50+ Tempat Makan Best di Penang Paling TOP Untuk Pelancong

Memang betul, kalau bercuti di Penang lebih 2 hari anda perlu bawa seluar bersaiz 2 cm lebih besar daripada saiz normal pinggang anda kerana begitu banyak sekali destinasi makan menarik yang pasti akan menambahkan berat badan. Bagi anda yang masih tercari-cari destinasi apa & makanan apa yang paling menarik untuk upacara jalan jalan cari makan anda di Penang, teruskan membaca senarai 50+ tempat makan menarik di Penang paling popular seperti di bawah ini, lengkap dengan lokasi dalam peta, waktu operasi, jarak dari lokasi anda berada sekarang, nombor telefon & pautan rujukan.

Seperti yang tersedia maklum, Penang terkenal dengan beberapa menu makanan yang bukan sahaja top di negeri Pulau Mutiara ini sahaja, malah turut menjadi menu kegemaran majoriti rakyat Malaysia & pelancong luar negara. Di KL, menu-menu makanan kenegerian Penang seperti Nasi Kandar, Laksa Penang, Char Kuey Teow & Pasembur adalah 4 menu paling mudah untuk dicari kerana ramai penggemarnya. Kalau di KL pun anda sudah menjilat jari selepas pekena makanan Penang, apa pula reaksi anda kalau sudah makan di negeri asalnya.

Selain itu, turut disenaraikan beberapa destinasi pilihan untuk pelancong yang mungkin tidak menggemari kari & makanan berempah. Samaada anda dari selatan, pantai timur atau Sabah / Sarawak, 50+ tempat makan best di Penang seperti di bawah ini pasti ada yang menepati dengan selera & citarasa anda. Teruskan membaca untuk mengetahui destinasi terbaik untuk anda mencari makanan yang sedap & restoran best di Penang.


50+ Restoran, Warung, Kafe & Destinasi Makan Menarik di Penang

1. Deen’s Maju Nasi Kandar

deen maju nasi kandar penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu destinasi makan menarik yang menjadi kemestian untuk setiap pelancong yang baru pertama kali bercuti di Penang. Terdapat pelbagai pilihan kari-kari yang menyelerakan untuk anda mencuba nasi kandar di sini seperti kari ayam, kari sotong, kari kepala ikan & sebagainya. Menu paling popular iaitu ayam goreng berempahnya memang sangat ‘berhantu’ & sedap. Ayam goreng ini sebenarnya digaul dengan 15 jenis macam rempah sebelum diperam 8 jam. Sesiapa pun akan ‘terangkat’ apabila mencubanya buat pertama kali.

Memandangkan destinasi ini sangat-sangat popular, maka tidak hairanlah kalau bertandang di destinasi ini, anda terpaksa beratur panjang. Lokasinya juga sangat mudah untuk anda lawati di dalam Bandar Georgetown. Sekiranya anda inginkan destinasi paling menarik untuk menjamu nasi kandar, nasi dalca atau nasi tomato pada waktu makan petang & makan malam, Restoran Deen’s Maju Nasi Kandar adalah pilihan yang sangat-sangat disyorkan.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-4252421 | Facebook

  • 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

  • 2.30 pm – 11.00 pm


2. Nasi Kandar Kampung Melayu

 restoran nasi kandar kampung melayu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda baru sampai di Penang pada waktu subuh & sudah tidak sabar-sabar nak makan nasi kandar yang sedap, apa kata ke Nasi Kandar Kampung Melayu. Destinasi ini dibuka seawal pukul 6.15 am & anda boleh sarapan pagi dengan menu nasi kandar yang sangat popular ini. Lokasinya juga hanya bersebelahan dengan Surau Kampung Melayu. Sesudah solat di surau ini, anda boleh terus ‘sapdek’ nasi kandar di restoran ini. Bernas bukan idea ini?

Sudah tentulah, destinasi nasi kandar yang popular sebegini, kita tidak perlu pertikaikan lain tahap kesedapan kari, dalca & aneka kuah yang lain. Sampaikan ada pelanggan yang berkata, sekiranya semua kedai makan di Malaysia goreng ayam seperti Nasi Kandar Kampung Melayu, KFC pun boleh tutup. Misteri sekali rasanya. Sebaiknya, datang ke sini awal-awal untuk elakkan kesesakan atau beratur panjang.

Peta Lokasi | Jarak

  • A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

  • 6.15 am – 1.30 pm


3. Restoran Deen Nasi Kandar

restoran nasi kandar deen jelutong

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu destinasi yang tidak kurang popularnya kalau anda nak mencuba nasi kandar asli Penang & restoran ini telah berniaga di Penang sejak tahun 1983. Restoran ini terletak di Jelutong di dalam Georgetown & sangat ideal untuk anda datang samaada untuk makan tengahari ataupun makan malam. Pelbagai menu lauk pauk nasi kandar yang boleh anda jumpa di sini seperti kari ayam, kari kepala ikan, kari sotong, kurma ayam & sebagainya.

Seperti juga destinasi nasi kandar popular di Penang yang lain, kalau anda berhasrat nak makan di sini, aktiviti beratur sehingga 30 minit – sejam adalah perkara biasa. Sebaiknya, datang pada bukan waktu puncak seperti waktu baru buka kedai ataupun waktu malam sekitar jam 11.00 pm.

Peta Lokasi | Jarak | 604-6575285 | Facebook

  • 598-D, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang

  • 12.30 pm – 4.00 am


4. Restoran Kapitan (Chulia Street)

restoran kapitan penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda melawat tempat menarik di Penang seperti Padang Kota Lama, Muzium 3D Penang atau pun Fort Cornwallis, apa kata ke restoran ini untuk menjamu selera dengan pelbagai aneka pilihan makanan yang menyelerakan. Paling menjadi pilihan pengunjung di sini adalah nasi beriani claypot di mana hidangan nasi beriani anda akan dihidangkan bersama ayam bakar berempah, kuah dalca & tairu. Selain nasi beriani, terdapat juga pelbagai pilihan makanan lain di sini yang tidak kurang popularnya seperti roti canai, nan & sebagainya.

Ruang makan di restoran ini juga sangat besar & lebih nampak eksklusif. Jadi, sangat sesuailah untuk anda datang dalam kumpulan yang besar ataupun bersama keluarga. Pengunjung tidak perlu nak beratur panjang kerana makanan akan dihidangkan di meja. Destinasi ini sentiasa dibuka 24 jam. Mana tahu anda mungkin lapar pada waktu pagi, bolehlah datang ke sini untuk mencuba pelbagai makanan menarik.

Peta Lokasi | Jarak | 604-2504316 | Facebook

  • 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

  • 24 jam


5. Medan Selera Padang Brown

pasembur sedap penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi anda yang bercuti di Penang & mungkin inginkan destinasi medan selera atau foodcourt yang menarik, apa kata terjah ke Medan Selera Padang Brown yang terletak tidak jauh dari Stadium Bandaraya Penang. Destinasi medan makan ini boleh dianggap satu destinasi makan yang muhibah kerana terdapat penjual-penjual daripada kalangan orang Melayu, India & Cina.

Terdapat pelbagai pilihan makanan santai & makanan berat yang boleh anda cari makan di sini seperti pasembur, char kuew teaw, laksa Penang, sate, coconut shake, sup kambing & sebagainya. Sekiranya anda seorang food hunter yang suka menerokai makanan popular orang setempat, destinasi sebegini sangat disyorkan untuk anda lawati dalam misi mencari makanan tradisional Penang. Tempat makan juga terbuka & tidaklah terlalu rimas.

Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang

  • 10.00 am – 12.00 am

*waktu petang pukul 5.o0 pm & keatas lebih meriah dengan aneka pilihan makanan


6. Astaka Taman Tun Sardon

astaka taman tun sardon penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Anda mahukan tempat sarapan pagi di Penang yang sangat bervariasi pilihan makanan? Kalau ya, medan makan di Astaka Taman Tun Sadong adalah destinasi yang sangat disyorkan. Destinasi ini menempatkan beberapa peniaga yang berniaga di lot kedai makan masing-masing seperti di R&R.

Pilihan makanan untuk sarapan pagi di sini juga sangat banyak & nampak menarik semuanya. Malah ada juga beberapa menu makanan yang mungkin anda tak pernah jumpa di tempat anda seperti Apom Lenggong Manis & Kuih Serabai. Bagi yang sudah puas makan roti canai atau mungkin anda tidak meminati menu seperti nasi kandar atau kari, destinasi ini adalah yang terbaik untuk anda breakfast di Penang.

Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang

  • 24 jam


7. Original Penang Kayu Nasi Kandar

original nasi kandar kayu restoran penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda makan angin di Penang pada cuti sekolah bersama anak-anak & inginkan restoran nasi kandar yang luas, Original Penang Kayu Nasi Kandar adalah salah satu pilihan yang ideal. Seperti juga restoran nasi kandar yang popular lain, di sini juga terdapat bermacam-macam lauk samaada kari, ayam madu, ayam goreng crispy & sebagainya. Selain itu, pilihan menu santai makanan kegemaran orang Malaysia seperti roti canai, murtabak & cheese nan, juga ada dijual di sini.

Apa yang menariknya destinasi ini berbanding nasi kandar popular yang lain, ruangan restoran ini luas & lebih selesa untuk pengunjung bertandang terutamanya kalau ada anak-anak. Tempat makannya juga tidaklah seperti di tepi jalan atau mempunyai bangku yang tidak bersandar yang kadang-kadang boleh membuatkan anda sekeluarga tidak selesa. Walaubagaimanapun, pada waktu puncak, menunggu lama menanti makanan sampai adalah perkara biasa.

Peta Lokasi | Jarak | 604-6464767 | Facebook | Website

  • 15, Lebuh Nipah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

  • 24 jam


8. Restoran Hameediyah

restoran hameedeyah nasi kandar penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Seronok bukan bercuti di Pulau Pinang? Banyak sekali tempat makan menarik yang menghidangkan nasi kandar dengan resipi-resipi kari & ramuan rempahnya yang tersendiri. Restoran Hameediyah yang terletak tidak jauh dari Masjid Kapitan Keling ini juga satu destinasi yang sangat popular untuk anda terjah bagi merasai keunikan nasi kandar di sini.

Sekiranya anda dari Negeri Sembilan, Melaka ataupun mungkin seorang pelancong yang suka makan pedas-pedas, sangat disyorkan untuk mencuba kari-kari di Restoran Hameediyah kerana rempahnya lebih rasa ‘tajam’ & tahap kepedasannya juga lebih tinggi berbanding nasi kandar yang lain. Ruang kedai makan ini juga selesa namun tidaklah terlalu besar. Waktu ramai pelanggan, mungkin agak sesak & kadang-kadang perlu menunggu meja kosong.

Peta Lokasi | Jarak | 604-2611095 | Facebook

  • Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

  • 10.30 am – 10.30 pm
  • Jumaat tutup


9. Nasi Kandar Beratur Original

nasi kandar beratur penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda nak tahu, penangan nasi kandar ini bukan sahaja pada waktu tengahari. Pada tengah-tengah malam buta juga ada destinasi yang menjual nasi kandar sehinggalah ke pagi seperti destinasi ini. Malah kedai makan ini juga hanya dibuka bermula pukul 10 malam. Satu menu yang sangat berat untuk dijual pada waktu malam. Pelik bukan? Tetapi itulah uniknya Orang Penang. Sekiranya anda nak supper atau terlepas makan malam, terjahlah destinasi ini yang terletak hanya di sebelah Masjid Kapitan Keling di Gerogetown.

Seperti yang terungkap pada nama kedainya, anda sememangnya kena beratur kalau datang ke sini untuk makan nasi kandar. Bahkan pada waktu puncak, tempoh masa beratur juga agak lama sehingga sejam atau mungkin lebih. Pelbagai pilihan lauk pauk, kari & dalca yang sedap ada dijual di sini yang rasanya sangat legend untuk anda cuba sendiri. Tempat makan di sini tidaklah besar & biasa-biasa sahaja. Jadi sebaiknya, anda tapau & balik makan di hotel sekiranya ramai pelanggan. Malah kalau bungkus, kuah-kuah ini akan sebati dengan nasi dengan lebih mesra & rasanya lebih kick apabila anda makan di hotel.

Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

  • 10.00 malam – 9.00 pagi


10. Cargas Cafe

cargas kafe penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda baru mendarat di Airport Bayan Lepas & sudah tidak sabar untuk mencuba menu nasi kandar yang sedap di Penang, salah satu destinasi terdekat dari Airport Penang adalah di Cargas Cafe. Kafe ini sangat terkenal dengan menu ayam gorengnya yang sangat ‘laku keras’ serta kuah karinya juga pasti akan memberikan satu rasa yang baru untuk mereka yang pertama kali makan di sini. Karinya juga tidaklah terlalu ‘tajam’ berempah seperti nasi kandar lain. Kadar kekuatan rempah yang ‘sedang-sedang sahaja’ tetap sedap & sesuai dengan selera orang Melayu.

Sekiranya anda orang pantai timur yang mungkin tidak menggemari kari yang terlalu berempah, apa kata anda cuba kari di Cargas Cafe pula. Makan nasi kandar di sini ada ‘DNA Melayu’ sedikit di mana Cargas Cafe turut menyajikan menu ulaman & sambal belacan kampung sebagai penyedap rasa. Jangan terkejut pula, walaupun anda datang pukul 10-11 pagi, sudah ramai yang beratur panjang macam nak beli tiket bola. Kedai makan ini juga agak besar & selesa untuk bersantapan bersama rakan-rakan & itupun, kalau tidak sesak.

Peta Lokasi | Jarak | 6017-4577018

  • 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

  • 10.30 am – 4.00 pm
  • Jumaat tutup


11. Sungai Dua Char Koew Teow

restoran char kuey teow sungai dua

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda sedang mengidam Char Kuey Teow yang sedap di Penang, ini adalah destinasinya. Tetapi, sekiranya anda sedang lapar kebuluran nak makan, ini bukan destinasinya kerana pada kebiasaannya sangat ramai pengunjung yang datang bertandang terutamanya pada waktu cuti & hujung minggu. Namun, sekiranya anda seorang food hunter sejati & seorang yang penyabar, wajib mencuba keenakan Char Kuey Teow Telur Ayam Di Basuh di Sungai Dua ini.

Terdapat pelbagai pilihan Char Kuey Teow (CKT) yang ada di sini seperti CKT udang, CKT kerang, CKT lobster, CKT seafood, CKT sotong & sebagainya. Berdekatan dengan restoran ini juga, terdapat banyak kedai-kedai makan lain yang tidak kurang menariknya yang boleh anda jadikan destinasi makan ‘Plan B’ sekiranya terlalu ramai pelanggan di restoran Char Kuew Teow ini.

Peta Lokasi | Jarak

  • 3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

  • 5.00 pm – 3.00 am
  • Rabu tutup


12. Roti Canai Transfer Road

roti canai transfer road penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi sarapan pagi di Penang yang popular ini bukanlah sebuah restoran yang grand tetapi merupakan gerai makan tepi jalan yang sangat terkenal dengan roti canainya yang garing & kuah kari ayamnya yang sangat wangi. Selain itu, terdapat juga makanan sarapan pagi lain yang tidak kurang menariknya seperti roti bakar telur goyang.

