10 Tempat Makan di Batu Gajah WAJIB SERBU

Anda sedang bercuti di Batu Gajah atau sekitar Gopeng? Pening fikir tempat makan yang menarik, sedap dan berpatutan untuk percutian anda sekeluarga? Batu Gajah sememangnya terkenal sebagai sebuah tempat yang mempunyai banyak tarikan yang menjadi tumpuan pelancong. Oleh itu, jangan risau kerana terdapat banyak tempat makan di seluruh Batu Gajah yang bukan sahaja sedap, malah menarik dan yang penting harga yang berpatutan. Disebabkan itu, kali ini kami ingin membawa anda mengenali 10 tempat makan di Batu Gajah yang menjadi tumpuan ramai orang.

10 Tempat Makan di Batu Gajah yg Patut Diserbu


1. Z Corner

Z Corner

Untuk permulaan hari anda, kami mengesyorkan anda untuk mencuba makanan di Z Corner yang menyediakan menu sarapan pagi yang pastinya kena dengan tekak anda sekeluarga. Roti canai sememangnya menu popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba menu popular mereka iaitu roti canai. Roti canai di sini mendapat pujian ramai pelanggannya kerana kelembutan roti canainya dan kuahnya yang padu. Selain roti canai, menu yang lain yang turut mendapat pujian ialah mee rebusnya. Sehingga ada yang mengatakan ianya adalah “the best mee rebus”. Dengan kuah yang pekat dan bahan-sampingan yang penuh pastinya membuatkan perut anda kekenyangan. Bukan itu sahaja, menu nasi lemak juga boleh didapati di sini. Tidak perlu pening-pening fikir nak sarapan di mana, datang dan rasai sendiri kesedapan makanan di Z Corner ini.

Alamat: 203A, Ground Floor, Jalan Pandak Akhat, 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (7.30 pagi – 1 tengahari), Jumaat (7.30 pagi – 12 tengahari), Ahad (Tutup)

Lokasi


2. RESTCAFE, 2nd Home

Restcafe 2nd Home

Mahu mencari tempat makan yang mempunyai pilihan makanan tradisi Malaysia dan juga makanan barat? Semua ini anda boleh dapatkannya di Restcafe 2nd Home. Sebuah tempat makan menghidangkan pelbagai juadah tradisi Timur dan Barat yang pastinya membuatkan anda terliur. Restoran ini menyediakan menu makan pagi, tengahari dan juga makan malam. Suasana persekitaran yang kondusif dengan parking yang mudah pastinya membuatkan anda sekeluarga selesa. Antara menu yang boleh anda dapati di sini ialah nasi lemak, roti canai, roti paratha, roti bakar dan mee kari untuk sarapan. Manakala, untuk makan tengahari anda boleh memilih menu seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Set Asam Pedas atau Nasi Ayam. Bagi makan malam pula menu yang tersedia antaranya ialah ikan bakar, pelbagai hidangan Barat dan juga masakan Thailand. Rugi sekiranya anda melepaskan peluang untuk menjamu selera di sini kerana portionnya yang banyak, harga yang murah dan restoran yang selesa juga cantik.

Alamat: 46, Jalan Bandar Baru 2, Bandar Baru, 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: Rabu – Isnin (9.30 pagi – 11 malam) & Selasa (Tutup)

Lokasi


3. Restoran Batu Gajah Maju

Restoran Batu Gajah Maju

Port makan tengahari di Batu Gajah yang wajib anda kunjungi ialah Restoran Batu Gajah Maju. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu lauk pauk yang pastinya menyelerakan. Selain menu makan tengahari, mereka juga menawarkan menu sarapan seperti Mee Kari, Telur Goyang, Mee Goreng, Maggi Goreng dan banyak lagi. Untuk makan tengahari pula, anda pastinya akan rambang mata melihat pelbagai lauk pauk yang terhidang. Antara yang istimewa ialah Sotong Peratal, Ayam Masak Lada Hitam Pedas dan Udang Varuval. Namun, ianya hanya dimasak mengikut hari tertentu. Jadi, pastikan Restoran Batu Gajah Maju ini menjadi port wajib untuk menjamu selera anda sekeluarga.

