Isi Kandungan
Bandar Kuantan terkenal dengan pelbagai destinasi menarik terutamanya di bahagian pantai. Kalau anda bercadang bercuti di Kuantan, apa kata terokai destinasi makan menarik di sini kelak. Pilihan restoran yang menyajikan makanan menarik & makanan kenegerian Pahang, sangat mudah untuk anda terokai di Kuantan. Malah, lokasinya tidak jauh antara satu sama lain & kalau anda menginap di beberapa kawasan tumpuan pelancong seperti di Pantai Teluk Cempedak, sepanjang pantai Berserah-Gebeng atau di dalam Bandaraya Kuantan sekalipun, kesemua destinasi di bawah ini boleh anda lawati dalam masa yang singkat.
Walaupun beberapa menu makanan yang sinonim dengan Pahang seperti patin masak tempoyak lebih popular di Bandar Temerloh, namun anda jangan bimbang, restoran yang menyajikan menu makanan berasaskan lauk ikan sungai Pahang turut anda boleh terjah di sekitar Bandar Kuantan. Lebih menarik lagi, pilihan tempat makan best di Kuantan yang menyajikan menu makanan lain juga lebih banyak berbanding daerah lain di Pahang.
Untuk memudahkan anda berkunjung ke destinasi-destinasi yang disyorkan seperti di bawah ini, turut tersedia peta lokasi destinasi, waktu operasi restoran, jarak perjalanan dari lokasi anda sekarang & juga pautan rujukan untuk kemudahan anda. Untuk makluman, kompilasi destinasi restoran & tempat makan menarik di bawah ini dipilih berdasarkan populariti & reputasi bagus restoran yang mungkin anda berminat untuk terokai sendiri apabila melancong ke Kuantan satu hari nanti. Sudahkah anda bersedia untuk menerokai tempat makan sedap & restoran popular di Kuantan ? Jom kita sama-sama lihat satu persatu destinasi pilihan untuk acara jalan jalan cari makan anda di Kuantan kelak.
30+ Restoran, Warung & Destinasi Makan Menarik di Kuantan, Pahang
1. Tanah Aina Fareena Cafe
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Terletak di Bentong, antara Kuala Lumpur dan Pantai Timur, terdapat sebuah kafe yang sangat cantik. Meskipun bersebelahan dengan lebuhraya, suasana di sini sangat nyaman dan tenang.
Tempat ini dikelilingi oleh kehijauan dan diiringi dengan deruan air sungai yang menenangkan. Jika bukan musim hujan, anak-anak juga boleh mandi di sini kerana airnya cetek dan tidak deras. Sambil anak-anak bermain air, ibu bapa pula boleh menikmati hidangan yang sedap. Presentasi makanan di kafe ini seumpama restoran 5 bintang.
Tempat ini luas dan terdapat banyak tempat yang sesuai untuk bergambar. Terdapat juga surau dan tandas yang sangat selesa di sini!
Peta Lokasi | 092339112 |Â Facebook | Laman Web
- Lot 6073, 54.3km, Lebuhraya Karak, Kampung Lentang, 28600 Bentong, Pahang
Waktu Operasi Restoran Jaman Tory Resepi
- 8.30 am – 10.30 pm
2. Restoran Jaman Tory Resepi
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kalau pertama kali bercuti di Pahang atau khususnya di Bandar Kuantan, menu makanan kenegerian orang di sini seperti ikan sungai masak tempoyak & aneka lauk pauk kampung lain adalah satu kewajiban untuk seorang pelancong terokai sendiri. Bagi anda mencari destinasi restoran yang menarik di Kuantan untuk juadah sebegini, apa kata ke Restoran Jaman Tory Resepi yang terletak di Bandar Indera Mahkota. Restorannya juga sangat selesa, berhawa dingin & mempunyai dekorasi klasikal yang sesuai untuk golongan berkeluarga bertandang.
Restoran yang cukup terkenal ini mempunyai beberapa pilihan ikan sungai yang sinonim di Sungai Pahang yang boleh anda rasai sendiri & antara menu paling popular yang menjadi signature dish restoran ini adalah Patin Bakar Tempoyak. Aneh bukan namanya ? Pasti anda tertanya-tanya bagaimana kombinasi ikan bakar boleh digabung dengan tempoyak. Bagi mereka yang kurang meminati menu ikan sungai, jangan bimbang, di sini juga ada menu-menu lain yang menarik untuk santapan anda seisi keluarga seperti char koay teaw, daging salai, aneka sizzling, ayam kampung, burung puyuh, western food & sebagainya. Satu restoran menarik yang sesuai untuk pelancong yang sedang bercuti di Kuantan & inginkan kedai makan tengahari atau makan malam yang selesa dengan pilihan aneka makanan yang sedap.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6019-9988212 |Â Facebook |Â Instagram
- Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi Restoran Jaman Tory Resepi
- 12.00 pm – 1.00 am
- Isnin tutup
3. Restoran MaBIQ
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kalau bercuti di Pahang tetapi tidak mencuba makanan popular orang setempat, memang rugi besar. Kali ini, apa kata anda bawa keluarga anda untuk makan tengahari di sebuah restoran yang sangat terkenal dengan menu kenegerian orang Pahang seperti ikan patin masak tempoyak, pais ikan patin tempoyak, sambal hitam & sebagainya. Konsep restoran ini lebih kepada kedai nasi campur dengan pelbagai seleksi lauk pauk tradisional Pahang yang pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mencubanya.
