10+Tempat Makan BEST di Putrajaya – Restoran dan Kafe menarik wajib cuba

Putrajaya, bandar kebanggaan rakyat Malaysia sememangnya tidak ketinggalan untuk mempunyai banyak pilihan makanan yang sedap dari pelbagai negeri. Ayuh siapkan pen dan kertas untuk melihat beberapa tempat makan yang best di Putrajaya yang sangat popular dengan kulinari masing-masing.

Ada senarai kedai makan di bawah ini yang menyediakan makanan dari Asia Tengah, Western dan ada juga dari dalam Malaysia. Ikut selera anda dan terjah bila lapar.


16+ Restoran & tempat makan best di Putrajaya yang wajib cuba

 

1. Umai Cafe

umai cafe ayer@8

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Memang tidak dinafikan, selain pusat pentadbiran kerajaan, Putrajaya juga merupakan lubuk juadah makanan yang menjadi pilihan warga kota. Umai Cafe atau juga dikenali sebagai The Lake Garden Cafe ini yang terletak betul-betul di sebelah tasik Putrajaya juga diantara kedai makan  yang menyediakan aneka juadah rasa Malaysia yang enak dengan harga berpatutan.  Di antara menu sedap yang popualar adalah pilihan nasi lemak yang disajikan dengan pelbagai pilihan lauk-pauk seperti telur mata, rendang ayam, ayam goreng berempah dan sambal sotong.

Lauk-pauk itu juga tersedia bersama pulut kuning. Bagi mereka yang inginkan makanan ringan, tempat makan best di Putrajaya ini menyediakan lempeng kelapa, cucur udang, jemput pisang dan roti jala.  Pilihan set nasi lain seperti set bawal goreng panas dan ayam penyet juga tersedia di cafe ini.  Bagi mereka yang ingin beralih kepada pilihan lain, mereka boleh lah memilih menu masakan panas seperti aneka nasi goreng. Pilihan lain seperti masakan ala Thai iaitu padprik, tomyam dan sebagainya juga boleh dinikmati di cafe ini dengan harga mampu milik.

Peta LokasiJarak+60133508121Facebook | Website

Alamat: Bangunan ANJUNG Alaf BARU, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 9.00 am – 8.00 pm


2. Medina Thai Tom Yam

makanan thai tomyam putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Beralamat di No. 27A & 27, Jalan P8 G1. Precint 8, kedai makan ini juga boleh dijadikan pilihan makan best sekitar Putrajaya.  Melihat pada nama restoran ini, sudah semestinya kita akan menyangka bahawa hanya masakan ala Thai yang tersedia.  Namun bagi memenuhi selera warga kota yang pelbagai, mereka juga menyediakan juadah seperti ayam pusing Medina, satay ayam cheese,dan nasi goreng.  Selain daripada makanan yang enak, terdapat juga pilihan minuman yang dapat menyegarkan tekak.

Restoran ini beroperasi bermula daripada pagi hingga ke lewat malam.  Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berkunjung di restoran ini, mereka boleh memilih untuk menempah menu di sini melalui perkhidmatan penghantaran seperti FoodPanda, Grab Food dan sebagainya.

Peta LokasiJarak+60388936434Facebook | Website

Alamat: 27, Jalan P8G1, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Setiap Hari: 7.00 am – 2.00 am


3. Mios Kitchen Presint 15

makanan menarik putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi mereka yang berada di Putrajaya, Mios Kitchen yang terletak di Presint 15 boleh menjadi salah satu senarai kedai makan pilihan. Selain daripada Presint 15, kedai ini juga beroperasi di beberapa tempat lain sekitar Selangor.  Beroperasi di 3 lagi lokasi cawangan di luar kawasan Putrajaya, pelanggan boleh juga berkunjung ke cawangan mereka di Bandar Kinrara, Wangsa Walk ataupun Shah Alam. Menu makanan barat yang tersedia di kedai makan ini adalah seperti spageti carbonara, chicken chop, lamb chop dan kentang goreng bersama sos istimewa.

Peta LokasiJarak+601156450636Facebook | Website | Instagram

Alamat: Unit No. 16 & 14, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 12.00 pm – 8.00 pm


4. Padi House

padi house

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Dengan tagline “The Authentic Flavor”, Padi House berusaha menjadi pilihan kedai makan terunggul dan best di Malaysia yang  mengenengahkan menu sajian simple, menyelerakan dan seimbang di dalam keselesaan dan stail. Berasaskan kesegaran dan authentisiti, kedai makan Putrajaya ini menjadi tarikan bagi penggemar makanan tempatan dan barat yang dimodernkan dan disertai dengan tarikan dan hospitaliti budaya Malaysia. Pilihan menu istimewa di sini yang menjadi tarikan pengunjung adalah pistachio rasberry tart.

