Top 10 Tempat Makan yg Best di Ampang

Anda sedang mencari tempat makan best dekat Ampang? Anda wajib tengok tempat tempat makan di Ampang yang disenaraikan dibawah. Terdapat banyak pilihan masakan daripada Melayu, Arab, Western hinggalah Korea pun ada. Semestinya tempat tempat makan ini mendapat rating yang tinggi dan ulasan yang terbaik daripada pelanggannya. Anda pasti tidak akan menyesal untuk mencuba makanan yang disenaraikan.

JOM Makan!


1. Sweetree Restaurant @ Taman Putra Sulaiman

SWEETREE RESTAURANT

Annyeonghaseyo! Asyik tengok kdrama sampai craving makanan-makanan Korea? Anda tidak perlu ke Korea kerana anda boleh dapatkan rasa yang ‘authentic’ Korea di Sweetree Restaurant Ampang. Halal ke? Jangan risau kerana restoran ini mempunyai sijil halal daripada JAKIM. Sweetree Restaurant merupakan salah satu restoran Korea yang terkenal di Ampang. Mereka menyajikan pelbagai jenis makanan Korea yang popular seperi Kimchi Jjigae, Sundubu Jjigae, Bulgogi Kimbap, Toppoki, Bibimbap, dan banyak lagi.

Restoran ini juga menawarkan ‘Premium Korean BBQ’ iaitu barbeku versi orang Korea. Anda boleh memilih sama ada minimum satu hidangan set atau dua hidangan BBQ. Walaupun anda memesan ‘Premium Korean BBQ’, anda juga boleh menambah pesanan daripada ala carte menu. Tidak lupa juga, bangchan (korean side dishes) akan diberikan secara percuma jika anda memesan makanan di restoran ini. Hidangan pencuci mulut yang terkenal di Korea seperti bingu dan ‘street food’ seperti hotteok juga ada disediakan.

Harganya pula berpatutan dan berbaloi untuk kita cuba kerana portionnya yang besar. Waktu operasi restoran ini pula ialah pada pukul 11:30 pagi hingga 9:00 malam dan dibuka setiap hari. Akan tetapi, jika anda datang ketika waktu puncak, anda perlu beratur untuk mendapatkan tempat duduk, jadi anda disarankan untuk membuat tempahan lebih awal untuk makan di restoran ini. Apa tunggu lagi? Pergi serbu beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Alamat: L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0172821550


2. Kay’s Steak & Lobster @ Liberty Arc, Ampang

KAY'S STEAK AND LOBSTER

Mendengar namanya sahaja kita sudah tahu bahawa hidangan utama yang disajikan di restoran ini adalah steak dan lobster. Restoran yang beroperasi hampir separuh dekad di Ampang ini mementingkan kepuasan pelanggan-pelanggannya. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan lain tetapi salah satunya adalah di Ampang. Walaupun harganya agak mahal, tetapi ianya sangat berbaloi untuk kita cuba kerana restoran ini menggunakan daging-daging premium, makanan laut yang segar dan bahan-bahan yang berkualiti.

Disebabkan dekorasinya yang cantik dan suasana yang selesa, tempat makan Ampang ini sangat sesuai jika anda ingin membuat sambutan harijadi, anniversary, casual meeting dan gathering bersama keluarga dan rakan-rakan. Kay’s menawarkan anda juicy Australian steaks di mana anda boleh memilih potongan bahagian-bahagian tertentu seperti Striploin, Ribeye, Porterhouse dan Tomahawk grain-fed, Black Angus dan Wagyu grades. Tambahan pula, hidangan-hidangan disini dimasak oleh pakar yang mahir dalam bidang ini.

Selain itu, hidangan istimewa lain yang ada di sini ialah Lobster Thermidor iaitu lobster yang dimasak menggunakan teknik kulinari French. Semestinya anda akan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan disini. Sementara itu, restoran ini juga menyajikan appetizers seperti soups dan salads dan hidangan pencuci mulut seperti Mango Cheesecake. Tidak perlu berfikir panjang, anda wajar datang ke sini untuk merasai sendiri hidangan-hidangan premium ini.