Sekiranya anda orang Negeri Sembilan, anda sepatutnya bergembira kerana di sini juga terdapat menu kegemaran orang ‘Nismilan’ seperti Daging Salai Cili Api & ada juga Daging Salai Masak Kicap. Sudah pasti, rasanya ada sedikit kelainan dengan sentuhan orang pantai timur yang mungkin tidak sepedas resipi orang Negeri Sembilan. Restoran ini sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh Maahad Bahasa & Ilmu Al-Quran yang terletak di Tanjung Lumpur. Lokasinya sangat mudah diakses dari Bandaraya Kuantan & mempunyai kawasan parkir kereta yang luas.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6016-9535699 |Â Facebook |Â Website
- 26060 Kuantan, Pahang
- 11.00 pm – 5.00 pm
- Jumaat tutup
4. Restoran Anna Ikan Bakar Petai 3
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kalau sebut sahaja Tanjung Lumpur di Kuantan, semestinya perkara pertama yang terlintas di kepala adalah ikan bakar & makanan laut. Sekiranya anda ingin ke Tanjung Lumpur, apa kata ke Restoran Anna Ikan Bakar Petai 3. Nama Anna Ikan Bakar Petai merupakan satu jenama yang sangat popular bukan sahaja di Kuantan, malah turut mempunyai cawangannya di Bangi, Selangor. Bagi pelancong yang ingin menikmati menu ikan bakar, seafood & masakan ala Thai yang sedap di Kuantan, restoran ini adalah salah satu restoran yang paling disyorkan.
Selain signature menu restoran ini iaitu ikan bakar petai, terdapat juga pelbagai menu masakan panas lain yang tidak kurang menariknya. Kedai makannya bukanlah mewah seperti di hotel tetapi lebih kepada konsep yang terbuka, sesuai dengan tema untuk sebuah medan ikan bakar. Dengan ruangan makan yang luas, pekerja yang ramai & pilihan lauk pauk yang banyak, destinasi ini sangat sesuai untuk anda kunjungi bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan yang besar.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6019-9878155 |Â Facebook
- Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi Restoran Anna Ikan Bakar Petai 3, Tanjung Lumpur
- 5.00 pm – 12.00 am ( setiap hari)
5. Lila Wadi Restaurant
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sebuah restoran yang cantik & romantis untuk anda yang mungkin ingin makan malam dengan menu western food bersama pasangan. Restoran dengan dekorasi yang elegan ini menawarkan pelbagai menu masakan barat seperti burger, aneka pasta, BBQ, steamboat & sebagainya. Selain itu, pilihan pencuci mulut seperti kek, kuih muih, sup cendawan & aneka puding juga boleh anda dapatkan di restoran ini. Lokasinya juga sangat dekat dengan kawasan tumpuan pelancong iaitu Pantai Teluk Cempedak.
Sekiranya anda berbulan madu & mungkin menginap di resort tepi pantai sekitar Pantai Teluk Cempedak seperti di Hyatt Regency Kuantan Resort atau TC Hotel, bolehlah bawa pasangan anda makan malam di sini. Setiap persembahan makanan juga sangat menyelerakan & menarik setara dengan restoran mewah di hotel.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-9850095 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi Restoran Lily Wadi Kuantan
- 5.00 pm – 12.00 am
6. Restoran MaBIQ 2
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Destinasi ini merupakan cawangan kedua Restoran MaBIQ & lokasi lebih dekat sedikit dari Bandar Kuantan berbanding cawangan utamanya yang terletak kira-kira 4-5 km dari sini. Seperti juga di cawangan utamanya, destinasi restoran ini juga menawarkan pelbagai menu lauk Pahang yang menarik untuk anda cuba seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Hitam, Daging Salai Kicap & sebagainya.
Restoran ini terletak di cornet lot rumah kedai dua tingkat & mempunyai ruangan tetamu untuk makan yang luas. Konsep dekorasinya agak berbeza berbanding dengan cawangan utamanya yang lebih terbuka & berada di tepi pantai. Waktu lunch hour, memang ramai pekerja berdekatan yang datang makan di sini memandangkan lokasinya dekat. Untuk pelancong, sebaiknya datang awal untuk elakkan kesesakan & pilihan lauk pauk juga lebih banyak.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6016-9535699 |Â Facebook |Â Website
- Restoran MaBIQ 2, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
- 11.00 pm – 5.00 pm
- Jumaat tutup
7. Terminal Satay Zul
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bukan sahaja Kajang yang terkenal dengan menu sate, di Kuantan juga turut mempunyai destinasi yang terkenal dengan menu sate iaitu di Terminal Satay Zul. Restoran ini juga telah lama bertapak di Kuantan & mempunyai ramai peminat setianya. Sekiranya anda dari Selangor & sudah biasa makan sate yang sedap di sana, apa kata cuba ke sini pula untuk merasai keunikan satenya. Pilihan sate di sini juga tidak kurang banyaknya. Terdapat sate ayam, sate daging & juga beberapa menu sate yang boleh dikatakan agak eksotik seperti sate rusa, sate arnab, sate hati & sate perut.
Namun, sate-sate eksotik ini terutamanya sate daging rusa, bergantung kepada stok semasa. Mungkin kerana bekalan dagingnya yang susah untuk didapatkan. Sekiranya anda bernasib baik & stok ada, boleh mencuba sate rusa. Kalau anda seorang yang suka makan kuah kacang seperti hirup sup, destinasi ini ibarat syurga buat anda kerana kuah kacangnya boleh ditambah secara percuma. Selain sate, terdapat juga menu-menu lain yang tidak kurang menariknya untuk anda makan malam seperti nasi lemak & masakan panas.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 609-5687859 |Â Website
- No. A 2600 ( tingkat bawah), Jalan Alor Akar, Pahang, Taman Ruby, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi Terminal Satay Zul
- 5.30 pm – 12.30 am
8. Restoran Sara Thai Kitchen
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Masakan ala Thai, sudah boleh diibaratkan menu kegemaran semua rakyat Malaysia. Di mana-mana tempat percutian di Malaysia, restoran masakan panas ala Thai pasti akan wujud & pasti ada sekurang-kurangnya satu destinasi yang menjadi pilihan penduduk setempat. Di Kuantan, ada satu restoran yang sangat popular untuk ada makan malam dengan menu sebegini iaitu di Restoran Sara Thai Kitchen yang terletak di Jalan Gambut & lokasinya hanya berjalan kaki sekiranya anda menginap di Hotel Grand Continental Kuantan.