Sekiranya anda menginap di hotel-hotel bajet sekitar Padang Kota Lama, bolehlah datang bersarapan pagi di sini. Sebaiknya datanglah awal untuk elakkan kesesakan memandangkan kedai makannya tidaklah terlalu besar serta mempunyai terlalu ramai peminat setianya yang tidak putus-putus bertandang untuk bersarapan. Pada waktu kemuncak, mungkin anda perlu fikir dua kali untuk makan di sini terutamanya kalau bercuti di Penang bersama anak-anak kecil.

Peta Lokasi | Jarak

  • 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

  • 8.00 am – 12.00 pm


13. Nasi Kandar Line Clear

.restoran nasi kandar line clear penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda travel ke Penang dalam misi menerokai kesemua destinasi nasi kandar yang sedap di Pulau Pinang, Nasi Kandar Line Clear adalah salah satu restoran yang perlu dimasukkan ke dalam bucket list anda. Walaupun kedai makannya hanya biasa-biasa sahaja & tidaklah elegan seperti di sebuah restoran mewah, tetapi percaya atau tidah destinasi ini mempunyai pelanggan setianya yang sangat ramai.

Kedai makan ini yang diusahakan oleh Encik Hamid bersama keluarganya yang berlatar belakangkan India Muslim telah berniaga nasi kandar di Penang sejak 50 tahun yang lalu. Setiap hari, terdapat lebih 15 jenis lauk pauk nasi kandar yang akan disediakan panas-panas untuk santapan tetamu. Memandangkan destinasi ini juga sangat popular, maka kalau anda ke sini untuk makan, jangan terkejut pula sekiranya terpaksa beratur 30 minit ke sejam.

Peta Lokasi | Jarak | 604-2614440 | Facebook

  • Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

  • 24 jam


14. Restoran Originally Bangkok Tomyam

restoran bangkok tomyam penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Anda mencari destinasi makan malam di restoran yang cantik & menarik ? Apa kata pertimbangkan Restoran Originally Bangkok Tomyam yang terkenal dengan pelbagai menu makanan ala Thai yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Ruangan makan di dalamnya memang tidak dinafikan setara dengan ruangan makan di hotel & destinasi makan sebegini sangat sesuai sekiranya anda mungkin mahu mengadakan meeting dengan client untuk berbincang urusan bisnes.

Dengan hiasan & dekorasi dalaman restoran ini yang sangat elegan & menarik, anda juga mungkin boleh jadikan destinasi ini untuk event-event kecilan seperti sambutan hari jadi ataupun ulangtahun perkahwinan. Dari segi pilihan menu makanan, restoran ini pasti tidak akan mengecewakan anda dengan pelbagai jenis aneka juadah lauk pauk masakan panas yang sangat menyelerakan.

Peta Lokasi | Jarak | 6014-7425070 | Facebook

  • 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

  • 12.00 pm – 1.00 am


15. Restoran Adam Char Koey Teow

restoran adam char kuew teow

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda bermalam sekitar Butterworth atau pun di Permatang Pauh, apa kata mencuba makanan popular orang Penang iaitu Char Kuey Teaw di destinasi ini pula. Destinasi ini juga boleh dilabelkan sebagai salah satu tempat makan di Penang yang sangat popular dengan hidangan Char Kuew Teaw & yang paling menarik, ruangan makan di restoran ini juga sangat luas serta mesra keluarga.

Walaupun kedai makan ini besar, tetapi kadang-kadang anda perlu juga bersabar untuk menunggu makanan terutamanya ketika ramai orang. Jika semangkuk hidangan dengan 3-4 ekor udang tidak mencukupi, anda boleh upgrade ke saiz hidangan yang lebih besar. Bagi penggemar makanan seafood, destinasi sebegini mesti anda terjah.

Peta Lokasi | Jarak | 6016-4934149

  • 115, Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

  • 7.00 pm – 12.00 am
  • Selasa tutup


16. Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe

 restoran nasi 7 benua penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Pertama kali mendengar namanya sahaja, bermacam-macam andaian yang menjelma di minda. Bagi anda yang mencari satu menu makanan yang unik daripada biasa atau mungkin untuk menarik perhatian anak-anak kecil anda supaya makan nasi, apa kata mencuba hidangan Nasi 7 Benua yang sangat berwarna-warni ini.

7 jenis nasi yang dihidangkan di atas pinggan pelanggan terdiri daripada nasi putih, nasi lamuni, nasi lemak pandan, nasi kacang, nasi tomato, nasi hujan panas & juga nasi minyak. Nasi-nasi ini yang dihidangkan juga termasuk dengan lauk-pauk pilihan anda samaada ayam panggang, ayam masak merah, kari, sayur mayur & sebagainya. Ruangan makannya juga luas & mesra untuk pelancong yang datang bercuti di Penang bersama keluarga & anak-anak.

Peta Lokasi | Jarak | 6017-4397617 | Facebook

  • Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe,Taman Tunas Muda,11900 Bayan Lepas

  • Isnin-Khamis
    • 11.00 am – 6.00 pm
  • Jumaat & Sabtu
    • 11.00 am – 10.00 pm
  • Ahad tutup


17. Laksa Janggus

restoran laksa sedap di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sedap bagaikan dicanang, itulah kehebatan Laksa Janggus yang pasti memberikan anda kepuasan sebaik mencubanya. Destinasi ini sangat disyorkan untuk anda mencuba makanan kenegerian orang Penang & mempunyai satu rasa laksa yang sangat unik serta berbeza daripada laksa popular lain. Sekiranya anda tidak makan laksa, jangan risau, destinasi ini juga ada menyediakan beberapa menu santai lain seperti mee udang & pisang goreng crispy.

Kedai makan yang terbuka dikelilingi kawasan perkampungan ini sangat sesuai untuk anda menjamu selera petang-petang bersama keluarga. Lokasinya juga mudah untuk anda lawati & terletak tidak jauh dari kawasan pantai. Sekiranya anda mencari kedai laksa sedap di Penang yang popular, inilah salah satu destinasi yang paling ideal untuk anda terokai.

Peta Lokasi | Jarak | 604-8668819

  • Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang

  • 3.30 pm – 8.00 pm
  • Rabu tutup


18. D’Seafood Paradise

 restoran tomyam sedap penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Anda penggemar makanan laut? Kalau ya, jom cuba makan malam atau makan petang di salah satu destinasi terbaik di Penang iaitu di Restoran D’Seafood Paradise. Malah, ruangan makan di dalam restoran ini juga sangat terbuka, lapang & lokasinya pula terletak di tepi pantai. Makan ikan bakar bersama keluarga di tepi pantai, memang satu kombinasi yang ideal untuk menjamu selera & makan malam.

Restoran ini mempunyai pelbagai pilihan seafood yang segar-segar seperti ketam, ikan, udang & sebagainya yang boleh anda pilih di ruangan khasnya sebelum diserahkan kepada chef di sini untuk dimasak mengikut masakan pilihan anda. Dekorasi dalaman kedai yang ceria & suasananya yang lebih santai di tepi pantai memang sangat sesuai untuk didatangi bersama anak-anak mahupun bersama teman sehidup semati anda ketika berbulan madu di Penang.

Peta Lokasi | Jarak | 604-6266985 | Facebook

  • Jalan Teluk Tempoyak, 11960, Pulau Pinang

  • 12.00 pm – 1.00 am


19. Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang

kedai nasi kandar sedap penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Adakah anda jenis seorang pelancong yang lebih rela berlapar daripada beratur panjang berjam lamanya semata-mata nak mencuba makanan popular di Penang? Jangan mudah berputus asa. Datang bercuti di Penang tetapi tak cuba nasi kandar memang ‘rugi besaq bak hang’. Apa kata anda ke Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang. Dari segi populariti, nasi kandar di sini mungkin tidak sehebat di beberapa destinasi lain, tetapi rasa yang ditawarkan tetap sedap untuk seorang pelancong yang nak mencuba nasi kandar asli di Penang.

