Isi Kandungan
Berada kira-kira 48 kilometer dari Bandaraya Ipoh, Kuala Kangsar adalah sebuah daerah yang dikenali sebagai Bandar Diraja dan terkenal dengan produk tempatannya iaitu labu sayong. Selain itu, Kuala Kangsar ialah salah sebuah daerah yang banyak meyimpan lipatan sejarah negeri Perak. Ramai pengunjung yang memilih untuk bercuti ke sini kerana tarikan sejarah dan juga tempat menarik yang terdapat di sini. Antaranya tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pengunjung apabila ke Kuala Kangsar ialah kecantikan Masjid Ubudiah, Istana Kenangan Bukit Chandan, Victoria Bridge, Galeri Sultan Azlan Shah dan banyak lagi. Bagi pengunjung yang akan berkunjung ke Kuala Kangsar berikut adalah beberapa tempat makan di Kuala Kangsar yang menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga. Tempat makan ini boleh dijadikan rujukan apabila anda berada di daerah ini kelak.
10 Tempat Makan di Kuala Kangsar yang Wajib Tahu
1. Warung Telaga Kota Lama Kiri
Warung Telaga Kota Lama Kiri ialah sebuah kedai yang menawarkan hidangan makanan yang sesuai untuk makan petang. Jika sebelum ini, banyak tempat yang dihighlightkan adalah untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Kali ini kita bawakan pula kedai makan yang sesuai untuk anda makan petang bersama keluarga. Warung terletak betul di tepi sawah padi pastinya memberikan suasana yang mendamaikan kepada setiap pelanggan yang berkunjung ke sini. Kedai makan luas dan jangan risau parking yang luas juga disediakan untuk kemudahan pelanggan.
Antara menu minum dan makan petang yang famous di sini ialah Laksa Sarang Burung yang sememangnya sangat sinonim dengan ‘orang kuale’. Menu lain yang juga mendapat sambutan hangat dari pelanggan-pelanggannya ialah bakso, mee kari, roti puri, keropok lekor cheese dan banyak lagi. Jangan lupa juga untuk mencuba ABC mereka. Minum semasa cuaca panas memang terangkat. Oleh itu, pastikan Warung Telaga Kota Lama Kiri ini menjadi tempat makan di Kuala Kangsar yang wajib anda singgahi setiap kali datang ke sini ok!
Alamat: Kampung Kuala Chempias, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Sabtu – Isnin & Rabu (2.45 petang – 7.30 malam), Selasa & Khamis (2 petang – 7.30 malam), Jumaat (Tutup)
2. Selera Anjung Pak Unggai
Sebuah restoran yang menawarkan makanan berkonsepkan nasi campur. Restoran ini terletak berdekatan dengan Universiti Sultan Azlan Shah yang menjadikannya tumpuan ramai pelajar dan selain penduduk sekitarnya. Terdapat banyak pilihan lauk pauk yang boleh anda pilih. Antaranya ialah Ayam Rendang, Pari Asam Pedas, masak Tmpoyak Patin dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga terdapat juga hidangan bergoreng seperti Nasi Goreng Ikan Rebus, Nasi Goreng Ayam Kunyit, Nasi Goreng Cili Padi dan banyak lagi.
Menjengah ke ruangan review, rata-rata pelanggannya sangat berpuas hati dengan makanan di sini. Sudahlah sedap, murah pula tu! Harga makanan di sini sangat murah berbanding dengan harga makanan di tempat yang lain. “The thing that takes me back to this place every single time has to be its excellent customer service“. Ini adalah salah satu feedback pelanggannya yang sering menjadikan Selera Anjung Pak Unggai sebagai destinasi untuk menjamu selera. Oleh itu, jangan lupa datang dan rasai sendiri keenakan makanan di sini.