Nama-nama menu untuk anda bersantapan di sini mungkin bukannya satu benda yang baru untuk pelancong tempatan. Samaada tomyam, lauk masakan panas Thai, ikan bakar & aneka kerabu, semuanya ada di sini. Malah, sekiranya anda ingin mencuba menu asli orang Thailand seperti pulut mangga, juga boleh anda dapatkan di sini. Ruangan kedai makan ini tidaklah terlalu besar seperti di medan selera, tetapi cukup selesa untuk orang yang berkeluarga. Malah, hiasan dalamannya juga tidak kurang menarik sekiranya anda ingin membawa ibu bapa atau pasangan untuk makan malam ketika bercuti di Bandaraya Kuantan. Sekiranya anda menginap di Swiss Garden Resort Kuantan, terdapat satu lagi cawangan restoran ini yang lebih dekat & lokasi terletak di sekitar Balok.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6018-9066781 |Â Instagram
- Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang
- 1.00 pm – 11.00 pm
9. Mustafa Cendol
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Di sini bukan satu atau dua jenis cendol sahaja yang disediakan untuk pelanggan, tetapi lebih 13 jenis hidangan cendol. Antara cendol popular yang boleh anda cuba adalah cendol aiskrim, cendol pulut, jagung, kacang dan macam-macam lagi. Kedai Cendol Mustafa di Kuantan ini sudah lama berniaga di sini dan 3 generasi keturunan keluarga telah mengendalikan kedai cendol ini.
Tidak seperti di kebanyakan tempat lain yang menjual cendol, kebanyakannya akan outsource bahan-bahan buat cendol dari luar. Berbalik pula di Cendol Mustafa, semua bahan asas untuk cendol seperti air gula melaka dan cendol dibuat sendiri oleh pengusaha kedai. Malah Cendol Mustafa turut menjadi pembekal untuk cendol bagi penjaja dan penjual yang lain di sekitarnya. Selain cendol, makanan-makanan lain yang turut menjadi pilihan pengunjung ialah mee goreng mamak, rojak ayam dan pelbagai lagi makanan santai yang lain. Bagi mereka yang mencari tempat makan best di Kuantan yang santai dan popular, jangan lupa untuk singgah di Cendol Mustafa sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Teluk Cempedak yang hanya 3-4 km sahaja dari sini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6016-9303108 |Â Facebook
- Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi Mustafa Cendol Kuantan
- 11.00 am – 7.00 pm
10. Restoran Dapur Mama
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Menu kenegerian orang Pahang kebanyakannya berasaskan ikan sungai & sekiranya anda tidak menggemari ikan sungai, apa kata ke Restoran Dapur Mama yang sangat terkenal dengan menu nasi kukus & ayam berempahnya. Walaupun menunya sangat simple, tetapi anda jangan terkejut, jenama restoran ini sebenarnya mempunyai banyak cawangannya sehingga ke Bangi & Kelana Jaya.
Menu nasi kukus yang sedap kebiasaannya terletak kepada kelembutan nasinya & juga kesedapan karinya. Kalau dua kombinasi ini menjadi, memang akan ramai peminat tegarnya. Kari atau gulai di sini juga terdapat 3 jenis yang boleh anda campurkan seperti makan nasi kandar. Restoran ini juga sangat strategik di Kuantan, mempunyai ruangan makan yang lapang & dekorasi dalaman yang minimalis tetapi lebih moden.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 609-5750381 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
- 36, Jln IM 6/7, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
- 10.00 am – 10.00 pm
11. Joe Mee Chalong & Keropok Berserah
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Mee Chalong merupakan satu hidangan yang amat popular di Pahang terutamanya di kawasan peranginan di Pantai Beserah, Kuantan, Pahang. Bagi pelancong yang nak mencari makanan yang menarik di Kuantan, bolehlah singgah di sini kerana menu Mee Chalong memang susah untuk anda cari di tempat lain. Selain daripada kuah supnya yang lazat, dalam Mee Chalong di sini terdapat bebola ikan, telur separuh masak dan juga bahan-bahan biasa lain untuk membuat sup.
Yang menjadi kelainan dalam Joe’s Mee Chalong ni, bebola ikan yang ada dalam setiap mangkuknya adalah dibuat sendiri oleh pemilik kedai & bukannya seperti di tempat lain yang banyak dibeli yang segera atau sudah disejukbekukan. Selain Mee Chalong, di sini juga ada menyediakan keropok lekor yang dibuat dan digentel sendiri oleh pengusaha kedai Joe’s Mee Chalong ini. Jadi kepada mereka di luar sana yang nak merasa makanan orang Pantai Timur yang unik, bolehlah ke tempat makan yang best di Kuantan ini yang terletak di Jalan Berserah.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6013-9030910 |Â Facebook
- 2-1138 Kampung Alor Tuan Haji, Beserah, Kuantan,
- 8.30 am – 6.40 pm
- Jumaat tutup
12. Restoran Dallah Nasi Arab
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sekiranya anda mencari menu makan malam yang lain sedikit daripada menu orang Melayu atau lauk pauk masakan panas ala Thai, apa kata pertimbangkan untuk bertandang di Restoran Dallah yang terletak bersebelahan sahaja dengan East Coast Mall (ECM). Terdapat pelbagai menu hidangan dari timur tengah khususnya dari Negara Yaman yang menyelerakan seperti Chicken Kebab, Chicken Shish Taiwouk, Lamb Kebab & sebagainya. Malah, terdapat juga menu-menu makanan Arab yang mungkin anda tidak pernah dengar seperti Fasha, Saltah, Chicken Akdah & beberapa lagi menu lain yang sangat unik namanya.
