Isi Kandungan
Bila sebut sahaja tentang Nilai di Negeri Sembilan, perkara pertama yang anda teringat mesti aktiviti membeli-belahnya bukan? Tahukah anda Nilai juga merupakan syurga untuk Malaysian foodhunters tegar yang gemar mencuba makanan baru? Sudah penat membeli-belah, marilah kita singgah mencari makanan yang sedap-sedap pula di Nilai. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
Kami ingin mencabar semua foodhunters di Malaysia ini untuk cuba restoran dan kedai makan yang sangat disyorkan oleh penduduk-penduduk di Nilai ini! Inilah saatnya untuk anda merasa air tangan orang Negeri Sembilan yang sangat terkenal dengan tahap kepedasan luar biasa mereka.
Di sini kami senaraikan 9 restoran dan kedai makan terbaik di Nilai, Negeri Sembilan yang semestinya dapat memenuhi citarasa anda pada harga yang berpatutan.
Kedai Makan Best Di Nilai
1. Butik Roti Maria
Butik Roti Maria adalah syurga untuk penggemar piza dan pastri! Butik Roti Maria ini bukan seperti kedai roti yang lain, kerana mereka mengamalkan konsep makan sambil bersantai di tepi sungai. Kedudukannya yang strategik membolehkan anda untuk memilih samada anda ingin makan di ruang makan yang disediakan, di tepi sungai sambil menikmati pemandangan alam semulajadi, di dalam khemah (khas untuk pengunjung Butik Roti Maria sahaja) ataupun bersebelahan dengan air terjun atas bukit! Bestnya kalau dapat menikmati waktu–waktu ini bersama keluarga dan insan tersayang, jauh dari kesibukan di bandar. Anak-anak anda juga dialu-alukan untuk mandi sungai sambil anda menjamu selera di situ. Inilah salah satu kemudahan yang disediakan oleh Butik Roti Maria khas untuk pelanggannya.
Selain daripada piza dan pastri, Butik Roti Maria juga menyajikan hidangan seperti Makanan Melayu dan Jawa – Nasi Lemak Rendang Ayam, Lontong Jawa Nismilan Maria, Tempe Mbah Lanang Salted Egg dan banyak lagi. Pastri-pastri yang dijual pula antaranya adalah pelbagai jenis Artisan Bun, Cinnamon Roll, Golden Pillow Bread, Carrot Cheese Cake dan Pandan sponge cake dan sebagainya.
Alamat: Roti Maria, Lot 2861, Kampung Sungai Mahang, 71700 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 11.00am – 6.30pm, Isnin & Selasa tutup
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-4212426
2. Nasi Kandar Lawood
Anda pencinta nasi kandar sejati? Inilah tempat yang wajib anda kunjungi setelah selesai shopping di Nilai 1 & Nilai 3. Amaran keras: Jika anda berhasrat untuk menjamah Nasi Kandar Lawood yang ikonik ini sebagai makanan tengahari anda, kami syorkan anda untuk pergi awal kerana jika lambat sedikit, maka anda beratur panjang la nampaknya. Kedai Nasi Kandar Lawood ini dikatakan sebagai kedai Nasi Kandar yang paling mantap di Nilai dan Sepang. Tunggu apa lagi, jom pakat serbu!
Ayam goreng mereka digoreng rangup namun masih dikekalkan kelembutan dari dalam. Telur ikan pun ada, digabungkan pula dengan kuah pekat dan sayur campur yang padu. Memang tak rugi jika datang singgah sini beramai-ramai selepas menghantar sanak saudara ke KLIA.
Alamat: Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 10.30 am – 5.30pm setiap hari
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-8503330
3. Restoren Dapur Melaka
Restoran Dapur Melaka menyediakan pelbagai juadah Selera Kampung, Indonesia dan Pantai Timur yang menepati citarasa lokal rakyat tempatan. Restoran ini terkenal dengan masakan Asam Pedas Asli Melaka dalam kalangan penduduk tempatan. Pengunjung dan penduduk di Nilai tidak perlu pergi jauh untuk menikmati juadah tradisional Melaka ini. Penggemar daging tetel juga dialu-alukan untuk datang mencuba hidangan mereka yang semestinya berbaloi untuk ditambah sehingga dua kali. Mulakan hari anda dengan breakfast Roti Sarang Burung di sini, pekena ikan bakar pula pada tengah hari. Anda boleh pilih Ikan Bakar Cencaru ataupun Ikan Bakar Kembung, cicah pula dengan air asam memang sangat menaikkan selera makan.
