Isi Kandungan
Koh Lipe, pulau di Thailand yang sangat terkenal dengan kecantikan pantai dan pasir putih yang lembut serta halus. Pelbagai aktiviti menarik yang pelancong boleh lakukan di sana seperti berjalan-jalan sekitar pantai, menikmati variasi makanan Thai yang enak dan menyertai aktiviti watersport. Semuanya sangat syok sekali!
Tapi apabila sampai ke Koh Lipe, destinasi mana yang nak dituju ni?
Jom kami kongsikan antara tempat menarik di Koh Lipe berbaloi untuk anda kunjungi!
11 Tempat Menarik Di Koh Lipe Berbaloi Untuk Anda Lawati
1. Pattaya Beach
Pattaya Beach merupakan tarikan utama pelancong apabila tiba di Koh Lipe. antai utama di Koh Lipe ini seringkali terkenal dengan pasir putihnya yang lembut dan air laut yang jernih, destinasi yang ideal untuk berenang dan menyelam. Ia merupakan pantai utama di sana, jadi suasana di sekitar kawasan tersebut adalah yang paling meriah dan sibuk di Koh Lipe. Pantai ini juga terdapat tempat untuk proses Immigration Check para pelancong luar yang datang ke sini.
Selain itu, Pattaya Beach ini juga menjadi tempat pelabuhan bot yang membawa pelancong masuk terus ke kawasan pantai memandangkan Koh Lipe tidak mempunyai jeti. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pattaya Beach seperti berenang, berkayak, snorkeling, berjemur di kawasan pantai dan lain-lain. Jangan risau jika anda tengah lapar ketika bersantai di pantai ini kerana banyak kedai makan dan kafe dibuka untuk memudahkan pergerakan pelancong yang berada di sana.
Pantai ini lebih meriah suasananya menjelang waktu malam. Ketika itu anda dapat menyaksikan beberapa pertunjukan menarik khas untuk mengisi masa waktu malam pelancong di sana.
Alamat: Mueang Satun District, Satun, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
2. Karma BeachÂ
Pantai kedua yang terkenal di Koh Lipe ialah Karma Beach (juga dikenali sebagai North Point Beach). Pantai terpencil yang terletak jauh di bahagian utara Koh Lipe dan merupakan sebahagian daripada Sunrise Beach. Air laut di pantai ini sangat jernih dan cetek, sesuai untuk berenang dan bermain-main air pantai. Suasana di pantai ini lebih privasi, tenang dan dikelilingi kehijauan alam semula jadi.
Kedudukannya di bahagian utara pulau dapat memberikan pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam yang menakjubkan dengan suasana yang romantis. Terdapat beberapa kedai dan tempat makan kecil yang menjual hidangan ringan untuk anda bersantai-santai dan berjalan di tepi pantai.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
3. Sunrise Beach
Terletak di sebelah timur pulau Koh Lipe, Sunrise Beach menawarkan suasana yang lebih tenang dan nyaman berbanding dengan Pattaya Beach. Pasir pantainya yang putih, halus dan lembut membuatkan anda tenggelam dengan keindahannya. Sangat sesuai bagi anda yang inginkan ketenangan untuk menginap di sini.
Tempat penginapan di sini juga banyak dan lebih murah berbanding pantai utama di Koh Lipe. Sunrise beach juga adalah tempat terbaik untuk anda berehat, berjemur dan snorkeling untuk melihat kehidupan bawah laut yang indah. Dari pantai ini, anda boleh melihat pemandangan matahari terbit yang sangat menakjubkan.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
4. Sunset BeachÂ
Sunset Beach merupakan antara pantai yang nyaman di Koh Lipe dan terletak di bahagian barat pulau. Pantai ini mempunyai suasana yang lebih tenang dan tidak ramai pengunjung, memberikan anda suasana yang lebih privasi. Sambil menikmati keindahan air pantai yang jernih, anda juga berpeluang untuk melihat matahari terbenam yang memukau.
Pada waktu petang, lebih kurang jam 6 petang anda boleh bersedia di tepian pantai atau balkoni tempat penginapan yang menghadap pantai untuk melihat keindahan matahari terbenam dengan tenang.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
5. Zodiac Beach
Zodiac Beach juga merupakan pantai yang sesuai untuk melihat matahari terbenam di Koh Lipe. Suasana di pantai ini sangat menyenangkan dengan airnya yang jernih dan pasir putih yang lembut. Di Zodiac Beach juga adalah tempat yang sesuai dan perfect untuk aktiviti snorkeling. Bar yang terkenal di pantai ini adalah Zodiac Beach Bar yang terletak betul-betul di tepi pantai.
Setiap hari bermula jam 6.30 petang dan ke atas, anda boleh datang bersantai di tepi pantai atau Zodiac Beach Bar untuk melihat keindahan matahari terbenam dan kemudian melihat pertunjukan api (fireshow) pada waktu malamnya.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
6. Walking StreetÂ
Tempat wajib yang mesti dilawati apabila sampai ke Koh Lipe ialah Walking Street, laluan yang penuh dengan pelbagai jenis kedai iaitu kedai makan, kedai cenderamata, kedai serbaneka, ATM, pusat urut, klinik dan banyak lagi. Boleh dikatakan hampir semuanya ada disini. Laluan di Walking Street ini tidaklah terlalu besar dan panjangnya lebih kurang 500 meter sahaja.
