota ini tetapi ianya tidak lama dan kemudian ditinggalkan kerana mereka lebih menumpu kepada perdagangan di Maluku, Indonesia. Lepas dah habis melawati tinggalan sejarah ini, anda boleh pergi melawat Batu Bersurat yang terletak cuma 100 meter sahaja. Alang-alang dah dekat sangat tu, pergi sahaja. Luaskan pengalaman anda.

Alamat: Kota Belanda, Teluk Gedung,32300 Pulau Pangkor,Perak

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8 A.M – 6 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


7. Pulau Pangkor

CariDestinasi Pangkor Island

Pulau Pangkor memang lokasi panas bagi pelancong tempatan mahupun luar negara. Untuk sampai ke sini, anda harus menaiki feri dari Jeti Lumut. Pantai di sini memang kaya dengan khazanah alam semulajadi. Air laut yang jernih, pasirnya yang putih serta kebersihan pantai yang memang terjaga menyebabkan ianya sentiasa menjadi buah mulut pengunjung, lebih-lebih lagi Pulau Pangkor ialah pulau bebas cukai. Anda boleh dapat harga pinggan mangkuk, coklat, sumber laut di sini dengan harga yang jauh lebih murah.

Dah puas berjalan, anda boleh sewa basikal ataupun motorsikal untuk berjalan di kawasan perkampungan nelayan di sana. Boleh juga anda lihat mereka membaiki jala dan pukat, menjemur ikan masin dan ikan bilis. Penduduk kampung disana juga memang baik dan ramah. Anda juga wajib mencuba ikan bakar di sini. Sambil makan sambil melihat pemandangan matahari terbenam, memang cukup seronok dan menenangkan!

Alamat: Pulau Pangkor 32300, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


8. Taman Paya Bakau

CariDestinasi Taman Paya Bakau

Anda pencinta alam semulajadi? Maka, Taman Paya Bakau memang destinasi yang tepat untuk anda kunjungi. Hanya mengambil masa 10 minit pemanduan dari Bandar Lumut,  ianya kini menjadi tarikan pelancongan. Memang cantik tau pemandangan yang lain dari lain di sini. Maklumlah bukan semua tempat ada paya bakau.

Laluan pejalan kaki yang disediakan berkepanjangan 366 meter dan lebar 6 kaki. Bolehlah anda berjogging di sini pada waktu petang. Kalau anda seorang kaki pancing, jangan lupa bawa joran. Anda boleh melakukan hobi anda disini. Kalau dah penat berjalan dan jogging, anda boleh berehat di pondok yang disediakan.

Alamat: Jln Pundut Raya 5, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


9. Jeti Lumut

CariDestinasi Jeti Lumut

Sebut sahaja Jeti Lumut pasti anda sudah akan destinasi yang bakal dituju. Keadaan jeti ini moden dan fasiliti yang disediakan untuk para pengunjung juga mesra pelancong. Sementara nak tunggu naik feri tu, anda bolehlah isi perut di medan selera dan juga boleh cuci mata di kedai cenderahati. Anda wajib makan mee udang bersama air kelapa atau cendol, memang kombinasi yang tiada tandingan.

Sekiranya anda datang ke sini dan membawa kenderaan sendiri, Jeti Lumut ada menyediakan ruangan meletakkan kenderaan. Sudah tentunya selamat, jadi bolehlah anda pergi ke pulau yang anda idamkan dengan hati yang tenang dan gembira.

Alamat: Terminal Jeti Lumut, 32200 Lumut, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 0125665410


10. Bazar Lumut

CariDestinasi Bazar Lumut

Terletak berdekatan dengan Jeti Lumut dan Lumut Waterfront, Bazar Lumut merupakan lokasi yang memang wajib anda kunjungi. Lebih-lebih lagi 3 lokasi ini tak jauh dari satu sama lain. Ia merupakan bangunan khas yang dibuka untuk para pelancong membeli-belah di situ.

Ada kraftangan asli seni Perak, cenderahati, pakaian, hasil laut dan juga yang terkenal dan sentiasa dicari pengunjung, ikan bilis mata biru. Walaupun harganya memang mahal tetapi pengunjung tetap membeli kerana keenakannya. Kedai Jeruk Pak Ali juga ada di sini kalau anda mengidam hendak makan makanan masam. Dah datang ke Lumut mesti nak bawak buah tangan kan? Jadi, datanglah ke Bazar Lumut.

Alamat: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8 A.M – 6 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


11. Teluk Senangin

CariDestinasi Teluk Senangin

Anda nak pergi ke pantai yang lebih privasi? Teluk Senangin adalah jawapannya. Pantai ini dipenuhi dengan pokok rhu. Pasirnya yang putih dan air laut yang biru pasti akan membuatkan anda terpesona dengan indahnya ciptaan Tuhan. Anda juga boleh melakukan aktiviti pantai dan beriadah disini. Nak menimati pemandangan matahari terbenam memang cantiklah lagi-lagi kerana memang tak ramai orang.

Ianya kurang dikunjungi dan dilabel hidden gem kerana anda harus menaiki bot untuk sampai ke sini. Tak rugi pun jika anda travel jauh sedikit untuk mencari kedamaian. Kalau anda nak tahu, daripada Teluk Senangin ni anda boleh lihat Pulau Pangkor yang terkenal tu. Air laut di sini juga tidak kurang jernihnya daripada di pangkor. Mungkin kerana tak ramai orang yang berkunjung.

Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong | 


Banyak kan tempat di Lumut yang anda boleh terokai bersama yang tersayang? Simpan senarai destinasi sebagai lokasi wajib anda harus kunjungi. Pantai yang indah, taman tema air seperti di kaca televisyen, port memancing menanti anda di Lumut! Rancanglah perjalanan anda kerana Lumut menjanjikan anda percutian yang tidak mungkin anda lupakan.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Tempat Makan di Lumut PLG FAMOUS

Lumut ialah sebuah bandar di dalam daerah Manjung dan terletak kira-kira 84 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Sebuah bandar yang terletak berhampiran dengan pantai dan...

10 Homestay yang Cantik dan Menarik di Lumut untuk Pilihan Anda!

Perak terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik dan mempunyai tempat makan yang banyak. Terkenal dengan variasi panorama yang memikat mata dan hati, Lumut merupakan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x