Alamat: Jalan USAS, Taman Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Isnin – Khamis (7 pagi – 10.30 malam), Jumaat (7 pagi – 3 petang ) & Ahad (3 petang – 10.30 malam)
3. The Pejoi’s Cafe – Syurga Makanan Barat di Kuala Kangsar
Bagi yang tercari-cari makanan barat yang menarik dan sedap, jom ke Pejoi’s Cafe yang terkenal dengan western foodnya. Dengan slogannya “Delight in Every Bite” sudah cukup untuk menggambarkan kesedapan pada setiap makanan yang disediakan di sini. Tempat makan di Kuala Kangsar yang satu ini menawarkan makanan barat yang cukup memukau rasanya. Hiasan dalaman di restoran ini berkonsepkan tema klasik dan sejarah berkenaan Kuala Kangsar. Bagi pelanggan yang beragama Islam, terdapat surau disediakan untuk kemudahan anda.
Antara menu yang disediakan di sini ialah Lamb Grill, Chicken Chop, Spagheti Meatball Bolognese dan banyak lagi. Selain, menu western, terdapat juga masakan tempatan yang turut menjadi kegemaran ramai pelanggannya seperti pelbagai jenis nasi goreng yang boleh anda pilih. Anda pasti akan berpuas hati dengan setiap makanan yang di pesan. Dengan plating makanan yang cantik, kebersihan yang terjaga dan ditambah pula dengan servis yang mantap dari pekerja-pekerja mereka pasti akan menjadikan restoran ini sebagai salah satu tempat favourite anda untuk menjamu selera di Kuala Kangsar.
Alamat: 127, Persiaran Prima 2, Kuala Kangsar Prima, 33010 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Rabu – Isnin (3 petang – 11 malam), Selasa (Tutup)
4. Mee Kicap Am – Port Breakfast Best di Kuala Kangsar
Port untuk sarapan di Kuala Kangsar? Jawapannya ada pada Mee Kicap Am. Melihat pada nama kedainya sahaja sudah dapat diagak apakah menu signature kedai ini. Semestinyalah Mee Kicap yang membuatkan ramai pelanggannya termimpi-mimpi akan kelazatannya. Sebuah kedai yang sederhana namun menyediakan hidangan Mee Kicap yang cukup padu dan mantap. Selain Wantan Mee Kicapnya yang menjadi bualan ramai, kedai yang menyediakan menu sarapan ini juga turut menawarkan banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba. Antaranya ialah Mee Kari, Nasi Lemak, Bakso, Bihun Sup dan banyak lagi. Cubalah! Anda pasti tidak menyesal!
Alamat: Jalan Sultan Idris, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Rabu – Isnin (7 pagi – 1 petang), Selasa (Tutup)
5. Selera Kampung Bendang Panjang
Selera Kampung Bendang Panjang ialah sebuah kedai yang menyediakan pelbagai makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan petang. Sebuah kedai yang di bina di dalam sebuah kebun getah pastinya memberikan suasana yang sejuk dan tenang kerana dikelilingi dengan pokok getah yang menghijau. Terdapat tempat letak kenderaan yang luas dan taman permainan yang disediakan untuk kanak-kanak. Ini bertujuan untuk memudahkan pelanggan yang datang bersama anak kecil supaya dapat makan dengan tenang.
Terdapat pelbagai menu yang ada di sini. Anda boleh memesan Roti Goyang, Roti Canai dan Nasi Lemak untuk sarapan. Manakala, untuk makan tengahari anda akan dihidangkan dengan deretan pelbagai jenis menu lauk pauk untuk nasi campur. Menjelang waktu petang pula terdapat pelbagai jenis menu nasi goreng, western dan juga sizzling. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai jenis air buah, smoothies dan dessert sebagai pemanis mulut anda. Banyak bukan? Jadi, Warung Kampung Bendang Panjang ini sangat sesuai sekiranya dijadikan sebagai one stop center bagi anda yang tidak mahu pening untuk memilih tempat makan setiap kali menjelang waktu makan.