Tempat makan best di Putrajaya ini mempunyai keplbagaian spageti yang enak-enak belaka serta steak yang lembut dan menyelerakan. Anda juga harus cuba aneka kopi mereka yang sungguh menyegarkan  dan cukup berkrim.

Peta LokasiJarak+60126965421Facebook

Alamat: Galeria PjH, Presint 4, 62100, Putrajaya

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.30 pm


5. Thai Tomyam Kung

kedai makan putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai makan Putrajaya ini menghidangkan juadah masakan Thai asli yang memang best terutama sekali Tom Yam mereka yang cukup mengiurkan. Mereka ni merupakan kedai makan ayer 8, Putrajaya dan selalu dikunjungi pelanggan. Selain Tom Yam, makanan goreng-goreng mereka yang lain seperti nasi goreng, mi goreng dan bihun goreng juga tak kurang hebatnya.

Di sini, selain menu ala carte, mereka juga menyediakan menu-menu set yang sesuai dimakan dari 4 ke 6 orang. Anda yang datang bersama keluarga tu boleh saja cuba set mereka ni. Antara yang terdapat dalam set mereka ialah ikan siakap atau kerapu, empat nasi putih dan satu jug air buah. Harga set-set tersebut adalah dari RM 128.

Peta LokasiJarak+60388615876Facebook

Alamat: Jalan P8G, Presint 8, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 8.00 am – 9.00 pm


 

6. Restoran Mr.Kabab dan Biryani

restoran putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di Putrajaya, Restoran Mr.Kabab dan Biryani memang agak terkenal dalam kalangan penggemar makanan Timur Tengah. Saiz hidangan memang besar dan sesuai untuk makan beramai-ramai di sini. Harganya juga berpatutan dengan juadah yang dihidangkan. Tempat mereka juga lawa dan bersih.

Anda boleh mendapatkan nasi mandy dengan kambing atau ayam, roti naan, nasi biryani ayam dan banyak lagi. Memang akan puas kalau makan nasi mandy atau nasi biryani di sini. Jangang lupa juga untuk mencuba kebab daging mereka yang selalu dipesan pelanggan.

Peta LokasiJarak+60388618989Facebook

Alamat: 44, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 11.00 am –  8.00 pm


7. Restoran Mohd Chan

makan sedap putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran Cina Muslim ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka ni sudah ada beberapa di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi, tak hairanlah di Putrajaya pun ada satu. Bagi yang tak tahu tu, restoran ini menyediakan pelbagai masakan Cina yang halal. Kalau dah bosan selalu makan makanan Melayu ataupun western tu, silalah datang ke sini untuk merasa makanan cina pula. Masakan-masakan mereka memang masakan asli orang cina yang selalunya dapat bau je di kedai cina yang tak halal tu.

Di sini ada banyak jenis protin seperti ketam, ikan, lala dan juga ayam. Anda boleh pilih masakan yang anda inginkan, antaranya masak teochew, masak masam manis, masak kacang hitam dan masak telur masin. Dim sum juga ada di kedai makan sedap Putrajaya ini. Suasana makanan di sini memang best kerana dekorasi kedai yang menarik serta kebersihan yang teramat.

Peta LokasiJarak+60124148001Facebook | Instagram | Website

Alamat: 58 & 60, Tingkat Bawah, Lot Komersil Nadi @ 15, Jalan Perak P15, Presint 15, 60000 Putrajaya, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 101.00 am – 8.00 pm


8. Nasi Lan Kedah Putrajaya

kedai makan di putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda ingin makan nasi kandar yang sedap, terdapat satu tempat makan best di Putrajaya bernama Nasi Lan Kedah yang memang layak dicuba. Mereka menyajikan nasi kandar Melayu dengan beberapa pilihan lauk-pauk. Anda boleh memilih ayam berempah, daging serta sotong. Kalau nak senang anda pesan je set mereka yang didatangi dengan satu air.

Nasi Lan Kedah ni sudah lama bertapak di Malaysia, disebabkan itu mereka sudah pun ada beberapa cawangan yang anda turut boleh pergi. Harganya juga tidak berapa mahal walaupun mereka ni menjual nasi kandar menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.