Sesekali mencuba hidangan yang baru bersama pasangan ketika berbulan madu di Kuantan, apa salahnya bukan ? Baru terasa seronoknya. Ruangan makan restoran ini tidaklah terlalu besar namun hiasan dalamannya yang mempunyai seni dekorasi arabic style semestinya akan membangkitkan lagi suasana makan malam anda seperti di Tanah Arab. Satu restoran menarik di Kuantan & mempunyai reputasi yang sangat bagus untuk anda bertandang menjamu selera samaada untuk makan tengahari atau makan malam.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 609-5609029 |Â Facebook
- NO.19, Ground Floor, ICT Hub, Jalan ,putra square 4, Putra square, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang
- Sabtu-Khamis
- 11.00 am – 11.00 pm
- Jumaat:
- 2.00 pm – 11.00 pm
13. Kula Cakes
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Destinasi ini sangat terkenal dengan beberapa menu kek yang sangat menyelerakan. Antara yang paling popular & best seller di restoran ini adalah kek keju mangga. Setiap pengunjung yang bertandang di sini pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati sepotong kek keju mangga yang sedap ini. Dengan berkonsepkan restoran atau kafe di dalam taman, destinasi ini sangat disyorkan sekiranya anda ingin minum petang dengan menu pencuci mulut yang manis-manis & pasti membuatkan anak-anak anda suka dengan menu berwarna-warni.
Kafe ini tidaklah terlalu besar & pada hujung minggu memang ramai yang datang ke sini, malah selalunya kena beratur panjang untuk membeli kek di sini. Lokasinya sangat strategik di tengah-tengah Bandar Kuantan & hanya jalan kaki sekiranya anda menginap di Mega View Hotel ataupun Hotel Sentral Kuantan. Selepas penat bersiar-siar di Taman Esplanade Kuantan menikmati keindahan Sungai Kuantan, bolehlah selepas itu singgah di sini sekejap untuk rehat & minum petang.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6017-9711396 |Â Facebook |Â Instagram
- A96, Jalan Besar Kuantan, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi Kula Cakes Kuantan
- Selasa – Khamis
- 1 PM – 9 PM
- Jumaat-Sabtu
- 1 PM – 10 PM
- Ahad
- 11 AM – 7 PM
- Isnin
- Tutup
14. Jungle Foodcourt
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Di Kuantan, ada beberapa tempat makan berkonsepkan medan selera yang boleh anda datang untuk mencari makanan menarik & salah satunya adalah di Jungle Foodcourt yang terletak berhadapan dengan Kuantan Medical Centre. Kalau bercuti di Kuantan & anda buntu nak makan apa, bolehlah singgah di sini kerana banyak peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan samaada makanan Melayu, nasi Arab, nasi kukus, murtabak Singapore, sizzling, western food & sebagainya.
Suasana di kedai ini bukanlah eksklusif seperti di restoran mewah tetapi sangat sesuai untuk mereka yang mungkin inginkan tempat lepak yang happening & meriah. Di sini juga terdapat pentas karaoke yang menjadi pentas pengunjung untuk menyanyi. Sekiranya anda inginkan destinasi makan yang tenang terutamanya ketika bercuti bersama anak-anak kecil, destinasi ini bukanlah pilihan yang tepat. Namun, untuk destinasi makan yang banyak pilihan makanan & dengan harga berpatutan, Jungle Foodcourt adalah jawapannya.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6016-3828789
- Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
- 10.00 am – 2.00 am
15. Restoran Akob Patin House
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Pahang dan Ikan Patin, memang tidak dapat dipisahkan. Kalau di Kelantan terkenal dengan Nasi Kerabu, di Terengganu ada Nasi Dagang, kalau di Melaka ada Asam Pedas, maka di Pahang pula sudah tentu ikan patin masak tempoyak yang menjadi hidangan ‘WAJIB CUBA RASA’ apabila bercuti ke Kuantan. Salah satu tempat makan best di Kuantan yang menyediakan lauk ikan patin masak tempoyak yang sedap ialah di Akob Patin House yang terletak di Lorong Haji Abdul Rahma 1, Kuantan, Pahang.
Kalau anda bukan penggemar ikan darat, mungkin Kedai Makan Pak Akob ni biasa-biasa sahaja, namun kalau anda penggemar ikan sungai, memang tempat makan ini adalah seperti syurga untuk anda. Selain hidangan Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, banyak lagi hidangan dan masakan kampung asli Pahang yang ada di sini seperti Ikan Kerai Goreng, Daging Salai Lemak Cili Api dan juga Gulai Udang Galah Tempoyak.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6013-9312709 |Â Facebook
- A2, Capitol Square, Lorong Hj Abdul Rahman 1 Kuantan
- 8.30 am – 6.00 pm
- Ahad tutup
16. T’Station Food Court
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Destinasi medan selera ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan & sekiranya anda baru mendarat serta ingin mencari destinasi makan santai yang menyajikan pelbagai jenis makanan, bolehlah singgah di sini. Medan selera ini agak besar & lapang serta mempunyai beberapa peniaga yang menjual pelbagai jenis menu hidangan.