Alamat: Jln Dewangsa, Kampung Sungai Terap, 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 10 malam)

Lokasi


4. Nasi Ayam Railway

Nasi Ayam Railway

Nasi Ayam Railway ialah sebuah tempat makan yang dibina di dalam stesen keretapi lama yang sudah tidak digunakan lagi dan bersebelahan dengan railway keretapi. Menu yang ditawarkan di sini ialah menu sarapan, makan tengahari dan juga makan petang. Antara menu yang menarik ialah roti canai, mee kari, nasi kerabu, cendol, bihun sup, mee rebus, laksa dan banyak lagi. Yang pastinya, signature tempat makan ini ialah Nasi Ayam Railway. Selain itu, anda juga boleh memilih menu nasi campur lain yang disediakan untuk makan tengahari. Bukan itu sahaja, malah mereka juga mempunyai nasi daging yang boleh menjadi alternatif bagi mereka yang tidak menggemari ayam. Menarik bukan? Oleh itu, anda kena datang dan rasai sendiri vibe kedai makan Melayu lama dan kesedapannya yang pasti menjilat jari.

Alamat: Lot 17A, Kampung Baru, Kinta Valley, Batu Gajah, 31000, Batu Gajah, Perak,

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8 pagi – 6 petang)

Lokasi


5. Restoran Pa’Tua Tomyam

Restoran Paktua Tomyam

Tempat makan di Batu Gajah ini pastinya menjadi kemestian buat penggemar makanan Thailand. Apabila anda ke sini, pastikan anda memesan hidangan siakapnya yang pasti kena dengan tekak dan selera anda.  Selain itu, sotongdan udang goreng tepungnya juga sangat enak. Rangup di luar dan lembut di dalam. Yang penting kesemua makanan laut dan ikan di sini segar-segar. Di samping itu, anda juga boleh memilih masakan panas lain seperti nasi goreng ladna, nasi goreng cili padi, hidangan sup, tomyam yang sangat kaw. Bagi peminat makanan Thailanda, anda perlu berkunjung ke sini dan rasai sendiri keenakan makanan di sini.

Alamat: 31500 Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 3 pagi)

Lokasi


6. Man Mee Kari

Man Mee Kari

Satu lagi port sarapan di Batu Gajah yang popular iaitu Man Mee Kari. Signature kedai makan ini ialah menu Mee Karinya yang memang terangkat. “The legendary store” itu andara review pelanggannya yang pernah ke sini. Kuah Mee Karinya sangat lazat, cukup pekat dan cukup rasanya. Pastikan anda mencuba menu signature mereka jika ke sini. Selain itu, menu lain yang boleh anda cuba jika ke sini ialah nasi lemak, mee kicap dan bihun sup. Jika anda ke sini, anda tidak perlu risau berkenaan parking kerana banyak parking di sekitar kedai makan ini.

Alamat: No 1A , Rumah Kedai, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: Sabtu, Ahad & Selasa (8.30 pagi – 1.40 petang) Ç€ Rabu, Khamis & Jumaat (8.30 pagi – 2 petang) & (8.30 malam – 11 malam) Ç€ Isnin (Tutup)

Lokasi


7. Port Western

Port Western

Sudah bosan dengan menu nasi setiap hari? Jom cuba menu western di Port Western. Kepakaran mereka adalah menyediakan menu makanan barat. Tempat makan yang berkonsepkan tempat terbuka dan berada di dalam kampung pasti sangat menenangkan. Mereka mempunyai hidangan set talam juga ala carte. Bagi yang datang bersama keluarga, anda boleh mencuba set talam King yang sesuai untuk 2 hingga 3 orang makan. Selain hidangan seperti Lamb Grill, Chicken Chop dan hidangan pasta mereka juga turut menawarkan pelbagai jenis menu burger seperti Cheesy Chicken Burger dan Grill Chicken Burger (Banjir). Di samping itu, mereka juga ada menyediakan menu satay yang juga sering menjadi pilihan ramai pelanggannya. Harga yang berpatutan, portion yang memuaskan, rasa yang superb dan tempat yang selesa. Sempurna untuk santapan anda sekeluarga.

Alamat: Jalan Changkat Larang, Kampung Batu Dua, 30200 Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: Khamis – Selasa (6 petang – 11 malam)

Lokasi


8. Big Portion Cafe

Big Portion Cafe

Mendapat nama dari pelanggannya sebelum ini yang mengatakan makanan di sini mempunyai portion yang besar. Dari sinilah pemiliknya memilih nama Big Portion Cafe. Big Portion Cafe menyediakan menu makanan tempatan, Timur Tengah juga makanan barat. Antara menu yang best di sini ialah Set Nasi Arabnya, Pizza, Roti Nan Cheese, Seta Ramen Chicken Grill dan banyak lagi. Pastikan sebelum datang ke sini, perut anda kosong kerana hidangan di sini datang dengan portion yang besar. Sangat puas hati! Restoran yang cantik, harga yang berbaloi dengan makanannya dan ditambah pula kehadiran busker yang memeriahkan suasana di sini.

