Utama Tempat Makan Best Malaysia Tempat Makan Best Perak 10 Tempat Makan di Lumut PLG FAMOUS

10 Tempat Makan di Lumut PLG FAMOUS

0
14190
10 tempat makan di Lumut plg famous
Kredit gambar: Facebook @ Kafe D'Marmalade

Lumut ialah sebuah bandar di dalam daerah Manjung dan terletak kira-kira 84 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Sebuah bandar yang terletak berhampiran dengan pantai dan mempunyai pelbagai tarikan yang menarik. Antaranya ialah Lumut menjadi satu-satunya pintu utama bagi pelancong yang ingin pergi ke Pulau Pangkor. Oleh itulah, dapat dilihat banyak kedai-kedai makan atau tempat makan di Lumut tumbuh bagaikan cendawan. Bagi anda yang akan berkunjung ke Lumut, ini adalah 10 tempat makan di Lumut yang wajib anda kunjungi.

10 Tempat Makan di Lumut yang Wajib Pergi


1. Warung Nelayan Lumut – Port Makanan Laut Terbaik di Lumut

Warung Nelayan

Warung Nelayan adalah tempat makan di Lumut yang menyediakan hidangan makanan laut yang fresh kerana kebanyakan makanan laut di sini adalah hasil tangkapan nelayan pada hari tersebut. Sampai sahaja anda di hadapan Warung Nelayan ini anda akan disambut dengan replika udang galah yang besar. Anda dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang menghijau sambil menikmati kelazatan makanan yang disediakan.

Antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan di sini ialah ikan yang dimasak dengan pelbagai cara masakan seperti ikan tiga rasa, ikan bakar, sambal atau digoreng. Tidak lupa juga Sotong Goreng Tepung yang rangup dan segar. Selain itu, terdapat juga menu makanan laut lain seperti ketam, udang, sotong dan kupang yang sangat sinonim dengan restoran ini. Bagi mereka yang tidak mahu memesan seafood, terdapat juga menu lain berasaskan ayam di sini seperti Tom Yam Ayam dan Ayam Goreng Tepung. Restoran ini bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan tetapi juga pelancong dari luar. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup memandu dari Kuala Lumpur hanya untuk merasai kemanisan dan kesegaran seafood di sini.

Alamat: Perkampungan Nelayan Batu, 1, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Setiap hari (5 petang – 11 malam)

Lokasi


2. Garden Beach Seafood

Garden Beach Seafood

Disebabkan Lumut ini berdekatan dengan laut banyak tempat makan yang menghidangkan makanan laut sebagai hidangan utama mereka. Ini termasuklah Garden Beach Seafood. Lokasinya yang terletak di tepi pantai pastinya akan memberikan pemandangan yang memukau hingga membuatkan anda terlupa akan masalah anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyaksikan keindahan matahari terbenam sambil menikmati keenakan makanan yang dihidangkan.

Restoran ini menghidangkan masakan berasaskan makanan laut yang sudah semestinya fresh dan juicy. Konsep makan di sini adalah anda tentukan sendiri makanan laut yang diinginkan dan jenis masakan yang macam mana yang anda inginkan. Anda boleh memilih samada digoreng, dibakar, masak berkuah atau celup tepung. Semuanya terpulang kepada anda untuk menentukan. Antara yang wajib anda cuba jika ke sini ialah menu Udang Lipannya. Namun, bagi yang teringin makanan western di sini juga ada menyediakan makanan western untuk anda seperti lamb shank dan spagheti bologenese.

Bagi yang datang bersama anak-anak, jangan risau di sini juga ada taman mainan untuk kanak-kanak. Makanan yang sedap, pemandangan yang cantik, servis tip top dan kids friendly, sudah pasti anda akan kembali semula ke sini.