Selepas penat melakukan aktiviti air di pantai anda boleh berjalan kaki untuk datang ke Walking Street yang terletak tidak jauh dari pantai untuk mencari makanan lazat, mendapatkan urutan badan atau membeli barang keperluan. Kebiasaannya suasana disini lebih meriah pada waktu malam berbanding waktu siang.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun, Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (7 Pagi – 12 Tengah Malam)
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
7. Tarutao National Marine Park
Terletak di selatan Thailand di Lautan Andaman, Tarutao National Marine Park adalah destinasi wajib dilawati apabila sampai ke wilayah Satun, Thailand. Taman ini merupakan taman laut nasional yang pertama di Thailand dan terkenal dengan kecantikan alam semula jadinya. Untuk tiba ke taman yang cantik ini, pelancong mesti menaiki bot dari Jeti Pak Bara. Selain itu, taman ini merupakan pintu gerbang utama untuk masuk ke Koh Lipe.
Antara aktiviti yang ditawarkan di sini ialah aktiviti snorkeling, diving, melihat kehidupan marin dan terumbu karang yang indah.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (7 Pagi – 12 Tengah Malam)
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Facebook | Info Lanjut
8. Koh Adang
Koh Adang merupakan sebahagian daripada Tarutao National Marine Park dan sebuah pulau besar yang terletak berhampiran dengan pulau Koh Lipe. Pantainya yang terpencil sesuai untuk anda berjalan-jalan santai menikmati keindahan pasir putihnya yang lembut. Di Koh Adang, terdapat satu viewpoint yang membolehkan pengunjung untuk melihat keindahan landskap di Koh Lipe serta pulau-pulau lain yang berdekatan.
Untuk pergi ke viewpoint ini, pengunjung harus mendaki lebih kurang 40 minit perjalanan melalui hiking trail yang terdapat di situ. Selain pemandangan yang cantik, pulau ini juga mempunyai coral reef yang cantik dan terang warnanya.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
9. Pirate Waterfall, Adang IslandÂ
Terdapat air terjun yang indah di Pulau Adang iaitu Pirate Waterfall. Untuk tiba ke air terjun ini, mengambil masa kira-kira 30-40 minit berjalan kaki dari pulau itu. Laluan pendakian untuk ke air terjun dipenuhi dengan kehijauan pohon dan akar pokok yang besar sesuai bagi anda yang suka akan cabaran atau mendaki (hiking).
Di kawasan Pirate Waterfall juga mempunyai tempat yang sesuai untuk pengunjung bermandi-manda, berenang dan berkelah sambil melihat keindahan air terjun.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
10. Koh Hin Ngam (Hin Ngam Island)
Koh Hin Ngam adalah pulau kecil yang terletak di sebelah barat daya Koh Adang dan merupakan antara hidden gem berhampiran Koh Lipe. Uniknya pulau ini tidak mempunyai pasir dan hanya dipenuhi batu-batu hitam berbentuk bulat dan licin digilap air laut. Terdapat papan tanda yang mengatakan pengunjung dilarang untuk mengambil mana-mana batu yang terdapat di pulau ini.
Keadaan pantai yang bersih seperti dijaga sesuai untuk dilawati oleh pencinta alam dan penggemar pantai. Selain itu, terdapat Hin Ngam Bay dengan perairan dan terumbu karang yang jelas kelihatan akan kecantikannya, menjadikannya tempat yang terkenal untuk snorkeling dan menyelam. Tidak hairanlah pulau ini mendapat perhatian pelancong kerana ekosistemnya yang terpelihara menjadikannya antara destinasi yang perlu dikunjungi.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
11. Koh Yang IslandÂ
Berhampiran dengan Koh Lipe, terdapat sebuah pulau kecil dengan pasir putih lembut yang menakjubkan iaitu Koh Yang. Koh Yang ini dikatakan tempat yang best untuk snorkeling dan diving kerana mempunyai terumbu karang yang sangat terang dan cantik warnanya di bawah laut serta pelbagai jenis ikan dan kehidupan bawah laut yang menakjubkan.
Keindahan pemandangan sekitarnya yang dipenuhi bukit-bukau dan pulau-pulau yang lain memberikan anda ketenangan untuk berjalan-jalan dan bersantai di sepanjang pulau itu.
Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
Sungguh indah tempat menarik di sekitar Koh Lipe ini! Alang-alang nak bercuti ke Koh Lipe, jangan lepaskan peluang untuk singgah di tempat menarik yang disenaraikan ini ya!
Tunggu apa lagi? Jom melawat tempat-tempat menarik di sekitar Koh Lipe!
Baca juga: 10 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Koh Lipe, Thailand