Antara menu makanan yang boleh anda dapatkan di sini adalah satay, dim sum, roti canai, nasi arab, char koay teow & macam-macam lagi. Konsep tempat makan ini yang terbuka & luas sesuai untuk anda datang dalam kumpulan yang besar. Malah, di sini juga terdapat tandas awam & ruangan solat, sesuai untuk anda jadikan R&R mungkin sebelum menuju pulang ke KL atau ke Bukit Gambang Resort City.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6018-9036244 |Â Facebook
- Taman Pandan Damai, 25150 Kuantan, Pahang
- 5.00 pm – 12.00 am
17. Mail Ikan Bakar
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Satu lagi destinasi ikan bakar sedap di Kuantan yang terletak di Tanjung Lumpur & sangat disyorkan untuk pelancong yang bercuti di Kuantan untuk rasai sendiri menu makanan di sini. Seperti yang tersedia maklum, pilihan kedai ikan bakar di Tanjung Lumpur memang banyak & ada sesetengahnya yang popular seperti di Anna Ikan Bakar Petai mungkin terlalu ramai untuk anda datang bertandang. Anda jangan putus asa, apa kata terokai Restoran Mail Ikan Bakar yang pasti tidak akan mengecewakan anda.
Ruangan kedai makan di sini juga sangat besar & mempunyai ramai pekerja. Walaupun pada waktu puncak, servis yang disediakan di sini memang cepat & tidaklah terlalu lama sehingga berjam lamanya. Selain itu, pilihan makanan laut yang segar bugar juga banyak di sini & apa jua pilihan masakan yang anda inginkan, turut disediakan. Kalau bercuti bersama rakan-rakan dalam kumpulan yang besar, restoran ini adalah antara yang paling disyorkan untuk anda bertandang.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-9686454 |Â Facebook
- Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
- 8.00 pm – 11.30 pm
18. Restoran Brotherhood Western & Grill
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Ingin membawa pasangan ke satu restoran yang cantik & yang menghidangkan makanan menarik seperti di hotel mewah? Apa kata anda berkunjung ke Restoran Brotherhood Western & Grill yang sangat terkenal dengan keenakan menu-menu masakan ala barat yang dihidangkan oleh chef-chef di sini. Sekiranya anda sedang honeymoon di Kuantan, makan malam di restoran sebegini adalah aktiviti yang semestinya dimasukkan ke dalam jadual percutian anda.
Terdapat bermacam-macam menu ala barat yang dihidangkan di sini samaada dalam kategori salad, burger, steak, pasta, aneka pencuci mulut & sebagainya. Setiap persembahan makanan di sini memang sangat menarik, tampak profesional & menyelerakan seperti hidangan untuk santapan raja sehari. Dengan makanan yang sedap & suasana restorannya yang cantik, pasti akan membuatkan pasangan anda terasa lebih eksklusif apabila makan malam di sini. Satu destinasi yang sangat disyorkan untuk anda & pasangan menikmati makan malam yang istimewa di Kuantan.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-9167483 |Â Facebook
- 73, Lorong IM 15/19, Indera Mahkota 15, 25200 Kuantan, Pahang
- Isnin- Sabtu
- 4.00 pm – 11.00 pm
- Ahad, tutup
19. Warung Bay Route
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Pernah cuba Laksa Pahang ? Kalau belum, apa kata anda datang bertandang ke Warung Bay Route ini yang terkenal sebagai tempat sarapan pagi di Kuantan yang sering menjadi pilihan pelancong luar. Terdapat aneka pilihan makanan berat serta kuih muih orang setempat yang boleh anda cuba. Menu makanan berat untuk sarapan pagi juga agak banyak di sini seperti nasi dagang, nasi lemak ikan, laksam, lontong, nasi minyak, nasi kerabu & sebagainya, Kedai makannya luas & dekorasi minimalis destinasi ini membuatkan terasa seperti makan di warung-warung kampung.
Pada waktu tengahari, destinasi ini tidak kurang menariknya untuk anda makan tengahari dengan pelbagai menu lauk pauk kampung. Antara menu makan tengahari yang popular di sini adalah ikan patin masak tempoyak, gulai kawah, ulam ulaman & sebagainya. Sekiranya anda berhasrat untuk sarapan pagi di sini, sebaiknya datang sebelum pukul 10 pagi terutamanya waktu cuti hujung minggu untuk mendapatkan lebih banyak pilihan makanan. Almaklumlah, tempat sarapan pagi best di Kuantan ini memang sering menjadi kunjungan penduduk setempat & pelancong luar. Sifir dia, siapa cepat dia dapat.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-9465397 |Â Facebook
- 10, Lorong Bukit Bay Route 23, Taman Permai, 25200 Kuantan, Pahang
- 7.00 am – 5.30 pm
- Ahad tutup
20. Bombay Restaurant
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Anda penggemar kari & nasi daun pisang ? Kalau ya, inilah antara destinasi paling disyorkan untuk anda membawa keluarga menjamu selera. Destinasi ini merupakan sebuah restoran yang tertutup & sangat selesa untuk tetamu bertandang untuk bersantapan. Menu nasi daun pisang & aneka lauk pauk yang dipengaruhi spice of India ini memang sangat menyelerakan untuk anda rasai sendiri. Dekorasi kedainya yang moden & elegan serta berhawa dingin pasti memberi pengalaman makan malam yang orang kata ‘puas hati’.
Selain nasi daun pisang, terdapat juga nasi beriani dengan hidangan lauk pauk yang namanya bukanlah benda baru untuk pelancong tempatan seperti kari kambing, kari daging & kari kepala ikan. Kalau anda penggemar tegar nasi kandar, destinasi sebegini pasti membuatkan anda tersenyum lebar. Kalau sudah ke sini, jangan lupa untuk mencuba menu santai yang agak menarik untuk anda rasai seperti kuih kesari atau kuih tepung suji. Apabila sudah kenyang, legakan perut dengan secawan tea masala yang menyegarkan apabila dihirup panas-panas.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 609-5131945
- 71, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
- 7.00 am – 10.00 pm
21. Aniq Steamboat
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Destinasi ini sangat popular di kalangan warga setempat yang teringin nak makan menu steamboat dengan kuantiti yang banyak. Hanya sekali bayar, anda boleh makan tanpa had. Menarik bukan ? Puas jalan jalan makan angin di Kuantan satu hari suntuk, destinasi sebegini sangat ideal untuk anda sekeluarga datang untuk melepaskan lelah & meluangkan masa berkualiti bersama dengan pelbagai pilihan makanan untuk dimasak di atas meja makan.
