Isi Kandungan
Hatyai dan Songkhla, dua destinasi menakjubkan di Thailand selatan, menawarkan pelbagai tempat pelancongan yang menarik untuk dinikmati oleh para pelancong. Dikenali dengan keunikan panorama alam dan budayanya, bandar ini menawarkan pelbagai tempat yang indah untuk pelancong terokai. Berikut merupakan antara tempat menarik yang wajib dikunjungi semasa melancong ke sana.
Tempat Menarik Untuk Pelancong Kunjungi Di Sekitar Hat Yai & Songkhla
1. Hat Yai Municipal Park, Hat Yai
Hat Yai Municipal Park di Hat Yai adalah destinasi yang wajib dilawati. Taman ini menawarkan landskap hijau yang indah, dengan taman bunga yang berwarna-warni dan padang rumput yang luas. Terdapat cable car untuk anda naiki dan melihat pemandangan bandar Hat Yai yang luas!
Anda boleh menikmati suasana yang tenang dan menenangkan sambil menikmati pemandangan panoramik bandar Hat Yai.
Alamat: Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
2. Ton Nga Chang Waterfall, Hat Yai
Ton Nga Chang Waterfall atau Air Terjun Ton Nga Chang, merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi. Air terjun yang juga dikenali sebagai Elephant Tusk Waterfall ini mempunyai keindahan semula jadi yang menakjubkan. Dijumpai di Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary, Ia mendapat nama gelaran yang unik itu kerana merujuk kepada bentuk unik tebing batu kapur yang mengelilingi air terjun, menyerupai gading gajah. Air yang mengalir ke bawah melalui 7 tingkat ini mencipta pemandangan yang menakjubkan.
Ton Nga Chang Waterfall ini menawarkan peluang hebat untuk merasai keindahan landskap semula jadi Thailand dan menikmati percutian yang menyegarkan di tengah-tengah alam semula jadi. Jika anda bercadang untuk ke sini, disyorkan untuk memakai pakaian yang selesa, kasut yang sesuai, membawa penghalau serangga, sunscreen dan air minuman semasa di sana!
Alamat: Thung Tam Sao, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
3. Kho Hong Mountain, Hat Yai
Terletak di Hat Yai, gunung ini menawarkan pemandangan yang memukau dari puncaknya. Kho Hong atau juga dikenali sebagai Khao Hong dalam bahasa Thai, merupakan antara gunung yang menjadi tarikan semula jadi berhampiran Hat Yai, menjadikannya antara destinasi popular yang dikunjungi oleh orang ramai terutama penduduk tempatan dan pelancong.
Gunung Kho Hong terkenal dengan kehijauannya yang subur dan dikelilingi dengan pemandangan yang cantik lebih-lebih lagi menjelang awal pagi dan lewat petang. Untuk sampai ke destinasi ini, anda perlu short-drive atau menyewa teksi dari Hat Yai. Anda boleh menikmati panorama landskap yang menakjubkan dan menikmati udara segar yang menyegarkan. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini adalah pada hujung minggu dan cuti untuk berehat, bersantai dan menikmati persekitaran alam semula jadi
Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan
4. Magic Museum Hat Yai, Hat Yai
Magic Museum Hat Yai adalah tarikan menarik yang mempamerkan ilusi optik, pameran interaktif, dan paparan yang mengagumkan. Pelancong berpeluang untuk melihat bilik-bilik bertema yang dipenuhi dengan pengalaman ajaib, seperti ‘levitation room’, ‘labyrinth mirror’, dan hasil seni seni 3D.
Muzium ini menawarkan peluang unik untuk merasai dunia ilusi menjadikannya destinasi wajib bagi mereka yang mencari pengalaman yang menyeronokkan. Selain itu, tempat ini juga menawarkan pertunjukan silap mata secara live yang menarik perhatian pelancong terutamanya kanak-kanak! Ikuti laman Facebook atau laman web Magic Museum Hat Yai untuk semak harga tiket terkini!