Alamat: B3-7, Arc @ Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay, 68000 Ampang, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0340655127


3. Soru Station @ Bandar Baru Ampang

SORU STATION

Mempunyai beberapa cawangan lain, Soru Station, Ampang merupakan restoran yang menyediakan ‘western cuisines’ tetapi dengan rasa yang diolah sesuai dengan tekak orang Asia. Restoran ini menjadi pilihan pelanggan kerana harganya yang murah, makanan yang sedap dan perkhidmatan yang pantas. Jika anda datang ke sini, anda hanya perlu memesan makanan menggunakan QR dan bayar melalui online sahaja.

Restoran ini mempunyai suasana yang selesa dan santai jadi ianya sesuai untuk anda yang ingin makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Dekorasi dalamannya juga agak cantik dan menarik. Mereka juga menerima tempahan awal jika anda ingin makan disini. Tambahan pula, kepada mereka yang menggunakan wheelchairs juga boleh datang ke sini kerana pintu masuknya mudah diakses. Jika anda selalu lapar pada waktu tengah malam, anda wajib singgah di sini kerana mereka menyediakan pelbagai jenis makanan tengah malam.

Selain itu, mereka juga mempunyai menu kanak-kanak iaitu makanan yang berportion kecil jadi restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin datang bersama anak-anak kecil. Kepada mereka yang teringin untuk mencuba makanan dia Soru Station Ampang, restoran ini dibuka pada pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan tutup pada hari isnin. Restoran ini juga sesuai dijadikan port lepak kerana dibuka sehingga 12 tengah malam. Anda harus datang beramai-ramai jika anda ingin suasana yang santai dan makan makanan yang sedap-sedap. 

Alamat: 1, Jalan Wawasan 4/4, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0105547701


4. Qasar Balqis Restaurant @ Jalan Ampang

QASAR BALQIS RESTAURANT

Anda sudah bosan dengan makanan Melayu? Ingin mencuba sesuatu yang baru atau anda peminat makanan-makanan Arab? Anda wajar datang ke Qasar Balqis Restaurant di Ampang kerana mereka merupakan salah satu restoran yang menyajikan makanan-makanan dengan rasa yang authentic dari timur tengah. Restoran yang memiliki suasana yang relax dan tenang ini terletak di Ampang, Selangor.

Qasar Balqis Restaurant menawarkan pelbagai jenis makanan seperti soups, appetizers, BBQ, main dishes, seafood, minuman seperti fresh juice dan pencuci mulut daripada timur tengah pastinya dapat memberi kepuasan kepada anda. Anda tidak perlu risau dengan rasa makanan-makanan di sini kerana herba-herba yang digunakan adalah diimport dari luar negara dan menggunakan herba-herba yang terpilih.

Restoran ini juga sesuai dipilih sebagai tempat untuk gathering bersama keluarga dan rakan-rakan kerana tempatnya yang luas dan selesa. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 2 pagi. Dengan harga yang berpatutan dan portion yang banyak, anda pasti tidak akan menyesal untuk datang ke sini lagi. 

Alamat: Jalan 5, 498, Jln Ampang, Batu 4 1, 68000 Ampang, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0342668681


5. 28 Fireplace @ Desa Pahlawan

28 FIREPLACE

Jika anda mencari cafe yang menyediakan English breakfast atau brunch, disinilah tempatnya. Dekorasi cafe yang moden dan aesthetic merupakan salah satu daya tarikan yang ada di cafe ini. Suasananya pula sangat selesa dan sesuai untuk mereka yang suka untuk bergambar. 

Cafe yang terletak di Ampang ini menyediakan makanan seperti pasta, noodles, burgers, salads, grains, waffles, desserts, pastries and coffee. Antara hidangan yang popular untuk breakfast ialah The Biggie, The Morning Bagel dan French Toast. Selain itu, hidangan lain yang ada disini ialah Merguez and Mushroom Carbonara, BBQ Pulled Beef Sandwich dan Super Q Salad. Antara hidangan pencuci mulut yang disediakan disini pula ialah Pandan Gula Cheesecake, Peanut Butter Chocolate Cake, dan Tiramisu.