Peta LokasiJarak+60132405990 | Facebook | Instagram | Website

Alamat: Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Setiap Hari: 10.00 am – 8.00 pm


9. Nasi Lemak Berlauk Persint 8

tempat makan menarik di putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Ingin sarapan pagi di Putrajaya ni tak susah kerana Nasi Lemak Berlauk yang terletak di Persint 8 buka setiap hari. Di Persint 8 nasi lemak ni memang terkenal, jadi memang setiap pagi akan ramai orang di kedai makan sedap ni. Banyak lauk yang boleh menjadi seleksi pelengkap nasi lemak anda contohnya paru, sotong, ayam dan telur mata. Sambal nasi lemak mereka adalah antara yang terbaik. Kedai mereka ni kalau anda datang pagi tu kena cepat-cepat kerana memang laku habis nasi lemak di sini dan hampir setiap pagi beratur panjang. Kalau lambat nanti kepunan nak breakfast nasi lemak mereka.

Peta LokasiJarak

Alamat: Presint 8, 62000 Putrajaya

Waktu Operasi: 8.00 am – 12.00 pm


10. Putrajaya Seafood Restaurant

restoran di putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Makan sambil menikmati pemandangan tasik Putrajaya? Anda wajib ke Putrajaya Seafood Restaurant. Tempat makan best Putrajaya ini menghidangkan makanan laut yang segar-segar dan bukanlah ditangkap dari tasik sebelah tu ya. Makanan mereka berkonsepkan makanan cina. Jadi, dah tentulah anda akan jumpa masakan seperti masam manis, butter dan macam-macam lagi.

Pelanggan mereka biasanya datang dengan kumpulan yang besar. Jadi, meja-meja mereka memang mampu memuatkan anda satu keluarga. Selain itu, saiz hidangan mereka juga besar dan puas dimakan beramai-ramai.

Peta LokasiJarak+60388891188Facebook

Alamat: Taman Botani Putrajaya,, Presint 1, 62000 Putrajaya, Selangor

Waktu Operasi: 12.00 pm – 2.30 pm, 6.00 pm – 8.00 pm


11. Tok Wan Grill Putrajaya

tempat makan best di putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Tok Wan Grill menyajikan western food Putrajaya yang memang sedap. Sajian istimewa mereka ialah daging panggang yang memang juicy dan lembut dimakan. Pelanggan yang berkunjung ke sini wajib cuba daging panggang mereka. Makanan barat yang lain seperti spageti, ayam panggang, burger dan kentang goreng juga boleh dipilih. Menu dulang mereka yang sesuai untuk dimakan bersama-sama sentiasa menjadi kegemaran pelanggan yang datang beramai-ramai. Menu dulang mereka ada hotdog, kentang, bebola dah beberapa makanan lagi. Tempat mereka juga kemas danbersih. Anda pasti berasa selesa makan di sini.

Peta LokasiJarak+60196499636Facebook | Instagram

Alamat: No.12, Jln Jati Bukit P11/25, Presint 11, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 11.30 am – 7.30 pm, Ahad: 11.30 am – 5.00 pm


12. Sofina Seafood

kedai makan putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai Tom Yam Sofina Seafood ni memang antara yang wajib diterjah oleh penggemar makanan Thai. Masakan mereka memang tebaik antara yang terbaik. Macam kedai-kedai Thai yang lain, mereka ada Tom Yam, ikan siakap tiga rasa, kangkung ikan masin dan banyak lagi. Tom Yam dan masakan ikan siakap mereka memang padu habis.

Kedai mereka ni memang besar dan luas, namun kadang-kadang tu masih tak cukup meja sebab hampir setiap hari akan ramai orang. Maklumlah orang lain pun nak makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan juga. Kalau makanan sampai lambat sikit tu faham-fahamlah kenapa.

Peta LokasiJarak+60126384891Facebook

Alamat: Presint 14, 62050 Putrajaya

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.30 am


13. D’Empangan Udang Galah

udang galah putajaya

 

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda jenis yang memang gemar makan udang galah, D’Empangan Udang Galah ni memang restoran yang anda wajib cuba. Tempat makan best di Putrajaya ini menggunakan udang galah dalam hampir kesemua masakan mereka. Jadi, menu mereka memang penuh dengan undang galah. Antara yang dapat dijamu ialah mi goreng udang galah, mi rebus udang galah dan nasi goreng udang galah. Selain itu, mereka juga ada sotong, satay dan macam-macam lagi. Anda juga dapat menikmati pemandangan tasik yang indah lebih-lebih lagi waktu malam.