Restoran Dapur Melaka beroperasi seawal 7 pagi lagi dan menyediakan pelbagai roti dan kuih-muih untuk pelanggannya. Makanan di restoran ini mengingatkan suasana kampung halaman yang agak sukar untuk didapati di kawasan bandar. Best, bukan?
Alamat: PT7483 Tingkat Bawah Jalan 1/1C Putra Point Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari 7.00am – 4.00pm, Isnin tutup.
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
4. Zeel Cafe Nilai Impian
Tak lengkaplah pengembaraan foodhunting anda tanpa makanan barat dari Zeel Cafe ni! Wah tengok Lamb Chop ni pun dah terkecur air liur. Zeel Cafe ni boleh dikatakan tempat makan best di Nilai, terletak di Sentral Baazar dan juga merupakan tempat yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga mahupun teman. Keistimewaan mereka adalah Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Masak Lemak Cili Api, Nasi Ayam Ganja, Chicken Butter Rice, Spaghetti, malah burger pun ada! Menu di restoran ini cukup beraneka, boleh buat anda rambang mata! Awas, nanti jatuh cinta pula. Bukan itu sahaja, mereka juga menyajikan hidangan sampingan seperti Mushroom soup, Garlic Bread, French fries, Onion Rings dan juga Meatball.
Alamat: C-GD-05 & C-GD-06, Sentral Bazaar, Jalan Mekanikal, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Waktu Operasi: 12.00pm – 12.00am, Ahad tutup
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-8127909
5. Chatto
CHATTO Nilai menghidangkan kopi gourmet, teh premium, dan pencuci mulut kepada semua pencinta minuman unik di Malaysia. CHATTO berasal dari Selatan Malaysia pada tahun 2017, dan kini mempunyai lebih dari 30 cawangan di seluruh Malaysia. Selain itu, mereka juga mempunyai cawangan di Brunei dan Australia. Hebat bukan? Resepi minuman CHATTO ini tersimpan rapi dan dilindungi hakcipta terpelihara untuk mengekalkan keistimewaan minuman mereka. CHATTO juga telah berjaya mendapatkan sijil Halal pada tahun 2021, menjadikan minuman ini sesuai untuk dinikmati oleh segala lapisan masyarakat di Malaysia. Pendek kata, CHATTO adalah sangat esklusif dan premium.
Mereka bukan sahaja menghidangkan minuman, makanan pun ada. Tarikan utama mereka adalah Some K Chicken Poke yang mengandungi Korean Spicy Chicken Katsu, hirisan telur, lobak merah, broccoli, kimchi, tomato ceri dan timun. Air minuman yang paling banyak dibeli pula adalah Charcoal Pearl Organic Oolong Milk Tea. Anda harus cubanya hari ini!
Alamat: PT12936 (G), Jalan BBN 1/7D, Putra Indah, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Ahad -Khamis 11.00am – 10.00pm, Jumaat, Sabtu & Cuti Umum 11.00am – 12.00am
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 014-6939736
6. Maboro Steak House
Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan oleh semua penggemar steak yang berkunjung ke Nilai! Bukan sahaja sedap, malah mereka juga menjual pada harga yang amat berpatutan, tidak hairanlah, kedai makan ini sentiasa penuh dengan pelanggan setelah pukul 8.00 malam. Lokasinya pula betul-betul terletak di tengah Bandar Baru Nilai, menarik perhatian penduduk Sepang dan Seremban. Maboro Steak House adalah sangat popular, jika anda merancang untuk pergi bersama keluarga, wajarlah untuk anda pergi awal sikit dari waktu biasa anda makan malam di rumah. Menunya terbahagi kepada beberapa jenis– steak, fish, chicken, lamb, burger, sandwiches, rice, pasta dan juga sizzling. Antara menu bestseller yang wajib anda cuba ialah Chicken Chop, Lamb Chop dan Chicken Cheezy.
Maboro Steak House menyajikan pelbagai aneka steak yang menyelerakan antaranya ialah T-Bone Steak, Ribeye Steak, Sirloin Steak, Sizzling Steak dan Black Pepper Steak. Nasi goreng dan Sizzling juga boleh didapati di sini. Bukan itu sahaja, servis dan kebersihan di restoran ini juga adalah sangat baik.