Alamat: A188, Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Selasa – Ahad (5 petang – 11 malam), Isnin (Tutup)

Lokasi


3. Restoran D’Warisan – Syurga Makan Tengahari di Lumut

Restoran D'Warisan

Anda mencari port makan tengahari seperti masakan yang dimasak di rumah? Kami mengesyorkan anda untuk mencuba makanan di Restoran D’Warisan. Menghidangkan menu nasi campur dan lauk pauk yang sesuai untuk santapan makan tengahari. Dari menu ikan bakar, ayam bakar, daging bakar, makanan bergoreng, ulam-ulaman, sambal belacan, kari, masak lemak cili padi, menu sayur, bihun sup dan banyak lagi menu yang boleh anda dapatkan di sini. Bukan itu sahaja, terdapat juga menu lain seperti bakso dan laksa di sini. Boleh jadi rambang mata tau!

Jika ke sini anda wajib cuba menu popular mereka iaitu Daging Danok dan kambing bakar yang  kaya dengan rasa rempah perapannya dan sangat juicy. Rugi jika anda tidak cuba! Restoran yang luas juga parking yang besar disediakan untuk kemudahan pelanggan mereka. Jadi, jangan lupa masukkan Restoran D’Warisan ke dalam itinerari percutian anda!

Alamat: 4240, Kg. Teluk Muruk, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 11 malam), Isnin (Tutup)

Lokasi


4. Sate Padang Tembak Lumut – The Best Sate in Lumut

Sate Padang Tembak

Bosanlah asyik makan seafood je bila datang ke Lumut! Sesekali nak juga tukar selerakan? Jom kami bawakan anda ke tempat makan di Lumut yang satu ini! Sate Padang Tembak Lumut! Mendengar namanya sahaja sudah dapat diteka apa menu utamanya. Semestinyalah sate! Bagi penggemar sate, ini adalah tempat wajib jika anda berkunjung ke Lumut. Di sini menghidangkan pelbagai jenis sate dengan kuah kacang yang lazat sebagai pelengkap hidangan.

One of the best sate in town“, itulah respon positif salah seorang dari pelanggannya yang pernah merasai kesedapan sate di sini. Antara sate yang boleh anda dapati di sini ialah sate ayam, daging, kambing, sate perut dan sate ikan. Rasa perapan daging sate yang menyerap hingga ke dalam menambahkan lagi kesedapan satenya. Sate yang dibakar sempurna, lembut dan juicy. Ditambah pula dengan timun, bawang dan kuah kacang yang cukup rasanya. Memang terangkat! Bagi pencinta sate jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini ok!

Alamat: 85, Jln Teluk Muruh, Kampung Padang Tembak, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Selasa – Sabtu (5 petang – 11 malam), Ahad (4.30 petang – 10 malam), Isnin (Tutup)

Lokasi


5. Horizon Garden Seri Manjung Restaurant – Chinese Food Best di Lumut

Horizon Garden Seri Manjung

Tempat makan di Lumut yang seterusnya ini adalah sebuah restoran yang menyediakan masakan cina dan Thailand yang halal. Horizon Garden Seri Manjung adalah sebuah restoran yang mendapat feedback positif dari pelanggan-pelangganya sebelum ini. Dari hidangan, layanan, harga dan tempat makan yang selesa semuanya mendapat feedback positif.

Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah menu ala carte seperti Kerabu Siakap, Kerabu Ketam Lembut, pelbagai jenis masakan berasaskan udang, tauhu dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai jenis pencuci mulut seperti Pulut Mangga, Laici Kang dan Puding Koktel. Selain menu ala carte terdapat juga menu dalam bentuk set. Ianya sesuai untuk mereka yang datang secara berkumpulan antara 2 hingga ke 8 orang. Pelbagai jenis minuman yang turut disediakan di sini dan antara minuman yang wajib anda cuba jika ke sini ialah Chinese Teanya yang popular. Very recommended!