Dapur masak yang disediakan agak klasikal, ruangan makannya agak luas & konsep kedai makannya yang terbuka ini memang sangat sesuai untuk anda bertandang dalam kumpulan yang besar. Makan steamboat bersama keluarga sambil-sambil berborak memang satu aktiviti yang menarik untuk anda lakukan pada waktu malam sebelum pulang ke hotel. Lokasinya sangat mudah diakses dari Bandaraya Kuantan & kawasan parkir kereta pun mudah.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6019-9203300 |Â Facebook
- Jln Seri Teruntum 1, Kampung Damak, 25100 Kuantan, Pahang
- 5.30 pm – 12.00 am (setiap hari)
22. Angah BBQ Steamboat
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Satu lagi tempat makan menarik di Kuantan yang menyediakan menu makanan ala steamboat & konsep makan di sini juga adalah ‘sekali bayar makan sampai tak larat’. Restoran sebegini memang sangat ideal untuk anda datang bersama keluarga atau berkumpulan. Sambil-sambil menunggu daging, ayam, bebola & makanan laut anda masak di atas meja, bolehlah bersembang & habiskan masa berkualiti bersama keluarga.
Uniknya, dapur yang digunakan di sini masih menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan arang. Masa yang diambil untuk masak mungkin lambat sedikit tetapi smokey flavor yang terhasil untuk makanan anda, sudah tentu akan memberikan rasa yang lebih menarik. Suasana kedainya terbuka & tidaklah terlalu rimas apabila ramai orang.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6011-18757636 |Â Facebook |Â Website
- E144 Jalan Kampung Tengah, Taman Central Park, 25200 Kuantan, Pahang
- 5.30 pm – 11.30 pm
- Rabu tutup
23. KarRatz Cafe
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Anda peminat kereta antik atau mungkin seorang yang suka berkonvoi kereta ? Kalau berkonvoi ke Kuantan, apa kata bawa rakan-rakan ke kafe ini yang sangat unik konsepnya. Dekorasi dalaman di kafe ini juga menarik, lebih moden & lebih hipster atau old school gitu. Selain itu, menu makanan di sini yang rata-ratanya western food juga tidak kurang menariknya untuk santapan anda bersama rakan-rakan.
Uniknya, terdapat menu-menu makanan di sini yang dinamakan sempena jenama-jenama kereta lama & aksesori-aksesori kereta. Sekiranya anda kaki motor atau kaki kereta, destinasi sebegini semestinya menambahkan lagi feel apabila lepak-lepak bersama rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dalam dunia permotoran atau kereta.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-9003245 |Â Facebook
- No A-15, Ground Floor, Lorong IM14/32,, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
- Selasa-Khamis, Sabtu & Ahad
- 3.00 pm – 12.00 am
- Jumaat
- 3.00 pm – 12.00 am
- Isnin tutup
24. Mak Siti Ori Cafe
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Anda peminat setia penyanyi lagenda Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza? Kalau ya, apa kata terjah cafe ini. Walaupun cafe ini tiada kena mengena dengan penyanyi lagenda negara, tetapi cafe ini tetap mempunyai persamaan dengan Dato’ Siti Nurhaliza iaitu, cantik. Kopitiam yang cantik ini memang sangat sesuai untuk anda bertandang bersama teman sepejabat atau mungkin bersama client untuk berbincang hal bisnes.
Dekorasi yang elegan & moden membuatkan perasaan ketika makan di sini lebih terasa eksklusif. Malah menu makanan di sini juga sangat pelbagai & banyak. Rata-rata menu makanan di sini adalah menu masakan Melayu & juga beberapa menu makanan western. Sekiranya anak anda seorang yang cerewet untuk makan, bawa mereka ke sini & persembahan makanan yang menarik di kafe ini pasti akan membuka selera anak anda untuk makan.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 609-5315112 |Â Facebook
- Taman Industri Prima Kota, 25200 Kuantan, Pahang
- 7.00 am – 12.00 am
- Ahad tutup
25. Char Kuey Teow Berapi
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Ada pelanggan yang kata, makan char koay teow di sini membuatkan diri seperti bercuti di Penang. Kalau itu tahap pujiannya terhadap kedai makan ini, apa kata anda terjah sekali waktu petang atau malam untuk mencuba keenakan char koay teaw di sini. Lokasinya di Balok & tidak jauh dari beberapa lokasi penginapan popular berdekatan seperti De Rhu Beach Resort & Swiss Garden Beach Resort.
Malah, lokasi kedai makan ini juga berdekatan dengan muara Sungai Balok yang merupakan perkampungan nelayan. Jadi tidak hairanlah udang-udang yang dimasak bersama char koay teaw anda nanti, rasanya sangat segar & kemanisan asli udang masih terasa dengan nyata. Destinasi ini bukanlah sebuah restoran mewah yang ada hawa dingin, tetapi kedainya lebih berkonsep terbuka & santai, sesuai untuk anda datang makan malam atau petang sambil-sambil layan angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- 2, Kampung Balok, 26080 Balok, Pahang
- 5.00 pm – 11.00 pm
- Ahad tutup
26. Nasi Kukus Seberang Balok
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Destinasi ini terletak di sepanjang jalan Balok-Gebeng. Sekiranya anda menuju ke Cherating atau Kemaman, bolehlah singgah sekejap di kedai ini untuk lunch dengan menu nasi kukus & kari ayam yang menyelerakan. Destinasi kedai ini hanya di tepi jalan & tidak jauh dari pantai. Walaupun jarak pantainya tidaklah terlalu dekat di depan mata, tetapi masih terasa bayu laut ketika makan di sini.