Alamat: Jalan Taman Tasik Permai, Kampung Sungai Terap, 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (4 petang – 11.30 malam), Ahad (Tutup)

Lokasi


9. Kedai Makan Anakgonda

Kedai Makan Anakgonda

Calling for peminat roti!!!! Ini dia kedai untuk anda! Kedai Makan Anakgonda menyediakan  hidangan berasaskan roti. Menu famous mereka ialah Roti Puri, Roti Nan dan Chapati. Kesemua roti ini mempunyai 5 pilihan kuah yang menarik iaitu kuah dhal, kari kambing, kari daging, kari ayam dan kari sardin. Menjamu selera di sini pastinya akan sangat berpuas hati dengan kelembutan roti-rotinya. Kuahnya yang pekat dan cukup rasanya pasti membuatkan anda akan kembali ke sini semula. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda menikmati hidangan berasaskan roti di sini ok!

Alamat: Jalan Changkat Larang, Kampung Batu Dua, 30200 Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: Khamis – Selasa (6 petang – 11 malam)

Lokasi


10. Cinta Alam Seri Jaya

Cinta Alam Seri Jaya

Pastinya sangat tenangkan apabila menjamu selera bersama keluarga dengan bunyi deruan ombak dari pantai. Ditemani pula dengan dekorasi indah di restoran ini. Cinta Alam Seri Jaya adalah sebuah tempat makan yang berkonsepkan foodcourt dalam kampung. Terdapat banyak kiosk-kiosk yang dibuka di sini dan setiap kiosk menyediakan makanan yang berbeza-beza sekaligus memberikan lebih pilihan kepada para pelanggannya. Antara makanan yang ada di sini ialah makanan western, nasi arab, makanan panas, char kuew tiow, shellout, ikan bakar, satay, bihun sup, nasi ayam, roti john dan air mango float. Harga pula sangat berpatutan dengan kualiti dan kuantiti makanannya. Sukar untuk diceritakan disini. Pendek kata anda kena datang dan rasakan sendiri kesedapan dan ketenangan menjamu selera di sini.

Alamat: No 2, Jalan Changkat Larang, Kampung Seri Jaya, 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: Rabu – Ahad (6 petang – 11.30 malam)

Lokasi


Menarik bukan? Kunjungan anda sekeluarga di sini pastinya tidak akan rugi kerana rata-rata pelanggan yang pernah ke sini memberi respon positif berkenaan pengalaman makan mereka di sini. Jadi, jika berkesempatan ke Batu Gajah pastikan anda memilih tempat makan di Batu Gajah yang kena dengan selera dan bajet anda.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

TOP 10 Tempat Menarik di Gopeng

Gopeng adalah sebuah bandar kecil yang terletak di negeri Perak, Malaysia. Bandar ini dikenali dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong....

TOP 10 Tempat Glamping & Camping di Gopeng

Mengunjungi beberapa Tempat Glamping & Camping di Gopeng adalah pengalaman yang luar biasa bagi mereka yang mencari peluang untuk menyatukan diri dengan alam semulajadi...

10 Tempat Makan di Gopeng Wajib TRY

Dalam mencari pengalaman makan yang memuaskan, Gopeng, sebuah bandar kecil yang terkenal dengan tarikan alam semulajadi seperti Gua Tempurung, sungai yang indah, dan aktiviti...

10 Tempat Penginapan di Gopeng yg CANTIK

Bagi anda yang sedang bercuti di Gopeng, Perak, terdapat beberapa pilihan penginapan disediakan untuk anda. Gopeng, sebuah destinasi yang menakjubkan di Malaysia, menawarkan senarai...

10 Homestay di Batu Gajah yg BEST

Batu Gajah yang mendapat gelaran Bandar Bertuah kerana di sinilah lahirnya seorang sultan yang berjiwa rakyat iaitu DYMM Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Ibni Almarhum...

Meneroka Gua Tempurung: Keajaiban Semula Jadi di Perak

Gua Tempurung, terletak di Gopeng, negeri Perak, adalah antara gua terbesar dan paling menakjubkan di Malaysia. Dengan keluasan yang mencapai 1,600 meter, gua ini...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x