Peta LokasiJarak+60122704304Facebook

Alamat: Presint 5, 62000 Putrajaya (Taman Seri Empangan)

Waktu Operasi: 8.00 am – 8.00 pm


14. Restoran Balqis

tempat makan sedap putrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran Balqis ialah restoran makanan Arab Yaman yang terletak di Ayer@8, Putrajaya. Mereka menyajikan masakan asli Yaman yang sememangnya best. Selain nasi arab mereka yang memenuhkan perut, mereka juga ada aneka piza yang sedap-sedap dan berbaloi untuk dicuba. Bagi anak-anak kecil yang tak nak makan nasi tu, pesan sahaja piza untuk mereka. Anda juga boleh menikmati pemandangan tasik Putrajaya kerana mereka ni terletak betu-betul di hadapan tasik. Restoran mereka juga sangat cantik dan begitu bersih sekali.

Peta LokasiJarak+60388613170Facebook | Website

Alamat: Ayer@8, A1-G-1, Jalan P8e2/10, Presint 8, 62250, Putrajaya

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm


Semoga perkongsian tempat makan best di Putrajaya ini membantu anda mencari idea untuk meneruskan misi ‘membina badan’ bersama yang tersayang ataupun rakan-rakan taulan. Selamat mencuba dan jalan jalan cari makan di Putrajaya !

4/5 - (31 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay Di Putrajaya – Sesuai Untuk MUSLIM

Idea daripada Perdana Menteri Mahathir Mohamad ketika itu untuk menubuhkan bandar Putrajaya ini. Kos pembangunan yang menelan sebanyak 34 bilion itu bermula pembangunannya pada...

23+ Tempat Menarik di Putrajaya Yang Popular Untuk Diterokai oleh Pelancong

Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang terletak kira-kira 25 km ke selatan Kuala Lumpur & siap dibina pada tahun 1999 untuk dijadikan sebagai pusat...

15 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
SimplyNoorul
6 years ago

Cyberjaya pun makan best ! Siap ada sotong bakar gergasi lagi dekat Sport Arena

Jrong
Jrong
6 years ago

Seb baik google kalau tak tk tu la nk.makan kat mana..

Anna Kosin
Anna Kosin
7 years ago

food truck poin pon ada tp pandai2 la sbb ada yg harga mencekik tp rse kelaut dalam

Lydia
Lydia
7 years ago

Nak recommend gi makan kat Indus Cafe Putrajaya di Presint 5 (Betul2 di Marina Putrajaya). Food sedap dengan harga berbaloi. Sesuai untuk sesiapa nak bawa keluarga ataupun pasangan/kawan2.
Ada tempat chill out juga + live band. Candlelight dinner also available.

Nas
Nas
7 years ago

Banyak tempat makan yg tak sedap kat Putrajaya ni…saya lama dok Putrajaya…bila terfikir nak makan je mesti pegi luar Putrajaya…serious

Ed shebon
Ed shebon
6 years ago
Reply to  Nas

betul tu , tak sedap lansung tapi orang kat sini mcm tolak batu dgn kayu je semuanya sumbat

Udin
Udin
7 years ago

Sy org putrajaya..
Byk makan xbest,tp mahal..haha
Ada yg best tp mahal sgt..haha

Kiki lala
Kiki lala
5 years ago
Reply to  Udin

Suggest tmpt best kt putrajaya tu

Wani ezryl
Wani ezryl
5 years ago
Reply to  Kiki lala

Try ke kafe tamanku.. presint 18.

Muhammad Taufiq Khairul Anuar
Muhammad Taufiq Khairul Anuar
8 years ago

cub try makan dkt Kiosk ani Sup Utara Bngunn KpDnkk presint 2. even kecik tpi beratur mak ai. tak cye uols bojeh pi tgok waktu lunch n brekfes. gvrmnt staff area situ x prnh miss hri hari mkan pagi n lunch. menu pagi Nasi Lemak Pak Ngah Putrjaya mmg sdp gila n tghari menu Ani sup. tpi mmg lain gila dri ani sup utara yg lain. try sup kmbing dia fehhh. harga pon reasoanable.

Surveyor
Surveyor
7 years ago

Staff kedai ni.. dok komen benda yg sama dlm blog2 suggestion..

Siput
Siput
7 years ago
Reply to  Surveyor

Hahaha

Manjeman
Manjeman
4 years ago

..sbb tu jer yg Ada, yg dekat n yg termampu(masa, harga).. sedapnys biasher2 jerrr… Semoga kualiti dpt di pertingkatkan..

Hubungi Kami

15
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x