Tempat Menarik di Klang, Selangor

3
61019
senarai-tempat-menarik-daerah-klang-selangor

Daerah Klang merupakan satu kawasan yang sangat terkenal dengan sektor perkapalan dan juga boleh dikatakan kawasan kedua terpenting selepas Shah Alam. Kalau anda ke sini jangan lupa untuk ke beberapa tempat menarik di Klang yang boleh anda lawati baik untuk cuti panjang mahupun cuti hujung minggu sahaja.

Seperti juga Kuala Kangsar di Perak, Klang juga dikenali sebagai sebuah bandar diraja dan tagline yang cukup sinonim di sini ialah Klang Indah dan Permai. Semoga destinasi di bawah ini membuka mata anda apa yang menarik boleh didapati kalau makan angin di Klang, Selangor kelak.


Tarikan Tepi Pantai dan Pulau di Klang

tanjung harapanTanjung Harapan – Kawasan rekreasi tepi pantai yang popular di kalangan warga setempat untuk mengambil angin pantai terutamanya di waktu petang. Memandangkan ianya terletak di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, maka panorama matahari terbenam di sini memang sangat cantik. Di sini juga terdapat beberapa tempat yang popular untuk makan malam terutamanya makanan laut atau ikan bakar yang segar-segar.


pulau ketamPulau Ketam – Pulau ini yang terletak di Klang senang untuk ke sini menggunakan feri dari Jeti Pelabuhan Klang. Pulau ini bukanlah terkenal sebagai destinasi pelancongan seperti di Pulau Redang atau Pulau Tioman namun tarikannya lebih kepada suasana perkampungan nelayan yang memang tiada di bandar. Di sini terdapat rumah-rumah terapung yang didiami oleh nelayan tempatan dan selain melihat suasana perkampungan di sini, anda juga boleh sewa basikan untuk pusing-pusing dan membeli produk-produk makanan laut yang ada dijual di sini pada harga yang sangat berpatutan.


pantai acheh klangPantai Acheh di Pulau Indah – Lokasi pantai ini mungkin agak tersorok sedikit namun ianya menawarkan pemandangan laut dan landskap pantai yang menarik untuk aktiviti seperti berkhemah, santai petang dan berkelah. Lokasi ini juga sesuai untuk anda melakukan aktiviti lain seperti parasiling atau memancing. Yang nakkan lebih privasi kalau berkelah di tepi pantai bolehlah ke sini.


laguna parkLaguna Park di Pulau Indah – Satu lagi destinasi tepi laguna yang sangat mendamaikan. Kebiasaannya pengunjung datang ke sini samaada untuk aktiviti riadah petang bersama anak-anak ataupun memancing untuk golongan belia. Di sekitar kawasan ini juga terdapat pondok rehat, jeti kecil dan restoran-restoran yang menarik untuk dicuba. Penginapan di sini tidak banyak tetapi sangat ideal untuk mereka yang ingin bermalam di kawasan yang tenang tepi pantai.


star cruise terminalPort Klang Cruise Centre – Port Klang Cruise Centre di Pulau Indah ini juga dikenali dengan Glenn Cruise Terminal kerana dimiliki dan diuruskan oleh Glenn Marine Group. Terminal ini merupakan terminal berlepas yang canggih dengan adanya balai berlepas yang tersendiri dan juga jambatan yang terus berhunbung ke cruise. Kalau tak naikpun bolehlah tengok-tengok kapal-kapal mewah canggih yang berlabuh dari jauh.


Tempat Membeli Belah di Klang

gm klang wholesaleWisma GM Klang Wholesale City – Merupakan sebuah tempat yang amat popular di Klang kalau nak membeli barangan pada harga borong. Rata-rata peniaga di sini menawarkan harga barangan per unit dengan lebih murah kalau dibeli secara pukal. Destinasi ini sering menjadi lokasi peniaga kecil untuk membeli barangan untuk dijual. Jenis produk yang ada disini juga lebih kepada aksesori wanita, barangan bayi, pakaian muslimah, hadian fesyen dan sebagainya.


AEON Bukit Tinggi Shopping CentreAEON Bukit Tinggi Shopping Centre – Juga dikenali dengan Jusco Bukit Tinggi, kompleks pasaraya yang sangat besar ini merupakan pasaraya yang menawarkan pelbagai jenis barangan untuk dibeli dan juga tempat-tempat hiburan keluarga seperti panggung wayang. Lokasinya juga sangat strategik di tengah kawasan bandar di Bandar Bukit Tinggi, hub utama bagi Klang Selatan di Negeri Selangor.


Little India KlangLittle India Klang – Seperti juga di Kuala Lumpur, Little India di Klang juga tiada bezanya di mana anda boleh bersiar-siar di sini sambil melihat orang-orang yang berniaga di sini. Bagi mereka yang nak mencari kain, kalung bunga, sari atau apa juga yang berkaitan dengan kebudayaan orang India, bolehlah jenguk-jenguk di sini yang terletak di Jalan Tengku Kelana. Di sini juga ada restoran-restoran India Muslim yang tidak kurang menariknya untuk anda cuba.