Mendengar nama-nama hidangannya sahaja sudah membuat kita kecur air liur, apatah lagi kita mencuba sendiri makanan-makanan disini. 28 Fireplace merupakan tempat yang sesuai jika anda ingin makan bersama keluarga, rakan-rakan mahupun pasangan anda. Restoran ini belum mendapat sijil halal, akan tetapi mereka tidak menghidangkan porks mahupun alkohol. Jika anda berhasrat untuk mencuba makanan di sini, cafe ini dibuka setiap hari pada pukul 8 pagi hingga 6 petang. 

Alamat: 28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0102817328


6. b.station @ Jalan Ampang Utama

B.STATION

Kepada peminat-peminat makanan Korea, anda wajib datang ke restaurant b.station. Restoran yang terletak di Ampang ini merupakan restoran Korea yang menyediakan makanan-makanan authentic Korea yang menjadi kegemaran semua. Antara menu yang disediakan disini ialah Korean Fried Chicken, Kimchi Fried Rice, Doenjang Jjigae, Jjajangmyun, Tteokbokki, Ramen, Gimbap, Bibimbap, Jjampong dan banyak lagi.

Restoran ini juga mempunyai dekorasi yang menarik dan cantik dengan suasana yang nyaman. Ianya juga amat sesuai untuk dijadikan tempat untuk kita makan bersama pasangan, keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, sementara menunggu makanan anda siap, restoran ini juga menyediakan mini library iaitu pelanggan boleh membaca buku dan komik yang ada di rak.

Kepada mereka yang berhasrat untuk mencuba makanan Korea, anda boleh datang ke b.station pada pukul 11:30 pagi hingga 10 malam dan dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Anda juga boleh membuat tempahan awal sebelum anda datang ke sini. Jadi, apa tunggu lagi? Anda wajib singgah disini jika anda peminat makanan Korea. 

Alamat: C14-1 Jalan Ampang Utama 1/1 68000 Ampang, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0162010124


7. Nasi Kak Wok Cikgu Sue @ Taman Dato Ahmad Razali

tempat makan ampang NASI KAK WOK CIKGU SUE

Nasi Kak Wok Cikgu Sue yang terletak di Ampang ini merupakan kedai makan yang menyajikan makanan-makanan dari pantai timur. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7:30 pagi hingga pukul 8 malam. Salah satu menu yang popular disini ialah Nasi Kak Wok iaitu beras putih tempatan yang dicampur dengan beras wangi Thailand, ayam goreng kunyit, kuah kari dan sambal istimewa.

Resepi Nasi Kak Wok ini telah dipelajari daripada Kak Wok oleh Cikgu Sue sendiri lebih 10 tahun yang lalu di Kota Bharu, Kelantan dan sekarang ianya merupakan menu signature disini. Selain daripada itu, menu lain yang disajikan disini adalah Nasi Dagang Terengganu, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Mee Goreng Daging, Nasi Daging Harimau Menangis dan banyak lagi. Terdapat juga pelbagai jenis lauk masakan Melayu seperti Asam pedas, Singgang Ikan, Gulai Ikan Tongkol, Ikan Bakar, Daging Bakar dan banyak lagi.

Tambahan pula, selain daripada hidangan lauk pauk, kedai makan ini juga menyajikan pelbagai jenis kuih-muih orang Melayu seperti Tepung Pelita, Kuih Peria dan pelbagai jenis hidangan pencuci mulut seperti puding karamel dan banyak lagi. Kepada mereka teringin nak makan tapi jauh, Nasi Kak Wok Cikgu Sue juga menyediakan servis penghantaran makanan. Jadi, tiada alasan lagi untuk anda tidak mencuba Nasi Kak Wok. 