Tambahan pula, restoran ini juga besar & tidaklah terlalu sesak dengan kehadiran pelancong yang lebih rela nak makan di destinasi popular lain. Kalau anda bercuti bersama keluarga & anak-anak, destinasi yang mempunyai ruangan makan sebegini lebih disyorkan untuk keselesaan anda. Terdapat dua cawangan restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang, satu di Georgetown & satu lagi di Butterworth.

Peta Lokasi | Jarak | 6011-14484164 | Facebook

  • 38, Lorong Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

  • 7.00 am – 8.00 pm


20. Restoran Anggerik Desa

tempat makan best seberang perai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Walaupun nasi kandar & masakan yang berasaskan kari Indian Style sangat digemari oleh ramai orang Malaysia, tetapi tidak semuanya suka makan terutamanya mereka dari Pantai Timur khususnya negeri Terengganu & Kelantan. Jangan risau, di Penang bukan kari & nasi kandar sahaja boleh anda makan, ada juga restoran menarik lain untuk anda mencuba makanan popular orang pantai timur.

Sekiranya anda sedang pusing-pusing di Seberang Jaya, Perai untuk mencari destinasi sarapan pagi atau makan tengahari, apa kata ke Restoran Anggerik Desa. Untuk breakfast, terdapat pelbagai menu makanan orang pantai timur yang boleh anda cuba seperti nasi kerabu, pulut-pulut, aneka kuih muih & sebagainya. Untuk lunch pula, terdapat nasi campur, budu, ulam-ulaman, gulai & pelbagai pilihan lauk pauk pantai timur untuk anda menjamu selera. Ruangan kedai makan pun selesa, mesra keluarga & kawasan parkir kereta juga banyak.

Peta Lokasi | Jarak | 604-3700097

  • 12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

  • 7.00 am – 10.00 pm


21. Ayu Mee Udang Teluk Kumbar

restoran mee udang penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda baru mendarat di Airport Bayan Lepas & mungkin bukan seorang penggemar menu nasi kandar & Indian style curry, apa kata singgah sekejap di kedai makan Ayu Mee Udang yang terkenal dengan menu-menu seperti mee udang, mee goreng udang, maggie udang & nasi goreng udang. Destinasi ini sangat disyorkan sekiranya sebelum ini, anda belum pernah mencuba mee udang yang sedap & pada masa yang sama, anda juga dapat tahu benchmark untuk salah satu rasa mee udang yang digemari ramai.

Malah, kalau sebelum ini anda pernah makan mee udang yang mungkin tidak kena dengan selera anda di tempat makan lain, apa kata lapangkan dada & hadirkan diri di restoran ini untuk menilai sendiri keenakan mee udang yang ada di sini. Rasa kuah mee udang di sini memang sedap, tidaklah terlalu likat & rempahnya juga tidak terlalu ‘keras’ yang melampau. Sekiranya anda dari Johor & penggemar mee bandung Johor, anda pasti akan suka dengan rasa mee udang di sini.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-4652823 | Facebook

  • 936B, Lengkok Kampung Masjid 1, Telok Kumbar, Pulau Pinang

  • 1.00 pm – 10.00 pm
  • Isnin & Selasa tutup


22. Adnan Bin Hassan Ikan Bakar

makan malam sedap di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Setiap tempat pelancongan di Malaysia pasti ada destinasi medan ikar bakar menarik untuk anda makan bersama keluarga, tetapi bukan semuanya mampu untuk menyediakan menu makanan dengan seafood yang segar & pada harga yang masuk akal. Sekiranya anda inginkan destinasi ikan bakar yang berbaloi di Penang untuk makan malam, apa kata ke Adnan Bin Hassan Ikan Bakar. Satu nama kedai yang sangat unik menggunakan nama penuh siap dengan ‘bin’. Nama pun sudah rare.

Seperti biasalah, menu-menu & jenis masakan ikan bakar mungkin bukannya sesuatu yang asing untuk kita dengari. Walaupun kedai makannya bukanlah mewah seperti restoran di hotel, tetapi destinasi ini terkenal di kalangan pelancong kerana menghidangkan masakan dengan menggunakan seafood yang sedap, segar & harganya juga murah. Lokasinya juga di tepi laut & pengalaman makan menu ikan bakar dalam suasana begini pasti akan membangkitkan lagi dia punya feel ketika bersantapan bersama keluarga. Seperti juga di medan ikan bakar di Melaka, selain nasi putih terdapat juga nasi lemak yang boleh anda makan bersama ikan bakar.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-4132572 | Facebook

  • Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

  • 6.00 pm – 11.00 pm
  • Isnin tutup


23. Nasi Campur Permai Tepian

kedai makan melayu popular penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Pernah tak anda terfikir, di Penang ini semua makanan popular adalah nasi kandar & makanan nyonya sahaja ke? Makanan asli & lauk kampung Melayu orang Penang mana? Hah ! kalau anda pernah berfikir sedemikian rupa, jangan risau, destinasi ini adalah yang terbaik yang ada di Penang untuk anda menjamu selera makan tengahari nasi campur dengan macam-macam lauk pauk orang Melayu, Penang style.

Ruangan makan di sini bukanlah seperti di restoran mewah, tetapi merupakan kedai makan terbuka, yang sangat luas & bak orang Penang kata, suasananya “Sempoi”. Terdapat juga meja-meja makan di bahagian luar di bawah pokok-pokok besar yang sangat santai. Makan nasi lauk kampung di bawah pokok baru namanya makan nasi campur Melayu namanya. Anda jangan terkejut pula, walaupun kedai makan ini sangat besar & lauk pauknya sangat banyak, namun pada waktu puncak, boleh sesak juga suasananya di sini. Lokasinya juga mudah diakses & tempat parkir kereta juga sangat mudah untuk anda cari, tidak susah seperti di dalam Bandar Georgetown.

Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Permatang Nibong, Kampung Pertama, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

  • 7.30 am – 3.30 pm
  • Jumaat tutup


24. Nasi Campur Awet Muda

restoran nasi campur pulau pinang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda di sekitar Gelugur, Penang & baru merentasi Jambatan Pulau Pinang dengan kereta, apa kata ke sini dahulu untuk makan tengahari dengan menu lauk kampung. Anda orang Negeri Sembilan? Kalau di Seremban majoriti tempat makan menarik yang popular di sana menawarkan pilihan lauk pauk yang sangat banyak sampai rambang mata dibuatnya bukan?

Pilihan lauk pauk yang ada di sini juga tidak kurang banyaknya & juga boleh membuatkan anda rambang mata. Rata-rata lauk pauk di sini adalah masakan Melayu seperti gulai kawah, gulai itik, gulai ikan semilang, ikan bakar, aneka ulam ulaman, sup daging & macam-macam lagi. Malah terdapat juga lauk yang agak eksotik yang boleh anda dapatkan di sini seperti gulai kijang.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-4947478 | Facebook

  • 795-B, Lorong Sungai Dua, Kampung Dua Bukit, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

  • 9.00 am – 5.00 pm
  • Ahad tutup


25. Sany Char Kuew Teow

 kedai char kuey teaw sedap penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda menginap sekitar Bandar Bayan Baru seperti di Hotel Seri Malaysia Penang & inginkan satu destinasi makan malam yang menghidangkan Char Kuew Teow yang sedap, anda boleh ke kedai makan Sany Char Kuew Teaw. Lokasinya sangat mudah diakses di tepi simpang jalan berhadapan Pejabat Pos Malaysia Bayan Lepas. Kedai makannya lebih kepada suasana terbuka serta santai-santai sahaja & bukannya sebuah restoran grand macam di hotel. Kalau anda nak candle light dinner bersama pasangan, ini bukan destinasinya.