Pasar Jawa KlangPasar Jawa Klang – Kalau anda ingin mencari makanan ringan untuk dijadikan ole-ole atau bekalan di dalam perjalanan anda, apa kata singgah di Pasar Jawa yang mempunyai beberapa dereta kedai untuk membeli kerepek, kuih tradisional, ikan bilis, ikan kering dan sebagainya. Di sini juga terdapat tempat menjual kain-kain ela, tudung, telekong sembahyang, buku agama dan sebagainya.


Tarikan Alam Semulajadi dan Taman Rekreasi

taman rakyat klangTaman Rakyat – Merupakan sebuah taman awam yang mempunyai landskap bertasik yang sangat cantik. Sesuai untuk aktiviti bersiar-siar atau jogging pada waktu petang mahupun pagi. Kemudahan di sini juga sangat baik seperti lalun jogging, tandas awam, tapak perkhemahan, tempat letak kereta dan sebagainya. Bagi yang nak bermalam dan berkhemah di kawasan yang tidak terlalu di pedalaman hutan, bolehlah jinak-jinakkan diri anda dengan destinasi ini.


taman pengkalan batuTaman Pengkalan Batu – Sebuah lagi kawasan tepi Sungai Klang yang sangat menarik untuk aktiviti riadah mahupun memancing. Di sini terdapat kemudahan seperti pondok rehat, dek memancing, taman permainan dan tempat letak kereta. Laluan jalan berbatu merah dan dihiasi dengan landskap hijau pasti mendamaikan mereka yang datang beriadah di sini. Dari taman ini anda boleh melihat pemandangan cantik Masjid Bandar di Raja Klang yang terletak tidak jauh dari pondok-pondok di taman ini.


padang sultan sulaiman2Padang Sultan Sulaiman – Juga dikenali dengan Stadium Kota Raja, destinasi ini merupakan lokasi yang sangat popular di kalangan warga setempat untuk beriadah dan berjogging samaada pada waktu petang mahupun malam. Lampu limpah turut ada bagi memudahkan pengunjung bersenam di waktu malam. Kemudahan di sini juga sangat baik seperti balapan, padang, tempat duduk penonton, tandas awam dan sebagainya. Kalau terasa nak keluarkan peluh bersama anak-anak ataupun kawan-kawan, jangan lupa singgah di sini.


taman bandar dirajaTaman Bandar Diraja – Destinasi yang terletak dekat dengan Istana Alam Shah ini merupakan satu tempat menarik di Klang yang sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan anak-anak. Terdapat kemudahan seperti laluan jalan kaki berbata, taman permainan kanak-kanak yang agak besar, tempat letak kereta, air pancut dan sebagai. Setiap hari Ahad mesti ramai orang yang datang ke sini samaada pagi dan petang untuk beriadah dan bersenam.


Tempat Bersejarah dan Mercu Tanda di Klang

gedung raja abdullahGedung Raja Abdullah – Merupakan sebuah bangunan lama yang kini telah menjadi sebuah muzium timah. Secara sejarahnya bangunan lama ini dibina pada tahun 1854 lagi untuk dijadikan gudang milik Raja Abdullah dan ketika era pemerintahan British ia dijadikan muzium dan juga pernah menjadi tempat simpanan timah dan barang dagangan lain. Kalau anda seorang yang suka menghayati sejarah sesuatu tempat, sangat dicadangkan untuk lawati destinasi ini.


Kota Raja MahadiKota Raja Mahadi – Merupakan sebuah kota atau kubu pertahanan yang dibina oleh Raja Mahadi Ibni Almarhum Raja Sulaiman sejak tahun 1866. Ianya dibina sebagai pertahanan baginda ketika peperangan saudara dengan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar. Walaupun struktur binaannya sudah lama namun ia masih kelihatan baru dan terjaga. Bagi kanak-kanak destinasi ini mungkin hanya biasa-biasa sahaja tanpa sesuautu yang menyeronokkan selain hanya ada binaan lama yang menyimpan seribu satu sejarah lama.


masjid diraja sultan sulaimanMasjid Diraja Sultan Sulaiman – Masjid yang pada asalnya dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah ini dibina pada tahun 1934 oleh British sebagai satu hadiah kepada Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah iaitu Sultan Selangor yang kelima. Rekabentuk dalaman dan luaran masjid ini memang sangat unik dan cantik sesuai untuk anda bergambar sebagai kenang-kenangan selepas solat di sini.


jambatan kotaJambatan Kota – Jambatan lama yang berusia lebih setengah dekad ini dibina oleh syarikat kejuruteraan Inggeris pada tahun 1957. Jambatan dua tingkat sepanjang 0.5 km ini dibina menggunakan asas struktur besi yang merentasi Sungai Klang sebagai perantara utama di antara Klang Selatan dan Bandar Klang Utara. Boleh dikatakan satu jambatan yang sangat unik di Malaysia yang susah untuk didapati struktur sebegini di tempat dan negeri lain.


