Isi Kandungan
Dannok ialah sebuah bandar kecil terletak di berhampiran Bandar Sadao dan terkenal dengan perdagangan sempadan yang sibuk dan berdekatan dengan Malaysia. Pekan yang juga berfungsi sebagai pintu masuk ke destinasi popular lain seperti Hat Yai, menjadikannya perhentian yang mudah dan menarik bagi mereka yang melancong di rantau ini.
Mari kita ketahui tempat-tempat menarik di Dannok!
3 Tempat Menarik Berdekatan Hat Yai – Dannok, Thailand
1. SP Duty Free @ Dannok (Betong City Plaza Duty Free Co., Ltd)
Sebelum anda menghala terus ke Hat Yai dari Bukit Kayu Hitam, jom nikmati pengalaman bersiar-siar dan membeli-belah di SP Duty Free di Dannok. Dengan pelbagai barangan bebas cukai seperti parfum, kosmetik, aksesori, dan produk elektronik, anda boleh memenuhi keperluan dan kehendak anda dengan harga yang berpatutan. Jelajahi pelbagai jenama terkenal dan manfaatkan promosi menarik yang ditawarkan di sini!
Alamat: 555/9, Moo 7, Kanchanavanich Rd Samnakkham, Sadao District, Songkhla 90320, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 10 malam)
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook | Phone: +6674300252
2. Asian Cultural Village @ Dannok
Tidak jauh dari SP Duty Free @ Dannok, mari singgah ke Asian Cultural Village di Dannok dan terpesona dengan kepelbagaian budaya dan warisan Asia yang dipamerkan. Dalam kawasan ini, anda akan menjumpai replika bangunan dan elemen seni yang mewakili pelbagai negara seperti Thailand, China, Jepun, dan Korea. Percuma masuk tetapi harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti semasa ya. Jadi, mari terokailah pameran dan persembahan seni dan budaya, dan pelajari lebih banyak tentang kekayaan warisan Asia yang menakjubkan!
Alamat: 531/39 Moo 7 Soi Kittinantapong Utit Samnakkham, Sadao District, Songkhla 90320, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari ( 10 pagi – 9 malam)
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Info Lanjut | Facebook | Phone: +6674557233
3. Dannok Plaza Market
Berdekatan dengan dua destinasi ini, jom kita jelajahi kehidupan harian penduduk setempat dengan melawati Dannok Plaza Market. Pasar ini merupakan tempat yang hebat untuk mencuba hidangan tempatan yang lazat dan membeli-belah produk tani segar serta barangan tradisional. Rasai kehangatan dan keramahan penduduk tempatan sambil menikmati suasana yang sibuk dan berwarna-warni di pasar ini sebelum anda berangkat ke Hat Yai atau destinasi di sekitar Selatan Thailand.
Alamat: GCCC+33Q, Samnak Kham, Sadao District, Songkhla 06050, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 6 petang)
Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan
Dannok, Thailand menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati oleh para pelancong. Pekan ini menawarkan gabungan budaya yang unik, dengan gabungan pengaruh Thai, Melayu dan Cina.
Dengan tarikan-tempat menarik ini, Dannok adalah destinasi yang sesuai untuk dilawati ketika anda mahu merentasinya sebelum pergi ke Hat Yai!