Isi Kandungan
Kalau sebut jer pasal ‘bandung’, ada 2 perkara yang pasti terlintas di benak fikiran kita iaitu air sirap bandung yang warnanya merah jambu dan juga tempat pelancongan di Indonesia iaitu Bandung yang terkenal sebagai syurga membeli belah. Kali ini kita bercakap pasal perkara kedua iaitu tempat-tempat menarik di Bandung Indonesia, bukannya resepi sirap bandung mahupun resepi bandung+cincau= bancau.
Anda mesti sudah tahu, Bandung ni merupakan destinasi pelancongan yang terletak di kawasan yang altitudnya tinggi, maka suhu persekitarannya pun sejuk sekitar 22-25 darjah celsius. Memang syok datang shopping di Bandung ibarat berada di Eropah gitu. Tidak hairanlah kalau ke sana, memang ramai pelancong dari Malaysia, ada yang berbulan madu dan ada juga yang ke sana atas urusan bisnes. Maklumlah di sana banyak factory outlet. Jom kita lihat 8Â aktiviti wajib di beberapa tempat menarik di Bandung, Indonesia.
Factory Outlet JI Riau- Tempat Shopping di Bandung yang BEST
Kalau pulang ke Malaysia dengan tangan kosong memang sangat merugikan. Apa hal melancong ke Bandung balik tangan kosong beb.
Salah satu tempat shopping di Bandung adalah di factory outlet di area JI Riau atau JI Dago, anda akan menjumpai pelbagai barangan yang berkualiti seperti baju, kasut, beg dan macam-macam barangan daripada jenama yang terkenal. Semua barang di sini memang ada kualiti dan harganya jauh lebih murah.
Sesatkan diri anda di Pasar Baru Bandung
Jangan main-main, Pasar Baru di Bandung ni besar dan silap hari bulan boleh sesat di sini. Inilah tempat shopping kain, fabrik dan cenderahati di Bandung yang selalu orang sebut-sebut.Â
Suasana pasar ini lebih kurang sama sama dengan kebanyakan pasar di Malaysia contohnya Padang Besar, Perlis. Yang berbezanya mungkin budaya, bahasa dan sudah tentu barang yang dijual.
Kalau anda di Pasar Baru Bandung ni terutamanya di waktu kemuncak, memang ramai dan sesak ! Dan ramai juga orang Malaysia di sini. Tips kalau ke sini,
- pastikan anda asah bakat teknik tawar menawar dengan peniaga di sini
- hati-hati dengan barangan peribadi di dalam poket. Maklumlah kawasan padat.
Makan malam di The Valley
Salah satu tempat makan best di Bandung pada waktu malam ialah di The Valley.
Di sini terdapat sebuah restoran western yang terletak di puncak bukit dan kalau di waktu senja, pemandangan matahari terbenam di sini memang sangat cantik.
Memang sangat best makan malam di sini sambil-sambil melihat keindahan sunset yang cahaya samarnya menutupi bandar Bandung.
Makan makan di Kampung Daun
Kat sini merupakan salah satu tempat makan yang sangat popular di Bandung.
Ramai pelancong dalam dan luar negara datang menjamu selera makanan Indonesia dan di sini suasananya damai dengan adanya pondok buluh, aliran sungai dan juga air terjun.
Ada sesetengah pengunjung yang pernah ke sini berkata makanannya biasa-biasa sahaja, namun yang menjadikan destinasi ini sangat popular ialah kerana suasananya yang unik serta harga makanan yang murah dan pelbagai.
Floating Market Bandung
Sekilas pandang namanya, pasti anda akan terbayang-bayangkan sebuah pasar terapung seperti di Thailand yang menjual sayur dan buah-buahan. Sebenarnya agak lain keadaanya kalau di Floating Market Lembang di Bandung ini.
Floating Market Bandung ini merupakan sebuah tempat buatan manusia yang menempatkan kedai-kedai kecil dan juga taman haiwan peliharaan. Di tengah-tengah pasar ini ada tasik yang mana anda juga boleh kayuh perahu.
Selain itu di sini banyak juga menawarkan makanan-makanan Indonesia yang pelik-pelik pada harga yang sangat berpatutan. Dan sebelum masuk ke floating market ini, anda kena tukar wang anda kepada syiling yang khas untuk digunakan dalam transaksi jual beli di pasar ini. Dah macam kembali ke zaman lampau tapi seronok.
Kalau anda datang ke Bandung bersama anak-anak atau berbulan madu, memang sesuai lepak-lepak di sini.
Kawah Putih Ciwidey Bandung – Tempat menarik di Bandung yang paling unik
Semestinya satu aktiviti menarik yang wajib dilakukan bila ke Bandung. Terletak kira-kira 2 jam perjalanan daripada bandar utama Bandung dan berada di tanah tinggi.
Bagi saya,Kawah Putih merupakan tempat menarik di Bandung yang paling unik. Bukan semua negara ada tempat macam ini.