Alamat:No. 7, 11, Persiaran Pm 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3, 32040 Seri Manjung, Perak

Waktu operasi: Setiap hari (12 tengahari – 11 malam)

Lokasi


6. Restoran Nasi Ulam Lumut Ala Thai

Restoran Nasi Ulam Lumut Ala Thai

Selain itu, tempat makan menarik di Lumut yang wajib anda pergi ialah Restoran Nasi Ulam Ala Thai. Kepakaran mereka ialah menyediakan hidangan masakan Pantai Timur dan ala Thai. Kedai ini dibuka dari waktu sarapan sehinggalah ke waktu makan malam. Kedainya yang mudah diakses dan jauh dari tempat yang sesak membuatkannya menjadi pilihan ramai pelanggan.

Antara menu menarik yang perlu anda cuba ialah untuk sarapan, Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan laksam. Untuk makan tengahari pula mereka menawarkan variasi lauk pauk ala Thai dan ala kampung yang lebih kepada menu masakan di Kelantan. Untuk makan malam pula  terdapat menu untuk pakej set dan juga terdapat menu ala carte yang lain. Selain itu, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai set Miang Pla yang menggabungkan ikan bakar dan sosnya yang pastinya membuat anda menjilat jari. Kuih muih dan juga dessert juga banyak ditawarkan di sini antaranya kuih tradisi dari Kelantan iaitu kuih Akok dan Lompat Tikam. Pelbagai menu menarik boleh anda dapati di sini. Anda perlu datang dan rasai sendiri kehebatan setiap hidangan di sini.

Alamat: Persiaran Sultan Yusuf Izzudin Shah, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Setiap hari (7.30 pagi- 2 pagi)

Lokasi


7. Kedai Roti Canai Mail Jalan Teluk Muroh

Kedai Roti Canai Mail Jalan Teluk Muroh 

Inginkan kelainan untuk makan malam anda? Jom ke Kedai Roti Canai Mail Jalan Teluk Muroh. Pada kebiasaannya roti canai dinikmati pada waktu sarapan pagi, tetapi tidak di Kedai Roti Canai Mail Jalan Teluk Muroh ini. Tempat makan di Lumut ini adalah sebuah kedai kampung yang sederhana namun menyediakan hidangan yang sangat enak.

Mereka menjadikan roti canai sebagai menu utama mereka dan dinikmati pada waktu petang dan malam. Terkenal dengan roti canai yang garing diluar lembut di dalam dipadankan pula dengan kuahnya yang pekat pasti terangkat. Terdapat 6 jenis roti canai yang boleh dipilih di sini iaitu, Roti Canai Kosong, Roti Canai Telur, Roti Canai Bawang, Roti Canai Telur Bawang, Roti Canai Tampal dan Roti Canai Sardin. Keenakannya tidak perlu dipersoalkan lagi. Pasti menjilat jari!

Demi memberikan lebih banyak pilihan makanan kepada pelanggannya, mereka juga ada menawarkan menu ala carte lain. Antaranya ialah Mee Kari, Kuew Teow Goreng, Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Biasa, Nasi Goreng Pattaya dan banyak lagi. Makanan di sini bukan sahaja sedap tetapi juga sangat murah. Sangat sesuai buat mereka yang inginkan makan malam yang sedap tapi mesra bajet.

Alamat: 439, A186, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (3.30 petang – 11.00 malam), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi


8. Restoran Faiziy Tomyam – Best Hatyai Food in Lumut

Restoran Faiziy Tomyam

Tempat makan best di Lumut yang seterusnya ini menawarkan hidangan ala Hatyai Tom Yam Seafood sebagai konsep makanan di sini. Anda tidak perlu pergi sehingga ke Hatyai untuk merasai makanan di sana. Cukup hanya ke Restoran Faizy Tomyam sudah boleh menghilangkan craving anda itu. Dengan servis pantas pasti tidak akan membuat anda menunggu lama untuk makanan anda.