Alamat: Jln Sultan Iskandar Shah, Kampung Bendang Panjang, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Sabtu – Rabu (7 pagi – 5 petang), Khamis & Jumaat (Tutup)
6. Chor Char Kuey Teow Kuale – The Best Char Kuey Teow di Kuala Kangsar
Char Kuey Teow adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja Melayu malah turut disukai oleh semua kaum di Malaysia. Jika anda berkunjung ke Kuala Kangsar, kami mengesyorkan anda untuk ke Chor Char Kuey Teow Kuale yang memang sangat popular di Kuala Kangsar. Di sini terdapat 12 jenis Char Kuey Teow yang boleh anda pilih. Antara Char Kuey Teow yang menjadi bualan pelanggan di sini ialah Char Kuey Teow Kambing Grill. Char Kuey Teow lain yang boleh anda dipilih apabila ke sini ialah Char Kuey Teow Ayam Grill, Char Kuey Teow Meatball dan Char Kuey Teow Udang. Selain Char Kuey Teow terdapat juga menu lain iaitu western foodnya iaitu Chicken Chop, Lamb Chop dan Meatball Cheese.
Jangan lupa juga untuk merasai menu air special mereka iaitu Laici Lemon Selasih dan Laici Limau Selasih. Pelanggan-pelanggan yang pernah ke sini, kebanyakan memberikan feedback yang positif kepada mereka. Servis yang pantas, harga yang berpatutan dan rasa yang sedap membuatkan ramai yang akan kembali semula ke sini untuk char kuey teownya. Oleh itu, bagi peminat tegar char kuey teow jangan lupa serbu Chor Char Kuey Teow dan rasai kehebatan char kuey teownya.
Alamat: Persiaran Bendahara, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Rabu – Isnin (7.30 pagi-2.30 petang; 4.30 petang – 11.30 malam), Selasa (Tutup)
7. Restoran Talam – Makan Cara Kampung di Kuala Kangsar
Ingin merasai masakan kampung yang dihidang dalam talam seperti zaman dahulu? Restoran Talam akan membawa anda mengimbau semula zaman makanan dihidang di dalam talam. Restoran yang diasaskan oleh beberapa orang anak muda ini menjadikan rumah kayu 2 tingkat dengan rekabentuk rumah kampung sebagai tempat mereka beroperasi. Ini menambahkan lagi vibe seperti makan di kampung.
Antara menu yang sering meniti di bibir pelanggan-pelanggan mereka ialah Set Petangni, Set Tempoyak, Set Kari Bawal dan Set Asam Pedas. Setiap set-set ini didatangkan dengan masakan berkuah sebagai menu utama. Manakala, menu sampingannya adalah sama iaitu ayam goreng, sambal belacan, ulam-ulaman, kerabu, ikan masin, nasi dan air. Set-set sesuai untuk 3 hingga 4 orang makan. Selain itu, terdapat juga menu ala carte sekiranya anda datang seorang atau berdua. Yang paling penting semuanya sedap. Kesemua menu-menu di sini dihidangkan di dalam talam persis seperti hidangan semasa majlis perkahwinan dulu-dulu. Sangat mengimbau kenangan! Tempat makan pula anda boleh memilih samada ingin makan di dalam rumah, bawah rumah atau di bawah pokok. Menarik bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk makan di sini sekiranya anda datang ke Kuala Kangsar ini.
Alamat: Konsortium Akademi Memandu Infosystem, Jalan Besar Utara Selatan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10.30 pagi – 3 petang), Jumaat (Tutup)
8. Laksa Pokok Limau
Tidak lengkap rasanya jika datang ke Kuala Kangsar jika tidak merasa Laksa Sarang Burung di sini. Laksa Pokok Limau ialah sebuah kedai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan yang sesuai untuk dinikmati samada makan tengahari mahupun makan petang. Seperti biasa, menu wajib di sini semestinyalah Laksa Sarang Burung yang sememangnya sangat popular di Kuala Kangsar.
