TOP 10 Tempat Menarik di Kota Tinggi WAJIB Pergi

Kota Tinggi, sebuah daerah yang terletak di negeri Johor dan menawarkan pelbagai tempat menarik yang boleh memikat hati pengunjung. Dengan keindahan semula jadi yang luar biasa, kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan dan sejarah yang menarik, Kota Tinggi adalah destinasi yang sangat sesuai untuk dikunjungi oleh semua peringkat umur. Berikut adalah 10 tempat menarik di Kota Tinggi yang anda tidak boleh lepaskan untuk di kunjungi.

10 Tempat Menarik di Kota Tinggi


1. Kota Tinggi Firefly Park

Kota Tinggi Firefly Park

Tempat menarik di Kota Tinggi yang pertama ialah Kota Tinggi Firefly Park. Bagi mereka yang ingin melihat keindahan kelip-kelip di bawah sinaran bulan dan bintang pada waktu malam inilah tempatnya. Anda akan dibawa melihat kelip-kelip dengan bot yang disediakan.

Staf yang mesra dan sangat membantu akan membuatkan kunjungan anda berasa sangat selesa. Dinasihatkan untuk mereka yang ingin ke sini untuk membuat tempahan secara atas talian terlebih dahulu sebelum pergi ke sini. Jika tidak anda mungkin tidak berpeluang menyaksikannya kerana tempahan penuh. Di samping iru, harus diingat bahawa penggunaan lampu suluh adalah tidak dibenarkan semasa anda dibawa melihat kelip-kelip ini. Satu tempat dan pengalaman yang wajib anda rasai jika ke Kota Tinggi! Very recommended!

Alamat: Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi: Setiap hari (1 petang – 11 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan destinasi


2. Gunung Muntahak – Port Terbaik untuk Pecinta Alam di Kota Tinggi

Gunung Muntahak

Gunung Muntahak menjadi tempat menarik di Kota Tinggi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang sukakan aktiviti hiking. Gunung ini terletak kira-kira 25 km dari Kota Tinggi dengan ketinggian 634 meter di atas paras laut, apa yang menarik di sini ialah air terjun 9 tingkatnya yang sangat cantik. Selain itu, anda akan dapat saksikan keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara, pemandangan yang cantik dan pelbagai flora fauna untuk disaksikan.

Ramai antara pengunjung yang datang ke sini untuk melakukan aktiviti luaran, rekreasi, serta aktiviti lasak. Bagi yang suka hiking, this is the place! Namun, untuk sampai ke puncak anda perlu mendapatkan permit dan tour guide kerana trek yang mencabar dan agak panjang. Untuk pencinta alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa anda ke sini ok!

Alamat: Gunung Muntahak, Kota Tinggi, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan destinasi


3. Pantai Desaru – Port ‘Healing’ Menarik di Kota Tinggi

Pantai Desaru

Bagi pencinta laut dan pantai, tempat menarik di Mersing yang sesuai untuk anda adalah Pantai Desaru. Dengan pantai yang bersih, udara yang nyaman, pemandangan yang menakjubkan dan pasir pantai yang lembut adalah tarikan utamanya. Berjalan di gigi air sambil ombak menghempas pantai dan angin laut yang bertiup cukup mendamaikan. Kedamaian yang sukar anda perolehi di bandar yang penuh dengan kesibukan duniawi.

Selain itu, terdapat banyak aktiviti air yang boleh anda lakukan bersama dengan keluarga anda seperti kayak, Towng Rides, Wind Surfing, Jetski dan bermacam lagi. Jangan risau, kerana aktiviti di sini dipantau oleh pekerja yang terlatih dan mempunyai tauliah dalam penggunaan setiap peralatan. Riadah bersama keluarga? Jom ke Pantai Desaru kerana ia adalah salah satu destinasi terbaik untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Alamat: Pantai Desaru, Benut, 81900 Kota Tinggi, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan destinasi