Rata-rata pelanggan yang pernah ke sini menyatakan kepuasan hati mereka menikmati makanan di sini. Dengan rasanya yang enak, portion yang besar dan yang paling penting harganya mesra B40. Layanan yang terbaik dan kedai yang luas serta bersih menambahkan lagi keselesaan anda menikmati juadah di sini. Antara menu yang menjadi buah mulut ramai pelanggannya ialah Siakap Lui San di mana ikannya yang digoreng crispy dan ditaburkan di atasnya kuah yang kaya dengan rasa ramuannya. Antara menu wajib lain yang anda perlu cuba apabila ke sini ialah tomyamnya yang penuh dengan bahan-bahan di dalamnya. Pastinya akan membuat anda teringat-ingat. Sangat berbaloi!

Alamat: 47, Persiaran Venice Sutera 1, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (1.00 petang – 10.00 malam), Ahad (Tutup)

Lokasi


9. 989 Kopi – Port Ngopi di Lumut

989 Kopi

Tempat makan di Lumut yang sesuai untuk anda menikmati kopi ialah 989 Kopi yang pasti menepati citarasa anda sebagai coffee lover. Sebuah cafe yang berkonsepkan hipster cafe menawarkan pelbagai jenis kopi dan dessert yang menarik. Cafe ini terletak dekat dengan pantai pastinya sangat menenangkan. Kebanyakan menu yang ditawarkan di sini ialah berasaskan kopi dan dessert seperti kek dan scones. Bukan itu sahaja, malah di sini juga terdapat menu rakyat Malaysia iaitu nasi lemak yang juga hot menu di sini.

Antara menu kopi yang boleh anda cuba di sini ialah Rose Latte, Hazelnut Latte, Caramel Latte, Copacobana dan banyak lagi. Kopi-kopi di sini freshly brewed oleh barisan baristanya yang berpengalaman. Bagi yang datang bersama anak-anak kecil, jangan risau kerana di sini berdekatan dengan taman permainan awam yang akan memberikan peluang kepada anda untuk menikmati kopi dengan tenang sambil anak-anak menghabiskan masa mereka di taman permainan ini. Staf yang peramah dan murah dengan senyuman akan membuatkan anda terasa kedatangan anda sangat dialu-alukan. A must try cafe in Lumut!

Alamat: Bangunan Taman Bandaran, Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Rabu – Khamis & Sabtu (9 pagi – 12 tengahmalam), Jumaat (5 petang – 12 tengahmalam), Selasa (Tutup)

Lokasi


10. Kafe D’Marmalade

Kafe D'Marmalade

Tempat makan menarik di Lumut yang terakhir ialah Kafe D’Marmalade. Sebuah kafe yang menyediakan western dan local food. Terletak di kawasan yang tidak sibuk dan tidak sesak pastinya memudahkan anda untuk mencari kafe ini. Terdapat pelbagai menu western yang boleh menjadi pilihan anda sekeluarga. Antaranya ialah Lamb Chop, Chicken Chop, Burger, pasta dan banyak lagi. Tidak dilupakan juga makanan tempatan yang sangat menyelerakan seperti Nasi Goreng Ketam dan set singgang yang simple tapi padu. Portion yang besar pasti membuatkan anda kenyang sehingga tersandar. Harga pula sangat berpatutan dengan portion makanan yang besar, kualiti makanan yang terbaik dan layanan yang mesra. Bagi mereka yang sukakan ketenangan dan tidak leceh untuk mencari parking, this place is for you.

Alamat: Jln Pundut Raya 1, Kampung Tersusun Pundut, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 10.30 malam)

Lokasi


Masih pening fikir nak makan dekat mana? Tempat makan yang kami syorkan ini pasti menepati citarasa anda. Anda boleh memilih samada ingin makan makanan laut yang segar atau makanan barat yang cukup mengasyikkan atau mungkin masakan tempatan yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Yang penting rasa, kualiti dan harga memang sangat berpatutan. Jangan risau kerana kami hanya membawakan yang terbaik untuk anda. Selamat menjamu selera!

5/5 - (1 vote)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x