Tetapi, sekiranya anda ingin lepak malam & berbual-bual dengan rakan-rakan, destinasi sebegini sangat disyorkan. Rasa Char Kuew Teow di sini memang berbeza dari destinasi popular lain di Penang tetapi tetap dikatakan sangat sedap & peminat setianya juga sangat ramai walaupun ianya hanya sebuah warung biasa-biasa. Kalau anda seorang food hunter sejati yang ingin mencari keunikan Char Kuew Teow yang ada di Negeri Penang ini, Warung Sany Char Kuew Teow ini sangat disyorkan untuk anda cuba sendiri. Andai kata lokasi kedai makan ini penuh, anda boleh ke satu lagi cawangannya yang hanya 1.3 km dari sini & terletak berdekatan Snake Temple.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-4709355

  • 4, Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

  • 7.00 pm – 12.00 am


26. Hameed Pata Mee Sotong

tempat makan best penang unik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda bersiar-siar di Padang Kota Lama atau melawat destinasi bersejarah di Penang iaitu Fort Cornwallis, jangan lupa untuk ke Esplanade Park untuk mencuba makanan popular orang setempat yang ada di Hameed Pata Mee Sotong. Seperti nama destinasi ini, hidangan yang menjadi kegilaan pelancong yang bertandang adalah mee sotong goreng yang sangat mengancam rupanya & sangat enak rasanya. Rasanya sudah tentu lain daripada mee sotong yang biasa anda makan di kedai makan lain.

Tidak hairanlah, pada hujung minggu & cuti sekolah, anda boleh melihat begitu ramai sekali yang sanggup beratur panjang semata-mata nak mencuba sepinggan mee sotong Hameed. Di Esplanade Park ini, terdapat juga beberapa kedai lain yang menjual makanan-makanan santai lain seperti coconut shake, rojak pasembur & sebagainya. Satu destinasi tempat makan best di Penang yang menghidangkan menu yang orang kata sangat rare & perlu anda cuba sendiri untuk mencari keunikannya.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-4319384

  • 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

  • 11.00 am – 8.00 pm
  • Ahad tutup


27. Idrus Ikan Bakar

restoran ikan bakar sedap penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda menginap di Jelutong atau di Bayan Baru ketika bercuti di Penang bersama keluarga, apa kata bawa mereka makan malam di medan ikan bakar yang sangat popular ini. Terdapat pelbagai pilihan menu ikan bakar & makanan laut lain yang pasti tidak akan mengecewakan tetamu yang bertandang.

Samaada anda nak makan ala carte atau mengikut set 2 orang/4 orang/8 orang, terdapat pelbagai pilihan yang harganya sesuai dengan majoriti rakyat Malaysia. Dekorasi dalaman kedai ini juga mendamaikan & tidaklah terlalu santai seperti di tepi jalan. Sangat selesa & sesuai untuk anda menjamu selera bersama keluarga & anak-anak dalam suasana yang lebih harmoni serta tidak riuh rendah seperti di pasar.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-4528858 | Website

  • No 3, Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara, Lebuh Raya Bayan Lepas, Penang

  • 5.00 pm – 1.00 am (setiap hari)


28. Restoran Sup Hameed Penang

 tempat makan best di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Seronok bukan bercuti di Penang. begitu banyak tempat makan best di Penang yang jaraknya dekat-dekat sahaja tanpa perlu memandu jauh-jauh. Sekiranya anda menginap di hotel-hotel berdekatan Padang Kota Lama, jemput singgah di restoran ini yang terkenal dengan pelbagai menu sup yang sedap & eksotik. Kebiasaannya sup-sup di sini akan dihidangkan dengan roti untuk dicicah. Kalau dah muak makan nasi kandar, boleh ubah citarasa makan malam dengan menu yang lebih menyihatkan & menyegarkan.

Antara menu sup-sup eksotik yang boleh anda dapatkan di sini adalah sup torpedo, sup lidah lembu, sup keting, sup kaki kambing, sup belut & macam-macam lagi pilihan sup lain. Selain menu bersup, restoran ini turut menyediakan menu lain yang tidak kurang menariknya seperti nasi beriayani & aneka pilihan murtabak.

Peta Lokasi | Jarak | 604-2618007 | Facebook

  • 48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

  • 24 jam


29. Restoran Ida Mee Udang Sungai 2

restoran mee udang penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sungai Dua di Penang bukan sahaja terkenal dengan Char Kuey Teow, tetapi terkenal juga dengan sebuah restoran yang menghidangkan mee udang. Sekiranya anda bermalam di hotel atau homestay sekitar Butterworth atau Permatang Pauh & inginkan destinasi terdekat untuk mencuba mee udang yang sedap, Restoran Ida Mee Udang Sungai Dua adalah yang sangat disyorkan.

Malah, kalau anda melalui Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Kedah, destinasi ini sangat mudah untuk anda akses & berdekatan sahaja dengan Sungai Dua Toll Plaza. Sesuai juga untuk anda jadikan lokasi R&R untuk berehat & makan sebelum meneruskan perjalanan. Selain mee udang, di sini juga menyediakan menu masakan panas lain yang tidak kurang menariknya seperti mee goreng udang, kuey teow goreng, satay & sebagainya.

Peta Lokasi | Jarak | 6017-4722109 | Facebook

  • 3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

  • 1.00 pm – 1.00 am
  • Selasa cuti


30. Ais Tingkap

kedai makan menarik di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi ini hanyalah kedai tepi jalan yang biasa-biasa tetapi ada satu menu yang sangat luar biasa yang tidak banyak destinasi lain di Penang yang ada hidangkan iaitu Ais Sarbat. Menu air yang kelihatan seperti sirap buah selasih ini memang mempunyai rasa yang lain & sangat menyegarkan. Walaupun menu signature di destinasi ini adalah Air Sarbat, percaya atau tidak minuman ini sebenarnya sudah bertapak di sini sejak 3 generasi keluarga peniaga ini. Lama sekali!

Selain itu, terdapat juga menu-menu makanan santai lain yang boleh anda dapatkan di sini seperti cucur udang, cendol, laksa & sebagainya. Satu destinasi yang menarik untuk rehatkan sendiri selepas penat pusing-pusing sekitar bandar Georgetown. Lokasinya juga sangat strategik di kawasan tumpuan pelancong. Sekitar Jalan Lebuh Tamil & Jalan Chowrasta ini, terdapat banyak gerai-gerai lain yang sangat menarik untuk anda terokai dalam misi mencari makanan popular orang Penang atau Penang Street Food. Harga-harga makanan di sini juga lebih bajet.

Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

  • 11.30 am – 8.00 pm


31. Roti Canai Mamu Penaga

 roti canai sedap di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau bercuti di Penang, pilihan destinasi untuk makan roti canai yang sedap memang banyak. Sekiranya anda mencari satu destinasi unik & sihat untuk makan roti canai di Penang, apa kata ke restoran ini yang terletak tidak jauh dari Pekan Kepala Batas. Sebelum menuju pulang ke Kedah atau Perlis, bolehlah singgah di sini dahulu untuk merasai keenakan roti canai di sini.