4. Koref Desaru Leisure Farm

Koref Desaru Leisure Farm

Anda sekeluarga suka berada dekat dengan alam sekitar? Koref Desaru Leisure Farm adalah tempat menarik di Kota Tinggi yang sesuai buat anda sekeluarga. Koref Desaru Leisure Farm ialah sebuah penginapan yang juga menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan semasa tetamu menginap di sini. Penginapan di sini berkonsepkan penginapan seperti di dalam sebuah kebun. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya ialah berkayak, berenang dan flying fox. Ingin mencuba bertani? Koref Desaru Leisure Farm boleh merealisasikan keinginan anda itu! Kebun bukan sekadar kebun ya! Kebun penuh dengan aktiviti menarik. Jom booking sekarang!

Alamat: PTD1722, KM16, Jalan Tg Balau Sedili Kecil, Biodesaru, Bandar Penawar 81930 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Lokasi ǀ Laman web | Facebook | Ulasan destinasi


5. Muzium Kota Johor Lama

Muzium Kota Lama Johor

Tempat menarik di Kota Tinggi yang seterusnya ialah Muzium Kota Johor Lama. Tempat paling sesuai untuk mereka yang sukakan sejarah. Sebuah muzium lama di mana pengunjungnya boleh mengetahui bagaimana negeri Johor dibuka dan kesultanan Johor. Untuk pengetahuan anda, muzium dibuka bertujuan untuk memberi gambaran berkenaan peranan Kota Johor Lama yang pernah berperanan sebagai pusat pemerintahan kerajaan Melayu selepas era kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Nak tau lebih lanjut?! Jom ke Muzium Kota Johor Lama!

Alamat: Kampong Johor Lama, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan destinasi


6. Adventure Waterpak Desaru Coast – Waterpark Best di Kota Tinggi

Adventure Waterpark Desaru Coast

Bagi yang bercuti bersama anak-anak kecil pastinya Adventure Waterpark Desaru Coast adalah tempat yang menarik untuk anda sekeluarga. Salah satu tempat wajib untuk anda kunjungi. Taman tema air ini yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti water slide, roller coaster dan lain-lain aktiviti yang boleh dipilih. Antara yang menjadi tarikan di sini ialah Tidal Wave Beach, Ahoy Kids, Riptide, Kraken’s Revenge dan banyak lagi. Berikan keseronokan tanpa batasan untuk anak anda dengan mengunjungi Adventure Waterpark Desaru Coast ini.

Alamat: 82200 Bandar Penawar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan destinasi

Baca lagi: 13+ Tarikan Desaru Coast Adventure Waterpark Johor


7. Gunung Panti Recreational Forest

Gunung Panti Recreational Forest

Tempat menarik seterusnya ialah Gunung Panti Recreational Forest. Gunung yang mana kaya dengan alam semulajadi dan masih terjaga rapi tanpa sebarang kebinasaan yang dilakukan oleh tangan manusia. Sangat sesuai buat mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian kerana ketinggian yang tidaklah begitu tinggi iaitu 456 meter. Jika anda bercadang untuk mendaki gunung ini, terdapat pendakian yang sederhana hingga sukar, juga terdapat kawasan yang mendatar hingga curam sepanjang jalan. Oleh itu, pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal ok!Bagi memudahkan pendakai-pendaki, terdapat penanda-penanda di sepanjang laluan pada pokok-pokok. Di penghujung laluan, terdapat dinding menegak yang perlu dipanjat. Satu pendakian yang mencabar tetapi berbaloi. Pemandangan di puncak gunung sangat menakjubkan. Bak kata pepatah ‘Worth the Struggle’!