Alamat: 414 Kanjanavanich Rd, Hatyai, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook
5. 7 Eleven Convenient Store
7 Eleven Convenient Store merupakan rangkaian kedai serbaneka popular di Hat Yai, menawarkan pelbagai keperluan harian dan makanan ringan. Dikenali dengan waktu operasi 24 jam, 7 Eleven adalah tempat yang mudah untuk penduduk tempatan dan pelancong membeli-belah barang keperluan harian, minuman, barang-barang kebersihan, dan banyak lagi.
Sangat berbeza ya dengan 7 Eleven di Malaysia. Kedai ini mempunyai pelbagai produk, termasuk makanan siap sedia, minuman, kosmetik, dan barangan rumah tangga. Sama ada anda memerlukan makanan ringan yang cepat, minuman yang menyegarkan, atau keperluan asas lain, 7 Eleven Convenient Store di Hat Yai adalah tempat yang mudah untuk semua keperluan anda.
Alamat:Â Sekitar Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Twitter
6. Chang Puak Camp, Hat Yai
Chang Puak Camp di Hat Yai adalah tarikan pelancongan yang popular yang menawarkan pengalaman unik berinteraksi dengan gajah. Terletak dalam suasana semulajadi yang indah, pengunjung dapat menikmati tontonan pertunjukan gajah, memberi makan dan memandikan gajah, dan juga menaiki gajah untuk menaiki punggung mereka.
Destinasi ini mempromosikan pelancongan gajah yang bertanggungjawab dan menyediakan program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan gajah.Ikuti laman web rasmi untuk semak harga tiket terkini!
Alamat: 86 Moo 1, Kanchanawanit Road Thung Yai Hat Yai Songkhla 33110
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Info Lanjut
7. Lee Garden Night Market, Hat Yai
Pasar malam yang popular yang terkenal dengan suasana meriah dan pelbagai pilihan membeli-belah dan makanan. Pasar ini menawarkan pelbagai variasi jualan seperti gerai makanan jalanan, penjual tempatan yang menjual pakaian, aksesori, dan cenderamata, serta hiburan seperti persembahan muzik secara langsung. Pelancong dapat menikmati makanan jalanan Thailand yang lazat, berunding untuk mendapatkan barang unik, dan merasai suasana meriah pasar.
Lee Garden Night Market adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang mencari pengalaman malam yang berwarna-warni di Hat Yai.
Alamat: 2F4C+9HG Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan
8. Khlong Hae Floating Market, Hat Yai
Merupakan pasar malam yang unik dan bertenaga terletak di sepanjang Sungai Khlong Hae ini menawarkan pelbagai makanan, minuman, dan barang dagangan, dengan banyak peniaga yang beroperasi dari bot-bot kecil di atas air. Pelancong dapat menikmati berjalan-jalan santai di sepanjang pasar, menjamu selera dengan hidangan tempatan yang lazat, sambil melihat pelbagai jenis barangan dalam suasana yang meriah.
Khlong Hae Floating Night Market menyediakan pengalaman membeli-belah dan makan yang berkesan dan menarik baik untuk penduduk tempatan mahupun pelancong.
Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan| Facebook
9. ASEAN Night Bazaar, Hat Yai
ASEAN Night Bazaar di Hat Yai adalah pasar malam yang meriah dan terletak di pusat Hat Yai. Pasar ini menawarkan pelbagai gerai yang menjual kraf tangan, pakaian, aksesori, dan makanan jalanan yang lazat untul pelancong cuba. Pelancong dapat merasai suasana yang meriah, menikmati persembahan langsung, dan pelbagai hidangan yang unik.
ASEAN Night Bazaar adalah destinasi popular untuk membeli-belah, makan malam, dan bersantai terutama sekali pada waktu malam di Hat Yai.
Alamat: 76 Chotevittayakul 3 Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook
10. Central Festival Hat Yai, Hat Yai
Central Festival Hat Yai merupakan destinasi membeli-belah utama di Hat Yai. Terletak di tengah-tengah bandar, pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai kedai butik, jenama terkenal, restoran, dan pusat hiburan.