Menariknya, roti canai yang ada di sini dimasak tanpa minyak & ianya dibakar bertujuan untuk mengurangkan kolestrol. Tidak hairanlah masa untuk siapkan roti canai di sini lebih lama sedikit berbanding di kedai roti canai lain. Selain itu, apa yang menjadi tumpuan pengunjung di sini adalah untuk melihat aksi menarik tebaran roti canai terbang yang dipersembahkan oleh penebar roti yang sangat berkemahiran di restoran ini. Anak-anak anda pasti teruja melihat aksi-aksi sebegini.

Peta Lokasi | Jarak | 604-3512043 | Facebook

  • next to 460 d jalan besar penaga, Kampung Paya, 13100 Penaga, Pulau Pinang

  • 8.00 am – 3.00 pm
  • Selasa tutup


32. Nasi Melayu Lidiana

tempat makan best di batu ferringhi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda baru balik atau dalam perjalanan menuju ke Pantai Batu Ferringhi, apa kata singgah sebentar untuk menjamu selera di kedai makan ini yang terkenal dengan menu lauk pauk citarasa orang Melayu. Seperti biasalah, pilihan lauk pauk yang ada di sini adaalah seperti aneka gulai, ikan bakar, ulam-ulaman, goreng-gorengan, sambal belacan & sebagainya. Pilihan lauk dalam tray juga agak banyak, lebih daripada 13 jenis & rasanya pula pasti tidak akan mengecewakan anda.

Lokasi kedai ini juga mudah diakses di tepi jalan & ruangan tempat makan juga luas serta sesuai untuk datang dalam kumpulan yang besar. Selain itu,apa yang lebih peting, harga makanan di sini juga sangat berpatutan & lebih berbaloi sekiranya nak dibandingkan dengan kawasan tumpuan pelancong yang lain.

Peta Lokasi | Jarak | 6016-4158686

  • No 5, Arked Tanjung Bungah, 11200 Tanjong Bungah, Penang

  • 7.00 am – 4.00 pm
  • Jumaat
    • 7.00 am – 12.30 pm & 2.00 pm – 9.00 pm
  • Ahad tutup


33. Restoran Nasi Padang Minang

kedai makan minang penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi pelancong-pelancong Negeri Sembilan sejati yang mungkin kurang meminati menu nasi kandar & Indian curry, apa kata ke restoran ini untuk menjamu selera. Seperti nama kedainya, destinasi ini boleh dilabelkan sebagai tempat makan terbaik di Georgetown untuk anda menjamu selera dengan pelbagai hidangan lauk pauk nasi padang atau lauk Minang seperti keli berlada, sayur masak lemak, daging rendang, daging cincang, gulai nangka, ayam goreng, tempe goreng, begedil & macam-macam lagi.

Pilihan lauk pauk orang Minang di sini juga agak banyak & terdapat lebih daripada 10 jenis keseluruhannya. Kedainya yang terletak di corner lot bangunan rumah kedai ini sangat luas & selesa untuk pengunjung yang bertandang menjamu selera bersama keluarga. Namun begitu, pada waktu tengahari ketika lunch hour, ramai juga yang datang ke sini untuk makan tengahari & silap haribulan, kena juga menunggu meja kosong sebelum anda boleh makan.

Peta Lokasi | Jarak

  • 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

  • 11.00 am – 3.00 pm


34. Rockstarz Burger

kedai burger sedap penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau berbulan madu di Penang kadang-kadang teringin nak menjamu selera dengan menu western yang sedap di dalam kedai yang orang kata, simple tetapi selesa. Sekiranya anda dalam situasi sedemikian, apa kata bawa pasangan anda untuk makan burger yang sedap di Rockstarz Burger di Bayan Baru. Setiap daging burger di sini adalah dibuat sendiri & bukannya yang sejuk beku di pasaraya.

Destinasi ini terkenal bukan kerana lokasinya strategik semata-mata, sebaliknya kerana kualiti & kesedapan burger yang akan dihidangkan untuk tetamu yang bertandang. Pelbagai pilihan burger menarik yang tiada di tempat lain atau di restoran fastfood yang boleh anda makan di sini seperti the carbonara romance, the redhot curry chilleze, the santanaz & macam-macam lagi.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-5454123 | Facebook

  • Taman Tunas Muda Sg Ara Bayan Lepas, Penang

  • 5.00 pm – 1.00 am ( setiap hari)


35. Restoran Minah

restoran nasi campur minah penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nama restorannya cukup klasik sekali dengan menggunakan nama heroin Malaya yang sudah tidak asing lagi di halwa telinga rakyat Malaysia. Bagi yang mencari destinasi makan terbaik di Gelugor, Penang untuk makan tengahari lauk pauk orang Melayu, Restoran Minah adalah jawapannya. Pilihan lauk pauk yang ada di sini pasti akan membuatkan bebola mata berpusing-pusing kerana begitu banyak sekali pilihan yang ada di depan mata.

Tempat makan tengahari ini boleh dikatakan mesra semua pelancong kerana terdapat lauk pauk seperti masak lemak cili api, gulai kawah, ulam ulaman & juga lauk pauk orang pantai timur. Samaada anda dari Sabah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan & KL, destinasi ini pasti ada juadah makan tengahari yang sesuai dengan selera anda.

Peta Lokasi | Jarak | 604-6581234 | Facebook

  • Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

  • 8.00 am 6.00 pm
  • Isnin tutup


36. Restoran Fisherman’s Grill

kedai western sedap bayan lepas

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Seperti nama restorannya, destinasi ini menghidangkan menu yang berasaskan makanan laut yang segar. Mereka akan menyediakan menu-menu berdasarkan ikan atau hidupan laut apa yang segar pada hari-hari tertentu. Setiap hari pemilik kedai atau chef akan ke pasar untuk mencari ikan-ikan dan makanan laut untuk dijadikan menu masakan.

Ikan atau hidupan laut yang menarik serta fresh akan dibeli dan dimasak untuk hidangan pelanggan yang bertandang pada hari tersebut. Antara ikan yang menjadi menu wajib di sini adalah siakap, jenahak, kerapu, kirisi bali (biji nangka), udang galah dan sebagainya. Bagi mereka yang alergik dengan menu seafood, jangan bimbang, Fisherman’s Grill juga ada menyediakan menu makanan yang berasaskan ayam, kambing dan lembu. Ruangan makannya sangat selesa & sesuai untuk dijadikan destinasi makan malam mungkin ketika anda honeymoon di Penang.

Peta Lokasi | Jarak | 04-6436206 | Facebook

  • 300-X-1, Jalan Dato Ismail Hashim, Desa Ria, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

  • 11.30 am – 2.30 pm
  • 6.00 pm – 10.30 pm
  • Isnin tutup


37. Abang Misai Char Koay Teow

tempat makan best bukit mertajam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda mencari tempat makan best di Bukti Mertajam atau sebelum menuju pulang ke KL, apa kata singgah sebentar di Abang Misai Char Koay Teow untuk merasai keenakan CKT di sini. Seperti di kebanyakan destinasi Char Koay Teow popular di Penang, rata-rata akan menggunakan kicap buatan sendiri supaya rasanya lebih unik & tiada seumpanya di kedai makan lain.

Begitu juga di sini, setiap hidangan Char Koay Teow akan dimasak menggunakan kicap CKT buatan sendiri. Selain Char Kuew Teow biasa yang kebiasaanya lebih berkuah & basah, terdapat juga variasi CKT lain yang boleh anda cuba seperti Kuew Teaw Ala Cina di mana rupanya lebih kering & tekstur dia lebih keras sedikit untuk dikunyah, tetapi tetap sedap.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-5529768 | Facebook

  • Abang Misai Char Koay Teow, No 1 Medan Selera DKKKK Simpang Ampat, Jalan Bukit Tambun, 14100 Simpang Ampat SPS, Pulau Pinang.