Alamat: Gunung Panti Recreational Forest, Gunung Panti, 81900, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan destinasi


8. Muzium Kota Tinggi

Muzium Kota Tinggi

Selain, Muzium Kota Johor Lama, satu lagi muzium yang menarik untuk dikunjungi ialah Muzium Kota Tinggi. Di bina pada tahun 1997, muzium ini mempamerkan mengenai kesultanan Johor juga pelbagai koleksi yang jarang ditemui. Selain dari mempamerkan mengenai sejarah Johor, muzium ini juga turut memberi tumpuan kepada aktiviti kebudayaan seperti tarian dan seni bina yang melambangkan negeri Johor. Seorang staf akan ditugaskan untuk menerangkan dan menjawab segala persoalan dari pengunjung. Apa yang lagi menarik kemasukan adalah percuma, tanpa sebarang bayaran tapi anda dapat banyak informasi berkenaan negeri Johor.

Alamat: Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi: Sabtu – Rabu (9.30 pagi – 4.30 petang), Khamis (9.30 pagi – 3.30 petang), Jumaat (Tutup)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan destinasi


9. Muzium Nelayan

Muzium Nelayan

Bercuti sambil belajar. Itu ungkapan tepat bagi mereka yang ingin berkunjung ke tempat menarik di Kota Tinggi yang seterusnya ini. Muzium Nelayan merupakan sebuah muzium yang memberi tumpuan kepada sejarah nelayan, budaya dan cara hidup nelayan. Kunjungan ke sini dapat mendedahkan anak-anak dengan sejarah nelayan. Di sini juga terdapat 4 galeri tambahan lain iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri Pameran Khas. Pelbagai informasi yang anda akan perolehi dengan kunjungan anda ke sini. Hanya dengan RM10 anda mampu menambah ilmu di dada. Untuk itu anda perlu datang dan alami sendiri pengalaman di sini.

Alamat: Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi: Setiap Hari (9.00 pagi – 6.00 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan destinasi


10. Sungai Lebam – Port Memancing Terbaik di Kota Tinggi

Muzium Nelayan

Suka memancing? Jom ke Sungai Lebam. Sungai ini menjadi destinasi popular dalam kalangan kaki pancing.  Selain itu, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah berkayak, menyulusuri sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi hutan paya bakau serta melihat dengan lebih dekat hidupan liar seperti bangau, monyet, ketam serta burung Walet Pasifik. Memancing sambil menikmati pemandangan flora dan fauna yang indah di Sungai Lebam pastinya menjadikan percutian anda ini percutian yang mendekatkan anda dengan alam.

Alamat: Sungai Lebam, Kota Tinggi, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan destinasi


Menarik bukan? Banyak tempat yang boleh anda pilih untuk di kunjungi di Kota Tinggi ini sebenarnya. Ini adalah antara tempat yang sering menjadi tumpuan pengunjung dan mendapat rekomendasi dari ramai orang kerana tarikan alam semula jadinya yang mempesonakan dan tarikan sejarah yang menarik. Kunjungan anda ke sini pastinya akan menjadikan percutian anda sangat berinformatif dan menarik untuk diingati sepanjang hidup anda.

4.2/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay Paling Best di Desaru!

Desaru sangat terkenal dengan keindahan pantai yang bersih dan sedap mata memandang. Ramai pengunjung yang datang ke Desaru untuk menikmati keindahan pantai di sini...

13+ Tarikan Desaru Coast Adventure Waterpark Johor – Untuk Pelawat Kali Pertama

Dinamakan salah satu tempat percutian yang mesti dikunjungi di Johor, Desaru Coast Adventure Waterpark dibina di atas tanah berukuran 21 ekar dan menawarkan pelbagai...

Top 5 Kereta Sewa Kota Tinggi & Mersing yg Terbaik

Anda perlu bijak dalam mencari penyelesaian perjalanan yang dapat membantu anda merancang pengangkutan anda lebih awal untuk percutian anda dengan destinasi yang fleksibel serta...

Air Terjun Kota Tinggi – Destinasi Mandi Manda BEST di Johor

Bagi yang inginkan destinasi mandi manda air terjun di Johor, salah satu yang popular ialah di Air Terjun Kota Tinggi Resort yang terletak kira-kira 15...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x