Tempat Membeli Belah di Kuala Lumpur

Bagi yang kaki shopping, destinasi ibukota Kuala Lumpur sememangnya ibarat syurga bagi anda. Baik barangan branded, barangan borong, barangan cenderahati atau apa sahaja, Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat shopping menarik yang boleh dikunjungi. Tak melampau kalau dikatakan, Kuala Lumpur merupakan destinasi membeli belah yang paling lengkap di Malaysia.

Di bahagian bawah ini anda boleh tengok satu persatu senarai tempat shopping yang menarik di Kuala Lumpur samaada destinasi tersebut adalah pasaraya, pasar malam, bazar, uptown dan sebagainya. Semoga destinasi-destinasi di bawah ini memberi anda idea untuk cuci cuci mata, lepak-lepak dan mencari sesuatu yang berkenan di hati kalau anda bercuti ke Kuala Lumpur kelak.


Destinasi membeli belah di pasaraya di Kuala Lumpur

Tempat-tempat shopping yang dikategorikan sebagai majoriti pasaraya yang popular di Kuala Lumpur. Destinasi-destinasi shopping mall di bawah ini hanyalah sebahagian daripada puluhan tempat shopping mall yang ada di Kuala Lumpur.


Suria KLCC Mall

suria klcc mall kl

Seperti juga di Pavillion KL, mall yang terletak di bawah Menara Berkembar Petronas ini juga menawarkan banyak lot kedai yang majoritinya menawarkan produk barangan berjenama. Di sini juga terdapat medan selera yang menarik serta pilihan restoran yang sedap-sedap. Dan lebih menarik, ianya hanya bersebelahan dengan KLCC park yang sesuai untuk anda lepak-lepak.


Pavilion Kuala Lumpur

pasaraya pavillion kuala lumpur

Bagi yang inginkan sebuah destinasi membeli belah yang banyak pilihan dan menawarkan pelbagai jenis pilihan produk terutamanya yang branded atau sederhana, apa kata ke shopping mall ini yang terletak di Bukit Bintang. Pavilion KL mempunyai lebih 400 lot kedai pelbagai kategori dan juga mempunyai medan selera yang agak besar di aras 7 bangunan. Pilihan restoran-restoran di dalam mall ini juga banyak.


Berjaya Time Square Mall

berjaya times square mall kuala lumpur

Terletak di Bukit Bintang shopping mall ini juga sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Dan yang menariknya ada sebuah hotel yang berkongsi bangunan dengan mall ini. Di dalam mall juga terdapat sebuah taman tema indoor yang menempatkan beberapa permainan yang sangat menarik untuk anak-anak seperti roller coaster.


Mid Valley Megamall

midvalley megamall kuala lumpur

Menempatkan ratusan lot kedai dengan pelbagai pilihan barangan berjenama dalam dan luar negara. Shopping mall ini memang sangat besar dan sentiasa tidak lekang dengan kunjungan orang ramai terutamanya di hujung minggu.


Nu Central

nu sentral mall kl

Pasaraya ini pula di bawah satu bumbung dengan Kuala Lumpur Sentral dan menawarkan banyak lot kedai yang menjual barangan yang berjenama popular atau yang sederhana. Pasaraya ini dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad & Nu Central juga adalah sebahagian daripada pelaburan yang nilainya mencecah sehingga RM 1.4 billon.


KL Sogo

supermarket sogo kuala lumpur

Setiap kali hujung tahun, memang banyak sales yang ditawarkan di KKL Sogo terutamanya produk barangan dan aksesori wanita seperti kasut, handbag, minyak wangi dan sebagainya. Harga-harganya pula sangat mampu milik dan sesuai untuk anda yang kaki shopping untuk menghabiskan masa di sini pada hujung tahun.


The Garden

the garden mall kl

Pasaraya ini bersambungan dengan Mid Valley Megamall dan di sini terdapat lebih 200 shop lot. Kebanyakannya ada menjual barangan dan produk kategori high end dari luar negara seperti Burberry, Louis Vitton, Celvin Klein dan sebagainya. The Garden mungkin sesuai kalau dikatakan sebagai tempat shopping untuk orang berada.