Kawah Putih ini merupakan tasik yang airnya bersulfur kerana ianya berasal daripada sebuah gunung berapi. Warna airnya yang membiru keputihan seolah olah anda berada di tepi pantai di Brazil.
Lokasi di sini sangat sejuk namun kalau ada sunblock lebih baik pakai kerana kat sini suasana dia memang terik tanpa anda sedar.
Tonton video di bawah kalau nak tahu betapa cantiknya tasik di Kawah Putih ini.
Gunung Tangkuban Perahu
Berada kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari Bandar Utama Bandung, gunung berapi ini merupakan tempat pelancongan di Bandung yang sangat popular.
Kat Malaysia mana ada tempat pelancongan macam ni. Memang rugi besar kalau datang ke Bandung tetapi tak ambil kesempatan untuk ke sini.
Sari Alter Hot Spring
Satu lagi tarikan pelancongan alam semulajadi di Bandung ialah kolam air panas semulajadi Sari Alter.
Mungkin bagi kita di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru kerana kat Malaysia pun banyak hot spring.
Namun sekiranya anda nak merasa mandi air panas semulajadi di kawasan bertanah tinggi yang sejuk di Bandung, apa salahnya mencuba di sini. Semestinya menyegarkan.
Situ Patengang
Kalau di Malaysia ada Cameron Highland tetapi di Indonesia ada Situ Petengang. Destinasi ini memang sangat popular dan sangat cantik dengan keindahan ladang teh yang berderet melitupi permukaan gunung.
Kalau anda melihat ladang ini dari kemuncak seolah-olah anda sedang melihat sebidang permaidani hijau yang terbentang luas.
Selain itu, di sekelilingnya ada sebuah tasik yang mana anda boleh melakukan aktiviti air seperti sewa bot dan berkayuh bot di tasik. Lokasi ini sangat ideal untuk anda bercamping. Tapak untuk bercamping memang tersedia di sini dan memang lokasinya sangat menarik berhadapan dengan tasik.
Memandangkan kawasan ini adalah tanah tinggi, maka suhunya sangat sejuk. Pastikan bawa baju sejuk dan tebal sekiranya anda tidak mahu menggigil kesejukan di malam hari.
>> Jom Cari Hotel TERBAIK di Bandung <<
Itulah dia senarai tempat menarik di Bandung yang paling popular dan sering menjadi pilihan pelancong. Banyak lagi kawasan pelancongan di Bandung yang lain namun tidak sepopular seperti destinasi-destinasi di atas. Bagi mereka yang mencari destinasi percutian bajet, jangan lupa untuk usyar-usyar di Bandung. Hotel dan penginapan pun murah, penerbangan kalau guna AirAsia pun banyak. Selamat mencuba.
mau sewa mini bus .brapa kos utk 3 hari
kami rencana mau ke bandung sekitar delapan orang, enaknya naik apa pak.
Salam. Bulan April depan saya bawa 44 org tamu dari Johor yg mahu bercuti ke Bandung. Saya charge all in termasuk flight pergi balik, transport dari airport, hotel, makan minum selama 4 hari 3 mlm dgn kadar hanya RM1,100 perpax. Ia diuruskan oleh Travel Agency berpengalaman di Bandung.
Salam tuan boleh email sy detail cuti2 bandung ke [email protected] terima kasih
Ingin mencari travel agen yang boleh membawa jalan ke destinasi menarik di bandung
Salam
Saya ibu suria, saya berminat mau sewa supir utk aktiviti di bandung.
Jumlah pax ; 5 org
Ini itineri saya;
26/1/2018 – sampai jam 8 mlm
– dibawa dinner
– check in hotel
27/1/2018
– selepas breakfast – langsung ke
Tempat menarik yang berdekatan + lunch + shopping+ makan malam + balik hotel
28/1/2018 – shopping + makan + langsung ke airport (flight malam)
Blh wasap sy 0199849887
Kami aturkan aktiviti berdasarka kemahuan anda
Saya ingin bertanya mengenai Pakej yang ditawarkan oleh pihak tuan. Saya mempunyai 25 orang dewasa & 5 orang kanak-kanak. Saya dan rombongan ingin ke Bandung dalam bulan March 2018. Boleh berikan kepada saya quotation?
saya selalu ke bandung….travel yang saya guna mmg puashati..on 22/12/2017 sy akan ke bandung lg gn travel yg sama
boleh dapatkan kontek nombor yang boleh bawa rombongan berjalan2 tempat2 menarik sekitar Bandung
Mohd Reihan20 October 2016 at 06:38 Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang REIHAN BANDUNG TRANSPORT selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Reihan Bandung transport hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Reihan, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Reihan Bandung Transport menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. JOM JOM ke Bandung bersama Reihan, dijamin Muraaaah dan puas ^_^ Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Reihan… ;-) Dijamin… Read more »
25 – 27ogos…
5 orang
Mau wifi