Pelancong dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan, mencari pakaian fesyen terkini, atau mencuba hidangan makanan yang lazat di restoran yang terdapat di dalam pusat membeli-belah ini.
Alamat: 1518 Kanjanavanich Road, Kho Hong Subdistrict, Hat Yai District, Songkhla 90110
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook | Info Lanjut
11. Greenway Night Market, Hat Yai
Greenway Night Market merupakan salah satu pasar malam yang meriah dan sibuk dengan aktiviti membeli-belah dan makan-makan yang pelbagai. Pasar ini dibuka pada waktu petang hingga malam mempunyai pelbagai gerai yang menjual pakaian, aksesori, cenderamata, dan makanan jalanan.
Pelancong boleh menerokai suasana pasar, menikmati hidangan tempatan yang lazat, dan membeli barang dengan harga yang berpatutan. Greenway Night Market adalah destinasi wajib bagi mereka yang mencari pengalaman pasar malam yang authentic di Hat Yai!
Alamat: 1406/4 Kanjanavanit Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Website | Facebook | Instagram
12. Kim Yong Market, Hat Yai
Kim Yong Market di Hat Yai menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan menarik. Pasar ini terkenal dengan pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, aksesori, makanan, dan produk-produk tani. Anda akan menemui pelbagai jajan pasar tradisional dan hidangan Thai yang lazat dan berpeluang untuk merasai makanan dan snek tempatan yang terkenal seperti ikan bakar, satay, keropok lekor, dan banyak lagi.
Pasar ini juga menjadi tempat untuk mendapatkan barangan murah dan tawaran menarik!
Alamat: Kim Yong Market, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Website
13. Guan Yin Temple, Hat Yai
Guan Yin Temple Hat Yai, terletak di sekitar Hat Yai Municipal Park, Hat Yai, merupakan salah satu tempat keagamaan yang popular di Hatyai. Kuil ini didedikasikan kepada Dewi Kuan Yin, dewi kerahiman dalam agama Buddha. Kuil ini menawarkan suasana yang tenang dan indah dengan arsitektur yang megah.
Pelawat yang dikalangan pelancong luar sering melawat kuil ini untuk bersembahyang, meditasi, atau hanya menikmati kecantikan dan ketenangan tempat ini.
Alamat: Â Tambon Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan
14. San Phra Phrom Hat Yai, Hat Yai
San Phra Phrom Hatyai, juga dikenali sebagai Four-Faced Buddha Shrine, terletak di sekitar Hat Yai Municipal Park. Kuil ini mempunyai patung Buddha dengan empat muka yang melambangkan pengetahuan, kebijaksanaan, kebaikan, dan keselamatan. Pelancong sering berkunjung ke sini untuk bersembahyang, membuat persembahan, dan mencari keberkatan.
Tempat ini menawarkan pemandangan indah dan udara segar dari kawasan perbandaran yang selesa sesuai untuk pelancong berjalan-jalan di sekitar kawasan ini.
Alamat: 2GW7+8C6, Moutain, Kho Hong Sub-District, Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
15. Wat Hat Yai Nai, Hat Yai
Sebuah kuil Buddha yang terkenal di Hat Yai, Thailand yang dikenali dengan seni bina yang megah, hiasan terperinci, dan suasana tenteram. Di dalam kuil ini, terdapat patung Buddha emas yang besar dan lukisan dinding indah yang menggambarkan ajaran Buddha. Kawasan kuil juga mempunyai taman yang cantik, kawasan meditasi, dan pagoda.
Wat Hat Yai Nai adalah tarikan rohani dan budaya yang popular, menawarkan pengalaman yang tenang dan begitu aman untuk diterokai.
Alamat: 2 Wat Hatyai Nai Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook | Info Lanjut
16. Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol, Hat Yai
Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol, juga dikenali sebagai Stainless Pagoda, terletak di Kho Hong, Hat Yai. Pagoda ini merupakan mercu tanda yang mengagumkan dengan struktur yang dibuat daripada bahan tahan karat yang berkilauan di bawah sinaran matahari.
Pelancong sering datang ke sini untuk melihat keajaiban seni bina pagoda ini dan untuk menghormati ajaran agama Buddha.