Sungei Wang & BB Plaza

sungei wang bukit bintang plaza

Menempatkan lot kedai yang kebanyakanya boleh dikatakan harga-harganya lebih mampu milik sekiranya nak dibandingkan dengan pilihan yang ada di mall lain di sekitarnya seperti di Lot 10. Tempat membeli belah ini juga agak besar dan boleh membuatkan orang yang pertama kali di sini sesat untuk mencari pintu keluar.


Starhill Gallery

starhill gallery-mall-kl

Kalau anda berada di dalam mall ini, pasti anda terasa seperti di dalam sebuah hotel yang mewah kerana hiasan dalamannya yang sangat eksklusif. Suasana di sekelilingnya juga lebih senyap dan tidak terlalu ramai dengan orang seperti di kebanyakan shopping mall yang lain di KL.


Sephora

sephora shopping mall kl

Hanya bersebelahan dengan Starhill Gallery dan Sephora merupakan destinasi yang sangat ideal bagi mereka yang gemarkan fesyen-fesyen terkini kerana kedai-kedai di sini menawarkan barangan dan aksesori untuk wanita yang terkini seperti gincu, minyak wangi dan pelbagai alatan bersolek lain yang berjenama dari luar negara terutamanya yang diimport dari Perancis, UK, Itali dan sebagainya.


Lot 10 Shopping Mall

lot 10 bukit bintang kl

Terletak di Bukit Bintang dan merupakan tempat membeli belah barangan luar negara berjenama yang lebih popular. Shopping mall yang menempakan lebih 100 lot kedai yang menjual barangan dan fesyen kelas pertengahan dan high end.


Plaza Low Yat

plaza low yat kuala lumpur

Sebuah kompleks bangunan yang popular di Kuala Lumpur yang menawarkan gajet-gajet elektronik samaada aksesori komputer, kamera, smart phone dan sebagainya.


Central Market

central markat pasar seni kuala lumpur

Ada dikalangan kita yang lebih mengenali destinasi ini sebagai Pasar Seni atau mungkin CM sahaja. Central Market menjadi tumpuan pelancong kerana di sinilah tempat yang sangat ideal untuk dilawati sekiranya anda seorang penggemar barangan kraftangan dan seni tempatan. Selain membeli hasil karya yang ada di sini pengunjung juga boleh cuci-cuci mata dengan produk unik yang ada di sini.


Destinasi membeli barangan secara borong

Tempat membeli belah yang popular di Kuala Lumpur untuk mereka yang nak memborong barangan baik untuk berniaga ataupun untuk kegunaan sendiri pada harga yang lebih murah. Kebiasaanya makin banyak kuantiti yang dibeli atau diborong secara pukal, maka lebih murah harga per unit yang anda akan dapat.


Plaza GM KL

plaza gm kuala lumpur

Bagi peniaga-peniaga kecil atau runcit tidak kira samaada offline atau online, GM KL merupakan satu destinasi memborong barangan yang sangat popular di Kuala Lumpur. Di sini anda boleh membeli barangan secara pukal dengan harga yang murah. Pelbagai jenis produk yang ada di sini baik tuala mandi, aksesori wanita, beg tangan, alat mainan kanak-kanak dan sebagainya. Majoriti baranga adalah diimport dari negara China.


Kenanga Wholesale City

kenanga wholesale city mall kl

Sekiranya anda nak memborong pakaian dalam suasana yang lebih sejuk dan berhawa dingin, apa kata ke sini. Di sini juga mempunyai pelbagai lot-lot kedai yang menawarkan pakaian-pakaian samaada untuk kanak-kanak atau wanita pada harga yang lebih murah kalau membeli secara pukal. Kebanyakan barangan adalah diimport dari China, Thailand, Indonesia dan juga Korea Selatan. Kalau anda berniaga pakaian, jenguk-jenguklah destinasi ini.


Pasar, bazar dan ‘uptown’

Destinasi-destinasi untuk membeli belah yang dianggap merupakan sebuah bazar, pasar ataupun juga sinonim dengan panggilan uptown/ downtown di Kuala Lumpur. Kebiasaannya destinasi sebegini di KL lebih meriah pada waktu malam.