  • 6.00 pm – 12.00 am
  • Ahad tutup


38. Kesum Art Restaurant

tempat makan best penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di George Town, Penang terdapat satu tempat makan viral yang sering dikunjungi oleh orang-orang Penang dan juga pelancong. Kesum Art Restoran merupakan sebuah restoran yang wajib dikunjungi penggemar makanan Melayu dan pencinta seni. Ini kerana, di restoran ini, mereka menghidangkan macam-macam sajian Melayu yang sudah tentunya sedap dan asli. Antara makanan yang terdapat di sini ialah Gado-Gado, Nasi Lemak Bonda, Laksa Johor dan Lontong. Akan tetapi, harga makanan di sini bukanlah terlalu murah tetapi berpatutan dengan rasa dan saiz makanan.

Dekorasi restoran di Penang ini memang cantik kerana mereka menggunakan hasil-hasil seni sebagai hiasan dalaman mereka. Disebabkan itulah ramai orang berkunjung ke sini. Disamping menikmati makanan mereka yang enak, pelanggan juga dapat menjamu mata melihat karya-karya seni yang mempersonakan di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +6042625757 | Facebook | Instagram

  • 104, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

  • 6.00 pm – 9.30 pm
  • Isnin tutup


39. Fizzy Cafe Mee Udang Ketam

tempat makan menarik penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Mencari mee udang bukanlah satu masalah besar di Penang kerana banyak kedai makan yang menyajikan mee udang sebagai menu utama. Salah satunya adalah Fizzy Cafe Mee Udang Ketam yang terletak di Bayan Lepas, Penang. Selain mee udang, mereka juga ada banyak menu lain seperti sate, ikan bakar dan ayam goreng. Kalau taknak mee udang tu, bolehlah cuba menu lain.

Shell out di sini juga antara yang paling best-lah di Bayan Lepas. Shell out ni makanan laut yang disertakan dengan sos dan juga nasi. Biasanya dihidangkan untuk makan beramai-ramai. Para pengunjung mereka selalunya datang untuk menikmati shell out di sini. Harganya juga agak berpatutan dengan kesegaran makanan laut dan rasanya sendiri.

Peta Lokasi | Jarak | +60189742272 | Facebook | Instagram

  • Jalan Bayan Lepas, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

  • 5.00 pm – 12.00 am
  • Isnin tutup


40. Nasi Padang Minang International Hotel

makan tengah hari penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda berada di Penang dan dah bosan makan nasi kandar je setiap hari, apa kata anda cuba pula masakan Minang. Anda boleh jumpa nasi padang yang sedap di Nasi Padang Minang International Hotel. Sajian utama mereka sudah tentunya Nasi Padang yang dinikmati dengan ikan cencaru sumbat bersama sedikit ulam-ulaman.

Saiz ikan itu sendiri agak memuaskan untuk makan satu atau dua orang. Nasi Padang ni terletak di dalam kedai kopi Cina lama. Jadi, janganlah terkejut kalau sampai di sini kerana memang sangat biasa makanan halal berada di kedai kopi Cina lama di Penang ni.

Peta Lokasi | Jarak | 017-498 5536 | Facebook 

  • 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

  • Selasa-Khamis: 11.00 am – 5.00 pm, Sabtu-Isnin: 9.00 am – 5.00 pm
  • Jumaat tutup


41. Jawi House Cafe Gallery

makanan menarik di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Jawi House Cafe Gallery menyajikan hidangan daripada Jawi-Peranakan. Tempat makan menarik di Penang ini sudah lama bertapak dan sentiasa menjadi tempat tarikan pelancong. Manakantidaknya, pelancong ke sini mesti ingin mencuba makanan kebudayaan yang susah nak dapat di tempat lain. Banyak juadah yang ada disini, tetapi pelanggan mereka sentiasa mencadangkan untuk cuba Nasi Briyani mereka yang didatangkan dengan daging, ayam, udang ataupun kambing. Cafe ini memang sesuai untuk mereka yang sukakan hiasan klasik yang sungguh cantik. Kedai makan ni dekat je dengan mural adik-beradik naik basikal lama tu.

Peta Lokasi | Jarak | +6042613680 | Website | Facebook | Instagram

  • 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

  • 11 am–9:30 pm
  • Selasa tutup


42. Mee Pitchay

kedai makan penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang bercuti ke Penang dan tidak tahu untuk makan apa tu, anda boleh pergi ke kedai makan yang menyediakan mee goreng mamak yang best ini. Kedai makan Mee Pitchay ini menyediakan mee goreng, pasembur dan mee rebus. Kedainya kecil je tetapi pelanggannya ramai. Kedai makan ini terletak di Kompleks Medan Suri Sungai Nibong. Menu makanan yang simple menjadikan kedai makan ini tumpuan mereka-mereka yang lapar. Menu di sini hanya ada tiga je, jadi, tidak perlu pusing-pusing kepala nak pilih makanan apa yang hendak dimakan.

Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Kompleks Medan Suri, Kampung Sungai Nibong, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

  • 2.30 pm – 5.00 pm


43. Roti Bakar Hutton Lane

sarapan pagi penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Buntu mencari sarapan pagi di George Town? Jangan risau kerana Roti Bakar Hutton Lane ni buka setiap hari. Ini adalah antara port sarapan pagi yang viral di Penang. Kedai makan penang ini memang sentiasa dibanjiri pengungjung yang kebulur di pagi hari. Anda boleh cuba macam-macam makanan sedap di sini antaranya roti canai telur goyang cheese, roti banjir dan roti kukus kaya. Harga makanan di sini juga murah-murah berbanding sarapan pagi di hotel tempat anda menginap.

Kedai makan ni berada di tepi jalan je. Jadi parking tu susah sikit nak cari kadang-kadang. Kedainya juga agak kecil untuk menampung pelanggan yang ramai. Pekena teh panas di sini memang best.

Peta Lokasi | Jarak | +60134025497 | Facebook | Instagram

  • 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

  • Setiap hari: 8.00 am – 2.00 pm, Jumaat: 8.00 am – 12.45 pm


44. Pasembur Stall No. 09 Anjung Gurney

kedai makan penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau dah sampai di Penang ni memang tak sah kalau tak makan pasembur yang sememangnya salah satu makanan terkenal orang Penang. Anda, jika dah ada di sini, mesti rambang mata melihat bertapa banyak makanan yang boleh dipilih untuk dijadikan pasembur. Mi, kuih udang dan hirisan timun adalah antara campuran makanan yang biasa untuk pasembur di sini. Yang paling menarik hati, kuah pasembur yang sedap dan pekat serta berkacang. Kuah pasembur di sini merupakan antara yang terbaik di Penang.

Kalau anda datang waktu malam untuk lepak tu, jangan risau ya, kerana mereka ada banyak je tempat duduk. Kalau tiada tu anda cuma perlu tunggu sekejap untuk pelanggan lain bangun. Maklumlah tempat makan ni memang menjadi port lepak pelancong dari dalam dan luar negara.

Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • 10350 Jelutong, Penang

  • 7.30 pm – 12.00 am


45. Pecal Relau Ibu Aminah

tempat makan di Penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda berada di Bayan Lepas dan terasa nak makan makanan Indonesia terutamanya pecal, silalah singgah ke Pecal Relau Ibu Aminah ni. Rasa pecal di sini memang best sangat. Ketika waktu makan tengah hari, kedai makan Penang ini memang penuh dengan manusia. Anda juga perlu bersaing dengan pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang gemar makan di sini untuk mendapatkan tempat duduk.

