Isi Kandungan
Daerah Petaling merupakan salah satu daripada 9 daerah-daerah utama di negeri Selangor yang boleh dibahagikan kepada 3 kawasan utama iaitu Shah Alam, Petaling Jaya dan juga Subang Jaya. Di dalam 3 kawasan ini pula terdapat banyak bandar-bandar atau mukim lain yang menjadi pusat-pusat pembangunan dan pelancongan seperti Serdang, Sri Kembangan, Puchong dan sebagainya. Untuk mengenali tempat menarik di Petaling dengan lebih senang, lebih baik kalau kita tengok terlebih dahulu 3 pentadbiran utama di dalam daerah ini.
Untuk mencari idea tempat percutian lain di Selangor, sila teroka tempat menarik di daerah lain di Selangor. Umumnya, kesemua bandar-bandar kecil dalam Daerah Petaling ditadbir oleh 3 majlis bandaran utama iaitu:
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) – pentadbiran merangkumi bandaraya Shah Alam dan kawasan Sungai Buloh.
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBP) – pentadbiran merangkumi bandar Petaling Jaya.
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) – pentadbiran merangkumi seluruh Subang Jaya, Puchong, USJ, Kembangan dan Serdang.
Tempat Menarik di Shah Alam
Seperti yang tersedia maklum Shah Alam merupakan ibu negeri bagi negeri Selangor sendiri dan tarikan pelancongan di bandar Shah Alam memang tidak disangkal lagi memang sangat banyak. Untuk lebih mengenali destinasi pelancongan yang ada di kawasan bandaraya Shah Alam, sila teruskan membaca dalam pautan di bawah. baca lagi>
Tempat Menarik di Petaling Jaya
Petaling Jaya merupakan satu kawasan yang sangat pesat membangun dan mempunyai tarikan pelancongan yang lebih ke arah kawasan taman tema dan hiburan keluarga. Selain itu Petaling Jaya juga mempunyai beberapa kompleks membeli belah yang serba lengkap dan terdapat hiburan keluarga yang sesuai untuk berkunjung waktu hujung minggu. baca lagi>
Tempat Menarik di Subang Jaya
Seperti juga di kawasan Petaling Jaya, tarikan destinasi yang menarik untuk dilawati lebih kepada tempat hiburan keluarga, rekreasi dan juga pilihan tempat membeli belah di pasaraya yang besar yang sangat banyak. Kalau anda kaki shopping dan gemarkan gaya fesyen terkini, bolehlah datang ke Subang Jaya. baca lagi>
Daerah Petaling di Selangor sememangnya satu daerah yang sangat membangun baik dari segi pembangunan ataupun sektor pelancongan di kawasan buatan manusia seperti taman tema, hiburan keluarga tertutup, taman rekreasi buatan dan juga tempat membeli belah. Semoga membantu anda untuk merancang perjalanan kalau bercuti ke Daerah Petaling, Selangor kelak. Wassalam.