Chinatown di Petaling Street

petaling street shopping kl

Kalau di Kelantan terkenal dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh, di Kuala Lumpur pula terkenal dengan Chinatown atau juga dikenali dengan Uptown Petaling Street. Di sini anda boleh membeli barangan di gerai-gerai pasar malam seperti jam, jersey, kasut dan sebagainya pada harga yang sangat-sangat mampu milik. Namun jangan anggap kualitinya sama seperti barangan berjenama yang original.


Jalan Masjid India

tempat membeli belah di kl best

Kalau sebut saja pasal pasar, Jalan Masjid India merupakan satu destinasi yang sangat popular di kalangan warga kota. Ada juga yang mengenali destinasi ini sebagai Masjid Jamek walaupun pada geografinya pasar ini terletak lebih dekat dengan Masjid India. Jadi, kalau anda nak mencari pakaian, tudung-tudung, kain, beg, jam dan sebagianya, bolehlah cuci-cuci mata di sini. Setiap kali musim raya, memang sangat meriah terutamanya pada penghujung puasa kerana jualan lelong penghabisan stok akan bermula.


Pasar Malam Jalan TAR

tempat shopping kl best

Satu lagi destinasi ala bazar atau uptown yang popular di Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai pilihan untuk anda membeli kain, tudung, baju wanita, baju melayu dan sebagainya. Seperti juga di Jalan Masjid India, destinasi ini memang sesak dengan kunjungan orang pada bulan Ramadhan.


Jalan Pasar Pudu

tempat menarik di kl shoppingtempat menarik di kl shopping

Sekiranya anda seorang yang gemarkan barangan elektronik, apa kata ke Jalan Pasar Pudu yang menempatkan deretan kedai-kedai elektronik yang sangat banyak. Antara barangan yang boleh anda cari di sini adalah lampu-lampu LED, aksesori speaker, sub woofer, dvd player, remote control, aksesori aircond, alat mainan kanak-kanak, aksesori vape dan sebagainya.


Pasar Chow Kit

Pasar Chow Kit kuala lumpur

Bagi kita orang tempatan terutamanya dari kampung, mungkin destinasi ini biasa-biasa sahaja dan bukannya sesuatu yang baru. Namun bagi kalangan pelancong luar, destinasi ini agak popular kerana mereka ingin melihat sendiri cara-cara berniaga dan produk basah dan kering yang ada di sini. Rata-rata peniaga di sini adalah berbilang bangsa baik orang Melayu, Cina mahupun India.


Semoga senarai tempat shopping dan membeli belah di Kuala Lumpur seperti di atas akan membantu anda mencari destinasi yang tepat untuk cuci cuci mata kelak. Wassalam.

4.5/5 - (20 votes)

Anda Mungkin Berminat

Zoo & Taman Haiwan di Kuala Lumpur

Bagi yang inginkan aktiviti melihat binatang atau haiwan yang unik ketika melancong ke Kuala Lumpur, di sini menawarkan beberapa destinasi menarik yang boleh dilawati. Salah...

12 Destinasi Menarik di Kuala Lumpur yang PERCUMA untuk dilawati

Tanggapan yang salah yang sering diletakkan kalau bercuti ke Kuala Lumpur adalah kos yang tinggi yang perlu dibelanjakan seperti harga tiket masuk yang mahal dan sebagainya....

8 ‘Hotspot’ Kedai Mamak di Kuala Lumpur Anda Patut Cuba!

Kedai mamak merupakan salah satu ‘port’ lepak terbaik yang sering menjadi pilihan orang ramai. Hal ini kerana suasananya yang menarik dan santai. Sebut sahaja...

Muzium & Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kaya dengan tarikan bersejarah yang sangat banyak bahkan mungkin lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain di Malaysia. Di bawah merupakan kesemua tempat...

12 Tempat Makan “Nature” di KL & Selangor

Mencari tempat-tempat best untuk lepak-lepak dan makan-makan memang mudah di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Selain mempunyai banyak tempat hiking, KL & Selangor juga...

10 Homestay di Kuala Lumpur yang Selesa untuk Didiami

Bila sebut saja cuti sekolah, perkara pertama yang hadir dalam kepala mestilah nak bercuti bawa family, saudara mara atau rakan-rakan berjalan. Tapi, persoalan pertama...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Norhayati
Norhayati
6 years ago

baju raya 2018

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x