Alamat: Jalan Kolam Air Lama, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0193236042


8. Me’nate Steak House @ Taman Shuet Liang

tempat makan ampang ME'NATE STEAK HOUSE

Mendengar namanya saja kita dah tahu bahawa menu utama yang disajikan disini ialah steak. Me’nate Steak House merupakan restoran yang menyajikan hidangan steak yang boleh dipilih oleh pelanggan sendiri mengikut kesesuaian bajet pelanggan. Terdapat beberapa jenis daging yang disediakan disini seperti Japanese Wagyu, The Black Angus, US Corn Feed Angus, The Grain Feed, The Organic Beef, The Grass Fed dan The Lamb. Antara hidangan lain yang disediakan disini pula ialah pasta, pizza, salad, lobster & seafood, burgers, salmon, seabass, sandwiches, desserts dan banyak lagi.

Selain itu, mereka juga menyediakan kid’s menu iaitu portion hidangan untuk kanak-kanak, jadi sangat sesuai untuk anda datang ke restoran ini bersama anak-anak. Tambahan pula, restoran ini juga menawarkan set hidangan kumpulan iaitu set hidangan yang boleh dimakan untuk 5-6 orang jadi memang sangat berbaloi dan jimat. Oleh itu, anda boleh datang beramai-ramai bersama rakan-rakan disini.

Me’nate Steak House mempunyai 9 cawangan lain tetapi salah satunya terletak di Ampang. Jika anda berminat untuk datang ke sini, restoran ini dibuka setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Anda tidak perlu risau kerana mereka sentiasa menjanjikan kepuasan pelanggan-pelanggan mereka. 

Alamat: 16, Jalan Kerja Air Lama 1, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang, Selangor

Menu | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0342652445


9. Restoran Beriani Ipoh @ Ampang Jaya

tempat makan ampang BERIANI IPOH

Anda teringin makan nasi beriani tapi tak tahu kedai makan mana yang sedap? Anda wajib datang ke Restoran Beriani Ipoh yang terletak di Ampang Jaya ini kerana mereka menyediakan nasi beriani yang akan membuatkan anda datang lagi kesini. Restoran Beriani Ipoh menawarkan beberapa jenis lauk yang boleh dimakan bersama nasi beriani seperti Kari Kambing, Kurma Kambing, Daging Masala, Ayam Madras, Ayam Merah, Ayam Ros, dan Ayam Goreng. Untuk mereka yang tidak meminati nasi beriani anda tidak perlu risau kerana mereka juga menyediakan Nasi Tomato yang boleh dimakan bersama lauk yang sama.

Selain itu, mereka juga ada menyediakan menu masakan panas seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Ayam, Mee Goreng Mamak, Bihun Goreng, Kuey Teow Goreng dan banyak lagi. Restoran ini juga menerima tempahan untuk wedding catering, penghantaran makanan dan catering services. Untuk anda yang ingin mencuba Nasi Beriani yang terbaik di Ampang ini, restoran ini dibuka pada pukul 9 pagi hingga 10 malam dan dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. 

Alamat: 1, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0106506786


10. Naili’s Place @ Taman Dato Ahmad Razali

tempat makan ampang NAILI'S PLACE

Kalau anda datang ke Naili’s Place, anda pasti rambang mata dan tak tau nak makan apa sebab menu yang ditawarkan kepada pelanggan sangat banyak daripada masakan Melayu, western delight, pasta, sizzlings, salads, desserts dan banyak lagi. Restoran ini beroperasi setiap hari pada pukul 3 petang hingga 12 malam dan tutup pada hari Isnin. Disebabkan restoran ini dibuka sehingga 12 malam, jadi ianya amat sesuai untuk anda yang selalu lapar pada waktu tengah malam. Walaupun Naili’s Place menyajikan pelbagai jenis hidangan anda pasti berpuas hati dengan rasanya dan akan datang lagi kesini.

Kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menggunakan kerusi roda, atau pengguna kerusi roda anda tidak perlu risau kerana restoran ini daripada pintu masuk, tempat duduk mahupun pintu parkirnya mudah diakses oleh kerusi roda. Tambahan pula, restoran ini juga menerima tempahan awal, jadi anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai tempat duduk. Restoran ini juga sesuai jika anda ingin datang bersama keluarga kerana suasananya yang mesra keluarga. Jadi, apa tunggu lagi? Anda wajar membawa keluarga dan rakan-rakan makan disini. 

Alamat: 39, Jln Mamanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor

Menu | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0342657165


4.7/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x