Mereka ada menyediakan pecal lele, pecal ayam, bakso dan banyak lagi. Tempat makan ini popular kerana bukan sahaja makanannya sedap malah harganya juga murah. Jadi, tak hairanlah kenapa ramai pelajar USM makan di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60164393510 | Facebook

  • Persiaran Paya Terubong 1, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Penang

  • 11.30 am – 7.00 pm
  • Jumaat tutup


46. Burger Ayam Goreng NJoy

tempat makan viral di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Mencari tempat makan viral di Penang yang memang lain dari lain? Burger Ayam Goreng NJoy lah tempatnya. Kedai burger ni memang best dan banyak jenis burger yang boleh anda pilih. Burger ayam ada, burger daging ada, malah hot dog pon ada. Burger daging di sini, patty dagging tu di buat sendiri tau. Saiz burger itu sendiri juga besar dan sangat sangat memuaskan.

Yang membuatkan kedai burger ni viral ialah kepelbagaian warna roti burger mereka tu. Macam-macam warna mereka gunakan. Antaranya warna merah jambu, biru dan juga hitam. Orang memang selalu beratur untuk membeli burger di sini. Rasanya yang sedap ditambah pula dengan harga yang berpatutan, memang tak menang tanganlah peniaga kedai burger ini.

Peta Lokasi | Jarak | +60124454478 | Facebook | Instagram

  • Lorong Kekabu 2, Taman Desa Wangsa, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

  • 6.00 pm – 11.00 pm
  • Ahad tutup


47. Big Tas Tea Pokok Sena

kedai makan best penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bila dah habis merasa semua makanan-makanan asal Penang tu, pergilah pula ke Big Tas Tea Pokok Sena untuk makan makanan barat. Makanan di sini memang nampak sedap dan bau makanan mereka memang buat perut lapar. Anda pasti akan seronok menikmati makanan barat di sini. Anda boleh pilih macam-macam juadah barat yang ada tetapi anda perlu cuba set makanan mereka seperti set A yang ada dua jenis spageti, kentang goreng, ayam dan juga bebola daging. Dua gelas air juga disediakan sebagai set. Anda boleh berkongsi dua ke tiga orang dengan harga RM 39.80 sahaja.

Kalau taknak kongsi tu, mereka juga ada set untuk seorang dan menu ala cart. Makanan di sini memang macam-macam ada. Anda pasti rambang mata dan pening kepala nak pilih mana satu untuk dicuba. Mereka juga ada beberapa cawangan lain di seluruh Malaysia.

Peta Lokasi | Jarak | +601113117014 | Facebook | Instagram

  • No. 32A, 1, Kampung Baru Pokok Sena, Taman Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Penang

  • 3.00 pm – 12.00 am


48. The Table Penang

tempat makan viral penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai makan Penang yang terletak di George Town  ini menyajikan makanan barat yang sedap-sedap dengan harga yang berpatutan. Walaupun kedai mereka agak kecil, namun makanan di sini sedap-sedap mengalahkan kedai makan besar yang lain. Dah nama pun kedai makan barat kan, sudah tentulah ada chicken chop, lamb chop dan spageti. Kalau tak rasa nak makan berat-berat tu, di sini juga ada kek dan kopi untuk anda lepak-lepak dengan tenang. The Table ni halal tau. Jadi tak perlu rasa was-was untuk makan di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60123853892 | Website | Facebook | Instagram

  • A27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

  • 12.00 pm – 11.00 pm


49. Rumah Kacha

tempat makan menarik penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Dah ada di Penang ni mesti nak tangkap gambar lawa-lawa kan? Apa kata anda ke Rumah Kacha ni untuk menambah kolesi gambar anda. Tempat makan best di Penang ini berkonsepkan, seperti namanya, rumah kaca. Cafe ini memang sangat cantik dan sentiasa menjadi tempat kunjungan para cafe hunter. Makanan sedap di sini memang makanan barat je.

Akan tetapi, makanan barat mereka ada campuran makanan Melayu juga. Contohnya, pasta ayam rendang dan pasta masak lemak cili api. Memang jarang nak jumpa menu sebegini. Tempat letak kereta di sini agak terhad. Oleh itu, kalau nak singgah tu, datanglah awal ataupun selepas makan tengah hari.

Peta Lokasi | Jarak | +60142485334 | Facebook | Instagram

  • 31a, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

  • Jumaat – Ahad: 12.00 pm – 3.00 pm


Adakah anda sudah pening selepas membaca kesemua destinasi tempat makan menarik di Penang seperti di atas? Begitu banyak sekali bukan? Sebenarnya masih banyak lagi destinasi lain yang tidak kurang menariknya tetapi, cukuplah sekadar ini dahulu. Senarai 50+ tempat makan best di Penang seperti di atas ini mungkin sudah terlalu banyak & lebih daripada mencukupi untuk anda terokai apabila bercuti di Penang kelak.

Seronok sebenarnya makan angin di Penang terutamanya sekitar Georgetown kerana banyak tempat makan menarik yang majoritinya terletak berdekatan & anda boleh sampai hanya dengan jalan kaki sahaja sekiranya menginap di hotel sekitarnya. Tidak perlu susah-susah memandu jauh untuk cari makan yang sedap. Namun begitu, kalau anda bercuti di Penang dengan kereta, cabaran cari parkir kereta di sekitar Georgetown memang agak mencabar & menguji tahap kesabaran diri.

Cari Hotel di Penang

Selain itu, majoriti destinasi restoran & kedai makan menarik di Penang yang paling popular selalu ramai orang & perlu beratur panjang. Apa boleh buat, bak kata orang-orang tua, yang sedap memang susah nak dapat. Semoga info di atas memberi anda gambaran jelas & kemudahan untuk bercuti di Penang nanti. Selamat jalan jalan cari makan di Penang. Wassalam.

4.5/5 - (70 votes)

Anda Mungkin Berminat

Padang Kota Lama – Destinasi Lepak Santai di Penang

Padang Kota Lama merupakan satu tempat santai yang sesuai untuk anda berkunjung bersama keluarga ketika melancong di Penang. Destinasi ini merupakan sebuah padang terbuka...

7 Kedai Steamboat di Penang Rugi Kalau Anda Tak Cuba!

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti anda terbayangkan keindahan negeri ini serta tak lain tak bukan makanannya. Pulau Pinang atau Penang ini juga digelar Syurga...

Kereta Sewa Penang Yang Anda Mesti Cuba: Murah dan Selesa!

Sudah merancang itinerari percutian anda yang seterusnya? Bagaimana pula dengan mode pengangkutan anda? Sekiranya anda ingin ke Penang, apa kata anda ambil cara mudah...

11 Homestay Penang Macam Berada Di Luar Negara

Pulau Pinang atau singkatannya Penang, merupakan sebuah negeri yang sering menjadi tumpuan para pelancong, bukan sahaja daripada dalam negara, malah pelancong asing yang hadir...

7 Homestay di Balik Pulau yang Boleh Anda Cuba!

Balik Pulau terletak di negeri Pulau Pinang yang mana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat padat dan menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja...

Top 10+ Kereta Sewa di Penang Yang TERBAIK & Murah

Pulau Pinang atau dipanggil Penang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi. Antara tempat menarik di Penang seperti Pantai...

6 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
anjay
anjay
1 year ago

tolong sugesst makan baik punya

BM
BM
1 year ago

Rasanya boleh semak semula senarai. Ada yg katanya sudah tutup. Tak sesuai kalau letak tahun 2023.

Cari Destinasi
Admin
1 year ago
Reply to  BM

Terima kasih atas makluman tuan, kami dah semak dan updatekan.

Azhar ramly
Azhar ramly
5 years ago

Info terbaik…..

website design
6 years ago

terima kasih kerana share… mohon update selalu, sy akan add favorite this site

noor
noor
7 years ago

nice

Hubungi Kami

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x