Kuah karinya yang pekat & pedas serta dijamu pula dengan segelas Coconut Shake, semestinya satu kombinasi terbaik untuk anda makan tengahari di sini. Sekiranya anda penggemar kari berempah atau mamak style curry, destinasi ini pasti membuatkan anda tersenyum lebar selepas makan.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6013-9941642
- nasi lemak kukus seberang balok 26080 Kuantan Pahang, Kampung Seberang Balok, 26080 Balok, Pahang
- Untuk menu nasi kukus
- 10.00 am – 3.00 pm
- Masakan panas
- 12.00 pm – 11.00 pm
27. Akar Coffee Cafe
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kafe ini merupakan sebuah destinasi makan yang simple & santai. Sekiranya anda ingin minum petang atau makan malam dengan kopi yang sedap & hidangan santai seperti roti bakar atau roti kukus, bolehlah singgah sekejap di Kafe Akar Coffee ini yang terletak berdekatan dengan Sungai Kuantan. Konsep dekorasi kafe ini boleh dikatakan minimalis hitam putih & landskap luarnya pula dihiasi dengan pokok-pokok hijau seperti berada dalam sebuah taman.
Memang mendamaikan kalau bersantapan di sini mungkin ketika anda bersama rakan-rakan sekerja untuk berbincang hal pejabat. Pilihan menu makanan di sini tidaklah banyak & lebih kepada makanan santai sahaja. Terdapat juga menu makanan lain seperti nasi lemak, pizza, kek & chicken pie yang mungkin sesuai untuk anda yang tidak gemar dengan menu roti bakar. Kalau sudah bosan lepak di kedai mamak sampai ke pagi, bolehlah berubah angin untuk lepak di kedai kopi ini pula yang dibuka sampai ke 3 pagi.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6013-9531526
- 2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang
- 4.00 pm – 3.00 am
- Isnin tutup
28. Warung Aja Selera Kampung
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Ingin meminimumkan perbelanjaan makan ketika bercuti di Kuantan ? Apa kata anda makan tengahari di Warung Aja Selera Kampung. Lokasinya bukanlah betul-betul di dalam bandar Kuantan & agak jauh sedikit tetapi sangat berbaloi untuk anda terokai sekiranya anda ingin mencari lauk pauk asli orang Pahang.
Kedai makan ini lebih santai & terbuka, sesuai dengan konsepnya yang membawakan selera kampung citarasa Malayu asli. Ruangan parkir kereta pun luas & hanya terletak di tepi jalan besar di Jalan Bukit Setongkol. Pilihan lauk pauk untuk anda lunch di sini memang tidak mengecewakan, begitu banyak sekali & harganya lebih murah berbanding restoran-restoran mewah dalam bandar.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6016-9205538 |Â Facebook
- Jalan Bukit Setongkol, Taman Bukit Setongkol Indah, 25200 Kuantan, Pahang
- 12.00 pm-2.30 pm
- Sabtu & Ahad tutup
29. Mint Restaurant Kuantan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bagi mereka yang berbulan madu di Kuantan & menginap sekitar Pantai Balok seperti di De Rhu Beach Resort, bolehlah bawa pasangan anda untuk makan malam di tepi pantai di restoran ini. Restoran ini sangat luas untuk anda datang secara berkumpulan & lokasinya strategik di tepi pantai membuatkan pengalaman ketika makan lebih terasa santai kerana masih terasa angin bayu laut yang bertiup. Pilihan makanan di sini juga tidak kurang menariknya samada menu western food atau pun masakan panas.
Boleh dikatakan kedai makan ini sangat ideal untuk mereka yang mencari destinasi makan malam yang tidaklah terlalu padat dengan pengunjung yang kadang-kadang buat pasangan anda terasa rimas untuk berborak. Habiskan masa kualiti bersama pasangan anda di restoran ini pada waktu malam adalah satu idea yang bijak ketika berbulan madu di Kuantan.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6014-8403314 |Â Facebook
- Mint Restaurant Kuantan, 26080 Balok, Pahang
- 5.00 pm – 12.00 am
- Isnin tutup
30. Nasi Minyak Eda Yasin
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kalau di Pantai Barat, nasi minyak hanya dihidangkan di majlis-majlis perkahwinan sahaja dan agak susah untuk cari hidangan nasi minyak sebegini untuk sarapan pagi. Berbeza pula di Pantai Timur, nasi minyak menjadi hidangan utama tidak kira untuk sarapan pagi, makan tengahari atau pun malam. Salah satu tempat makan menarik di Kuantan yang menyediakan nasi minyak yang sedap adalah di Nasi Minyak Eda Yasin yang terletak di Perkampungan Tanjung Api, Kuantan.
Kedai ini sudah lama bertapak di Tanjung Api dan memang saban hari penuh dengan pengunjung-pengunjung yang datang ke sini untuk menjamah nasi minyak. Seperti biasalah, lauk pauk yang dihidangkan bersama nasi minyak yang ada di sini ialah ayam goreng, ayam masak merah, ayam gulai dan daging gulai. Selain Nasi Minyak di sini juga ada menyediakan nasi lemak kukus, nasi dagang, pulut kuning, laksam,laksa & juga kuih muih tradisional yang lain.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-9002858 |Â Facebook
- Jalan Tanjung Api, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang
- 6.30 am – 2.00 pm
- Isnin tutup
31. Nasi Ulam D’Pondok
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Ketika bercuti, kadang-kadang kita akan mengalami situasi ‘buntu nak lunch lauk apa’. Kalau begitulah keadaannya, apa kata anda bertandang ke Restoran Nasi Ulam D’Pondok yang menyediakan lebih 70 tray lauk pauk yang pasti membuatkan bebola mata anda berpusing-pusing kerana terlalu banyaknya pilihan lauk di sini.