Selain itu terdapat juga menu lain seperti Nasi Putih Ayam Bakar, Nasi Putih Daging Bakar, Mee Goreng, Bihun Sup dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, di sini juga menawarkan variasi dessert yang cukup menarik. Bukan sahaja dari platingnya, tetapi juga dari rasa yang cukup lazat. Antaranya ialah ABC, Laicikang, Aiskrim Kek dan Aiskrim Buah Segar. Pelanggan yang datang ke sini juga kelihatannya sangat selesa dengan layanan mesra dari staf di sini. Very reccomend!
Alamat: 33000, 195A, Jalan Besar Utara Selatan, Kampung Bendang Susur, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (12 tengahari – 6 petang), Jumaat (Tutup)
9. Teratak Warisan Kampung
Tercari-tercari tempat makan di Kuala Kangsar yang menyediakan menu nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk pauk? Teratak Warisan Kampung antara port makan tengahari yang sangat popular di Kuala Kangsar. “Marvellous! Delicious! Terbaik! Sedap!” Itu adalah review yang diambil dari salah seorang pelanggan mereka. Dengan suasana tempat makan yang bersih dan selesa, anda pasti tidak akan menyesal makan di sini. Terdapat pelbagai jenis lauk pauk yang boleh anda pilih.
Antara menu yang cukup mencuri perhatian ialah Patin Masak Tempoyak yang mendapat pujian ramai pelanggan mereka. Tidak lengkap masakan tradisional Melayu tanpa ulam-ulaman dan sambal belacan. Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman dan sambal belacan yang boleh anda pilih. Rasa kayangan tetapi harga marhaen. Itulah antara kata-kata yang sesuai buat makanan di sini. Disebabkan itu jugalah kedai ini sering menjadi pilihan ramai orang bukan sahaja Melayu tetapi juga Cina, India dan lain-lain kaum. Pastikan anda datang ke sini dengan perut kosong, barulah puas hati!
Alamat: Persiaran Bendahara 2, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8 pagi – 4.30 petang), Ahad (Tutup)
10. Lepak Kampung Talang
Tempat makan di Kuala Kangsar yang terakhir ini pastinya memberikan kelainan kepada pengalaman makan malam anda. Lepak Kampung Talang, sebuah restoran yang berkonsepkan makan di dalam hutan. Ini kerana, konsep rekaan di sini seolah-olah anda sedang berada di dalam hutan. Suasana di sini sangat santai dan sangat cantik lebih-lebih lagi apabila malam menjelma. Di sini anda boleh memilih samada ingin makan di dalam kedai mahupun di dalam tiub yang disediakan. Tiub yang terdapat di sini terhad dan setiap satunya mempunyai penyaman udara. Jika anda memilih untuk makan di dalam toub ini anda perlu membayar RM13 untuk satu jam. Sangat jarang dijumpai konsep sebeginikan?
Jika anda berkunjung ke sini anda boleh memesan makanan yang diingini dari kiosk-kiosk yang berada di sini. Setiap kiosk menjual makanan yang berlainan untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan. Antara menu yang wajib anda cuba jika ke sini ialah pelbagai jenis nasi goreng/masakan panas, makanan barat, Dimsum, Takoyaki, Nasi Lemak, Laksa, Otak-otak, Sate, Roti John, Yong Tau Fu dan banyak lagi. Satu tempat tetapi menawarkan pelbagai jenis makanan yang menarik. Datang dan rasai sendiri kelazatan makanan dan kehebatan Lepak Kampung Talang ini!
Terdapat pelbagai kiosk yang menjual pelbagai makanan yang berlainan di sini.
Alamat: 23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu operasi: Selasa – Isnin (6 petang – 12 tengah malam), Khamis (Tutup)
Jadi, dah tahu mana nak makan jika berkunjung ke Kuala Kangsar? Jangan risau, kesemua tempat makan ini mendapat rating terbaik dari semua pelanggannya. Ingat, tidak lengkap sebuah percutian tanpa tempat makan yang menarik, sedap dan selesa. Oleh itu, buat pilihan dengan bijak dan selamat menjamu selera!