Alamat: pt 9898, Jalan BBN 1/3h, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari 4.00pm – 11.55pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-3005340
7. Ayam Golek Dara Nilai
Pergi sekali, mesti nak lagi. Sebabnya rasa Ayam Golek Dara Nilai ini betul-betul menyentuh jiwa dan memenuhi citarasa kebanyakan masyarakat Malaysia. Lokasi Kedai Ayam Golek Dara ini bertempat di Jalan Nilai menuju ke Seremban dan kedai ini berada bersebelahan dengan jalan besar, dibuka pada waktu petang sehinggalah malam. Menu istimewa di kedai makan ini semestinyalah Ayam Golek Dara mereka, tetapi mereka juga ada menjual sate, char kuey teow dan juga nasi lemak ayam golek. Jadi bolehlah anda bawa keluarga makan beramai-ramai disini. Harga mereka yang berpatutan menjadi daya tarikan utama pelanggan ke kedai ini.
Ayam Golek Dara Nilai dibakar dengan sempurna, kenyal dan lembut, sehinggakan makan ayam ini bercicahkan sos saja sudah sedap. Kemanisan sambal nasi lemak pula sangatlah mantap apabila digabungkan dengan kerangupan kulit ayam padu ini. Jom, kita serbu kedai ini sekarang juga!
Alamat: 2327, 362, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 6.00pm – 11.00pm, Rabu tutup
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-6538847
Whatsapp Ayam Golek Dara Nilai
8. Dapur Arang Corner Steamboat & Grills
Asyik makan nasi goreng sahaja untuk menu makan malam. Jom tukar selera sekali-sekala, teringin juga nak cuba juadah buffet seperti steamboat & grill. Bayangkan aroma daging kambing yang dibakar panas-panas sahaja sudah buat kita terliur, jadi marilah cuba menikmati steamboat di Dapur Arang Corner Steamboat & Grills, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kedai ini mempunyai elemen lain daripada lain, mereka menyediakan dapur arang daripada dapur gas biasa. Rasa kambing dan daging yang dibakar semestinya lebih padu apabila dibakar dengan arang. Foodhunter tegar wajib untuk datang mencuba sendiri dengan keluarga. Selain dari makanan steamboat, mereka juga menhidangkan nasi pada waktu tengahari (12.00pm – 6.00pm) seperti Nasi Arab, Set Nasi Daging Harimau Menangis, Set Nasi Kambing Berdehem dan juga Set Nasi Kambing Bakar.
Ada juga disediakan Char Kuey Teow pelbagai jenis seperti Char Kuey Teow Sotong, Char Kuey Teow Udang Galah, dan Char Kuey Teow Seafood.
Alamat: Pt10013 Ground Floor Jalan, fasa 2B, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 12.30pm – 12.00am, Jumaat 6.00pm – 12.00am Isnin tutup
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-2566558
Whatsapp Dapur Arang Corner Steamboat & Grills
9. Semangkuk Batang Benar
Inilah port terbaik penduduk Nilai menikmati sarapan pagi sebelum memulakan hari mereka. Mana tidaknya, restoran ini menyajikan pelbagai juadah sarapan pagi yang menyelerakan. Keistimewaan mereka adalah mereka menjual satay ayam & satay daging di awal pagi hari untuk pelanggan yang gemarkan satay. Di Semangkuk Batang Benar juga ada dihidangkan nasi lemak, lontong, lauk paru, sotong, kacang pool, mee bandung muar gearbox kambing, sup tulang, dan udang banjir. Minuman paling ikonik mereka tidak lain tidak bukan kopi muor 434 yang juga bestseller di Semangkuk Batang Benar, Nilai. Minuman ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan kopi “piaw” yang dapat memberikan lebih banyak tenaga untuk badan.
Semangkuk Batang Benar beroperasi seawal 7 pagi sehingga 11 pagi setiap hari (kecuali hari rabu). Pada belah petang pula, roti john kambing carik menjadi pilihan ramai.
Alamat: Lot 4202, kg baru, Kampung Sungai Mahang, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari 7.00am – 11.30am, Rabu tutup
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-3515981
Whatsapp Semangkuk Batang Benar
Anda telah pun sampai ke penghujung artikel ini. Masihkah anda rasa Nilai di Negeri Sembilan hanyalah syurga untuk peminat membeli belah sahaja? Ada banyak lagi tempat dan makanan yang belum pernah dicuba yang anda boleh dapatkan di Nilai bersama rakan-rakan dan keluarga. Kami telah menyenaraikan pelbagai tempat makan menarik untuk memudahkan perjalanan foodhunting anda dari piza dan pastri, nasi kandar, makanan western, air minuman, ayam golek dara, steamboat & grills, dan banyak lagi makanan melayu mengikut kesesuaian citarasa anda. Marilah datang berkunjung ke Nilai untuk mencuba hidangan-hidangan menarik ini beramai-ramai. Sekali cuba air tangan orang Nilai, pasti datang lagi.