Alamat: 2G38+XGV, Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan
17. Songkhla Zoo, Songkhla
Zoo Songkhla merupakan taman haiwan popular yang terletak di Songkhla, Thailand. Ia menjadi tempat perlindungan pelbagai jenis haiwan, termasuklah spesies eksotik seperti harimau, zirafah, dan gajah. Zoo ini menawarkan pengalaman pendidikan dan hiburan yang menyeronokkan untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur, dengan peluang untuk menghayati dan belajar tentang haiwan-haiwan tersebut.
Dengan kehijauan dan kemudahan yang terjaga dengan baik, Zoo Songkhla menyediakan pengalaman yang berkesan dan menyeronokkan terutama sekali kepada pelancong yang berkeluarga dan peminat alam semula jadi.
Alamat: 189 Moo 5, Songkhla-Nathawee Road, Khao Rup Chang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Harga Tiket | Info Lanjut
18. Songkhla Lake, Songkhla
Merupakan tasik semulajadi terbesar di Thailand dan tarikan pelancongan yang terkenal di kawasan tersebut. Dengan keindahan yang tenang dan kepelbagaian biologi yang kaya, tasik ini menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti pemanduan bot, memancing, dan tempat-tempat menarik berhampiran untuk dikunjungi.
Sebagai pelancong, anda berpeluang untuk menerokai kampung-kampung dan kuil-kuil berdekatan, merasai budaya dan masakan tempatan. Tasik Songkhla adalah destinasi yang sempurna untuk pencinta alam dan mereka yang mencari ketenangan dari kehidupan bandar yang sibuk!
Alamat: Mueang Songkhla, Songkhla
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
19. Tang Kuan Hill, Songkhla
Gunung Tang Kuan di Songkhla, Thailand, menawarkan pemandangan menakjubkan dari puncaknya, termasuk panorama laut, kota Songkhla, dan matahari terbenam yang mempesona. Dengan pemandangan yang memukau ini telah menarik ramai penduduk tempatan dan pelancong luar untuk ke sini.
Anda boleh menikmati panorama laut dan bandar Songkhla yang indah dari puncak gunung ini. Selain itu, terdapat juga kuil Thai-Buddha di puncak gunung ini yang boleh anda lawati dan terdapat fasiliti seperti gerai-gerai makanan dan gerai-gerai cenderahati untuk dibeli di sana.
Alamat: Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
20. Samila Beach, Songkhla
Samila Beach atau Pantai Samila adalah pantai terkenal di Songkhla yang menawarkan pasir putih yang indah dan air laut yang jernih. Anda boleh bersantai di pantai, berjemur di bawah matahari, atau menikmati pemandangan ikonik Patung Mermaid yang terkenal di sini. Jika anda dah sampai ke Songkhla, Pantai Samila ini anda patut singgah!
Alamat: Songkhla, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
21. Kao Seng Beach, Songkhla
Kao Seng Beach atau Pantai Kao Seng juga merupakan destinasi menarik lain di Songkhla. Pantai ini menawarkan keindahan alam semulajadi dengan pemandangan pantai yang luas dan cahaya matahari yang menyinari air laut yang biru. Anda boleh menikmati aktiviti seperti berenang, snorkeling, atau bersantai di tepi pantai.
Alamat: Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan
22. Sakom Beach, Songkhla
Sakom beach atau Pantai Sakom adalah destinasi pantai yang indah di Songkhla. Pantai ini terkenal dengan pasir putihnya yang lembut dan air laut yang jernih. Anda boleh menikmati suasana yang tenang di pantai ini dan menikmati keindahan alam semulajadi sekitarnya sambil bersantai di bawah sinar matahari.
Alamat: Thepha, Thepha District, Songkhla 90150, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
Kesimpulannya, melawat Hatyai dan Songkhla menawarkan peluang untuk menikmati kecantikan alam semulajadi yang menakjubkan serta mengunjungi tapak keagamaan yang terkenal. Jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi keindahan tempat menarik di Hatyai dan Songkhla!