Lokasi restoran ini sangat strategik & berdekatan dengan beberapa penginapan popular di Bandar Kuantan seperti Hotel Grand Continental, Pavillion Hotel Kuantan & Cathayana Hotel Kuantan. Kalau anda menginap di hotel-hotel ini, boleh jalan kaki sahaja ke Restoran Nasi Ulam D’Pondok. Boleh dikatakan, majoriti lauk pauk popular orang Pahang, boleh anda dapatkan di restoran ini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6013-9552122 |Â Facebook
- B-34 Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan Kuantan
- 7.00 am – 5.00 pm
- Ahad tutup
32. Mr. Patin House
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kalau dah datang ke Pahang memang tak sah jikalau tak makan ikan patin. Di Kuantan, anda boleh mendapatkan ikan patin yang best di Mr. Patin House. Bukan setakat rasa ikan yang sedap malah masakan mereka juga memang buat anda teringat-ingat. Pelanggan yang datang ke sini biasanya memang akan pilih untuk makan Ikan Patin Masak Tempoyak serta Ikan Patin Goreng. Fuh rasa tempoyak mereka memang sangat sedap. Kuahnya yang pekat dengan ikan yang manis, memang kombinasi yang lengkap.
Selain ikan patin, mereka ada banyak lagi makanan Melayu yang sedap-sedap seperti ikan bakar dan udang galah. Udang galah mereka juga besar-besar belaka dan dimasak dengan baik. Dapat nasi dengan sambal belacan dan sedikit ulam memang ngam dah tu. Anda diingatkan agar tanya dulu harga lauk-pauk di sini kerana ianya agak mungkin agak tinggi juga bergantung kepada bajet anda. Untuk air pula mereka ada air smoothie dengan topping buah yang memang sedap.
Peta Lokasi |Â 0166672294 |Â Facebook
- LOT 90511/B, Jln Kuantan – Kemaman, Kampung Cengal Lempung, 26080 Balok, Pahang
- 11.00 am – 8.00 pm
33. Mustafa Cendol
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Jalan-jalan berpanas-panasan di Kuantan memang akan membuatkan anda mengidam nak sesuatu yang sejuk dan menyegarkan. Haa apa kata anda pergi Mustafa Cendol untuk menyegarkan tekak dan menyejukkan badan. Memang sedap sungguh cendol di sini sebab itulah kedai ni menjadi salah satu kedai makan cendol yang terkenal di Kuantan. Anda yang datang ke Kuantan memang tak sah kalau tak cuba cendol ini sebelum meneruskan perjalanan. Rasa lemak manis cendol itu sendiri memang cukup power.
Selain dari cendol, mereka juga ada ABC aiskrim yang tidak kurang enaknya. Untuk makan pula mereka ada menyediakan rojak dan mee goreng. Sedap tau semua makanan di sini. Anda baik cuba kesemuanya dah alang-alang singgah tu. Tempat letak kereta juga agak luas untuk anda letakkan kereta.
Peta Lokasi |Â 095177786 |Â Facebook
- Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang
- 11.00 am – 7.00 pm
Bandaraya Kuantan memang satu destinasi yang menyeronokkan sekiranya anda ingin mencari makanan sedap kerana lokasinya mudah diakses daripada hotel-hotel serta pilihan restoran menarik juga tidak jauh antara satu sama lain. Selain itu, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Kuantan pada cuti sekolah ataupun hujung minggu. Anda boleh terokai 27+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Kuantan untuk rujukan masa hadapan.
Sekiranya anda penggemar ikan sungai Pahang, bolehlah singgah di Bandar Temerloh yang mempunyai beberapa restoran terkenal yang menyajikan pelbagai menu masakan asli orang Pahang yang sedap. Jadilah pelancong yang bijak & carilah penginapan yang strategik di Pahang untuk memudahkan anda menerokai destinasi makan menarik di Kuantan seperti di atas.
Semoga kompilasi restoran & tempat makan best di Kuantan seperti di atas memudahkan road trip anda di sini kelak. Selamat jalan jalan cari makan di Kuantan, Pahang. Wassalam.
boleh suggest x kedai mkn yg ada karaoke kat kuantan ni
kami mempunyai cafe yang menarik di kuantan YARANA BISTRO ditengah bandar menghala ke teluk sisek, tempat tersorok dibelakang bangunan Eng LAi padang lalang.
kami jugak menediakan Majlis, Even, Birthday dan Lain2 Majlis
Jom singgah di PAPA SWEET SABDA CORNER..lebih 20 variasi CENDOL KUALI menanti anda
CHEF DADDY kat Balok Sentral pun best jugak. Macam2 menu yg sedap2 ada… ayam penyet, empal penyet (daging), kembung percik, sup tulang, patin tempoyak dan macam2 lagi.
Saya dan keluarga memang selalu repeat kat sini sebab makanan mamg sedap2 dan harga murah pulak tu.
Best food review! Ada peta lokasi, waktu operasi yang sangat membantu. tak perlu nak Google lagi sekali utk cari alamat & waktu dibuka
As salam.sy tgh mencari blogger tntg makanan di Kuantan Pahang..siapa blh bantu sy…tq
sayangnye kotakkalam dah tutup..byk lagi tempat makan yg dh kena terjah dgn JJCM sejak maria tunku sabri lagi..mcm ana ikan bakar dgn terminal satay zul pun dah dua kali kena terjah dgn JJCM..lepas tu kemaman kopitiam (maria tunku sabri) jaman tory (abg naz) yg lain2 sy x igt..kt kuantan ni pun serba serbi makanan sedap…