Galeri Diraja Sultan Abdul AzizGaleri Diraja Sultan Abdul Aziz – Galeri ini terletak di sebuah bangunan kolonial yang sangat unik iaitu Bangunan Sultan Suleimna. Galeri ini memaparkan pelbagai sumber informasi bersejarah tentang sejarah Kesultanan Melayu Selangor. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah koleksi barangan diraja seperti barangan peribadi, replika pedang negeri dan juga replika mahkota berlian.


Masjid Bandar Diraja KlangMasjid Bandar Diraja Klang – Sebuah masjid yang indah dan cantik yang baru siap dibina pada tahun 21 Ogos 2009. Masjid ini dibina bagi mengatasi masalah limpahan jemaah di Masjid India dan Masjid Sultan Suleiman terutamanya pada hari Jumaat. Dari jauh anda boleh melihat kubah keemasan yang bergemerlapan yang sangat sinonim dengan jolokan masjid diraja. Masjid yang dibina dengn kos lebih RM 20 juta ini boleh menampung 1500 jemaah pada sesuatu masa.


Masjid India Muslim Tengku KelanaMasjid India Muslim Tengku Kelana – Masjid ini dibina untuk menampung masyarakat Islam terutamanya penduduk India Muslim yang ada di sini. Lokasinya hanya bersebelahan dengan Little India Klang dan struktur bangunan yang baru diubahsuai beberapa tahun yang lepas bercirikan seni Tamil Muslim memang tampak gah dan cantik. Selepas penas shopping di Little India dan makan-makan di sana bolehlah singgah solat dan rehat di sini sambil ambil gambar sebagai kenangan.


tugu kerisTaman Tugu Keris – Juga dikenali dengan Tugu Peringatan Jubli Perak dan dibina pada tahun 1985 sebagai lambang kekuasaan Raja Melayu. Tugu atau replika keris bersalut perak ini agak tinggi dan menjadi mercu tanda bagi Klang sendiri. Replika keris gergasi ini dikelilingi dengan taman rekreasi yang sesuai untuk bersiar-siar termasuk dengan kemudahan seperti taman permainan, landskap kebun dan air pancur.


Dataran SeniDataran Seni – Di sini bukanlan sebuah kawasan tumpuan pelancongan seperti taman tema mahupun seperti di Laman Seni 7 di Shah Alam. Sebaliknya ianya sebuah dataran yang terbuka yang mempunyai pentas dan kawasan lapang yang selalunya menjadi lokasi untuk acara-acara tertentu seperti persembahan kebudayaan dan pameran.


Taman Tema yang Menarik

amvertonRiverine Water Theme Park & Hotel – Di Pulau Carey yang terletak di Pelabuhan Klang terdapat satu tarikan yang agak baru iaitu taman tema air. Taman tema ni mempunyai banyak tarikan menarik yang bertemakan suku ataupun tribal. Anda boleh berkunjung membawa anak-anak untuk meluangkan masa keluarga yang berharga. Tarikan yang paling menarik yang memang wajib cuba ialah Gelongsor Anaconda. Kenapa Anaconda? Jangan risau bukan sebab menyeramkan, cuma gelongsor ini nampak macam Anaconda tengah membelit mangsanya macam cerita Anaconda tu. Kalau cuma setakat nak bagi anak-anak merasa air kolam pun bawa je ke sini.


Memang banyak tempat-tempat menarik di dalam daerah Klang yang boleh dilawati kelak. Semoga artikel ini membantu anda merancang jadual perjalanan anda apabila berkunjung ke Klang kelak. Kalau anda ingin mencari idea tempat percutian lain di Selangor, anda boleh terokai lagi senarai tempat pelancongan yang best di Selangor setiap daerah. Wassalam.

4.4/5 - (29 votes)
Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Khirthika Selvam
Khirthika Selvam
4 years ago

Thank u for the information. It helps me for do my Geo homework.

Rozi Nasi Ayam
Rozi Nasi Ayam
4 years ago

Menarik sangat! Jemput datang juga ke gerai kecil kami, Rozi Nasi Ayam di MPK Klang. Nasi ayam lejen sejak tahun 1979

Idris
Idris
6 years ago

Artikel pasal jambatan kota tu typo tu. Setengah abad , bukan setengah dekad. Setengah dekad tu 5 tahun je padahal ditulis ia dibina pada 1957. Satu dekad bersamaan 10 tahun manakala satu abad bersamaan 100 tahun. Harap penulis atau editor betulkan.

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x